Your SlideShare is downloading. ×
Rancangan pengajaran harian suriah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Rancangan pengajaran harian suriah

5,244

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,244
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
271
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. CONTOH RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 2DISEDIAKAN OLEH : SURIAH BINTI ARBINO.MATRIK : D20102046744
  • 2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Makro)Tarikh : 20 Oktober 2011Masa : 0730 – 0800Kelas : 2DBilangan pelajar : 31 orangMata Pelajaran : MatematikBidang : Sukatan dan GeometriTajuk : RuangHasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk: 13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat: a) Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.Pengetahuan Sedia Ada :1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan dengan ruang (bentuk, permukaan rata, permukaan melengkung)Nilai : Bekerjasama, yakin diri.Bahan Bantu Mengajar : Bongkah 3D, Lembaran kerja.Langkah pengajaran :Set Induksi1. Guru meminta murid menunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja.2. Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing.3. Murid-murid diminta berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan. Cadangan komunikasi: i. Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja kamu dengan tapak tangan. ii. Apa yang kamu rasa?
  • 3. Langkah 11. Perkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti berikut:i. Guru meletakkan sekumpulan bongkah 3D di hadapan murid dan membimbing murid menyatakan ciri- ciri bongkah tersebut.ii. Bersoal jawab secara lisan bagi meninjau kefahaman murid tentang ciri-ciri yang ada pada bongkah- bongkah 3D.iii. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk melabelkan ciri-ciri bentuk 3D.iv. Penyemakan dilakukan bersama-sama. Cadangan komunikasi: a) Sebutkan ciri-ciri pada bongkah ini: Kubus Kon Silinder Piramid Sfera Kuboidb) Labelkan ciri-ciri pada bentuk 3D.Langkah 21. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil.2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 bongkah 3D.3. Murid-murid diminta membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan. Cadangan komunikasi: a) Sila bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. b) Perhatikan setiap bongkah 3D dalam kumpulan masing- masing dan lengkapkan jadual yang diedarkan.Langkah 3
  • 4. 1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.Penutup:1. Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.2. Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan bentuk-bentuk 3D dapat dikenal pasti melalui huraian ciri-ciri yang ada padanya.REFLEKSI:Kekuatan:Kelebihan dan kekuatan dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makro pengajaran ialah yang pertamaketegasan dan kelantangan suara dalam menyampaikan isi pelajaran. Suara yang lantang akan memudahkanmurid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Disamping itu, penggunaan nada suara tinggi dan rendah serta ada intonasi merupakan bonus bagi saya untukmenarik perhatian murid. Apabila kelantangan dan ketegasan saya berpadu ketika menyampaikan isi pelajaranmenyebabkan murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan muridhormat kepada saya. Sebagai contoh, pada awal pengajaran saya mengambil masa 2 minit untuk menegur sikapmurid yang suka berpindah tempat duduk. Murid tersebut berpindah duduk pada kumpulan murid yang gemarbercakap. Perbuatan mereka ini boleh mendatangkan masalah disiplin dan menyebabkan suasana bising.Tindakan yang saya ambil, menunjukkan ketegasan dan sikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling.Seterusnya, tulisan saya yang jelas di papan tulis juga membantu pemahaman murid tentang apa yangdisampaikan oleh guru. Di sini saya telah menggunakan sebaik mungkin ruang di papan tulis. Kejelasan dalammemberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pati dalam penyampaian pelajaran. Kejelasanpenyampaian memainkan peranan dalam menentukan kefahaman murid. hal ini sangat berkaitan dengantindakan susulan murid. Contohnya, ketika saya meminta beberapa orang mrid melabelkan bahagian padalukisan bentuk 3 Dimensi. Murid dapat melabelkan bahagian tersebut dengan istilah yang telah diperkenalkan.Aktiviti secara berkumpulan juga dapat dilaksanakan mengikut arahan. Semua murid dapat bekerjasamandalam menghasilkan tugasan yang diberi. arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnyamelakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepatmenunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan dengan isi pelajaran.Kelemahan:Kelemahan dan kekurangan yang ketara sekali dapat dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan makro ini ialahketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa sangat penting bagi memastikan proses pengajarandan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancanganpengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkahpengajaran tidak seiring. Contohnya, aktiviti penutup tidak sempat dirakam kerana masa 30 minit yang
