Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)

on

  • 87 views

 

Statistics

Views

Total Views
87
Views on SlideShare
79
Embed Views
8

Actions

Likes
0
Downloads
2
Comments
0

1 Embed 8

http://www.slideee.com 8

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas kerja dinner kimia 2014 (1) Kertas kerja dinner kimia 2014 (1) Document Transcript

  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 1 | P a g e KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH TEMPAT ANJURAN KELAB SAINS KIMIA Dan KELAB TEKNOLOGI KIMIA TEMA
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 2 | P a g e KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan dana daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi 2013/2014, anjuran Kelab Sains Kimia dan Kelab Teknologi Kimia. 2.0 PENGENALAN Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia merupakan suatu majlis besar yang secara gahnya diadakan di Bangi Golf Resort pada 20 May 2014. Ungkapan penuh bermakna ‘Ikatan Kimia Jalinan Abadi’ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep ‘Retro Moden’ di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing- masing.Ungkapan tersebut juga memberikan gambaran bahawa tidak kira apapun penampilan pada Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi 2013/2014 diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis inidiadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada setiap pensyarah dan ahli kelab yang selama ini telah berusaha bersungguh- sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kelab sepanjang sesi ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama ahli kelab dengan pihak pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan.
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 3 | P a g e Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk meningkatkan lagi interaksi antara ahli agar lebih memahami antara satu sama lain seterusnya bukan sahaja saling bantu membantu dalam pelajaran, malah juga dalam kerjasama berpersatuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancer dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua ahli kelabdalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati dan ukhuwah yang lebih jitu dan kukuh. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang bakal memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak. 3.0 MISI Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini dengan :  Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.  Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.  Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program. 4.0 MATLAMAT PROGRAM Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah  Menjadikan majlis ini sebagai salah satu majlis tahunan bagi menghargai dan memberi penghargaan kepada para pensyarah dan ahli-ahli yang banyak menyumbang dalam aktiviti yang dijalankan.  Menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform bagi setiap pensyarah serta pelajar yang lebih senior berinteraksi dan mengenali ahli-ahli baru.
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 4 | P a g e  Memberi peluang kepada pelajar tahun 1 membentuk organisasi bagi menjayakan sesuatu program. 5.0 OBJEKTIF Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :  Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.  Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.  Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.  Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya.
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 5 | P a g e  Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.  Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.  Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar.  Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat. 6.0 TEMA “IKATAN KIMIA JALINAN ABADI” 7.0 ANJURAN Kelab Sains Kimia dan Kelab Teknologi Kimia, Sesi 2013/2014, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 6 | P a g e 8.0 TARIKH DAN MASA Majlis ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : Hari : Masa : 8:00 malam – 11:30 malam 9.0 TEMPAT PROGRAM Lokasi bagi program ini dijalankan ialah di Bangi Golf Resort. 10.0 PUBLISITI Bagi menghebahkan majlis makan malam ini, publisiti yang dicadangkan ialah menerusi  Poster  Bunting  Banner  Digital Board Poster dan bunting akan ditampal di setiap bangunan Fakulti Sains dan Teknologi. 11.0 CADANGAN PERASMI Cadangan perasmi bagi Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi 2012/2013 adalah seperti berikut : 1.
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 7 | P a g e 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Bilangan ahli yang terlibat:  Pelajar Program Kimia dan Teknologi Kimia ; Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 sesi 2012/2013  Alumni Kelab Sains Kimia dan Kelab Teknologi Kimia  Barisan tenaga pengajar Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan. 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat , sila hubungi
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 8 | P a g e 17.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Program Sains Kimia dan Teknologi Kimia sesi 2013/2014 ini mendapat kelulusan dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu,adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini jugadiharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan Jawatankuasa yang akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi mangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, pihak Universiti akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu- alukan. Semoga segala bentukilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar sesi 2013/2013 dapatdijayakan dengan sempurna.
  • MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM SAINS KIMIA DAN TEKNOLOGI KIMIA 2013/2014 9 | P a g e Disediakan oleh ……………………………………………….. ( ) Ketua Pengarah Majlis Makan Malam Kelab Kimia Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia Disemak Oleh ……………………………………………….. ( ) Yang Dipertua Kelab Kimia Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia Disokong Oleh ………………………………………………. ( ) Penasihat Kelab Sains Kimia Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia