1
BIODATA DIRI
NAMA : NUR FARRAH IRDINA BT ABDUL MANAN
KELAS : 5 GEMILANG
UMUR : 11 TAHUN
HOBI : MEMBACA BUKU
CITA – CITA ...
2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN
3
PENDAHULUAN
4
DADAH DAN CIRI-CIRINYA
5
JENIS-JENIS DADAH6 - 15
SEBAB-SEBAB SEORAN...
3
UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA
19
LAMPIRAN
20 -21
KESELAMATAN PERSEKITARAN
22 –35
PENUTUP
36
PENGHARGAAN
BERSYUKUR SAYA KE...
4
PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK
TERHINGGAKEPADA GURU ,IBU BAPA ...
5
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah
di seluruh dunia ini yang digunakan ...
6
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan
daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan...
7
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
H...
8
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.Candu dihas...
9
morfin.Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan
sederhana dan sebagai ubat batuk.
Opiat Sintet...
10
“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulant.Ianya berbentuk kaca pe...
11
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok “cannabis sativa”.Pokok...
12
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria.Ia mengubah pandangan visua...
13
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah
“erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “...
14
Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara
“smoked” atau “snorted” untuk menda...
15
Daun Ketum
Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akt...
16
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
dari...
17
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan
bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan m...
18
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang b...
19
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka...
20
komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak
lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka...
21
LAMPIRAN
22
KESELAMATAN PERSEKITARAN
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR
23
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan
...
24
Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tang...
25
Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan
tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
...
26
Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
Periksa bahan-bahan yang ...
27
1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak
tenteram, tangguhkan perjalanan.
2. Ikut had laju y...
28
atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
18. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
19. Berikan isyarat dan patuh...
29
Langkah-langkah Untuk Mencegah Dan Terselamat Kebakaran
Harta
30
Untuk terselamat dari kebakaran, anda mesti bersedia untuk bertindakbalas dengan
cepat. Jangan cuba menyelamatkan apa-a...
31
tempat abu rokok menjadi begitu penuh hinggakan abu rokok panas mungkin boleh
terkeluar.Tekan atau basahkan puntung rok...
32
- Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan
apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti.
2- Ber...
33
- Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan
Cahaya ( vest keselamatan).
- Murid dikehendaki memastikan...
34
Taman permainan dan aktiviti luar semangnya suatu perkara yang menyeronokkan
serta boleh dikatakan sebagai aktiviti ber...
35
lembut dan tebal supaya apabila kanak-kanak tersebut jatuh, permukaan tersebut
dapat menahan impak tersebut dan mengura...
36
dipastikan teguh dan tidak reput. Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak harus
berada dalan keadaan yang berkarat...
37
PENUTUP
Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan
yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapatme...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Buku skrap pk

2,096

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,096
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
22
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buku skrap pk

  1. 1. 1 BIODATA DIRI NAMA : NUR FARRAH IRDINA BT ABDUL MANAN KELAS : 5 GEMILANG UMUR : 11 TAHUN HOBI : MEMBACA BUKU CITA – CITA : DOKTOR MAKANAN KEGEMARAN : NASI LEMAK MINUMAN KEGEMARAN : JUS TEMBIKAI TARIKH LAHIR : 7 JULAI 2002 TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KAJANG WARNA KEGEMARAN : UNGGU ALAMAT RUMAH : B2-202 APARTMEN INANG, TAMAN IMPIAN EHSAN 3, 43300 BALAKONG, SELANGOR
  2. 2. 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 3 PENDAHULUAN 4 DADAH DAN CIRI-CIRINYA 5 JENIS-JENIS DADAH6 - 15 SEBAB-SEBAB SEORANG MENGAMBIL DADAH 16 AKIBAT PENAGIHAN DADAH 17 - 18
  3. 3. 3 UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA 19 LAMPIRAN 20 -21 KESELAMATAN PERSEKITARAN 22 –35 PENUTUP 36 PENGHARGAAN BERSYUKUR SAYA KEPADA ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPATLAH JUGA AKHIRNYA SAYA MENYIAPKAN TUGASAN MENGHASILKAN BUKU SKRAP INI. DIKESEMPATAN INI SAYA MENGAMBIL
  4. 4. 4 PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGAKEPADA GURU ,IBU BAPA DAN KAWAN –KAWAN KERANA TELAH MEMBERI BANYAK DORONGAN DAN BANTUAN KEPADA SAYA UNTUKMENYIAPKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN JASMANI INI. PENDAHULUAN Pengenalan Dadah Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
  5. 5. 5 dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna". Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram
  6. 6. 6 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang Jenis-jenis Dadah
  7. 7. 7 Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubat dan bahan-bahan yang disalahguna pokok popi OPIAT Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin : Candu
  8. 8. 8 Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. Morfin Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Morfin Mentah Bentuk blok/serbuk Bertanda „999‟ Mengandungi 70% - 90% morfin Juga dikenali sebagai Heroin No. 1 Bes Morfin Seperti serbuk kopi halus Mengandungi 60% - 70% morfin Pil-pil Morfin Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid Pil kecil berwarna putih/coklat pucat Heroin Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin.Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Kodein Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada
  9. 9. 9 morfin.Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Opiat Sintetik Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti „methadone‟, „pethidine‟, dipipanone‟ dan „dextropropoxyphene‟. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini „methadone‟ digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. STIMULAN Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau „Amphetamine-type- stimulants (ATS)‟ dan kokain. Amfetamin Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia.Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya. Methamphetamine
  10. 10. 10 “Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant.Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu.Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”, “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat. MDMA “Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda. Ganja/Kanabis
  11. 11. 11 Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Kanabis Herba Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok „genus kanabis‟ yang dikeringkan dalam bentuk ketulan.Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. Hashish Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Minyak Hashish Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut.Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
  12. 12. 12 Halusinogen Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat. Depresen Ubat Depresen Barbiturates Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”.Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. Tranquilizer
  13. 13. 13 Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.Penagih heroin juga menganggap “erimin-5” sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahajasebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol. Alkohol Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut. GHB “Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
  14. 14. 14 Ketamin Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius. Ubat –ubat dan Bahan Yang Disalahguna Steroid Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik.Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal.Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati. Inhalan Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
  15. 15. 15 Daun Ketum Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin.Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya.Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Ubat-ubatan Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
  16. 16. 16 Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :- Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut. Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  17. 17. 17 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Masalah dan tekanan rumah tangga Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru. Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama. Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :- kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara 1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut 2. Kesan Kepada Keluarga
  18. 18. 18 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka 3. Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah : Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  19. 19. 19 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan Undang-undang Dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
  20. 20. 20 komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan. LAMPIRAN
  21. 21. 21 LAMPIRAN
  22. 22. 22 KESELAMATAN PERSEKITARAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR
  23. 23. 23 Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti : Lemas. Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang. Terkena renjatan elektrik. Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu. Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa. Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah. Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir. Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan? Sentiasa minum air yang telah dimasak. Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.
