SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
1.0 PENGENALAN
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa
Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah
Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian
kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian
di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas
tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat
menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan
guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas
berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan
setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I
kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami
merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon
meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan
sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah
yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan
rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati
bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang
gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan
B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting
selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di
peringkat pengajian tinggi.
Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan
kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari
50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan
1
semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua,
disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.
3.0 RASIONAL KAJIAN
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang
paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan
diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti
kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah
menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan
pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun
kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men
Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi
impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara
rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak
terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.
2
4.0 FOKUS KAJIAN
Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan
kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini
kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus
menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan
pada markah peperiksaan B.I.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.1 Objektif am
Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris.
5.2 Objektif Khusus
i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris
ii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kata
iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan
iv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru
v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas
3
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model
berikut:
Langkah 1 : Pengenalpastian Isu dan Masalah
Langkah 2 : Perancangan Tindakan
Langkah 3 : Pelaksanaan Tindakan
Langkah 4 : Pemerhatian dan Menganalisis Data
Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian
6.2 Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor.
6.3 Instrumen Kajian
Tinjauan masalah
Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat
dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat
berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu
bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian
a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris
4
Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu
Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan
mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah
dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian
rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara
punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik
adalah :-
i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam
Bahasa Inggeris.
ii. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah
iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa
iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris
b) Rekod markah ujian bulanan
Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek
Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian
ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan
kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris
pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.
5
Bil Nama pelajar Peratus
1
Mohd. Zamri
Kamarudin 42
2 Nazarudin Mat Tahir 42
3 Mohd. Syafiq Tahir 40
4 Mohd. Ladin 38
5 Nur Syuhada Hambali 38
6 Nor Shazuani 37
7
Noor Intan Atikah
Sobry 35
8 Nurlina bt Shahabudin 35
9
Mohd Shuhaidi
Tarmizi 33
10
Anwar Asyraf
Fadzillah 32
11 Naim 32
12 Nur Maisarah 32
13 Mohd Nor Hisyam 30
14 Nor Aqilah Azhari 30
15 Intan Syamimi 28
16 Mohd. Asyraf Salleh 28
17 Nurliyana Sabri 28
18 Abdul Kamal Oreng 27
19 Mansor 27
20 Farah Izzati Zulkifli 25
21
Mohd. Al-akeef
Alamin 25
22
Mohd. Azman
Mahmud 25
23
Nor Shuhada
Shahabudin 25
24 Mohd. Nazim 23
25 Idris 22
26 Mohd. Yunus 22
27 Abdul Hafifi Meon 20
28
Nor Hidayah Abu
Kasim 20
29 Abdul Latif 18
30 Amin bin Isa 15
6
c) Soal selidik
Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan
untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan
pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Berikut adalah borang soal selidik
yang diberikan:
1. Tidak setuju 2. Setuju
7
Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju
1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan
menggunakan Bahasa Inggeris.
2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan
perbendaharaan kata Bahasa Inggeris
3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan
perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata
dalam Bahasa Inggeris.
5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah
kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata.
6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris
Analisis soal selidik
8
0
5
10
15
20
25
Jumlah
Pelajar
P1 P2 P3 P4 P5 P6
Nombor Pernyataan
Setuju
Tidak Setuju
Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.
Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal
selidik yang disediakan. Pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan
atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga
iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa
Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah
bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. Ini juga membuktikan dan
mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa
Inggeris.
d) Pemerhatian
9
Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik
menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses
P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar
sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung.
bil kelakuan Pelajar
baris 1
Pelajar
baris 2
Pelajar
baris 3
Pelajar
baris 4
Pelajar
baris 5
1. Berbual dengan rakan di
sebelah
2. Tidur
3. Mengganggu rakan
disebelah
4 Menjawab soalan yang
diajukan oleh guru
5. Bertanyakan soalan di
luar topik yang diajar
• Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada
guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh
pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
e) Ujian Pra
10
Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut-
turut dengan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk
mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan pelajar tingkatan 2 Silikon
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian
tentang penglibatan pelajar tingkatan 2 Silikon. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi
kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan
berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka
akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian.
Analisis Ujian Pra
Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra
Tempat Masa Bilangan Murid
Kekerapan Bertutur
Mengikut Jam
Dalam Bilik Darjah
(Dalam Waktu
Persekolahan)
8.00-9.00pg 4
9.00-10.00pg 2
10.30-11.30pg 2
11.30-12.30pg 1
12.30-1.30ptg 2
Luar Bilik Darjah
(Di luar waktu
persekolahan)
2.30-3.30ptg 0
3.30-4.30ptg 2
4.30-5.30ptg 0
Jumlah 13
Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 30 pelajar tingkatan 2
tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 13 kali dalam satu hari.
Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap
11
oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 4 kekerapan
sahaja. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang
memuaskan.
Dalam langkah ini, guru mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera
padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah.
1. “hello! Good morning / afternoon / night”,
2. “hi! I am Hassan, what is your name?”
3. “My name is Rahman,
4. I am eight years old”,
5. “Teacher, may I go out?”,
6. “Ahmad, may I borrow your eraser?,
7. “Sure, here you are”
Pada peringkat ini, guru menunjukkan kepada murid, menyebut dengan jelas apa yang tertera
pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan
kepada murid.
6.4 Metod Analisis
a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah
pengajaran guru tersebut.
b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar
12
c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris
d) Ujian pra: Analisis markah pelajar
e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar
semasa pengajaran di dalam kelas
7.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN
7.1 Simulasi Watak (Roleplay)
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan
pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu
terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.
Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek,
simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang
kaedah simulasi.
Daripada pemerhatian yang kami lakukan di SMK Selayang Bharu kami dapati, guru
Bahasa Inggeris Tingkatan 2 Silikon telah menggunakan satu pendekatan yang amat menarik
bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris iaitu dengan menggunakan
kaedah simulasi watak.
Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru tersebut dengan cara pelajar disediakan
sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh
mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat
berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka
perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan,
pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan
berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah
diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru
bagi melatih penggunaan bahasa.
13
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi
membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,
kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan
memudahkan kreativiti.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan
sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan
latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi
digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang
teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah
yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang
rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,
jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main
peranan.
Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah
berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai
perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan
yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih
awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang
dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.
Main Peranan.
14
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan
kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan
pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di
bayangkan tadi dengan secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan
oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang
ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan
dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa
yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini
merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek
sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik
darjah.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau
lisan di dalam kelas.
2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan
watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin
aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang
dipilih untuk terlebih dahulu.
5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.
6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu
15
7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara
penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.
Tujuan-tujuan simulasi.
- Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan.
Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.
- Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktivitilakonan,
murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara
penyelesaian yang di lakukan.
- Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat
diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap yang positif akan
dapat dibentuk dan dipupuk.
- Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi
pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
- Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan
yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa
dengan berkesan.
Kelebihan simulasi.
-Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi
bermasalah yang diwujudkan.
-Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
16
-Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada
suasana pembelajaran yang berkesan.
-Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
-Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.
-Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada
murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negative
dan membina sikap positif.
-Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan
dalam bilik darjah.
-Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.
Perlaksanaan aktiviti simulasi.
Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi,
peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.
Peringkat sebelum simulasi.
- Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak
dicapai.
- Kemahiran.Guru mengenalpasti kemahiran yang akan menjadi fokus.
- Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan.
- Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.
17
- Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.
- Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan
Peringkat perlaksanaan simulasi.
- Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas.
- Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
- Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.
- Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka.
- Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
- Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
- Diakhir simulasi penilaian dijalankan
Peringkat selepas simulasi.
- Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.
- Menulis laporan tentang masalah itu.
- Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
- Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.
Perlaksanaan sesi main peranan.
Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main
peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan
Peringkat sebelum main peranan.
- Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.
- Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.
18
- Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.
- Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek yang
perlu diberi perhatian.
Peringkat semasa sesi main peranan.
- Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.
- Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu.
Peringkat selepas sesi main peranan
Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas
(murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan
baik dan siapa pula yang pasif.
- Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:
-Menganalisis kesan main peranan,
-Membaiki kelemahan jika ada,
-Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,
-Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran.
-Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan.
Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.
- Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.
- Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.
- Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.
- Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.
19
- Berikan masa untuk mereka membincangkan tentang masalah yang ada.
- Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka
membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.
- Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.
- Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan
jika perlu.
- Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.
- Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.
Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah
sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang
boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian
mereka pada pelajaran mereka.
8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN
BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 26 Julai 2010
2. Menulis proposal Kajian 31 Julai 2010
3. Merancang Tindakan 5 Ogos 2010
4. Melaksanakan Tindakan 9 Ogos 2010 - 30 September 2010
20
1. Mengumpul maklumat
• Temu bual
• Pemerhatian
• Soal selidik
Strategi tindakan yang dicadangkan mula
dijalankan (simulasi watak (role play simulation)
• Menjalankan ujian Pra
9 Ogos 2010
9 Ogos 2010
9 Ogos 2010
11 Ogos 2010
30 September 2010
9.0 KOS KAJIAN
Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos
1. Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00
2. Print RM0.30 x 25 Set RM 7.50
3. Fofostat bahan RM50
JUMLAH RM 69.50
21
10.0 PENUTUP
Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan
B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul.
Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan
adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka
untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada
kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam
peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk
mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.
Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.
Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
22
Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford
University Press.
Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second
Language. New York : Tesol Quarterly.
Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 -
1080.
Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam
Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.
Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata
Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
23
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In
Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 -
255.
Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
24

More Related Content

What's hot

Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianNur Aqeela Alia Ahmad
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 

What's hot (20)

Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
Rubrik
RubrikRubrik
Rubrik
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 

Viewers also liked

Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanizyan bakri
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajarmat Ki
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Viewers also liked (14)

Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Format penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakanFormat penulisan proposal kajian tindakan
Format penulisan proposal kajian tindakan
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 
[==
[==[==
[==
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar to Proposal kajian tindakan

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)Kak Min Min
 
Analisis jurnal pp
Analisis jurnal ppAnalisis jurnal pp
Analisis jurnal ppsuez_ie
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkrela eryd
 
Prezen proposal final
Prezen proposal finalPrezen proposal final
Prezen proposal finalnorzilaniza
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bNarendra
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...Chitra Devaki
 
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusStrategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusberbagikarya
 
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docx
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docxKHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docx
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docxIkaFatra
 

Similar to Proposal kajian tindakan (20)

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
ulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakanulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakan
 
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)Kajian tindakan.pptx  skconventmuar(kak min min)
Kajian tindakan.pptx skconventmuar(kak min min)
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
Analisis jurnal pp
Analisis jurnal ppAnalisis jurnal pp
Analisis jurnal pp
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
ulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakanulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakan
 
Prezen proposal final
Prezen proposal finalPrezen proposal final
Prezen proposal final
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Pkp ipa
Pkp ipaPkp ipa
Pkp ipa
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusStrategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
 
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docx
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docxKHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docx
KHOERON - LK 3.1 Menyusun Best Practices.docx
 

More from abdol rahim

Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelabdol rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHabdol rahim
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slideabdol rahim
 

More from abdol rahim (8)

Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposel
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Sunat tarawih
Sunat tarawihSunat tarawih
Sunat tarawih
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
 

Recently uploaded

contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamabdulhamidalyFKIP
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxJalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxPutriSoniaAyu
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxagunk4
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docxaljabarkoho
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIwanalifhikmi
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranapriandanu
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptxSuarniSuarni5
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfssuserb45274
 
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekahellenchanel31
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptxSuarniSuarni5
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxSuGito15
 

Recently uploaded (20)

DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxJalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
 
