~ASSALAMUALAIKUM~       ^_^
PEMBENTANGAN TENTANG  PERNIAGAAN KOPERASI                    oleh :   -Aniq Aiman B. Imran                             -Si...
KOPERASIDEFINISI KOPERASI : Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela  untuk men...
SAMBUNGAN DEFINISIPROF. DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA ANGKATAN KOPERASIKEBANGSAAN MALAYSIA; ANGKASA) Koperasi sebagai ...
CIRI-CIRI KOPERASI• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.• Terdapat 2 jenis koperasi ;-   koperasi keahlian ter...
CIRI-CIRI KOPERASI• Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.• Liabiliti terhad.• Modal diperolehi melalui yuran ...
SEJARAH AWAL KOPERASI Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan abad ke-18 apabila tercetusnya Revolusi  Peri...
~KELEBIHAN KOPERASI~
KELEBIHAN KOPERASI Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan. Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong an...
KELEBIHAN KOPERASI                             PERATURAN Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan ...
KELEBIHAN KOPERASI                     KEANGGOTAAN & SUKARELA Keanggotaan sukarela dan terbuka tanpa ada sebarang sekatan...
KELEBIHAN KOPERASI AUTONOMI & KEBEBASAN Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti  mengiku...
PERBANDINGAN     CIRI-CIRI             KOPERASI               SYARIKAT SWASTATUJUAN           Membaiki taraf hidup dengan ...
KELEMAHAN KOPERASI
~KELEMAHAN KOPERASI~• Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli  koperasi kurang aktif...
PERNIAGAAN KOPERASI YANG        DIPILIH
ANGKATAN KOPERASIKEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD         ANGKASA
SEJARAH & OBJEKTIF                                  PENUBUHANSejarah Penubuhan ANGKASAAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysi...
SEJARAH & OBJEKTIF                            PENUBUHANObjektif Penubuhan ANGKASA Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysi...
KEAHLIAN ANGKASA                       KEAHLIAN ANGKASA Keahlian ANGKASA adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua ...
ANGKASACarta jumlah ahli sah ANGKASA
ANGKASA                             Organisasi ANGKASA   ANGKASA mengadakan Persidangan Kebangsaannya ataupun Mesyuarat  ...
ANGKASASTRUKTUR ORGANISASI ANGKASA
STRUKTUR BAHAGIAN   PENTADBIRAN
STRUKTUR BAHAGIAN   PENGURUSAN
SEKIANADA SEBARANG PERTANYAAN ?
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Presentation

1,353

Published on

Published in: Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,353
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Presentation"

