• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Penglibatan ibu bapa
 

Penglibatan ibu bapa

on

  • 19,831 views

 

Statistics

Views

Total Views
19,831
Views on SlideShare
19,830
Embed Views
1

Actions

Likes
10
Downloads
630
Comments
4

1 Embed 1

http://bba4041.1bestarinet.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

14 of 4 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Penglibatan ibu bapa Penglibatan ibu bapa Document Transcript

    • PENGHARGAAN Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianyasaya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Perkongsian Ibu Bapa DalamPak. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan ribuan terima kasih kepasa PuanHazina Zakaria selaku pensyarah Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak yang telahbanyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini.Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, yang telah banyakmemberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuanganyang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapatmembantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yangsemakin jelas mengenai Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Fakta-fakta seperti iniperlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran danpengajaran dapat berjalan dengan jayanya.Sekian, terima kasih. Yang menghargai,__________________(Farah Najwa Binti Asri) 1
    • PENDAHULUAN Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula ialahpenglibatan yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalampendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyaikuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda.Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah punmenemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yangdiperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan(Rosmah & Salma, 1985). Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikanbahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak.Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anakberjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam aruspembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secaratidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anakantaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di sampingmenunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibubapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapaditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkankecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidakdijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelastadika. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidakterikat dalam aktiviti tadika. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekuranganmasa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihanibu bapa mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah. 2
    • Selain dari itu, Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanakpula menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang adakaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahlikeluarga yang tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya danorang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orangyang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: Pertama, ia merupakan satuproses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antaraperkembangan jasmani dengan pembelajaran. Kedua, perubahan-perubahan iniadalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itubersifat kualitatif. Ketiga, perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Keempat,proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat sertamengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupayameniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.Kelima, proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.Keenam, perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan danmenerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Ketujuh, peringkat-peringkatperkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu sertadijangkakan. Kelapan, perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Bakamenentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolongperkembangan mencapai tahap yang maksimum. 3
    • JENIS PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANGDAPAT MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DERMA Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan institusi pendidikan melalui memberisumbangan seperti menderma kepada pihak institusi pendidikan. Melalui cara ini ibubapa akan lebih dapat mendekatkan diri dengan pihak tadika. Terdapat pelbagaijenis sumbangan yang boleh diberi kepada pihak tadika adalah seperti dalam bentukkewangan, makanan, pakaian sukan, alatan sukan, alat bantu mengajar, alatpermainan, alat tulis, buku rujukan dan buku latihan. Ada diantara sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dapat meningkatkanperkembangan kanak-kanak. Sumbangan pertama, pakaian sukan, alatan sukandan alat tulis dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dimanakanak-kanak yang kurang berkemampuan dapat bersukan dengan memakai pakaiansukan yang diberikan oleh ibu bapa. Selain dari itu, kanak-kanak dapat bermainperalatan seperti bola untuk meningkatkan perkembangan motor kasar dan alat tulispula dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak didlamperkembangan fizikal kanak-kanak. Sumbangan kedua, alat bantu mengajar. Sumbangan ini boleh meningkatkanperkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dimana alat bantu mengajar yangdiberikan oleh ibu bapa dapat menyentuh emosi mereka dengan cara pengajaranyang diberikan oleh guru. Contohnya seperti kit lipatan, permainan puzzle dansebagainya dapat meningkatkan perkembangan emosi dan sosialnya dimana kanak-kanak dapat bergaul rapat dengan kanak-kanak yang lain dan juga guru. Selain itu,sumbangan dalam bentuk kewangan, pihak institusi dapat memberikan sedikitsumbangan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tidakberkemampuan dalam membeli pakaian dan sebagainya, maka dengan ituemosinya tidak aka tergangu dan akan berkembang dengan baiknya. Sumbangan ketiga, buku rujukan dan buku latihan dapat memperkembangkanperkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan cara ini ia dapat belajar dan berfikir 4
    • dengan menggunakan buku rujukan dan buku latihan yang diberi oleh ibu bapamelalui sumbangan tiap-tiap tahun atau bulanan. Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab dan berkemampuan, merekaperlulah memberi sumbangan kepada pihak institusi dengan hati yang ikhlas. Selaindari itu, ibu bapa manakah yang mahu melihat anak-anak mereka tidak cukupperalatan untuk bermain, belajar dan sebagainya di institusi tersebut. Sekiranyaperalatan cukup di dalam sesebuah institusi pendidikan yang di mana anak merekadi hantar itu mencukupi segala keperluan maka dengan itu anak-anak mereka turutberasa senang berada di dalam institusi tersebut. Dengan sumbangan yang diberioleh pihak ibu bapa maka pihak institusi juga tidak akan terlepas pandang padasemua keperluan kanak-kanak di situ. 5
