• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pengenalan
 

Pengenalan

on

  • 1,877 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,877
Views on SlideShare
1,876
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
22
Comments
0

1 Embed 1

http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pengenalan Pengenalan Document Transcript

    • Penilaian Laporan Kajian Tindakan 1.0 PENGENALAN Penilaian dilakukan ke atas kajian yang dijalankan oleh seorang guru dari Maktab Tentera DiRaja, 57000 Kuala Lumpur yang bernama Masariah Binti Mispari. Beliau mengetengahkan tajuk kajian iaitu “Diari 50 : Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Sejarah” yang boleh dilihat di dalam laman sesawang http://html-pdf-convert.com/cari/kajian-tindakan- sejarah.html. Melalui pembacaan yang telah kami lakukan terhadap kajian tindakan ini, kami mendapati pengkaji meletakkan dua skop objektif yang ingin dicapai iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum yang ingin dicapai pengkaji adalah untuk memastikan murid- murid mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Manakala, bagi objektif khusus pula adalah untuk menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4, menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran Sejarah, meningkatkan hayat ingatan murid terhadap fakta sejarah dan mewujudkan pembelajaran murid yang terancang dan bersifat kendiri. Fokus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Zeta yang tidak menguasai pembelajaran Sejarah Tingkatan 4. Menurut pengkaji, permasalahan ini berlaku adalah disebabkan murid tidak melengkapkan nota serta latihan, tidak serius dalam menghadapi peperiksaan dan gagal mengingati fakta sejarah dalam jangka masa yang panjang. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggabungkan dua jenis model dalam kajian beliau iaitu Model Somekh (1989) dan Model Kemmis. 1
    • 2.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam bahagian ini, kami akan memfokuskan kepada sampel kajian, instrumen serta prosedur yang digunakan oleh pengkaji. Dalam kajian tindakan ini, sampel yang digunakan terdiri daripada 26 orang murid yang kesemuanya adalah murid lelaki dari Tingkatan 5 Zeta. Murid-murid tersebut dipecahkan kepada beberapa tahap kecerdasan mengikut kumpulan disiplin belajar iaitu kumpulan rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Kumpulan rajin seramai 4 orang, kumpulan sederhana 10 orang dan kumpulan yang bermotivasi rendah seramai 12 orang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Daripada pembacaan yang dilakukan oleh kami, kami berpendapat pengkaji terlalu menumpukan kepada simbolik angka 50 yang terdapat pada awalan tajuk kajian ini iaitu “Diari 50 : .....”. Pengkaji tidak meletakkan sejumlah soalan mengikut kemampuan kepada pecahan kumpulan yang telah diklafikasikannya kepada rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Pengkaji juga tidak menerangkan kaedah dalam mengklafikasikan mengikut kumpulan disiplin belajar. Walaubagaimanapun, pengkaji amat bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi murid tingkatan 5 Zeta ke tahap yang lebih baik. Dari segi prosuder kerja, pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Model Somekh (1989) sebagai panduan kajian beliau. Model Somekh mengikut putaran dimulakan dengan mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisis data, merancang tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya. Manakala, Model Kemmis pula dimulakan dengan merancang, bertindak dan memerhati, reflek, semak semula perancangan, bertindak dan memerhati dan reflek. Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis Reflek Rancang Bertindak & Mmermerhati Rancang Reflek Bertindak & Mmermerhati 2
    • Rajah 2 : Model Somekh (1989) Mengenal-pasti masalah/fo-kus Mengumpul yang diminati data Putaran Menganalisis data/membent seterusnya uk hipotesisi Merancang Mengana-lisis pelan dan menilai tindakan Mengumpul Melaksana- data untuk kan pelan mengesah-kan tindakan perubahan 3
