Laporan pengurus pentadbiran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Laporan pengurus pentadbiran

on

  • 6,417 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,417
Views on SlideShare
6,417
Embed Views
0

Actions

Likes
5
Downloads
247
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Laporan pengurus pentadbiran Laporan pengurus pentadbiran Document Transcript

  • 6. 0 LAPORAN PENGURUS PENTADBIRAN6.1 Profil Pengurus PentadbiranENCIK MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSORPengurus Pentadbiran bermula 4 Februari 2010 Encik Muhamad Ashraf b Che Mansor, warganegara Malaysia,berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada4 Februari 2010 sebagai Pengarah Pentadbiran I’ ExCelSdn.Berhad bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010. Padamasa itu beliau memegang jawatan sebagai PengarahPentadbiran.TanggungjawabSebelum ini beliau menjawat jawatan sebagai KetuaMultimedia Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shahsejak 2009 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi AhliKelab Komputer. Diberi sepenuhnya kepercayaan untukmenjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dari2008 hingga tahun 2011.Pengalaman UsahawanBeliau juga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Pengerusi Seratas CyberAccess Network (SCAN) tahun 2010 hingga tahun 2011.Seratas Cyber Access Network(SCAN) beroperasi sebagai kafe siber sekolah yang memupuk nilai perniagaan dalam diribeliau sehingga menceburi bidang keusahawanan. Antara kejayaan beliau ialahpeningkatan keuntungan sehingga 70% dalam pengendalian pegoperasian kafe sibertersebut.Minat dan BakatBeliau juga gemar dalam menceburi bidang multimedia dan animasi. Bakat beliau digunakandalam penghasilan montaj multimedia bagi majlis-majlis rasmi dan mendapat pengiktirafandi Daerah Larut Matang dan Selama apabila Berjaya mendapat tempat ke-3 dalampenghasilan video kreatif. Selain itu, bakat kreatif beliau juga digunakan untuk menghasilkan
  • rekaan-rekaan baju menarik untuk dijual kepada pelajar. Untung yang diperolehi hasildaripada jualan sangat memberangsangkan dan memupuk nilai cinta akan keusahawanan.Kata-kata Rasuluallah S.A.W menjadi pegangan kukuh dalam diri beliau iaitu “1/10 daripadapintu rezeki datangnya daripada berniaga”.Kejayaan dan pengiktirafanAntara kejayaan besar yang pernah beliau perolehi dalam kerjaya beliau ialah mendapatsijil pengikitirafan syarikat besar Microsoft Office daripada Steve Ballmer, PengarahMicrosoft. Beliau diiktiraf sebagai Microsoft Office Word 2007 Specialist pada tahun 2010.Beliau juga mendapat tempat ke-3 dalam penghasilan montaj kreatif di Daerah Larut Matangdan Selama. Sijil Microsoft Office Word Specialist Karnival ICT Montaj yang Berjaya dihasilkan Daerah Larut Matang & Selama di laman Facebook
  • SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
  • 6.2 Tinta Pengurus Pentadbiran Alhamdullilah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi kerana rahmat dan kurnia-NyaLaporan Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. dapat dihasilkan bagi tahun 2010. Selaku Pengarah Pentadbiran Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. ingin saya merakamkansetinggi-tinggi ucapan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yangmenganjurkan program yang bercirikan keusahawanan supaya terlibat dengan ProgramUsahawan Muda ini untuk memajukan bangsa dan negara tercinta. Jutaan terima kasihdiucapkan kepada pihak sekolah dan Pengetua Cemerlang, Puan Rahimah Binti Mohd Surakerana sentiasa menyokong aktiviti syarikat sepanjang penubuhannya. Segala projek yangdijalankan sentiasa mendapat keizinan daripada pihaksekolah dan Puan PengetuaCemerlang. Terima kasih atas sokongan yang memberangsangkan ini. Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B MohdBaharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarahterutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingandaripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terimakasih cikgu. Di samping itu, terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah danahli pemegang saham atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang penubuhan syarikatini. Harapan kami dalam Program Usahawan Muda ini ialah supaya syarikat kami terusmemperoleh kejayaan dalam perniagaan dan sentiasa diberi kepercayaan daripadapelanggan.
  • Di samping itu, harapan kami juga adalah supaya I’ExCeL Sdn.Bhd. terpilih sebagaisyarikat terbaik PUM peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Kejayaan ini hadiahyang kami mampu bayar sebagai membalas jasa guru-guru dan pihak lain yang terlibat.Insya-Allah. Di sini juga saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam ProgramUsahawan Muda (PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihakPerbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawanbumiputera yang cemerlang. Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepadasyarikat ini, amat saya hargai. Akhir kata daripada saya, menjadikan kata-kata cendiakawanBill Gates sebagai pegangan saya.“As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others.”-Bill GatesSekian, terima kasih.(Muhamad Ashraf b Che Mansor)Pengurus Pentadbiran,Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 6.3 Tugas Pengurus PentadbiranSeorang Pengurus Pentadbiran melaksanakan tanggungjawab pengurusan sumbermanusia bagi memastikan tugas dan gerak kerja ahli syarikat berjalan sempurna. Antartugas-tugas utama Pengurus Pentadbiran ialah :- Menyediakan notis dan minit mesyuarat syarikat kepada para pemegang saham sebelum mesyuarat.  diadakan selewat-lewatnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat akan diadakan. Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat, memegang rekod peribadi ahli-ahli syarikat, kakitangan dan pemegang saham. Menyediakan agenda dan mencatat minit mesyuarat serta mengedarkan minit mesyuarat kepada para pemegang saham sebelum mesyuarat diadakan. Memantau dan memastikan semua ahli tahu serta melaksanakan tugaas masing- masing Menjadualkan aktivti serta tugas setiap ahli dalam semua projek. Memotivasikan serta memberi perangsang kepada ahli-ahli syarikat.  Pembayaran gaji dan upah ahli syarikat.Beliau melaraskan pembahagian tugas ahli-ahli syarikat. Menyediakan Sijil Saham ahli dan diberikan kepada pengurus kewangan. Bertindak sebagai setiausaha syarikat dan sebagai orang kanan kepada Pengurus Besar mewakili Pengurus Besar dalam mesyuarat dan sebarang perjumpaan sewaktu ketiadaannya.
  • 6.4 Penilaian Prestasi SyarikatPENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Sebagai seorang Pengurus Pentadbiran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhiroperasi syarikat.Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkansasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Pentadbiransyarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah KPI yangditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola. Melaksanakan mesyuarat bulanan Menyimpan rekod dan dokumen dengan selamat Memastikan gaji dikeluarkan tepat pada masanya Kehadiran dalam mesyuarat mencapai 100%KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu“Mementingkan integriti dalam semua hal pengurusan.(Integrity in all matters)”, beliautelah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pentadiran. Berikut merupakanrajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN Melaksanakan mesyuarat Menyenaraikan semua jenis mesyuarat Tercapai bulanan di dalam takwim tahunan Menyimpan rekod dan Menyediakan fail- fail supaya lebih Tercapai dokumen dengan selamat teratur Memastikan gaji di keluar kan Perbincangan bersama 5 orang Ahli Tercapai tepat pada masanya Lembaga Pengarah Membuat hebahan kepada ahli-ahli, Kehadiran dalam mesyuarat Tercapai yang mempunyai aktiviti tertentu mencapai 100% dikecualikan
  • PRESTASI PENTADBIRAN SYARIKAT Secara keseluruhannya, ahli Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa komited sertabersungguh-sungguh dalam setiap tugas yang diberikan. Sistem pembayaran gaji yangteratur dan pembahagian tugas yang sistematik dan adil berjaya memotivasi ahli syarikatuntuk meningkat prestasi kerja dan cekap semasa menjalankan tugas masing-masing. Dari penilaian prestasi Guru Pengelola setiap kali Mesyuarat bersama GuruPengelola diadakan, syarikat kurang mengalami masalah yang kritikal dan semua ahlimemberi kerjasama yang memberansangkan dengan menyokong semua keputusanmesyuarat sebulat suara. Setiap ahli syarikat menyedari tujuan dan matlamat utama syarikatsetelah diberi penekanan dalam Mesyuarat Pemegang saham yang banyakmembincangkan halatuju syarikat dan matlamat sesuatu projek. Pembahagian tugas, pengurus pentadbiran mewujudkan dua kumpulan yangmempunyai fungsi yang tersendiri dalam pengendalian projek. Kumpulan pengurusan akandiberikan tanggungjawab melaksanakan projek-projek yang ditetapkan dan dibantukumpulan sokongan yang terdiri dari ahli syarikat. Kumpulan ini diwujudkan bertujuan untukmemastikan ahli syarikat dapat mempamerkan kecekapan dan diselaraskan dengankemahiran ahli syarikat supaya projek yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengansempurna dan efektif. Masalah kekurangan pekerja di atasi dengan memberikan ahli syarikat yang pakardan mahir untuk melaksanakan tugas yang rumit. Melalui pembahagian tugas ini, syarikatdapat melaksanakan berbagai projek dalam masa yang sama menimba pengalamanmengendalikan projek dengan lebih berkesan.
  • 6.5 Laporan Pengurusan SyarikatSISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Lembaga Pengarah Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. komited untuk mencapaikecemerlangan dalam mentadbir dan memperakui bahawa tanggungjawab utama untukmentadbir syarikat adalah urusan Ahli Lembaga Pengarah. Sebahagian tanggungjawabutama Pengurus Pentadbiran adalah menyelaraskan dan mengklasifikasikan tugas-tugasahli syarikat berasaskan projek dan aktiviti syarikat sepanjang operasi syarikat. Kejayaansesebuah organisasi sebenarnya bergantung kepada bagaimana sumber manusia diuruskanselaras dengan halatuju sesebuah syarikat. Sistem Pengurusan Sumber Manusia diperkenalkan dalam pengurusan pentadbiranyang meliputi perkara-perkara berikut :  pengambilan dan pemilihan ahli syarikat  latihan dan pembangunan (seminar/kursus/bengkel)  penilaian prestasi kerja  ganjaran dan faedah  keselamatan dan kebajikan pekerja Sebagai pengurus pentadbiran, pengurusan sumber manusia melibatkanpembentukan sesebuah organisasi yang cekap dan berkesan untuk mencapai objektif danmatlamat syarikat.Pengambilan Dan Pemilihan Ahli Syarikat Syarikat dibentuk melalui pemilihan 5 orang Ahli Lembaga Pengarah oleh GuruPengelola sebagai Kumpulan Perintis. “Iklan Perjawatan Kosong” dihebahkan dalam iklanpapan kenyataan Usahawan Muda dan melalui pengumuman. Borang disediakan untukmendapatkan butiran ahli yang berminat dan diedarkan. Borang yang lengkap diisi untukdinilai dan dikenalpasti butiran dengan teliti bagi memilih ahli syarikat. Kriteria ditetapkanuntuk memastikan ahli syarikat yang dipilih ialah ahli yang mampu memainkan peranan dantugas yang diberikan dengan cekap dan berkesan. Seterusnya Mesyuarat Agong Penubuhan diadakan untuk menetapkan resolusi-resolusi syarikat. Nama syarikat, logo syarikat, nilai saham dan senarai nama ahli syarikatdidaftarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Ahli syarikat ditawarkanmenjadi pelabur dan pemegang saham syarikat. Setelah menerima bayaran saham daripadaahli, sijil saham dikeluarkan dan butiran pelaburan direkodkan dan disimpan.