  • 5. diperuntukkan telah tamat. Namun demikian, aktiviti penutup telah dijalankan di luar rakaman. Masa yangtidak mencukupi disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yanglebih diambil untuk menjalankan sesuatu langkah. Di sini saya telah mengambil masa yang lebih untuk sesipenerangan dan bersoal jawab dengan murid.Tindakan saya yang menggesa murid dalam menyiapkan lembaran yang diberi juga merupakan kelemahandalam pengajaran saya. Apabila saya melihat kembali rakaman yang dibuat, tidak sepatutnya saya menggesamurid menyiapkan tugasan dengan cepat. Hal ini boleh menimbulkan tekanan kepada murid dalam menyiapkantugasan yang diberi. Jadi tugasan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan. Namun saya dapati tugasanyang dibuat oleh murid memuaskan hati dan mereka memberikan jawapan yang tepat walaupun ada beberapaorang murid masih lemah kefahamannya tentang kemahiran yang diajar. Pada sesi p&p yang akan datang, sayaharus sentiasa berhati-hati dengan segala tindakan yang saya buat agar pengajaran saya berjalan dengan lancardan mengikut segala perancangan yang dibuat.Kelemahan terakhir yang saya nampak dalam rakaman video pengajaran adalah perbuatan saya yangmembetulkan jawapan murid dengan hanya mempamerkan hasil tugasan kumpulan sepintas lalu sahaja.Sepatutnya hasil kerja kumpulan dipamerkan di papan tulis dan meminta wakil setiap kumpulan melaporkanhasil dapatan kumpulan mereka sendiri. Sekiranya perkara seumpama ini dilakukan, saya rasa p&p akan lebihmenarik dan idea murid dapat dikembangkan lagi.Langkah Mengatasi:Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dankualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaranmakro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid. Di sinisaya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah.Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akanberlangsung dengan jayanya.Selain itu, saya harus berusaha untuk merancang pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan semuamurid. Saya harus membina objektif yang bersesuaian dengan kumpulan cerdas dan kumpulan lemah. Hal inimenunjukkan hak pembelajaran dapat dikecapi oleh semua murid. Begitu juga dengan aktiviti p&p. Aktivitiyang dirancang harus mengambil kira tahap kebolehan, minat dan kecenderungan murid. Ini menjadikan sesip&p lebih menarik dan bermakna untuk semua murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkanakan tercapai. Di sini saya mesti peka dengan kehendak dan keperluan murid agar semua murid mendapatlayanan yang adil dan saksama.
  • 6. Video pengajaran Mikro Cikgu Suriah Bt. Arbi RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)Tarikh : 27 September 2011Masa : 0700 – 0800Kelas : 2DBilangan pelajar : 31 orangMata Pelajaran : MatematikBidang : Sukatan dan GeometriTajuk : Timbangan BeratHasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk: 11.1 Mengenal unit gram dan unit kilogramObjektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan memerhatikan senggatan pada alat penimbang. b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogramPengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat, lebih ringan)Nilai : Bekerjasama, yakin diri.Bahan Bantu Mengajar : Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan
  • 7. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:i. Set induksiii. Aktiviti :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaranPelaksanaan P&P: Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Pelajaran 1. Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi unit gram dan unit kilogram. Langkah 1: 2. Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek- (Penyampaian Isi objek yang boleh ditimbang menggunakan alat Pelajaran) penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya. 3. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Nilai: (10 minit) -Yakin diri. Masa Pelaksanaan aktiviti Minit 1-4 - Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas. - Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang. - Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut. - Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan. - Minit 5-10 Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan alat penimbang.
