• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Laporan pengurus pengeluaran
 

Laporan pengurus pengeluaran

on

  • 13,036 views

 

Statistics

Views

Total Views
13,036
Views on SlideShare
13,036
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
203
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Laporan pengurus pengeluaran Laporan pengurus pengeluaran Document Transcript

    • 7.0 LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN7.1 Profil Pengurus Pengeluaran CIK NURULHUDA BINTI HASHIM Pengurus Pengeluaran bermula 4 Februari 2010 Cik Nurulhuda binti Hashim, warganegara Malaysia, berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 4 Februari 2010 dan ialah Pengurus Pengeluaran I`ExCeL Sdn Bhd. bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010.Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pengeluaran. Sebelum ini beliau menjawat sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sejak 2007 dan memegang jawatan sebagai penolong ketua biro akses dan dokumentasi. Diberi kepercayaan selaku Ketua Asrama pada tahun 2008. Beliau telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan memegang jawatan sebagai setiausaha biro Protokol. Pada mulanya mendapat jawatan selaku Penolong Ketua Asrama Terbilang dan akhirnya mendapat jawatan sebagai Ketua Asrama Terbilang sehingga pada tahun 2009. Beliau mengembangkan penglibatan dalam bidang perniagaan apabila telah dipilih untuk mengikuti lawatan sosial ke Jepun dalam program Japanese Exchange Network for Youth and Students (Jenesys). Beliau telahdiberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan yang telah berkembang pesat di negaraJepun. Di sana,beliau telah didedahkan mengenai perniagaan pinggan yang berkembangmaju. Selain itu,beliau telah mengadakan lawatan bersama ahli-ahli lembaga syarikat keMariwasa di Kuala Kangsar yang mendedahkan mereka mengenai pembuatan pinggan danhiasan yang berunsurkan pelbagai motif alam. Beliau juga telah menubuhkan kumpulanpenyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pinggan yang berunsurkan mesraalam. Beliau telah berjaya merangkul beberapa kejayaan di sepanjang kerjayanya. Beliautelah berjaya mendapat johan pertandingan bola keranjang sejak tahun 2007 hingga tahun
    • 2010 dan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga telahmenyertai pertandingan Olympiad Mathematics dan memperoleh sehingga gred 7. Disamping itu,beliau telah mendapat anugerah tokoh nilam peringkat sekolah dan johan Nilamperingkat daerah pada tahun 2009. Beliau telah menyertai Pertandingan Catur Bestariperingkat negeri Perak dan berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari PeringkatKebangsaan pada tahun 2010.
    • SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber
    • Sijil Penyertaan Program KeusahawananSijil Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan
    • 7.2 Semanis Bicara dari Pengurus Pengeluaran Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya memikultanggungjawab selaku Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. Sepanjang syarikat mula beroperasi pada 4 Februari 2010 dan berakhir pada 30Oktober 2010. Saya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.Saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya tanpa bantuan 4 orang AhliLembaga Pengarah syarikat yang lain yang berdiri teguh di belakang. Tanggungjawab saya yang paling penting adalah dalam memastikan perkhidmatanyang syarikat I`ExCeL jalankan berjaya mencapai gerak kerja yang telah ditetapkan. Sayamenetapkan pembahagian tugas semua ahli syarikat dan perlu memastikan semua ahlimenjalankan tugas masing-masing. Saya juga merupakan penggerak kepada pengeluaran produk kreatif. Setiap syarikatmempunyai impian dan sasaran untuk menghasilkan produk kreatif yang dapat menarikminat pelanggan mahupun pengguna. Saya telah bermusyawwarah bersama semua ahlisyarikat dalam penghasilan produk kreatif ini. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah berjayamenghasilkan produk kreatif yang diberi nama `Green Plate Technology’. Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B MohdBaharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarahterutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan
    • daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terimakasih cikgu. Akhir pemanis kata, keusahawanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya negaratidak akan ketandusan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya menerobosdunia perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa. Saya berpegang kepada persepsiperniagaan Khalifah Umar Al-Khattab yang mengatakan;”Tempat yang paling aku suka sekali menemui ajalku selain daripada di medan jihadialah di tempat di mana aku sedang berurusniaga mencari rezeki untuk menyarakeluargaku’.Sekian,terima kasih.…………………………………..(NURULHUDA BT HASHIM)Pengurus Penngeluaran,Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
    • 7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengurus Pengeluaran memikul tanggungjawab dan tugas yang mencabar dalammemastikan kelancaran dalam urusan perniagaan syarikat. Definisi pengeluaran bolehditakrifkan dalam usaha mengeluarkan produk mahupun perkhidmatan yang mampumemenuhi keperluan,kehendak seiring dengan keperluan semasa. Persaingan di kalangansyarikat pengeluaran merupakan cabaran terbesar untuk memastikan produk pilihan adalahproduk bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, Pengurus Pengeluaran perlu mempunyaisikap kreatif, kritis dan inovatif untuk mencipta produk dan menyelesaikan masalahpengguna. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengeluaran adalah: MELANTIK SEKRETRIAT DALAM JABATAN PENGELUARAN Pengurus Pengeluaran membahagikan sekretriat kepada empat bidang iaitu 1) Ekstratif Sekretriat ditugaskan mencari bahan dan sumber yang digunakan untuk produk kreatif yang bakal dihasilkan. 2) Perkilangan Terdapat beberapa orang sekretriat ditugaskan untuk menghasilkan produk kreatif agar menjadi produk yang inovatif dan bermanfaat. 3) Perkhidmatan Pengurus Pengeluaran melakukan soal selidik dan mengadakan perkhidmatan bersama-sama sekretriat . 4) Pembinaan Proses pembinaan produk kreatif dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti. MENGHASILKAN PRODUK KREATIF Pengurus Pengeluaran mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga syarikat yang lain. Masing-masing memberi pendapat dan idea mengenai penghasilan produk kreatif. Satu kata sepakat dicapai antara ahli dan pelaksanaan produk kreatif akan dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa.
    • MERANCANG STRATEGI PERKHIDMATAN SYARIKATPengurus Pengeluaran perlu memikirkan strategi perkhidmatan yang terbaik bagimenarik minat pelanggan mahupun pengguna. Perkhidmatan yang terbaik akanmemberi kepuasan kepada pelanggan dan akan menghasilkan keuntungan yangoptima.MENINJAU PANDANGAN PELANGGAN UNTUK PEMILIHAN PRODUKPengurus Pengeluaran mengadakan borang soal selidik untuk meninjaupandangan pelanggan dalam pemilihan produk. Jadi produk yang dihasilkan akanmemberi manfaat yang berterusan dan akan menjadi produk yang akan digunakanhingga ke generasi yang seterusnya.
