Your SlideShare is downloading. ×
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kaunseling kelompok teori adler 2012

10,990

Published on

Adlerian Theory

Adlerian Theory

Published in: Education
4 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
10,990
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
432
Comments
4
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 11.0 PENGENALANKaunseling yang terdiri dari individu atau kelompok, merupakan suatu konsep yang terlaluumum. Oleh itu bagi beberapa penjelasan, dipetikdari beberapa tokoh seperti Blocher (1974)mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya diamenjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia dapat bertindak balas dalam alampersekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses dimana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yangmenimbulkan masalah pada dirinya. Dan akhir sekali James (1982) pula menerangkankaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada prosesmembantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yangada pada diri individu tersebut.Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan yang bolehdigunapakai.Kaunselor yang berpengalaman memilih teori-teori yang bersesuaian denganpermasalahan yang dihadapi oleh klien agar kaunseling dapat dijalankan dengan lebihberkesan.Dari pelbagai pendekatan-pendekatan itu, empat kategori pendekatan telahdiklasifikasikan iaitu: 1. Pendekatan Psikoanalitik - Pendekatan psikoanalitik yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai. 2. Pendekatan Kognitif - Salah satu pendekatan kognitif yang terkenal oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai Terapi Emotif-Rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy) yang menjelaskan bahawa manusia secara lahiriah adalah rasional dan tidak rasional. 3. Pendekatan Afektif - Antara kaedah kaunseling dalam pendekatan afektif yang popular ialah Kaunseling Pemusatan-Perorangan (Person-Centered Counselling) diikuti dengan kaunseling „Existential‟ dan Terapi Gestalt. 4. Pendekatan tingkah laku - Pendekatan Kaunseling Pemusatan-Perorangan telah diperkenalkan oleh Carl Rogers dan pendekatan tingkah laku yang telah dipelopori
  • 2. 2 oleh tokoh terkemuka B.F Skinner pula memfokuskan kepada kaunselor berusaha untuk menolong kliennya sama ada mempelajari sesuatu yang baru atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan. Pendekatan ini selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai masalah yang spesifik seperti pelbagai jenis kecelaruan termasuklah masalah anxiety, Post Traumatic Stress Disorder, dan interaksi sosial.2.0 LATAR BELAKANG ALFRED ADLER.Alfred Adler telah dilahirkan di Vienna, Austria pada tahun 1870 dan berbangsaYahudi.Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik.Adler pernahmengalami penyakit pneumonia yang kritikal dan sejak itu bertekad untuk menjadi seorangdoktor perubatan setelah dia sembuh.Beliau memperolehi ijazah dalam bidang ini padatahun 1895.Pada tahun 1934, Beliau antara ahli awal dalam Persatuan Psikoanalitik di Vienna.Namunpandangan beliau agak bertentangan dengan Teori Freud menyebabkan beliau disingkirkandaripada persatuan Psikoanalitik.Kemudiannya, Adler berhijrah ke Amerika Syarikat danbeliau banyak membantu masyarakat pada masa itu.Beliau pernah menerbitkan beberapabuah karya antaranya, buku yang menghuraikan kepentingan individu melihat dirinya secarakeseluruhan sebagai satu entiti dan keinginan nafsu tidak mencukupi bagi menghuraikantindak balasnya pada persekitaran.Kemudian menerbitkan buku inferioriti organ dan cara-cara mengatasinya.Buku bertajuk “The neurotic Constitution (1912) dan buku berjudul“Understanding Human Nature” (1957) yang banyak dibuat rujukan di kebanyakkan pusatpendidikan tinggi di Amerika Syarikat.Beliau meninggal dunia pada tahun 1937 ketikaberumur 67 tahun akibat serangan jantung.
  • 3. 32.1 SEJARAH TEORI ADLERAlfred Adler ialah Psikologis pertama era moden yang memulakan kaunseling keluarga.Pemerhatiannya tentang konstelasi „Constellation‟ – iaitu sistem kekeluargaan danpenekanan terhadap pengalaman awal kanak-kanak sejajar dengan urutan kelahiran.Adlertidak bersependapat dengan Freud dimana pada tahun 1911, beliau menubuhkankanSociety for free psychoanalysis bersama dengan 8 orang ahli yang bersependapat denganbeliau.Ini menjadikan Adler sebagai penyumbang terbesar kepada PendekatanPsikodinamik.Adler beranggapan manusia itu adalah penentu sama seperti tanggapan yang telah dibuatoleh Sigmund Freud. Tetapi menurutnya manusia bukan mangsa keadaan masa lalu tetapimanusia gagal mengawal sepenuhnya interaksi ataupun rangsangan yang wujud sewaktuinteraksi sosial berlaku dengan mengaitkan tanggapan ini dengan konsep kendiri kreatif.
  • 4. 43.0 KONSEP DAN PRINSIP ADLER.3.1 Tabii ManusiaAdler berpendapat bahawa psikologi individu adalah salah satu cabang sains yang cubamemahami pengalaman dan tingkah laku setiap individu sebagai satu entiti. Beliau percayatindakan manusia berpandukan pada bagaimana manusia bersikap terhadap kehidupan danmenekankan aspek perbezaan individu. Perasaan Inferior Berusaha ke arah Berusaha untuk superioriti & superiority personal kesempurnaan Membentuk gaya hidup Gaya hidup yang destruktif – hasil positif dari false perception tentang dirinya yang dia besar-besarkan Kesihatan psikologikal NeurotikRajah: Perkembangan ke arah kesihatan psikologikal atau neurosisAdler juga berpendapat semua tingkah laku ada tujuan dan ini dipengaruhi oleh faktor-faktorsosial, keluarga dan alam sekitar.3.2 Konsep utama dalam teori Adler 3.2.1- Usaha menuju kesempurnaan dalam Konsep Superioriti.Konsep ini merupakan asas penting dalam teori Adler. Superioriti adalah tujuan danmatlamat hidup, bukan bertujuan untuk menandingi orang lain. Ia tidak akan memberi kesanapabila berusaha mendominasi orang lain dari segi idea atau kebolehan atau jika bertujuanuntuk menonjolkan diri. Ini dapat disimpulkan bahawa untuk mencapai ke arahkesempurnaan, individu perlu berikhtiar melengkapkan diri dengan potensi-potensi yand ada.
  • 5. 5Matlamat sikap dan tingkah laku manusia ke arah masa depan merupakan sumber motivasikepada manusia. Untuk mencapai Superioriti itu hanya cita-cita yang boleh menghuraikanberkenaan tingkah laku dan sikap manusia. Pada peringkat awal kajian, Adler berminat dalam kelemahan dan kecacatan anggotabadan. Tetapi lama kelamaan beliau mula berminat dengan perasaan rendah diri (inferioriti)dan usaha mencapai pampasan sebagai usaha untuk mengurangkan perasaan psikologiyang negatif. Beliau berpendapat, setiap individu merasa kekurangan dalam dirinya dan inimembuatkan perasaan rendah diri dalam hidup individu. Apabila seseorang berasa rendahdiri, dia akan cuba mengatasi perasaan tersebut dengan pelbagai cara. Sebagai contoh,pelajar yang berasa rendah diri kerana tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujiansekolah akan cuba mengatasi perasaan tersebut dengan menumpukan kebolehannya dalambidang lain yang dia berbakat. Tumpuan yang disalurkan kepada bidang lain inilah yangdikenal sebagai pampasan (ganti rugi). Usaha mengatasi kelemahan diri ini juga dikenalsebagai usaha untuk mencapai kejayaan(superioriti ) iaitu; matlamat untuk mencapaiperingkat kesempurnaan dalam aktiviti yang diberi tumpuan. Apa yang dimaksudkan dengankejayaan ialah bukan untuk mengatasi orang lain tetapi untuk mengatasi kebolehan dirisendiri. 3.2.2- Konsep Fictional Finalism.Adler berpendapat dan percaya manusia berusaha untuk mencapai matlamat yangdiinginkan dan menjadikan ianya sebagai panduan dalam suatu tindakan.Matlamat itu tidakboleh dirasai melalui pancaindera tetapi lebih merupakan idea yang dibayangkan.AkhirnyaAdler tidak lagi menggunakan istilah Fictional Finalism tetapi bertukar kepada guiding selfideal (menuju kearah kendiri yang unggul).Walaupun Adler mengubah pandangannya danberpendapat matlamat manusia adalah superior, beliau percaya orang yang sihat adalahorang yang bertindak selari dengan kehendak masyarakat. Dengan demikian, setiap individuberusaha memperbaiki diri kearah kesempurnaan melalui kerjasama antara satu denganlain. Perkembangan diri seseorang bergantung pada usaha yang dibuat untuk meyumbangkepada kebajikan masyarakat dan penglibatan mereka dalam tindakan proaktif.
  • 6. 63.2.3 Pengaruh ibu bapa di peringkat awal kanak-kanak.Individu yang mempunyai psikologi yang sihat akan berdepan dengan pelbagai masalah,samada masyarakat, pekerjaan, perhubungan atau percintaan. Adler berpendapat kedua ibubapa memainkan peranan penting dalam membantu kita meyelesaikan permasalahantersebut. Merekalah yang membentuk persekitaran dan matlamat hidup anak-anak sedariawal dan bertindak sebagai role modeldan guru kepada anak-anak.3.2.4 Kedudukan Kelahiran (Birth order).Adler percaya setiap layanan yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah berbezamenurut kedudukan kelahiran dan ini mempengaruhi personaliti mereka apabila dewasakelak .  Anak Pertama. Biasanya menjadi tumpuan utama dalam keluarga sebelum kelahiran anak lain selepasnya. Dengan kelahiran anak lain selepasnya, anak pertama terpaksa berkongsi kasih sayang dan perhatian ibu bapa dengan adiknya. Keadaan ini dikenali sebagai dethroned monarch.Kesannya anak pertama berasa tersinggung, kecil hati, menaruh dendam dan kemungkinan bermusuhan dengan adiknya. Dalam pembentukan personaliti, mereka ini menjadi samada cepat dewasa (matang) ,low inferiority, penjenayah atau menjadi problem child.  Anak kedua. Biasanya anak kedua menganggap abang atau kakaknya sebagai saingan yang perlu diatasi.Ini menjadikan mereka lebih independentberbanding dengan abang atau kakaknya.  Anak bongsu. Anak bongsu biasa dianggap sebagai ‘anak kecil’ dalam keluarga dan diberi tumpuan yang lebih. Adler berpendapat ibu bapa yang suka memanjakan anak bongsu akanmengakibatkan anak tersebut membesar menjadi seorang yang suka
  • 7. 7 bergantung kepada orang lain dan selalu gagal mencapai matlamat dalam hidup atau berperlakuan neurotik.  Anak Tunggal. Anak tunggal tidak mempunyai saingan daripada adik beradik lain. Dia akan menjadi satu tumpuan dalam keluarga. Lebih-lebih lagi jika kehadirannya sangat dinantikan oleh ibu bapa. Sebaliknya, mungkin ia diabaikan oleh kedua ibu bapanya terutama ibubapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tetapi lazimnya, anak tunggal akan ditatang bagai minyak yang penuh. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah interpersonal kepada anak tadi bila dia dewasa kelak.3.2.5 Jarak Kelahiran Dan Jantina.Walaupun Adler menjadikan turutan kelahiran anak sebagai panduan mengenai arahperkembangan seseorang, beliau juga percaya pengalaman-pengalaman yang unik dalamkeluarga juga memberi implikasi kepada perkembangan personaliti. Konsep turutankelahiran boleh disalah tafsir. Sebagai contoh, jika anak pertama mengalami kekurangandisebabkan oleh kecacatan otak semasa lahir, anak kedua mungkin diberi layanan lebih.Atau pun juga dua orang anak dilahirkan dengan jarak agak jauh dengan tiga adikberadiknya yang lain, ibu bapa akan melayan mereka seolah-olah mereka anak pertama dankedua walaupun sebenarnya mereka adalah anak keempat atau kelima. Sebab itu jarakkelahiran mungkin memberi kesan yang penting kepada cara anak diberi perhatian danbagaimana mereka berkembang.Faktor lain yang mempengaruhi perkembangan adalah jantina adik-beradik dalam sesebuahkeluarga. Pada pandangan Adler, anak lelaki yang membesar di kalangan adik-beradikperempuan akan mengalami masalah kerana dia merasakan dirinya berbeza. Kesannya,kemungkinan dia akan cuba menunjukkan sifat superior sebagai lelaki ataupun lebihcenderung kepada memiliki sifat-sifat kewanitaan. Begitu juga keadaan anak perempuanyang membesar di kalangan adik-beradik lelaki.
