• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bahagian  c membina ulasan
 

Bahagian c membina ulasan

on

  • 10,601 views

 

Statistics

Views

Total Views
10,601
Views on SlideShare
10,267
Embed Views
334

Actions

Likes
0
Downloads
328
Comments
3

7 Embeds 334

http://ongsawpheng.blogspot.com 243
http://norzehanskst.blogspot.com 58
http://kba3047.1bestarinet.net 13
http://www.norzehanskst.blogspot.com 10
http://pbb3014.1bestarinet.net 8
http://ongsawpheng.blogspot.nl 1
http://ongsawpheng.blogspot.sg 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

13 of 3 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Alhamdulillah, satu penulisan yang baik yang membantu dalam penulisan tugasan saya. Terima kasih.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • alhamdulilah, t.kasih kerana memberi panduan dan sumber maklumat yg berguna.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • very useful to the Darjah 4 students!!!!
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bahagian  c membina ulasan Bahagian c membina ulasan Presentation Transcript

    • BAHAGIAN C MEMBUAT ULASANCadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit
    • Membuat Ulasan• 20 markah• Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.• Tidak kurang 50 patah perkataan.• *Tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
    • Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/pernyataan/puisi/dialoq/rencana yangmengandungi banyak pengajaran/amalanbaik atau nilai-nilai murni.Soalan ini wajib dijawab dan markah bagisoalan ini ialah 20 markah.
    • BAHAGIAN C• Bahagian ini amat penting .• Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi.• Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula .• Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan.• Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .
    • JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK Belajar bersungguh-sungguh Mendisiplinkan diri Menolong orang yg. ditimpa kesusahan Mengambil berat / memberi perhatian Luhur tanpa menyimpan rasa dendam Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan Tidak buang masa Menanam sikap rajin bekerja
    • • Pastikan mengikut arahan soalan .• Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk .• Nilai yang negatif tidak boleh diterima.• Jawapan yang disampai dalam satu perenggan.• Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima .• Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.
    • JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI Baik hati  Toleransi Berdikari  Kesyukuran Berhemah tinggi  Harmoni Hormat  Berdisiplin  Berwawasan Kasih sayang  Semangat bermasyarakat Keadilan  Patriotisme Kebebasan  Rasional Keberanian  Kesederhanaan Kejujuran  Kerjasama  Kerajinan
    • JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN Memelihara dgn. kasih  Bersimpati pada golongan sayang lemah Jasa dihargai dan dibalas  Sifat bertanggungjawab Menyayangi ibu bapa  Menepati masa dan keluarga  Amanah Mensyukuri anugerah  Kesabaran membawa tuhan kejayaan Bersifat murah hati  Menjaga keselamatan Ucap terima kasih  Bersikap prihatin  Mematuhi peraturan
    • BAHAGIAN C – 20 MARKAHPENSKORAN KRITERIACEMERLANG i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis ( 17 -20 ) berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul BAIK i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ( 12 – 16 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.MEMUASKAN i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan ( 6 – 11 ) sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaanPENCAPAIAN i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan MINIMUM bahan rangsangan. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan. (1–5)
    • Cara Menulis ulasan• Baca dan fahami situasi.• Gariskan amalan baik dalam soalan.• Sediakan rangka ulasan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.• Tulis ulasan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan/panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.
    • Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunya ketika berada di rumah. Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapan bersama-sama ibu bapanya.Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan punmelintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..
    • Contoh Soalan Membuat UlasanSetiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGIMEMBANTU IBUBERSARAPANBERSAMA-SAMABERSARAPANBERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBUMEMBACA BUKUMEMBERSIH KELASKELAS YANG CERIA
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI MASAMEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU/TANGGUNGJAWABBERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGANBERSAMA-SAMA KASIH SAYANG/ SILATURRAHIM MENJAGA KESIHATAN/TIDAKBERSARAPAN LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN KETIKA BELAJAR
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI MASAKITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUNAWAL PAGI. MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU/TANGGUNGJAWABSELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJAIBU SEPERTI MEMBANTU IBU.BERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGANBERSAMA-SAMA KASIH SAYANGDI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBABBERSALAMAN DENGAN MENGHORMATI IBU BAPA/AYAH DAN IBU MOHON RESTU RAJIN/MENGHARGAIMEMBACA BUKU MASAMENYAPU/ TANGGUNGJAWAB/MEMBERSIH KELAS MENJAGA KEBERSIHAN SERONOK & SELESAKELAS YANG CERIA BELAJAR
    • BAGAIMANA MENULIS ULASAN Nilai murni/ Kata PenandaKata Bantu pengajaran Hubung Huraian Wacana mesti dengan Selain itu, kerana perlu Di samping itu agar hendak Seterusnya, supaya Akhir sekali, harus seperti patut
    • Contoh ulasan Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi. Selain itu, kita perlulah meringankan beban kerja ibu dengan membantu ibu. Seterusnya, kita dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan bersarapan bersama-sama. Di samping itu, kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita dengan bersalaman dengan mereka sebelum pergi ke sekolah. Akhirnya , kita dapat menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku.
    • Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi Izzati sudah bangun dan mengemas tempat tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap, Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya serta adik beradiknya.Bangun awal setiap hari Berdisiplin / menghargai masa Mengemas tempat tidur Tanggungjawab / rajinMandi dan menyiapkan diri Menjaga kebersihan diri / berdisiplinBersarapan dengan ayah dan ibu Mengeratkan hubungan kasih sayang
    • Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzatisudah berada di dalam kelasnya. Dia akanmenjalankan tugas seperti yang tertera padajadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzatimemberi sepenuh tumpuan terhadap setiapmata pelajaran khususnya matapelajaran yangdia agak lemah. Dia sentiasa bertanyagurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakan-rakannya selalu membuat perbincangandalam kumpulan bagi memantapkan lagipemahaman dan pengetahuannya.
    • 2009Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. SangSemut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semuttelah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampirlemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daunagar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkandirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedangmengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segeramenggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar.Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbukmengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB KELUAR MENCARI MAKANANMENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYABERSUNGGUH-SUNGGUHMENJALANKAN TUGAS TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAIMENJATUHKANSEHELAI DAUNMENYELAMATKAN DIRI
    • AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB SEGERA MENGGIGIT KAKI PEMBURUMENGUCAPKANTERIMA KASIHBERSAHABAT BAIK
    • AMALAN BAIK NILAI/PENERANGAN/SEBAB KELUAR MENCARI RAJIN MAKANANMENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYA BERTANGGUNGJAWABBERSUNGGUH- TEKUN / BERUSAHA /SUNGGUH DISIPLINMENJALANKAN TUGAS TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAI BERHATI-HATI
    • AMALAN BAIK PENERANGAN/SEBABMENJATUHKAN SEHELAI MEMBANTU/MENOLONG/DAUN BAIK HATI BERTINDAK PANTAS/MENYELAMATKAN DIRI BIJAK/PRIHATINSEGERA MENGGIGIT MEMBALAS JASA/KAKI PEMBURU MENGENANG BUDIMENGUCAPKAN TERIMA MENGHARGAIKASIH PERTOLONGAN SETIA KAWAN/ BERSAHABAT BAIK HUBUNGAN MESRA
    • Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menontontelevisyen hingga larut malam. Dia tidak sempatbersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergike sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu danbapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlahtiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapansekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menguncibasikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalambarisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapatibahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpangoleh rakan untuk pulang ke rumah.
    • 1. Tidur larut malam2. Membuang masa menonton televisyen3. Tidak bersarapan4. Tidak menghormati ibu bapa5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya6. Tergesa-gesa7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri8. Tidak menghormati lagu kebangsaan9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
    • CONTOH JAWAPANKita mestilah menghargai masa dengan tidurpada masanya dan bangun awal kerana masa ituemas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibubapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolahsebagai tanda seorang anak yang bersahsiah.Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturanjalan raya dengan berhenti semasa lampu isyaratmerah bernyala demi keselamatan diri sendiri.Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawabdengan menjaga harta benda sendiri sepertibasikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya,kita wajarlah bersemangat patriotik denganberdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikansebagai tanda taat kepada Negara.
    • CARA MENGULAS MENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAII. APA? + MENGAPA? (SEBAB)II. APA? + BAGAIMANA? (CARA/NILAI)III. APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)
    • Kembangkan idea ikut kesesuaian – Apa? (nilai yang dikesan) bangun awal pagi – Bagaimana? (perlakuan nilai) disiplin diri – Contoh (peribahasa / rujuk teks) masa itu emas – Kesan / Akibat (baik / buruk) tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu
    • Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian CBerdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya …Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya …Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya … Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Sebagai seorang pelajar, kita haruslah……………….
