Contoh penulisan catatan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Contoh penulisan catatan

on

  • 20,756 views

 

Statistics

Views

Total Views
20,756
Views on SlideShare
20,746
Embed Views
10

Actions

Likes
1
Downloads
132
Comments
0

3 Embeds 10

http://jeglin.blogspot.com 6
https://twitter.com 2
http://madbrosports.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Contoh penulisan catatan Contoh penulisan catatan Document Transcript

  • CATATAN HARIANKamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke sebuah negeri lain. Antara tempat yangdilawati, termasuklah kawasan perkelahan, tempat bersejarah, dan pusat membeli-belah.Tulislah catatan harian sepanjang lawatan kamu itu.Sabtu, 21 Februari 20087.30 pagi - Semua peserta rombongan berkumpul di sekolah. Cikgu Khusairi dan Cikgu Sharifsibuk mencatat kehadiran murid.8.00 pagi - Bas bertolak ke Melaka. Semua kelihatan ceria. Ada yang menyanyi, termasuk saya.10.30 pagi - Tiba di Bandar Melaka. Destinasi pertama ialah Kota A Famosa yang bersejarah.Masing-masing sibuk bergambar dan mencatat sejarahnya yang dipamerkan berhampiran kotaitu. Kami juga membeli buah tangan berupa model kota itu.12.30 tengah hari - Makan tengah hari di tepi laut Bandar Hilir. Mujur aku membawa bekalkerana harga makanan agak mahal.2.00 petang - Singgah di pusat membeli-belah Melaka Parade. Memang besar dan indah. Akumembeli sehelai baju-T sebagai kenangan di Melaka.4.00 petang -Singgah pula di Pantai Tanjung Bidara. Ramai orang berkelah. Kami tidakdibenarkan mandi kerana laut bergelora. Pantainya memang indah dan bersih.5.30 petang - Bertolak untuk pulang ke Lumut. Masing-masing kelihatan letih. Ramai yang tidur.7.30 petang - Kami tiba di sekolah. Lega rasanya kerana ayah sudah sedia menunggu.Walaupun letih tetapi menyeronokkan.Isi-isi PentingPendahuluan- berkumpul di sekolah – cikgu mencatat kehadiran muridIsi- mula bertolak – semua ceria - menyanyi- tiba di Melaka – melawat kota A Famosa - bergambar – membuat catatan- membeli buah tangan/ model kota- makan tengah hari di tepi laut – makanan agak mahal- membeli-belah di Melaka Parade – membeli baju T – kenangan- singgah di Pantai Tanjung Bidara – ramai orang berkelah – pantainya indah- tidak dibenarkan mandi kerana laut bergelora- pulang – letih – tertidurPenutup- tiba di sekolah – ayah sudah menunggu- letih tetapi seronok
  • CATATAN HARIANTuliskan catatan harian aktiviti yang kamu lakukan setiap hari.Isnin, 2 Januari 2008 Seperti biasa saya ke sekolah. Pada sebelah petang, setelah makan tengah hari sayaberehat seketika. Saya menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Saya bermain bola sepak dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang. Pada sebelah malampula, saya mengulang kaji pelajaran. Saya masuk ke bilik tidur pada pukul 10.00 malam.Selasa, 3 Januari 2008 Dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang berada di sekolah. Pada sebelah petang,seperti biasa menyelesaikan kerja sekolah dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Petang ini saya tidak bermain kerana membantu bapa menanam sayur di belakangrumah. Saya mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.Rabu, 4 Januari 2008 Sebelah pagi di sekolah. Hari ini saya tidak balik ke rumah kerana ada perjumpaan ahlipengakap. Balik ke rumah pada pukul 5.00 petang. Setelah membersihkan diri, saya berehat.Saya membuat kerja rumah dari pukul 8.00 hingga 9.30 malam.Khamis, 5 Januari 2008 Seperti hari-hari yang lain, saya ke sekolah pada sebelah pagi. Mulai pukul 3.00 hingga5.30 petang saya membuat kerja rumah. Petang ini saya tidak bermain. Pada sebelah malam,saya ke masjid. Saya tidur pukul 10.30 malam.
  • Isi-isi PentingHari 1- sekolah- petang – menyiapkan kerja sekolah – bermain bola sepak- malam – mengulang kaji pelajaranHari 2- sekolah- petang – membantu bapa menanam sayur- malam – mengulang kaji pelajaranHari 3- pagi - sekolah- tidak balik sebab ada perjumpaan pengakap- malam – membuat kerja rumahHari 4- pagi - sekolah- petang – membuat kerja rumah – tidak bermain petang ini- malam – ke masjid
