• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan
 

15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan

on

  • 2,605 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,605
Views on SlideShare
2,605
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
92
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan 15680562 bab-2-pemilikan-perniagaan Presentation Transcript

    • 1
    • ISI KANDUNGANPengenalan kepada Entiti Perniagaan2.1 a) Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan: • Pemilikan Tunggal • Perkongsian • Syarikat ( Sendirian Berhad dan Awam ) • Koperasi • Badan Berkanun b) Kelebihan dan Kelemahan Bentuk-Bentuk Pemilikan 2
    • Pengenalan Entiti PerniagaanDefinisi Entiti Perniagaan :- Merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri (M.B. Muda et.al., 2000). Perniagaan dikelaskan berdasarkan : a) bentuk pemilikan perniagaan b) aktiviti perniagaan yang dijalankan c) sektor industri tempat perniagaan itu beroperasi d) jenis keluaran yang dikeluarkan dan dipasarkan e) peringkat perniagaan dalam aliran industri 3
    • www.ssm.com.my 4
    • • Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap hutang (liabiliti tidak terhad)• Di Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956,pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing. Rujuk akta : www.ssm.com.my/acts/fscommand/a0197.htm• Merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.• Contoh : Kedai Runcit Ravi, Pasar Mini Kaya dan Kedai Dobi Harum.• Contoh borang : www.ssm.com.my/perkhidmatan_borang.php 5
    • CIRI-CIRI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL- Pemilik tunggal atau persendirian- Modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman daripada rakan dan saudara mara.- Di uruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan saudara mara atau bilangan pekerja yang sedikit dan kurang kemahiran.- Mudah ditubuhkan iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit- Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu tanggungan pemilik melibatkan aset peribadi.- Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung kerugian sendiri- Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan.- Jangkahayat milikan tunggal adalah terhad,jika pemilik meninggal dunia perniagaan akan terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan perlu didaftarkan semula. 6
    • www.ssm.com.mywww.ssm.com.my/acts/fscommand/a0197.htm 7
    • – Perkongsian adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3) (b).– Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan (ROB). Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang syarikat.– Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi.Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.– Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui dlm Artikel Perkongsian.– Keuntungan diagih kan kpd rakan kongsi mengikut syarat- syarat dan nisbah modal yg disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian. 8
    • BUTIR-BUTIR SURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN• Pihak yang terlibat,perniagaan dan tempat perniagaan• Nama perniagaan atau nama rakan kongsi• Kaedah pembubaran• Perakaunan dan modal• Keluar masuk ahli perkongsian• Cara menguruskan perniagaan. 9
    • CIRI-CIRI PERNIAGAAN PERKONGSIAN• Bilangan ahli 2 hingga 20 orang• Modal sumbangan rakan kongsi• Diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif,sebagai balasan rakan kongsi berkenaan dibayar gaji atau elaun mengikut syarat perjanjian• Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan• Pembahagian untung menurut perjanjian perkongsian• Liabiliti perniagaan perkongsian adalah tidak terhad tetapi bagi perkongsian berhad liabilitinya terhad.• Jangkahayat perkongsian adalah terhad,jika rakan kongsi menarik diri atau meninggal dunia maka perkongsian terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan perlu didaftarkan semula. 10
    • www.ssm.com.my 11
    • a) Syarikat Sendirian Berhad • Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah,ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat. • Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 – 50 orang • Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15 (b)) dan merupa kan entiti yang sah terpisah daripada pemilik. • Akta: www.ssm.com.my/acts/fscommand/a125.htm • Saham syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan dalam pasaran terbuka. • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut. 12
    • CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD• Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang• Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada pemiliknya.• Syarikat Sendirian Berhad mempunayi hak dan tanggungjawab boleh memiliki harta, boleh didakwa dan didakwa.• Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal perniagaan. Mereka dilarang mengutip hutang daripada orang awam.• Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.• Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2 orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.• Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat di dalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada kesalahan syarikat. 13
    • a) Syarikat Awam Berhad • Dikenali melalui perkataan “BERHAD/BHD.” pada Penghujung nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad. • Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham. • Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965. 14
    • CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD• Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had maksimum bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli syarikat dan jenis saham yang dikeluarkan.• Modal syarikat dikumpulkan melaului penjualan saham dan bon kepada orang awam.• Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.• Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.• Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan.• Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.• Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan mengumumkan untung rugi dalam akhbar. 15
    • Rujukan : www.skm.gov.my 16
    • CIRI-CIRI KOPERASI• Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.• Didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bermula pada 1 Januari 2008• Mengikut Akta Koperasi 1993 (Akta 502 ) (dahulunya Akta Koperasi 1948 yang telah dimansuhkan)• Perkataan "Koperasi" hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.• Perkataan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. 17
    • CIRI-CIRI KOPERASI• Liabiliti terhad• 2 bentuk koperasi iaitu: – Koperasi keahlian terhad kpd jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia – Koperasi keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.• Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli ahli ahli.• Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.• Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.• Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen 18 atau bonus atau kedua-duanya.
