NUR ATIKA BINTI HUSSAIN    D20081032213
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHBahasa             TAJUK : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA1. Apakah masalah tersebut?Bahasa...
2. Mengapa wujudnya masalah itu?Masalah pemilihan bahasa ibunda berlaku di Malaysia adalah kerana Malaysia merupakanNegara...
MASALAH : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA    Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis sekolah yang mewakili setiap kaum   KELEBIHAN...
Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mewakili setiap kaum.   KELEBIHAN                                      ...
Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis                  Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolahsekolah yang mewakili setiap kaum.  ...
ANIS HAYATI BINTI  KAMARUDDIN D20081032222
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHTajuk : Bahasa Dalam PengajaranIsu     : Kurangnya Penggunaan Information and Communication ...
Mengapa masalah tersebut berlaku?Guru didapati kurang menerapkan elemen ICT dalam pengajaran kerana kebanyakan perisianpen...
Masalah :       Kurangnya Penggunaan Information and Communication Technology (ICT)                       dalam proses Pen...
Langkah 2 :Memperbanyakkan pembangunan perisian                        pendidikan versi Bahasa Melayu          Kelebihan :...
Langkah 3 :Buku Rekod Mengajar guru disemak         Kelebihan :                                Kelemahan :Memastikan guru ...
Langkah 1 :              Langkah 2 :             Langkah 3 :  Mengadakan           Memperbanyakkan             Buku Rekod ...
NOR AZWANI BINTI   MOHAMMED D20081032224
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH              TAJUK : PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN1.   Apakah masalah tersebut?Masal...
menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaikikelemahan dalambidang ini (New Straits Times,7 M...
MASALAH :PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN    Langkah 1 :Melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia             M...
Langkah 2 :Memurnikan Hari bahasa Inggeris (English Day)                                     di sekolah       KELEBIHAN   ...
Langkah 1 :                                 Langkah 2 :    Melaksanakan Dasar                     Memurnikan Hari bahasa I...
NURUL NADIA BINTI ALI   D20081032226
Kemahiran Penyelesaian Masalah                           Tajuk: Bahasa dalam PengajaranApakah masalah yang dihadapi?Masala...
menurut Cheong, penggunaan dua bahasa untuk mengajar subjek yang sama mudahmenyebabkan pelajar merasa bosan, keliru dan se...
Langkah Penyelesaian                                       2             Membuat tapisan terhadap media massa dan memanfaa...
Apakah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut?Setelah dibuat pertimbangan, penyelesaian terbaik yang harus dilakukan d...
NUR HAZLIN BINTI  KAMARUDDIN D20081032222
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHTajuk : Bahasa Dalam PengajaranIsu    : Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Mat...
Mengapa masalah tersebut berlaku?Masalah-masalah ini wujud adalah disebabkan oleh bahasa ilmu Sains dan Matematik itu send...
Masalah :Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Matematik Dengan Jelas                        Langkah 1 :Menyedi...
Langkah 2 :Menempatkan guru Sains dan Matematik                          mengajar mengikut opsyen         Kelebihan :Ilmu ...
Langkah 1 :                Langkah 2 :    Menyediakan sumber           Menempatkan guru    rujukan dalam Bahasa        Sai...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Skillful Problem Solving

1,568 views
1,485 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,568
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
36
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Skillful Problem Solving

  1. 1. NUR ATIKA BINTI HUSSAIN D20081032213
  2. 2. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHBahasa TAJUK : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA1. Apakah masalah tersebut?Bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalamlingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dansebagainya). Manakala bahasa ibunda pula bermaksud bahasa sendiri yang dipakai sejakkecil.Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum, di mana setiapkaum mempunyai bahasa yang tersendiri.Oleh demikian, adalah menjadi satu masalah utamauntuk memilih dan menyelaraskan bahasa yang perlu digunakan di sekolah.