    • MELIBATKAN DIRI DENGAN PENGLIBATAN SEKOLAH Ibu bapa perlulah mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal initernyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjaminperkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengankegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong, sukaneka, hari kantin dansebagainya. Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amatpenting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang,jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapisekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anakmereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dukungan kepada anak-anaknya. Diterangkan disini, sumbangan yang perlu diberikan oleh ibu bapa ialah tengauntu bergotong royong di sekolah. Dengan aktiviti ini, ia dapat memperkembangkanperkembangan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa.Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itumelakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkanperkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana kanak-kanak itubersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli keluargarakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari caraberkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapakanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti gotong royongataupun sukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyakbercakap dengan orang di sekelilingnya. Selain dari itu, ibu bapa juga boleh menghadirkan diri dalam kegiatan harikantin, dimana ibu bapa boleh memberi makanan percuma pada semua kanak-kanak disitu, dengan cara ini perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tersebutakan berkembang dengan baiknya. 6
    • MEMBERI BANTUAN KEPAKARAN KEPADA GURU Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibubapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapatersebut mempunyai kepakaran contohnya seperti doktor, jururawat, angkasawandan sebagainya. Sekiranya ia mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, ibubapa juga boleh memberikan rawatan percuma kepada guru dan kanak-kanak.Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanaksekiranya ia demam, selsema dan batuk. Sebegitu juga dengan kepakaran seorang jururawat, iaitu dengan memberikepakarannya dalam mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tanganselepas makan dan sebagainya dapat mempertingkatkan perkembangan fizikal,sosial dan emosi dimana kanak-kanak tersebut dapat bertanya kepada jururawatdan melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut. Selain dari itu, sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalamsaintis seperti angkasawan juga dapat membantu dalam perkembangan kognitifkanak-kanak, dimana sekara kita lihat bahawasanya kanak-kanak sekarang sangatberminat pada angkasawan kita yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar.Sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mengetahui tentang kepakaran seorangangkasawan juga boleh memberi sumbangan kepakarannya. Seterusnya, ibu bapa yang ada masa kelapangan juga boleh mengajarkanak-kanak bermasak, itu juga antara perkembangan kognitif dan fizikal yangdimana seorang kanak-kanak itu akan berfikir dan berlari untuk melihat sesuatuyang di ajar oleh ibu bapa mereka. Dengan cara ini juga ia dapat membantuperkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut akanterus bertanya dan bercakap sesama mereka kerana cara memasak ini akanmenarik minat kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Perkembanganemosi pula dapat di tingkatkan kerana kanak-kanak yang sunyi dapat menghiburkanhati melihat apa yang di ajar dan di masak oleh ibu bapa mereka. 7
    • GURU SUKARELA Jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi gurusukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga bolehmeningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak.Sumbangan yang boleh di berikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenaibahasa, mengajar melukis, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dansebagainya. Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secarasukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersamakanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska amat menggalakkan penglibatanibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktivitikemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantuguru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di tadika. Ibu bapa boleh mengajar secara sukarela ini di saat mereka cuti dan di masalapang. Ibu bapa boleh member sumbangan dalam mengajar bahasa, contohnyaseperti menyebut perkataan, huruf dan sebagainya. Teori Vygotsky memberipenekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utamainteraksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanakberkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alatberfikir bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai responskepada masalah dan rangsangan persekitaran. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positifkepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahajadiperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantudalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkanwarganegara yang baik dan bertanggungjawab. Kanak-kanak akan lebih senangbelajar bersama ibu bapa mereka sendiri. Dengan ini ia dapat mempertingkatkanperkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya. 8
    • KEGIATAN LUAR Dalam jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya, ialah kegiatan luar. Pihakinstitusi boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidikanak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak. Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnyaseperti berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan,membuat hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihatperkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitifkanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktivitiseperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencarigambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusatinstitusi, contohnya seperti zoo. Sekarang ini, ibu bapa juga kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika sepertimenemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatanibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah.Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibubapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harusdilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perludididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikantadika berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumahdilatih. 9
    • KESIMPULAN Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanakmemainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia dikalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakankongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesankepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertamadan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-gurupembimbing di tadika. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadikadengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatanibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri.Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika danibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambilpendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi keranamereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dankomuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalampelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa,penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan muridsecara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti. 10
    • RUJUKANAbdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan Universiti Malaya. 11