Pembuangan bayi

42,900 views
42,332 views

Published on

4 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
42,900
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
123
Actions
Shares
0
Downloads
827
Comments
4
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pembuangan bayi

  1. 1. 1.0 PENGENALAN Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbardan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malahdibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayimembawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untukmanusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudariAnitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yangboleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahyaturut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkananak tidak mengikut kaedah yang betul. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksudmencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayibermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayipula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalamkamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untukmengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini. Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkanbagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia,manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini darihari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telahmemutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuhbagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kesbunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawahukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kespembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang bolehdihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jikasabit kesalahan. 1|Page
  2. 2. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesatmembangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, namaMalaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini,masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalamkalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remajayang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada beberapa faktorpembuangan bayi :2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahamanagama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remajatelah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalamgejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diridalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkanhubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelumada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidakteragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebihteruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkansemata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif merekaini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan merekadalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayidalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajakremaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakatseperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebasantara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancahnegatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemuijalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluargatercemar. 2|Page
  3. 3. 2.3 Sikap Masyarakat Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turutmenyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuanmelahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandangserong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggapmenjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yangditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiridan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinyaekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil merekamembuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakatuntuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.2.4 Sikap Ingin Tahu Remaja Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atausikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja.Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulahyang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matangsekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seksrambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronokdan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang inginmencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakalditerima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijakdalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah,“sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. 3|Page
  4. 4. 3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besardalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan,memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangkapendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untukmembentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi bolehdiklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan,keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakatdan juga kesan kepada negara itu sendiri.3.1 Kesan kepada Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteritetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dantidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja.Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dankesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibubapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikahsepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini.Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlakukepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil danjauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa inimeninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalamkeadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia,Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepasdikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebihmengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketikadilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti inicukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahumenghargai pemberian dari Tuhan. 4|Page
  5. 5. 3.3 Kesan kepada Ibu Bayi Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagipesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalamkeadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah inipastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, danjuga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak denganmenggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selainitu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri sepertikemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripadaperbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dannegara.3.4 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhaninstitusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalamkekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malumempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti initelah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiransekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka.Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remajayang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesamasendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lainterpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anakmereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.3.5 Kesan kepada Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yangberlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dankecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes inikerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasiyang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidakbermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentangkredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku. 5|Page
  6. 6. 4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalimdan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itukerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawaanak-anak. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejalasosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapatkasih sayang yang sewajarnya.4.1 Peranan Ibu Bapa Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnyamemberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas ataukeperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnyaiaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkatberikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberigambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebihlagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yangsecukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakansebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuksahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seksrambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.4.2 Peranan Sekolah Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadiremaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalampenulisannya yang bertajuk „masalah sosial tiada penghujungnya‟, pihak pentadbiran sekolahperlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secarakomprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan gurudan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahandan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebasdari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, 6|Page
  7. 7. merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung denganpendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPTuntuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakanalternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial danmewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo KayKim dan Alias Mohammed 1937).4.3 Pencegahan sebelum berlaku Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorangdaripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki danperempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapijika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhanmasyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satujenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilahbekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempatdalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiapindividu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyaiperanan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejalasosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagimembantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulanbebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedarankepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,keluarga dan masyarakat.4.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalanipemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yangpaling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjaminkesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejalapembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihakdigesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalamusaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. 7|Page
  8. 8. 5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ketahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negaraislam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuangsetiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itumungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepadaJKM. Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trendpeningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripadajumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan danselebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula,257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagitempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalahanak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalamperkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding KananHKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospitalterbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Padatahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34kes bawah umur 18 tahun,”. 8|Page
  9. 9. 6.0 KESIMPULAN Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi, terdapatbanyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalahpembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakansebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik danmenghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencubasesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalammeneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal inikerana, melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidakmampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyutdengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranyaremaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak merekasendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yangdibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan jugakesan kepada masyarakat. Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan dibawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskankes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikanperbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasatmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantungsampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun samamembawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayidisiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum dendamaksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihakharuslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambiltahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius. 9|Page
  10. 10. 7.0 RUJUKANINTERNETWikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/ArticleRohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes buang bayi. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/ArticleAnitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. Diperoleh daripada http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/BUKUKamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway.Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL TIADAPENGHUJUNGNYASURAT KHABARRizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17. 10 | P a g e
  11. 11. LAMPIRANJADUAL PEMBUANGAN BAYI DI SELURUH MALAYSIA 11 | P a g e
  12. 12. LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG 12 | P a g e
  13. 13. 13 | P a g e

×