Your SlideShare is downloading. ×
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Bab2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,013
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
57
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Bab 2 Pengarasan 2.0 Pengarasan 2.1 Pengenalan Ukur-aras adalah suatu proses pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian di antara titik-titik di atas permukaan bumi. Ianya disediakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut: a. Untuk pemetaan garis-garis kontur yang akan digunakan sebagai suatu panduan dalam kerja merancang, membuat kerja rekabentuk dan juga dalam menyediakan anggaran perbelanjaan bagi projek yang dicadang. b. Untuk memplot muka keratan dalam salah pugak bagi menggambarkan rupabentuk muka bumi yang berkenaan. c. Untuk membentuk titik-titik yang mempunyai ukuran-ukuran tinggi yang tertentu dalam projek kami. d. Untuk menetapkan dalamnya korekan untuk pembinaan asas-asas. e. Untuk memancang tanda dalamnya dan ketinggian bagi potongan dan timbusan masing-masingnya dalam pembinaan landasan keretapi dan jalan raya. f. Untuk memancang tanda kecerunan. 2.1.1 Dasar-dasar ukur-aras Dasar-dasar ukur-aras adalah bahawa dengan penggunaan alat aras ukur kita akan dapat membentuk suatu garis pandangan, iaitu garis Kolimat bagi alat ini, yang terletak dalam suatu satah ufuk melalui bebenang ufuk bagi alat. Operasi ukur-aras lebih terletak kepada menentukan jarak pugak dari garisan ini kepada titik-titik yang ukuran-ukuran tinggi atau perbezaan-perbezaan ketinggian berkait kepada satu sama lain, diperlukan. Rajah 2.1: Prinsip ukur aras Dalam rajah 2.1 di atas, katakanlah bahawa ukuran tinggi bagi suatu titik A diberikan dan anda ingin menentukan ukuran tinggi bagi suatu titik D, jaraknya tidak berapa jauh dari A. alat aras akan didirisiapkan di L1, dan ditenung ke arah staf ukur-aras yang diletak dan dipegang tegak di atas A. Selepas alat aras ini siap dilaraskan supaya berkeadaan mendatar dengan tepatnya, garis Kolimat yang merupakan suatu garisan ufuk ab akan bersilang dengan staf yang dipasangkan di atas A pada a. Oleh itu, Aa merupakan bacaan di atas staf. Selepas bacaan ini diambil, teropong akan diputar di sekitar paksi pugaknya kepada arah setaf yang dipasang tegak di atas B. Alat aras yang berkenaan ini masih lagi berkeadaan ufuk, bacaan Bb akan 3 Setaf L1 A' A B C D P' a b c d e f L2 L3
  • 2. Bab 2 Pengarasan diambil pula di atas setaf ini. Melalui B dilukiskan garisan ufuk BA' bagi bertemu dengan aA di A'. Maka AA' merupakan perbezaan dalam ukuran tinggi di antara A dan B. Tetapi, AA' = Aa - A'a = Aa - Bb = bacaan setaf - bacaan setaf di A di B Dengan menganggap AB sebagai haluan hadapan garisan, iaitu pengukuran akan dibuat dengan bermula dari A kepada B dan titik-titik seterusnya, pandangan L1a, ialah pandangan belakang kerana ianya adalah suatu pandangan dalam haluan belakang garisan. Manakala, L1b berada dalam haluan hadapan garisan, maka dinamakan sebagai pandangan hadapan. Dari sekarang, dapatlah kita menyatakan bahawa perbezaan dalam ukuran tinggi di antara 2 titik adalah bersamaan dengan bacaan pandangan belakang menolak bacaan pandangan hadapan, dan adalah juga nyata bahawa ukuran tinggi bagi titik hadapan berkaitan dengan titik belakang, menggambarkan suatu kenaikan (keadaan naik seperti di dalam Rajah 2.2) apabila bacaan pandangan belakang lebih besar nilainya daripada bacaan pandangan hadapan rajah di atas dan di bawah. Serupa juga, ukuran tinggi titik hadapan berkaitan dengan titik belakang, merupakan suatu keadaan menurun sekiranya bacaan pandangan belakang bernilai kurang daripada bacaan pandangan hadapan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.3. A B PB = 2.25m PH = 1.5m PB = 2.25 PH = 1.50 t = 0.75 ( naik ) t Rajah 2.2 Prinsip beza tinggi 4
