• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Teknologi Pendidikan-Asas Grafik
 

Teknologi Pendidikan-Asas Grafik

on

  • 41,266 views

 

Statistics

Views

Total Views
41,266
Views on SlideShare
39,518
Embed Views
1,748

Actions

Likes
18
Downloads
2,584
Comments
16

10 Embeds 1,748

http://edu3105.wikispaces.com 1599
http://ipgm.info.tm 67
http://www.slideshare.net 64
http://cocobos2003.blogspot.com 8
http://www.edmodo.com 4
http://translate.googleusercontent.com 2
http://webcache.googleusercontent.com 1
https://www.facebook.com 1
http://www.facebook.com 1
http://edu3105-amin.blogspot.com 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

110 of 16 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • saya pun nak dowmload jugak, terimakasih atas perkongsian maklumat. bekas student mpktbr.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • @sruzdi klik save,keluar open with...ambiklah....
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • macamane nak dowload
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Kita kena akaun scrib dulu ke baru boleh kita ambil bahan dalam scrib ni? Ke macam mana?
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…

110 of 16 previous next

Post Comment
Edit your comment

    Teknologi Pendidikan-Asas Grafik Teknologi Pendidikan-Asas Grafik Presentation Transcript

    • PRINSIP ASAS GRAFIK TENGKU ADNAN BIN TENGKU MAHMUD JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU EDU 3105
      • Asas Grafik
      •  Prinsip
      •  Reka bentuk visual
      •  Peralatan penghasilan grafik
    • PRINSIP ASAS GRAFIK
      •  Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.
      •  Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
      Sambungan…
    • Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan
      •  Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.
    • Reka Bentuk Visual
        • Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.
    • Konsep dan Fungsi Visual
        • Visual boleh didapati dalam tiga bentuk:
        • Fotografi
        • Elektronik
        • Grafik
        • Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.
    • Definisi Grafik
      •  Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
        • Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.
        • Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut:
        •  Mudah dan jelas dibaca dan difahami.
        •  Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.
        •  Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual.
        •  Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.
    • Elemen Reka Bentuk Visual
      • Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.
        •  Elemen Grafik terdiri daripada:
          • Ruang ( Space )
          • Garis ( Line )
          • Permukaan ( Surface )
          • Bentuk tiga dimensi ( Form )
          • Bentuk dua dimensi ( Shape )
      • Ruang (Space)
        • Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.
        • Ruang terbahagi kepada dua jenis:
        • Ruang Positif – ruang yang digunakan.
        • Ruang Negatif – ruang yang kosong.
    • Ruang negatif Ruang positif
        • Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.
        • Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).
      2. Garisan ( Line )
    • Fungsi garisan ialah:
      • Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.
      • Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.
      • Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan.
      • Menunjukkan kekusutan.
      • 5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain.
      • 6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
    • 3. Permukaan ( Surface )
          • Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
          • Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
          • Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.
    • 4. Bentuk Dua Dimensi (Shape)
        • Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
        • Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
          • a) Bentuk geometri
        • b) Bentuk abstrak
      • c) Bentuk gambaran
    • 5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)
      • Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori:
      • Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.
      • Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
    • Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.
    • Prinsip Reka Bentuk Visual
        • Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.
    • Enam prinsip grafik
          • Simplisiti
          • Dominan
          • Pola
          • Seimbang
          • Variasi
          • Harmoni
    • 1. Simplisiti
          • Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
    • 2. Dominan
        • Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.
        • Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
    • a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
      • Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
      41% 20% 25% 14%
      • b) Warna dan bentuk yang kontras
      • c) Saiz yang lebih besar
      • d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
      • e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
      • f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
      • g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
    • 3. Pola
      • Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:
        • Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama.
        • Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul.
        • Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.
    • 4. Seimbang
      • Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.
    • Terdapat dua jenis seimbang
      • a) Seimbang formal
      • Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
      • Seimbang tidak formal
      • Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.
      • Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
    • 5. Variasi
      • Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
      • Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat.
      • Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
    • 6. Harmoni
      • Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.
      • Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual.
      • Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.
    • Warna
    • Roda Warna
    • Menjiwai Warna
    • Warna PANAS
    • Warna SEJUK
    • Warna HANGAT
    • Warna NYAMAN
    • Warna PUCAT
    • Warna GELAP
    • Warna CERAH
    • Skema Asas Warna
    • Juga dikenali sebagai KOMBINASI WARNA
    • Skema Primer
    • Skema Sekunder
    • Skema Tertiar
    • Komplimentari
    • Komplimentari Terpecah
    • Skema Bertembung
    • Skema Analogous
    • Skema Akromatik
    • Skema Neutral
    • Proses membina suatu persembahan berwana
      • Langkah 1 Jelaskan hasil yang anda mahukan dengan warna
      Langkah 4 Perincikan pilihan warna yang lain berdasarkan pengkhususan dalam projek dan citarasa individu Langkah 3 Pilih satu skema warna berasaskan pilihan warna utama Langkah 2 Pilih satu warna utama yang melambangkan keperluan projek
    • HURUF
      • Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan.
      • Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan.
      • Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.
    • Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu:
      • Stail huruf
      • Bilangan stail huruf
      • Huruf besar dan huruf kecil
      • Warna huruf
      • Saiz huruf
      • Jarak antara huruf
      • Jarak antara baris
    • 1. Stail Huruf
      • Terdapat beratus-ratus stail huruf (font) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu:
      • a) Huruf Roman
      • A
      • b) Huruf Gotik
            • A
      • c) Huruf Sambung atau Cursive
      • A
      • Huruf Teks
      • A
      • Huruf Novelti
      • A
    • 2. Bilangan Stail Huruf
      • Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf.
      • Jangan melebihi tiga stail.
      • Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.
    • 3. Huruf Besar dan Huruf Kecil
      • Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda.
      • Biasanya huruf besar digunakan pada tajuk.
      • Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil .
    • 4. Warna Huruf
      • Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan.
      • Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius.
      • Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, “ Aku Terpenjara” warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.
    • 5. Saiz Huruf
      • Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu seperti rajah dibawah:
      1’’ 2” 2 ½ ” 3’’ 4” 20 40 50 60 80 Jarak penglihatan dalam kaki Ketinggian huruf kecil
    • 6. Jarak Antara Huruf
      • Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat.
      • Huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan.
    • 7. Jarak Antara Baris
      • Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama.
      • Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.
      • Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja.