DEFINISI MEMBACAMembaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksiantara pembaca dan makluma...
pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembacamemahami teks dengan lebih berkesan.2. Teori...
Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantangkepada rakan dalam kumpulan tersebut dan ber...
Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah,konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru mem...
Masalah emosiKelewatan pertumbuhanKurang pendengaranPertumbuhan kerongkong tidak lengkapSumbingKecederaan otak/ sebahagian...
ii. Bahan yang menarik minat pelajar.i. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.Guru perlu mengambil perhatian terha...
Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:i. IntertekstualitiPendekatan ini telah dibincangkan dan d...
ii. Pendekatan Membaca AsasPendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasimembaca yang pelbag...
Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaranyang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Definisi membaca

4,671

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,671
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
130
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Definisi membaca

  1. 1. DEFINISI MEMBACAMembaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksiantara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai prosesmembina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca (Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi maknamerupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain.Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripadapengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahanyang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandungpada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yangterdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhanbahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksudberdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksudmembuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses menekatersebut.TEORI MEMBACA1. Teori Membaca secara automatikLa Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggapwujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.Antara lain, teori ini juga mengatakan bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifatautomatik dan proses kawalan ketika berlakunya pembacaan. Sub komponen dalamkemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataandikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagimembantu menguasai kemahiran asas membaca.Selain itu, model ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiranpemahaman membaca teks secara automatik secara dengan latihan yang dijalankan.Pembaca yang mempunyai kemahiran membaca automatik lebih berupaya mengawal teksserta mempunyai lebih sumber dan akan mudah memahami pembacaan. Oleh itu,
  2. 2. pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembacamemahami teks dengan lebih berkesan.2. Teori kecekapan VerbalTeori ini diperkenalkan oleh Perfetti ( 1985, 1988 ). Teori ini menekankan kemahiranmembaca dengan meluaskan dengan memperluaskan proses pentafsiran kod. Selaindaripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek resolusi anafora, membuatkenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan danstrategi meta kognitif yang digunakan juga terlibat dalam penguasaan bahasa.Menurut teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuanmenguasai kecekapan verbal. Pembaca yang mempunyai efisien yang tinggi dalamkecekapan verbal mempunyai perhatian yang banyak dan sumber ingatan bagi rujukan.Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubungdengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yangsudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yangterhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akanmenyukarkan pembaca memahami kandungan teks.BELAJAR MEMBACATerdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajarmembaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedahberdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :1) Membaca bebasPelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulanbahan yang disediakan oleh guruKaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah inidigunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelummembaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membacabuku tersebut.2) Membaca secara berkoperatifMenggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
  3. 3. Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantangkepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untukmembincangkan apa yang telah mereka bacaBerikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankanaktiviti membaca secara berkoperatif:i) Meninjau dan menaakulii) Membaca lantang dan senyapiii) Meringkas dan bertindak balas3) Membaca dengan panduan guruKaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajarmelakukan pembacaan senyap dan seterusnya bertanya soalan atau membantumereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telahdibacaKaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membinamakna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupunkemampuan pelajar yang rendah.Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapatmemberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan danmengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit4) Berkongsi membacaBerdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajakkanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersediaKanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan,drama, perbincangan dan sebagainyaKaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadimodel kepada pelajar yang kurang mahir membaca5) Membaca lantangMembaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersamaDapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenarGuru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awalbacaan
  4. 4. Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah,konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang,pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.MASALAH DALAM MEMBACAAPAKAH YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA ?Faktor fizikal1) PENGLIHATANSimptom/ tanda yang menyebabkan ketidakupayaan membaca:JulingRabun dekatRabun jauhAstigmatismAmblyopiks2) PERSEPSI PENGLIHATANBerikut merupakan symptom pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yangbercelaru:Perkara kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna.Contoh: musik menjadi msukiHuruf atau perkataan menjadi terbalik. Contoh: huruf b menjadi dJika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenalpasti huruf yang sebenarSatu perkataan kelihatan seperti imej cerminPelajar tidak dapat membezakan suku kata3) PENDENGARAN ( AUDITORI)Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalahdalam belajar membaca. Antara masalah pendengaran yang biasanya berlaku ialah:Masalah membezakan bunyi vocal dan konsonanKerencatan pendengaran sementara- boleh dirawat dengan rawatan biasaseperti pembersihan lubang telinga/ antibioticKerencatan kekal- perlu rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang ataurawatan kekal.4) PERTUTURANMasalah perturan:Kecelaruan bunyi bahasaNada yang tidak menentuPertuturan spastikPunca:
  5. 5. Masalah emosiKelewatan pertumbuhanKurang pendengaranPertumbuhan kerongkong tidak lengkapSumbingKecederaan otak/ sebahagian otakFaktor Neurologikal (berkaitan sistem saraf manusia)1) KEROSAKAN OTAKPunca:KecedaraanPenyakitKesan bahan toksik pada otakSemulajadi sejak lahir2) NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSIBahagian otak tidak dapat berkembang sepenuhnyaBahagian otak tertutup sebahagiannya sejak dilahirkanHyperlexia – seorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal3) FAKTOR KETURUNANKembar seirasLatar belakang keluarga yang tidak tahu membacaPengaruh persekitaran dalam keluarga4) FAKTOR EMOSITekananRasa rendah diriKecewaMalasGangguan emosi5) FAKTOR SOSIOEKONOMIStatus sosioekonomi yang rendah menyebabkan kanak-kanak mempunyaipencapaian dalam membaca yang rendahKeturunan kaum dan perbezaan budayaPemilihan bahan bacaanTerdapat dua jenis bahan bacaan yang boleh dipilih oleh pelajar, antaranya:i. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
  6. 6. ii. Bahan yang menarik minat pelajar.i. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiapbahan tersebut agar dapat menarik minat pelajar dan perlu memberi panduan terhadappemilihan bahan bacaan pelajar. Hal ini kerana, kadang-kala bahan yang dipilih olehpelajar telah terlalu lama digunakan dan mungkin tidak lagi terdapat di pasaran sertakalau ada pun mungkin sudah tidak sesuai dengan perkembangan pelajar pada masa kini.Manakala bagi pelajar di tahap satu pula, bahan yang menggunakan ayat yang berulang-ulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf bercetakseperti dalam buku cerita.Bahan bag kanak-kanak pula, memerlukan banyak penggunaan perkataan yang beriramasupaya mudah dibaca.Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, hari bulan, dan namabulan juga akan dapat membantu pelajar.ii. Bahan yang menarik minat pelajarPeringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkanilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Bahan yang mempunyai ilustrasi yangmenarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkandaya imaginasi pelajar yang membacanya.Pada peringkat menengah, bahan dapat menarik minat pelajar pula merupakan bahanyang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan yangberkualiti, sebagai contoh bahan kesusasteraan perlulah mempunyai susunan cerita yangrapi, watak yang pelbagai dan sebagainya.Guru juga berperanan dalam memilih atau menapis apakah bahan yang bolehdibincangkan di dalam kelas dan pelajar juga akan memilih bahan yang mereka gemarberdasarkan kemampuan dan minat mereka.Pendekatan dalam pengajaran membaca.
  7. 7. Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:i. IntertekstualitiPendekatan ini telah dibincangkan dan digunakan dalam mengatur strategi bagimembantu pembaca memahami bahan bacaannya. Definisi yang dikemukakan oleh ahliteori dan kritikan kesusasteraan seperti Kristeva(1969), Derrida (1972) dan Hartman(1995), terhadap perkataan intertekstualiti adalah mudah tetapi memerlukan penghuraianyang kompleks bagi menjelaskan maksud yang lengkap. Intertekstualiti ini terbahagikepada tiga iaitu:a) Endogenous utamaPembaca akan mencari petanda yang dapat membantu mereka memahami teksdengan lebih mudah. Rujukan boleh dibuat secara songsang iaitu merujuk padabahagian tengah atau akhir teks bagi memahami maksud teks yang masih samarpada bahagian awalnya.b) Endogenous keduaRujukan antara bahan dalam mata pelajaran lain atau jenis bahan bacaan lainseperti akhbar, majalah internet dan sebagainya merupakan sumber untukmelakukan proses intertekstualiti ini. Pelajar juga kerap dilatih untuk merujukbahan berkaitan bagi mendapatkan kepastian terhadap maksud teks sedangdibacanya, mendapatkan maklumat tambahan bagi menjelaskan, mencirikan dansebagainya dalam proses membaca.c) EksogeniusTugas melakukan interstualiti tidak sukar tapi amat berat jika tidak mendapatlatihan yang kerap. Latihan juga harus dilakukan secara sedar iaitu mereka fahambahawa mereka sedang melakukan sesuatu proses daripada kategori interksetualitiyang dinyatakan. Kecekapan seseorang pelajar melakukan proses tersebut secarasedar akan menambah keupayaannya untuk memahami bahan bacaan dan dapatmenggunakan bahan serta dapat menggunakan bahan lebih berkesan. Latihanyang kerap juga menjadikan para pelajar lebih cekap dan mahir untuk membuatintertekstualiti.
  8. 8. ii. Pendekatan Membaca AsasPendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasimembaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat danbimbingan.Penambahan perkara yang pernah diajar dalam pengajaran membaca akan dapatmembantu pelajar menguasai kemahiran membaca.Pendekatan ini memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata keranaguru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yangdimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa.Prinsip pendekatan membaca asas:1. Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran.2. Pengajaran perkembangan kemahiran3. Membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi,persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secarasenyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan.iii. Pendekatan membaca individuPendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam bacaan individu.Pendekatan ini juga mementingkan pemilihan bacaan oleh pelajar yang dapat dikaitkandengan minat, keperluan dan keupayaan untuk membaca.Antara tujuan pendekatan ini adalah:1. Dapat menarik minat pelajar dan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktivitiyang bernilai dalam kehidupan.2. Mengembangkan kemahiran membaca yang luas dengan memilih kata yangmudah.3. Menambahkan keupayaan pelajar dalam memahami dan menilai keupayaanmembaca.iv. Pendekatan Teknologikal
  9. 9. Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaranyang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Selain itu,pendekatan ini juga dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti tentangkebenarannya.Objektif dalam sistem membaca:1. Program berdasarkan kriteria2. Membaca berdasarkan kecekapan3. Sistem pengurusan kemahiran4. Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.

×