• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Laporan pengurus pemasaran
 

Laporan pengurus pemasaran

on

  • 26,427 views

 

Statistics

Views

Total Views
26,427
Views on SlideShare
26,425
Embed Views
2

Actions

Likes
8
Downloads
493
Comments
1

1 Embed 2

http://seribusatumacam-cikyanz.blogspot.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • nota ini sgt berguna utk menambahkan lg pengetahuan dlm bidang pemasaran.TQ
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Laporan pengurus pemasaran Laporan pengurus pemasaran Document Transcript

    • 8.0 LAPORAN PENGURUS PEMASARAN8.1 Profil Pengurus Pemasaran ENCIK MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI Pengurus Pemasaran bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010 Encik Muzakkir Ihsan bin Yang Razali, warganegara Malaysia, berumur 17 tahun, menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah sejak 4 Februari 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Beliau juga diberikan kepercayaan mengendalikan Jabatan Pemasaran selaku Pengurus Pemasaran. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) .Beliau juga telah dilantik menjadi ahli MPP sejak 2007. Beliau telah memegang jawatan Penolong Ketua Biro Ekonomi pada tahun 2010. Seterusnya, pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Biro Ekonomi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada 2011. Sepanjang berada dalam biro ini beliau ditugaskan untuk meningkatkan ekonomi Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak tiga tahun kebelakangan inisetelah dilantik menjadi salah seorang ahli Lembaga Koperasi sekolah. Sepanjangpenglibatan sebagai ahli Lembaga Koperasibeliau telah dilantik menjadi Ketua BiroPemasaran dan Promosi.
    • Pasukan beliau telah menjadi johan bola baling bagi kategori bawah 14 tahun. Seterusnya,beliau juga telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah bawah 15 tahun.Semasa berada di tingkatan 5, beliau telah memenangi Pertandingan bola baling peringkatdaerah. Beliau juga telah dipilih untuk menjalani pemilihan untuk mewakili daerah bagipertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Akhir sekali, beliau juga telah terpilih mewakilipasukan KFC Perak bagi Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di PICCPutrajaya pada tahun 2010.
    • SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
    • 8.2 Tinta Pengurus PemasaranSalam keusahawanan, Saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeLSdn. Bhd. Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan sepenuhkesyukuran kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya maka sayadapat menyiapkan laporan seadanya. Tugas sebagai Pengurus Pemasaran adalah amat penting dalam mengatur strategibagaimana untuk memasarkan produk syarikat. Hasil bimbingan dan dorongan yang padudaripada semua pihak, beberapa strategi yang kukuh dan mantap dapat dirangka untukbahagian pemasaran syarikat ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada gurupembimbing Persatuan Usahawan Muda SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Encik Saharizalbin Mohd. Baharuddin. Akhir kata, semoga Allah membalas segala penat lelah seluruh warga kakitangansyarikat serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan tahunan syarikat ini,Insya Allah, jasa kalian tidak terbalas dan akan dikenang sampai bila-bila.“Usahawan penjana ekonomi”Wassalam dan terima kasih.………………………………...................(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
    • 8.3 Tugas dan tanggungjawabSebagai seorang pengurus pemasaran , tanggungjawab utama adalah memastikan produkdan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat dapat dipasarkan dan boleh menyaingi pasaransedia ada. Antara tugas lain adalah seperti berikut : Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan syarikat supaya setiap projek berjalan lancar serta memenuhi kehendak pelanggan . Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk keluaran dan akan menyertai setiap pertandingan yang akan dianjurkan Mengenalpasti kelemahan pesaing dan mengatasinya serta mengetahui kelebihan produk yang dimiliki supaya dapat mengatasi saingan pesaing. Memastikan setiap aktiviti dan jualan yang dianjurkan oleh syarikat mendapat sambutan. Merancang strategi syarikat untuk menarik minat para pembeli untuk membeli produk daripada syarikat. Merancangkan aktiviti jualan seperti kaedah pengagihan, penghantaran dan galakan jualan Mengawal dan mengesan aktiviti jualan setiap ahli syarikat seterusnya menyimpan rekod jualan. Menyimpan rekod pemasaran syarikat dan menyediakan laporan jualan. Memastikan projek-projek yang dirancang oleh syarikat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    • 8.4 Penilaian Prestasi SyarikatPENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Sebagai seorang Pengurus Pemasaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhiroperasi syarikat. Sebagai Penrus Pemasaran beliau telah menetapkan Key PerformanceIndex (KPI).KPI ini merupakan petunjuk prestasi utama yang perlu dicapai oleh PengurusPemasaran. - Melaksanakan strategi pemasaran terbaik - Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan - Meningkatkan produktiviti syarikatKEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pemasaran. Berikutmerupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN Pelbagai strategi dan promosi dapat diatur Melaksanakan strategi Tercapai dengan baik sepanjang proses penjualan pemasaran terbaik produk.Menembusi pasaran luar Sentisa menerima pelbagai tempahan baju Tercapaidan mendapat sambutan dan juga makanan. Produk yang berkualiti berjaya dikeluarkan Meningkatkan Tercapai oleh syarikat sehingga menarik minat para produktiviti syarikat pelanggan.
    • PRESTASI PEMASARAN SYARIKATStrategi pemasaran yang berkesan dan efektif adalah amat penting. Ini keranastrategi pemasaran yang baik membolehkan perkhidmatan dan produk yangdiberikan oleh syarikat mendapat respons dan sambutan daripada pelanggan. Untuk melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, setiap ahli syarikattelah bekerjasama antara satu sama lain dan membanting tulang untukmempromosikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan denganmenggunakan setiap kemudahan yang ada. Sebagai seorang pengurus pemasaran, kerjasama ahli-ahli syarikat dansokongan serta dorongan amatlah penting. Ini akan menjamin kejayaan dalammemasarkan sesuatu produk mahupun aktiviti yang dijalankan oleh syarikatkami.Ahli-ahli syarikat yang menganggotai jawatankuasa pemasaran terdiridaripada: Pada awal operasi perniagaan, syarikat kurang mendapat sambutan dalammemasarkan produk dan perkhidmatan. Masalah yang dihadapi pada awal operasiadalah seperti berikut:  Kelewatan mendapat bekalan  Kesuntukan masa perniagaan (tempoh operasi singkat)  Menghadapi persaingan yang berbagai Setelah dikenalpasti masalah yang dihadapai, syarikat mengatur semulastrategi pemasaran yang lebih sistematik dan efisyen. Seluruh ahli syarikat terlibatsama memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan pernigaan mendapatsambutan dan menjadi pilihan utama pelanggan. Keuntungan syarikat bertambahbaik dan mencapai tahap optimum mulai bulan april hingga berterusan ke akhiroperasi pada bulan Oktober 2010.
    • 8.5 Prinsip Dan Matlamat PemasaranDEFINISI PEMASARANPemasaran ialah rangkaian aktiviti perniagaan yang melibatkan pemindahan barangan atauperkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna untuk memenuhi kehendak pengguna, dandalam masa yang sama mencapai objektif syarikat. Pemasaran juga dapat didefinasikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskanserta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran selagiianya tidak berlawanan dengan hukum-hukum agamaPRINSIP PEMASARANDalam perniagaan , nilai – nilai murni diterapkan agar perniagaan yang dijalankan mendapatkepercayaan para pelanggan kerana ini menjadi lambang kejujuran syarikat kami dalamberurusan dengan masyarakat.Di antara amalan dan prinsip yang menjadi pegangan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dalampemasaran ialah :  Amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.  Memastikan penghantaran cekap, selamat, dan teratur.  Tidak mengamalkan rasuah sesama ahli syarikat dan orang lain.  Informasi tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tepat.  Pengedaran dan penghantaran barang dibuat dengan cekap, selamat, dan bersistematikMATLAMAT PEMASARANSyarikat I‟ExCel Sdn. Bhd bermatlamat untuk mengorientasikan kepuasan pelanggandengan produk terbaik, memberikan perkhidmatan yang memuaskan, menghasilkan produkkreatif yang dapat menembusi pasaran dan meningkatkan jual beli barang pada tahap yangpaling cemerlang agar syarikat dapat memperoleh keuntungan yang maksimum danmeletakkan syarikat setaraf dengan syarikat yang berjaya.
    • PROSES PEMASARAN SASARAN PELANGGAN (PEOPLE) TINJAUAN KEPERLUAN KEPERLUAN PELANGGAN PRODUK TINJAUAN PESAING LOKASI (PLACE) TINJAUAN HARGA PASARAN PENETAPAN HARGA(PRICE) TINJAUAN PERMINTAAN PROMOSI (PROMOTION) JUALAN MASALAH PENGUBAHSUAIAN STRATEGI PEMASARAN
    • 8.6 Tinjauan PemasaranTinjauan Pemasaran dibuat adalah bertujuan untuk membuat ramalan yang bolehmenentukan potensi pasaran berdasarkan keperluan pelanggan, permintaan pasaran dankeunikan produk dan pesaing-pesaing luar. Aspek yang perlu dititik beratkan boleh dibahagikan kepada lima perkara iaitukeperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran pasaran, kekuatan dankelemahan produk sedia ada dan syer pasaran.A. KEPERLUAN DAN PERMINTAAN PASARAN  Aliran perkembangan pemasaran syarikat dikenalpasti samada prestasi jualan meningkat atau menurun, stabil atau berkembang serta mengenalpasti statistik pengeluaran dan permintaan pengguna.  Perubahan citarasa dan keinginan semasa pengguna sentiasa mengalami perubahan. Syarikat seharusnya peka dengan keperluan pengguna dengan melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan tertinggi semasa.  Selain itu, ramalan permintaan, citarasa dan keinginan pengguna pada masa depan juga boleh dilakukan seterusnya dapat membantu syarikat memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.B. PESAING TERDEKAT  Menganalisa keadaan pasaran semasa untuk melihat prestasi perniagaan sedia ada di sekitar lokasi terdekat.  Mengenalpasti kemampuan pesaing dari segi kualiti produk yang dihasilkan, harga yang ditawarkan dan kapisiti pengeluaran produk semasa.  Agen pemasaran ditugaskan untuk memerhatikan pesaing yang mengeluarkan produk yang sama seperti pengeluaran produk syarikat.  Syarikat dapat mempelbagaikan variasi produk yang sedia ada dipasaran dengan lebih kreatif dan mengatasi pasaran semasa.  Pesaingan dalam perniagaan menjadi salah satu cabaran bagi sesebuah syarikat untuk dijadikan pemangkin semangat dan meningkatkan prestasi syarikat.
    • C. SASARAN PASARAN  Analisa pengguna produk diperjelaskan dengan teliti untuk mengetahui sejauh mana produk dapat menembusi pasaran. Mengenalpasti siapakah pengguna produk dengan jelas mengenai profil pengguna yang disasarkan berasaskan demografi iaitu umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, taraf pendidikan, serta bilangan ahli keluarga.  Selain itu, kaedah psiko garafik juga boleh dilakukan iaitu keinginan, citarasa, ego, dan status.  Potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa tertentu diambilkira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang mengguna produk syarikat.  Syarikat dapat menentukan kadar pengeluaran produk mengikut jumlah pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan menjadikan produk syarikat pilihan utama.D. Kekuatan dan Kelemahan Produk Sedia Ada  Produk yang berada dipasaran tidak semestinya menjadi pilihan utama pelanggan. Faktor Harga dan Kualiti sesuatu produk merupakan jaminan untuk pengguna memilih produk pilihan mereka.  Faktor kesukaran mendapatkan produk di sekitar lokasi perniagaan dan jaminan kualiti diambil kira untuk membolehkan harga yang ditawarkan adalah berbaloi-baloi.  Kualiti produk dikenalpasti dari segi pembungkusan, material atau bahan ramuan, tarikh luput serta memenuhi kepuasan pengguna.E. Syer Pasaran  Dalam perniagaan aspek pesaing mengambil kira syer pasaran sebagai aspek utama untuk melihat naik-turun prestasi peniagaan. Bilangan pengguna untuk setiap pesaing dilokasi perniagaan diambilkira bagi mengira kadar peratus(%) syer pasaran   Oleh itu, syarikat perlu mempengaruhi pengguna untuk memilih produk syarikat seterusnya menguasai syer pesaingan pasaran.
    • 8.7 Strategi PemasaranSyarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa berusaha bagi menghasilkan suatu produk, barangandan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan. Sebelum sesuatu perniagaandijalankan, pelbagai strategi perniagaan telah dirangka. Strategi ini dirangka bagimelicinkan perniagaan tanpa sebarang kesulitan yang akan dihadapi oleh setiap ahli.Selain itu, strategi yang diperkenal juga perlu untuk memperkenalkan nama syarikat yangmempunyai strategi pemasaran yang terbaik dan berkesan. Antara strategi yang telahiatur oleh pihak pemasaran ialah 1. Sentiasa mencari peluang yang terbaik untuk memasarkan barangan dan produk keluaran syarikat. 2. Memperbaharui segala teknik pemasaran mengikut aspek-aspek pemasaran yang terkini untuk menggantikan teknik pemasaran yang lama supaya lebih efektif bagi kepentingan pemasaran syarikat. 3. Memasarkan barangan atau produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. 4. Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap produk yang telah dijual 5. Memastikan hasil keluaran syarikat mendapat nilai tempat yang tertinggi dalam pasaran.ASAS STRATEGI PEMASARANRangka asas dalam membentuk strategi pemasaran adalah bergantung kepadatinjauan pemasaran yang telah dibuat. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. perlu memastikanstrategi yang digunakan dapat melengkapi dan mengatasi masalah yang dihadapidalam perniagaan. Hasilnya pengurus Pemasaran telah memperkenalkan asasstrategi perniagaan kepada lima bahagian penting iaitu STRATEGI 5P PRODUCT STRATEGI PLACE (Produk) PEMASARAN (Lokasi) PRICE PEOPLE PROMOTION (Harga) (Pengguna) (Promosi)
    • 8.8 Pembahagian StrategiBerdasarkan asas Strategi Pemasaran 5P Syarikat I‟ExCel Sdn Bhd telah menyediakanpembahagian strategi pemasaran dengan menitik beratkan kualiti produk, kepuasanpengguna dan keuntungan syarikatSTRATEGI PRODUKSyarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. menjadikan asas strategi untuk menghasilkan produk danmenyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk memberikan manfaat kepada parapengguna. Syarikat telah merekabentuk dan membungkus produk secara kreatif di mana dapatmenarik perhatian para pelanggan Setiap produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihandan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat dan mendapat sambutan yangmenggalakan.Bil Projek/Produk/Perkhidmatan Ciri Kelebihan/Keistimewaan1. I`ExCeL IQ CHALLENGE Ciri-ciri Berbentuk “Games” menguji minda Diminati golongan pelajar/remaja Permainan yang mudah Sambutan yang ramai Yuran penyertaan yang murah Tiada pesaingan dari pesaing terdekat Modal yang rendah Cabaran Soduku Faedah Pengguna : Spell It Right pengguna boleh menguji tahap permainan Rubic Cube individu dalam pertandingan Qhat Writing pengguna boleh mempertingkatkan kemahiran Chess Challenge dalam permainan pemenang menerima hadiah lumayan yang ditawarkan.2. I`ExCeL Sports Ciri-ciri diperkenalkan untuk pengguna yang ingin mempelajari mendapat sambutan yang ramai menjemput jurulatih yang diiktiraf Modal yang rendah Basketball Faedah Pengguna Bowling Dapat menguji kemahiran dan membina kecergasan Belajar teknik permainan yang betul
    • 3. I`ExCeL Access Ciri-ciri Mendapat sambutan yang ramai selaras dengan keperluan pelajar celik IT Pelajar tidak perlu pergi ke Kafe Siber diluar Kerjasama dengan Penyelaras ICT sekolah Kelengkapan 20 buah komputer Tiada modal pembelian komputer Keuntungan melalui komisyen dan khidmat Kemudahan kemahiran individu Internet Surfing 100% pengguna adalah pelajar. Printing Faedah pengguna Binding Tidak perlu keluar sekolah Graphic Designer Menikmati Internet berkelajuan tinggi Montage Designer Kadar bayaran yang murah Memudahkan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan di sekolah.4. Seratas`s Hostel Open Day Ciri-ciri Pertandingan keceriaan antara dorm Sambutan daripada pelajar dan guru Jemputan VIP Kos yang rendah Menarik perhatian pengunjung luar Faedah pengguna Persembahan Silat Menikmati makanan khasiat buah-buahan Jualan Buku Terpakai Pesaingan sihat antara dorm Jualan Aiskrim Impak kepada sekolah menerima Anugerah Jualan Rojak/Buahan Asrama terbilang Game Corner Pelajar seronok bermain permainan rakyat -Melempar gelung - Boling Kelapa5. Jualan Hari Kebudayaan Islam Ciri-ciri Minat dalam permainan Tradisional Menerapkan nilai agama dan moral Sambutan pengguna yang kumpulkan koleksi „button badge‟ Menarik perhatian pelajar yang gemar menonton wayang bercirikan islam Tayangan Filem Kadar bayaran yang murah - Ayat-ayat Cinta Sambutan paling ramai dalam permainan - Syurga Cinta tradisional Jualan Button Badge Tiada pesaingan Jualan Makanan Halal Faedah pengguna Permainan Tradisional Menjalinkan ukhwah islamiah lebih erat - Congkak Memahami konsep islam dalam berniaga -Batu Seremban Cintai Islam dapat dipupuk - Galah Panjang Halal dan Haram ditekankan dalam Jualan - Sepak Raga Jualan Tafsir Al-Quran Makanan Memupuk nilai rohaniah lebih kukuh Mengenal permainan tradisional melayu
    • 6. Delicious Pizza And Cakes Ciri-ciri menyediakan bahan makanan yang 100% halal untuk pengguna disediakan tanpa bahan pengawet atau bahan pewarna harga yang berpatutan Tiada pesaingan terdekat Jualan Kek Faedah Pengguna Jualan Pizza Harga yang murah Halal dimakan tanpa was-was Tidak perlu caj khidmat penghantaran Puas hati dengan khidmat layanan7. I`ExCeL Ex_Design Ciri-ciri Pereka yang kreatif Harga berpatutan Pilihan corak yang pelbagai Boleh ditempah dengan kuantiti yang sedikit Tiada pesaingan konsep Faedah Pengguna Puas hati Harga yang murah Tempahan T-Shirt Berkualiti tinggi Jualan rekaan t-shirt Pilihan menarik Tempahan “Batch T-shirt” Merekabentuk T-shirt8. I`ExCeL`s Menu Ciri-ciri memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan keperluan yang diingini ketika berada di asrama memenuhi kehendak pelajar menjana keuntungan syarikat kurang pesaingan Faedah Pengguna menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk memenuhi kehendakan pelajar asrama Jualan Makanan setiap minggu harga yang berpatutanSecara keseluruhannya, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.menetapkan satu piawaian kualitiproduk yang dihasilkan untuk dipasarkan berlandaskan cirri-ciri berikut : a) Pembuatan : Syarikat menghasilkan, memperkemaskan pembuatan setanding dengan jenama seumpamanya di pasaran. b) Harga :Syarikat meletakkan harga yang berpatutan pada setiap produk dengan keuntungan minimum. c) Pembungkusan : Pembungkusan produk yang baik memberi tarikan pembelian hampir 95%.Pembungkusan yang menarik boleh mendapat sambutan yang menggalakan. d) Kualiti : Syarikat memastikan produk yang dihasilkan terjamin dan berkualiti.