  1. 1. ~ASSALAMUALAIKUM~ ^_^
  2. 2. PEMBENTANGAN TENTANG PERNIAGAAN KOPERASI oleh : -Aniq Aiman B. Imran -Siti Nur Izzaty Bt Jozaiddi -Syafika Bt Haja Mohideen
  3. 3. KOPERASIDEFINISI KOPERASI : Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Koperasi atau “co-operative” adalah terjemahan langsung daripada “co-operative” yang berasal daripada perkataan Latin “co-operari”. Co- bersama ; operari – bekerja BI – co-operative ( bekerjasama, tolong-menolong & bantu- membantu ) Koperasi = sebuah persatuan manusia Ditubuhkan secara sukarela yang dimiliki,dikuasai dan dilanggani oleh anggota ditadbir secara demokrasi untuk membuat keperluan sosio-ekonomi dan cita-cita bersama.
  4. 4. SAMBUNGAN DEFINISIPROF. DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA ANGKATAN KOPERASIKEBANGSAAN MALAYSIA; ANGKASA) Koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara tolong- menolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama.C.R FAY Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama olehnya.AKTA KOPERASII 1993, SEKSYEN 4(1) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu dan koperasi berdaftar yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan sosio-ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi .IKATAN KOPERASI ANTARABANGSA (ICA) Sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, social dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.
  5. 5. CIRI-CIRI KOPERASI• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.• Terdapat 2 jenis koperasi ;- koperasi keahlian terhad, seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia.- Koperasi ahli yang bebas, seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.• Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif di semua peringkat koperasi.
  6. 6. CIRI-CIRI KOPERASI• Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.• Liabiliti terhad.• Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.• Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.• Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.• Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.• Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.
  7. 7. SEJARAH AWAL KOPERASI Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan abad ke-18 apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian di England. Timbul hasil dari kesan langsung kepada pembanjiran pekerja di sektor perkilangan yang telah dieksploitasi pihak pengilang. Tenaga buruh ini telah ditindas dengan bayaran upah yang rendah, masa kerja yang panjang dan keadaan bekerja yang amat membebankan. Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang penenun untuk menyumbang modal sebanyak 1 pound seorang dengan menubuhkan sebuah kedai runcit yang menjual barangan kegunaan asas. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1844 dan merupakan titik permulaan kepada sejarah gerakan koperasi. Mereka dikenali sebagai Pelopor Rochdale telah muncul sebagai kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia, seterusnya berjaya menubuhkan koperasi kilang tepung dan kilang kain. Konsep yang mereka gunakan adalah faedah tetap atas modal dengan agihan keuntungan berasaskan langganan kepada pembelian di koperasi. Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna di kawasan bandar akhirnya tersebar sehingga ke kawasan luar bandar di kalangan petani-petani. Ekoran daripada perkembangan ini, koperasi telah terlibat dalam berbagai aktiviti seperti pertanian, kredit, insurans, khidmat kesihatan, perumahan dan lain-lain.
  8. 8. ~KELEBIHAN KOPERASI~
  9. 9. KELEBIHAN KOPERASI Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan. Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka. Cukai yang dikenakan keatas keuntungan lebih rendah jika dibandingkan dengan cukai kepada syarikat berhad. Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian. Liabiliti terhad. Wujud secara berterusan iaitu entiti berasingan. Kelebihan koperasi juga terbahagi kepada 3 iaitu dari segi peraturan, keanggotaan & sukarela dan autonomi & kebebasan.
  10. 10. KELEBIHAN KOPERASI PERATURAN Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan darjat. Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan anggota untuk bekerja bersama-sama dalam setiap aktiviti demi menyelesaikan masalah bersama. Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai keperluan anggota bukan tujuan mendapat keuntungan semata-mata
  11. 11. KELEBIHAN KOPERASI KEANGGOTAAN & SUKARELA Keanggotaan sukarela dan terbuka tanpa ada sebarang sekatan dari segi taraf sosioekonomi, agama mahupun pegangan politik. Keanggotaan adalah kepada sesiapa yang boleh mendapat manfaat daripada kegiatan koperasi dan bersedia menerima segala tanggungjawab sebagai anggota. Bebas untuk menarik diri. Kawalan demokratik anggota. Kuasa muktamad terletak pada anggota kerana kuasa tertinggi di dalam struktur organisasi koperasi adalah berada ditangan anggota dalam mesyuarat agung. Prinsip pengundian adalah satu anggota satu undi tanpa mengira jumlah saham yang dimiliki anggota.
  12. 12. KELEBIHAN KOPERASI AUTONOMI & KEBEBASAN Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian. Koperasi juga berhak menentukan faedah yang boleh diperoleh dan juga bagaimana koperasi digerakkan berlandaskan prinsip-prinsip dan undang- undang koperasi yang sedia ada. Memberi kebebasan kepada koperasi menentukan hala tuju dan matlamat koperasi, kebebasan untuk menggaris, menambah dan membatalkan Undang- Undang Kecil (UUK), memilih anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk mentadbir koperasi, bebas untuk bergabung dengan mana-mana koperasi yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada anggota-anggota koperasi. Prihatin terhadap ekonomi, menitik beratkan tanggungjawab sosial pihak koperasi dan anggota-anggotanya terhadap komuniti di kawasan operasi.
  13. 13. PERBANDINGAN CIRI-CIRI KOPERASI SYARIKAT SWASTATUJUAN Membaiki taraf hidup dengan Mengutamakan keuntungan mengutamakan kebajikan ahli. kepada pelabur dan pemegang saham.ANGGOTA Terbuka dan milik saham Ahli yang menyumbangkan seseorang ahli dihadkan. modal.PEMBAHAGIAN Keuntungan, kerugian dan Keuntungan, kerugian danKEUNTUNGAN tanggungjawab dibahagi sama tanggungjawab dihagi rata. mengikut jumlah saham ahli.KEPENTINGAN Ahli dan pelanggan. Pemegang saham.LIABILITI Terhad. Tidak terhad.
  14. 14. KELEMAHAN KOPERASI
  15. 15. ~KELEMAHAN KOPERASI~• Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.• Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.• Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.• Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.• Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.• Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.• Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak di senaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.
  16. 16. PERNIAGAAN KOPERASI YANG DIPILIH
  17. 17. ANGKATAN KOPERASIKEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD ANGKASA
  18. 18. SEJARAH & OBJEKTIF PENUBUHANSejarah Penubuhan ANGKASAAngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA : Koperasi apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara. Diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971. Ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. Ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam kegiatan perniagaan seperti koperasi-koperasi lain. Sebagai koperasi apex ianya memperjuangkan cita-cita serta hak kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.
  19. 19. SEJARAH & OBJEKTIF PENUBUHANObjektif Penubuhan ANGKASA Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memperjuangkan hak dan kepentingan pergerakan koperasi. Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melaksanakan program pendidikan koperasi dan mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi di kalangan rakyat Malaysia. Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang termampu oleh ANGKASA bagi membantu perjalanan dan pentadbiran koperasi-koperasi ahli.
  20. 20. KEAHLIAN ANGKASA KEAHLIAN ANGKASA Keahlian ANGKASA adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua koperasi di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Tiap-tiap koperasi yang memohon untuk menjadi ahli ANGKASA hendaklah membayar yuran masuk sebanyak:• RM 30.00 bagi koperasi sekolah• RM 100.00 bagi koperasi asas• RM 200.00 bagi koperasi menengah• RM 300.00 bagi koperasi atasan
  21. 21. ANGKASACarta jumlah ahli sah ANGKASA
  22. 22. ANGKASA Organisasi ANGKASA ANGKASA mengadakan Persidangan Kebangsaannya ataupun Mesyuarat Agung tahunan setahun sekali. Amalan demokrasi dalam menentukan kepimpinan diamalkan di ANGKASA. Pemilihan jawatan tertinggi seperti jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga jawatan Naib Presiden dijalankan secara membuang undi. Selain pemilihan, persidangan akan membentangkan semua laporan am dan laporan kewangan ANGKASA disamping membincangkan isu-isu berbangkit secara rasmi
  23. 23. ANGKASASTRUKTUR ORGANISASI ANGKASA
  24. 24. STRUKTUR BAHAGIAN PENTADBIRAN
  25. 25. STRUKTUR BAHAGIAN PENGURUSAN
  26. 26. SEKIANADA SEBARANG PERTANYAAN ?
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×