Konsep Penyelidikan

1,262 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,262
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
35
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide
  • {}
  • Konsep Penyelidikan

    1. 1. KONSEP DAN KAEDAH PENYELIDIKAN Sr Dr. Md Azree Othuman Mydin Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Univerisiti Sains Malaysia 1
    2. 2. KONSEP PENYELIDIKAN Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan? 2
    3. 3. KONSEP PENYELIDIKAN Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan? [1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian [2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran [3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain 3
    4. 4. KONSEP PENYELIDIKAN • Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!! MENGAPA ? Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan” 4
    5. 5. KONSEP PENYELIDIKAN Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan: • Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan. • Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut. • Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis). • Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta • Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan 5
    6. 6. KONSEP PENYELIDIKAN • Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik. • Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan • Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik 6
    7. 7. DEFINISI PENYELIDIKAN • Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan 7
    8. 8. DEFINISI PENYELIDIKAN • Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena 8
    9. 9. DEFINISI PENYELIDIKAN • Ahmad Mahdzan (1992) Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan 9
    10. 10. DEFINISI PENYELIDIKAN • Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. • Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis • Membina atau merekacipta produk yang baru 10
    11. 11. APAKAH PENYELIDIKAN? Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji Membuat kesimpulan dan generalisasi 11
    12. 12. Kenapa kita melakukan penyelidikan?   Mendapatkan ijazah Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)  Mendapatkan kepuasan intelektual  Mendapatkan produk yang baru  Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat  Mendapat pengiktirafan (kehormatan)  Untuk memperbaiki kehidupan sejagat  TERPAKSA!!!! 12
    13. 13. PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI • Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain • Ia boleh direplikasi (duplicated) • Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain • Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori • Ia mampu untuk dilaksanakan!!! • Ia menjana soalan baru 13
    14. 14. PENYELIDIKAN YANG BURUK • Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai. • Plagiat kerja orang lain • Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu. • Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan. 14
    15. 15. Soalan yang perlu ditanya (5w) What APA penyelidikan anda?  Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?  Who SIAPAKAH yang terlibat?  Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?  When BILA anda akan melaksankan penyelidikan? 15 
    16. 16. PROSES PENYELIDIKAN         Mengenalpasti masalah Sorotan/ Kajian literatur Pembentukan masalah Merekabentuk kajian Pengumpulan data Pemprosesan data Interpretasi data Penulisan laporan 16
    17. 17. STRUKTUR TESIS/DISERTASI ABSTRAK PENGENALAN KAJIAN LITERATUR TEORI / METODOLOGI ANALISIS DATA DISKUSI / PERBINCANGAN KESIMPULAN / PENUTUP RUJUKAN / APPENDIK 17
    18. 18. ABSTRAK   Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel. Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan 18
    19. 19. ABSTRAK  Abstrak    Tujuan penyelidikan Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena Apakah keputusan utama yang diperolehi 19
    20. 20. SOROTAN LITERATUR    Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya. 20
    21. 21. SOROTAN LITERATUR    Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama. Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri 21
    22. 22. PERANAN KAJIAN LITERATUR       Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan 22
    23. 23. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK 1. 2. 3. Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda. Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang. 23
    24. 24. samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK 4. 5. Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda. 24
    25. 25. MASALAH PENYELIDIKAN    Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya. Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka 25
    26. 26. SUMBER-SUMBER MASALAH        Media cetak dan elektronik Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannya Pengalaman individu lain Perbincangan antara individu atau kumpulan 26
    27. 27. Pertimbangan dalam memilih masalah kajian      Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan? Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut? Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini? Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain? Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahanbahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi? 27
    28. 28. Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan       Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji Sesuai dengan seorang penyelidik Berkaitan dengan masalah terkini Dilakukan dengan etika yg sempurna 28
    29. 29. Makna Pernyataan Masalah    Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak Boleh diuji setiap pemboleh ubah 29
    30. 30. HIPOTESIS   Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan Dibentuk selepas objektif wujud 30
    31. 31. Ciri-ciri hipotesis          Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah Dinyatakan secara logik, jelas dan terang Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkan Bersifat khusus bukan umum Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika Secara konsepsi sahaja Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji Spesifik 31
