Full write up
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Full write up

on

  • 761 views

 

Statistics

Views

Total Views
761
Views on SlideShare
761
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
26
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Full write up Full write up Document Transcript

  • 1.0 PENGENALAN1.1 KONSEP KECERDASANKecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari daripengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari.Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an. Galtonmerupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi yang terkenal, Charles Darwin. Galton percayabahawa keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk membentuk ujiankecerdasan yang boleh digunakan dalam kajian. Walaupun beliau tidak berjaya dalamkajiannya, namun Galton telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan. Perkataan kecerdasan diambil daripada kata dasar ‘cerdas’. menurut Kamus DewanEdisi Empat, cerdas bermaksud sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai,pintar. Kecerdasan juga membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu kesempurnaan akal(utk berfikir, mengerti, dan lain-lain spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan).1.2 KECERDASAN INTELEKAhli psikologi telah memberi pelbagai definisi yang berbeza bagi konsep kecerdasan. Setiapdefinisi memberi penekanan pada kebolehan dan kemahiran tertentu yang penting, antaranyaialah:Alfred Binet (1916), beliau sebagai pelopor dalam menyusun ujian kecerdasan yangberpendapat bahawa kecerdasan terbahagi kepada tiga aspek kemampuan iaitu:a) “Direction”, kemampuan untuk memusatkan kepada masalah yang hendak diselesaikan.b)“Adaptation”,kemampuan untuk mengadakan adaptasi terhadap masalah yang dihadapinyaatau fleksibel dalam menghadapi masalah.c) “Criticism”, kemampuan untuk mengadakan kritikan, baik terhadap masalah yang dihadapimahupun terhadap dirinya sendiri.Menurut Edward Thorndike (1913), kecerdasan adalah kemampuan individu untuk memberirespon yang tepat terhadap stimulus yang diterimanya. Menurut David Wechsler (1958),kecerdasan sebagai kemampuan yang menyeluruh untuk bertindak secara sengaja, berfikir[Kecerdasan] Page 1
  • secara rasional, dan berurusan secara berkesan dengan persekitaran. Mengikut Piaget (1950),kecerdasan adalah kebolehan individu membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial.1.3 KECERDASAN EMOSIMenurut Kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwayang kuat. Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan ataupergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiapkeadaan mental yang hebat atau meluap-luap.Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yangmemiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, keranameningkatkan kemampuan organism untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dankemudian menambah kemungkinan hidup. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurutKamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengertidan seumpamanya. Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosimerupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau sertamembuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnyamemanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.1.4 KECERDASAN SPIRITUALKecerdasan spiritual atau dikenali sebagai SQ (Spiritual Quotient) adalah kecerdasan jiwayang membantu seseorang untuk mengembangkan dirinya secara utuh melalui penciptaankemungkinan untuk menerapkan nilai-nilai positif. Kecerdasan spiritual yang berkembangdengan baik akan ditunjukan dengan kemampuan seseorang untuk bersikap fleksibel danmudah menyesuaikan diri dengan sekelilingnya, memiliki tingkat kesedaran yang tinggi,mampu menghadapi penderitaan dan rasa sakit, mampu mengambil pelajaran yang berhargadaripada sesuatu kegagalan, mampu mewujudkan hidup sesuai dengan visi dan misi, mampumelihat perkaitan antara berbagai-bagai keadaan, berdikari, serta pada akhirny amembuatseseorang memahami dalam kehidupan.2.0 TEORI-TEORI KECERDASAN[Kecerdasan] Page 2