    • BAHAGIAN C – Cara menulis.Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanini ialah ……………………………..(huraian).Seterusnya, ………………………..……………………...................................(huraian)……………...Di samping itu, ……………………….……………......(huraian)………………………………………..Selain itu, ……………………….……………………….……………………………..(huraian)………….………………………………………………………………Akhirnya, kita……………………….(huraian)…………………………………………………………….. •Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
    • Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..………………….agar………………………(huraian)Kita juga perlu………………………untuk…………………………………………………….……(huraian)Seterusnya, kita perlu……………………………….untuk………………………………………..(huraian)Kita juga harus……………………………supaya………………………………………………….(huraian)Kita mestilah juga……………………………………bagi…………………………………………(huraian) Apa yang penting setiap amalan/nilai/ pengajaran mesti ada huraian
    • Elakkan daripada menulis ulasanmenggunakan perkataan,“………………..itu merupakan amalan yangbaik”.“……………….itu merupakan sikap yangterpuji”.“……………….itu merupakan amalan yangmulia”.
    • Untuk mendapat markah yang cemerlangDalam bahagian C ini, anda mestilah:1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.
    • Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolahyang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penatmenyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkancenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedihmelihat cenderamata yang diperolehi daripadasahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adikkerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasabersalah dan meminta maaf kepada kakak.
    • Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.Azizul : Apa khabar Rahim?Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini.Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu. Rasalah.Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah awak bimbang.Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar.Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawan- kawan di sekolah.Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak hadir.Rahim : Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya.Azizul : Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang pula.Rahim : Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu.Azizul : Terima kasih kerana mengingatkan saya.
    • Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripadapetikan di bawah, Saudari, Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat saya terima duahari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari keranasudi mengirim surat kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa.Bagaimana kehidupan saudari sekarang? Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniahkepada saudari kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRyang baru diumumkan mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaanUPSR tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk menjejakkan kakike sekolah berasrama yang diidamkan oleh semua murid. Saya berasa kesalkerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yangada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapipeperiksaan UPSR.
    • Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki kesilapan saya. Sayaberasa keputusan saya belum terlambat. Mulai saat ini, saya akan belajarbersungguh-sungguh dan mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jikasebelum ini saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya akanmemperbaiki kesilapan tersebut.Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Nasihatguru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah yang diberi jarang dapat sayasiapkan. Kawan-kawan sering mengajak saya belajar bersama-sama dalam satukumpulan, tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untukmembahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya tidak ambil kisah.Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. Kini saya menyesal danberusaha untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya pula. Doakanlahkesejahteraan saya.Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari akanmenempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan semoga berbahagiaselalu.Sekian.
    • Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan11. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan. - kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan. Kurang teliti membaca dan memahami arahan,2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
    • 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan.4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan.6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
    • 8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
    • SEKIAN, TERIMA KASIH
    • KALAU TAK FAHAM JUGA, TANYALAH GURU-GURU ANDA.
    • OK KAWAN-KAWAN….. TERIMA KASIH DAUN KELADIDAH HABIS… PANJANG UMUR, JUMPA LAGI;AMIN……. SUNGAI KLANG SUDAH BERSIHKITA JUMPA LAGI… SEKIAN….TERIMA KASIH…..
    • KALAU ADA JARUM YANG PATAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;KALAU ADA SILAP DAN SALAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI. BETUL….. BETUL…… BETUL……
    • SELAMAT BERTEMU LAGI. JUMPA LAGI PADA LAIN MASA & KETIKA.Dihasilkan oleh:-Suwaibah Sussana AbdullahSK Tok Muda, Kapar, Klang.suwaibahsu@yahoo.com.my
    • SENYUMLAH…..SENYUMLAH……AHAI….CIK MEK MOLEK……SENYUMLAH…..SENYUMLAH….AHAI….CIK MEK MOLEK…..
    • GADIS IDAMANKUHANYA ENGKAU YANG SATUHADIRLAH……DALAM MIMPI….MIMPIKU….BIAR BERIBU…RAMAI DATANG MENGANGGU…PADAKU….ENGKAULAH YANG SATU……