Proposal kt.doc latest
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Proposal kt.doc latest

on

  • 10,125 views

 

Statistics

Views

Total Views
10,125
Views on SlideShare
10,123
Embed Views
2

Actions

Likes
6
Downloads
438
Comments
5

2 Embeds 2

http://azurahimkpr5063.blogspot.com 1
http://sisaduniasc6.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • URUS NIK BEACUKAI
    - URUS NIK BEACUKAI EKSPORT
    - URUS NIK BEACUKAI IMPORT
    - URUS NIK BEACUKAI PPJK
    - URUS NIK BEACUKAI PENGANGKUT

    URUS SRP BEACUKAI / NIK BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011

    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya
    No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081585427167
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
    Email: legal@saranaizin.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • URUS NIK BEACUKAI
    - URUS NIK BEACUKAI EKSPORT
    - URUS NIK BEACUKAI IMPORT
    - URUS NIK BEACUKAI PPJK
    - URUS NIK BEACUKAI PENGANGKUT

    URUS SRP BEACUKAI / NIK BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011

    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya
    No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081585427167
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
    Email: legal@saranaizin.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • URUS NIK BEACUKAI
    - URUS NIK BEACUKAI EKSPORT
    - URUS NIK BEACUKAI IMPORT
    - URUS NIK BEACUKAI PPJK
    - URUS NIK BEACUKAI PENGANGKUT

    URUS SRP BEACUKAI / NIK BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011

    CORPORATE LEGAL SERVICES
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya
    No. 135 Jakarta Pusat 10410.
    Tep: +(62) 21- 34833034
    Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081585427167
    Pin BB 285200BC
    Contact Person: M. Samosir, SH
    Email: legal@saranaizin.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • URUS NIK BEACUKAI / SRP BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

    - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Proposal kt.doc latest Proposal kt.doc latest Document Transcript

  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION) KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN : NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101 NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107 ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103 DISEDIAKAN UNTUK: PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR 1
  • 1.0 PENGENALAN Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan 2
  • semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar. 3.0 RASIONAL KAJIAN Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I. 3
  • 4.0 FOKUS KAJIAN Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan B.I. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN 5.1 Objektif am Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris. 5.2 Objektif Khusus i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris ii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kata iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan iv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas 4
  • 6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 : pengenalpastian isu dan masalah Langkah 2 : Perancangan Tindakan Langkah 3 : Pelaksanaan Tindakan Langkah 4 : Pemerhatian dan Menganalisis Data Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian 6.2 Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor. 6.3 Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris 5
  • Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :- i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Inggeris. ii. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris b) Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. 6
  • c) Soal selidik Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan: 1. Tidak setuju 2. Setuju Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju 1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris. 2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris 3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. 4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. 5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata. 6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris 7
  • Analisis soal selidik 25 20 Jumlah 15 Pelajar 10 Setuju Tidak Setuju 5 0 P1 P2 P3 P4 P5 P6 Nombor Pernyataan Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris. Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal selidik yang disediakan.. pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis.Ini juga membuktikan dan mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa Inggeris. 8
  • d) Pemerhatian Pemerhatian akan dilakuakan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung. bil kelakuan Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar baris 1 baris 2 baris 3 baris 4 baris 5 1. Berbual dengan rakan di sebelah 2. Tidur 3. Mengganggu rakan disebelah 4 Menjawab soalan yang diajukan oleh guru 5. Bertanyakan soalan di luar topik yang diajar • Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 9
  • e) Ujian Pra Sebelum menggunakan kaedah Simulasi Watak (Role Play), penyelidik terlebih dahulu akan mengadakan ujian Pra untuk melihat atau mengesahkan pelajar tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian bahasa Inggeris 6.4 Metod Analisis a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah pengajaran guru tersebut. b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris d) Ujian pra: Analisis markah pelajar e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar semasa pengajaran di dalam kelas 7.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN 7.1 Simulasi Watak (Roleplay) Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi. 10
  • Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti1. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah2. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Jenis-jenis simulasi. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main peranan. Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru. 11
  • Main Peranan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayangkan tadi dengan secara sepontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah. Prinsip-prinsip menggunakan simulasi. Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:- 1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. 3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. 4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. 12
  • 5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon. 6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu 7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. 8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Tujuan-tujuan simulasi. - Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. - Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan. - Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. - Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. - Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi- 13
  • pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka. - Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan. Kelebihan simulasi. -Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. -Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. -Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. -Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. -Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. -Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif. -Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. -Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah. Perlaksanaan aktiviti simulasi. Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi. 14
  • Peringkat sebelum simulasi. - Objektif pembelajaran.Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. - Kemahiran.Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus. - Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan. - Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi. - Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. - Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan Peringkat perlaksanaan simulasi. - Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas. - Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan. - Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. - Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka. - Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan. - Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan. - Diakhir simulasi penilaian dijalankan 15
  • Peringkat selepas simulasi. - Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. - Menulis laporan tentang masalah itu. - Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi. - Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan. Perlaksanaan sesi main peranan. Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan Peringkat sebelum main peranan. - Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan. - Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan. - Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan. - Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek yang perlu diberi perhatian. Peringkat semasa sesi main peranan. - Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas. - Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu. 16
  • Peringkat selepas sesi main peranan Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif. - Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: -Menganalisis kesan main peranan, -Membaiki kelemahan jika ada, -Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar, -Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran. -Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan. Langkah-langkah perlaksanaan main peranan. - Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid. - Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini. - Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat. - Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela. 17
  • - Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada. - Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan. - Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat. - Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu. - Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon. - Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan. Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka. Selain daripada itu simulasi watak boleh dilaksanakan dengan cara pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. 18
  • 8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 26 Julai 2010 2. Menulis proposal Kajian 31 Julai 2010 3. Merancang Tindakan 5 Ogos 2010 4. Melaksanakan Tindakan 9 Ogos 2010 - 30 September 2010 1. Mengumpul maklumat • Temu bual 9 Ogos 2010 • Pemerhatian 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 • Soal selidik 11 Ogos 2010 • Strategi tindakan yang dicadangkan mula dijalankan 2. Menjalankan ujian Pra 30 September 2010 9.0 KOS KAJIAN 19
  • Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos 1. Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00 2. Print RM0.30 x 25 Set RM 7.50 3. Fofostat bahan RM50 JUMLAH RM 69.50 10.0 PENUTUP Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul. Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. 20
  • Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36. Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford University Press. Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second Language. New York : Tesol Quarterly. Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 - 1080. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. 21
  • Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan. Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 - 255. Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 22