  • 2.1 TEORI KECERDASAN KEJAYAAN ( TRIARCHIC STERNBERG)Teori ini diasaskan oleh Robert Sternberg. Beliau adalah seorang ahli psikologi yang lahirpada 8 Disember 1949. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan diUniversiti Yales. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama di Universiti Yales dan PhDdaripada Universiti Stanford. Beliau telah mengarang sebanyak 600 buah buku dan artikel.Robert Sternberg telah menganggap kecerdasan adalah berkaitan dengan pemprosesanmaklumat. Beliau telah mengkaji bagaimana maklumat yang kita dapati itu “mengalir” dalamdiri kita dan bagaimana maklumat tersebut berubah mengikut keperluan diri. Analisis yangdilakukannya akhirnya munculnya Model Kecerdasan Bercabang Tiga ( atau triarchic). Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satukecerdasan sahaja. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga jeniskecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Model KecerdasanBercabang Tiga ini terdiri daripada komponen analitikal, komponen pengalaman, dankomponen praktikal.2.1.1 Komponen Analitikal.Ciri utama kecerdasan ini ialah menganalisis. Kecerdasan seseorang individu dalam bidangakademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitikal. Ia merupkan keupayaan seseorangindividu untuk merumus masalah, mengatur strategi dan menyelesaikan masalah. Contohnya,pelajar yang menjawab soalan matematik telah menggunakan kaedah analisis iaitu mengesantajuk, formula, dan merangka jalan penyelesaian sehingga mendapat jawapan.2.1.2 Komponen PengalamanKecerdasan ini boleh dijelaskan dengan kreativiti. Kecerdasan ini boleh disebut sebagaikebolehan untuk mengatasi situasi baru seterusnya mempelajari ciri tersebut. Seseorang yangmempunyai kecerdasan pengalaman walaupun apabila diuji dengan menggunakan ujian IQmendapat markah yang sedikit tetapi mereka adalah seorang yang kreatif. Mereka jenis inilebih bersifat matang dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, mereka mempunyai bakatdan kreativiti dalam bersajak, menulis puisi ataupun mengeluarkan idea mereka di dalamlukisan mereka.2.1.3 Kecerdasan Praktikal[Kecerdasan] Page 3
  • Kecerdasan Praktikal adalah bagaimana seseorang individu dapat mengadaptasikan ilmu yangmereka ada dalam kehidupan seharian mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan inipandai mengorak langkah untuk berjaya dalam hidup. Mereka menggunakan ilmu yangmereka ada untuk menyesuaikan diri dengan situasi sebenar kehidupan. Contohnya seseorangyang belajar bertutur dalam bahasa inggeris telah menggunakan kemahiran berbahasa apabiladia melancong ke luar negara.2.2 TEORI KECERDASAN EMOSIKecerdasan Emosi merujuk satu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaanpsikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri danorang lain dari aspek peraaan, emosi dan tingkahlaku. Menurut Daniel Goleman (1977), 8jenis emosi yang utama ialah Marah, Sedih, Takut, Gembira, Sayang, Hairan, Benci danMalu. Menurut Goleman lagi, ada lima komponen penting dalam Teori Kecerdasan Emosiiaitu yang pertama;2.2.1 Kenali Emosi Diri. Seseorang individu perlu mengenal perasaan emosi mereka sendiri iaitu sama ada dirinya berada dalam keadaan suka, sedih, marah, dan sebagainya. Sebagai contoh, Aminah berasa sangat gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Emosi Aminah pada ketika ini adalah gembira.2.2.2 Mengawal dan Mengelola Emosi Diri Pada bahagian ini, merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani perasaan sehingga mencapai keseimbangan. Berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh seeorang individu itu bagi mengawal dan mengelolakan emosi diri sendiri contohnya seperti mendengar muzik, pergi bersiar-siar ke tempat yang tenang, bersendirian, menghabiskan masa bersama keluarga dan sebagainya. Cara kawalan ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan kecerdasan dalam dirinya dan bagaimana ia membuat keputusan. 2.2.3 Motivasi Diri emosi[Kecerdasan] Page 4