  • PROSES PENGAMBILAN DAN PEMILIHAN SYARIKAT PEMILIHAN 5 ORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH (Kumpulan Perintis) Dipilih oleh Guru Pengelola HEBAHAN IKLAN PERJAWATAN (Pengambilan Ahli Syarikat) PENGEDARAN BORANG (Pengambilan Ahli Syarikat) PEMILIHAN AHLI SYARIKAT (Penilaian Kriteria Ahli) MESYUARAT AGONG PENUBUHAN SYARIKAT (Nama Syarikat, Logo Syarikat, Nilai Saham ditentukan) SAHAM DITAWARKAN (Sijil Saham dikeluarkan) PENDAFTARAN SYARIKAT (Didaftarkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak)
  • Latihan Dan PembangunanPengurusan Sumber Manusia merancang dan menyusun program dan latihan kepadasemua ahli syarikat untuk mempertingkatkan prestasi kerja yang cekap dan berkesan untukmencapai matlamat syarikat. Antara program latihan yang dilaksanakan adalah seiringdengan penganjuran seminar dan kursus daripada Pihak Sekretariat Perbadanan KemajuanNegeri Perak. Berikut adalah kursus yang diikuti oleh ahli syarikat. Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah (Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak) Kursus Pengurusan Perniagaan dan Koperasi (Anjuran Angkasa bersama Koperasi SERATAS) Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Tahunan (Anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) Kursus Perniagaan Perkhidmatan Perlancongan (Anjuran Angkasa bersama Koperasi SERATAS) Kem Keusahawanan : Bengkel Pembubaran Syarikat (Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak) Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat (Anjuran Perbadan Kemajuan Negeri Perak)Penilaian Prestasi Kerja Bahagian terpenting dalam Pengurusan Sumber manusia adalah Penilaian PrestasiKerja. Pengurus Pentadbiran sepatutnya memberi sokongan dan keadaan yang sesuaikepada ahli syarikat bagi mendapatkan keputusan penilaian prestasi yang di kehendaki.Perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh Pengurus Pentadbiran dalam menilai prestasiahli syarikat adalah seperti berikut :- 1. Memberi sokongan secara praktikal yang bersesuaian dengan sumber yang sedia ada. 2. Memastikan pekerja mengetahui dengan jelas keputusan prestasi penilaian yang diperlukan dan memberi khidmat nasihat jika di perlukan. 3. Memberi program latihan dan pembangunan kepada pekerja supaya mereka dapat mencapai prestasi yang dikehendaki. 4. Mengubahsuai pengukuran sasaran, keutamaan dan prestasi berdasarkan kepada perubahan di dalam keutamaan organisasi, pasaran, dasar syarikat dan sebagainya.
  • Sistem Pengurusan Prestasi meliputi 3 langkah penting dalam kitaran PenilaianPrestasi Kerja; a. Rancangan Prestasi Perbincangan perancangan prestasi dilakukan pada permulaan kitaran pengurusan prestasi (iaitu pada bulan awal penubuhan syarikat) seperti berikut; - Ahli Lembaga Pengarah : menetapkan matlamat perniagaan, Key Performance Index (KPI) dan sasaran yang perlu disampai ke seluruh ahli syarikat melalui pengurus. - Guru Pengelola : menentukan keputusan yang diingini dan menetapkan matlamat dan sasaran individu serta mengesahkan sasaran yang ditetapkan. - Guru Pengelola : menentukan kompetensi dan menetapkan objektif perkembangan ahli syarikat. b. Penilaian Prestasi Sistem pengurusan prestasi mewajibkan Pemantauan Prestasi Pertengahan Kitaran (iaitu pada minggu ke 17 dan 18) seperti berikut; - Menggalakkan perbincangan dan memberi bimbingan secara berterusan. - Mendapatkan maklum balas daripada ahli syarikat dan pelanggan. - Mengubahsuai dan menyemak semula matlamat serta sasaran yang ditetapkan sekiranya strategi perniagaan berubah serta perbincangan pencapaian kompetensi. Perbincangan Prestasi Akhir dilakukan oleh Guru Pengelola pada akhir kitaran (iaitu pada minggu ke 35) seperti berikut; - Guru Pengelola membandingkan matlamat dan sasaran yang ditetapkan dan tahap kompetensi yang disasarkan menggunakan skala perkadaran. - mengenal pasti peluang kemajuan dan perkembangan ahli syarikat untuk kitaran pengurusan prestasi akan datang c. Ganjaran Prestasi Hasil daripada penilaian prestasi akan mengaitkan prestasi setiap ahli syarikat dengan ganjaran seperti kenaikan gaji, bonus dan juga faedah.
  • Ganjaran dan FaedahSyarikat menyediakan ganjaran dan faedah setimpal dengan sumbangan yang diberikanoleh ahli syarikat. Pengurusan ganjaran meliputi gaji, upah dan faedah yang diberikankepada ahli syarikat atas faktor prestasi, tugas dan tanggungjawab. Objektif ganjaran danfaedah imbuhan prestasi kerja bertujuan:- Untuk motivasi ahli syarikat apabila mereka diberi penghargaan yang mempunyai kaitan terhadap daya usaha mereka. Untuk meningkatkan fokus dan komitmen ahli syarikat dalam mencapai objektif. Untuk melatih dan menentukan kakitangan yang berkualiti tinggi. Untuk memastikan imbuhan adalah sejajar dengan prestasi organisasi. Untuk mencapai objektif organisasi, beberapa bayaran insentif boleh dibuat. Untuk menggalakan fokus terhadap prestasi individu ataupun pasukan ianya bergantung terhadap keperluan organisasi. Definisi Gaji ialah merupakan gaji asas yang telah dipersetujui oleh Ahli LembagaPengarah yang merupakan jumlah wang pembayaran selaras dengan sumbangan yangdiberikan kepada syarikat. Imbuhan ialah jumlah amaun yang dibayar ditambah seperti bonus, keuntungansyarikat yang dijangkakan oleh ahli syarikat untuk diperolehi. Ia merupakan jumlah amauntunai yang seharusnya dibayar. Upah merupakan jumlah nilai pakej ganjaran termasuk nilai yang telah ditetapkanatau sebarang faedah yang telah dijanjikan oleh syarikat.Keselamatan Dan Kebajikan PekerjaKeselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasisyarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab pengurus pentadbiran di bawah AktaKesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentangkesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta inidikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian SumberManusia. Keselamatan dan kesihatan ahli syarikaat diutamakan sepanjang pengurusansyarikat. Cuti diberi sekiranya ahli syarikat mengalami masalah kesihatan semasabertugas dan sekiranya terlibat dengan aktiviti dan program mempunyai prioriti yang lebihpenting.
  • 6.6 Pengurusan MesyuaratJENIS MESYUARATSyarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. melaksanakan mesyuarat sebanyak 20 kali sepanjang tempohoperasi syarikat. Berikut adalah jenis-jenis mesyuarat yang telah dijalankan. Jenis Mesyuarat Bilangan Mesyuarat Agong Tahunan(Penubuhan) 1 kali Mesyuarat Pemegang Saham 7 kali Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 8 kali Mesyuarat Pengurusan 3 kali Mesyuarat Pembubaran 1 kali Pecahan Mesyuarat Syarikat IExCeL Sdn. Bhd. 10% 15% 40% Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Saham Pengurusan 35% Penubuhan /PembubaranTATACARA MESYUARATSetiap syarikat mempunyai tatacara mesyuarat tertentu dan secara umumnya tatacaramesyuarat mengandungi 2 peringkat seperti berikut :- (a) Peringkat Pra-mesyuarat meliputi peringkat perancangan, pengumuman dan persediaan mesyuarat. (b) Peringkat Mesyuarat meliputi pembukaan, pengesahan minit mesyuarat lepas, perbincangan mengikut agenda, perbincangan isu berbangkit dan penutup.
  • Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. telah menetapkan tatacara mesyuarat sendiri untuk memastikansemua perancangan dibincangkan di dalam agenda mesyuarat dan meliputi semuaperingkat daripada kumpulan pengurusan sehingga kepada kumpulan sokongan.A. Mesyuarat Ahli Lembaga PengarahPenglibatan :Terdiri daripada 5 Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua ProjekTujuan : a. Membincangkan tentang perkembangan, pengurusan serta prestasi syarikat. b. Membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh syarikat. c. Membincangkan semua tentang idea atau masalah yang timbul daripada ahli syarikat (pelabur).Tempoh :Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.B. Mesyuarat Pemegang SahamPenglibatan :Terdiri daripada Pemegang-pemegang saham (pelabur syarikat)Tujuan : a. Membincangkan tentang polisi syarikat serta menentukan keputusan antara pemegang saham. b. Mendapatkan idea dan pandangan daripada setiap ahli syarikat (pelabur syarikat). c. Memberitahu semua ahli syarikat tentang perkembangan syarikat serta pengagihan tugas untuk setiap projek. d. Membincangkan sebarang masalah sama ada tentang syarikat mahupun ahli syarikat.Tempoh :Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali selepas Mesyuarat Ahli LembagaPengarah.
  • C. Mesyuarat PengurusanPenglibatan :Terdiri daripada 5 Ahli Lembaga Pengarah dan Guru PengelolaTujuan : a. Membentangkan perancangan projek sepanjang tempoh tertentu b. Membuat penilaian pencapaian prestasi setiap Ahli Lembaga Pengarah c. Sumbangsaran mengenai idea dan modifikasi yang dibuat mengenai projek yang dirancang d. Membuat post-mortem projek yang telah dijalankan secara keseluruhan.Tempoh :Diadakan mengikut keperluan. Di awal operasi (perancangan perniagaan), dipertengahan operasi (pemantauan prestasi) dan di akhir operasi (penilaianprestasi).D. Mesyuarat PenubuhanPenglibatan :Terdiri daripada Ahli Syarikat dan Guru PengelolaTujuan : Melantik Lembaga Pengarah. Menjana idea perancangan perniagaan dan jadual pelaksanaan. Menentukan nilai saham seunit ditawarkan kepada semua ahli syarikat. Pembahagian tugas dan merancang projek perniagaan. Menetapkan tarikh penubuhan dan mendaftarkan syarikat.Tempoh :Diadakan pada awal operasi syarikat selepas Kumpulan Perintis berjaya memilihahli syarikat yang berminat menyertai program usahawan muda.
  • BUTIRAN MESYUARAT YANG TELAH DIJALANKANBil Mesyuarat Tarikh Tempat Bilik Tayangan, Pusat 1. Mesyuarat Agong Penubuhan 4/2/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat 2. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 10/2/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat 3. Mesyuarat Pemegang Saham 18/2/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat 4. Mesyuarat Pengurusan 3/3/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat 5. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 10/3/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat 6. Mesyuarat Pemegang Saham 20/3/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat 7. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/4/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat 8. Mesyuarat Pemegang Saham 5/4/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat 9. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/5/2010 Sumber10. Mesyuarat Pengurusan 3/6/2010 Bilik Guru Bilik Rujukan, Pusat11. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 5/6/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat12. Mesyuarat Pemegang Saham 14/6/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat13. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 4/7/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat14. Mesyuarat Pemegang Saham 14/7/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat15. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 4/8/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat16. Mesyuarat Pemegang Saham 18/8/2010 Sumber Bilik Rujukan, Pusat17. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 6/9/2010 Sumber Bilik Tayangan, Pusat18. Mesyuarat Pemegang Saham 13/9/2010 Sumber19. Mesyuarat Pengurusan 19/10/2010 Bilik Guru Bilik Tayangan, Pusat20. Mesyuarat Pembubaran 30/10/2010 Sumber
  • CONTOH NOTIS MESYUARAT YANG DIKELUARKANNOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN PENUBUHAN SYARIKATDENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agong Tahunan PenubuhanSyarikat akan diadakan di BILIK TAYANGAN, PUSAT SUMBER SM SAINS RAJATUN AZLAN SHAH,TAIPING pada Hari Khamis, 4 Februari 2010 jam 3.00 petangbagi tujuan melaksanakan urusan-urusan berikut :AGENDASEBAGAI URUSAN BIASA1. Untuk melantik semula penama-penama berikut sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat oleh kerana layak, telah menawarkan diri untuk dilantik semula.(Resolusi 1) i) Danial Bin Tarmizi selaku Pengurus Besar ii) Muhamad Ashraf Bin Che Mansor selaku Pengurus Pentadbiran iii) Nurulhuda Binti Hashim selaku Pengurus Pengeluaran iv) Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali selaku Pengurus Pemasaran v) Ili Fatini Suriati Binti Jailani selaku Pengurus Kewangan2. Memberi nama eksekutif Syarikat Sendirian Berhad dan logo syarikat serta motto syarikat. (Resolusi 2)3. Meminta cadangan projek dan aktiviti syarikat untuk pengisian perniagaan sepanjang 36 minggu. (Resolusi 3)4. Menyediakan rancangan perniagaan sepanjang 36 minggu.5. Menentukan kumpulan sokongan dibawah Pengurus dan pembahagian tugas- tugas setiap bahagian pengurus. (Resolusi 4)6. Menentukan nilai seunit saham dan menawarkan kepada semua pelabur. Semua pelabur diisytiharkan sebagai pemegang saham (ahli syarikat). (Resolusi 5)7. Mencadangankan tarikh penubuhan bai menentukan tarikh berakhir tempoh operasi selama 36 minggu. (Resolusi 7)Untuk mempertimbangkan dan sekiranya didapati wajar, didapati meluluskanresolusi berikut dengan atau tanpa modifikasi.DENGAN MENURUT PERINTAH LEMBAGA PENGARAHMuhamad Ashraf Bin Che Mansor (Pengurus Pentadbiran)
  • Prestasi Mesyuarat Agong Tahunan PenubuhanDipengerusikan oleh guru Pengelola sebagai permulaan pembentukan syarikat bagipenubuhan syarikat di sekolah. Mesyuarat Agong Penubuhan bagi berbincang tentangpenerbitan saham, aktiviti syarikat dan tempoh perniagaan syarikat. Semua ahli diberikanpenerangan tentang Program Usahawan Muda mengenai tujuan penubuhannya. Lima ahli lembaga pengarah juga telah dilantik semula dikalangan Kumpula Perintismelalui mesyuarat ini. Segala aktiviti tahunan secara kasar dibincangkan untuk menjayakanmatlamat syarikat yang ingin dicapai. Nilai saham seunit bagi ahli syarikat ialah RM10.00 seunit saham. Lima ahli lembagapengarah di tetapkan RM12.00 seunit saham. Tempoh perniagaan dibincang antara4/2/2010 hingga 31/10/2010. Kehadiran ahli diambil kira setiap kali perjumpaan diadakan. Kehadiran ahli-ahlipemegang Saham direkodkan seperti berikut : BIL NAMA JAWATAN 1 DANIAL B TARMIZI PENGURUS BESAR 2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR PENGURUS PENTADBIRAN 3 NURUL HUDA BT HASHIM PENGURUS PENGELUARAN 4 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI PENGURUS PEMASARAN 5 ILI FATINI SURITI BT JAILANI PENGURUS KEWANGAN 6 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI PENGURUS MULTIMEDIA 7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD PEMEGANG SAHAM 8 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR PEMEGANG SAHAM 9 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH PEMEGANG SAHAM 10 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK PEMEGANG SAHAM 11 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK PEMEGANG SAHAM 12 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR PEMEGANG SAHAM 13 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN PEMEGANG SAHAM 14 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY PEMEGANG SAHAM 15 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID PEMEGANG SAHAM 16 ROZETA BINTI ASBULAH PEMEGANG SAHAM 17 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI PEMEGANG SAHAM 18 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL PEMEGANG SAHAM 19 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN PEMEGANG SAHAM 20 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN PEMEGANG SAHAM 21 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN PEMEGANG SAHAM 22 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN PEMEGANG SAHAM 23 NORADILA BINTI MOHD ALIAS PEMEGANG SAHAM 24 NORAIN BINTI ABD LATIF PEMEGANG SAHAM 25 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN PEMEGANG SAHAM
  • Prestasi Mesyuarat Pemegang SahamMesyuarat ini diadakan bagi membincangkan segala aktiviti syarikat danmenerangkan jalan penyelesaian segala masalah ketika jualan secara umum kepadasemua ahli. Di dalam bulan Mac, Mesyuarat Pemegang Saham diadakan beberapa kalisecara tergempar kerana 2 projek besar berlangsung iaitu I’ExCeL IQ Challenge danHostel Open Day. Setiap kali mesyuarat dijalankan, ahli syarikat akan dibahagikanmengikut tugas dan kemahiran tertentu bagi menjalankan segala aktiviti yang telahdirancang. Tindakan segera diambil kira dalam menjalankan mesyuarat ini. Setiapbutiran perniagaan akan disampaikan dari semasa ke semasa agar semua ahlisyarikat mengetahui perjalanan syarikat. Kehadiran ahli diambil kira setiap kali perjumpaan diadakan. Kehadiran ahli-ahli pemegang Saham direkodkan seperti berikut : BIL NAMA 1 DANIAL B TARMIZI 7/7 2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR 7/7 3 NURUL HUDA BT HASHIM 7/7 4 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI 7/7 5 ILI FATINI SURIATI BT JAILANI 7/7 6 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN 7/7 7 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD 7/7 8 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR 7/7 9 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH 7/7 10 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK 7/7 11 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK 7/7 12 NAJWA FARHANA BT ABDULLAH UMAR 7/7 13 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI 7/7 14 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY 7/7 15 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID 4/7 16 ROZETA BINTI ASBULAH 7/7 17 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI 7/7 18 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL 7/7 19 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN 7/7 20 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN 7/7 21 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN 7/7 22 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN 5/7 23 NORADILA BINTI MOHD ALIAS 7/7 24 NORAIN BINTI ABD LATIF 7/7 25 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN 7/7
  • Prestasi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Mesyuarat inimembincangkan masalah yang dihadapi bagi setiap ahli-ahli pengarah yangdibahagikan mengikut bidang tugas. Setiap masalah yang dihadapi dibincangkanjalan penyelesaian dengan cara bermusyawarah. Mesyuarat ini akan dijalankanterlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Pemegang Saham. Ahli Lembaga Pengarah akan membentangkan segala masalah yangdilaporkan ahlinya. Bagi mendapatkan kepastian, pengurus pentadbiran akanmembuat soal selidik secara lisan atau meninjau keadaan mengenalpasti masalahtersebut. Sekiranya masalah yang dihadapi sukar diatasi sendiri, Ahli LembagaPengarah merujuk kepada Guru Pengelola untuk mendapatkan pandangan yang lebiharif mengenai pengurusan syarikat. Semua ahli lembaga pengarah mencatatkan kehadiran penuh bagi setiapperjumpaan. Kehadiran dicatatkan 100 % sepanjang tahun. Ahli Lembaga Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Jawatan Pengarah 10/2 10/2 3/4 3/5 5/6 4/7 4/8 6/9 PengurusDanial B Tarmizi √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8 BesarMuhd Ashraf B Pengurus √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8Che Mansor PentadbiranNurul Huda Bt Pengurus √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8Hashim PengeluaranMuzakkir Ikhsan Pengurus √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8B Yang Razali PemasaranIli Fatini Suriati Pengurus √ √ √ √ √ √ √ √ 8/8Bt Jailani Kewangan
  • Pembentangan Penyelesaian Pelaporan Masalah [Mesyuarat [AHLI] Pemegang Saham] AHLI LEMBAGA PENGARAH Peninjauan MasalahMencapai kata sepakat [ALP] Pembentangan Masalah [Mesyuarat ALP] Carta alir Penyelesaian Masalah dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
  • Prestasi Mesyuarat PengurusanMesyuarat antara Ahli Lembaga Pengarah dengan guru diadakan mengikutkeperluan. Secara khususnya, mesyuarat ini diadakan bagi memaklumkan untungrugi syarikat setiap jualan dalam tempoh jualan sebelumnya . Setiap keuntungan akandisasarkan lebih tinggi daripada sebelumnya di antara Ahli Lembaga Pengarah danguru Pengelola. Strategi perniagaan juga disusun dalam perbincangan. Sebarangmasalah dalam tempoh operasi diberi maklumbalas dan berbincang penyelesaiannya. Penilaian prestasi sepanjang masa diberikan kepada semua Ahli LembagaPengarah untuk dijadikan penanda aras bagi pencapaian seterusnya. Secarakeseluruhannya tiga kali perjumpaan diadakan dalam tempoh operasi.Mesyuarat Agong PembubaranMesyuarat diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan prestasi dan perkembangansyarikat sepanjang tahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk tanda berakhir operasi syarikat.Dalam mesyuarat tersebut juga telah Ahli Lembaga Pengarah memutuskan semua asetyang telah dibeli pada awal pengoperasian syarikat akan disumbangkan kepada SyarikatUsahawan Muda Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada masa akan datang. Gaji pekerja telah dibayar pada 30 Oktober 2010. Semua urusan kewangan yangdibuat ditutup pada 30 Oktober 2010. Pembahagian gaji Ahli Lembaga Pengarah danPemegang Saham dilakukan antara persepakatan bersama 5 orang Ahli LembagaPengarah. Dengan rasminya setelah berakhir Mesyuarat Agong Pembubaran, maka seluruhanggota I’ExCeL Sdn. Bhd. telah tamat daripada melakukan tugasan.
  • MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH I’ExCeL Sdn. Bhd. Kali -1 , 2010TARIKH : 10/2/2010TEMPAT : BILIK RUJUKAN, PUSAT SUMBERMASA : 9.00 MALAMPENGERUSI : DANIAL B TARMIZIPENCATAT : MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSORAGENDA1. Ucapan Aluan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran kesemua Ahli Lembaga Pengarah. Kehadiran Ketua Projek juga dialu -alukan untuk memudahkan penyampaian maklumat.2. Perbincangan Projek 1 Penyusunan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Projek 1 : Jualan Sempena Hari Sukan Sekolah. Tindakan : Rozeta Abdullah dan Pengurus Pengeluaran3.Pembentangan Perbelanjaan Pegurus kewangan membentangkan kedudukan kewangan sebelum Projek dilaksanakan. Projek pertama mendapat kerjasama dari Persatuan Alumni untuk mendapatkan bekalan jualan. Makluman: Pengurus Pemasaran4.Masalah Berkaitan Kiosk tidak dikunci sempurna, keadaan tombol pintu rosak serta peralatan tidak mencukupi. Mesin Mosha tidak boleh digunakan lagi, dikembalikan semula pada pembekal. Tindakan : Pengurus Pengeluaran5. Lain-lain Mesyuarat Pemegang Saham akan diadakan pada 18/2/2010, kerjasama emua ALP dapat hadir.Mesyuarat tamat pada jam 10.30 malam.DISEDIAKAN OLEH,_________________(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)Pengurus PentadbiranI’ExCeL Sdn. Bhd.
  • MINIT MESYUARAT PEMEGANG SAHAM I’ExCeL Sdn. Bhd. Kali-4, 2010TARIKH : 14/6/2010TEMPAT : BILIK TAYANGAN, PUSAT SUMBERMASA : 10.30 PAGIPENGERUSI : DANIAL B TARMIZIPENCATAT : MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSORAGENDA1. Ucapan Aluan Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli syarikat.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali-3 Nurzainin Asyikin membentangkan minit mesyuarat kali ke-3. Muhammad Harith mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Rozeta.3. Perkara Berbangkit Pengurus Kewangan membentangkan keuntungan syarikat dalam projek I’ExCeL Excess sebanyak RM 795.504. Projek 7 : I’ExCeL Sports Pengurus Pengeluaran membentangkan Jawatankuasa Pelaksana I’ExCeL Sports yang akan berlangsung pada bulan Julai 2010. Kerjasama semua pihak amat diperlukan kerana projek ini adalah projek perkhidmatan yang boleh dianggap Projek MEGA.5. Kewangan semasa Pengurus Kewangan membentangkan kedudukan kewangan semasa. Jumlah wang terkumpul sehingga 31 Mei 2010 adalah RM3,381.80.6. Lain-lain Pengerusi berharap semua ahli syarikat dapat mempromosikan I’ExCeL Sports yang bakal dilangsungkan pada bulan depan.Mesyuarat tamat pada jam 1.30 petangDISEDIAKAN OLEH,_________________(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)Pengurus Pentadbiran,I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 6.7 Pengurusan Kerja dan Pembahagian TugasPEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT PROJEKPengurus Pentadbiran telah membahagikan tugas setiap ahli mengikut kepakaran,kemahiran, kesukarelaan serta hubungan ahli syarikat dengan pihak yang terlibat. Ahlisyarikat telah diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan sokongan dankumpulan pengurusan.Kumpulan Pengurusan terbahagi kepada empat kumpulan pengurusan iaitu : (i) Pengurusan Pentadbiran (ii) Pengurusan Pengeluaran (iii) Pengurusan Pemasaran (iv) Pengurusan KewanganKumpulan ini melaksanakan sebarang projek yang memerlukan pembahagian khususseperti melaksanakan projek MEGA, projek perkhidmatan dan sesi menyiapkan laporanmengikut pengurusan masing-masing. Setiap pengurusan diketuai oleh pengurus-pengurussyarikat mengikut pengurusan tertentu. AHLI TERBAHAGI MENGIKUT KUMPULAN PENGURUSAN JABATAN NAMA Muhammad Farid Qasiem Bin Kamaruzaman Norzainin Asyikin Binti Zainal Abidin PENGURUSAN Muhammad Naa`Im Bin Mohamad Rapi PENTADBIRAN Nor Hidayatul Akma Binti Azman Muhammad Harith Bin Ahmad Daud Noradila Binti Mohd Alias Muhamad Khairan Syamil Bin Zolkeply PENGURUSAN Muhammad Fatihah Syafiq Bin Abd Rahman PENGELUARAN Muhammad `Ammar Faidhi Bin Mohamed Azahar Wan Nur Aisyah Binti Abd Malik Nurul Hidayatul Adha Bt. Tajri Rozeta Binti Asbulah PENGURUSAN Fatin Nurul Haziera Binti Abdul Hamid PEMASARAN Muhammad Naqib Bin Abd Razak Intan Zurainie Binti Ismail Norain Binti Abd Latif Farhah Amaliya Bt Zaharuddin PENGURUSAN Nuralyaa Nabilah Binti Rosmin KEWANGAN Najwa Farhana Bt Abdullah Umar Abdul Rahman Bin Abdullah
  • Kumpulan sokongan kepada beberapa buah kumpulan kerja yang berfungsi untukmelaksanakan projek-projek mikro. Setiap projek akan dibantu oleh ahli lembaga pengarah.Setiap ahli diberi peluang untuk memimpin projek dan menimba pengalaman yang berlainandalam pelbagai tugas. Ahli syarikat yang pakar dalam sesuatu bidang diberi keutamaanuntuk mengetuai projek. Bil. Nama Projek Ketua Projek Tarikh 1. Jualan Sempena Hari Rozeta Bt Asbulah 27/1/2010 Sukan Sekolah 2. I’ExCeL IQ Challenge Danial B Tarmizi 17/3/2010 3. Hostel Open Day Muzakkir Ihsan B Yang Razali 24/4/2010 4. Jualan Pizza dan Kek Najwa Farhana Bt Abdullah 11/4/2010 Omar 18/4/2010 23/5/2010 20/6/2010 27/6/2010 25/7/2010 22/8/2010 23/8/2010 19/9/2010 5. I’ExCeL Excess Nuralyaa Nabilah Bt Rosmin 8/5/2010 6. Jualan sempena Muhd Naaim Bt Mohd Rapi 15/5/2010 Hari Kebudayaan Islam 7. I’ExCeL Sports Nurulhuda Bt Hashim 17/7/2010 8. Ex Design Danial B Tarmizi 29/9/2010Tujuan pelantikan ketua projek dari kalangan pemegang saham dapat melahirkan sistempentadbiran yang seimbang dalam perlaksanaan pentadbiran projek-projek. Ketua projekberperanan untuk melaksanakan atau memandu sesebuah projek supaya mencapaisasaran dan matlamat segala keuntungan yang ditetapkan bersama guru pengelolaKetua Projek akan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana untuk mengendalikan projek yangdilaksanakan dalam tempoh dan tarikh yang telah ditetapkan oleh Pengurus Pengeluaran.Projek yang dijalankan dibantu seluruh ahli syarikat sekiranya memerlukan kakitangan yangramai dan tidak bertindih dengan projek yang lain.
