PENGENALAN       Penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, danboleh menyebabkan rasa putus ...
FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL       Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranyaialah,...
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yangsangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Har...
1. Hubungan pelaku dengan persekitaran       Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa,a...
5. Jenis pekerjaan pelaku       Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa adakerja menjadik...
SIFAT-SIFAT PENDERAAN       Penderaan seksual berlaku dalam kalangan setiap masyarakat. Penderaan seksualberlaku pada sege...
TANDA & SIMPTOM       Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana kebanyakanpenderaan akan meng...
CARA MENGATASI       Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untukmengatasinya adala...
STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK        Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan KebajikanMasya...
Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kespengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaa...
KESIMPULAN       Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasamadaripada semua pihak amat pen...
RUJUKANInternetAkmalhana Bt Mohammed (2011). Penderaan kanak-kanak. Diperoleh daripada      http://agc-blog.agc.gov.my/agc...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Penderaan seksual

7,279

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
7,279
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
166
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Penderaan seksual"

  1. 1. PENGENALAN Penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, danboleh menyebabkan rasa putus harapan, sikap antisosial dan kelakuan yang membinasakandiri sendiri. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak dalamkegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinyadengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat. Penderaanseksual terhadap kanak-kanak ialah kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksualkepada orang yang melakukannya. Selain dari itu, penderaan seksual merangkumi perbuatanmeraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak denganmeminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkanbahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan juga merupakan penderaanseksual, misalnya mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucahyang diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuanpornografi, termasuklah melalui Internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itudigunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan menaikkan syahwat kanak-kanak denganmeminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkanbahan-bahan lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual. Kanak-kanak jugaboleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh kanak-kanak lain yang diberitanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa tersebut, atau yang dipercayainya. Akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah Seksyen 17(2)(c), Bab 1 –Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanakitu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati,apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan:i. Menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifatpornografi, lucah atau tidak senonoh.ii. Eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.” 1
  2. 2. FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranyaialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalahdan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebutkepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang sukamerengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yangmelepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satutindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akanmemukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalahekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan merekabertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat daritekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul ataumenyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidaksepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayangdan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untukmenyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomimemang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh danprihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan. Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteridan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kespenderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawabterhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isterisering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibubapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidakmemikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tanggakerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalahyang berlaku pasti ada penyelesaiannya. 2
  3. 3. Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yangsangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketikadalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau,Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda AbdulGhani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondokkeselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah,Johor. Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dankompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawahkemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkansebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umurbekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral.Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara,jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan. Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur daritahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapimemperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001(150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun,bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan. Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naikdan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalahlebih membebankan. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuanpenderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedahkepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kitauntuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini.Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arahpemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kesini. 3
  4. 4. 1. Hubungan pelaku dengan persekitaran Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa,abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku denganbentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebihbanyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.2. Umur pelaku Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun kebawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi inimungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepadaperselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyaianak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadiamalan baru di dalam masyarakat hari ini.3. Taraf perkahwinan pelaku Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam prosespenceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalasdendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidupmereka.4. Taraf pendidikan pelaku Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaanlebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaanatau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberitekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yangberpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swastakerana mereka mampu membayarnya. 4
  5. 5. 5. Jenis pekerjaan pelaku Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa adakerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepadaseseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempatkerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.6. Jumlah pendapatan pelaku Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomirendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar denganpendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Inikerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untukdiberi kepada keluarga.7. Jenis rumah kediaman Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasansetinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkanseorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setingganterpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yangmengambil kesempatan.8. Jaringan sosial Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalammasyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapatmenjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapunkehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik.Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcikatau makcik yang ada hubungan dengan mereka. 5