  3. 3. 2. Mengapa wujudnya masalah itu?Masalah pemilihan bahasa ibunda berlaku di Malaysia adalah kerana Malaysia merupakanNegara majmok yang terdapat berbilang kaum.Antara kaum majoriti yang terdapat diMalaysia termasuklah kaum Melayu kaum Cina dan kaum India.Oleh yang demikian, NegaraMalaysia tidak boleh memilih satu bahasa ibunda yang khusus. Namun demikian, bukansahaja Negara Malaysia yang mempunyai masalah ini malah melalui satu jurnal yang ditulisoleh Charles Owu-Ewie daripada Ohio University menyatakan bahawa Negara di Afrika jugamengalami masalah yang sama dengan Negara Malaysia. Petikan daripada jurnal tersebutberbunyi : “Education and language issues are very complex in Africa because of the multi-ethnic and multi-lingual situation. There is always controversy over which language to use in school especially at the lower primary level in multi-lingual societies.”(Charles Owu-Ewie, Ohio University.)Daripada petikan tersebut jelaslah bahawa pemilihan bahasa memainkan peranan yangpenting dan merupakan masalah utama kepada Negara.
  4. 4. MASALAH : KEKELIRUAN MEMILIH BAHASA IBUNDA Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis sekolah yang mewakili setiap kaum KELEBIHAN KELEMAHANProses P&P akan menjadi Perpaduan antara kaumlebih berkesan kerana tidak akan tercapai keranamurid belajar dengan murid tidak didedahkanmenggunakan bahasa untuk berinteraksi denganibunda mereka sendiri. kaum yang lain.Tiada pertelingkahanuntuk memilih bahasayang perlu digunakan didalam kelas. P&P menjadilebih lancar
  5. 5. Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mewakili setiap kaum. KELEBIHAN KELEMAHANPerpaduan antara kaum Murid bukan Melayuakan tercapai secara tidak lebih sukar untuklansung di dalam kelas memahami bahasa yangkerana murid akan diajar di dalam kelas iaituterinteraksi dalam Bahasa Melayumelakukan aktiviti atau berbanding bahasa ibundakerja sekolah. mereka sendiri.Dapat menyeragamkan Murid Cina dan Indiabahasa yang digunakan di akan berasa tergugatdalam kelas terutamanya kerana bahasa ibundabagi subjek Matematik mereka tidak digunakandan Sains iaitu bahasa kerana guruMelayu. menggunakan Bahasa Melayu.
  6. 6. Langkah 1 : Menubuhkan 3 jenis Langkah 2 : Menubuhkan 1 jenis sekolahsekolah yang mewakili setiap kaum. sahaja yang mewakili setiap kaum. PENYELESAIAN TERBAIK Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu pemilihan bahasa ibunda ini adalah dengan menubuhkan 1 jenis sekolah sahaja yang mengandungi semua kaum. Murid-murid yang bukan Melayu perlu dimasukkan ke dalam kelas peralihan bahasa dahulu agar mereka lebih memahami Bahasa Melayu seterusnya akan melancarkan lagi proses P&P di dalam kelas. Murid Cina dan India dibenarkan untuk menutur bahasa ibunda mereka dengan rakan sesama agama dengan mereka namun Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar yang utama di sekolah.
  7. 7. ANIS HAYATI BINTI KAMARUDDIN D20081032222
  8. 8. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHTajuk : Bahasa Dalam PengajaranIsu : Kurangnya Penggunaan Information and Communication Technology (ICT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Apakah masalah yang wujud?Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda menyebabkan timbulnya isu mengenaikurangnya penggunaan ICT dalam pengajaran guru. Majoriti guru masih menggunakan kaedahpengajaran tradisional dan kurang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untukmenarik minat dan tidak mampu merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakanpengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, dia akan menggunakan segalapengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atauuniversiti. Maka dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasasebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan“duplicating of experience” akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasidalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah (Lailinanita Ahamad, 2008). Kebanyakanguru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkanpengajaran itu sendiri.
  9. 9. Mengapa masalah tersebut berlaku?Guru didapati kurang menerapkan elemen ICT dalam pengajaran kerana kebanyakan perisianpendidikan yang tersedia adalah dalam versi bahasa Inggeris dan tidak mengikut silibuskurikulum pendidikan di negara ini. Seperti yang telah sedia maklum, teknologi penciptaankomputer berakar umbi di barat, jadi medium yang digunakan ialah bahasa Inggeris.Hal inimenyebabkan guru kurang memahami arahan, isi kandungan dan pelajaran yang terkandung didalam perisian terutama bagi mereka yang lemah di dalam bahasa Inggeris.Selain itu, laman-laman web berkaitan pendidikan bercambah dengan cepat dan terdapat sebahagian daripadanyasesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajaran dalam bilik darjah.Namun begitu,bahan-bahan yang tersedia dalam internet melalui laman web tidak banyak yang dihasilkandalam versi bahasa Melayu.Hal ini menyebabkan tidak ramai guru yang memanfaatkan internetsebagai satu alternatif untuk membantu memantapkan pengajaran dan pembelajaran disebabkankekangan bahasa yang wujud. Di samping itu, kebanyakan guru kurang menerapkan unsur ICT dalam proses pengajarandan pembelajaran kerana kekangan masa. Dalam menyediakan kaedah pembelajaranberbantukan perisian multimedia, guru memerlukan masa yang banyak untuk memilih perisianyang sesuai dengan tajuk yang akan diajar dan perlu menempah makmal komputer, sedangkanguru perlu mengejar masa untuk menghabiskan silibus. Kebanyakan guru hanya bermatlamat kearah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Mereka hanyamenekankan untuk mencapai hasil pembelajaran dan tidak mementingkan proses pembelajaran.Lebih malang lagi, terdapat guru yang bukan sahaja tidak berusaha menerapkan unsur ICT dalamproses pengajaran dan pembelajaran, malah mengambil mudah dengan hanya membuat ramalansoalan peperiksaan.
  10. 10. Masalah : Kurangnya Penggunaan Information and Communication Technology (ICT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Langkah 1 : Mengadakan pemantauan dan penyeliaan dalam proses P&P Kelebihan :Guru akan sentiasa bersedia denganpelbagai kaedah dan strategipengajaran dan tidak hanya terikatpada kaedah chalk and talk sahaja. Kelemahan :Pemantau dapat memberi maklum Kekangan masa menyebabkanbalas kepada guru tentang kelebihan pemantau tidak dapat melaksanakandan kelemahan pengajaran guru serta pemantauan secara berterusan sepertimembuat syor dan cadangan untuk yang diharapkan.menambahbaik amalan pengajaran.Sekiranya guru kurang menggunakanpendekatan ICT dalam pengajaran,pemantau dapat membimbing secaratelus dan menyarankan guru agarmenerapkan eleman ICT dalampengajaran contohnya denganmenggunakan teaching courseware.
  11. 11. Langkah 2 :Memperbanyakkan pembangunan perisian pendidikan versi Bahasa Melayu Kelebihan : Kelemahan :Perisian-perisian ini dapat membantu Kos yang tinggi diperlukan untukguru menyampaikan isi pelajaran menyediakan kelengkapandengan lebih efektif memandangkan penghasilan perisian seperti hardwareperisisan multimedia mengetengahkan dan software yang tulen danelemen seperti grafik, audio, video dan berkualiti. Bahan-bahan media yanganimasi yang dapat memberikan digunakan dalam perisian sepertikefahaman yang jelas kepada pelajar audio, visual dan video adakalanyatentang sesuatu topik yang dipelajari. terdapat hak cipta untuk mendapatkannya, justeru itu wang yang banyak diperlukan untukMudah dan mesra pengguna di mana mendapatkan media yang tulen.guru dapat memahami dan mengikutidengan mudah program yang telah Kekurangan kepakaran terlatih dandirancangkan dalam perisian iaitu berpengalaman terhadap penggunaandengan hanya menekan butang- perisian pembangunan multimediabutang operasi mengikut topik atan yang diperlukan dalam prosesbahagian yang hendak diajar. menghasilkan media yang sesuai dan menarik. Masa yang lama diperlukan untuk menghasilkan perisian pendidikan yang bermutu dan berkualiti tinggi. Jika masa terhad diberikan, pembangun perisian mungkin tidak dapat menghasilkan perisian yang baik.
  12. 12. Langkah 3 :Buku Rekod Mengajar guru disemak Kelebihan : Kelemahan :Memastikan guru mempelbagaikan Guru didapati tidak telus dalamkaedah pengajaran dan tidak hanya menyediakan rancangan pengajaranterikat dengan kaedah chalk and talk harian iaitu kebanyakan guru tidakdalam pengajarannya. melaksanakan aktiviti P&P sebagaimana yang ditulis dalam bukuPentadbir sekolah dapat menilai dan rekod mengajar.mengenalpasti kelemahan guru dalammerancang aktiviti pembelajaran dan Terdapat sesetengah guru yang tidakseterusnya memberi bimbingan menghantar buku rekod mangajarkepada guru berkenaan. untuk disemak.