    • Tugas Utama SKM• Menetapkan garis panduan khusus bagi memastikan operasi sesebuah koperasi tidak menyimpang daripada objektif asal penubuhannya.• Memperkenalkan dana khas bagi memperkasakan gerakan koperasi, selain membantu institusi ini menghadapi masalah kecairan modal serta turut menganjurkan program keusahawanan.• Mengatasi masalah birokrasi dan kerenah institusi kewangan tempatan yang membabitkan pembiayaan terutama dalam sektor pertanian dan perladangan yang dianggap tidak berpotensi serta tidak memenuhi kriteria serta syarat asas pinjaman yang ketat.• Bertindak sebagai penyalur alternatif pembiayaan pinjaman kepada koperasi dan usahawan yang berpotensi.• Membuat pelaburan ke dalam syarikat perniagaan yang diusahakan oleh anggotanya memandangkan penubuhan koperasi baru di kalangan usahawan sudah membawa satu anjakan paradigma ke arah membawa gerakan koperasi lebih berdaya maju dan kompetitif. 19
    • Rujukan : www.pbbm.org.my 20
    • Ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkansesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.Penubuhannya dibawah Akta Parlimen atau Enakmen negeri. Ditubuhkan secara perbadanan. Mempunyai entiti khas dan kaedahoperasi mirip sektor.Contoh badan berkanun diperingkat negeri - Enakmen Negeri:Perbanan Kemajuan Negeri (PKN), Perbadanan PembangunanBandar (UDA), Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) dll.Contoh badan berkanun diperingkat persekutuan - Akta Parlimen:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank SimpananNasional (BSN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), DewanBahasa dan Pustaka (DBP) dll 21
    • 22
    • KELEBIHAN PEMILIKAN TUNGGAL1) Kebebasan- Dimiliki oleh seorang pengusaha, bebas menentukan corak perniagaan. Hak kebebasan keatas perniagaan terhadap untung dan rugi. Bebas untuk membuat keputusan perniagaan2) Mudah ditubuhkan dan dibubarkan- Perniagaan mudah ditubuhkan dan dibubarkan kerana tidak banyak prosedur yang perlu diikuti.3) Kos penubuhan yang rendah- Modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Kos seperti guaman, pendaftaran syarikat, kos lesen perniagaan tidak tinggi.4) Cukai dikenakan sekali- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Akaun peniaga tidak perlu diaudit. 23
    • KELEMAHAN PEMILIKAN TUNGGAL1) Tanggungan liabiliti tidak terhad- Peniaga terpaksa memegang tanggungjawab ke atas semua libilitinya. Harta persendirian peniaga akan dijadikan ganti sekiranya gagal menjelaskan hutang tersebut.2) Sukar berkembang- Perniagaan sukar berkembang kerana modal yang terhad dan kecil.3) Sukar untuk mendapatkan sumber kewangan- Kebanyakkan peniaga tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Ini menyukarkan pinjaman daripada pihak bank untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan.4) Jangka hayat perniagaan pendek- Apabila peniaga meninggal dunia, perniagaan perlu didaftarkan semula untuk beroperasi.5) Pergantungan terhadap seorang individu- Peniaga sendiri melakukan semua operasi perniagaan. Peniaga 24 kurang kemahiran.
    • KELEBIHAN PERKONGSIAN1) Mudah mendapatkan sumber kewangan - Bilangan rakan kongsi yang ramai memudahkan mendapatkan sumber kewangan yang banyak. Pekongsi akan berkongsi modal. Pihak bank merasa yakin untuk memberi pinjaman. Ini dapat mengembangkan perniagaan.2) Mudah ditubuhkan - Tidak melibatkan prosedur yang rumit.3) Kemahiran pengurusan yang pelbagai - Bilangan rakan kongsi yang ramai menyebabkan perniagaan mempunyai kemahiran pengurusan yang pelbagai.4) Cukai sekali - Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan.5) Berkongsi risiko - Risiko perniagaan akan ditanggung bersama rakan kongsi. 25
    • KELEMAHAN PERKONGSIAN1) Menanggung liabiliti tidak terhad - Apabila perniagaan kerugian semua rakan kongsi bertanggungjawab di atas kerugian tersebut. Tanggungan melibatkan aset peribadi .2) Modal yang terhad. - Modal dikongsi sesama pekongsi sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank dan perniagaan sukar berkembang berbanding syarikat.3) Jangka hayat perniagaan pendek - Apabila rakan kongsi meninggalkan perniagaan atau tarik diri maka perniagaan terbubar. Perniagaan perlu didaftar jika ingin beroperasi semula.4) Mudah berlaku salah faham - Oleh kerana bilangan rakan kongsi ramai maka mudah berlaku salah faham dan proses pembuatan keputusan lambat. 26
    • KELEBIHAN SYARIKAT- Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.- Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang saham- Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.- Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.- Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas namanya- Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang- Saham syarikat mudah dijual- Pengurusan syarikat lebih efisyen 27
    • KELEMAHAN SYARIKAT- Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta Syarikat 1965.- Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan pekerja.- Kos penubuhan syarikat adalah tinggi- Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.- Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan yang ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.- Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan.- Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat 28
    • KELEBIHAN KOPERASI- Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan- Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.- Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih rendah daripada cukai syarikat berhad- Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian- Liabiliti terhad- Wujud secara berterusan iaiti entiti yang berasingan. 29
    • KELEMAHAN KOPERASI- Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.- Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.- Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.- Operasi dikawal rapi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.- Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.- Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.- Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia. 30
    • KELEBIHAN BADAN BERKANUN- Mementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah kebajikan sosial- Bebas dari dikenakan cukai- Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi 31
    • KELEMAHAN BADAN BERKANUN- Bagi badan berkanun yang besar sistem pengurusan yang kompleks dan rumit- Proses pembuatan keputusan dipengaruhi oleh politik. Lembaga pengarah dilantik oleh kerajaan- Ketidakcekapan berlaku kerana tidak wujud persaingan. Pekerja kurang motivasi untuk pekerja. 32
    • SENARAI BUKU RUJUKAN• Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong, Mohamad Basir Daud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat dan Nurli Yaakob (2005) Teks Pra-U Pengajian Perniagaan 1, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.• Sabri Hj Hussin (2005) Pengurusan Perniagaan Jilid 1, Thomson Learning.• W.M.Chik (1990) Bagaimana Mengendalikan Koperasi, Marwilis Publisher & Distributors Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor• http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Akta_Parlimen_Malaysia 33
    • 34