  • 3. Bab 2 Pengarasan B A t PB = 1.50 PH = 3.50 = -2.00 ( turun ) PB = 1.50 PH = 3.50 t Rajah 2.3: Beza aras menurun Dalam rajah ukur aras, cerapan-cerapan yang harus dibuat dari L1, setelah disiapkan, setaf di B masih lagi dipasang tegak di kedudukan yang sama, sedangkan alat aras dipindahkan pula ke L2. Selepas mengaraskannya semula, suatu bacaan pandangan belakang yang baru Bc akan dibuat kepada setaf di B, dan suatu lagi bacaan pandangan hadapan Cd diambil kepada setaf di C yang terletak jarak dekat arah hadapan alat. Serupa juga, alat aras didirisiap dan dilaraskan supaya berkeadaan ufuk di L3 dan suatu bacaan pandangan belakang dibuat kepada setaf dipasang tegak di C dan suatu bacaan pandangan hadapan dibuat lagi kepada setaf di D. Maka, akan menjadi nyata bahawa perbezaan ukuran tinggi di antara A dan D. = Aa - Bb + Bc - Cd + Ce - Df = (Aa + Bc + Ce) - (Bb + Cd + Df) = Jumlah bacaan-bacaan - Jumlah bacaan-bacaan pandangan belakang pandangan hadapan Katakan titik P merupakan sebagai titik hadapan yang memberikan bacaan pandangan hadapan yang terakhir, maka Perbezaan ketinggian (ukuran tinggi) antara A dan P = Jumlah bacaan-bacaan _ Jumlah bacaan-bacaan pandangan belakang pandangan hadapan Titik P adalah lebih tinggi daripada titik A sekiranya jumlah bacaan-bacaan pandangan belakang bernilai lebih besar daripada jumlah bacaan-bacaan pandangan hadapan. Sebaliknya, titik P adalah lebih rendah daripada titik A sekiranya jumlah bacaan-bacaan pandangan belakang bernilai lebih kecil daripada jumlah bacaan-bacaan pandangan hadapan. Akhirnya, anda boleh memperolehi keadaan yang sebegini, iaitu: ukuran tinggi bagi P di sebelah atas datum = ukuran tinggi bagi A + (jumlah bacaan-bacaan pandangan belakang) – (jumlah bacaan-bacaan pandangan hadapan). 2.1.2 Takrif-takrif untuk Istilah-istilah Ukur-aras 5
  • 4. Bab 2 Pengarasan Sebelum diteruskan dengan penghuraian (penerangan) secara jelas bagi dasar-dasar bentuk dan binaan alat-alat ukur-aras, dan penggunaannya beberapa istilah ukur-aras yang tersedia perlu difahami. Istilah-istilah ukur-aras yang berkenaan adalah seperti berikut: a. Permukaan aras. Ianya merupakan suatu permukaan lengkung, di mana setiap titik yang terletak di atasnya (padanya) akan didapati bersudut tepat dengan arah graviti (arah tarikan bumi) yang mana ianya dapat ditunjukkan oleh garis pelambab. Permukaan bagi sebuah tasik yang tenang atau suatu permukaan takungan air yang luas adalah contoh permukaan aras dan ianya selalu mengikut kelengkungan permukaan bumi. Jika kawasan ukur yang berkenaan ini sempit, iaitu kurang daripada 55 kilometer, maka permukaan aras ini boleh dianggapkan sebagai suatu bidang ufuk. b. Garis aras. Garis aras adalah satu-satu garisan yang terletak di atas suatu permukaan aras, iaitu ianya merupakan suatu garisan yang bertempat di atas sebuah bulatan dengan pusatnya di pusat bumi. Ianya juga boleh difahami sebagai suatu garisan yang bersudut tepat kepada suatu garisan pugak atau normal kepada haluan graviti di setiap titik-titiknya. c. Garisan