  13. 13. Langkah 1 : Langkah 2 : Langkah 3 : Mengadakan Memperbanyakkan Buku Rekod pemantauan dan pembangunan Mengajar gurupenyeliaan dalam perisian versi disemak proses P&P Bahasa Melayu Langkah Penyelesaian terbaik Setelah mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan setiap langkah penyelesaian, maka langkah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kurangnya penggunaan ICT dalam pengajaran guru adalah dengan mengadakan pemantauan dan penyeliaan secara berkala dan berterusan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan.  Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang.  Guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan biasanya akan mengubah tingkahlaku mereka secara positif dan berusaha untuk menerapkan unsur ICT dalam pengajaran seperti yang diharapkan.  penyeliaan turut membantu guru membina kemahiran dalam perancangan pengajaran dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
  14. 14. NOR AZWANI BINTI MOHAMMED D20081032224
  15. 15. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH TAJUK : PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN1. Apakah masalah tersebut?Masalah yang akan berlaku apabila bahasa ibunda digunakan dalam pengajaran danpembelajaran (P&P) Sains dan Matematik adalah pelajar akan kurang menguasai bahasa lainterutamanya bahasa Inggeris.Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalammenghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini.Bahasa Inggeris jugamerupakan bahasa ilmu dan komunikasi yang amat penting bagi memudahkan kita berdaya saingdi peringkat antarabangsa. Perkara ini turut disokong oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadbahawa bahasa Inggerisadalah bahasa yang diguna luas di mana-mana bidang dan perjanjian atausurat-suratbiasanya adalah dalam bahasa Inggeris.Selain itu beliau juga mengatakan bahawa olehkerana kekuranganpenegasan penggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini, kerajaanmendapatimereka yang lemah dalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat dalam
  16. 16. menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaikikelemahan dalambidang ini (New Straits Times,7 Mei 2002).2. Mengapa wujudnya masalah itu?Antara faktor yang menyebabkan timbulnya masalah ini adalah kurangnya minat terhadapbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Menurut satu kajian oleh Ahmad Tajuddin (1997),kebanyakkan pelajar tidak suka jika kuliah diadakan dalam bahasa Inggeris. Hal ini keranapelajar tidak memahami penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah ketika mempelajarisubjek berkenaan. Selain itu, masalah ini berlaku kerana pelajar tidak memahami bahasa Inggerisitu sendiri dan tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam bahasa Inggeris(Johari et al. ,2006) dalam Yusof Bin Boon & Alwahidah Bt Kamis (2007). Hal ini menyebabkanpelajar tidak dapat mengikuti sesi P&P dengan efektif.Oleh itu, pelajar perlulah berusaha lebihuntuk meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap bahasa Inggeris. Faktor yang lain yang menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa Inggeris adalahwujudnya sifat malu. Perasaan malu adalah pengalaman universal, yang pernah dialami olehhampir setiap orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa. Di Malaysia satu kajiantelah dijalankan oleh Imran (2002) dalam Sajap Maswan (2005) mendapati malu merupakanpunca utama mengapa pelajar Melayu lemah di dalam bahasa Inggeris. Keadaan yang sama jugaberlaku dalam kalangan pelajar Jepun hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh FAnderson (1993) dalam Sajap Maswan (2005). Pakar psikologi tersebut mendapati kebanyakkanpelajar Jepun enggan membuka mulut dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan berbentukkomunikasi ketika berada di bilik darjah kerana sifat malu.
  17. 17. MASALAH :PELAJAR KURANG MENGUASAI BAHASA LAIN Langkah 1 :Melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) KELEBIHAN KELEMAHANProses pengajaran dan pembelajaran Membebankan guru bahasa(P&P) Sains dan Matematik lebih Inggeris kerana waktu P&P bahasaberkesan dan menarik. Inggeris bertambah.Banyak aktiviti yang menarik yang Kos yang tinggi untuk mengimportdapat dilakukan oleh guru bahasa guru bahasa Inggeris dari luarInggeris seperti bahas kerana waktu negara.P&P bahasa Inggeris ditambah.Penguasaan pelajar terhadap BahasaInggeris meningkat.
  18. 18. Langkah 2 :Memurnikan Hari bahasa Inggeris (English Day) di sekolah KELEBIHAN KELEMAHANMemupuk pelajar untuk meminati Hanya pelajar yang aktif dan yangsubjek Bahasa Inggeris dengan berminat sahaja akan melibatkanlebih mendalam. diri dalam aktiviti yang disediakan. Pelajar yang kurangGuru dan pelajar dapat minat dan lemah tidakmempraktikkan bahasa Inggeris akanmelibatkan diri.dalam kehidupan seharianPenguasaan pelajar terhadap BahasaInggeris meningkat.
