Teks pengacara

9,959 views
9,775 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,959
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
221
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks pengacara

  1. 1. Mengumumkan ketibaan pegawai _____________________________ Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing. Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan, Majlis hari anugerah kecemerlangan SK US 2013 BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha ______________________________ Yang Berusaha ______________________________ Yang Dihormati ________________________________ Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SK US. Guru-guru SK US murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Selamat datang ke : Majlis hari anugerah kecemerlangan SK US 2013. Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri
  2. 2. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran. Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha _________________________________, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh____________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz _____________ atas bacaan doa itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmatNya, Mohon keberkatan serta hidayah, Moga tercerna minda kelas pertama.
  3. 3. Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati _____________ YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. ************(Ucapan YDP.) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, ___________selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah ULU SAPI atas ucapan tersebut. Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha _________ Guru Besar Ulu Sapi untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ************(Ucapan GB.) Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi. Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha ___________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. ***********(Ucapan JPN ) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada _____________, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, (persembahan) Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid. Dipersilakan. ************(Persembahan). Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
  4. 4. Hadirin yang dihormati, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

×