    • 7.4 Penilaian Prestasi SyarikatPENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran yang mempunyai wawasan dan matlamatsendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai diakhir operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telahmenetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang PengurusPengeluaran syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalahKPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.KPI selaku Pengurus Pengeluaran - Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif - Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf - Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan - Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaikKEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pengeluaran. Berikutmerupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATANMelaksanakan Tercapai Pembiayaan 3 orang pelajar untuk menjalankanProgram penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat danPenyelidikan dan tunjuk ajar dari segi kepakaran dan peralatanInovasi Produk  Prof. Dr. Hanafi Ismail,Kreatif Universiti Sains Malaysia, Penang.  Prof. Dr. Hj Mohd Basyaruddin Bin Abdul Rahman, Institut Genom MalaysiaMenghasilkan Tercapai Penghasilan produk kreatif iaitu Green Plateproduk kreatif yang Technology yang telah berjaya memenangiberkualiti dan beberapa pertandingan.diiktirafMelaksanakan Tercapai 8 projek Jualan dan Perkhidmatan telah terlaksanaprojek jualan dan sepanjang tempoh operasiperkhidmatanMengklasifikasikan Tercapai Perkhidmatan I’ExCeL Sports merupakanprojek perkhidmatan perkhidmatan terbaik Syarikatyang terbaik
    • 7.5 ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN CARTA ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN SYARIKAT I`ExCeL SDN. BHD. KETUA JABATAN NURULHUDA BINTI HASHIM MUNIFAH BT. ABD AZIZ BAHAGIAN TEMPAHAN BAHAGIAN PENGHANTARAN AMMAR FAIDHI BIN AZAHAR NORZAININ ASYIKIN BT ZAINAL ABIDIN BAHAGIAN PEMROSESAN KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLI BAHAGIAN PROMOSI BAHAGIAN JUALAN NURUL HIDAYATUL ADHA BINTI TAJRI ROZETA BINTI ASBULAH
    • 7.6 PERANCANGAN DAN PROSES PENGELUARAN Sebelum sesuatu projek dilakukan,langkah pertama yang perlu diambil adalah satuperancangan yang sistematik dan teratur antara Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama ahlisyarikat bergabung tenaga menjana dan mengumpul idea-idea yang menarik. Pelaksanaanperkhidmatan dan projek dilakukan bersama-sama dengan menetapkan keuntungan danmeletakkan tanda aras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnyamemberikan keuntungan yang maksima sepanjang penubuhan syarikat pada tahun 2010. Langkah-langkah Proses Penyediaan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikatI`EXCEL adalah seperti yang tertera dalam carta di bawah. Mengedar maklumat Menerima/mengesahkan penyertaan Pelaksanaan Aktiviti / Projek Kawalan Kos Perancangan Kualiti Penghasilan Produk dan Perkhidmatan Carta aliran operasi di atas menunjukkan secara kasar mengenai peranan yangdipikul oleh semua ahli syarikat dalam menghasilkan projek yang telah ditetapkan. Melaluicarta tersebut semua ahli syarikat akan mendapat gambaran yang jelas mengenai projekyang ingin dilakukan. Carta ini akan memberi panduan kepada ahli syarikat untukmenjalankan perkhidmatan dan produk agar dapat berjalan dengan baik. Pengeluaran projek yang teratur dengan kos minimum serta perbincangan-perbincangan pemasaran yang berkesan dapat meringankan beban aktiviti pengeluaran.Projek-projek yang dijalankan memakan belanja yang sedikit tinggi. Namun dengan adanya
    • bantuan daripada pihak-pihak yang turut memberikan sokongan,kos pengeluaran projekdapat diminimakan tetapi mutu penghasilan projek berada di tahap yang optima. Cara pembahagian tugas dijalankan dengan adil dan saksama. Tujuannya adalahmemberi peluang kepada semua ahli untuk merasa tanggungjawab yang mencabar danberlainan dalam setiap projek yang dijalankan. Secara tidak langsung,akan dapatmeningkatkan produktiviti dalam pengeluaran projek tersebut. Semua ahli akan merasakepuasan apabila projek yang dihasilkan berjaya mencapai keuntungan yang maksima.SKOP PENGELUARAN Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran saya akan membentangkan keseluruhanprojek yang terlibat dalam pengeluaran. Reka cipta didefinisikan sebagai suatu penghasilanproduk yang kreatif ataupun pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada menjadi yanglebih baik dan bermutu. Terciptanya sesuatu produk itu bermula daripada tercetusnyaidea,proses pembelian bahan mentah, menetapkan alatan, proses dan inventori sesuatuprojek sehinggalah projek berjaya dihasilkan. Segala butiran akan dibentangkan dalambentuk carta, jadual atau graf bagi memudahkan penerangan kepada semua pihak. Projek-projek pengeluaran dibincangkan berdasarkan projek supaya segalamaklumat dan hal-hal yang berkaitan dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan teliti.Terdapat 8 projek yang telah syarikat kendalikan bersama-sama ahli Syarikat I`ExCeL SdnBhd. Syarikat lebih mengutamakan perkhidmatan dalam syarikat. Sebanyak 3 perkhidmatantelah Syarikat jalankan dan selebihnya jualan dan aktiviti lain. Projek perkhidmatan lebihbanyak memberi keuntungan dan memberi nilai yang tinggi kepada syarikat. Skop pengeluaran Syarikat I`EXCEL Sdn. Bhd.meliputi: o Cetusan idea o Kegunaan dan Kepentingan Produk/Projek o Pembentukan dan pengujian Produk o Keunikan dan Keistimewaan Produk/Projek o Proses pengeluaran o Inventori dan kawalan kos o Keuntungan Skop-skop pengeluaran ini akan diperincikan bagi setiap projek dan perkhidmatanyang dilakukan bagi memberikan mutu pengeluaran dan pengoperasian yang mantap danefisien. Seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang mendapatkanperkhidmatan mahupun membeli produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat. Setiap ahli
    • syarikat dilatih dan diberi taklimat oleh Pengurus Pengeluaran agar segala prosedur produkpenghasilan dipatuhi.CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN Cetusan Idea Perancangan Projek Memohon Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Diluluskan Tidak Diluluskan Proses Pengeluaran Modifikasi Perancangan Sumber input Inventori Prosedur keluaran Kawalan kos Produk dijual Keunikan projek/produk Pembungkusan Barang siapRAKAN NIAGA DAN KERJASAMASyarikat I`EXCEL juga sering mengadakan kerjasama bersama-sama syarikat luar lain yangbanyak memberi sokongan terutama daripada segi bahan mentah dan perkongsian ilmukeusahawanan yang banyak memberi manfaat.
    • Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanyausahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidaklangsung. Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntunganyang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberipertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, SyarikatI`ExCeL Sdn.Bhd.. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niagabagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan. Boon Beng Sdn Bhd. Dirt-Tee Sdn Bhd. Best One Frozen Product Enterprise Seven Eleven Nestle Sdn Bhd. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd. Nilai Sports Sdn Bhd. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd. Yui Hong Trading Sdn. BhdAgensi rakan niaga inilah yang banyak membantu dalam pengeluaran syarikat yang lebihoptimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalamproses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap juga amat berguna bagimenjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.
    • 7.7 LAPORAN PENGELUARAN SYARIKATTerdapat beberapa jenis pengeluaran yang Syarikat adakan sepanjang penubuhan syarikatselama 9 bulan beroperasi. Jenis barang-barang yang Syarikat ingin keluarkan telahdibincangkan semasa mesyuarat bulanan yang dijalankan bersama-sama ahli lembagasyarikat yang lain. Jenis penjualan syarikat adalah dari segi jualan barang-barang dan tidakketinggalan Syarikat juga menyediakan perkhidmatan Syarikat I`ExCeL telah menyediakanlima jualan dan mempunyai tiga perkhidmatan. Syarikat juga telah menggunakan dayainovasi dan perbincangan bersama-sama ahli lembaga dengan menghasilkan satu produkkreatif.Antara jenis-jenis pengeluaran adalahProduk-produk keluaran Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd I’ExCeL Ex _Design Jualan Hari Sukan Seratas Seratas`Hostel Open Day Jualan Hari Kebudayaan Islam Delicious Pizza And Cake Jualan I`ExCeLPerkhidmatan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd I`ExCeL IQ Challenges I`ExCeL Sports I`ExCeL Access
    • I`ExCeL Ex_DesignSyarikat I`ExCeL Sdn Bhd telah mengadakan jualan T-shirt kepada para pelajar dan jugaorang awam. Idea jualan ini dicetuskan oleh Pengurus Besar ,Danial bin Tarmizi. Beliauberpendapat bahawa para pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah gemar memakai bajuatau T-Shirt rekaan corak sekolah dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini tidak hanya berfokuskan kepada baju aktivitianjuran sekolah sahaja,Syarikat juga menerima tempahan daripada pasukan permainanyang mewakili sekolah seperti pasukan bola keranjang dan pasukan rugby. Selain itu,I’ExCeL Ex_Design turut menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana individu yang inginmerekabentuk baju untuk tempahan ahli kelas ataupun badan organisasi. Syarikat yang bekerjasama untuk mengendalikan percetakan I’ExCeL Ex_Design iniadalah Boom Beng Sdn Bhd, Yui Hong Trading Sdn. Bhd. dan Pusat Sukan Nilai Sdn. Bhd.Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd mempunyai ahli yang berkebolehan untuk merekabentuk corak(design) bagi t-shirt yang ditempah daripada pembeli. Bahagian pemasaran akanberbincang dan berunding terlebih dahulu dalam menawarkan harga setiap produk supayapembeli akan berasa puas hati untuk menerima produk yang berkualiti dan hargaberpatutan. Syarikat akan mendapat keuntungan yang berpatutan. Harga kos setiap produkdiambil kira daripada harga yang ditawarkan dari syarikat yang bekerjasama. Penentuanharga jualan produk dibuat dengan memastikan setiap unit menerima keuntungan sehingga20% setiap unit. Bahagian pemasaran akan mengeluarkan sebut harga bagi tempahan yangdiminta . Pembungkusan produk dibuat mengikut saiz produk dan bilangan produk yangditempah. Setiap unit produk disemak dan dibungkus sebelum diikat mengikut saiz.Tempahan yang siap dibungkus akan disimpan dikiosk sebelum pembeli memeriksa semuladan mengesahkan bilangan produk mengikut tempahan. Bagi pembeli yang menempah danmemerlukan penghantaran melalui pos, pembungkusan menggunakan kotak dibuat dan kosbayaran penghantaran dikenakan mengikut kadar penghantaran pos tempatan. Berikutmenunjukkan carta aliran bagi penghasilan produk I’ExCeL Ex_Design.
    • Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Ex_Design PENJANAAN IDEA MERANCANG PERNIAGAAN MENGENALPASTI MENDAPATKAN SEBUT SYARIKAT KERJASAMA HARGA PRODUK PERNIAGAAN MEREKABENTUK DESIGN (CORAK) PROMOSI IKLAN KAWALAN KOS MENERIMA TEMPAHAN PENGESAHAN HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN PENGHASILAN PRODUK SEMAKAN PRODUK PEMBUNGKUSAN PRODUK PENGHANTARAN PRODUK PENGELUARAN PRODUK
    • Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini banyak menyumbang kepada keuntungan dalamsyarikat dan melebihi sasaran niaga yang telah ditetapkan. Syarikat telah menjalinhubungan perniagaan dengan Boom Beng Sdn Bhd bagi tujuan percetakan T-Shirt danPusat Nilai Sdn Bhd. bagi pakaian-pakaian sukan.
    • Jualan Hari Sukan Seratas Aktiviti yang kedua dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL adalah mengadakan jualansemasa Hari Sukan Seratas. Idea untuk mengadakan jualan ini telah dicetuskan olehPengurus Pentadbiran Mohd Ashraf bin Che Mansor yang mendapati pada waktu tersebutbilangan pelawat dan orang luar yang datang akan memberi keuntungan yang berlipat kaliganda. Pihak syarikat I`ExCeL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ahli syarikatdan membincangkan jualan yang akan diadakan pada waktu tersebut. Jabatan Pengeluarantelah membahagikan tugas-tugas kepada ahli syarikat kepada 4 gerai yang menjualaiskrim,bun,minuman dan makanan ringan. Setiap kumpulan diberikan seorang ketua untukmemastikan perjalanan jualan berjalan dengan lancar. Syarikat I`ExCeL telah menjalankan kerjasama bersama dengan syarikat Nestle SdnBhd. bagi penjualan aiskrim. Syarikat mendapatkan bekalan bun daripada Koperasi SekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Bagi penyediaan minuman,Syarikat menyediakansendiri kerana lebih menjimatkan kos. Pihak syarikat telah mendapatkan bekalan makananringan daripada Kedai Borong Sin Lee Seng Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutansetelah Pengurus Pengeluaran membuat rundingan harga bersama pemborong. Penentuanharga jualan bagi setiap makanan ditentukan supaya mencapai sasaran jualan sebanyak15%. Aiskrim Bun Minuman Makanan Ringan Fatihah Syafiq Harith Khairan Syamil Naqib Farid Qasiem Naaim Ammar Aman Aisyah Najwa Alyaa Fatin Rozeta Adha Zainin Akma Intan Adila Farhah Norain Senarai petugas gerai mengikut jenis jualan. Syarikat telah melakukan pembungkusan makanan sebelum jualan dilakukan. Inibertujuan menarik minat pelanggan pada hari sukan tersebut. Pihak Nestle jugamemberikan peti aiskrim kepada Syarikat sepanjang jualan tersebut. Jabatan Pengeluarantelah membuat senarai harga untuk memudahkan para pembeli membeli makanan danminuman yang disediakan. Berikut merupakan carta alir bagi jualan Hari Sukan Seratas.
    • Carta Alir Pengeluaran Jualan Hari Sukan Seratas PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN MENCARI PEMBEKAL / PENETAPAN HARGA RAKAN NIAGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI PEMBINAAN TAPAK PERNIAGAAN JUALAN
    • Seratas`s Hostel Open Day Aktiviti ketiga yang dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. ialah mengadakanSeratas`s Hostel Open Day pada bulan Mac. Idea untuk mengadakan aktiviti tersebut telahdicadangkan oleh Pengurus Kewangan,Ili Fatini Suriati binti Jailani pada mesyuarat yangdijalankan bersama-sama ahli syarikat yang lain. Beliau mendapati asrama SekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan amat menarik dan cantik untuk dilawati oleh orang luar.Tambahan pula,asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah dicalonkansebagai calon Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2010. Semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat mengadakan satu mesyuarat khasbagi membincangkan aktiviti dan jualan yang akan diadakan sepanjang hari terbuka asramatersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan ahli syarikat kepada beberapabahagian iaitu bahagian persembahan, bahagian jualan dan bahagian `game corner’. Untuk bahagian persembahan yang diketuai oleh Norzainin Asyikin telahmengadakan persembahan pembukaan ataupun persembahan selamat datang kepadatetamu jemputan dan pengunjung-pengunjung asrama iaitu para guru dan kakitanganSekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan. Beliau telah menjemput pasukan Seni SilatCekak Ustaz Hanafi untuk mengadakan persembahan silat. Bahagian jualan pula telah melakukan peranannya di bawah tanggungjawab NurulHidayatul Akma binti Azman. Beliau telah mengadakan jualan aiskrim, novel-novel terpakai,dan jualan makanan iaitu rojak dan buah-buahan. Bahagian `game corner pula telah ditugaskan kepada Intan Zurainie. Beliau telahmengadakan dua permainan yang terbuka kepada semua pengunjung pada hari terbuka
    • asrama tersebut iaitu lempar gelung dalam kon dan boling buah kelapa. Setiap pengunjungdikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permainan. Syarikat telah mendapatkan bekalan buah-buahan daripada Best Frozen Sdn Bhd.dengan harga yang berpatutan. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan keperluan alatanpermainan di pasaraya besar Tesco Taiping. Jabatan Pengeluaran telah menetapkan hargajualan dan aktiviti yang dijalankan sebelum hari terbuka asrama tersebut dijalankan. Keunikan aktiviti Seratas`s Hostel Open Day ini adalah pihak syarikat I`ExCeL telahmenjemput tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh untukmerasmikan hari asrama terbuka tersebut. Syarikat amat berbesar hati menerima kunjunganbeliau. Dalam ucapannya juga beliau memuji keusahawanan yang telah ditunjukkan olehsemua ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. kerana berjaya menjalankan aktiviti yang berkaitandengan perniagaan. Semua ahli syarikat telah bekerja keras dalam memastikan kejayaanaktiviti ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yangdilakukan.
    • Tetamu Jemputan Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama PenuhCarta Alir Pengeluaran Seratas`s Hostel Open Day PENJANAAN IDEA MENGADAKAN KERTAS KERJA MEMOHON KELULUSAN BEKERJASAMA DENGAN PEMBEKAL PENETAPAN HARGA JUALAN PENGUMUMAN SERATAS`HOSTEL OPEN DAY DI JALANKAN
    • Aktiviti JualanSyarikat I`ExCeL juga telah mengadakan aktiviti jualan sepanjan tahun syarikatberoperasi. Idea ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pengeluaran, Nurulhuda bintiHashim yang melihat bahawa jualan merupakan sumber pendapatan yangmemberikan keuntungan kepada pendapatan syarikat. Syarikat I`EcXeL Sdn Bhd.mula menjalankan aktiviti jualan pada 04 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikatsyarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010iaitu:  Jualan Hari Sekolah  Jualan Hari Mingguan  Jualan Hari Peristiwa  Jualan Penghabisan Stok Jualan hari sekolah diadakan pada hari Selasa dan Khamis. Masa operasisyarikat adalah pada 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 hingga 11.30malam. Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cutiyang jatuh pada hari bekerja. Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukanpada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan,minuman dan barangan yang tinggal.Syarikat mendapatkan bekalan daripada pembekal yang berada bersekitarandengan Taiping kerana memudahkan urusan penghantaran barang terutamanyabarang-barang mentah. Selain itu,syarikat juga mengadakan hubungan rakankongsi bersama syarikat-syarikat lain untuk medapatkan barangan siap untuk terusdijual. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga terlebih dahulu
    • sebelum memulakan perniagaan bagi mendapatkan harga terbaik dan memberikankepuasan kepada pelanggan. Pembekal yang menjalinkan kerjasama bersamaSyarikat juga telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang 9 bulansyarikat I`ExCeL beroperasi. Hubungan perniagaan yang kukuh antara ahli syarikatdan pembekal perlu diadakan untuk menjamin perniagaan yang memberikeuntungan yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Carta Alir Pengeluaran Jualan I`ExCeL PENJANAAN IDEA PERBINCANGAN JUALAN I`ExCeL PEMILIHAN JUALAN I`ExCeL MENCARI PEMBEKAL ATAU PEMBORONG MENGADAKAN RUNDINGAN DAN SEBUT HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENETAPKAN JUALAN I`ExCeL MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN I`ExCeL DIADAKAN
    • Jualan HARI KEBUDAYAAN ISLAMSyarikat I`ExCeL telah menjalankan satu lagi lagi jualan istimewa iaitu Jualan HariKebudayaan Islam. Idea ini telah dicadangkan oleh Pengurus Multimedia,Mohd Naaim binMohd Rapi yang ingin menerapkan nilai-nilai keislaman dalam dunia perniagaan SyarikatI`ExCeL Sdn Bhd.. Jualan ini juga belum pernah dilakukan oleh syarikat usahawan mudayang terdahulu.Cadangan tersebut telah diketengahkan sewaktu mesyuarat bulanan dan telah mencapaipersetujuan sebulat suara daripada semua ahli lembaga syarikat. Musyawwarah diadakanbagi membincangkan aktiviti ataupun jualan yang diadakan. Setelah kata putusdicapai,pihak syarikat I`ExCeL mengadakan aktiviti tayangan Islam dan pemainantradisional. Bagi jualan pula,syarikat mengadakan jualan `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,danterapi minda berunsurkan Islam. Syarikat telah mengadakan tayangan cerita pada sebelahpagi dan petang iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Kedua-dua tayangan tersebutmendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Raja TunAzlan Shah. Setiap tayangan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Bagi tayangan,Syarikattelah mengadakan dua buah tayangan iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Selainmengadakan tayangan,Syarikat juga turut mengadakan permainan tradisional dan terbukakepada semua warga (SERATAS). Permainan tradisional yang dijalankan adalahcongkak,batu seremban,galah panjang dan timang bola takraw. Berikut merupakan bayaranyang dikenakan bagi permainan tradisional. Permainan Tradisional Bayaran 1.Congkak RM2.00 setiap individu 2.Batu Seremban RM 2.00 setiap individu 3.Galah Panjang RM 10.00 satu kumpulan 4.Timang Bola Takraw RM 10.00 satu kumpulan Bayaran bagi permainan tradisional
    • Permainan tradisional yang dijalankan ini bertujuan mengimbau semula kenangan semasakecil oleh warga Seratas. Selain itu,mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan pelajarSeratas. Syarikat I`ExCeL Sdn Brhad telah menjalankan kerjasama bersama SyarikatBrotherhood Sdn Bhd. dalam pengedaran `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan terapi mindaberunsurkan Islam. Jualan produk tersebut mendapat sambutan menggalakkan keranaproduk tersebut jarang didapati di Seratas. Dengan adanya Jualan Hari Kebudayaan Islamini,guru-guru,kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dapat membeli barangan atau produkyang berunsurkan Islam dan untuk kekuatan rohani. Berikut merupakan barangan dan hargayang ditawarkan: Barangan/Produk Harga seunit Islamic Button RM1.50 Tafsir Al-Quran RM 15.00 Diari Al-Quran RM 30.00 Kismis Minda RM 2.00 Air Zam-zam RM 5.00 Sabun Cerdas RM 10.00 Buah Kurma RM 12.00 Barangan dan Produk yang dijual semasa Jualan Hari Kebudayaan Islam Sebelum jualan dilakukan,Pengurus Pengeluaran telah berjumpa dan berbincangbersama-sama pembekal Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. bagi tujuan sebut harga barangandan produk. Rundingan harga telah diadakan bagi mendapatkan harga yang terbaik danberpatutan dan memberi keselesaan kepada pembeli. Setelah kawalan kosdilakukan,syarikat I`ExCeL telah menetapkan harga jualan dan menyasarkan keuntunganjualan sebanyak 20%. Semua ahli syarikat telah memberikan kerjasama dan komitmen yangterbaik dalam memastikan kelancaran jualan dan Jualan Hari Kebudayaan Islam berjalandengan lancar dan keuntungan yang disasrkan telah dapat dicapai.
    • Carta Aliran Pengeluaran Jualan Hari Kebudayaan Islam PENJANAAN IDEA PERANCANGAN AKTIVITI PEMBAHAGIAN KUMPULAN MENDAPATKAN PEMBEKAL/RAKAN NIAGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN HARI KEBUDAYAAN ISLAM DIADAKAN
    • Jualan DELICIOUS PIZZA AND CAKES Syarikat I`ExCeL telah mengadakan jualan piza,kerepek,dan kek pada hujungminggu di asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jualan piza ini telahdicadangkan oleh ahli lembaga syarikat,iaitu Najwa Farhana binti Abdullah Omar yangmelihat pelajar-pelajar puteri yang banyak menghabiskan masa di asrama pada hujungminggu. Para pelajar juga bosan dengan makanan yang ada di dewan makan dan inginkansesuatu yang lain. Untuk membeli makanan juga pelajar puteri perlu keluar ke bandar yangterletak agak jauh. Cadangan ini telah dibawa ke mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan telahdipersetujui sebulat suara. Sebelum penetapan makanan dilakukan,jabatan pengeluarantelah mengadakan soal selidik kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja TunAzlan mengenai makanan yang mereka inginkan dijual pada hujung minggu. Setelah soalselidik dijalankan, pihak syarikat mendapati terdapat tiga pilihan makanan yang pelajarputeri inginkan iaitu piza, kek dan kerepek. Pengurus Pengeluaran mencadangkan agarmakanan tersebut turut dijual di kantin sekolah pada masa rehat kerana guru-guru dankakitangan sekolah turut sama boleh membeli makanan tersebut. Cadangan itu juga telahdipersetujui oleh semua ahli syarikat kerana akan lebih mendatangkan pulangan yangbesar. Pihak syarikat telah mendapat bekalan piza dan kek daripada Nas Pizza Sdn Bhd..Syarikat mendapat bekalan kerepek daripada ibu salah seorang ahli lembaga syarikat yangmerupakan pembuat kerepek. Berikut merupakan kuantiti bilangan makanan yang Syarikattempah sewaktu hujung minggu operasi syarikat. Makanan Kuantiti Piza 25 unit kotak Kek 100 potong kerepek 300 bungkus Bilangan makanan yang ditempah setiap hujung mingguSebelum mendapatkan bekalan Pengurus pengeluaran perlu mencari pembekal. Penguruspengeluaran telah mendapatkan rundingan harga bersama pembekal bagi mendapatkanharga yang terbaik.
    • Carta Alir Pengeluaran Jualan Delicious Pizza And Cakes PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN MAKANAN MENGADAKAN SOAL SELIDIK/PEMERHATIAN PENETAPAN PRODUK MAKANAN MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA DENGAN PEMBEKAL PENETAPAN HARGA JUALAN PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI JUALAN DELICIOUS PIZZA AND CAKES
    • I`ExCeL`s Menu Syarikat I`ExCeL telah mengadakan I`ExCeL`s Menu sepanjang syarikat beroperasi.Jualan telah diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad. I`ExCeL`s Menu ini telahdicetuskan oleh ahli lembaga syarikat iaitu Ammar Faidhi bin Mohd Azahar.yang membericadangan mengenai makanan yang sering menjadi pilihan oleh pelajar-pelajar SekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar inginkanmakanan yang jarang terdapat di dewan makan kerana mereka sudah jemu denganmakanan tersebut. Setelah perbincangan diadakan,Syarikat mencapai kata putus dengan mengadakanjualan roti sosej, sosej, kentang goreng, wedges, bebola ayam, dan burger. Syarikat jugamenyediakan minuman yang istimewa iaitu I`ExCeL Twist’ yang merupakan campuran airberkarbonat bersama aiskrim dan diletakkan bersama buah. Sepanjang syarikat beroperasi selama 9 bulan,Syarikat telah mengadakan jualanmakanan dan minuman tersebut. Jualan yang paling mendapat keuntungan adalah roti sosejdan wedges. Syarikat telah menggunakan mayonis dan mustard sebagai tarikan untukmenarik pelanggan. Ini kerana terdapat para pelajar yang tidak keluar ke bandar padapetang tersebut dan sering berasa lapar pada waktu malam. Tambahan pula, pada setiapmalam akan diadakan tayangan untuk semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja TunAzlan Shah. Jadi para pelajar akan membeli makanan terlebih dahulu sebelum pergi ketayangan tersebut. Syarikat telah mendapatkan bekalan makanan daripada pembekal berdekatandengan Taiping untuk memudahkan urusan penghantaran. Pengurus Pengeluaran telahmendapatkan barang-barang jualan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga jualanyang berpatutan setelah mengadakan rundingan harga bersama pembekal berkenaan.Kawalan kos telah diadakan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh mencapaisasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga telah ditetapkan dalam setiap jualan yangakan dilakukan agar mencapai sasaran perniagaan yang optima.
    • Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Menu PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN KERJASAMA BERSAMA PEMBEKAL MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA PENGESAHAN HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN I`ExCeL MENU
    • I`ExCeL IQ CHALLENGESyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulanFebruari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin yangRazali yang melihat kegilaan remaja pada masa sekarang ini bermain permainan RubicCube,sejenis permainan yang mencabar minda. Syarikat telah mengadakan mesyuarat bulanan dan idea untuk mengadakanpermainan ini telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran. Perbincangan diadakanbersama semua ahli syarikat dan semua ahli bersetuju untuk mengadakan perkhidmatantersebut dan diberi nama I`ExCeL IQ CHALLENGE. Pengurus Pengeluaran telahberbincang bersama sekretriat dalam jabatan pengeluaran untuk memilih permainan yangingin diadakan. Jabatan Pengeluaran telah memutuskan untuk mengadakan 4 permainanyang mencabar minda iaitu `Spell It Right’,Sudoku,Catur dan Bridge Challenge. Penyertaanterbuka kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dandikenakan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap permainan. Syarikat DIY Sdn Bhd. telah menjadi pembekal peralatan permainan yang dijalankan.Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga untuk mendapatkan harga yangterbaik dan mencapai sasaran keuntungan. Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat guru-guru dalam mengendalikanpertandingan Spell It Right supaya pertandingan yang dijalankan adil dan berjalan denganlancar. Pertandingan Sudoku telah diadakan di bilik rujukan SERATAS supaya mudah untukmencatat masa bagi individu yang berjaya menyelesaikan Sudoku paling pantas. Bagi pertandingan Catur telah dijalankan di dewan besar SERATAS kerana dapatmemuatkan bilangan peserta yang memasuki pertandingan. Pertandingan ini berlangsungpada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Bridge Challenge pula adalah permainan di mana peserta-peserta perlu membinajambatan yang dapat menampung beban yang telah ditetapkan. Peserta diberi masa untukmenyiapkan jambatan tersebut selama 2 jam daripada bahan-bahan yang telah diberikanoleh pihak penganjur. Pertandingan Bridge Chalenge ini diadakan di Dataran Kejat Seratas pada hujungminggu.
    • Berikut merupakan Senarai pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Pertandingan Senarai Pemenang Spell It Right Johan: Mohd Amirul Asyraf bin Hafiz Naib Johan: Mutiara binti Azman Ketiga: Farah Nabilah binti Abdul Hisham Sudoku Menengah atas: Ahmad Fakhri bin Ahmad Fuad Menengah Rendah: Sarah Anis Ilyani binti Azmi Catur Johan: Ahmad Nor Afrizal bin Ahmad Sallehim Naib Johan: Nurul Amira binti Alang Yahed Ketiga: Nur Azreen binti Osman Bridge Challenge Johan: Kumpulan Ruby Naib Johan: Kumpulan Sapphire Ketiga: Kumpulan Emerald Pertandingan-pertandingan yang dijalankan menarik minat pelajar-pelajar untukmenyertainya. Tujuan diadakan perkhidmatan sedemikian adalah untuk mencabarkeupayaan minda para pelajar Seratas berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahanyang berlaku secara kritis dan kreatif. Permainan yang sedemikian juga mengeratkanhubungan ukwah antara guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains RajaTun Azlan Shah(SERATAS).
    • Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL IQ CHALLENGE PENJANAAN IDEA PEMILIHAN PERTANDINGAN PEMBAHAGIAN TUGAS PELAKSANAAN IDEA PERTANDINGAN PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI PERSEDIAAN TEMPAT PERTANDINGAN DIJALANKAN
    • I`ExCeL SportsSalah satu perkhidmatan terbaik Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. adalah perkhidmatan I`ExCeLSports ini. Idea untuk mengadakan perkhidmatan adalah daripada guru pembimbing sendiriiaitu Encik Mohd Saharizal yang melihat para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja TunAzlan Shah begitu aktif bersukan dan mempunyai bakat terpendam yang perludiketengahkan.Dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat bersamaguru pembimbing telah membawa idea berkenaan dan diterima baik oleh semua ahlisyarikat. Jabatan Pengeluaran telah mengadakan musyawwarah untuk mengembangkanlagi idea berkenaan. Hasil perbincangan bersama Pengurus Pengeluaran telah menemuibeberapa lagi perkara menarik yang boleh dilakukan di bawah I`ExCeL Sports ini. Pihaksyarikat membahagikan perkhidmatan ini kepada kepada dua jenis sukan iaitu bolakeranjang dan boling.BOLA KERANJANGPengurus pengeluaran membahagikan ahli syarikat kepada beberapa kumpulan dalamperkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Syarikat mengadakan klinik bola keranjang kepadapelajar-pelajar menengah rendah supaya diberi pendedahan awal. Selain itu,syarikat jugamenganjurkan Pertandingan Basketball 3 On 3 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun AzlanShah kepada pelajar putera dan puteri. Pihak syarikat juga menghantar pemenangBasketball 3 On 3 ini ke Pertandingan 3 On 3 Basketball Revive di Pulau Pinang bagikategori Sekolah Berasrama Penuh.BOWLINGSyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah bekerjasama dengan Pusat Boling Taiping mengenaiperkhidmatan boling ini. Syarikat ada mengadakan Klinik Boling di pusat boling tersebutkepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tenaga pengajarnyaadalah daripada pusat boling tersebut yang berminat untuk memperkenalkan sukan bolingkepada pelajar-pelajar. Pihak syarikat juga menganjurkan pertandingan boling mengikutkategori yang ditetapkan iaitu kategori individu dan berkumpulan. Selain itu,Syarikat I`ExCeLjuga mempunyai pakej permainan boling kepada mana-mana individu atau badanberkumpulan yang ingin mengadakan pertandingan boling. Mereka boleh berurusan terlebihdahulu dengan pihak syarikat bagi tujuan tempahan dan pemilihan pakej.
    • JENIS PAKEJ Bayaran RM250 untuk 25 orang ahli bagi permainan 2 lorong, tidak Pakej A termasuk kasut boling. Makanan ringan disediakan. Bayaran RM 300 untuk 20 orang ahl bagi permainan 3 lorong termasuk Pakej B bayaran kasut boling. Makanan ringan disediakan. Pakej boling yang ditawarkan oleh Syarikat I`ExCeLPerkhidmatan ini berjaya menarik minat pelajar dan guru-guru. Terdapat badan-badanberkumpulan telah memilih pakej yang telah Syarikat tawarkan. Klinik bola keranjang danklinik Boling tersebut juga berjaya mencatatkan bilangan peserta melebihi 30 orang.Perkhidmatan ini telah memberikan keuntungan yang optima kepada pendapatan syarikat.Pengurus Pengeluaran telah berjaya melepasi sasaran keuntungan yang telah diberikanoleh Pengurus Urusan iaitu sebanyak 25%.
    • I`ExCeL AccessSyarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar SekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Idea mengadakan perkhidmatan ini adalah daripadaahli syarikat iaitu Nuralyaa Nabila binti Rosmin yang melihat pelajar-pelajar SekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak menggunakan komputer untuk tujuanpembelajaran ataupun perkara-perkara lain.Justeru,cadangan in telah diberikan dan semua ahli syarikat bersetuju kerana komputermerupakan satu keperluan yang penting pada masa kini. Para pelajar perlu mencarimaklumat daripada internet dan mengambil masa yang lama untuk menunggu hingg hujungminggu untuk keluar ke bandar. Tambahan pula,tidak semua pelajar mempunyai komputerriba masing-masing. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I`ExCeL SdnBhd.,Mohd Ashraf bin Che Mansor merupakan orang yang berpengalaman dalam bidangkomputer dan merupakan ketua di Pusat Scan tersebut.Syarikat telah memperkenalkan I`ExCeL Access di pusat scan tersebut kepada pelajar-pelajar. Pusat Scan tersebut mempunyai 20 buah komputer yang mempunyai perisian-perisian yang terkini dan telah dinaik taraf. Pusat scan menyediakan perkhidmatan jalurlebar dengan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan para pelajar melayari lamansesawang yang berfaedah dan untuk mencari maklumat-maklumat yang bermanfaat. Selainitu,I`ExCeL Access turut menyediakan kemudahan printing warna dan tidak berwarnakepada para pengguna. Pelajar-pelajar sering menggunakan printing bagi tugasan kerjakursus ataupun folio. I`ExCeL Access turut menyediakan perkhidmatan `binding’.Percetakan kertas juga turut diadakan dalam perkhidmatan I`ExCeL Access ini. Cas yangdikenakan juga adalah berpatutan dan ahli syarikat memberikan mutu yang terbaik samaseperti kedai yang ada di luar. Setiap petugas telah diberi latihan dan telah mahir dalamsetiap perkhidmatan yang ditawarkan..Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan Bayaran Internet 1.50 sejam Printing 20sen Color Printing 50sen Binding 50sen Photostat 20sen Bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan
    • Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Access PENJANAAN IDEA PEMILIHAN PERKHIDMATAN PEMBAHAGIAN TUGAS PENETAPAN HARGA PERKHIDMATAN I`ExCeL ACCESS DIJALANKAN
    • 7.8 KAEDAH PENGELUARAN TINJAUAN PASARAN  Mengadakan pemerhatian dan tinjauan mengenai kemahuan dan kekurangan yan dialami pengguna. PERBINCANGAN  Semua ahli syarikat mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkhidmatan yang ingin dijalankan  Cetusan idea mengenai penghasilan produk kreatif  Membahagikan semua sekretriat kepada jabatan-jabatan yang telah ditetapkan PERCUBAAN  Melakukan percubaan penghasilan perkhidmatan ataupun produk kreatif dalm jumlah yang sedikit. PEMPROSESAN  Segala kelemahan dan kekurangan diambil kira sepanjang tempoh percubaan dan langkah untuk mengatasi telah diambil secepat mungkin PEMASARAN  Segala kelemahan telah diatasi dan proses pemasaran berlaku.  Produk kreatif mula dihasilkan setelah mencapai kualiti dan mutu yang telah ditetapkan.
    • 7.9 IDEA PERNIAGAAN Setiap ahli di dalam sesebuah syarikat pasti mempunyai idea ataupun buahfikiran yang boleh dijadikan sebagai projek pengeluaran. Jadi di sinilah fungsinyamesyuarat yang dijalankan dalam syarikat. Syarikat telah mengadakan mesyuaratbersama-sama semua ahli syarikat untuk membincangkan idea -idea mengenaiaktiviti,perkhidmatan mahupun dalam penghasilan produk kreatif. .Setiapperkhidmatan yang Syarikat ingin jalankan mestilah memberikan sumber pendapatanyang terbaik untuk syarikat. Sepanjang penubuhan syarikat,semua ahli syarikat telah menghadiri kursuskeusahawanan yang telah dijalankan di beberapa te mpat seperti Kuala Kangsar,Ipohdan di Pulau Pangkor. Syarikat telah mengadakan perbincangan bersama-sama ahlisyarikat-syarikat yang lain dan Syarikat mengambil peluang ini dengan bertukar-tukar
    • pendapat dan saling memberikan buah fikiran masing -masing. Syarikat juga telahmenggunakan pelbagai medium sewaktu mesyuarat berlangsung seperti:PERBINCANGAN / MESYUARATSewaktu mesyuarat agung dijalankan,semua ahli syarikat aktif memberikan pendapatdan cadangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ingin Syarikat jalankan.Tidak dilupakan produk kreatif yang ingin dihasilkan oleh syarikat. Semua cadangandiambil kira oleh semua ahli sebelum kata sepakat dicapai.Mesyuarat bulanan antara Ahli Lembaga Pengarah dan semua ahli syarikatdijalankan bertujuan untuk membincangkan proses pengeluaran dalam setiapperkhidmatan. Segala kelemahan disuarakan dalam mesyuarat tersebut dan jalanpenyelesaian telah diambil. Perbincangan juga diadakan untuk mempelbagaikan lagijenis produk serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memberi keselesaankepada pelanggan dan menambahkan keuntungan syarikat.SOAL SELIDIK(BANCIAN/SURVEY)Pengurus Pengeluaran yang mempunyai lima orang ahli di bawah JabatanPengeluaran telah duduk berbincang mengenai taktik untuk menarik pela nggan.Setelah musyawwarah dijalankan Syarikat telah mencapai keputusan untukmenjalankan bancian dengan dua kaedah iaitu peti pendapat dan melalui dialogterbuka. Dengan adanya bancian ini Syarikat dapat mengetahui apa yang diinginkanoleh guru-guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.Syarikat telah menyediakan peti pendapat tersebut di kiosk. Syarikat menerimasebarang pendapat,cadangan ataupun sebarang ketidakpuasan terhadap syarikat.Syarikat telah menerima pelbagai cadangan yang menarik dan juga idea -idea yangbernas. Ini menunjukkan syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik bersama -sama guru-guru dan pelajar. Melalui dialog terbuka pula adalah pelajar-pelajar boleh terus datang danmenyuarakan pendapat dan idea mereka. Mereka boleh berjumpa Penguruspengeluaran dan ahli-ahli syarikat yang berada di bawah Jabatan Pengeluaran. Iniadalah kerana di asrama mereka lebih senang berjumpa dan boleh terus memberikansebarang idea. Jadi Jabatan Pengeluaran akan segera berbincang mengenai idea -idea yang telah diberikan.
    • TINJAUAN PEMERHATIANSepanjang bulan pertama syarikat beroperasi Syarikat telah mejalankan pemerhatianmengenai kelancaran perkhidmatan yang dijalankan. Syarikat telah mengenal pastimasalah ataupun kelemahan yang dihadapi pada tempoh tersebut. Syarikat jugamengenal pasti persaingan yang bakal Syarikat hadapi sepanjang syarikatberoperasi. Pengurus Pengeluaran juga telah melakukan tinjauan mengenaihubungan kerjasama bersama rakan niaga yang lain dan terus menjalinkan hubunganperniagaan agar tidak ada mana-mana pihak yang terlebih dahulu menjalankanmana-mana perkhidmatan yang Syarikat ingin adakan. Untuk meningkatkan keuntungan syarikat, jenis dan jumlah produk yangdikeluarkan juga haruslah mengikut pasaran dan mengikut kehendak pelanggan. Kospengeluaran juga hendaklah dikurangkan bagi memastikan syarikat dapat mengautkeuntungan yang berlipat kali ganda. Setelah Jabatan Pengeluaran mengadakanmesyuarat, Syarikat bersetuju untuk mengadakan usahasama dan kontrak denganpihak pembekal. Sebelum mengadakan usahasama ini, saya selaku penguruspengeluaran perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Besar syarikat. Setelah mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar, segala urusanusahasama dan kontrak dapat dijalankan dan urusan ini dinamakan :PERJANJIAN JUAL BELIJabatan Pengeluaran telah berusaha untuk mencari pembekal ataupun pengeluaransepanjang Syarikat I`ExCeL beroperasi. Dengan bantuan pelbagai pihak,JabatanPengeluaran telah berjumpa dan berbincang dengan pembekal dalam usaha untukmengadakan proses rundingan harga agar mendapatkan haga yang terbaik. Setelah mengadakan perbincangan,pihak pembekal dan syarikat telahbersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang syarikat menjalankanperniagaan selama 9 bulan. Antara isi jual beli yang dipersetujui adalah pihakpembekal memberikan harga yang telah ditetapkan setelah rundingan harga, pihaksyarikat perlu memberi pesanan sehari sebelum jualan diadakan denganmemberikan maklumat yang lengkap seperti yang tertera di bawah. Pihak pembekaljuga perlu menghantar stok barangan yang telah dipesan tepat pada waktu yangtelah ditetapkan agar memberi kemudahan kepada kedua -dua pihak.
    • 7.10 STOK DAN INVENTORIANGGARAN BAHAN MENTAH UNTUK SETIAP AKT IVITI JUALANBahan mentah mestilah disediakan sebelum mengeluarkan sesuatu produkmahupun menjalankan sesuatu projek. Bahan penyediaan pula haruslah diperiksaoleh beberapa orang yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat bagi menjaminmutu dan kualiti sesuatu produk. Bagi jualan mingguan, Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. hanya mengeluarkanbeberapa produk termasuklah roti sosej, burger ayam, sosej, kentang goreng,bebola ayam,`I`ExCeL twist’ dan air minuman berkarbonat dan makanan sertaminuman ringan termasuklah gula-gula, kerepek dan sebagainya. Semua urusankeluar masuk bahan telah dicatatkan dalam rekod inventori yang bermaksud stok.Berikut adalah maklumat mengenai inventori produk roti sosej sepanjang tempohperniagaan ROTI SOSEJ BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1 Roti 3 Bungkus RM 6.90 2 Sayuran 2 Jenis RM 2.00 3 Sos cili 2 Botol RM 2.60 4 Pembalut 2 Paket RM 1.40 5 Mayonis 1 Botol RM 2.30 6 Mustard 1 Botol RM 2.60 FLOAT TWIST BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1. Air berkarbonat 6 Botol RM 7.20 2. Aiskrim 2 Bekas RM 9.90 3. Chip Coklat 2 Paket RM 2.80 4. Biskut Oreo 3 Paket RM 5.40 BURGER AYAM BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1 Roti 4 Bungkus RM 9.20 2 Daging ayam 6 Paket RM 13.20 3 Sayuran 2 Jenis RM 2.00 4 Tomato 3 Biji RM 1.80 5 Sos cili 2 Botol RM 2.60 6 Mayonis 1 Botol RM 2.30 Bagi penjualan makanan seperti sosej, kentang goreng dan bebola ayam,Syarikat terus mendapatkan dari pembekal. Setiap hari Jumaat akan diadakanpemeriksaan stok oleh Pengurus Pengeluaran dan ahli-ahli di Jabatan Pengeluaran.