pugak. Garisan pugak adalah satu garisan yang sepadan dengan garis pelambab. d. Bidang ufuk. Bidang ufuk pada satu-satu titik adalah salah yang bersudut tepat dengan arah graviti pada titik itu. Bidang ufuk ini merupakan suatu bidang yang bertangen dengan permukaan aras pada titik itu. e. Garisan ufuk atau garis Kolimat. Garisan ufuk adalah suatu garisan yang berada di atas bidang ufuk. Dengan itu, garisan ufuk yang melalui suatu titik tertentu adalah satu garisan yang bertangen kepada garis aras pada titik ini dan mempunyai arah yang sama juga. Pada jarak-jarak yang pendek, kedua-dua garisan ini dianggap berkeadaan sepadan antara satu sama lain. Namun, pada jarak-jarak yang jauh suatu pembetulan untuk keadaan capahan ini perlu diadakan. f. Datum atau permukaan datum. Ianya adalah sebarang permukaan aras anggapan, di mana kepadanya segala ukuran-ukuran tinggi bagi titik-titik di atas permukaan bumi boleh dirujuk. Permukaan yang paling biasa diambil sebagai suatu datum adalah aras purata bagi laut. Oleh kerana aras purata bagi laut berbeza-beza pada tempat-tempat yang berlainan disebabkan oleh kesan-kesan angin, arus laut dan turun-naik aras laut yang diakibatkan oleh tarikan bulan, maka aras purata di satu tempat diambil sebagai suatu permukaan datum dan dinamakan sebagai aras purata laut. g. Ketinggian alat aras atau garis Kolimat. Ketinggian alat aras adalah ukuran tingi garis Kolimat di sebelah atas datum atau merupakan ukuran tinggi garis pandangan bagi teropong alat aras apabila alat aras telah siap dilaraskan supaya berkeadaan mendatar. Garis Kolimat juga merupakan garisan yang menghubungkan titik pusat kanta objek kepada titik tengah bebenang tengah dan biasanya dirujuk sebagai garis pandangan. h. Aras laras. Aras laras bagi sesuatu titik adalah ketinggian (ukuran tinggi) baginya yang telah diukur dengan merujuk kepada suatu permukaan aras tetap yang dikenali sebagai datum atau aras kiraan untuk sesuatu titik, sama ada ianya berada di sebelah atas atau bawah datum yang telah dipilih. i. Batu aras. Batu aras adalah suatu titik rujukan tetap yang terletak di atas permukaan bumi, di mana arasnya telah diketahui nilai ukuran tingginya dengan dirujuk kepada datum tertentu. Contoh-contoh bentuk batu aras ialah permukaan puncak batu bear, batu penanda, tiang pintu pagar, dan lain-lain lagi. 6
  • 5. Bab 2 Pengarasan Batu aras sementara (B.A.S) ialah titik-titik tetap, tetapi bersifat kurang kekal dan dibentuk berdekatan kepada tapak ukur bagi menjimatkan pernuatan melakukan rujukan membina kepada batu aras yang mungkin tidak berapa jauh. Kebanyakan titik-titik yang ditunjukkan di atas peta-peta ukur Ordnance telah pun ditentukan dengan ukur-aras dan ketika melakukan operasi ukur-aras jurukur Ordnance telah membentukkan batu aras Ordnance pada jarak antara yang pendek. Kebanyakan batu aras Ordnance terdiri daripada suatu panah lebar yang padanya terletak suatu potongan ufuk. Ianya mungkin dijumpai di atas batu penanda, dinding dan lain-lainnya, dan biasanya berkedudukan kira- kira 2 kaki atau 0.5 meter di sebelah atas aras bumi. Bahagian tengah yang memanjang bagi potongan ufuk ini adalah ketinggian (ukuran tinggi) rujukan bagi batu aras. Batu aras jenis ini dikenali sebagai batu aras Ordnance. j. Beza tinggi. Beza tinggi adalah jarak yang terpendek di antara dua permukaan aras yang melalui titik-titik A dan B. k. Pandangan belakang. Pandangan belakang ini adalah pandangan pertama yang