  6. 6. SIFAT-SIFAT PENDERAAN Penderaan seksual berlaku dalam kalangan setiap masyarakat. Penderaan seksualberlaku pada segenap peringkat sosioekonomi dan pendidikan, dalam kalangan semuakumpulan bangsa dan budaya, dan di semua kawasan bandar dan luar bandar. Tanda-tandaamaran bahawa seseorang itu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah asyikbercakap tentang kegiatan seksual kanak-kanak atau anak remaja, terlalu kerap melancap,bercakap tentang fantasi seksual dengan kanak-kanak, suka menggalakkan kanak-kanakmenceritakan rahsia mereka, menonton bahan pornografi kanak-kanak, terlalu banyak masadihabiskan dengan kanak-kanak atau remaja dan bukannya dengan orang dewasa yang lain,dan menggunakan istilah pasar yang bersifat seksual untuk merujuk kepada kanak-kanak. Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan melakukanpenderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta pasangannya yang dewasa untukberpakaian ataupun berkelakuan seperti kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual.Penderaan mungkin akan menggunakan helah, rasuah, tekanan, ugutan, atau paksaan untukmemujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan seksual.KESAN KEPADA KANAK-KANAK Penderaan seksual boleh meninggalkan kesan emosi yang buruk dan berpanjangan,misalnya kesukaran menjalinkan hubungan yang rapat dan stabil pada peringkat hidup yangkemudian. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamildan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV. Antara akibat jangka panjang penderaanseksual ialah tanggapan kronik oleh mangsa bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan,kemurungan, sukar mempercayai orang lain, menyalahkan dirinya sendiri, melakukanperbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Kaji selidikperingkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kaliakan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadahdan arak pada peringkat hidup yang kemudian. 6
  7. 7. TANDA & SIMPTOM Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana kebanyakanpenderaan akan mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal terhadap mangsanya supaya diaboleh melakukan penderaan itu lagi selepas beberapa lama. Tanda-tanda fizikal ialah pakaiandalam yang koyak, kotor atau berkesan darah, sukar berjalan atau duduk, bahagian kemaluanyang merah-merah, bengkak atau gatal, kerap mengalami jangkitan salur kencing dan/ataurasa sakit pada bahagian abdomen, perubahan selera makan yang berlaku secara tiba-tiba danperubahan berat badan (bertambah ataupun menyusut) yang mendadak, kelakuan dan emosi,bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit (pada kanak-kanak kecil), menunjukkankelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-kanak usia itu, misalnya menghisap ibujari, kencing semasa tidur, tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil), takut akanorang dewasa sesuatu jantina, berasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yangdekat dengan orang lain, tiba-tiba berasa takut keluar dengan seseorang ataupun takut beradabersama-sama orang itu, tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan, mengalami kemurungan dankegelisahan, mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidakbersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usiabaligh), menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidak bersesuaiandengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh),berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja), cuba lari dari rumah (terutamanya anakremaja), menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak remaja). 7
  8. 8. CARA MENGATASI Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untukmengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibubapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yangbahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pastitidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi,dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas sepertimengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yangtidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihatkes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka. Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagimemberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akantanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelastentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteridengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. 8
  9. 9. STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan KebajikanMasyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempohJanuari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkansebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki.Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes. Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkanSelangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlahkes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitarLembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidupyang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruhnegara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada2007. Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanakyang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percayakes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana.Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawasebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaumMelayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi.Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523,seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16kes. Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan merekakerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama. Secara umum pada 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21peratus daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) kes. Paling banyak kes (56 peratusdaripada keseluruhan 2,780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang(949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan). 9
  10. 10. Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kespengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes). Lebih ramai kanak-kanak lelaki yang didera secara fizikal, manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanakperempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes). Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63pada 2007. Kadar ini bersamaan 1.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4.8 kes bayidibuang setiap bulan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalahberketurunan Melayu (1962 kes), diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina299 kes). Hampir dua pertiga (64.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanakperempuan (1,795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). Kebanyakan kanak-kanakperempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah3 tahun (276 kes). Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13nhingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes). Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat pentinguntuk diketahui. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling seringwujudnya kes penderaan. Merujuk kepada kes penderaan 2008, data memperlihatkan orangyang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Ibu (772 kes) dan bapa(494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45.6 peratus berbanding pelaku yang lain. Selainitu, kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes. Dengan memahami profil dan „baseline‟ kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini,sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebihmeluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubahindividu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Atas kefahaman ini, diharapkan strategimenangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan berbaloi. Sesungguhnyakita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yangboleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama. 10
  11. 11. KESIMPULAN Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasamadaripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibubapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin majudalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukummereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilanganmasyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anakdan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Penderaan seksual merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semuapihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individutertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman,bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan seksual. Selaras dengansaranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutukehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberirawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggukefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelasmelalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu prosesrawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yangberkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala. 11
  12. 12. RUJUKANInternetAkmalhana Bt Mohammed (2011). Penderaan kanak-kanak. Diperoleh daripada http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135.Mohd Suraya 2009. Statistik Penderaan Kanak-Kanak 2002-2006. Diperoleh daripada http://surayamohdsw.blogspot.com/2009/09/statistik-penderaan-kanak-kanak- 2002.htmlDr Mohamed Fadzil Che Din (2010). Memahami profil pendera kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiprofilpenderakanak- kanak/Article/ZABRY MOHAMD (2005). Penderaan seksual - Masyarakat perlu bertindak. Diperoleh daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1201&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htmArtikelKhadijah Alavi (2005). Dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arahpemantapan Akta Kanak-kanak 2001" 12

×