  • JADUAL TUGASAN JUALAN MINGGUAN1. Jadual tugasan dibuat untuk menyelaraskan ahli-ahli syarikat dalam menjalankan tugas mereka supaya perjalanan operasi syarikat sentiasa teratur dan sistematik.2. Jadual tugasan dibahagikan mengikut kumpulan dan dilakukan secara bergilir- gilir.Sebanyak 4 buah kumpulan dibina.3. Bagi memudahkan lagi kerja, setiap kumpulan dianggotai 5 orang pemegang saham dan seorang Ahli Lembaga Pengarah. Ahli Lembaga Pengarah akan menjadi ketua dalam kumpulan tersebut bagi mengawasi jualan berjalan lancar dan teratur.4. Pengurus Besar dan Pengurus Pentadbiran akan menjalankan tugas setiap kali diawal pembukaan kyos serta memerhatikan perjalanan aktiviti jualan.Pengurus Pemasaran menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan bagi kumpulan 3 dan kumpulan 4 bagi memantapkan dan menganalisis strategi pemasaran mensasarkan untung yang banyak.5. Semua ahli-ahli pemegang Saham membahagikan tugas mereka masing-masing bagi keselesaan untuk menjalankan tugasan sewaktu pembukaan dan penutupan kiosk. Motto juga direka bagi setiap kumpulan untuk menaikkan semangat mereka.6. Berikut adalah kumpulan jadual tugasan jualan mingguan Kumpulan 1 Kumpulan 2 NURUL HUDA BT HASHIM MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI (Pengurus Pengeluaran) (Pengurus Pemasaran) MUHAMMAD FARID QASIEM BIN NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI KAMARUZAMAN NORADILA BINTI MOHD ALIAS ROZETA BINTI ASBULAH FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN HAMID MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN NAJWA FARHANA BT ABDULLAH UMAR ZOLKEPLY MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH Kumpulan 3 Kumpulan 4 ILI FATINI SURITI BT JAILANI MUHAMMAD ASHRAF B CHE MANSOR (Pengurus Kewangan) (Pengurus Pentadbiran) NORAIN BINTI ABD LATIF WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN MOHAMED AZAHAR MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN RAHMAN MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL DAUD MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN
  • 6.8 Pengurusan Pendapatan Gaji Ahli Syarikat1. Pembahagian gaji mempunyai 3 peringkat antara pengurus besar, pengurus- pengurus dan pemegang Saham.2. Bagi pembahagian gaji antara pemegang Saham, semua ahli pemegang Saham mendapat pembahagian secara sama rata. Bagi, mana-mana pemegang Saham yang tidak dapat menjalankan tugas semasa waktu perniagaan di kiosk atas alasan- alasan tertentu, tugasan gantian telah pun diberikan dan perlaksanaanya juga lancar. Tujuannya gantian diberikan bagi mewujudkan harmoni dan mengelakkan berlakunya sikap tidak puas hati dalam pembahagian gaji.3. Gaji yang dibahagikan dikira secara tahunan. Untung bersih akan dibahagikan mengikut kata sepakat antara 5 ahli lembaga pengarah. Berikut merupakan jadual pembahagian gaji. REKOD PEMBAYARAN PENDAPATAN TAHUNAN AHLI SYARIKATBIL NAMA JAWATAN JUMLAH1 DANIAL B TARMIZI PENGURUS RM 230.65 BESAR2 MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR PENGURUS RM 230.003 MUZAKKIR IHSAN B YANG RAZALI PENGURUS RM 230.004 ILI FATINI SURITI BT JAILANI PENGURUS RM 230.005 NURULHUDA BT HASHIM PENGURUS RM 230.006 MUHAMMAD NAA`IM BIN MOHAMAD RAPI AHLI RM 200.007 MUHAMMAD HARITH BIN AHMAD DAUD AHLI RM 200.008 MUHAMMAD `AMMAR FAIDHI BIN MOHAMED AZAHAR AHLI RM 200.009 ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH AHLI RM 200.0010 WAN NUR AISYAH BINTI ABD MALIK AHLI RM 200.0011 MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK AHLI RM 200.0012 NAJWA FARHANA BTE ABDULLAH UMAR AHLI RM 200.0013 MUHAMMAD FATIHAH SYAFIQ BIN ABD RAHMAN AHLI RM 200.0014 MUHAMAD KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLY AHLI RM 200.0015 FATIN NURUL HAZIERA BINTI ABDUL HAMID AHLI RM 200.0016 ROZETA BINTI ASBULAH AHLI RM 200.0017 NURUL HIDAYATUL ADHA BT. TAJRI AHLI RM 200.0018 INTAN ZURAINIE BINTI ISMAIL AHLI RM 200.0019 NOR HIDAYATUL AKMA BINTI AZMAN AHLI RM 200.0020 NURALYAA NABILAH BINTI ROSMIN AHLI RM 200.0021 NORZAININ ASYIKIN BINTI ZAINAL ABIDIN AHLI RM 200.0022 FARHAH AMALIYA BT ZAHARUDDIN AHLI RM 200.0023 NORADILA BINTI MOHD ALIAS AHLI RM 200.0024 NORAIN BINTI ABD LATIF AHLI RM 200.0025 MUHAMMAD FARID QASIEM BIN KAMARUZAMAN AHLI RM 200.00 JUMLAH RM 5150.65
  • 6.9 Penghargaan Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan Pengetua Cemerlang,Puan Rahimah Bt Mohd Sura kerana sentiasa menyokong aktiviti syarikat sepanjangpenubuhannya. Segala projek yang dijalankan sentiasa mendapat keizinan daripada pihaksekolah dan Puan Pengetua Cemerlang. Terima kasih atas sokongan yangmemberangsangkan ini. Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru pengelola, Encik MohdSaharizal B Mohd Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada AhliLembaga Pengarah terutamany adalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangatdan bimbingan daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yangdilihat hari ini. Di sampingi tu, terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah danahli pemegang saham atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang penubuhansyarikat ini.6.10 Pengesahan Selaku Pengarah Pentadbiran Syarikat I’ExCel Sdn. Bhd. ingin saya merakamkansetinggi-tinggi ucapan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yangmenganjurkan program yang bercirikan keusahawanan supaya terlibat dengan ProgramUsahawan Muda ini untuk memajukan bangsa dan negara tercinta.Disediakan oleh,....................................................(MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)Pengurus PentadbiranSyarikat I’ExCeL Sdn. Bhd