  19. 19. Langkah 1 : Langkah 2 : Melaksanakan Dasar Memurnikan Hari bahasa InggerisMemartabatkan Bahasa Malaysia (English Day)di sekolahMemperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) PENYELESAIAN TERBAIKLangkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah denganmenyahut dasar kerajaan iaitu dengan melaksanakan dasar MBMMBI.Kerajaan diharapkan agar tidak mengimport guru bahasa Inggeris dari luarnegara kerana di Malaysia terdapat ramai guru bahasa Inggeris yang pakar.Hal ini juga dapat mengurangkan kos yang tinggi bagi menjayakan dasar ini.Pelaksanaan MBMMBI diharap dapat menanam sifat kecintaan terhadapbahasa Kebangsaan yang akan menyumbang ke arah pembentukan perpaduandan jati diri masyarakat manakala keupayaan menguasai bahasa Inggerismeningkatkan daya saing di arena global.
  20. 20. NURUL NADIA BINTI ALI D20081032226
  21. 21. Kemahiran Penyelesaian Masalah Tajuk: Bahasa dalam PengajaranApakah masalah yang dihadapi?Masalah yang dihadapi dalam bahasa dalam pengajaran adalah penggunaan bahasa rojak ataubahasa campur.Menurut Kamun Dewan Edisi Ketiga, rojak merupakan sesuatu yangbercampur aduk. Jadi, saya menyimpulkan bahawa bahasa rojak adalah campuran satubahasa dengan bahasa yang lain.Kenapa masalah ini berlaku?Antara punca yang membawa kepada gejala bahasa rojak ini adalah pengaruh mediapenyiaran seperti televisyen. Media penyiaran tanpa segan silu dan rasa bersalahmenggunakan bahasa rojak seperti program Lawakingdan Supermakdan juga filem tempatan,Cicak Man. Dalam bidang pendidikan pula, sebahagian besar ilmu disebarkan dalam bahasaInggeris. Ilmu sains, teknologi maklumat dan komunikasi dilihat begitu penting sekali demikelangsungan tamadun bangsa sehinggakan bahasa Inggeris diberikan keutamaan dikebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia.Jika sebelum 2003, mata pelajaran Sains danMatematik diajarkan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan peringkat universitidalam bahasa kebangsaan, namun tuntutan globalisasi telah mengubah keadaan ini.Sejak2003, mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam BI.Ekoran daripada perubahanini, ribuan istilah yang sudah digubal sejak 1956 tidak lagi diguna pakai untuk keperluansistem pendidikan negara (Noresah, 2007). Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana
  22. 22. menurut Cheong, penggunaan dua bahasa untuk mengajar subjek yang sama mudahmenyebabkan pelajar merasa bosan, keliru dan seterusnya mungkin akan kehilangan minat keatas subjek itu.Apakah penyelesaian yang mungkin boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut?Apakah yang akan berlaku jika langkah penyelesaian ini diambil? Langkah Penyelesaian 1 Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil peranan dengan menggiatkan seminar dan kempen terhadap guru dan pensyarah. KEBAIKAN KEBURUKAN Guru boleh menjadi idola yang baik Guru tidak mengambil cakna akan terhadap pelajarnya. gejala ini dan tidak mengambil serius Guru dan pensyarah merupakan akan saranan kerajaan. tonggak utama dalam bidang Guru mencampurkan bahasa Inggeris pendidikan. ke dalam ayat bahasa Melayu sewaktu Guru dan pensyarah akan menyedari proses pengajaran dan pembelajaran. kepentingan menggunakan bahasa yang betul. Bagaimana untuk menjadikan penyelesaian ini menjadi lebih baik? Di samping melaksanakan seminar dan kempen, pihak DBP dengan kerjasama pihak yang berkaitan perlu melakukan pemantauan terhadap perlaksanaannya di sekolah-sekolah.