    • STRATEGI HARGA (PRICE)Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan.Harga kos setiap produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkanmerupakan nilai sebenar yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produkatau perkhidmatan. Antara strategi penetapan dan penawaran harga yang perludipertimbangkan adalah :1. Membuat tinjauan harga pasaran Tinjauan harga berasaskan :- jenis produk dan kualiti produk tarikan produk yang serba guna2. Tawaran harga dari pesaing luar Kadar harga pasaran dari luar lokasi perlu diambil kira untuk melihat kos pengangkutan pengguna (pelajar) untuk mendapatkan produk boleh dikira sebagai harga kos produk.3. Tawaran harga daripada pembekal Harga daripada pembekal yang paling minimum dipilih untuk menjadi pembekal utama dalam penawaran produk jualan. Permintaan sebut harga produk di minta terlebih dahulu sebelum pemilihan pembekal dibuat. Penawaran harga daripada pembekal yang paling minimum adalah pilihan utama syarikat.4. Penurunan harga Harga produk perlu mengambil kira ketahanan produk dan tempoh luput produk tersebut. Produk makanan terutamanya, perlu ditentukan tarikh keluaran dan tempoh sebelum luput. Penurunan harga perlu dibuat untuk memastikan barangan habis terjual.5 Penilaian harga semula (stok akhir) Harga setiap produk yang tidak habis dijual perlu dibuat penilaian semula berdasarkan harga pasaran, kualiti asas dan keperluan pelanggan. Sekiranya harga kos sesuatu produk ini telah tercapai keuntungan yang diharapkan, harga produk diturunkan sehingga ke harga kos produk tersebut.
    • Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk jualan Syarikat I‟ExCeL Sdn.Bhd. adalah berpatutan dan menarik. Syarikat sentiasa memberikan harga yang selaras danberpatutan daripada pihak saingan syarikat dengan memberikan penekanan pada mutu,kualiti dan mesra pelanggan. Tawaran harga diskaun juga diberi sekiranya pelanggan diambil kira sebagai pelanggan tetap syarikat, sekali gus menarik minat pelanggan untuk terus menjadi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. pilihan utama pelanggan. Bagi penjualan Produk Kreatif dan Perkhidmatan Syarikat pula, margin keuntungan yang diambil adalah mengikut kepada kreativiti produk yang dijual. Bagi kedua-dua aktiviti ini, syarikat boleh menerima sehingga 90% margin keuntungan syarikat.STRATEGI PELANGGAN (PEOPLE)Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd. mensasarkan pemasaran produkkeseluruhannya kepada warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah,pelawat atau pengunjung, ibu bapa dan komuniti sekitar premisperniagaan merupakan pelanggan Syarikat I‟ExCeL Sdn.Berdasarkan prestasi jualan produk dan pilihan perkhidmatan yangditawarkan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Berikut adalah Carta Analisamengikut produk dan perkhidmatan I‟ExCeL Sdn. Bhd.I’ExCeL IQ Challenge Carta Pelanggan 2% Pelajar SM SAINS RAJA 8% TUN AZLAN SHAH Ahli Syarikat Anak-anak Guru 90%
    • I`ExCeL Sports Carta Pelanggan 15% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Lain-lain 85%I`ExCeL Access Carta Pelanggan Pelajar 100%I`ExCeL`s Menu Carta Pelanggan Pelajar 100%
    • I`ExCeL Ex_Design Carta Pelanggan Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah 9% 10% Guru Staf 23% 58% Lain-lainDelicious Pizza And Cakes Carta Pelanggan Pelajar 100%Seratas`s Hostel Open Day Carta Pelanggan 5% 1% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Guru 94% Lain-lain
    • Jualan Hari Kebudayaan Islam Carta Pelanggan 5% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Lain-lain 95%Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. telah mensasarkan segala pekhidmatan dan aktiviti jualan yangdiadakan kepada semua pelajar SMS Raja Tun Azlan Shah. Selain itu, pihak pemasaranjuga mensasarkan perniagaan kepada guru-guru, dan juga kakitangan SMS Raja Tun AzlanShah. Sambutan daripada kesemua pelanggan amat menggalakkan. Hal ini telahmenaikkan semangat setiap ahli supaya bekerja lebih gigih dan seterusnya dapatmenaikkan imej syarikat. Carta Pelanggan Keseluruhan 3% 10% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Guru 87% Lain-lain
    • STRATEGI PROMOSI (PROMOTION)Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mengadakan kaedah promosi yang berkesan seperti strategiberkomunikasi antara syarikat dan pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikanmesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas dari pengguna. Promosi boleh merangkumi dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan,dan juga diskaun yang telah diberikan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. juga telah menampaliklan di setiap papan kenyataan untuk memberitahu sesuatuperkara kepada pelajar. Promosi adalah salah satu aspek penting dalam pasaran.Kurang melakukan promosi ataupun memberi maklumat yang salahsemasa promosi sedang dijalankan akan menjejaskan jualan serta akanmengakibatkan kerugian.PENGIKLANANPengiklanan adalah kaedah yang mudah, murah dan efektif. Semua maklumat mengenaijualan boleh dipaparkan didalam iklan. Strategi pengiklanan yang menarik perhatianpelanggan mengandungi ciri-ciri seperti berikut :- tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami. paparan produk yang jelas mengikut spesifikasi produk sebenar. mengandungi maklumat yang tepat seperti harga, lokasi dan waktu operasi. cetakan berwarna lebih menarik perhatian pelanggan. CONTOH IKLAN YANG TELAH DIPAMERKAN PADA PELANGGANIklan ditampal di papan kenyataan yang sesak dikunjungi pelanggan. Di edarkan dari bilikkebilik seperti berbentuk edaran risalah. Menggunakan laman social seperti facebook atauweblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan.
