Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
  • Save
Pengajian malaysia1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Pengajian malaysia1

  • 860 views
Published

 

Published in Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
860
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 2133)SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT NAMA PELAJAR: SEVERINUS GOSUIN (UBM4-03/10-00236)NUR ELVEANA BTE BASIR@BASRI (UBM4-05/10-00135) NAMA PENSYARAH: SUHAIMI BINTI KHAMIS KOLEJ UNIVERSITI LINTON OKTOBER 2011
  • 2. -2- KANDUNGAN Halaman1. Pengenalan 32. Perbincangan 2.1. Latar Belakang 4-5 2.2. Badan Perundangan 6-7 2.3. Badan Kehakiman 8 2.4. Badan Eksekutif 9-113. Kesimpulan 12Bibliografi 13Lampiran 1Lampiran 2Lampiran 3
  • 3. -3-PENGENALANNegara merupakan suatu daerah atau wilayah yang mempunyai pemerintahan untuk mengaturekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan, keselamatan, keamanan dan sebagainya. Sebuahnegara turut mempunyai unsur-unsur seperti wilayah, rakyat, pemerintah yang berdaulat sertadiiktiraf oleh negara lain dan memakmurkan rakyat secara umum dari segi ekonomi dansosial, mempertahankan keamanan negara, menegakkan keadilan berdasarkan undang-undang yang telah digubal. Bagi Malaysia dan Amerika Syarikat mementingkan sistempemerintahan yang boleh ditadbir mengikut cara tersendiri. Melaui sistem ini juga terdapatperbezaan antara sistem pemerintahan di Malaysia dan Amerika Syarikat walaupun tidakdinafikan mempunyai persaman pada beberapa bahagian atau sebahagian besar dalam sistempemerintahan di antara dua negara tersebut. Di Malaysia mengamalkan sistem demokrasiberparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Manakala bagi Amerika Syarikat pula mengamalkansistem Demokrasi Berpresiden dimana presiden akan menjadi ketua negara dan ketuakerajaan serta menjalankan kuasa politik.
  • 4. -4-Undang-undang dan perlembagaan persekutuanPerlembagaan merupakan induk kepada undang-undang dalam sesebuah negara yangmerangkumi keseluruhan sistem kerajaan dan badan pemerintah sesebuah negara.Perlembagaan juga menghimpun kaedah-kaedah yang mengawal, menubuh dan menguasaibadan-badan kerajaan negara tersebut. Malaysia dan Amerika Syarikat mengamalkanundang-undang bertulis, iaitu perlembagaan Malaysia berdasarkan perlembagaan yang dibuatpada tahun Februari hingga julai 1957 sebelum dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.Perlembagaan ini turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sekitar 12 September 1963danSabah pada 16 September 1963 yang hanya disambut oleh kedua-kedua negeri ini sahaja.Manakala bagi seluruh negara pula menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.Dari aspek undang-undang pula badan perundangan Malaysia boleh membuat undang-undang berkenaan dengan perkara-perkara negeri jika negeri tersebut bersetuju. Selain itusemua undang-undang di Malaysia dibuat di Dewan Negara dan di Dewan Negeri. Menteri-menteri turut boleh mengusulkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang kecuali rangundang-undang yang berkaitan dengan kewangan. Semua rang undang-undang dimulakan diDewan Rakyat dan rang undang-undang boleh diedarkan dalam parlimen oleh menterikerajan. Ahli parlimen boleh mengedarkan rang undang-indang sendiri tetapi ahli parlimentidak boleh mengedarkan rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan melainkan iaadalah menteri kewangan.Bagi negara malaysia sesuatu rang undang-undang dibaca sebanyak tiga kali iaitu bacaanpertama hanya dibaca secari ringkas. Bacaan kedua pula, rang undang-undang tersebutdibincangkan dengan teliti serta peringkat ini adalah sangat penting dalam perlaksanaansesuatu undang-undang negara Malaysia. Manakala bacaan kali ketiga pula adalah sebagaimakluman kepada ahli Dewan Rakyat tentang perbincangan jawatankuasa dan menteri yangberkenaan meminta agar undang-undang ini diluluskan. Setelah undang-undang inidiluluskan oleh Dewan Rakyat maka ia akan dibahaskan. Apabila kedua-dua peringkattersebut meluluskan akhirnya undang-undang tersebut akan diusulkan kepada YangDiPertuan Agong untuk diperkenankan. Apabila rang undang-undang diperkenankankanmaka ia akan menjadi undang-undang. Namun tetapi jika tidak ada cadangan supaya undang-undang itu dilaksanakan dengan serta merta satu tarikh akan ditentukan bagimelaksanakannya . Namun , kerajaan hendaklah mewartakan sesuatu rang undang-undang itukepada umum untuk tatapan umum ini adalah kerana membuat siaran dalam warta
  • 5. -5-merupakan suatu tindakan yang perlu dari segi undang-undang sebelum suatu undang-undangitu berjalan dan berkuatkuasa. Mengikut perlembagaan Malaysia sesuatu akta parlimen tidakberkuatkuasa sehingga ia telah disiarkan. Tetapi jika rang undang-undang tersebuat tidakdiperkenan oleh Yang DiPertuan Agong dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akandianggap sebagai telah diperkenankan oleh baginda .Bagi Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1787 dandisusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Perlembagaan ini harus diikuti oleh semuasistem pemerintahan Amerika Syarikat dan rakyatnya agar pelaksanaan pentadbiran danperaturan dapat dilaksanakan tanpa gangguan. Dari segi undang-undang pula pengubalannyahamper sama dengan Malaysia yang mana ia dibincangkan di kalangan para perwakilankongres. Kelulusan undang-undang hanya boleh didapati setelah presiden telahmenandatangani sesuatu akta serta presiden juga boleh menolak undang-undang dengan tidakmenandatanganinya selama sepuluh hari masa bekerja.
  • 6. -6-BADAN-BADAN KERAJAANSistem pemerintahan Malaysia terbahagi kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, BadanPemerintah dan Badan Kehakiman. Manakala bagi Amerika Syarikat pula sistempemerintahan adalah hampir sama dengan sistem pemerintahan negara Malaysia,perbezaannya cuma terdapat pada sistem pengasingan kuasanya yang mana negara Malaysiatidak ada satu badan pun yang terlibat antara satu sama lain. Badan Perundangan AmerikaSyarikat pula terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan manakala bagi negaraMalaysia pula hanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat.BADAN PERUNDANGANBadan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasauntuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyaknama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilahitu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badanperundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Sebaliknya,dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yangkuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang,badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai danmenerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewanperundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian ataumengisytiharkan perang.Bagi negara malaysia Badan Perundangan bertanggungjawab untuk membuat undang-undangdan badan pemerintah ini tidak boleh mempunyai kuasa lain atau menyerahkan kuasanyakepada badan-badan pemerintah yang lain. Badan Perundangan Malaysia memiliki kuasauntuk menggubal undang-undang perseketuan dan juga negeri-negeri didalamnya. Parlimenterdiri daripada Yang DiPertuan Agong (YDPA), Dewan Negara yang dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih oleh majlis perundangan negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh YangDiPertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri. Majlis perundangan negeri akanmemilih dua orang daripada ahlinya untuk menjadi ahli Dewan Negara. Yang DiPertuanAgong (YDPA) pula akan melantik dua orang wakil dari wilayah persekutuan Kuala Lumpurdan seorang bagi wilayah persekutuan Labuan. Pemilihan 40 orang pula adalah mereka yangternama dan telah membuat jasa cemerlang. Ketua Dewan Negara ialah yang dipertuaSpeaker yang dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara. Selain Dewan Negara terdapat satulagi Dewan iaitu Dewan Rakyat. Ketua Dewan Rakyat ialah Yang Dipertua Dewan Rakyatdan tidak semestinya daripada ahli Dewan Rakyat . Dewan Rakyat adalah ahli-ahli parti yang
  • 7. -7-telah menang dalam pilihanraya yang diadakan iaitu pilihan raya peringkat Dewan Undangannegeri (DUN) dan Parlimen. Perdana Menteri sendiri hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat.Peranan utama kedua-dua dewan ini adalah untuk membuat undang-undang kecuali rangundang-undang kewangan, semua rang undang-undang yang lain boleh dimulakan di dewanrakyat atau di dewan negara tetapi pada masa ini, semua rang undang-undang dimulakan diDewan Rakyat.Bagi Amerika Syarikat pula Badan Perundangan di Amerika Syarikat terbahagi kepada duadewan iaitu Dewan Perwakilan dan Dewan Senat yang telah diwartakan dalam Artikel 1dalam perlembagaan US. Kedua –dua dewan ni membuat undang-undang dengan pelbagaiproses. Badan perundangan di Amerika Syarikat dipanggil sebagai Kongres. Ahli –ahlidewan senat juga dipanggil sebagai Senator dan memegang jawatan selama 6 tahun sahaja.Ahli-ahli dewan senat adalah 100 orang iaitu mewakili 2 orang bagi setiap satu negeribermakna ada 50 negeri di Amerika Syarikat. Manakala bagi Dewan perwakilan pulamempunyai jangka masa selama 2 tahun dan bukan mengikut negeri tetapi mengikut bilanganpenduduk dalam negeri,oleh itu jika bilangan orang banyak maka bilangan ahli juga ramaiyang mewakili bagi sebuah negeri. jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai authoriti untuk mengubahnombor berkenaan. Kedua-dua dewan ini membuat undang-undang dan mempunyai perananmasing-masing dalam pentadbiran dan pemerintahan Amerika Syarikat.
