Analisis model assure

  • 2,893 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,893
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
194
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGENALAN Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model ASSURE. Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan Objektif ), S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula).
  • 2. Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkahberturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yangberkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yangmantap bagi satu sesi pengajaran. MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukansetiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkanpenggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagimatapelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Rancangan pengajaran ini adalah untukrancangan pengajaran harian selama 60 minit untuk kelas 3 Gemilang yang memiliki seramai 38 orang murid. 1) Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan stail pembelajaran.Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar sosioekonomi.Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh tahun.Manakala kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.Stail pula merupakan trait psikologi seperti persepsi.Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai iaitu lemah, sederhana dan pandai. Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapatdilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis terhadap murid kitadengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :- a) Ciri-ciri umum pelajar- Tajuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3 Gemilang adalah haiwan ( memahami ciri haiwan )yang diambil dari Dokumen Standard Kurikulum tahun 3. Murid berumur 9 tahun.Murid-murid ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana.Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik.Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk pinggir bandar yang rata-rata bekerja samada di sektor swasta mahupun kerajaan.Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik
  • 3. darjah. Walaupun begitu merekamemerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalamproses pengajaran dan pembelajaran. b) Kompetensi khusus peringkat masuk - Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum murid. Pengetahuan lepas ataupunpengetahuan sedia ada yang terdapat pada murid merujuk kepada araskebolehanmurid sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelekpelajar, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supayapengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.Di sini murid- murid sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran mereka, tetapimereka tidak tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis haiwan tetapi tidak tahutentang ciri-ciri tertentu yang terdapat pada haiwan. c) Stail / Gaya Pembelajaran - Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gayapembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderungkepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupunpergerakan murid , maka dengan inilah guru akan menentukan kaedah pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat muridsupaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mendapatimurid-murid 3 Gemilang lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-bendamaujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan. 2) Nyatakan Objektif Pembelajaran( State Objective ) Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistic dan sejajar denganaras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perludirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah panduan objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience),peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkatprestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara yang penting ialah guru perlu tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk
  • 4. melaksanakan pengajaran yangberkesan sebagai contoh :-Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : 1). Mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama dan Langkah Kedua Pengajaran di mana penglibatan semua murid untuk menyatakan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan.Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan dengan baik apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada penglibatan murid. 2). Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah keempat, murid berbincang dan bekerjasama menggunting dan menampal gambar haiwan mengikut ciri pengelasan yang dipilih dengan baik .Di peringkat ini juga, murid cuba membina ayat sendiri bagi menjelaskan tentang ciri- ciri pengelasan haiwan yang dipilih secara lisan. 3) Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials) Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran.Oleh kerana kelas tersebut terdiri dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih ialah penyoalan, perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.Media yang dipilih pula ialah kad gambar dan persembahan power point.Manakala bahan yang dirancang ialah lembaran kerja.Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif.Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya. Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza- beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan sesi soal jawab, latih tubi dan latihan. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat pengelasan haiwan mengikut ciri-ciri pengelasan yang dipilih di dalam kumpulan3 bahan yang diberikan oleh guru iaitu gambar haiwan, kertas mahjong dan pen marker. Tujuannya adalah supaya murid dapat melaksanakan tugasan yang diberi berjalan dengan lancer di dalam kumpulan masing-masing.Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana
  • 5. perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan. 4) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Utilise media and materials) Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah haiwan maujud. Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan persembahan power point digunakan.Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa.Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online. 5) Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar. Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti- aktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya.Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.Selain itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti murid- murid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri yang tertentu.Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan
  • 6. memberi idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran.Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan 6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau nilai dan semak.Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar.Jika murid- murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya.Penilaian yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan objektif.Selain itu media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut disemak.Untuk penilaian, guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri yang tertentu. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru itu adalah penting untuk guru mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh.Data yang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhirpengajaran.Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari
  • 7. kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkahyang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap prosespengajaran yang telah berlaku. RUMUSAN Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaranyang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukanpenggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapatmemastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalahkerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting sepertipernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaanmedia, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum prosespengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebihefektif dan objektif pengajaran tercapai.
  • 8. RUJUKAN 1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar .Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd. 2. Ee Ah Meng (1998) .Pedagogi Untuk Bakal Guru.Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti. 3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran .Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd. 6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.