    • PROMOSI JUALANKaedah promosi berbentuk “JUALAN PROMOSI” selalu diamalkan oleh syarikat yangberhasrat untuk menghabiskan stok akhir. Promosi kaedah ini lebih banyak menarikperhatian pelanggan yang suka membeli produk penghabisan stok. Jualan ini selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Dalam istilah lain, iadipanggil sebagai jualan penghabisan stok. Walaubagaimanapun, tujuan utama jualan inidiadakan adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya untuk membeli di premisperniagaan kami. Harga yang ditawarkan juga rendah, istilah atau propaganda seperti “SALE”, “YES”-Year End Sale dan Jualan Harga Runtuh sering digunakan untuk menarik perhatianpelanggan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak terlepas peluang mengadakan promosi jualanpenghabisan stok pada 23-24 Oktober 2010 yang diadakan untuk menghabiskan stok T-Shirt dan produk yang lain.
    • PENGUMUMAN Membuat pengumuman serta penerangan yang lebih terperinci selepas waktu solat jemaah di surau dan waktu perhimpunan asrama. Selain itu, pihak syarikat juga membuat pengumuman melalui alat pembesar suara yang terdapat di bilik warden dan asrama yang telah disediakan oleh pihak pengurusan asrama. Kaedah pengumuman sering dilakukan sebelum syarikat mengadakan jualan. Kaedah ini sering digunakan oleh pihak pemasaran kerana lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.Pengumuman selalunya akan dibuat setiap kali selepas sahaja waktu PREP tamat Pengumuman di buat di surau selepas solat jemaahDISKAUNPromosi ini adalah strategi syarikat yang dapat menarik minat para pembeli untuk membeliproduk syarikat. Strategi ini dijalankan setiap kali sebelum cuti persekolahan untukmenghabiskan stok. Namun pihak syarikat tetap berhati-hati semasa memberikan diskaunsupaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian.
    • STRATEGI LOKASI (PLACE)Lokasi Perniagaan merupakan peranan penting untuk memudahkan pelangganmembeli dan mendapatkan produk jualan syarikat. Namun demikian, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak bergantung kepada satutempat jualan sahaja. Pembukaan gerai-gerai kecil ditempat yang sering dikunjungipelanggan juga diadakan. Lokasi perniagaan yang strategik meningkatkan jualan kerana pelangganmudah mendapatkan barangan jualan sekiranya lokasi berdekatan dengan tempattumpuan ramai. Kaedah jualan langsung juga diadakan menjaja barangan jualanmenggunakan bakul atau beg plastik dari dorm ke dorm, dari kelas ke kelas.
    • 8.9 Laporan Ringkas Aktiviti PemasaranPERKHIDMATAN I`EXCELSyarikat I`ExCeL Sdn Berhad mengadakan perkhidmatanI`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telahditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan binYang Razali setelah melihat kegilaan pelajar sekolahMenengah Sains Raja Tun Azlan Shah bermain permainan`Rubic Cube‟. Oleh itu, pihak syarikat telah memutuskan untukmengadakan beberapa pertandingan terbuka kepada semua pelajar. Bahagian pemasarantelah mengadakan hebahan melalui cara mengadakan pengumuman dan juga menampaliklan di papan kenyataan. Bahagian pemasaran juga menyediakan yuran yang berpatutan bagi menarik minatpelajar untuk menyertainya Pelajar yang ingin menyertai pertandingan yang diadakan perlumenyediakan yuran sebanyak RM1.00 bagi setiap penyertaan. Antara pertandingan-pertandingan yang diadakan ialah: `Spell It Right‟ Cabaran Sudoku Rubic Cube Catur Jawi`s writing Syarikat telah menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan untuk menarik minatpesertaStrategi Pemasaran :Produk : Permainan Menguji MindaHarga : Yuran Penyertaan serendah RM 1.00Pelanggan : Minat pelajar bermain permainan menguji mindaPromosi : Hadiah Lumayan ditawarkanLokasi : Tempat awam yang efektif untuk pelanggan gemar mempamerkan bakat.
