KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS, KAUM dan SOSIOBUDAYA              SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARANISI KA...
1.0 PENGENALANMalaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikandalam sebuah negara...
2.0 PERNYATAAN MASALAH     PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS     Pengaruh budaya telah memainkan perana...
3.0 KESAN – KESAN       3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI       DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU ...
darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas-       tugas ini perlu dipikul oleh gu...
3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK       DARJAH TERHADAP PELAJAR               Pelajar adalah pelangg...
mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik       yang menjadi pokok kepada pemben...
mencapai tujuan pembelajaran yang sama. Ini bermakna guru akan meletakkan beberapaorang murid bersama di dalam sebuah kump...
seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasayang sesuai dan lemah-lembut se...
yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar       yang berbeza latar belakang da...
bahagian-bahagian tertentu           Lemah        dalam   menyelesaikan           Pemikiran abstrak dan analitikal        ...
membuat sesuatu tugas.   2. Hubungan sosial dengan guru      Pembelajar Field dependent                Pembelajar Field In...
struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai       tunjuk ajar lebih (struktur) tidak b...
Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk       belajar. Pelajar yang visual belajar dengan l...
5.0 KESIMPULAN Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam masyarakat terutama d...
PETA MINDA KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK, RAS DAN     SOSIO-BUDAYA       Impak kepada GURU                             ...
BIBLIOGRAFI   1. Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong “PERBEZAAN RAS /      ETNIK DI DALAM BILIK DARJAH” di ak...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last

3,607

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,607
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
246
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last