  • 8. -8-BADAN KEHAKIMANDalam badan kehakiman di Malaysia, parlimen ialah kuasa tertinggi kerana kuasaperundangan terletak ditangan parlimen. Ini bermakna parlimen boleh menukar perlembagaanjika sekiranya parlimen menghendaki. Antara mahkamah yang terdapat di Malaysia ialah,Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah rendah puladibahagi kepada Mahkamah syesyen, Mahkamah Majistret kelas satu dan kelas dua,Mahkamah Juvana untuk remaja bawah 18 tahun yang melakukan jenayah, mahkamah anaknegeri atau dipanggil juga Mahkamah penghulu, Mahkamah Syariah tentang sistemperundangan Islam. Selain itu terdapat juga badan-badan yang berkaitan dengan undang-undang seperti, Jabatan Peguam Negara, Biro Bantuan Guaman yang bertindak sebagaimembantu mereka yang tidak mampu mendapatkan peguambela, Jabatan harta dan pegawaipenerima yang mengendalikan harta orang-orang yang diistiharkan muflis dan Jabatanpemegang amanah raya dan pentadbir pusaka yang berkaitan dengan memegang amanahharta pusaka bagi orang yang telah meninggal dunia.Bagi kedua-dua negara, seseorang Hakim tidak boleh diberhentikan kecuali dengan alasantidak berkelakuan baik ataupun tidak dapat menjalankan kerja kerana uzur atau fikirannyatidak sihat. Ini membuktikan bahawa di Malaysia dan Amerika kebebasan kehakiman adalahterjamin serta seseorang Hakim itu tidak mempunyai satu jangka masa yang khusus untukmenjadi Hakim. Di Malaysia perlantikan seseorang Hakim itu dilakukan oleh YangDiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berbincang dengan Ketua HakimNegara.
  • 9. -9-BADAN EKSEKUTIFDi Malaysia Yang DiPertuan Agong adalah lambang kedaulatan negara namun YangDiPertuan Agong bukanlah badan eksekutif walaupun ketua pemerintahan negara Malaysiaadalah Yang DiPertuan Agong tetapi yang menjalankan kuasa eksekutif dan pentadbirannegara adalah ahli eksekutif yang terdiri daripada perdana menteri dan Jemaah menteri. Olehitu Yang DiPertuan Agong akan menjalankan kuasa pemerintahan mengikut nasihat Jemaahmenteri. Pelantikan Jemaah menteri Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah menteri atau kabinet di Malaysia terdiri daripada perdana menteri yangakan mengetuai Jemaah menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri lain dalamkabinet. Yang DiPertuan Agong turut mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya sendirimengikut perkara 40 (2) dalam perlembagaan Malaysia iaitu melantik perdana menteri,meminta agar satu mesyuarat majlis raja-raja di adakan dan tidak mempersetujui permintaanpembubaran parlimen. Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk membuatpelantikan hli Dewan Negara seramai 40 orang dan tiga orang dari Wilayah persekutuan.Yang DiPeertuan Agong turut boleh melantik Setiausaha Parlimen sebagai ketua pentadbir diparlimen yang juga menjadi Setiausaha Dewan Rakyat. Perlantikan ini adalah berdasarkannasihat daripada Perdana Menteri.Selain itu, Yang DiPertuan Agong boleh melantik Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihatPerdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum perdana menterimemberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong tentang pelantikan Hakim MahkamahTinggi, Perdana Menteri hendaklah membincangkan lantikan itu terlebih dahulu kepadadengan Ketua Hakim Negara dan hakim Besar kecuali pelantikan hakim besar. YangDiPertuan Agong juga merupakan panglima tentra bagi negara Malaysia. Dari aspek kuasapengampunan pula Yang Dipertuan Agong pula mempunyai kuasa pengampun tetapi tidaklahsebesar kuasa Presiden kerana kuasa pengampunnya adalah berdasarkan nasihat PerdanaMenteri Malaysia dan Jemaah menteri yang lain setelah berbincang dengan Ketua HakimNegara