Kempen Membaca Buku Teks

1,674 views
1,482 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,674
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
151
Actions
Shares
0
Downloads
113
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kempen Membaca Buku Teks

  1. 1. Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis. Kertas KerjaKempen Membaca Buku Teks Tarikh: 1-5 Oktober 2012 Unit Skim Pinjaman Buku Teks dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Behor Empiang
  2. 2. Kempen Membaca Buku Teks 2012 Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis.1. Pendahuluan Kempen Membaca Buku Teks adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang julung kalinya dijayakan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun ini, kempen ini akan dijayakan selama seminggu berlangsung dari 1 Oktober hingga 5 Oktober 2012. Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi menggalakkan pembacaan buku teks sebagai sumber rujukan utama dalam pembelajaran. Di harap pada akhir kempen ini, ramai murid yang akan lebih bermotivasi untuk membaca buku teks serta tahu menggunakannya dalam membantu pembelajaran seharian.2. Objektif Objektif Kempen Membaca Buku Teks adalah seperti berikut: i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks ii) Menggalakkan penggunaan buku teks. iii) Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks dalam pembelajaran.3. Kumpulan Sasaran Kempen ini mensasarkan semua murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.4. Tarikh dan Tempat Program Kempen ini dicadangkan selama seminggu mulai 1 Oktober 2012 hingga 5 Oktober 2012. Tempat yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
  3. 3. Kempen Membaca Buku Teks 20125. AturcaraBil. Acara Tarikh Masa 1. Perasmian Kempen Membaca Buku 1 Oktober 2012 Perhimpunan Teks oleh Guru Besar Sekolah mingguan. Kebangsaan Behor Empiang, Perlis. 2. 5 minit bersama buku teks. 2 Oktober – 5 Setiap hari pada Oktober 2012 perhimpunan pagi 3. Pertandingan Siapa Cepat 1 Oktober 2012 Waktu rehat (Tahun 1 dan 2) 4. Pameran “Aku, Engkau dan Dia” Sepanjang Waktu rehat minggu 5. Pertandingan Pembaca 2 dan 3 Oktober Waktu Rehat Bahasa Melayu 2012 (Tahun 3 dan 4) 6. “Smile! You’re on candid camera.” Sepanjang Waktu Rehat minggu 7. Pertandingan Pembaca Bahasa 4 dan 5 Oktober Waktu Rehat Inggeris 2012 (Tahun 5 dan 6) 7. Pertandingan Mencipta Penanda Sepanjang minggu Buku Kreatif (Tahap 2) 8. Majlis penutup Kempen Membaca 5 Oktober 2012 11.30 pagi Buku Teks oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis.
  4. 4. Kempen Membaca Buku Teks 20126. Anggaran Pendapatan dan PerbelanjaanNo. Item RM RM PENDAPATAN 1. Unit Bimbingan dan 174.00 Kaunseling JUMLAH 174.00 PERBELANJAAN 1. Lollipop (token untuk 20.00 ”candid camera, siapa cepat dan 5 minit bersama buku teks) 2. Alatan pameran 20.00 3. Pertandingan Mencipta 3 x 3.00 Penanda Buku Kreatif 3 x 4.00 (Tahap 2) 3 x 5.00 36.00 4. Pertandingan Pembaca 4 x 3.00 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 4 x 4.00 4 x 5.00 48.00 5. Sepanduk 50.00 JUMLAH 174.00
  5. 5. Kempen Membaca Buku Teks 20127. Penutup Kempen Membaca Buku Teks ini diharap dapat mencapai objektif serta matlamatnya. Selain itu, di harap murid-murid dapat menimba pengalaman serta ilmu daripada kempen ini.Disediakan oleh, Disahkan oleh,...........................................................(ASMAH HANIM CHE ANI)Setiausaha SPBT,Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
  6. 6. Kempen Membaca Buku Teks 2012Lampiran 1. Cadangan isi kandungan 5 minit bersama buku teks i) Buku teks boleh dijadikan bahan rujukan belajar (Am). ii) Tajuk pembelajaran boleh ditanda dengan menggunakan penanda buku. iii) Terdapat aktiviti yang menarik dalam buku teks. iv) Buku teks sebagai penglipurlara. 2. Atur kerja aktiviti Bil. Acara Tarikh Masa Tindakan 1. Perasmian Kempen 1 Oktober Perhimpunan PK HEM Membaca Buku Teks 2012 mingguan. Setiausaha SPBT oleh Guru Besar Guru Bertugas Mingguan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis 2. 5 minit bersama buku 2 Oktober Setiap hari pada Ahli Kelab SPBT teks. –5 perhimpunan pagi Oktober 2012 3. Pertandingan Siapa 1 Oktober Waktu rehat Kelab SPBT Cepat (Tahun 1 dan 2) 2012 Guru Penasihat Kelab SPBT 4. Pameran “Aku, Engkau Sepanjang Waktu rehat Ahli Kelab SPBT dan Dia” minggu 5. Pertandingan Pembaca 2 dan 3 Waktu rehat Ahli Kelab SPBT Bahasa Melayu Oktober (Tahun 3 dan 4) 2012 6. “Smile! You’re on Sepanjang Waktu rehat Setiausaha SPBT candid camera.” minggu 7. Pertandingan Pembaca 4 Oktober Waktu Rehat Bahasa Inggeris 2012 (Tahun 5 dan 6) 8. Pertandingan Sepanjang minggu Setiausaha SPBT Mencipta Penanda Buku Kreatif (Tahap 2) 9. Majlis penutup 5 Oktober 11.30 pagi Guru Besar Kempen Membaca 2012 PK HEM Buku Teks oleh Guru Setiausaha SPBT Guru Bertugas Besar, Sekolah Mingguan Kebangsaan Behor Empiang.
  7. 7. Kempen Membaca Buku Teks 20123. Syarat-syarat pertandingan “Siapa Cepat”(tahun 1 dan 2). i) Pertandingan adalah untuk mencari mukasurat pada buku teks dengan cepat. ii) Peserta pertandingan terdiri daripada tahun satu dan dua. iii) Peserta boleh membawa satu buku teks tanpa mengira matapelajaran. iv) Pengacara akan mengumumkan mukasurat yang perlu dibuka samada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun dalam Bahasa Arab. v) Peserta yang cepat membuka mukasurat hendaklah mengangkat tangan dan menunjukkan pada pengadil. vi) Setiap satu mukasurat dikira sebagai satu pusingan, pemenang pusingan tidak dibenarkan bertanding semula. vii) Bilangan pusingan adalah tidak terhad walaubagaimanapun masa pertandingan adalah 10 minit pada waktu rehat sahaja. viii) Keputusan pengadil adalah muktamad.4. Syarat-syarat pertandingan “Pembaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”. i) Kategori Bahasa Melayu terbuka kepada murid tahun 3 dan 4 dan Kategori Bahasa Inggeris terbuka kepada murid tahun 5 dan 6. ii) Peserta akan membaca teks yang telah disediakan semasa pertandingan. iii) Peserta akan dinilai berdasarkan intonasi, sebutan huruf dan gaya. iv) Panel penilai adalah seramai 2 orang dan keputusan adalah muktamad.5. Syarat-syarat pertandingan “Mencipta Penanda Buku Kreatif”. i) Penyertaan adalah secara individu dan terbuka kepada murid-murid tahap dua. ii) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Oktober 2012. iii) Bentuk dan hiasan pada penanda buku adalah bebas. iv) Maklumat yang perlu ada pada penanda buku ialah nama, kelas, nama dan tarikh kempen. v) Peserta akan dinilai berdasarkan kekemasan, kreativiti dan kesesuaian penggunaan.
  8. 8. Kempen Membaca Buku Teks 2012

×