  • CATATAN HARIANMinggu lalu kamu telah menyertai kem motivasi di sekolah. Aktiviti yang diadakan untuk murid-murid tahun enam itu telah berlangsung selama dua hari. Tuliskan catatan harian sepanjangaktiviti tersebut.Sabtu, 6 Mac 20088:00 pagi - Mendaftar diri di dewan sekolah.9:00 pagi - Taklimat ringkas tentang penginapan dan jadual aktiviti. Kemudian menyusun kerusi meja dan membersihkan kelas yang dijadikan bilik tidur.10:00 pagi - Wisel berbunyi. Kami bergegas ke dewan. Ceramah 1 bertajuk “Membuka Minda“ oleh Cikgu Anas. Kami juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan.12:00 tengah hari - Makan dan rehat.2:00 petang - Sekali lagi wisel ditiup. Kami berkumpul di dewan. Setiap kumpulan membincangkan sebuah tajuk khusus. Tajuk perbincangan kumpulan kami ialah “Faedah Belajar Secara Berkumpulan“.3:00 petang - Semua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.4:30 petang - Minum petang dan rehat.5:30 petang - Riadah di padang sekolah.7:00 petang - Murid-murid Islam ke surau, murid bukan Islam menghadiri kelas moral. Kemudian makan malam.9:00 malam - Wisel berbunyi lagi. Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK1) dengan tema “Bersatu Teguh“ memang menyeronokkan. Kami sedar betapa pentingnya hidup bekerjasama.10:00 malam - Tidur. Rasa gembira kerana tidur beramai-ramai walaupun hanya berkatilkan susunan meja.Ahad, 7 Mac 20086:00 pagi - Wisel ditiup lagi. Kami ke surau, kemudian senaman pagi.8:00 pagi - Selepas sarapan kami ke dewan. Ceramah 2 oleh Cikgu Mardiah bertajuk "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan“.10:00 pagi - LDK 2. Temanya ”Titian Hidup”. Aktiviti ini berfaedah kerana dapat memberikan keinsafan kepada kami tentang cabaran yang akan ditempuhi.12:00 tengah hari - Makan dan rehat.2:00 petang - Ceramah akhir oleh Guru Besar bertajuk “Yakin Boleh“.3:00 petang - Bersurai dengan laungan ‘Kami Boleh!’. Tergambar kepuasan pada wajah kami yang penuh semangat.
  • Isi-isi PentingHari 1Pagi- pendaftaran- taklimat penginapan dan jadual- menyusun kerusi meja dan kelas – bilik tidur- ceramah 1 – "Buka Minda“- pembahagian kumpulan- rehatPetang- berkumpul di dewan- perbincangan kumpulan – “Faedah Belajar Secara Berkumpulan“- pembentangan hasil kerja kumpulan- minum petang- riadahMalam- pelajar Islam ke surau, bukan Islam - moral- Latihan Dalam Kumpulan – “Bersatu Teguh“ – seronok- tidur berkatilkan mejaHari 2Pagi- ke surau- senaman pagi- sarapan- ceramah 2- Latihan Dalam Kumpulan 2Petang- ceramah oleh guru besar- bersurai – laungan ’Kami Boleh’- tergambar kepuasan
  • CATATAN HARIANPada musim cuti sekolah yang lalu kamu sekeluarga telah melawat ke ibu negeri tempat kamutinggal. Keluarga anda telah menginap di sebuah hotel di bandar tersebut. Tulis sebuah catatanharian sepanjang lawatan tersebut.Selasa, 12 Mei 200811:00 pagi - Bertolak dari rumah dengan kereta. Semuanya dalam keadaan ceria.11:45 pagi - Tiba di Jambatan Pulau Pinang. Adik begitu gembira melihat pemandangan laut yang indah.1:00 petang - Kami sampai di bandar Georgetown. Keadaan lalu-lintas di bandar itu sesak. Kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar.2:30 petang - Masuk ke Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah ayah sejak seminggu lalu. Seronok sekali kerana ada kolam mandi di situ.4:00 petang - Kami bersiar-siar di sekitar bandar. Kemudian kami singgah makan pasembor di Padang Kota. Angin laut bertiup sepoi- sepoi bahasa. Sungguh nyaman sekali.6:00 petang - Kami pulang ke hotel. Kemudian saya mandi di kolam bersama ayah.8:00 malam - Berjalan-jalan di Komtar yang terletak bersebelahan hotel tempat kami menginap. Makan di Medan Selera.10:00 malam - Pulang ke hotel. Semua tidur cepat kerana kepenatan.Rabu, 13 Mei 20089:00 pagi - Selepas bersarapan, kami ke Bukit Bendera.9:30 pagi - Kami terpaksa beratur dan menanti giliran untuk menaiki kereta api Bukit Bendera kerana ramai pengunjung.10:30 pagi - Sampai di puncak Bukit Bendera. Udaranya sungguh nyaman. Kami menikmati panorama Pulau Pinang yang indah sekali.2:00 petang - Selepas turun dari Bukit Bendera, kami bersiar-siar sebentar di pantai Batu Feringgi. Ramai sekali orang berkelah di situ.4:30 petang - Pulang ke hotel. Berkemas untuk pulang.6:00 petang - Meninggalkan hotel. Pulang dengan menaiki feri. Saya dan adik tertidur sepanjang perjalanan.