  24. 24. 24 Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling : - Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. - Guna tandas yang sempurna . - Buang sampah di tempat yang betul . Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah- muntah. Persediaan Sebelum Banjir Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. Pastikan di mana kedudukan Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik walaupun di dalam musim hujan. Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah. Semasa Banjir – Semasa Pemindahan Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, yang berkemungkinan laluan singkat mungkin terhalang. Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  25. 25. 25 Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat. Semasa Banjir – Di Dalam Rumah Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan. Semasa Banjir – Di Luar Rumah Pergi ke tempat tinggi dan selamat. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. Jangan minum air banjir. Selepas Banjir Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar- benar selamat. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak- kanak atau golongan istimewa). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, anda perlu berhati- hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi. Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan Sentiasa pakai kasut. Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh. Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  26. 26. 26 Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. TIPS KESELAMATAN DALAM AIR •Belajar renang. Untuk memastikan keselamatan di persekitaran air, dan di dalam air adalah dengan belajar renang. Pastikan tidak berenang berseorangan, digalakkan membawa pasangan renang. •Berenang dalam kawasan penyeliaan penyelamat renang [Lifeguard]. •Baca dan patuhi semua peraturan dan papan tanda renang. •Kanak-kanak atau perenang tidak berpengalaman wajar mengambil langkah- langkah berjaga-jaga seperti memakai pelampung keselamatan ketika dipersekitaran air. •Awasi bahaya „terlalu‟ – terlalu penat, terlalu sejuk, terlalu terdedah kepada matahari, terlalu banyak aktiviti berat. •Tetapkan peraturan keselamatan air bagi seluruh ahli keluarga berdasarkan kemampuan renang [contohnya : perenang tidak berpengalaman harus berada hanya pada air paras dada] •Berpengetahuan terhadap persekitaran air di sekelilinganda, juga potensinya kepada bencana, seperti kawasan dalam dan cetek,arus, perubahan kedalaman, halangan, kedudukan laluan masuk dan keluar. Anda akan lebih berjaga-jaga terhadap bencana dan langkah keselamatan sekiranya anda berinformasi. •Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca. Berhenti berenang jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk. •Gunakan tangga ke kolam renang untuk memasuki air. •Kaedah „headfirst‟ digunakan apabila kawasan yang di tandakan untuk diving dan tidak mempunyai halangan. •Pelajari CPR dan galakkan pengasuh bayi, golongan tua dan selainnya yang terlibat untuk mempelajari CPR. •Jangan mengambil alkohol sekiranya ingin berenang, menyelam atau mengendalikan bot. Alkohol menjejaskan pertimbangan, kestabilan dan koordinasi, menjejaskan kemahiran renang dan menyelam, juga mengurangkan keupayaan badan untuk kekal pada suhu sesuai. •Ketahui bagaimana untuk mencegah, mengenalpasti dan bertindak ketika kecemasan. LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
  27. 27. 27 1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan. 2. Ikut had laju yang ditentukan. 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning. 5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius. 6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak. 7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. 8. Elakkan mencelah di antara kenderaan. 9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. 10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk. 11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak. 12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu. 13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan. 14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja) 15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas . 16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya. 17. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk
  28. 28. 28 atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. 18. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. 19. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 20. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. 21. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. 22. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. 23. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. 24. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
  29. 29. 29 Langkah-langkah Untuk Mencegah Dan Terselamat Kebakaran Harta
  30. 30. 30 Untuk terselamat dari kebakaran, anda mesti bersedia untuk bertindakbalas dengan cepat. Jangan cuba menyelamatkan apa-apa barang kepunyaan anda semasa kebakaran. Adalah menjadi idea yang yang baik untuk mempunyai satu polisi insuran kebakaran dan pastikan bahawa barang-barang berharga anda disimpan didalam peti simpanan deposit bank. Gril (Besi Pengadang) Pasang gril (pengadang besi) yang berciri ramah pengguna, yang mana boleh dibuka daripada dalam.Terdapat beberapa kes di mana ahli bomba tidak dapat bertindak dengan segera untuk membantu mangsa hanya kerana besi pengadang tidak dapat dibuka dan menjadi perangkap maut. Pastikan anda memasang besi pengadang yang ramah pengguna di rumah anda. Mancis / Bahan-Bahan Bakar Jangan tinggalkan kotak mancis, batang mancis, pemetik api, lilin dan lingkaran ubat nyamuk tanpa penyeliaan atau terbiar di merata-rata tempat. Kanak-kanak boleh bermain dengan benda-benda tersebut tanpa menyedari bahayanya. Simpan semua mancis dan pemetik api ditempat tinggi (lebih tinggi dari ketinggian bahu orang dewasa, jauh dari jangkauan kanak-kanak, dan lebih baik lagi kalau ia disimpan di dalam laci yang berkunci. Kunci Pastikan semua kunci-kunci pintu keselamatan dirumah anda diletakkan ditempat yang mudah dicapai dan dilabel dengan terang pada setiap masa. Pintu Kecemasan Kebakaran Jangan kunci atau halang pintu kecemasan kebakaran, muka pintu, laluan keluar atau tangga. Rancangkan jalan keluar api anda dan jamin bahawa setiap orang di dalam keluarga anda tahu sekurang-kurangnya dua terlepas dari perjalanan (termasuk tingkap) Dan biasa dengan semua jalan keluar daripada bangunan anda. Bahan-Bahan Yang Boleh Terbakar Dan Mudah Terbakar Jangan simpan akhbar lama atau bahan mudah terbakar lain di bawah tangga. Buangkannya selalu. Asap Dalam kebanyakan kejadian kebakaran, mangsa mati dalam masa seminit kerana menyedut asap kebakaran. Elak daripada menyedut asap tersebut, sentiasa rendahkan diri ke lantai dan merangkak keluar dengan selamat. Kesaratan Elektrik Jangan terlebih guna elektrik pada setiap poin elektrik.Pastikan adapter elektrik yang digunakan mendapat kelulusan dari SIRIM dan keluarkannya dari plak elektrik bila tidak digunakan. Puntung Rokok Kelalaian semasa menggunakan bahan-bahan merokok merupakan penyebab utama terjadinya kecelakaan kebakaran rumah.Jangan merokok di atas katil atau ketika anda sedang pening, mabuk, atau selepas makan ubat.Jangan biarkan
  31. 31. 31 tempat abu rokok menjadi begitu penuh hinggakan abu rokok panas mungkin boleh terkeluar.Tekan atau basahkan puntung rokok sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah. Tangga kecemasan Gunakan tangga semasa kebakaran, elak dari menggunakan lif. Jangan biarkan tangga berselerak dengan benda-benda lain. Pintu kecemasan kebakaran bukan sahaja menyediakan laluan keluar ketika kebakaran tetapi ia juga mengelakkan api dan asap dari merebak dengan cepat. Tangki Gas LPG Pastikan kesemua tiub gas diselenggara pada setiap tempoh masa yang tertentu.Periksa sebarang kebocoran.Dan jangan letakkan apa-apa pun benda yang panas diatas tangki gas tersebut. Pengesan Asap Pengesan asap akan dapat mengesan asap pada peringkat permulaan sesuatu kebakaran. Ia memberitahu anda sekiranya terdapat kebakaran yang sedang marak, walau di bilik yang jauh, dan ia memberi anda masa untuk menyelamatkan diri. Penggera ini lebih berguna pada waktu malam terutamanya ketika semua orang sedang tidur. Selimut basah Jika berlaku kebakaran, ambil selimut atau tuala, basahkannya dan balutkannya disekeliling badan anda. Tetapkan badan pada kedudukan yang rendah bagi mengelakkan tersedut asap dan keluar dengan segera. Alat Pemadam Kebakaran Boleh menyelamatkan nyawa dan harta-benda.Ia boleh mengawal dan memadamkan api pada peringkat permulaan sementara menunggu bomba datang. Simpan satu di rumah anda. Keselamatan di sekolah a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki. 1- Melintas Jalan. - Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah. - Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah. - Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak melintas. - Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar. - Tunggu sehingga pekerja lalulintas memberi arahan kepada kenderaan supaya berhenti. - Tunggu arahan daripada pekerja lalulintas. - Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
  32. 32. 32 - Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti. 2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah. - Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan. - Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra ) - Lihat kanan, kiri dan kanan semula. - Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah berhenti. 3- Berjalan kaki di waktu hujan. - Murid dikehendaki memakai baju hujan. - Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak menghalang pandangan hadapan. - Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin. - Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat Selamat seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di bawah pokok. - Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan angin kencang. - Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan. 4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak. - Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang - Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri. - Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta tolong, cuba pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri. - Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan seterusnya. b) Pergi dan balik dengan menaiki bas. - Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan. - Beratur semasa menaiki bas dan tidak bertolak-tolak. - Mematuhi peraturan semasa di dalam bas c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal. - Murid dinasihatkan memahirkan diri menggunakan basikal sebelum menunggang basikal ke sekolah.