    • I`ExCeL SportsSyarikat I`ExCeL Sdn Berhad bukan sahaja menumpukan kepada penjualan semata-mata, namun membentuk perkembangan modal insan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, Syarikat I`ExCeL telah mengadakan perkhidmatan I`ExCeL Sports. Syarikat telah mengadakan pertandingan 3 on 3 basketball. Permainan ini telah dimainkan di gelanggang bola keranjang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Setiap peserta perlu mendaftar nama terlebih dahulu dan membayar yuran terlebih dahulu sebelum menyertai permainan ini. Satu lagi permainan yang dianjurkan adalah permainan bowling. Syarikat menyediakan perkhidmatan permainan bowling kepada para pelajar dan juga terbuka kepada guru- guru. Mana-mana individu mahupun kumpulan yang inginmenyertai akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi setiap individu. Penguruspemasaran telah mengadakan pengumuman pada setiap hari sebelum pertandinganbermula.Strategi Pemasaran :Produk : Permainan Menguji Kemahiran dan FizikalHarga : Yuran Penyertaan RM 20.00Pelanggan : Kemudahan prasarana yang disediakanPromosi : Hadiah Lumayan ditawarkanLokasi : Tempat awam yang efektif dan sesuaiI`ExCeL AccessSyarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada parapelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tujuan diadakan perkhidmatan iniadalah para pelajar di sekolah sering menggunakan komputer bagi tujuan pendidikan danmenyiapkan tugasan seperti kerja kursus dan folio. Pelajar menghadapi kesukaran untukkeluar ke bandar hanya semata-mata untuk mencari kafe siber. Namun ada kalanya kafesiber di luar juga turut sesak dengan pengguna lain. Jadi kami mengambil kesempatanbekerjasaman dengan Penyelaras ICT untuk menyediakan perkhidmatan yang diberi
    • jenama I`ExCeL Access. Perkhidmatan ini telah banyak membantu pelajar dalammenyiapkan tugasan mereka. Bayaran dikenakan berdasarkan tempoh masa pelajar-pelajarmenggunakan komputer tersebut. Syarikat menyediakan sebanyak 20 komputer kepadapelajar supaya tidak berlaku kesesakan terutama ketika ingin menyiapkan kerja-kerja yangpenting. I`ExCeL`Access ini dibuka pada setiap hujung minggu bagi semua pelajar. Berikutmerupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan Bayaran Internet 1.50 sejam Printing 20sen Printing berwarna 50sen Binding 50sen Photostat 20senStrategi Pemasaran :Produk : Kemudahan penggunaan komputerHarga : Bayaran serendah RM 1.50 /jamPelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolahPromosi : Khidmat lain seperti cetakan berwarna dan fotokopiLokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.Aktiviti JualanAktiviti jualan merupakan penyumbang utama pendapatan syarikat.Syarikat I`EcXeL Sdn.Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 4 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikatterbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu: Jualan Hari Sekolah Jualan Hari Mingguan Jualan Hari Peristiwa Jualan Penghabisan Stok Jualan hari sekolah tertakluk pada jualan semasa persekolahan iaitu umumnya hariIsnin hingga Jumaat yang melibatkan masa petang,dan malam sahaja. Masa operasisyarikat dijalankan sekitar 30 minit sehingga 2 setengah jam. Manakala Jualan HariMingguan dijalankan pada hari minggu yang melibatkan hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cuti umum yang jatuh pada hari bekerja.
    • Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kalisepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujungmasa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman danbarangan yang tinggal.Strategi Pemasaran :Produk : Produk makanan yang sukar didapati di asramaHarga : Harga barangan berbaloiPelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolahPromosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murahLokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.Jualan Hari Kebudayaan Islam Syarikat I`eXcEl menerapkan unsur-insur islamik dalam menjalankanperniagaan.Maka dari situlah telah tercetusnya idea daripada ahli lembaga syarikat. pihaksyarikat telah mengadakan jualan semasa Hari Kebudayaan Islam. pihak syarikat telahmengadaka pertandingan permainan tradisional seperti galah panjang. selain itu, pihaksyarikat juga turut mengadakan jualan air penawar, kismis, kurma, tafsir al-quran, button,dan sebagainya. pihak syarikat juga telah mengadakan tayangan berkaitan cerita islam yangditayangkan di dewan kuliah.Strategi Pemasaran :Produk : Produk makanan yang HalalHarga : Harga barangan berbaloiPelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolahPromosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murahLokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.