diambil setelah didirisiapkan alat aras pada satu-satu kedudukan ataupun ianya merupakan bacaan setaf yang diambil di atas satu titik yang diketahui ukuran tingginya. l. Pandangan hadapan. Pandangan hadapan ini ialah pandangan berakhir yang diambil sebelum dipindahkan alat aras kepada kedudukan titik yang lain. Atau ianya merupakan bacaan setaf yang diambil di atas satu titik di mana ukuran tingginya yang hendak ditentukan. m. Pandangan antara. Ia merupakan bacaan-bacaan setaf yang diambil pada titik-titik antara yang terletak di antara pandangan belakang dan hadapan supaya dapat mengumpulkan butir-butir yang dikehendaki, misalnya ukuran tinggi yang ditambah. Pandangan-pandangan ini dikenali sebagai pandangan antara. Dalam ertikata yang lain, ianya bermaksud sebarang pandangan tambahan yang dibuat di antara pandangan hadapan dan belakang. n. Titik pindah. Titik pindah ialah satu titik di mana padanya kedua-dua pandangan, iaitu dengan mula diambil pandangan hadapan dan kemudiannya dibuat pula pandangan belakang. Perhatian: Jarak-jarak bagi pandangan belakang dan pandangan hadapan dari suatu stesen alat haruslah sama atau sedekat yang mungkin supaya dapat menghapuskan selisih-selisih yang disebabkan oleh alat aras yang tidak dalam keadaan pelarasan. o. Aras-aras dugaan. Ianya ialah aras-aras yang diambil hanya dengan tujuan untuk menentukan perbezaan aras di antara dua titik yang berkenaan. p. Aras-aras sementara. (aras-aras Lompat). Ianya merupakan aras-aras yang diambil untuk tujuan menyemak kembali satu rangkaian aras-aras yang telah pun diambil secara keseluruhan. Aras-aras sementara terdiri daripada satu rangkaian pandang-pandangan hadapan dan belakang yang sama jauhnya di mana setiap jaraknya ialah kira- kira 80 meter panjang. 2.2 Keratan Memanjang (Profil) Dalam ukur kejuruteraan, keratan memanjang (profil) diambil di sepanjang jarak garis tempat cadangan pembinaan bagi menunjukkan aras tanah yang sedia ada. Ukur aras digunakan untuk mengukur ketinggian titik-titik di atas garis tengah, dengan ini boleh memplotkan profilnya dan 7
  • 6. Bab 2 Pengarasan bentuk 2-dimensi muka bumi akan diperolehi. Langkah-langkah untuk mendapatkan satu keratnan memanjang adalah seperti berikut:- Untuk menjalankan satu keratan memanjang, garis keratan mesti disetkan dahulu di atas tanah dengan menjajar menggunakan pancang yang cukup untuk menentukan garis lurus dan lengkung. Dalam kerja yang lebih jitu, pengesetan, merantai dan menanam piket boleh disiapkan dahulu dengan menggunakan tiodolit. Setelah garis ditentukan di atas tanah, ukur aras boleh dimulakan. Ukur aras mesti dimulakan dari satu tanda aras yang telah ditubuhkan (datum) dan kemudiannya dengan menggunakan cara pandangan belakang dan hadapan sahaja (kadang-kala dipanggil aras memanjang) dilanjutkan ke pandangan hadapan terakhir ke atas satu piket yang kukuh yang menandakan permulaan keratan. Alat aras kemudian disetkan pada satu kedudukan yang sesuai dari mana cerapan boleh dibuat sebanyak mungkin yang boleh terhadap sebahagian daripada garis keratin. Selepas itu, langkah ukur aras keratan dijalankan. Pita ukur ditarik di sepanjang garis keratan dengan tegang, piket diletakkan bagi menandakan hujung sela sekata. Jika penanaman piket sekata terdahulu belum disiapkan. Kemudian proses diteruskan dengan langkah seperti berikut:- a) Pemegang staf, memegang staf di atas piket dan satu pandangan belakang diambil dan dibukukan, mencatatkan