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
 

Proposal kajian tindakan

  • 1. 1.0 PENGENALAN Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan 1
  • 2. semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar. 3.0 RASIONAL KAJIAN Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I. 2
  • 3. 4.0 FOKUS KAJIAN Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan B.I. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN 5.1 Objektif am Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris. 5.2 Objektif Khusus i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris ii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kata iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan iv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas 3
  • 4. 6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 : Pengenalpastian Isu dan Masalah Langkah 2 : Perancangan Tindakan Langkah 3 : Pelaksanaan Tindakan Langkah 4 : Pemerhatian dan Menganalisis Data Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian 6.2 Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor. 6.3 Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris 4
  • 5. Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :- i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Inggeris. ii. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris b) Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. 5
  • 6. Bil Nama pelajar Peratus 1 Mohd. Zamri Kamarudin 42 2 Nazarudin Mat Tahir 42 3 Mohd. Syafiq Tahir 40 4 Mohd. Ladin 38 5 Nur Syuhada Hambali 38 6 Nor Shazuani 37 7 Noor Intan Atikah Sobry 35 8 Nurlina bt Shahabudin 35 9 Mohd Shuhaidi Tarmizi 33 10 Anwar Asyraf Fadzillah 32 11 Naim 32 12 Nur Maisarah 32 13 Mohd Nor Hisyam 30 14 Nor Aqilah Azhari 30 15 Intan Syamimi 28 16 Mohd. Asyraf Salleh 28 17 Nurliyana Sabri 28 18 Abdul Kamal Oreng 27 19 Mansor 27 20 Farah Izzati Zulkifli 25 21 Mohd. Al-akeef Alamin 25 22 Mohd. Azman Mahmud 25 23 Nor Shuhada Shahabudin 25 24 Mohd. Nazim 23 25 Idris 22 26 Mohd. Yunus 22 27 Abdul Hafifi Meon 20 28 Nor Hidayah Abu Kasim 20 29 Abdul Latif 18 30 Amin bin Isa 15 6
  • 7. c) Soal selidik Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan: 1. Tidak setuju 2. Setuju 7
  • 8. Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju 1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris. 2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris 3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. 4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. 5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata. 6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris Analisis soal selidik 8
  • 9. 0 5 10 15 20 25 Jumlah Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 Nombor Pernyataan Setuju Tidak Setuju Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris. Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal selidik yang disediakan. Pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. Ini juga membuktikan dan mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa Inggeris. d) Pemerhatian 9
  • 10. Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung. bil kelakuan Pelajar baris 1 Pelajar baris 2 Pelajar baris 3 Pelajar baris 4 Pelajar baris 5 1. Berbual dengan rakan di sebelah 2. Tidur 3. Mengganggu rakan disebelah 4 Menjawab soalan yang diajukan oleh guru 5. Bertanyakan soalan di luar topik yang diajar • Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. e) Ujian Pra 10
  • 11. Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut- turut dengan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan pelajar tingkatan 2 Silikon berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian tentang penglibatan pelajar tingkatan 2 Silikon. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian. Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra Tempat Masa Bilangan Murid Kekerapan Bertutur Mengikut Jam Dalam Bilik Darjah (Dalam Waktu Persekolahan) 8.00-9.00pg 4 9.00-10.00pg 2 10.30-11.30pg 2 11.30-12.30pg 1 12.30-1.30ptg 2 Luar Bilik Darjah (Di luar waktu persekolahan) 2.30-3.30ptg 0 3.30-4.30ptg 2 4.30-5.30ptg 0 Jumlah 13 Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 30 pelajar tingkatan 2 tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 13 kali dalam satu hari. Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap 11
  • 12. oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 4 kekerapan sahaja. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang memuaskan. Dalam langkah ini, guru mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah. 1. “hello! Good morning / afternoon / night”, 2. “hi! I am Hassan, what is your name?” 3. “My name is Rahman, 4. I am eight years old”, 5. “Teacher, may I go out?”, 6. “Ahmad, may I borrow your eraser?, 7. “Sure, here you are” Pada peringkat ini, guru menunjukkan kepada murid, menyebut dengan jelas apa yang tertera pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan kepada murid. 6.4 Metod Analisis a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah pengajaran guru tersebut. b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar 12
  • 13. c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris d) Ujian pra: Analisis markah pelajar e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar semasa pengajaran di dalam kelas 7.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN 7.1 Simulasi Watak (Roleplay) Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi. Daripada pemerhatian yang kami lakukan di SMK Selayang Bharu kami dapati, guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2 Silikon telah menggunakan satu pendekatan yang amat menarik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris iaitu dengan menggunakan kaedah simulasi watak. Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru tersebut dengan cara pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa. 13
  • 14. Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Jenis-jenis simulasi. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main peranan. Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru. Main Peranan. 14
  • 15. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di bayangkan tadi dengan secara sepontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah. Prinsip-prinsip menggunakan simulasi. Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:- 1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. 3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. 4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. 5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon. 6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu 15
  • 16. 7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. 8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Tujuan-tujuan simulasi. - Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. - Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktivitilakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan. - Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. - Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. - Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan. Kelebihan simulasi. -Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. -Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. 16
  • 17. -Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. -Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. -Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. -Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negative dan membina sikap positif. -Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. -Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah. Perlaksanaan aktiviti simulasi. Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi. Peringkat sebelum simulasi. - Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. - Kemahiran.Guru mengenalpasti kemahiran yang akan menjadi fokus. - Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan. - Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi. 17
  • 18. - Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. - Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan Peringkat perlaksanaan simulasi. - Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas. - Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan. - Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. - Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka. - Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan. - Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan. - Diakhir simulasi penilaian dijalankan Peringkat selepas simulasi. - Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. - Menulis laporan tentang masalah itu. - Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi. - Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan. Perlaksanaan sesi main peranan. Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan Peringkat sebelum main peranan. - Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan. - Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan. 18
  • 19. - Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan. - Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek yang perlu diberi perhatian. Peringkat semasa sesi main peranan. - Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas. - Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu. Peringkat selepas sesi main peranan Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif. - Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: -Menganalisis kesan main peranan, -Membaiki kelemahan jika ada, -Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar, -Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran. -Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan. Langkah-langkah perlaksanaan main peranan. - Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid. - Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini. - Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat. - Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela. 19
  • 20. - Berikan masa untuk mereka membincangkan tentang masalah yang ada. - Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan. - Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat. - Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu. - Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon. - Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan. Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka. 8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 26 Julai 2010 2. Menulis proposal Kajian 31 Julai 2010 3. Merancang Tindakan 5 Ogos 2010 4. Melaksanakan Tindakan 9 Ogos 2010 - 30 September 2010 20
  • 21. 1. Mengumpul maklumat • Temu bual • Pemerhatian • Soal selidik Strategi tindakan yang dicadangkan mula dijalankan (simulasi watak (role play simulation) • Menjalankan ujian Pra 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 11 Ogos 2010 30 September 2010 9.0 KOS KAJIAN Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos 1. Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00 2. Print RM0.30 x 25 Set RM 7.50 3. Fofostat bahan RM50 JUMLAH RM 69.50 21
  • 22. 10.0 PENUTUP Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul. Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36. Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 22
  • 23. Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford University Press. Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second Language. New York : Tesol Quarterly. Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 - 1080. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan. Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 23
  • 24. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 - 255. Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 24