  • 8. Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki. - Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek. - Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.REFLEKSI:KEKUATANKelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah pertama,penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid danbanyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Bahan bantu mengajar yang saya guna ialahalat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan biasa digunakan oleh murid. Murid-muridbegitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahantersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibumereka. Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan muridmendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya.Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabilakelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebihtertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang sayapamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya.Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalampengajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapatdiikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal inisangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkankeberkesanan pengajaran.KELEMAHANKelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi yang sayagunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru. Contohnya, saya sendiri melakukan aktiviti menimbangobjek menggunakan alat penimbang. Adalah lebih baik sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti inimanakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid.
  • 9. Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid. Apabila menyoal muridsepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama murid untukmenjawab soalan secara individu. Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab soalan guru.Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isipelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua. Contohnya ketika saya menyebut beratsebiji betik. “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4 kg. Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat padanombor bulat tanpa melibatkan nombor perpuluhan. Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasayang digunakan.LANGKAH MENGATASISetiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dankualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaranmikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid. Di sinisaya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah.Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akanberlangsung dengan jayanya.Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid. Layanan yang diberikan kepada murid hendaklahadil dan saksama. Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapatdipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang digunakan dalampenyampaian ilmu. Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harussesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid. Penggunaan istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p.
  • 10. Video yang saya gunakan sebagai BBM "Pak Wa Pak Wa Laga Wa" RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh : 27 Jun 2011Masa : 0700 – 0800Kelas : 2DBilangan pelajar : 31 orangMata Pelajaran : MatematikBidang : NomborTajuk : Pendaraban Menggunakan Sifir Darab 2,3,4 dan 5Hasil pembelajaran : Murid-murid dibimbing untuk: 1.4 Memahami darab adalah penambahan berulang (Sifir darab 2, 3, 4, dan 5)Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : a) mendarab dua 1-digit nombor menggunakan sifir 2,3,4, dan 5.Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengenal pasti istilah penambahan berulang dan bagaimana mencari hasil tambah.Nilai : Berani mencuba, yakin diri.Bahan Bantu Mengajar : Video Bijak Sifir, Jadual Sifir (2,3,4,dan 5).
  • 11. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:i. Set induksi ii. Aktiviti :tayangan video, penerangan,bersoal jawab – penggunaan bahan mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan iii. Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaranRefleksi:Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati pengajajaran untuk kemahiran ini menyeronokkan. murid-muridbegitu teruja dengan tayangan video yang digunakan. Video yang ditayangkan dapat menarik perhatian muriddan seterusnya memudahkan ingatan murid tentang sifir dengan turut sama menyanyikan lagu Pak Wa Pak WaLaga Wa. Ternyata gabungan nyanyian dan grafik yang menarik mampu memudahkan pengajaran saya danmenjurus kepada pencapaian objektif. Selain itu, teknik soal jawab dan latih tubi yang digunakan dalam sesip&p ini dapat mengekalkan pemahaman murid tentang kemahiran yang diajar. Walaupun video yang digunakanmenjadi daya tarikan dalam sesi p&p ini namun ada beberapa orang murid dilihat kurang berminat dengantayangan tersebut. Mereka dilihat lebih suka melihat mulut kawan yang menyanyikan lagu tersebut dan beradadalam dunia ciptaan mereka sendiri. Di sini saya membuat kesimpulan bahawa mereka tidak tahu kandunganvideo tersebut dan ini menjadikan mereka tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti melihat tayanganvideo. Apabila selesai melihat tayangan video tersebut, saya meneruskan sesi p&p dengan penerangan tentangvideo tersebut dan cara penggunaan maklumat yang disampaikan. Saya dapati kumpulan murid yang tidakberminat dengan video tadi, mengangguk-angguk kepala tanda mereka faham. Saya berpuas hati keranakumpulan murid ini mendapat input daripada penerangan yang saya beri. Benarlah kata orang, senjata utamaguru dalam menyampaikan pelajaran adalah suara dan teknik yang digunakan. Di samping itu, penggunaan latihtubi juga berkesan dalam pengajaran matematik. Saya lihat murid-murid begitu selesa dengan latihan yangdiberi dan mereka dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Saya berharap agar prestasi pembelajaran merekakekal seperti ini dan terus meningkat menuju kecemerlangan.

×