    32. 32. JENIS-JENIS PENYELIDIKAN 32
    33. 33. 1. Penyelidikan Asas (basic research)     Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnya Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa. Mempunyai orientasi yang lebih umum Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut 33
    34. 34. Contoh penyelidikan asas    Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmal Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan 34
    35. 35. 2. Penyelidikan Gunaan (applied research)      Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia , soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif. Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi 35
    36. 36. Contoh penyelidikan gunaan    Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada. Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli. Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut. 36
    37. 37. 3. Penyelidikan Penilaian (Assessment Research) Merancang program PROSES Menguruskan pelaksanaan dan kesannya. 37
    38. 38. Penyelidikan Penilaian  Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian.   Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki , ia dipanggil penilaian formatif. Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif. 38
    39. 39. 4. Penyelidikan Tindakan (Action Research) 39
    40. 40. Penyelidikan Tindakan   Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners) Ini adalah jenis penyelidikan gunaan 40
    41. 41. METODOLOGI PENYELIDIKAN 41
    42. 42. PENYELIDIKAN KUANTITATIF 42
    43. 43. PENYELIDIKAN KUANTITATIF 43
    44. 44. CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUANTITATIF 44
    45. 45. i. Kajian Eksperimen 45
    46. 46. ii. Kajian Kuasi-Eksperimen 46
    47. 47. iii. Kajian Tinjauan (Survey) 47
    48. 48. iv. Kajian Korelasi     Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau hubungan sedia ada antara pembolehubah Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena MAKSUDpenyelidikan yang cuba mencari hubungkait atau perhubungan antara pembolehubah dengan menggunakan kaedah statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah yang diselidik 48
    49. 49. PENYELIDIKAN KUALITATIF DEFINISI: Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam PENGENALAN:  dijalankan dalam satu kawasan yang kecil, melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja  Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah 49
    50. 50. PENYELIDIKAN KUALITITATIF     Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif 50
    51. 51. PENYELIDIKAN KUALITITATIF     Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif 51
    52. 52. CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUALITATIF 52
    53. 53. i. Kajian Etnografi   Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam sesuatu masyarakat / komuniti Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek :  Budaya  Tingkah laku  Corak interaksi sosial pemikiran  Cara hidup masyarakat 53
    54. 54. i. Kajian Etnografi (samb.) Dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang Cara pengumpulan data :   Pemerhatian  Temu bual   Kajian dilakukan sehingga pola kehidupan dapat ditentukan dengan jelas 54
    55. 55. ii. Kajian Kes   Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah sekolah, 2 buah sekolah atau 3 buah sekolah yang terletak dalam sesebuah kawasan Tujuan :  Menjawab persoalan kajian “bila”, “bagaimana” dan “mengapa”  Fokus penghuraian yang holistik dan menyeluruh 55
    56. 56. ii. Kajian Kes (samb.)   Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994) 2 jenis kajian kes :     penerokaan (exploratory) deskriptif (descriptive) Contoh kajian kes: kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran 56
    57. 57. iii. Kajian Sejarah  Maklumat utama : diperolehi daripada orang yang mengalami situasi atau peristiwa tersebut  Maklumat sekunder : diperolehi daripada kajian literatur dan orang yang terdekat dengan orang yang mengalami sendiri dan yang berada di tempat kejadian 57
    58. 58. iii. Kajian Sejarah (samb.)  Dokumen-dokumen berkaitan :         surat artikel minit mesyuarat teks dalam majalah rakaman video kaset foto tayangan gambar dsb 58
    59. 59. Kualitatif vs Kuantitatif 1. Tujuan/ Matlamat Kuali: Untuk memahami & mentafsir interaksi sosial . Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat kesan dan akibat dan membuat ramalan 59
    60. 60. Kualitatif vs Kuantitatif 2. Pendekatan Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan untuk memahami tingkah laku manusia dan sebabsebab yang mengawal tingkah laku itu Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian yang diasingkan daripada subjek atau perkara 60
    61. 61. Kualitatif vs Kuantitatif 3. Kumpulan yang dikaji Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak Kuanti: besar dan dipilih secara rawak 61
    62. 62. Kualitatif vs Kuantitatif 4. Pembolehubah (variables) Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya pembolehubah Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji 62
    63. 63. Kualitatif vs Kuantitatif 5. Instrumen Pengumpulan Data Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan fokus, kandungan atau analisis dokumentari & peserta pemerhatian Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan medium lain untuk mengumpul data numerik atau data yang boleh diukur 63
    64. 64. Kualitatif vs Kuantitatif 6. Jenis Data Kuali: perkataan, imej dan objek Kuanti: nombor dan statistik 64
    65. 65. Kualitatif vs Kuantitatif 7. Hasil Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang kurang generalisasi Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi 65
    66. 66. Kualitatif vs Kuantitatif 8. Soalan yang ditanya Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang bagaimana? Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa kerap? Sejauh manakah? 66
    67. 67. Terima kasih… 67

    ×