Topik X Gimrama        7        HASIL PEMBELAJARAN   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:   1.    Menyatakan ciri-ci...
176 X     TOPIK 7   GIMRAMApergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyaiperkaitan yang rapat anta...
TOPIK 7   GIMRAMA   W   177iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan diSwitzerland dan Jerman...
178 X         TOPIK 7   GIMRAMABiasanya para gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri sebab merekaakan merasa selesa ...
TOPIK 7   GIMRAMA   W   179                          Rajah 7.5: Ukuran panjang tali7.2.2     GelungGelung yang digunakan o...
180 X        TOPIK 7   GIMRAMA         Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas7.2.3      ...
TOPIK 7   GIMRAMA       W   181   Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah mengikut spesifikasi serta          ...
182 X     TOPIK 7   GIMRAMA     Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang         memerlukan...
TOPIK 7       GIMRAMA    W    183Spesifikasi RebenJadual 7.4 menerangkan spesifikasi reben.                              J...
184 X      TOPIK 7    GIMRAMASpesifikasi Kayu Penyangkut RebenJadual 7.5 menerangkan spesifikasi kayu penyangkut reben.   ...
TOPIK 7   GIMRAMA   W   185kelab, peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan bolehmembenarkan pakaian baj...
186 X     TOPIK 7   GIMRAMA 7.3      TEMPAT LATIHANTempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di da...
TOPIK 7   GIMRAMA      W    187Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga.Permukaan lantai mestil...
188 X        TOPIK 7   GIMRAMAPada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikutiundang-undang FIG terd...
TOPIK 7   GIMRAMA    W   189      (iii) Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan            empat lati...
190 X        TOPIK 7   GIMRAMA(b)   Teknik Alatan      Penekanan terhadap kemahiran menggunakan alatan. Terdapat pelbagai ...
TOPIK 7   GIMRAMA     W     191         SEMAK KENDIRI 7.1    1.    Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pert...
192 X          TOPIK 7   GIMRAMAx     Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila      ditegakkan ...
TOPIK 7   GIMRAMA     W   193Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.     Champaign, IL: Hu...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Topik 7 gimrama

8,056

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
8,056
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
247
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Topik 7 gimrama

  1. 1. Topik X Gimrama 7 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan ciri-ciri sejarah gimrama; 2. Mengkategorikan jenis pertandingan dalam gimrama; dan 3. Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingan gimrama.X PENGENALANGimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangatistimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin populardalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiranyang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik di sampingdaya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatuprogram kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan sertakaum wanita pada semua peringkat umur. 7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGANGimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telahdiiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa(FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan ataslantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan sama adamenggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan. Pergerakangimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secaralicin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupaipergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri
  2. 2. 176 X TOPIK 7 GIMRAMApergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyaiperkaitan yang rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan,penggunaan peralatan dan irama muzik (lihat Rajah 7.1 dan Rajah 7.2). Rajah 7.1: Pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tanganPergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yanglalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakangimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yangpiawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swiss,
  3. 3. TOPIK 7 GIMRAMA W 177iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan diSwitzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan pergerakangimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jermanyang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881ă1970) dan Hernrich Medau (1890ă1974) telah memulakan sekolah gimramamereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan antara aktivititarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatanbola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama.Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktirafgimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan diperingkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah KejohananGimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap persatuan dengandipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingandi peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (EuropeanChampionship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship)telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah dipertandingkan buatpertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMADalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnasbiasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktirafoleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelungdan belantan (lihat Rajah 7.3). Namun, bagi pertunjukan atau persembahangimnastik, peralatan-peralatan lain seperti skaf, bendera atau kayu bolehdigunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalahmengikut pilihan. Rajah 7.3: Peralatan yang digunakan dalam sukan gimrama
  4. 4. 178 X TOPIK 7 GIMRAMABiasanya para gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri sebab merekaakan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga sesuaidengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat.7.2.1 TaliTali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendakigunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang digunakan olehkebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3 mdan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas (Rujuk Rajah 7.4).Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 mpanjang dan tebal 6mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekatsepanjang 10 sm tetapi tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang padahujung tali.Spesifikasi TaliJadual 7.1 menerangkan spesifikasi tali. Jadual 7.1: Spesifikasi TaliSpesifikasi PeneranganBahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali diukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali diangkat ke aras ketiak gimnas.Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Rajah 7.4: Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas diperbuat daripada hem atau sintetik
  5. 5. TOPIK 7 GIMRAMA W 179 Rajah 7.5: Ukuran panjang tali7.2.2 GelungGelung yang digunakan oleh gimnas boleh didapati di kedai sukan atau di kedaipermainan. Ia dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa. Tinggi gelung yangsesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas.Terdapat juga gimnas yang membalut gelung dengan pita pelekat berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung sertamenambahkan berat gelung dan menjadikannya lebih menarik. Rajah 7.5: Gelung berpita
  6. 6. 180 X TOPIK 7 GIMRAMA Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas7.2.3 BolaBola adalah salah satu disiplin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakanuntuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikutspesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namundemikian, sekiranya bola tersebut tidak dapat disediakan bola sepak, bola jaringatau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas sepertimelantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak, saiz bola yanglebih kecil boleh digunakan.Spesifikasi BolaJadual 7.2 di bawah menerangkan spesifikasi bola yang digunakan untukgimrama. Jadual 7.2: Spesifikasi Bola Spesifikasi Penerangan Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan Garis pusat 18ă20 sm Berat 400 g minimum Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas
  7. 7. TOPIK 7 GIMRAMA W 181 Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa7.2.4 BelantanBelantan boleh didapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk.Dalam gimrama, acara belantan dianggap sebagai acara yang memerlukankemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanyadikuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.Spesfikasi BelantanJadual 7.3 menerangkan spesifikasi belantan. Jadual 7.3: Spesifikasi Belantan Spesifikasi PeneranganBahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.Panjang 40ă50 smBerat 150 g minimum bagi satu belantanBentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ó sm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3sm.Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
  8. 8. 182 X TOPIK 7 GIMRAMA Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak7.2.5 RebenKebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan ia cepattersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yangpaling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kainreben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corakreben yang baik dan juga senang untuk dibaling.Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yangberukuran 6m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya4 hingga 5 m. Reben tersebut disangkut pada bahagian hujung dengan kayu.
  9. 9. TOPIK 7 GIMRAMA W 183Spesifikasi RebenJadual 7.4 menerangkan spesifikasi reben. Jadual 7.4: Spesifikasi RebenSpesifikasi PeneranganBahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.Lebar 4ă6 smPanjang Jumlah panjang sebenar ialah 7 m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 smBerat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Rajah 7.9: Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera
  10. 10. 184 X TOPIK 7 GIMRAMASpesifikasi Kayu Penyangkut RebenJadual 7.5 menerangkan spesifikasi kayu penyangkut reben. Jadual 7.4: Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben Spesifikasi PeneranganBahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 sm maksimum boleh dibalut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik.Bentuk Bulat atau berbentuk kon.Garis pusat 1 sm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.Panjang 50ă60 sm termasuk cincin penyangkut.Dawai Penyangkut Panjangnya 7 sm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail. Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau „fibre glass‰7.2.6 PakaianDalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuaiuntuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek denganbaju T atau leotard dengan atau tanpa seluar ketat (tights). Sementara dalamperingkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakaileotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung padajenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau
  11. 11. TOPIK 7 GIMRAMA W 185kelab, peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan bolehmembenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandinganperingkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tightsdibenarkan. Rajah 7.11: Contoh pakaian yang dipakai oleh gimnasMengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandinganmestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Bukaan di bahagian leherdepan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas sehingga menjolok mata.Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkanbahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapipakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kainleotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak.Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan.Ramai antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walaubagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia bolehmemakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuatdaripada kulit atau kain. Rajah 7.12: Contoh kasut yang dipakai oleh gimnas
  12. 12. 186 X TOPIK 7 GIMRAMA 7.3 TEMPAT LATIHANTempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalamdewan tertutup (lihat Rajah 7.13). Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidakmempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu,dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempatyang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukantetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadilebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi. Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas
  13. 13. TOPIK 7 GIMRAMA W 187Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga.Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembutadalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama(lihat Rajah 7.14). Ramai antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewandengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan.Namun kadangkala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan sepertigulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklahberukuran 12 m u 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidakdiwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana tempat yang sesuai. Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama 7.4 UNDANG-UNDANG AMBentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenisdan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa,pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknikseperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yangdisediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Buku ini adalahpenting dan sangat berguna, bukan sahaja kepada para hakim dan pegawaipertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini,teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markahdiberikan. Setiap empat tahun sekali, buku undang-undang gimrama biasanyadikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat jugaperubahan dan pemindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. PertandinganGimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti SukanSEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan GimnastikAntarabangsa (FIG).
  14. 14. 188 X TOPIK 7 GIMRAMAPada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikutiundang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama:(a) Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu.(b) Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan menggunakan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan.Latihan Sukarela IndividuTerdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:(a) Pertandingan I ă Acara Berpasukan (i) Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas. (ii) Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, iaitu dua latihan bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben. (iii) Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu, setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan. (iv) Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperoleh daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100). (v) Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III.(b) Pertandingan II ă Acara Individu Keseluruhan (i) Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini. Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap gimnas. (ii) Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dari setiap pasukan.