  1. 1. KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS, KAUM dan SOSIOBUDAYA SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARANISI KANDUNGAN MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 22.0 PERNYATAAN MASALAH Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas 33.0 KESAN-KESAN 3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 4-5 dalam bilik darjah terhadap guru. 3.2 Implikasi kepelbagaian etnk, ras dan sosio-budaya di 6-7 dalam bilik darjah terhadap pelajar4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU 7-145.0 KESIMPULAN 156.0 PETA MINDA 16Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 1
  2. 2. 1.0 PENGENALANMalaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikandalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilangetnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabahdan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnikmempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari ras,etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Didalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza.Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latarbelakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain John Deweymenunjukkan seorang guru mempunyai tanggungjawab bagi menggalakkan generasi baruberfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam kontekskepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka gurumerupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk pelajar daripada pelbagai etnik danlatarbelakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran danpembelajaran di bilik darjah.Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilikdarjah. Jika wujud perbezaan di kalangan pelajar dengan guru dari segi cara merekaberkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksiantara mereka.Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 2
  3. 3. 2.0 PERNYATAAN MASALAH PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau pergantungan, mempengaruhi tahap pergantungan pelajar dalam proses pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat, melahirkan pelajar yang lebih dependent sebagai pembelajar. Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar.Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 3
  4. 4. 3.0 KESAN – KESAN 3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza. Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar, tidak mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar dari kaum yang berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio- budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilikKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 4
  5. 5. darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas- tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya. Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau secara ringkasnya, Guru perlu : 1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar 2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional 3. Membantu pelajar memilih kerjaya 4. Sentiasa menepati masa 5. Menghormati pelajar dan bersifat adil 6. Tidak menyentuh kepercayaan pelajar 7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek 8. Catat kemajuan dan kelemahan pelajar 9. Guru mempunyai wawasanKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 5
  6. 6. 3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya dan mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara. Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelasKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 6
  7. 7. mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar. Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan , menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang bolehdigunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnikdan budaya mereka.Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru adalah sepertiberikut :1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini adalah kerana guruseharusnya mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaummasing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpamembezakan murid dengan kelas sosial mereka. pembelajaran koperatif merupakan kaedahpedagogi yang berlandaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan pelajarbekerjasama untuk belajar dan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagiKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 7
  8. 8. mencapai tujuan pembelajaran yang sama. Ini bermakna guru akan meletakkan beberapaorang murid bersama di dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untukdiselesaikan secara bersama. Tugasan yang diberikan pula memerlukan ahli bekerjasamasupaya ia dapat diselesaikan.2. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang kedua ialah amalan penggunaan bahasayang sesuai. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang mempunyai makna bagimenyampaikan mesej daripada penghantar kepada pihak penerima samada dalam bentuk lisanmahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala di antaraguru dan murid, justeru laras bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan tahap umurmurid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyaidialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaanbahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasakedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasadi antara guru dan murid.3. Ketiga, amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses pengajaran danpembelajaran. Proses penerapan dilakukan oleh guru dengan menyelitkan nilai-nilai murnisecara implisit dan eksplisit melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telahdirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah yang terkandung nilai-nilai murnidan berbentuk mesra budaya serta memberikan contoh melalui tauladan iaitu mempamerkanperlakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni sepertitolong-menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktivitisecara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta peraturan-peraturan yang menggalakkan interaksi murid daripada pelbagai kaum di dalam bilik darjahseperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan bahasa Melayu”.Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkahlaku positif kepada murid-muridKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 8
  9. 9. seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasayang sesuai dan lemah-lembut serta menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpamengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosial mahupun perbezaan jantina mereka.Selain itu, penekanan diberikan dalam skop seperti berikut : ISI KANDUNGAN (CONTENT) Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan : 1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain. 2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan. MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guruKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 9
  10. 10. yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan. MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih mudah. PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :  Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence) Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti berikut: Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Persepsi global Melihat sesuatu dalam bentukKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 10
  11. 11. bahagian-bahagian tertentu Lemah dalam menyelesaikan Pemikiran abstrak dan analitikal masalah analitikal Suka menerima sahaja apa yang Individualistik, tidak sensitif ( kepada dipelajari emosi orang lain, kemahiran sosial yang lemah) Memerlukan motivasi luaran, Suka belajar bersendirian, pemikiran responsif kepada ganjaran sosial. cara tersendiri untuk belajar dan bentuk motivasi dalaman, tidak responsif kepada ganjaran sosial. Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field dependent kepada bidang sastera. Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut : 1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Suka bekerja dengan orang lain Suka bekerja bersendirian Suka membantu orang lain Suka berlumba-lumba Sensitif kepada perasaan orang Berorientasikan tugas, tidak peka lain terhadap persekitaran sosial semasaKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 11
  12. 12. membuat sesuatu tugas. 2. Hubungan sosial dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Melahirkan perasaan positif Jarang berhubung dengan guru kepada guru secara terbuka Menjadikan guru sebagai Hubungan dengan guru formal dan contoh dan role model terhad kepada tugas yang dilakukan 3. Hubungan Instruksi dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Memerlukan bimbingan yang Diterangkan konsep dengan terperinci jelas dan terperinci Konsep dibentangkan dalam Suka konsep-konsep sains dan bentuk cerita dan berkaitan matematik minat dan pengalaman pelajar  Keperluan Pelajar kepada Struktur Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahajaKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 12
  13. 13. struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan yang singkat kepada soalan yang diajukan. Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu, dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa gemar kerja berkumpulan. Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan orang lain. Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar, estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.  Modaliti PerseptualKepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 13
  14. 14. Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat membantu mereka belajar secara lebih sempurna. Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang berkesan.  Inventori Stail Pembelajaran Dunn dan Dunn ( 1979) – dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance), tanggungjawab dan struktur sosiologi (berkawan, sendiri, berpasangan, berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa, pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global, kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif)Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 14
  15. 15. 5.0 KESIMPULAN Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani. Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar tanpa prejudis.Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 15
  16. 16. PETA MINDA KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK, RAS DAN SOSIO-BUDAYA Impak kepada GURU Minat pelajar STRATEGI PENGAJARAN yang BERKESAN Impak kepada Bakat PELAJAR pelajar Isi kandungan (content) Mengurangkan prasangka dan streotaip Nilai-nilai Memupuk budaya sekolah murni yang positif Menggunakan bahan yang sesuai Stail Pembelajaran MODAL INSAN YANG SEIMBANG ( JERIS)Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 16
  17. 17. BIBLIOGRAFI 1. Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong “PERBEZAAN RAS / ETNIK DI DALAM BILIK DARJAH” di akses pada 26 November 2012 dari URL http://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/perbezaan-ras-etnik-di-dalam-bilik.html 2. Implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah di akses pada 25 November 2012 di URL http://www.scribd.com/doc/46594253/Implikasi-kepelbagai-sosio- budaya-dalam-bilik-darjah 3. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan Multimedia 4. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC.Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 17

×