  23. 23. Langkah Penyelesaian 2 Membuat tapisan terhadap media massa dan memanfaatkan program-program berbentuk ilmiah yang disajikan. KEBAIKAN KEBURUKAN Menunjukkan bahawa terdapat Guru selalunya menggunakan kepelbagaian teknik dalam proses pendekatan „chalk and talk‟ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). proses P&P. Menyeronokkan pelajar. Guru mengejar masa untuk Dapat mengelakkan pelajar menghabiskan sukatan pelajaran terpengaruh dengan penggunaan semata-mata. bahasa yang salah daripada media Guru mengajar hanya untuk massa. menjadikan pelajarnya berjaya dalam peperiksaan. Sekolah kurang kemudahan komputer, televisyen dan internet.Bagaimana untuk menjadikanpenyelesaian ini menjadi lebih baik? Pihak sekolah haruslah memperuntukkan kemudahan yang mencukupi bagi membolehkan guru-guru melaksanakan pelbagai pendekatan P&P yang menarik dan sesuai untuk pelajar. Pihak pentadbiran sekolah pula haruslah membuat pemantauan terhadap perlaksanaan proses P&P para guru bagi memastikan guru menggunakan pendekatan yang pelbagai sewaktu pengajaran.
  24. 24. Apakah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut?Setelah dibuat pertimbangan, penyelesaian terbaik yang harus dilakukan dalam usahamenangani penggunaan bahasa rojak adalah dengan membuat tapisan terhadap media massadan memanfaatkan program-program ilmiah yang disajikan. Hal ini bukan sahaja dapatmemupuk pelajar agar menggunakan bahasa yang betul tetapi ia juga mampu meningatkanmutu pendidikan di Malaysia jika guru memanfaatkan kepelbagaian program ilmiah yangdisajikan. Selain itu, tindakan undang-undang ini juga haruslah dilakukan terhadap pihakyang menggunakan bahasa Melayu yang salah di tempat awam.Mekanisma penguatkuasaandan tindakan perlu dirancang dengan rapi agar sikap tidak menghormati bahasa kebangsaandipandang serius oleh semua pihak.Amatlahironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah yang tidakmenentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberiperhatian, tidak pula undang-undangmelanggar peruntukan Perlembagaan negara yangberkaitan dengan dasar bahasa atau aktapendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayusebagai bahasa penghantar utama tidakdiberi perhatian sama sekali (Awang Sariyan, 2010).
  25. 25. NUR HAZLIN BINTI KAMARUDDIN D20081032222
  26. 26. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAHTajuk : Bahasa Dalam PengajaranIsu : Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Matematik Dengan Jelas. Apakah masalah yang wujud?Penggunaan Bahasa Ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik telah menimbulkan isukesukaran guru untuk menggunakan istilah yang kurang tepat untuk menterjemahkan ilmu Sainsdan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Prof. Dato Dr.Burhanuddin Yeop Majlis (2009), telah menyatakan dalam artikel beliau bahawa di peringkatawal pengunaan bahasa Melayu memang terdapat banyak masalah dari segi istilah Sains danMatematik. Guru yang mengalami masalah dalam menyampaikan ilmu Sains dan Matematikakibat kesukaran menggunakan istilah yang betul tidak dapat mencapai objektif yang dirancangsemasa proses pengajaran dan pembelajaran.Isu kesukaran guru menerangkan konsep ilmu Sains dan Matematik dengan jelas juga berlakuadalah disebabkan oleh sumber rujukan yang terdapat dalam bahasa Melayu kurang danterhad.Ini menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk membuat rujukan tentang konsep dan teoridalam Sains dan Matematik.Di samping itu, sebab wujudnya isu tahap kesukaran guru adalahguru yang mengajar Sains dan Matematik kurang berpengalaman. Guru yang kurangberpengalaman akan mengalami masalah dalam menyampaikan ilmu Matematik dan Sainsdengan betul dan bertepatan dengan objektif yang dirancang.