  • 8. 83.3.0–Jenis-jenis cara hidup utama AdlerAdler berpendapatcara hidup individu dibentuk bermula dari lima tahun awal pertama. Gayahidup yang telah terbentuk sukar untuk diubah di kemudian hari.Interaksi sosial yang dilaluioleh kanak-kanakadalah penting seperti interaksi perhubungan antara kanak-kanak,bersama ibu bapa dan urutan kelahiran.Menurut Adler, setiap individu mempunyai cara hidupyang unik.Terdapat empat jenis hidup utama pada pandangan beliau, iaitu;- 3.3.1 Jenis menguasai ( The Ruling type ). Menurut Adler, individu jenis ini kurang minat pada kepentingan dan kebajikan masyarakat. Mereka antisosial dan suka menunjukkan superioriti Kanak-kanak yang mempunyai sikap begini biasanya lebih suka berkawan dengan kanak-kanak yang lebih lemah kerana mereka senang dikuasai dan dibuli. Apabila dewasa, mereka lebih suka menjadi penguasa dan suka memerintah orang lain atau pasangannya, sama ada dengan menggunakan kuasa, duit atau sebagainya. Contoh individu yang termasuk dalam jenis ini adalah penjenayah. 3.3.2 Jenis mendapat ( The Getting type ). Individu jenis ini bersikap pasif dan kurang berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, suka bergantung pada orang lain. Biasanya kanak- kanak jenis ini dimanjakan oleh ibu baapa dan tidak pernah diberi tanggungjawab dalam kehidupan. Mereka membesar menjadi individu yang kurang keyakinan, suka menggunakan gaya menawan, rupa yang cantik atau khidmat bomoh sebagai jalan pintas untuk mendapatkan apa yang dihajati.
  • 9. 9 3.3.3 Jenis mengelak (The Avoiding type). Individu jenis ini biasanya kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan konflik. Mereka lebih suka mengelak daripada berdepan masalah. Orangnya suka mengelamun dan berfantasi yang mengambarkan mereka sebagai seorang superior. 3.3.4 Jenis bermanfaat kepada masyarakat ( The socially Useful Type ). Orang jenis begini, biasanya membesar dalam keluarga yang saling membantu dan sentiasa memberi sokongan moral.Mereka mampu berdepan dengan masalah dan bertindak dengan memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat.Mereka tidak bersifat mementingkan diri, senang bekerjasama dan mudah menyesuaikan diri.Matlamat hidupnya memiliki sebuah keluarga yang bahagia yang berkonsepkan ‘rumahku syurgaku’ dan memperbetulkan ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.4.0 PENDEKATAN DAN KAEDAH KAUNSELING ADLERIdea Adler yang berasaskan kepentingan dalam penyediaan suatu keadaan yang positif danwujudnya suatu gerakan semula jadi untuk mengatasi ketakutan dan mengembangkanpotensi individu kearah kesempurnaan kendiri.Melalui pendekatan ini, matlamat kelompok dapat dicapai dimana antara tujuannya ialah : 1. Untuk membentuk individu supaya lebih berorientasikan minat sosial agar menjadi individu yang mempunyai matlamat hidup yang jelas pada akhir sesi. 2. Untuk memperbetulkan persepsi yang salah dan menghilangkan sikap bersaing yang kurang sihat.
  • 10. 10 3. Membantu penyesuaian sosial berdasarkan prinsip tolak ansur dan interaksi secara sihat.Peranan kaunselor dalam kelompok Adler adalah sebagai fasilitator yang mencipta danmenggalakkan perkembangan suasana terapeutik dan sebagai model kepada ahli-ahlikelompok.Proses kaunseling Terapi Adler ini terbahagi kepada 4 langkah atau fasa iaitu: Fasa pertama: Membina, mewujudkan dan mengekalkan hubungan terapeutik. Dalam fasa ini, hubungan baik antara kaunselor dan klien dijalinkan. Kaunselor dengan pengalaman dan pengetahuan yang arif akan menyediakan suasana yang positif yang membolehkan klien merasa selesa, diterima dan dihormati sehingga menggalakkan ahli-ahli untuk menerangkan permasalahan dengan lebih spesifik . Fasa kedua: mendiagnosis. Fasa ini digunakan kaunselor bertujuan untuk meneroka dan menyelami permasalahan klien dengan lebih terperinci dimana kaunselor menemu duga klien dari segi gaya hidup, sistem kekeluargaan dan sebagainya.Melalui interaksi dan motivasi, kaunselor dapat menghubungkaitkan dengan konsep Adler yang dijelaskan pada perbincangan awal seperti Konstelasi keluarga, susunan kelahiran, ingatan awal dan yang lainnya.Antara teknik yang boleh digunakan dalam fasa ini termasuklah parafrasa, konfrontasi, bertanya dan membuat andaian. Fasa ketiga: Menginterpretasi. Dalam fasa ketiga ini, kaunselor dan klien akanmembincangkan serta menganalisis dimana dengan cara ini, kaunselor dapat menyampaikan kefahaman, membina pemikiran positif dan celik akal dalam kelompok. Ini membolehkan perubahan kepada emosi dan tingkahlaku yang
  • 11. 11 dikehendaki. Ianya juga bertujuan supaya ahli dapat memahami mengapa mereka berkelakuan seperti yang mereka lakukan Fasa keempat: Orientasi semula. Fasa terakhir ini merupakan fasa yang kritikal dimana pada tahap ini kaunselor akan membantu klien memilih alternatif dalam membuat perubahan sikap dan pemikiran dengan sokongan, galakan dan halatuju yang bersesuaian dengan kehidupan klien.Pada tahap ini juga, kaunselor juga boleh menyediakan suasana yang mencabar agar ahli lebih berani mengambil risiko dan membuat perubahan yang diinginkan.Usaha dalam membantu klien mengenalpasti dan merubah diri kepada kendiri yang positifdengan memilih 11lternative ialah asas teori Adler dalam sesi kaunseling.Kaunselor merawatmasalah dalam dinamik keluarga mengikut urutan kelahiran dengan menekankan kepadapendidikan untuk menghasilkan perkembangan dan perubahan di kalangan ahli-ahlikeluarga.5.0 SUMBANGAN & KELEBIHAN TEORI ADLER Teori Adler boleh diterima umum kerana teori beliau menyentuh secara langsungberkenaan pendidikan yang dititik beratkan oleh masyarakat. Teori pertama menyentuhaspek kesihatan mental. Perkara penting dalam kesihatan mental adalah matlamat hidupbermasyarakat. Memberi bentuk teori perikemanusiaan yang terdapat pada manusia normal bukanberdasarkan nafsu yang buruk. Suasana kelompok tidak mengancam kerana kaedah yang digunakan masuk akal danmenggunakan kecelikan akal fikiran. Dalam hal ini, ahli tidak merasa tertekan denganprosedur dan istilah yang digunakan.