di dalam turus catatan bahawa titik ini mempunyai rantai sifar, yang merupakan permulaan garisan. b) Pemegang staf kemudian mengikut garis pita, dan bergantung kepada kejituan dan maklumat yang diperlukan, akan memegang staf dan memberitahu rantaian berikut:- i) Setiap perubahan cerun yang ditandakan ii) Setiap butiran merentasi garis keratan, contohnya sempadan hak milik, pagar, pohon pagar, telefon, dan lain-lain. iii) Tepi perbatasan, dasar sungai, lubang, kolam, sisi jambatan dan sebagainya. Pandangan perantaraan ini dicerap dan dibukukan. Rantaian yang dipanggil oleh pemegang staf, setiap kali bacaan aras yang dibetulkan direkodkan di turus catatan buku kerja luar c) Setelah siap semua cerapan di sepanjang satu panjang pita, ia ditarikkan lagi ke hadapan seperti sebelumnya dan proses yang sama diteruskan, pencerap mencatatkan setiap kali rantaian yang berterusan dari permulaan garis keratan. d) Alat aras mesti dipindahkan ke hadapan ke satu kedudukan yang lebih mudah selepas seketika dan pencerap akan memberi isyarat memerlukan satu titik pindah. Pemegang staf kemudianya akan memilih satu titik pindah yang stabil jika boleh di atas garisan, tetapi jika perlu di luar garisannya. Setelah mencerap pandangan hadapan, alat dipindahkan ke hadapan ke kedudukan lain yang sesuai, satu pandangan belakang diambil ke titik pindah, dan keseluruhan proses diteruskan seperti sebelumnya. Selepas itu, semakan di lapangan harus dibuat.semakan ini adalah untuk memastikan ukur aras yang dibuat adalah jitu. Jika berlakunya suatu kesilapan, kita dapat mengetahui di mana berlakunya kesilapan tersebut. Terdapat tiga cara untuk membuat proses semakan iaitu:- a) Dengan menutup kembali litar ukur aras ke tanda aras permulaan b) Dengan menutup kerja ukur aras ke tanda aras lain yang berhampiran yang diketahui aras titiknya. c) Dengan menggunakan dua titik pindah. Setelah cerapan di lapangan diambil dan disemak dan buku kerja luar dilaraskan, lukisan keratan boleh disediakan. Langkah-langkah seperti berikut boleh digunakan untuk memplotkan keratan memanjang:- a) Lukiskan satu garis datum yang dipilih untuk diplotkan lebih kurang 5 cm di bawah aras laras yang terendah sekali pada susuk dan merupakan pendarab 5 cm di atas datum. Garis datum ini mesti ditandakan dengan jelas. 8
  • 7. Bab 2 Pengarasan b) Menskalakan rantaian titik-titik di mana aras dicerapkan di sepanjang garis datum kepadaa satu skala yang sesuai dan dijadualkan. Skala mendatar ini mestilah juga dicatatkan di atas lukisan dan di dalam persembahan kerja biasanya dimasukkan satu skala grafik. c) Untuk membuatkan ketaksamaan tanah lebih nyata, skala tegak biasanya adalah lebih besar daripada skala mendatar (biasanya lebih kurang lima hingga sepuluh kali lebih besar daripada skala mendatar). Skala tegak mesti dicatatkan dalam persembahan kerja satu skala grafik dimasukkan. d) Setiap titik aras terlaras yang telah diplotkan disambungkan dengan garis yang berterusan. Garis ini tidak semestinya satu lengkung kerana aras diambil pada titik-titik perubahan cerun, maka cerun mestilah sekata di antara titik-titik ini. Seterusnya, aras cadangan juga diplotkan pada lukisan keratan yang sama selepas kerja-kerja pengiraan rekabentuk dibuat. Dari lukisan keratan ini, kita dapat memerhatikan bahawa kawasan mana perlu ditimbun dan kawasan mana yang perlu untuk dipotong. Secara umumnya, keratan memanjang akan membolehkan kita menentukan aras dan