  27. 27. Mengapa masalah tersebut berlaku?Masalah-masalah ini wujud adalah disebabkan oleh bahasa ilmu Sains dan Matematik itu sendiriadalah dalam bahasa Inggeris yang sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu untukditerangkan kepada pelajar. Jika ia dapat diterjemahkan sekalipun, perkataan yang digunakanmasih lagi kurang tepat dan ada juga perkataan bahasa Inggeris dimelayukan untuk menyatakansesuatu konsep. Selain itu, kekurangan sumber rujukan dalam bahasa Melayu adalah disebabkankekurangan ahli penterjemah Melayu untuk mentafsir setiap istilah Sains dan Matematikdaripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr MahathirMuhamad (2008) turut menyatakan :“Sejarah menunjukkan bahawa penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula denganpenguasaan bahasanya. Penterjemah Melayu yang sedikit bilangan tidak mampu menterjemahjumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangan ilmu. Sebaliknya jika kita belajar Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yangditerokai.”Bilangan buku yang dihasilkan dalam bahasa Melayu juga kurang jika dibandingkan buku yangditulis dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan guru-guru dan pelajar yang ingin membuatrujukan tidak tercapai kerana tidak dapat memahami istilah bahasa Inggeris yang digunakan.Masalah guru kurang berpengalaman wujud kerana tahap kefahaman guru yang kurangberpengalaman adalah lemah menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam menyampaikanilmu Sains dan Matematik kepada pelajar. Apabila ini berlaku, guru akan kurang berkeyakinanuntuk menyampaikan ilmu tersebut. Berbeza dengan guru yang berpengalaman dalam mengajarSains dan Matematik selama 10 tahun dan ke atas, mereka tidak mengalami kesukaran dan lebihyakin untuk menyampaikan dan menjelaskan ilmu Sains dan Matematik kepada pelajar. Hal inikerana mereka telah biasa dengan istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu Sains dan Matematikwalaupun istilah-istilah tersebut dalam bahasa Inggeris.
  28. 28. Masalah :Kesukaran Guru Menerangkan Konsep Ilmu Sains dan Matematik Dengan Jelas Langkah 1 :Menyediakan sumber rujukan dalam Bahasa Melayu Ke Kelebihan : Proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dapat berjalan sengan lancar dan ilmu yang Kelemahan : disampaikan kepada pelajar juga lebih mudah difahami. Kekangan yang wujud adalah tidak semua istilah Sains dan Matematik Guru-guru lebih yakin untuk boleh diterjemahkan dengan tepat. menyampaikan ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan Bilangan penterjemah yang sedikit istilah-istilah dalam bahasa Melayu menyebabkan sukar untuk dan pengajaran akan menjadi lebih menyediakan bahan rujukan dalam berkesan. bahasa Melayu. Dengan adanya sumber rujukan dalam bahasa Melayu akan menjadikan pelajar lebih gemar mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik.
  29. 29. Langkah 2 :Menempatkan guru Sains dan Matematik mengajar mengikut opsyen Kelebihan :Ilmu Sains dan Matematik dapatdisampaikan dengan jelas dan betul Kelemahan :kerana mereka sudah mahir dalamkedua-dua ilmu tersebutdan pelajar Sekiranya guru tidak mengajarakan menerima ilmu yang diajar berlainan opsyen, guru-guru tidakdengan lebih jelas dan mendalam. berpeluang untuk menerokai ilmu dalam bidang yang lain seperti ilmuPengajaran dan pembelajaran Sains Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidupdan Matematik tidak hanya terikat dan sebagainya dan berkemungkinankepada teori semata-mata dan pelajar sukar untuk menyediakan guru yangdapat mempelajari ilmu Sains dan berpengetahuan luas.Matematik secara teori dan amaliseterusnya dapat mempraktikkan ilmuSains dan Matematik dalam kehidupanseharian.
  30. 30. Langkah 1 : Langkah 2 : Menyediakan sumber Menempatkan guru rujukan dalam Bahasa Sains dan Matematik Melayu mengajar mengikut opsyen Langkah Penyelesaian terbaikSetelah mempertimbangkan kelebihan dan kelemahan setiaplangkah penyelesaian yang terbaik adalah denganmenyediakan sumber rujukan dalam bahasa Melayu. Halini sejajar dengan dasar kerajaan iaitu memartabatkan bahasaMelayu, memperkukuh bahasa Inggeris.  Dengan adanya sumber rujukan dalam bahasa Melayu, pelajar lebih berpeluang untuk belajar Sains dan Matematik tanpa ada rasa putus asa disebabkan kekangan bahasa.  Selain itu, guru juga lebih yakin dengan setiap ilmu yang disampaikan tanpa ada rasa ragu-ragu tentang kesahihan istilah yang digunakan.  Masalah pelajar tidak mahu belajar Matematik dan Sains di sekolah juga tidak akan wujud kerana mereka akan belajar ilmu tersebut menggunakan bahasa komunikasi mereka menyebabkan mereka lebih faham dan yakin untuk bertanyakan sesuatu konsep kepada guru sekiranya mereka kurang faham.

×