    • Terdapat beberapa barangan yang dijadikan sebagai stok dalam penjualan sepertiroti sosej, burger ayam, kentang goreng, `wedges’dan bebola ayam. Antaranyaialah: BARANG KUANTITI HARGA Sos Cili 4 Botol RM 5.20 Mayonis 2 Botol RM 4.60 Mustard 2 Botol RM 5.20 Plastik 10 Bungkus RM 7.00 Pembalut 5 Paket RM 7.00 Straw 2 Paket RM 2.00 Cawan Minuman 10 Bungkus RM 3.20 Syarikat akan mendapatkan barang-barang tersebut daripada pembekal danrakan niaga. Sepanjang perniagaan Syarikat beroperasi penbekal dan rakan niagayang menjalinkan hubungan perniagaan bersama Syarikat memberikan kerjasamayang terbaik. Segala barangan mentah yang diperolehi juga adalah berkualiti danberada dalam keadaan terbaik.INVENTORISyarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mempunyai inventori yang diperoleh daripada syarikat yangterdahulu. Namun,syarikat I`ExCeL telah membeli dapur gas yang baru dan dijadikansebagai aset tetap dalam syarikat. Syarikat telah menjual semua aset kepada syarikat yangseterusnya. Berikut merupakan senarai inventori: BIL INVENTORI KUANTITI 1. Peti Ais 1 2 Almari 2 3. Dapur 1 4. Peralatan Memasak Lengkap 5. Pemanas Air 1PENYIMPANAN STOK Semua stok yang dibeli telah dismpan di dalam peti sejuk bagi barangan mentah.Untuk produk separuh siap telah diletakkan di dalam almari yang terdapat di Kiosk. Almaritersebut dikunci sepenuh masa dan hanya Ahli Lembaga Pengarah sahaja yang mempunyaikunci tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
    • 7.11 LAPORAN PRODUK KREATIFKAJIAN PROJEKSebelum penghasilan produk kreatif dijalankan, ia memerlukan kajian pasaran dibuat agarproduk yang dikeluarkan mendapat sambutan dan dapat dijual dengan kadar unit yangmaksimum. Produk-produk yang akan di keluarkan kepada masyarakat perlu di kajiterdahulu dari aspek kesesuaian, pratikal, permintaan, dan keperluan. Ini kerana pihaksyarikat berusaha untuk mendapat pengiktirafan kualiti produk di peringkat Malaysiaseterusnya dunia berdasarkan kajian pasaran yang di buat. Berikut adalah kriteria yangdigunakan dalam ujian pasaran:SASARAN Sasaran kajian adalah berdasarkan kepada pelajar di dalam sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat luar.HARGA Harga kos yang digunakan adalah sebanyak RM 4.00 . Produk ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bentuk, kualiti dan teknik penghasilan. Keistimewaan turut dapat dilihat kepada setiap produk mengikut harga.PERMINTAAN Permintaan kepada produk kreatif ini dinilai mengikut kaedah memaksimakan kepuasan para pelanggan, di dalam memaksimakan kepuasan pelanggan terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira iaitu padanan warna dan bentuk dengan produk kreatif yang dihasilkan. Di samping itu nilai-nilai estetika turut diambil kira di dalam menentukan permintaan sesuatu produk itu. Adakah nilai-nilai estetika yang terdapat pada produk tersebut dapat menarik minat seseorang itu melihat produk tersebut tanpa mempunyai rasa bosan.
    • PRODUK KREATIF: GREEN PLATE TECHNOLOGY
    • PROSES PEMBUATAN “GREEN PLATE TECHNOLOGY” 1. Rendamkan daun mengkuang di dalam air panas untuk melembutkannya. 2. Biarkan beberapa jamProses rendaman daun mengkuang di dalam besen diMakmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAHpada Mei 2010 3. Daun mengkuang di lap sehingga kering menggunakan kain.Proses pengeringan daun mengkuang di atas dulangdi Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAHpada Mei 2010 4. Lekatkan daun bersama-sama dengan pelekat yang diperbuat daripada kanji dalam susunan daun yang teratur.Proses pencentuman daun mengikut susunan yangdikehendaki di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUNAZLAN SHAH 20 Mei 2010
    • 5. Dibiarkan beberapa untuk keringkan pelekat kanjiBentuk daun selepas dicantum dan dilekatkan 6. Letakkan susunan daun tersebut di antara dua pinggan dan cantumkan kedua-dua bersama-sama. 7. Proses menekan bertujuan untuk merapatkan lagi lekatan daun tadi.Proses menekan di Makmal Kimia SM SAINS 8. Tinggalkan selama satu hari.RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010 9. Potong susunan daun mengikut bentuk pinggan yang dikehendaki menggunakan gunting.Proses menggunting daun mengikut saiz pinggndi Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLANSHAH pada Mei 2010 10. Keringkan pinggan yang telah dipotong menggunakan teknik pengeringan yang sesuai.
    • KEUNIKAN PRODUK Produk Green Plate Technoloy ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pihaksyarikat tidak memasarkan produk ini tetapi Syarikat menumpukan kepada penyertaanpertandingan inovasi produk yang dianjurkan sepanjang tahun. Pihak syarikat telahmenempah kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mengiktiraf bahawa ProdukKreatif ini merupakan produk yang boleh dikomersilkan. Pertandingan Save The Earth program SIFE anjuran Universiti Teknologi Petronas .Produk Green Plate Technology telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat kedua dalampertandingan tersebut dan membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai bernilaiRM 1000.00. Produk Green Plate Technology ini berjaya menarik minat juri keranapenghasilannya 100% daripada alam sekitar dan mencapai objektif pertandingan sebagaiproduk :mesra alam”. Syarikat telah menaja 3 orang pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH untukmenjalankan penyelidikan lebih mendalam bagi menghasilkan produk lebih berkualiti danbermutu tinggi. Mereka telah mejalankan penyelidikan yang lebih terperinci di bawah tajaanSyarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. Hasil penyelidikan dengan kerjasama pakar dari Universiti Sains Malaysia danperalatan teknologi tinggi dari Institut Genom Malaysia, wakil penyelidikan telah mengujiGreen Plate dengan beberapa ujian kualiti. Ujian yang dijalankan ialah :  Ujian bahan pelekat yang sesuai  Ujian bahan pengawet yang sesuai  Ujian ketahanan haba  Ujian pemilihan daun yang sesuai  Ujian ketahanan bebanKesemua ujian ini dilaksanakan untuk memastikan produk yang terhasil berkualiti daninovatif. Penghasilan produk ini telah dijadikan sebagai produk kreatif di PertandinganInovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan SBP di SekolahMenengah Sains Machang. Produk kreatif tersebut telah diiktiraf menerima anugerahGangsa dalam pertandingan tersebut. Produk tersebut juga mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan produkyang bebas pencemaran dan menjimatkan kos pengeluaran.
    • PRODUK BERKUALITI TEKNOLOGI HIJAUPROSES PENGELUARAN PRODUKSPESIFIKASI PRODUKSpesifikasi produk ini ialah satu produk yang unik yang dihasilkan dan mempunyai nilaiestatika yang tersendiri dengan rekaan-rekaan yang cantik serta menarik dengan hasilkombinasi antara kreatif dan inovatif.
    • KAWALAN KUALITIKualiti sesuatu produk merupakan aspek yang amat penting bagi menghasilkan sesuatuproduk yang berkualiti. Segala prosedur untuk menghasilkan produk perlu diikut dandipatuhi. Ianya bermula dari pengumpulan bahan, mereka bentuk, penghasilan sehinggaproduk tersebut siap untuk dipasarkan.KOS DAN MATLAMAT KEUNTUNGANBagi produk ini ia melibatkan kos yang sederhana dan memerlukan tenaga kerja yang begituminimum. Selain itu, kos yang diambil kira tidak termasuk dengan kos untuk memasarkan keperingkat yang lebih luas.TEKNIK-TEKNIK PENGELUARANSyarikat I`ExCeL telah menghasilkan produk kreatif ini dengan mengunakan 4M 1E. Tekniktersebut adalah:  MATERIAL : Setiap produk yang dijalankan mestilah daripada material yang terbaik. Produk yang dihasilkan dalam bentuk yang fleksibel dan boleh dikomersialkan.  MAN POWER : Setiap perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mestilah mempunya tenaga kerja agar dapat penghasilan produk berjalan dengan lancar dan memenuhi justifikasi.  METHOD : Produk yang dihasilkan mempunyai kaedah yang tersedia supaya mengelakkan berlaku kesilapan dan mengelakkan berlakunya sebarang kerugian.  MACHINERY : Produk yang dijalankan mesti mempunyai kelengkapan alat yang lengkap supaya penghasilan tidak akan berlaku sebarang gangguan dan pembaziran masa.  ENVIRONMENT : Persekitaran tempat penghasilan produk yang selesa, aman dan bersih akan menmbulkan suasana yang ceria dan persekitaran yang kondusif bagi penghasilan produk.