  33. 33. 33 - Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan Cahaya ( vest keselamatan). - Murid dikehendaki memastikan basikal sentiasa dalam keadaan baik. - Murid-murid dilarang mengayuh terlalu laju. - Murid-murid dilarang bersaing atau bergandingan. - Apabila sampai ke sekolah murid diminta berhenti dan turun di laluan yang disediakan. - Murid-murid dikehendaki menolak basikal mereka ke tempat meletak basikal yang disediakan. - Di waktu balik dari sekolah murid dikehendaki menolak basikal mengikut lorong basikal yang disediakan hingga ke pintu pagar sekolah. - Selepas pintu pagar sekolah, murid dibenarkan menunggang basikal dengan cermat balik ke rumah. d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal. - Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna. - Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah. - Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki memakai topi keledar. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai. - Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas atau pihak pentadbir. e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van. - Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna sebelum kereta bergerak. - Gunakan talipinggang keledar. - Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak. - Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga kereta ibubapa / penjaga mereka sampai. Keselamatan di taman permainan
  34. 34. 34 Taman permainan dan aktiviti luar semangnya suatu perkara yang menyeronokkan serta boleh dikatakan sebagai aktiviti bersenam tidak formal untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, taman permainan kanak-kanak juga boleh menyebabkan bahaya dan risiko kecederaan sekiranya keselamatan tidak diberikan perhatian. Peralatan di taman permainan yang rosak, tidak berkualiti, permukaan lantai yang tidak rata atau yang tidak sesuai, perbuatan atau kelakuan yang tidak patut akan mengundang kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan kecederaan ini boleh dielakkan sekiranya ibu-bapa memberikan perhatian dan mengawasi anak-anak mereka ketika bermain. Berikut adalah beberapa panduan untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan di taman permainan. Pengawasan ibu bapa. Ibu bapa atau orang dewasa yang menemani kanak-kanak di taman permainan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan alat permainan yang ingin dimain oleh kanak-kanak tersebut dalam keadaaan yang sempurna dan selamat. Mereke juga harus memastikan sama ada peralatan tersebut adalah sesuai mengikut umur kanak-kanak itu. Ibu bapa dan orang dewasa harus menasihatkan kanak- kanak tersebut supaya bermain dengan cara yang betul dan tidak menyalahgunakan alat permainan atau bermain dengan cara yang berbahaya. Mereka harus sedar bahawa kanak-kanak tidak dapat mengagak jarak dengan betul kerana penglihatan mereka tidak sebaik penglihatan dewasa. Kanak–kanak tidak dapat melihat bahaya yang disebabkan oleh sesuatu aktiviti yang mereka lakukan.Oleh itu , adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak- anak mereka. Contoh kemalangan yang boleh berlaku di taman permainan sekiranya taman permainan tersebut dibina tidak mengikut standard keselamatan yang ditetapkan. Pengawasan ibu bapa juga adalah perlu untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Rekabentuk yang selamat di taman permainan. Faktor yang paling penting dalam menilai keselamatan di taman permainan adalah permukaan lantai yang selamat dan sesuai untuk jenis aktiviti, luas tempat bermain, pemeriksaan peralatan dan penyelenggaraan yang berterusan oleh pihak berkuasa. Permukaan lantai. Permukaan lantai di bawah alat permainan seperti gelongsor di taman haruslah
  35. 35. 35 lembut dan tebal supaya apabila kanak-kanak tersebut jatuh, permukaan tersebut dapat menahan impak tersebut dan mengurangkan kecederaan pada kanak-kanak. Permukaan lantai seperti konkrit dan tar arang batu yang dicampur dengan pasir adalah tidak sesuai. Permukaan lantai untuk bermain haruslah bebas daripada takungan air, batu, atau akar pokok kerana ia boleh menyebabkan kanak- anak tersebut terpijak dan terjatuh. Ibu bapa dan orang dewasa juga harus memastikan bahawa permukaan tersebut bebas daripada serpihan-serpihan berbahaya seperti kaca atau cebisan aluminum yang boleh memotong kulit kanak- kanak. Kepngan getah atau tikar yang dibuat dari getah sesuai dijadikan sebagai permukaan lantai kerana ia adalah selamat dan juga amat sesuai digunakan oleh orang yang berkerusi roda. Permukaan pasir juga amat sesuai untuk kanak–kanak bermain kerana ia tidak akan menyebabkan kecederaan dan tahan impak. Kawasan dan keluasan tempat bermain Kawasan permainan untuk kanak-kanak haruslah tidak padat dan mempunyai keluasan yang sesuai.Sebagai contoh, tempat bermain seperti buaian haruslah diletakkan di tempat yang berasingan dan mempunyai keluasan yang cukup supaya buaian tersebut tidak melanggar kanak-kanak lain yang sedang bermain. Peralatan bermain seperti jongkang-jongkit mempunyai kawasan kecil dan sempit dan boleh menyebabkan kecederaan sekiranya kanak- kanak meletakkan tangan atau kaki dan sekiranya tersepit di celah-celah, ia boleh mengundang bahaya. Contoh illustrasi yang diambil dari Malaysian Standard MS 966: PART 2: 2001yang menetapkan ukuran dan berat yang sesuai untuk buaian di taman permainan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh pihak berkuasa dan pembuat. Pihak pembuat/pengilang harus memberikan maklumat yang lengkap mengenai cara penyelengaraan kepada oihak berkuasa. Menurut Standard Malaysia MS 966: PART 2 : 2001, pihak tersebut harus menyatakan setiap langkah yang jelas dengan gambar sekiranya perlu untuk memudahkan proses penyelenggaraan. Setiap jenis permainan mempunyai tempoh penyelengaraan yang berbeza. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan memainkan peranan penting dalam memastikan peralatan bermain di taman permainan adalah selamat dan berkualiti. Peralatan yang longgar, patah atau rosak haruslah dikeluarkan dengan serta-merta daripada taman permainan. Bahagian yang diperbuat daripada kayu haruslah
  36. 36. 36 dipastikan teguh dan tidak reput. Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak harus berada dalan keadaan yang berkarat. Pagar atau tembok harus dibina di sekeliling taman permainan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada berlari ke jalan raya. Permukaan lantai haruslah sentiasa dipastikan supaya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak pecah atau retak.Taman permainan haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak dicemari oleh sampah sarap. Perlabelan Pembuat/ pengilang alat permainan di taman permainan hendaklah melabel alat-alat tersebut dengan butiran-butiran berikut: 1. Nama dan alamat pengilang/ pembuat yang berdaftar 2. Label atau tanda pengilang/pembuat 3. Had untuk berat 4. Tahun permainan dihasilkan 5. Nombor dan tarikh MS 966: PART 2 : 2001 Keselamatan dan kebersihan taman permainan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa harus menasihati anak- anak mereka supaya menjaga keselamatan, cara bermain yang selamat dan juga mengajar mereka supaya menjaga kebersihan taman permainan, Kanak–kanak yang diajar daripada kecil juga akan menjadi pengguna yang lebih bertanggungjawab dan perkara negatif seperti vandalisme di taman permainan dan kawasan lain dapat dielakkan.
  37. 37. 37 PENUTUP Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapatmengelak daripada terlibat dengan perbuatan menyalahgunakan bahan. Kita mesti sedar tentang fungsi sebenar kesemua bahan ini.Begitu juga dengan akibatnya jika bahan ini disalahgunakan. Sekiranya kita ada kesedaran, keberanian, dan perasaan sayang akan diri, kita dapat membebaskan diri kita daripada amalan yang merugikan ini. Keselamatan diri kita akan lebih terjamin sekiranya kita sentiasa berhati-hati. Kita mestilah selalu mengamalkan semua langkah keselamatan walaupun di mana jua kita berada.Ini dapat mengelakkan diri kita daripada ditimpa musibah.

×