    • Delicious Pizza And CakesSyarikat I‟ExCeL telah mengadakan jualan pizza dan kek. Jualan ini telah diadakan padasetiap hujung minggu. Pihak Syarikat telah mengambil kesempatan keluar ke bandar padahujung minggu dengan setelah mengambil tempahan dari pelanggan secara pukal. Borangtempahan diedarkan dan dikumpulkan sehari sebelum barangan dibeli. Berikut butiranbarangan tempahan yang dijual dalam perkhidmatan ini. Makanan Kuantiti Piza 25 unit kotak Kek 100 potong Kerepek 300 bungkusStrategi Pemasaran :Produk : Produk MakananHarga : Harga Pasaran + Harga PerkhidmatanPelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolahPromosi : Iklan dan Borang tempahanLokasi : Tiada lokasi – Pengedaran dibuat berdasarkan tempahan.
    • 8.10 Faktor Mempengaruhi Pemasaran ProdukPERSAINGAN Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya terdapat persaingan. Hal ini kerana ,sesuatu perniagaan yang tidak mempunyai pesaing pastinya akan berada pada prestasiyang sama dan tidak akan melangkah kehadapan.Syarikat kami menghadapi persaingandaripada beberapa pihak antaranya jualan persatuan dan kelab lain, koperasi sekolah sertajualan individu. Oleh itu, syarikat kami sentiasa akan membuat penambahbaikkan untukmemajukan syarikat. Pihak syarikat juga menjadikan persaingan sebagai pemangkin semangat setiap ahlisyarikat supaya lebih gigih dalam menjalankan jualan dan aktiviti. Selain itu persaingan yangdihadapi juga untuk melatih setiap ahli lembaga pengarah memainkan peranan masing –masing semasa sedang menjalankan tugas yang diamanatkan. Koperasi Sekolah Persaingan Persatuan Jualan Kelab IndividuRAKAN NIAGA DAN PEMBEKAL Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanyausahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidaklangsung.Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntunganyang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberipertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat.
    • Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL Sdn.Berhad. menjalinkan hubunganperniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telahditetapkan. 1. Boon Beng Sdn Berhad 2. Dirt-Tee Sdn Berhad 3. Best One Frozen Product Enterprise 4. Seven Eleven 5. Nestle Sdn Berhad 6. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd 7. Nilai Sports Sdn Berhad 8. Brotherhoodarts.Sdn Berhad 9. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd 10. Yui Hong Trading Sdn. Bhd Agensi rakan niaga inilah yang menjadi tulang belakang dalam perancangan syarikatyang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantudalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap bagi menjaminperkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.STRATEGI PEMASARAN YANG EFEKTIFKeistimewaan Produk Harga yang munasabah dan berpatutan dapat memenuhi kehendak dan keinginanpengguna kerana mereka memilih barangan yang bersesuaian dengan kehendak dancitarasa semasa mereka.Faedah Kepada Pelanggan Pelanggan membayar harga untuk nilai nilai faedah yang dipercayai dapat dinikmatimelalui barangan yang dibeli itu. Jika terdapat kerosakan pada barangan tersebut, makakepercayaan para pelanggan akan mula goyah dan perkara sebegini seharusnya menjadikeutamaan bagi pihak organisasi syarikat. Kita selaku penjual seharusnya menganggappembeli adalah raja dan kita sewajarnya menukarkan dengan barangan yang baru.
    • Terus Kepada Pelanggan Hasil produk syarikat hendaklah diagihkan kepada para pelanggan secara teruspada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Selain itu, perkhidmatan yang pihak syarikatsediakan juga terus kepada pelanggan.Harga Berbaloi-baloi Pembeli mengharapkan barangan yang dibeli itu boleh memberikan kepuasan yangmaksimum jika dibandingkan dengan harganya. Tidak berguna sekiranya membeli baranganyang murah tetapi kualitinya jauh di sebalik harga.Daya Tarikan Promosi Susunan dan peragaan barangan yang teratur telah menarik perhatian pengunjung.Di samping itu juga, produk yang dihasilkan dengan daya kreatif yang tinggi dan inovatiftelah menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli.
    • 8.11 PengesahanBerkat kerjasama para pemegang saham yang sentiasa memberi komitmen yang terbaikdan komited dengan kerja yang diamanahkan telah membuahkan impak yang positif.Hasilnya, kebanyakan hasil jualan dan perkhidmatan syarikat berjaya dikomersialkan kedunia luar. Selain itu,sektor ini telah menjalankan kajian ke atas pelanggan mengenai cita rasadan kehendak mereka,Segala maklumat disalurkan terus kepada bahagian pengeluaranbagi mengeluarkan atau memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.Keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.menunjukkan bahawa syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan mantapuntuk menghadapi persaingan dalam bidang perniagaan. Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan menepati syarat dan kehendaksyarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2006.Disediakan oleh,.................................................................(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)Pengurus Pemasaran,Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.