kecerunan yang paling sesuai dan ekonomi di mana tanah hendak dikerjakan dalam keratan memanjang, membekalkan maklumat pada sebarang titik di sepanjang keratan mengenai jumlah potongan iaitu dalam penggalian, atau jumlah timbunan. Selain itu, keratan memanjang juga merekodkan tempat di mana tiada pemotongan dan timbunan. Contoh jadual keratan memanjang PB PA PH TGK RL JARAK CATATAN 3.4 48 44.6 0 2.63 45.37 20 1.93 46.07 40 1.2 46.8 60 0.47 47.53 80 0.29 47.71 100 3.97 44.03 120 1.68 46.32 140 2.37 45.63 160 3 45 180 3.62 44.38 200 4.28 3.4 43.72 220 9
  • 8. Bab 2 Pengarasan 2.3 Keratan Rentas Sepertimana yang diketahui, keratan memanjang hanya akan memberikan maklumat-maklumat di sepanjang garis tengah suatu kawasan projek. Maklumat-maklumat di kedua-dua belah garis tengah itu tidak dapat diketahui dan kerja-kerja seperti pembinaan jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya tidak dapat dijalankan. Oleh yang demikian, maklumat-maklumat di kedua-dua belah garis tengah iaitu sebelah kiri dan sebelah kanan harus diperolehi bagi menjalankan projek pembinaan itu. Sebenarnya, keratan rentas ialah keratan yang diambil yang diambil di mana butiran di kedua belah garisan keratan memanjang dapat diperolehi dan ia diambil secara berserenjang (sudut tepat) dengan garis tengah keratan memanjang. Keratan rentas ini akan memberikan nilai-nilai ketinggian atau lebih disebut sebagai aras ketinggian di sepanjang kawasan keratan memanjang itu. Keratan rentas mesti dipanjangkan melebihi had pembinaan yang dicadangkan supaya bentuk penuh keseluruhan tanah yang dikerjakan diketahui. Oleh yang demikian, suatu lakaran 2-dimensi akan diperolehi setelah keratan rentas ini didapati. Kaedah yang digunakan untuk memperolehi keratan rentas adalah serupa dengan kaedah untuk memperolehi keratan memanjang. Dan kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan tiolodit sebab ia lebih menjimatkan masa. Pada mulanya tiolodit disetkan di pertengahan garis pancang yang telah diukur arasnya terdahulunya. Tinggi kolimatan ditentukan dengan mendapatkan ketinggian alatan tiolodit. Dengan menentukan arah di sepanjang garis tengah, satu sudut tepat dapat dihasilkan untuk keratan rentas. Dan rantaian garisan tengah dicatatkan supaya keratan rentas di sepanjang garisan tengah itu dapat diperolehi. Selepas itu, garis yang berserenjang dengan garisan tengah itu disetkan dengan sela yang sesuai, contohnya 5 m, 10 m, dan sebagainya dan pada setiap sela ini, ketinggian aras ditentukan dengan tiolodit dan staf. Dalam kes yang mana kawasan kajian itu mempunyai cerun yang curam, aras mesti diambil supaya bentuk bumi yang sebenar dapat diperolehi. Proses mengambil aras keratan rentas ini dijalankan sehingga akhirnya ditutup kepada titik lain yang diketahui aras terlarasnya Secara umumnya, keratan rentas akan memberikan maklumat-maklumat seperti:- • Maklumat untuk menghitung kedudukan, tinggi dan cerun sebarang tambakan. • Menentukan aras yang paling sesuai dan paling ekonomi di mana tanah • Menghitung kuantiti kerja tanah untuk tujuan kos dan peruntukan yang sesuai bagi logi kerja tanah. Contoh gambaran keratan rentas dan gambaran sebenar muka bumi. 10