  • Motivasi diri ialah keupayaan mengatur emosi ke arah yang lebih positif dan meningkatkan cara berfikir secara rasional dan optimis. Seseorang yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan mempunyai semangat yang tinggi. 2.2.4 Memahami Emosi orang Lain (Empati) Empati adalah kemampuan untuk membayang dan menghayati perasaan orang lan. Empati adalah satu peraaan dimana seseorang itu mampu untuk menerima sudut pandangan orang lan. Seseorang individu itu peka terhadap orang lain dan mampu untuk mendengar masalah orang lain. Seseorang yang berempati yang tinggi adalah orang yang boleh menjadi pendengar yang setia. 2.3 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (Howard Gardner)Howard Gardner adalah seorang ahli pesikologi perkembangan yang terkenal mendapatpendidikan dari Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan denganpsikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerja dalam bidang perkembangankreativiti kanak-kanak. Gardner juga dikenali melalui hubungan dengan kerja-kerja yangberkaitan dengan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-ansemasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya ArtfulScribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak menjadi semakin matang.Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yangkemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan. Beliau menyimpulkan bahawa terdapat 8 jenis kecerdasan manusia. 8 jenis kecerdasanyang dimaksudkan ialah kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, ruang, muzik,interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan naturalis. Gardner (1999) telah menambah satulagi jenis kecerdasan ke dalam teori beliau iaitu kecerdasan eksistensial. Namun begitu, teorikecerdasan pelbagai yang diterima umum mempunyai 8 jenis kecerdasan (Moreno, 2010).Jadual berikut menerangkan jenis dan definisi kecerdasan, dan kemahiran yang ada padaindividu terbabit.3.0 KECERDASAN PELBAGAI (JENIS, DEFINISI, KEMAHIRAN)[Kecerdasan] Page 5
  • JENIS DEFINISI KEMAHIRAN INDIVIDUKECERDASANVerbal- Kepekaan terhadap fungsi bahasa Menggunakan kemahiran verbal samalinguistik dan bunyi, irama dan makna ada melalui pertuturan atau penulisan, perkataan mendengar dan mudah menyakinkan orang lain melalui pandangannyaLogik- Kepekaan dan keupayaan untuk Menyelesaikan masalah, mengelas &matematik membezakan logik atau nombor mengkategorikan maklumat, dan mengendalikan penaakulan memahami konsep abstrak & panjang mengaitkannya dengan konsep lainVisual-ruang Kecerdasan menepati ruang, Menyelesaikan puzzle, mudah melukis, membentuk corak, mentafsir imej visual, rekabentuk mewarna, mencipta dan membina objek, manipulasi objek, melakar dan gambaran mental serta mewarna mengamati dunia visualMuzik Kepekaan dan keupayaan Menulis lirik dan lagu, bermain alat menghasilkan irama, ritma, bunyi muzik, mengingati melodi, memahami muzik penghargaan muzik struktur & ritma muzikInterpersonal Peka dan boleh bertindak balas Mendengar, menggunakan empati, kepada mood, perangai, motivasi, kaunseling, bekerjasama kumpulan, dan keinginan orang lain mampu berkomunikasi secara verbal & bukan verbal, mewujudkan kepercayaan,Intrapersonal keupayaan untuk mendalami Refleksi kendiri, mampum potensi, kelemahan dan matlamat negenalpasti kekuatan, kelemahan dan diri serta membezakan diri matlamat diri dan memahami peranan dengan yang lain dalam perhubungan dengan orang lainKinestetik keupayaan untuk mengawal Koordinasi fizikal, bersukan, pergerakan badan dan mahir menggunakan bahasa isyarat, bahasa mengendalikan objek mahir tubuhNaturalis Mampu mengelaskan objek Sensitif terhadap alam sekitar dan semulajadi seperti haiwan dan dapat menghubungkaitkan antara tumbuhan dengan baik kehidupan flora dan fauna[Kecerdasan] Page 6
  • 4.0 APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN (P&P)Guru boleh melaksanakan TKP dalam P&P secara 3 peringkat, iaitu; 1) PADANAN 2) PERCUBAAN 3) PENINGKATAN4.1 Peringkat 1 : PADANANDalam peringkat ini, guru menyedari keperluan membuat padanan antara P&P dengankecerdasan pelbagai murid. Ini merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkankeberkesanan P&P dalam sesuatu mata pelajaran. Murid yang lebih cenderung dalam sesuatu kecerdasan mempunyai kegemarantertentu, maka guru perlu memadankan P&P dengan kecerdasan pelbagai murid denganmengenalpasti; 1) Kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai 2) Kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. 4.1.1 Mengenalpasti kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai Guru boleh mengenalpasti kekuatan diri sendiri sebagai seorang guru dalam kecerdasan pelbagai melalui kaedah berikut ; 1. Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for adults ) 2. Daripada jawapan senarai semak, guru dapat mengetahui kekuatan diri di antara kecerdasan pelbagai.[Kecerdasan] Page 7
  • 3. Kecenderungan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak idea untuk menjalankan aktiviti P&P 4. Guru boleh merujuk jadul kecerdasan pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.4.1.2 Mengenalpasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai Berikut adalah 4 cara yang boleh di aplikasikan oleh seorang guru untuk mengenalpasti kekuatan murid meraka dalam kecerdasan pelbagai; 1) Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar 2) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang 3) Laporan prestasi murid 4) Profil kecerdasan murid4.2 Peringkat 2 ; PERCUBAAN Setelah mengenali dan memahami TKP di kalangan murid dan diri sendiri, guru sudah berada di tahap percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu merancang dan mencuba pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan TKP. Empat langkah bagi melaksanakan peringkat percubaan ialah ; 1) Perancangan – guru memikirkan bagaimana TKP boleh diaplikasikan ke dalam P&P seharian 2) Persekitaran – guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekiatran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah 3) Proses – guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentasi kurikulum.[Kecerdasan] Page 8
  • 4) Penilaian – guru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam TKP.4.3 Peringkat 3 ; PENINGKATAN 4.3.1 ProsesSebagai seorang guru, kita perlu bijak menggunakan teori kecerdasan pelbagai dalampengajaran dan pembelajaran (P&P). Kita boleh menggunakan satu kecerdasan atau beberapakecerdasan pada satu masa dalam P&P.Terdapat 5 model yang telah dicadangkan dan guruboleh memilih mengikut kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yangdiajar.Lima model tersebut adalah:- • Sisipan o Dalam model ini, guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung • Jaringan o Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik. • Jalinan o Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran • Perkongsian o Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. • Kesepaduan o Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan. 4.3.2 Penilaian Selepas proses P&P dijalankan, guru perlu membuat penilaian ke atas murid. Penilaiandibuat untuk mengukur sejauh mana kebolehan dan penguasaan murid. Pada kebiasaanyapenilaian dibuat dengan mengambil ujian atau peperiksaan bertulis dan lebih tertumpu kepada[Kecerdasan] Page 9
  • dua kecerdasan semata iaitu Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik. Banyak pendapatmenyatakan bahawa penilaian seperti di atas kurang mencerminkan kecerdasan danpengetahuan yang sebenar. Gardner telah mencadangkan penilaian yang berterusan berasaskan kerja harian,projek dan penelitian kerja oleh murid. Beliau juga menekankan kepentingan kesahan(validity) sesuatu penilaian itu. Penilaian berterusan yang dicadangkan mengambil kirakecerdasan pelbagai yang terdapat pada setiap individu. Aktiviti seperti renungan,perbincangan dan penghargaan kecerdasan kendiri boleh dimanfaatkan dalam memperluaskanperspektif penilaian. Di samping itu, aspek berikut juga dapat diperkembangkan iaitupengetahuan kendiri, hormat kendiri, penilaian kendiri, penghargaan kendiri, ‘empowerment’murid, proses pembelajaran, arahan dan kurikulum serta metakognisi. Setiap penilaian mestilah bermakna iaitu mempunyai nilai kepada murid. Penilaianjuga haruslah berkonteks iaitu berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka. Selainitu. penilaian mestilah mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran di manasetiap perbandingan di buat dengan hasil murid yang lepas. Justeru penilaian juga harusberpadanan dengan kecerdasan murid dengan memberikan masa untuk murid menghayatiproses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Di samping itu, penilaian harusdigabungjalinkan dalam proses P&P dengan menekankan keinginan belajar untuk mencaripengetahuan dan memberi galakan belajar dalam kumpulan. Akhirnya, penilaian jugamestilah membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan dengan melibatkan aktivitikreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. Dengan