dan Majlis Raja-Raja. Namun ini bukan bermakna Yang Dipertuan Agong tidakboleh mengampun dengan tanpaa nasihat Jemaah menteri. Ia selalu dilakukan pada masa HariPertabalannya yang juga dikenali sebagai Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda YangDipertuan Agong. Selain itu Yang DiPertuan Agong akan memegang kuasa selama 5 tahunsahaja. Selepas itu ia akan digantikan oleh Sultan yang lain mengikut susunan nama MajlisRaja-Raja. Perdana Menteri Malaysia pula tidak mempunyai satu jangka masa yang tetap iaberdasarkan kemenangan partinya dalam pilihan raya dan ia boleh memerintah selama mana
  • 10. - 10 -yang ia kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan atau peralihan dasar yangada dan menyebabkan dasar tidak dapat diteruskan sekiranya terdapat pertukaran PerdanaMenteri yang kerap.Badan Eksekutif di Amerika Syarikat pula Presiden adalah ketua eksekutif dan kuasanyaadalah berdasarkan kuasa Veto yang diberikan kepadanya oleh perlembagaan amerikasyarikat iaitu kuasa eksekutif menjalankan pemerintahan di Amerika Syarikat danmemastikan undang-undang dalam perlembagaan digunakan dengan sebaik mungkin sepertiapa yang dilaksanakan oleh Presiden Eisenhower antara tahun 1957-1960 tentang Akta HakAsasi.Kongres dan kabinetKabinet di Amerika Syarikat tidak mempunyai banyak kuasa . Ini adalah kerana yang banyakkuasa adalah Kongres . Presiden sebagai ketua Kabinet, walaupun presiden mempunyai kuasaveto untuk membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Kongres, tetapi denganundi dua pertiga ahli-ahli Kongres akan menyebabkan Kongres mengatasi kuasa veto yangada pada Presiden. Malah Kongres mempunyai kuasa pendakwaan terhadap sesiapa sahajapemimpin yang berasalah, termasuk presiden sendiri. Ini dapat dilihat apabila PresidenAndrew Johnson pernah didakwa oleh Dewan Perwakilan kerana dasar beliau yangbekerjasama dengan bekas kakitangan negeri-negeri bagi kepentingan politiknya . PresidenNixon telah disiasat dan diminta meletakkan jawatan kerana Skandal „watergate‟. Ahli-ahliKongres diberikan kebebasan untuk mengemukakan sebarang kenyataan dalam perbahasanyang diadakan. Mereka tidak boleh ditangkap, kecuali kenyataan mereka boleh mengancamkeamanan dan keselamatan negara. Meskipun demikian, Mahkamah Agung mempunyaikuasa untuk menyoal Kongres atas dakwaan menerima rasuah ataupun terlibat dalampenyelewengan semasa pilihanraya. Kongres juga mempunyai kuasa untuk menyingkirkanahli Kongres jika tindakan ahli itu kurang berdisiplin dan meragukan. Ini boleh dilakukandengan mendapat undi majoriti dua pertiga daripada Kongres . Kongres adalah sama seperti badan perundangan diMalaysia iaitu ialah yang membuatundang-undang tetapi Kongres yang meluluskan undang-undang tidak berdasarkan parti. Inikerana kongres adalah badan yang berasingan daripada institusi presiden . WalaupunPresiden merupakan ketua perundangan, tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolakataupun menerima sebarang cadangan yang dibawa oleh Presiden . Semua kuasa dipusatkan
  • 11. - 11 -di tangan Kongres. Kongres dalam perlembagaan Amerika Syarikat mempunyai kuasakhusus iaitu, enam fasal menumpukan soal-soal kewangan dan perdagangan, tujuh fasal pulatentang hal-hal yang berkaitan tentang pertahanan negara . Kuasa mengawal dan menentukankewangan merupakan salah satu fungsi paling lama dan penting dalam Kongres. Kepentingankewangan inilah yang menyebabkan revolusi Amerika Syarikat bercogankatakan “ tiadacukai tanpa Perwakilan” . Kongres mempunyai kuasa penuh dalam menentukan jumlahperbelanjaan dan jumlah wang yang diperlukan oleh Presiden dan kerajaannya. Ini semata-mata untyuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif oleh Presiden .Kongres juga boleh mempengaruhi rakyat dengan menyampaikan isu-isu kepada rakyat .Seperti penyiasatan keatas Presiden Nixon pada 1973 berhubung skandal “watergate” danskandal “irongate” semasa pemerintahan Ronald Reagan. Menurut perlembagaan Amerika Syarikat artikel pertama dan tiga, ahli-ahli dewan diberikuasa untuk memilih Speaker dan pegawai lain untuik mengetuai dewan tersebut. Speaker inidipilih oleh majoriti ahli dewan dalam masa permulaan satu-satu sidang Kongres . Speakeradalah ketua dewan bagi Dewan Perwakilan manakala di Malaysia, speaker terdiri daripadaorang yang berkecuali dan tidak menganggotai mana-mana parti politik . Di Amerika DewanSenat dan Dewan Perwakilan mempunyai peranan masing-masing sebagai sebuah badanperundangan dan mereka ini mempunyai pegangan masngmasing dalam pentadbiran negaraAmerika.Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima sepenuhnyakerana ia dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dijalankan. Pengasingankuasa yang dijalankan menurut para falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi selarasdengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, dikatakan teoripengasingan kuasa ini menyokong penuh liberalisme di Amerika Syarikat. Oleh itu, dalamNegara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa pasti mengamalkan budayaliberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor tertentu terpelihara. Penduduk dan rakyatdi Amerika Syarikat lebih mementingkan hak kebebasan individu. Oleh itu, para pemimpinUS juga haruslah sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasan dan hakasasi manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US.
  • 12. - 12 -KESIMPULANKesimpulannya setiap negara mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yangtersendiri. Melalui sistem ini pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara akan menjadilancar. Dalam perbincangan ini kami mendapati terdapat perbezaan sistem pentadbiran danpemerintahan antara Malaysia dan Amerika Syarikat terutama sekali dalam aspek undang-undang dan perlembagaan persekutuan yang mana Malaysia berlandaskan perlembagaanyang dibuat pada tahun Februari hingga Julai 1957 dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.Manakala bagi negara Amerika Syarikat pula berdasarkan perlembagaan yang dibuat padatahun 1787 dan disusun sebelum dikuatkuasakan pada tahun 1789. Selain itu terdapatperbezaan pada badan-badan kerajaan seperti badan perundangan, badan eksekutif, dan badankehakiman yang mempunyai peranan yang penting dalam sistem pentadbiran danpemerintahan dalam sesebuah negara. Dalam perbincangan ini juga kami dapat memahamiperanan badan-badan kerajaan bagi kedua-dua negara dimana kedua-dua negaramengamalkan sistem yang berlainan namun mempunyai fungsi dan peranan yang hampirsama.
  • 13. - 13 -BIBLIOGRAFIInternetMadzani@SaidieNusa, Jabatan Sejarah ,Universiti Malaya Kuala Lumpur.(30 Nov1997).PERBANDINGAN PEMERINTAHAN MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT.http://www.angelfire.com/ms/Msaidi/page1.html (last accessed: 7 Oct 2011)Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.( 2 Julai 2011).Badan perundangan .http://ms.wikipedia.org/wiki/Badan_perundangan (last accessed: 31 oktober 2011)Daripda Wikipedia,ensikplodia bebas (14 September 2011). Politik Amerika Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Amerika_Syarikat#Cabang_eksekutif (30 oktober 2011)BlogSISTEM DOKTRIN PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN AMERIKA SYARIKAT DANMALAYSIA. (10 march 2010) http://eddysafbree.blogspot.com/2010/03/sistem-doktrin-pengasingan-kuasa.html (28 oktober 2011)