  • 9. Bab 2 Pengarasan Parit Rajah 2.4 : Gambaran sebenar muka bumi Contoh keratan rentas Datum, 43.00m Permukaan asal KERATAN RENTAS 4 10 28 38 40 58 68 78 88 98 100 4781 4681 4662 4680 4662 4706 4681 4603 4614 4608 4635 Jarak dari sisi jalan Rajah 2.5 : Keratan rentas 2.4 Cara menentukan perbezaan aras di antara dua titik Untuk memperolehi perbezaan aras di antara dua titik, perlulah dibentuk suatu permukaan aras sama ada di sebelah atas atau di sebelah bawah kedua-dua titik dan diukur jarak pugak darinya kepada titik-titik ini. Perbezaan di antara ukuran-ukuran jarak pugak ini akan menghasilkan perbezaan dalam aras di antara titik-titik ini. 11
  • 10. Bab 2 Pengarasan 2.515 3.1470.632 Setaf Garis kolimat Alat aras Garis aras A B Rajah 2.4: Mengkur perbezaan antara dua titik Berdasarkan Rajah 2.4, adalah diketahui bahawa jarak pugak dari permukaan ufuk kepada titik ialah 0.632 meter dan jarak pugak dari permukaan yang sama turun ke titik B ialah 3.147 meter. Dengan itu, maka perbezaan dalam aras di antara kedua-dua titik ini ialah 3.147 - 0.632 = 2.515 meter. Perhatian: Adalah dianggapkan tidak mungkin bagi membentuk permukaan aras yang lengkung ini. Oleh sebab itu, permukaan ufuk digunakan pula sebagai gantinya. Permukaan ufuk diperoleh I dari garis pandangan teropong yang telah dilaraskan kepada kedudukan yang mendatar. Ini dapat dibuat dengan menggunakan sebuah alat ukur yang dikenali sebagai alat aras ukur. Perbezaan di antara permukaan aras dan permukaan ufuk boleh diabaikan bagai jarak-jarak pandangan yang lazim (normal) yang biasanya kurang daripada 100 meter. Perbezaan dalam ukuran tinggi di antara dua titik ialah jarak pugak di antara dua permukaan aras di mana titik-titik berkenaan ini berada. 2.5 Pengarasan Jitu Dan Kegunaannya 2.5.1 Pengenalan Pengarasan adalah proses mengukur beza tinggi di antara dua atau lebih titik. Pengarasan banyak kegunaannya dalam ukur kejuruteraan. Ia digunakan dalam semua peringkat projek pembinaan daripada ukur tapak binaan awalan sehingga pemancangan akhir. 2.5.2 Istilah-istilah pengarasan  Garis Aras Apabila melakukan pengarasan, ketinggian titik-titik di atas permukaan bumi ditentukan. Untuk mendapatkan ketepatan, ia mesti diasaskan kepada ketinggian rujukan yang sama. Ketinggian rujukan ini adalah garis aras atau permukaan aras. 12
  • 11. Bab 2 Pengarasan Ia ditakrifkan sebagai permukaan yang semua titik bersudut tepat terhadap arah graviti yang digambarkan oleh batu ladung yang tergantung. Oleh kerana permukaan bumi melengkung, maka permukaan aras juga melengkung.  Garis Mengufuk Garis mengufuk adalah garis yang mewujudkan sudut tepat dengan arah graviti pada titik yang tertentu dan dengan itu bertangen terhadap permukaan aras pada setiap titik yang dipilih. Perbezaan di antara garis mengufuk dan garis aras dipanggil kelengkungan.  Datum Dalam operasi pengaraan, garis aras dipilih supaya tinggi semua titik terhubung dengan yang dinamakan datum atau permukaan datum. Ia boleh jadi sebarang permukaan tetapi datum yang lazim digunakan adalah aras purata laut. Di Great Britain, aras purata laut diukur di Newlyn di Cornwall. Oleh sebab Ukur Ordnan Great Britain menggunakan datum ini, ianya di panggil Datum Ordnan. Sebarang ketinggian yang dirujukkan kepada Datum Ordnan disebut AOD (Atas Datum Ordnan). Semua ketinggian bertanda dalam peta OS dan pelan adalah AOD.  Aras Terlaras Ketinggian titik relatif dari datum yang dipilih disebut aras terlaras (RL)  Tanda aras Ini adalah tanda-tanda atau titik-titik rujukan tetap. Aras terlaras tanda-tanda ini telah ditentukan dengan jitu dengan kaedah ukur aras. Tanda-tanda aras Ordnan (OBM) adalah tanda-tanda yang telah ditetapkan oleh Ukur Ordnan di seluruh Great Britain dan berasaskan kepada Datum Ordnan. Tanda-tanda aras sementara atau terpindah (TBM) adalah tanda-tanda yang dibuat pada titik- titik yang mantap yang berhampiran dengan tapak binaan sebagai rujukan semua operasi pengarasan. 2.5.3 Alat-alat Alat-alat yang biasa digunakan dalam pengarasan:- i) Alat aras optik 13