itu, murid haruslah dibenarkan memainkan peranan yang aktif dalamproses penilaian dari segi penggubalan dan penilaian kendiri dan rakan sebaya. Murid yangkurang cenderung kepada kecerdasan Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik harus diberipeluang untuk dinilai dengan cara yang berlainan. Beberapa jenis penilaian bolehdipraktikkan seperti aktiviti membuat projek dan produk, pemerhatian di stesen-stesenkecerdasan, persembahan, penyampaian dan demonstrasi, penyelesaian masalah daneksperimen, rakaman video, kaset dan penggambaran, laporan, folio, portfolio dan pameranserta keupayaan murid membina soalan dengan tujuan objektif yang jelas serta berkebolehanmencari jawapan.4.3.3 Peningkatan[Kecerdasan] Page 10
  • Seterusnya guru harus mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan teorikecerdasan pelbagai (TKP) dalam P&P khususnya ke arah perkembangan kemahiran murid.TKP dikaitkan dengan tiga aspek iaitu TKP sebagai strategi untuk penyelesaian masalah, TKPdalam memperluaskan pemikiran murid dan TKP dalam memperkembangkan kognitif muridberdasarkan Taksonomi Bloom.4.3.3.1 TKP dalam strategi penyelesaian masalahTKP boleh digunakan sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah seperti berikut,KECERDASAN PELBAGAI STRATEGI UNTUK PENYELESAIAN MASALAHVisual-ruang Melukis, melakar dan membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannyaKinestatik Manipulasi alat dan bahan untuk menyelesaikan masalahMuzik Menyedari ritma,harmoni dan kecanggunan untuk mengenalpasti masalah dan cara peneyelesaiannyaInterpersonal Mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaianIntrapersonal Membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman dan perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaianNaturalis Menggunakan contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji sesuatu masalah dan penyelesaiannya.4.3.3.2 TKP dalam memperluaskan pemikiran murid Dengan menggunakan TKP sebagai strategi P&P boleh membantu muridmeningkatkan pemikiran yang lebih mendalam, memperolehi pelbagai perspektif mengenaisesuatu perkara dan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi yang baru dan[Kecerdasan] Page 11
  • berlainan. Melalui pemikiran sebegini juga kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripadamurid.KECERDASAN PELBAGAI STRATEGI MEMPERLUASKAN PEMIKIRAN MURIDVerbal-linguistik Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraanLogic-matematik Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan muridVisual-ruang Murid melukis sesuatu dengan menggunakan stail, media atau bahan baruMuzik Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengarKinestatik Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan dramaInterpersonal Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita, drama atau tokoh sejarah.Naturalis Murid mencari cara menggunakan bahan alam semula jadi sebagai sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasaIntrapersonal Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri4.3.3.3 TKP dalam perkembangan kognitif Bloom Untuk meningkatkan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom , aktivitibilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi TKP. Guru boleh membinasatu matriks untuk menganalisis sesuatu bidang atau topik tertentu dalam kurikulum. Ia bolehdijadikan peta bagi guru memastikan pelbagai aktiviti bilik darjah yang dijalankan adalah kearah perkembangan kognitif murid. Matriks yang dibina harus mengambil kira perkembangan[Kecerdasan] Page 12
  • kognitif Bloom iaitu tertumpu kepada beberapa tahap iaitu pengetahuan, kefahaman,aplikasi,analisis, sintesis dan penilaian.5.0 KUMPULAN BERASASKAN KEBOLEHANSalah satu perkara penting yang harus diberi perhatian oleh setiap guru ialah pengelolaandalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Ia mungkin dilakukan secaraindividu atau dalam bentuk pasangan serta dilakukan secara berkumpulan mengikutkesesuaian yang terbaik. Pengajaran secara berkumpulan di mana pengajaran yang diberi olehguru akan ditujukan kepada pelajar-pelajar dalam satu kumpulan tertentu. Satu kumpulandengan kumpulan yang lain akan diberi bahan- bahan yang berbeza semasa pengajaran danpembelajaran