    • 7.12 LAPORAN PERKHIDMATAN TERBAIKPerkhidmatan terbaik dipilih daripada keseluruhan perkhidmatan yang telahdijalankan sepanjang operasi syarikat pada tahun beroperasi. Aspek pemilihanperkhidmatan terbaik adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI Syarikat mensasarkan keuntungan sebelum perkhidmatan dijalankan dengan mencapai sebanyak 50% peratus keuntungan.SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN Perkhidmatan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat dan mendapat sambutan .FAEDAH KEPADA KEPADA KEDUA-DUA PIHAK Pelanggan memperolehi kepuasan yang diharapkan dan mencapai objektif projek manakala syarikat mendapat pulangan yang lumayan.PERKHIDMATAN TERBAIK Syarikat I’ExCeL SDN. BHD.Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dipilih sebagai perkhidmatan terbaik kerana ianya telahmencapai aspek pemilihan perkhidmatan terbaik. Perkhidmatan ini merupakan satu perkarayang menarik yang unik dalam dunia perniagaan memandangkan beberapa orang ahlidalam syarikat adalah pemain yang berkemahiran dalam sukan bola keranjang danpermainan bowling. Memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjalankan perkhidmatantersebut. Berikut adalah fakta menarik mengenai Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS,  Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS tersebut merangkumi beberapa projek sukan yang dilaksanakan dalam satu program perkhidmatan.  Masyarakat kini aktif dalam sukan dan rekreasi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan.  Lebih ramai pelajar bergiat aktif dalam sukan minoriti seperti boling dan bola keranjang.  Permainan minoriti kurang diminati dikalangan rakyat tempatan dan boleh diperkembangkan.  Menjadi pilihan strategik dimana kurang persatuan dan badan berorganisasi menganjurkan aktiviti/program ini.
    • Pelaksanaan projek Dalam melaksanakan perkhidmatan I`ExCeL SPORTS ini memerlukan perancanganyang teliti dan rapi. Pihak syarikat telah mendapatkan khidmat nasihat daripada guru yangberkemahiran dalam pemainan boling. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan bantuandaripada jurulatih pasukan bola keranjang perempuan Seratas iaitu Encik Goh Chai Sinuntuk menjaditenaga pengajar di dalam sukan bola keranjang. Tidak dilupakan,Syarikat juga turutmengadakan pertemuan bersama Puan Rahimah binti Mohd Sura untuk mendapatkannasihat dan pandangan daripada beliau. Pengurus Pengeluaran bersama-sama sekretriat di bawah Jabatan Pengeluarantelah berbincang dan merangka strategi dalam melaksanakan projek tersebut. Setiap sukantersebut mempunyai 3 perkara utama yang akan dilaksanakan. Bagi permainan bolakeranjang Jabatan Pengeluaran mempunyai 3 aktiviti iaitu mengadakan klinik YoungTalent,menganjurkan pertandingan 3 On 3 dan Kem Play For Fun.Permainan boling jugamempunyai 3 aktiviti iaitu klinik boling,menganjurkan pertandingan boling dan mengadakanpakej Smart untuk warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Pihak syarikat telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada parapelanggan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan. Perancangan yang tersusun telahdiadakan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlakunya sebarangmasalah. Pihak syarikat juga menetapkan keuntungan yang perlu dicapai dalam setiapaktiviti yang dijalankan. Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dibahagikan kepada Projek Sukan Bola Keranjangdan Projek Sukan Boling. Projek Sukan Bola Keranjang Projek Sukan Boling Klinik Young Talent Klinik Boling 3 On 3 Competition Bowling Tournament Kem “Play For Fun” Pakej “Smart Bowling’’
    • I`ExCeL SPORTS Projek Sukan Bola Keranjang Projek Sukan Boling Klinik Young Talent Klinik Boling 3 On 3 Competitions Bowling Tournament Kem “Play For Fun” Pakej “Smart Bowling”PROJEK SUKAN BOLA KERANJANGKLINIK YOUNG TALENTKumpulan Sasaran : - Pelajar sekolah menengah bawah 18 tahunObjek tif Program : - memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai sukan bola keranjang yang semakin diminati ramai. - mencungkil bakat-baru dalam sukan bola keranjang untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.Latarbelakang Program : Hari :Sabtu Tempat : SMK (P) Treacher Methodist Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Pengajar : Encik Goh Chai Sin Encik Kamal Bin Bahari Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / seorangImpak Program : - Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukan bola keranjang - Mempunyai asas-asas dalam sukan bola keranjang - Berpeluang mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola keranjang
    • 3 ON 3 COMPETITIONSKumpulan Sasaran : - Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan ShahObjektif Program : - Mengasah bakat-bakat pelajar dalam sukan bola keranjang - Melatih pasukan bola keranjang yang sudah ada supaya bersedia menghadapi pelbagai situasi perlawanan. - Menerapkan bakat-bakat muda dalam pasukan sekolahLatarbelakang Program :Tempoh Program : 2 hariTempat : Gelanggang Bola Keranjang, SERATASMasa : 8.00 pagi – 4.00 petangBayaran Penyertaan : RM 30.00 / kumpulanImpak Program : - Membina semangat berpasukan - Memilih pemain untuk mewakili SERATASKEM “PLAY FOR FUN”Kumpulan Sasaran : - Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan ShahObjektif Program : - memupuk semangat jati diri pelajar - mendedahkan pelajar kepada dunia luarLatarbelakang Program : Tempoh Program : 3 hari 2 malam Tempat Program : Bukit Larut Bayaran Penyertaan : RM 5.00Impak Program : - Jati diri pelajar semakin meningkat - Berani menyahut sebarang tugasan yang diberikan oleh mana-mana pihak. - Bersikap lebih proaktif dan effisien dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
    • PROJEK SUKAN BOLINGKLINIK BOLINGKumpulan Sasaran - Pelajar dan badan berorganisasiObjektif Program - Memberi pendedahan mengenai dunia sukan boling - Peserta diajar cara permainan yang betulLatar Belakang ProgramTempoh Program: Satu hariTempat Program: Pusat Boling TaipingBayaran Penyertaan: RM 15.00 / SeorangImpak Program - Peserta diberi pendedahan mengenai sukan boling - Mengetahui teknik permainan yang betulBOWLING TOURNAMENTKumpulan Sasaran - Pelajar dan badan berorganisasiObjektif Program - Mencari bakat-baru dalam sukan boling. - Mencari pelapis untuk pasukan boling SeratasLatar Belakang ProgramTempoh Program: 1 HariTempat Program: Pusat Boling TaipingBayaran Penyertaan: RM 20.00 / SeorangImpak Program - Pemain pelapis untuk pasukan boling telah diserapkan - Menanam semangat kesukanan dalam diri pemain - Pemenang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan.
    • PAKEJ SMART BOWLINGKumpulan Sasaran - Pelajar,masyarakat sekitar TaipingObjektif Program - Menarik minat untuk bermain boling - Memudahkan urusan permainan - Memberi keselesaan dalam pasukan yang ingin bermainLatar Belakang Program Tempoh Program: Bulan 3 hingga bulan 8 Tempat Program: Pusat Boling Taiping Bayaran Penyertaan: Pakej A / RM 250 Pakej B / RM 150Impak Program - Pemain dapat berurusan dengan lebih cepat - Menarik lebih ramai badan berkumpulan untuk memilih Pakej Smart - Pemain dapat menikmati pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
    • 7.13 PENGESAHAN Pelaksanaan produk dan perkhidmatan yang dijalankan bergantung kepada pelbagaiaspek dari segi material,kerjasama ahli dan strategi perniagaa yang effektif. SyarikatI`ExCeL telah membuktikan keberkesanan dengan berjya melaksanakan semuaperkhidmatan dengan jayanya dan penghasilan produk kreatif telah berjaya mendapatpelbagai kejayaan. Dari sudut pengawalan kos,syarikat telah berjaya mengelakkan daripada berhutangdengan mana-mana pihak dan keuntungan yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan.Syarikat juga tidak mengalami sebarang kerugian dan operasi perniagaan dapat berjalandengan lancar. Semua ahli syarikat telah menjalankan semua tugas yang telah dibahagikanmengikut jabatan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited dalam memastikansemua perkhidmatan berjalan dengan baik. Semua ahli menunjukkan disiplin yang terbaikdan berjaya mewujudkan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing. Secara amnya,Syarikat I`ExCeL telah berjaya menjalankan semua perkhidmatanyang dirancang dengan teratur dan berkesan. Proses penghasilan produk kreatif jugatersedia dengan baik dan berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ini membuktikanseluruh warga kerja Syarikat I`ExCeL mempnyai sistem pengurusan dan operasi perniagaanyang bersikap professional dalam perniagaan.Disediakan oleh,.................................................(NURULHUDA BINTI HASHIM)Pengurus PengeluaranSyarikat I`ExCeL Sdn Bhd.