  • 12. Bab 2 Pengarasan Rajah 2.6 2) Staff aras Rajah 2.7 3) Tripod Rajah 2.8 4) Rod aras 14
  • 13. Bab 2 Pengarasan Rajah 2.9 2.5.4 Sebab-sebab Ketidakjituan Pengarasan Dan Penyelesaian Terdapat banyak sebab mengapa pengarasan kurang jitu. Di sini dinyatakan sebab-sebab dan cara mengatasinya. i. Staf tidak tegak- Ambil bacaan tersudah staf bergoyang ke hadapan dan belakang. Seperti ditunjukkandalam Rajah 5 ii. Paralaks- Pastikan aras penglihatan bersudut tepat dengan staf. iii. Bacaan pada staf tidak jelas- hadkan jarak staf dari peralatan supaya tidak terlalu jauh. iv. Buih pada alat tidak dilaras- Pastikan buih dilaraskan. v. Staf tidak diunjurkan dengan penuh- Pastikan staf diunjurkan sepenuhnya. vi. Tanah tidak stabil- setkan alat pada tanah yang stabil dan kukuh. 2.5.5 Kaedah-kaedah Meningkatkan Kejituan Terdapat banyak kaedah untuk meningkatkan kejituan dan di antaranya ialah:- ‘Miscellaneous’ - mendirisiapkan tripod supaya kakinya teguh di dalam tanah dan tak bergoyang - menghadkan jarak penglihatan kepada 300 kali atau kurang - mengelakkan pengarasan semasa angin kencang atau cuaca terlalu panas ‘Shading the level’ - Pada hari yang panas, terikan matahari akan menyebabkan pengembangan yang tidak seimbang pada rod dan ini akan mengurangkan kejituan bacaan. - Sebagai contoh, jika salah satu hujung dari tiub berbuih menjadi lebih panas dari hujung yang satu lagi, buih itu akan bergerak ke hujung yang lebih panas. - Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan payung untuk melindungi peralatan dari sinaran matahari. ‘Precise leveling rod’ - Bagi pengarasan biasa, rod yang biasa digunakan sudah memadai. - Tetapi kejituan dapat ditingkatkan dengan menggunakan rod yang telah diubahsuai supaya meminimakan pengembangan dan penguncupan semasa perubahan cuaca yang ketara. ‘Double-rodded lines’ 15
  • 14. Bab 2 Pengarasan - Penggunaan dua rod dan dua set bacaan TP, BS, dan FS mungkin meningkatkan kejituan sedikit. Dua set nota disimpan dan titik pengarasan yang tidak jitu diambil puratanya. Setaf tidak tegak Bacaan terendah apabila setaf tegak Rajah 2.10 : Ralat ketika membaca staf 2.5.6 Kegunaan Pengarasan Jitu Pengarasan jitu dapat meningkatkan keselamatan pada sebarang projek pembinaan terutamanya projek memerlukan kejituan yang tinggi seperti pembinaan empangan. Pengarasan jitu dapat menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran yang mungkin berlaku jika pengarasan kurang jitu. Pengarasan jitu banyak kegunaanya dari membina dinding sehingga pembinaan projek perparitan atau bangunan dan jambatan besar. Perbincangan i. Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengarasan jitu. Selama ini, saya hanya mengetahui tentang asas pengarasan dan tidak berpeluang mengenalinya secara terperinci. ii. Melalui kajian ini juga, saya telah diperkenalkan dengan alat-alat yang terbaru yang digunakan dalam pengarasan jitu. iii. Cara-cara dan kaedah-kaedah pengarasan yang sebelum ini tidak diketahui telah dapat saya pelajari. iv. Dapat juga dipelajari kegunaan pengarasan jitu dan betapa pentingnya terhadap sesuatu projek pembinaan. 16

×