dibuat. Di mana kerusi dan meja akan disusun secara berkelompok. Terdapat beberapa cara untuk kaedah pengumpulan pelajar, iaitu melaluipencapaian yang melibatkan kenaikan darjah pada hujung tahun berdasarkan kelulusanpelajar. Terdapat proses saingan dalam kaedah ini, dimana murid yang gagal akan ditahansekurang- kurangnya setahun. Terdapat kaedah lain iaitu pengumpulan mengikut umur,darjah, di mana mengandungi pelajar yang pelbagai kebolehan mengikut kumpulan-kumpulan di dalam darjah. Perubahan strategi yang berpusatkan murid merupakan suatukonsep pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Murid dapat menjalankan aktivitipembelajaran secara berkumpulan dengan kaedah ini. Strategik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini dititikberatkanoleh program KBSR dan KBSM. Terdapat dua cara digunakan untuk membentuk kumpulanmurid melalui program ini. Kumpulan jenis pertama dibentuk berdasarkan kebolehan ataupencapainya yang lebih kurang sama taraf. Kumpulan jenis kedua dibentuk berdasarkankepada pelbagai kebolehan da kecenderungan pelajar- pelajar dicampur dalam setiapkumpulan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dicadangkan bagimemperbaiki kelemahan pelajar yang tidak pandai membaca, menulis dan mengira. Bagimemperbaiki kelemahan pelajar- pelajar sekolah rendah maka pengajaran kumpulandilakukan. Dengan kaedah ini, maka pelajar- pelajar dapat menguasai kemahiran berdasarkan[Kecerdasan] Page 13
  • kebolehan kumpulan mereka.Dalam rancangan KBSM, strategi pengajaran kumpulan bolehdilaksana dalam dua cara iaitu;- a) Membahagikan pelajar- pelajar mengikut kebolehan Kumpulan jenis ini dibentuk kerana terdapat perbezaan kebolehan dalampenguasaan kemahiran di kalangan pelaajr dalam sesebuah kelas. Bagi membolehkan gurumerancang aktiviti pembelajaran secara berperingkat maka pelajar- pelajar dikumpulkanmengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat melaksanakan dengan berkesan mengikutkeupayaan masing- masing. Berdasarkan prestasi pelajar- pelajar daripada hasil penilaian yang dibuat olehguru maka mereka dalam sebuah kelas biasanya dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan iaitukumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Pelajar- pelajar dapatmeneruskan pelajaran mengikut kadar pembelajaran yang lebih cepat dengan cara ini dalamkumpulan cerdas dan sederhana. Manakala bagi kumpulan yang lemah pula akan diberikanbahan pembelajaran yang lebih mudah sepadan dengan kebolehan mereka. Ahli- ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan yang lainmengikut kemajuan atau pencapaian mereka. Selain itu, setiap kumpulan untuk mata pelajaranyang berlainan mempunyai komposisi ahli tidak sama serta tidak kekal. Contohya, seorangpelajar yang lemah dalam matematik, maka ia akan diletakkan dalam kumpulan lemah padawaktu pelajaran matematik. Jika pelajar ini mahir dalam pelajaran bahasa inggeris maka iaakan diletakkan dalam kumpulan cerdas pada waktu pelajaran bahasa inggeris. b) Membahagikan pelajar- pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan Setiap kumpulan mengandungi pelajar- pelajar yang mempunyai kebolehan dankecenderungan yang agak seragam setelah mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Jadi mereka akan dikelaskan mengikut tahap kecerdasan masing- masing bagi setiapkumpulan kecil. Kebaikan mengunakan kaedah ini ialah ia dapat membantu mengendalikan[Kecerdasan] Page 14
  • aktiviti- aktiviti yang berlainan juga dilaksanakan dalam waktu yang selari atau tidak. Selainitu, ia dapat mengatasi masalah pembelajaran yang diperlukan bagi setiap kegiatan kumpulan. Pelajar akan dapat bentuk kesepaduan dan kerjasama melalui kegiatanberkumpulan ini. Bukan itu sahaja malahan ia akan mewujudkan semangat kerjasamaberkumpulan dan pelajar cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Pelajar cerdas jugaberpeluang mengembangkan bakat kepimpinan mereka. Bagi memastikan pelajar ditetapkandalam kumpulan yang sesuai maka guru akan menjalankan penilaian bagi mengetahui tarafpencapaian pelajar. Ketua kumpulan harus dilantik bagi setiap kumpulan untuk membantuguru menjalankan aktiviti. Bahan pembelajaran diedarkan serta dikutip oleh ketua kumpulan untukmembantu guru semasa ahli- ahli kumpulannya menjalankan aktiviti pembelajaran.Penyusuan kerusi meja dalam kelas perlu sesuai dengan bentuk aktiviti yang akan dijalankan.Sesuatu aktiviti dijalankan setiap kumpulan dengan mengunakan bahan- bahan pembelajaranyang disediakan oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Perubahan taraf pencapaianpelajar akan menentukan perubahan mereka di antara kumpulan dari semasa ke semasa. Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, guru harus beredar dari satu kumpulanke kumpulan lain untuk memberi bimbingan yang sewajarnya. Apabila pelajar ditempatkandalam satu- satu kumpulan, guru harus memastikan mereka ini tidak akan mempunyaiperasaan rendah diri. Guru harus memperuntukkan sedikit masa bagi perbincangankeseluruhan kelas selepas aktiviti berkumpulan selesai dijalankan. Tujuannya ialah setiappelajar dapat mengetahui aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan lain.[Kecerdasan] Page 15
  • 6.0 KESIMPULAN Sebagai seorang guru kesemua aspek yang melibatkan kecerdasan iaitu IQ, EQ SQdan pelbagai kecerdasan perlu ditekankan dalam p & p bagi melahirkan insan-insan yangcemerlang lagi berpotensi serta mempunyai kepelbagaian. Semua individu memilikikecerdasan pelbagai tetapi tahapnya adalah berbeza antara satu sama lain. Maka guru perlumemupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri murid-muridnya Guru juga perlu menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid serta menerima persamaan danperbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajardengan cara yangberlainan. Justeru mempelbagai cara p & p dan penilaian kepada murid juga perludiwujudkan. Selain itu, mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan meningkatkanprofesionalisme guru serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p & p harusdilaksanakan. Di samping itu, dengan meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p &p yang menyeronokkan dapat menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang berpotensitinggi. Akhirnya guru juga perlu memainkan peranannya dalam meningkatkan kecerdasanseseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.[Kecerdasan] Page 16
  • 7.0 PETA MINDA KONSEP IQ,EQ,SQ TEORI-TEORI KECERDASAN Definisi IQ, EQ dan Teori Kejayaan Triarchic SQ Sternberg Hemisfera Otak Kiri Teori Emosi Daniel Goleman dan Otak Kanan Teori Kecerdasan Pelbagai Ujian IQ, EQ Howard Gardner KECERDASAN KEBOLEHAN DALAM KUMPULANKECERDASAN PELBAGAIKonsep Kecerdasan Pelbagai Membahagikan pelajar APLIKASI TPK DALAM mengikut kebolehan8 jenis kecerdasan [Kecerdasan] P&P Membahagikan pelajar yang Page 17Jenis dan Ciri-ciri individu mempunyai pelbagaiyang mempunyai kebolehankecerdasan pelbagai
  • 3 proses utama perlaksanaan TBK dalam P&P : 1.Padanan 2. Percubaan 3. Peningkatan8.0 RUJUKAN 1. Bahagian Perkembangan Kurikulum (bpk) (2001), Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, September 25, 2012, 12:30:20 AM, diakses dari URL www.moe.gov.my/bpk/modul.../04kecerdasan_pelbagai.pdf 2. Pusat Perkembangan Kurikulum (ppk) (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oktober 10, 2012, 2:54:45 PM diakses dari URL http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan %20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf 3. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC. 4. Mok Soon Sang , Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran (2012), Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd 5. Azizi Yahya, Kecerdasan Emosi, September 29, 2012 diakses dari URL http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf 6. Abang Isaifuddin bin Abang Noran, Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg , di akses pada September 28, 2012 dar URL http://www.scribd.com/doc/14247055/Teori- Kecerdasan-Triarchic-Sternberg- 7. Zaki, Teori Kecerdasan Pelbagai di akses pada September 18,2012 dari URL http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html 8. Sharifah Alwiah, Kamarudin Hj Husin-Pedagogi 2, (1983) Callahan[Kecerdasan] Page 18
  • 9. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan Multimedia 10. Nur Shafikah Nordin, Nur Shahida Jusoh, Teori-Teori Lain, di akses pada September 25,2012http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/te ori_teori_lain.pdf[Kecerdasan] Page 19