  15. 15. TOPIK 7 GIMRAMA W 189 (iii) Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). (iv) Untuk menentukan johan individu keseluruhan, jumlah mata yang diperoleh daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).(c) Pertandingan III ă Pusingan Akhir untuk Setiap Peralatan (i) Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan. (ii) Peserta yang memperoleh mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10). 7.5 PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GIMRAMAGimrama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untukmenghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi dan estetik.Pergerakan tersebut dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan, tanpaatau dengan alatan dan secara licin atau berterusan. Gimnastik diajar melaluitujuh jenis pergerakan tubuh badan seperti imbangan, melentik, meringkuk danmelunjur, gerak edar, pusingan badan, lompatan dan ketangkasan. Tujuanpergerakan tersebut ialah untuk meningkatkan kelenturan, ketangkasan,imbangan, kelajuan, koordinasi, kuasa dan kekuatan.Terdapat beberapa pertimbangan penting yang dijadikan sebagai prinsip dalampengajaran dan pembelajaran gimrama iaitu:(a) Pergerakan Tubuh Badan Penekanan harus diberi terhadap kepentingan menyedari tentang wujudnya perkaitan antara tubuh badan dengan ruang dan daya semasa melakukan pergerakan. Bahagian-bahagian tubuh badan dan keseluruhan tubuh badan digunakan bagi menghasilkan sesuatu pergerakan dengan menggunakan teknik yang betul. Penekanan juga harus diberikan terhadap penghasilan pergerakan yang cantik.
  16. 16. 190 X TOPIK 7 GIMRAMA(b) Teknik Alatan Penekanan terhadap kemahiran menggunakan alatan. Terdapat pelbagai alatan yang digunakan dalam gimrama yang berbeza dari segi sifat dan bentuknya seperti: (i) Alatan bulat dan padu (ii) Alatan bulat dan leper (iii) Alatan lembut dan berombak (iv) Alatan panjang, langsing dan lembut (v) Alatan keras dan padu Bentuk dan jenis alatan menentukan cara bagaimana untuk memanipulasinya. Teknik yang betul akan menghasilkan manipulasi alatan yang terkawal.(c) Kesedaran Hubungan antara Alatan dengan Pergerakan Tubuh Badan Guru harus menggalakkan penggunaan alat dalam lakuan yang bersesuaian mengikut ritma atau irama.(d) Kesedaran Terhadap Ritma Pelajar perlu peka terhadap pelbagai jenis ritma dan irama.(e) Rangkaian Pergerakan Rangkaian pergerakan harus dilakukan dalam ruang, manakala pergerakan tubuh badan dan manipulasi alatan harus dilakukan mengikut ritma dan irama. Bagi mereka cipta satu rangkaian pergerakan, rangkaian yang dihasilkan haruslah licin dan berterusan; alatan digunakan dalam pelbagai cara dan disesuaikan dengan pergerakan tubuh badan; pergerakan berkoordinasi dengan alatan dan mengikut perubahan rentak irama; dan perlu menunjukkan variasi masa dan ruang bagi menggambarkan kreativiti pelaku.(f) Kepentingan Faktor Kecergasan Diri Kemahiran asas gimrama secara tidak langsung dapat membina ketangkasan, kelenturan, imbangan, koordinasi, kecekapan dan kelajuan.(g) Fahaman Terhadap Pusat Graviti Pusat graviti ada kaitannya dengan kedudukan badan, imbangan dan putaran. Oleh yang demikian, fahaman terhadap konsep pusat graviti dalam gimrama adalah sangat penting.
  17. 17. TOPIK 7 GIMRAMA W 191 SEMAK KENDIRI 7.1 1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama. 2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama.x Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik dan telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).x Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan.x Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.x Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri.x Pertandingan gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963.x Sementara itu, sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.x Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas.x Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan.x Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan ia berukuran sepanjang 3 m dengan ketebalan 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.x Gelung yang digunakan oleh gimnas dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa.
  18. 18. 192 X TOPIK 7 GIMRAMAx Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas.x Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).x Dalam gimrama, penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak.x Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera.x Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.x Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.x Dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja.x Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Belantan Pertandingan I Bola Pertandingan II Gelung Pertandingan III Gelung berpita Plastik Gimnas Reben Gimnastik berirama moden Rotan Hem atau sintetik Satin Kayu biasa Sukan Olimpik Kejohanan Dunia Sutera Nilon yang berat Tali
  19. 19. TOPIK 7 GIMRAMA W 193Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills. Champaign, IL: Human Kinetics.Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL: Human Kinetics.Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Lo, J. S. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

×