  • 12. 12 Adlerian menggalakkan pendekatan demokratik yang lebih bersifat keterbukaan dandialog. Ini sesuai dijadikan sebagai kaedah kaunseling yang mengandungi ciri-ciri hormat-menghormati, pemulihan dan motivasi kearah sikap yang lebih positif terutama bila inidijadikan sebagai asas kaunseling keluarga.6.0 LIMITASI TEORI ADLER Pendekatan Adlerian terlalu idealistik sedangkan dalam kehidupan sebenar, tidaksemua dan tidak semestinya ciri-ciri atau sifat-sifat positif yang dinyatakan Adler itu wujud. Pendekatan Adler tidak disokong dengan fakta (anecdotal) kerana masih kurangkajian yang dibuat untuk membuktikan keberkesanan. Tidak mengemukakan teori yang benar-benar baru bahkan hanya membaik pulih teoriyang dikemukakan oleh Freud sahaja. Dalam kajian birth order , terdapatnya tidak ada konsistensi dan faktor keluarga sukarmendapat sokongan oleh pengkaji-pengkaji lain kerana bentuk keluarga boleh berubahmengikut perubahan masa. Dari sudut perspektif Islam, bercanggah dari iktikad sebenar kerana menidakkankekuasaan Tuhan dan meyakini segalanya usaha ikhtiar itu datangnya dari diri sendiri dantidak berhubungkait dengan sesiapa pun. Limitasi terletak pada cara „style‟ kepimpinan ketua kelompok kerana Adlerian tidakmempunyai panduan yang tertentu dan mereka hanya menggunakan cara yang diolahsendiri.
  • 13. 137.0 PERBANDINGAN ANTARA ADLER DAN FREUD ADLER FREUDMinda dilihat sebagai menyeluruh Minda dianggap sebagai tidak nampak„integrated whole‟. dilihat yang terbahagi kepada id, ego & superego („warring factions‟)Menekankan kepada conscious mind Menekankan kepada unconscious mindKejayaan masa hadapan menjadi sumber Masa hadapan tidak pentingmotivasi utamaMasyarakat adalah motif utama Seksual sebagai motif utamaManusia bebas membentuk personaliti Manusia dibentuk oleh factor biological, heredity dan persekitaranOptimis mengenai kuwujudan manusia Pesimis mengenai kuwujudan manusiaObjektif terapi dikaitkan kepada Objektif terapi untuk mengetahui ingatan-menggalakan kehidupan yang diintegrasi ingatan yang awal (repressed earlydengan masyarakat memories) sebagai penentu personaliti.8.0 PENUTUPSebagai rumusan, Alfred Adler telah Berjaya membawa beberapa konsep yang berbeza dariFreudian.Adler lebih memberikan fokus utama kepada keunikan individu dimana pengaruhkesedaran dan realiti dijelaskan sebagai penentu diri individu.Individu juga dipengaruhi olehfaktor biologi terutama pada zaman kanak-kanak.Alfred Adler lebih optimis berbandingdengan Freud.Manusia bebas mengoptimasikan keupayaan dan kebolehan dalam mengolahidea-idea sebagai panduan menggerakkan tingkahlaku mereka.Idea yang positif merupakanmatlamat unggul yang mendorong mereka menjalani kehidupan yang positif.
  • 14. 14REFERENS:Amir Awang (1987). Teori Dan Amalan Psikoterapi. Universiti Sains Malaysia.Amir Awang (1991). Teori Dan Amalan Psikoterapi. Terjemahan dari “Behaviour Modificationand Therapy” by Richard R. Bootzin.Universiti Sains Malaysia.Ida Hartina Ahmad Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. PTS ProffessionalPubs.Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti (2011).Oxford Fajar Sdn Bhd(Malaysia).Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar (2002). Pengantar Bimbingan Dankaunseling.Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.Wadsworth Thomson (2003). Essential Of Psychology. Thomson Learning Inc. (USA).Zuraidah Abdul Karim (2004). Pengenalan Kaunseling Kelompok. IBS Buku SDN Bhd.

×