    • 3.0 REKA BENTUK KAJIAN 3.1 Fokus / Masalah Kajian Pernyataan masalah yang ingin dikaji dinyatakan dengan jelas dan ia menjadi kunci kepada perlaksanaan kajian ini. Permasalahan atau fokus yang ingin dikaji ialah untuk meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah. Pengkaji juga menjelaskan dapatan maklumat yang diperolehi dalam bentuk jadual. Namun begitu terdapat juga kelemahan kerana pengkaji tidak menunjukkan dapatan yang diperolehi dalam bentuk graf yang lebih mudah untuk difahami. 3.2 Mengumpul Maklumat / Data Penyelidik mendapatkan maklumat dengan menggunakan beberapa instrumen dan ia merupakan langkah yang baik keranan melalui penggunaan beberapa jenis instrumen maklumat atau data yang diperolehi adalah lebih tinggi tahap kesahihannya dan kebolehpercayaannya. Penyelidik menggunakan instrumen kajian seperti kumpulan pemerhatian iaitu tinjauan masalah, ujian pra, ujian pos dan analisis soal selidik. Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos 4 Peratusan, %
    • 100 80 60 Bil. Pelajar 11 Ujian Pos 10 40 Ujian Pra 8 7 20 42.3 38.5 5 5 4 30.8 26.9 19.2 15.4 2 19.2 7.7 Gred 0 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9G 3.3 Perancangan Tindakan 5
    • Di dalam kajian ini, rancangan tindakan yang akan dijalankan, dirancang dengan teliti dan teratur. Ini bagi memudahkan penyelidik untuk menjalankan tindakan kepada partisipan. Antara tindakan yang dirancang oleh penyelidik ialah dengan merangka program “Diari 50” iaitu membuat semakan ke atas senarai tajuk dan sub tajuk yang terkandung dalam buku teks dan sukatan pelajaran sejarah tingkatan 4. Aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid diperkenalkan dengan program “Diari 50”. Setelah itu murid-murid dibimbing untuk melengkapkan “Diari 50”. “Diari 50” ini menekankan kaedah belajar sejarah dengan mengambil kira otak kiri dan otak kanan. Murid-murid pula dikehendaki mengisi setiap “Diari 50” dengan cara menyiapkan satu soalan sehari dan akhir sekali setiap minggu penyelidik akan membuat semakan “Diari 50” pelajar untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya dan catatan harian pelajar boleh dibuat dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian dan minat pelajar. Secara keseluruhan, penyelidikan telah merancang dengan baik bagi menjalankan kajian yang dirancang. 3.4 Pelaksanaan Tindakan Di dalam melaksanakan tindakan yang telah dirancang, penyelidik menerangkan secara terperinci perjalanan sesuatu perancangan. Ini memudahkan partisipan untuk memahami aktiviti yang dijalankan dan menyumbang kepada keputuasan kajian yang baik. Penerangan bagi setiap perancangan diberikan dengan teliti meliputi penggunaan masa, bahan, kaedah dan partisipan. 3.5 Refleksi / Penilaian Tindakan Pernyataan refleksi yang dibuat oleh pengkaji adalah sangat baik keadaan ini kerana penyelidik menyatakan refleksi bagi setiap tindakan yang dijalankan serta dapat pemerhatian oleh Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja. Refleksi ini akan memudahkan pengkaji lain untuk membuat rujukan dan tafsiran keatas kajian yang dilakukan dan memungkinkan kaedah kajian ini diaplikasikan di sekolah. 4.0 KESIMPULAN 6
    • Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji adalah baik kerana dengan memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi. Keadaan ini kerana pengkaji dapat membincangkan dengan jelas dan khusus terhadap hasil masalah utama yang dihadapi dan terus kepada kaedah penyelesaian yang terbaik. Pada bahagian penutup, pengkaji telah memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah utama ini. Namun cadangan yang diberikan oleh pengkaji adalah terlalu umum kerana hanya menyebut kepada guru-guru. Hal ini menjadikan kemusykilan kerana kajian tindakan tersebut memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah tetapi cadangan yang diberikan tidak memfokuskan samaada hanya kepada guru- guru dalam perkhidmatan dan bakal guru di dalam subjek terbabit atau tidak. 7