Laporan pengarah kewangan

  • 9,645 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • syukran
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
9,645
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
336
Comments
1
Likes
6

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 9.0 LAPORAN PENGURUS KEWANGAN9.1 Profil Pengurus KewanganCIK ILI FATINI SURIATI JAILANIPengurus Kewangan bermula 4 Februari 2011 sehingga 31 Okotober 2011Cik Ili Fatini Suriati Jailani berusia16 tahun, telah dilantik keLembaga Pengarah pada 4 Februari 2011. Beliau merupakanPengurus Kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd dari 4 Februari2011 sehingga 30 Oktober 2011. Pada masa ini, beliau ialahPengurus Kewangan Syarikat. Sebelum ini beliau memulakan karier selakubendahari bermula tahun 2008 setelah dilantik sebagaiBendahari Majlis Tingkatan Dua. Kredibiliti beliausebagai bendahari telah dipilih untuk menimbapengalaman sebagai Bendahari Majlis RumahSukan. Beliau telah diberi kepercayaan menjawatjawatan sebagai Bendahari Kehormat Pengawas PusatSumber. Sepanjang penglibatan beliau menjawat jawatanselaku bendahari prestasi kewangan setiap organisasiterurus dan terancang dengan sempurna. Dan telahterbukti apabila dipilih sekali lagi untuk mengendalikanJabatan Kewangan Syarikat I’Excel Sdn. Bhd.Penglibatannya sebagai Pengurus Kewangan membolehkan beliau mendalami dengan lebihdekat lagi mengenai pengurusan kewangan serta menjadikan beliau lebih berakauntabilitidalam pengurusan kewangan. Pengetahuan beliau dalam pengurusan kewangan juga telah memberi kepercayaaankepada ahli-ahli lembaga koperasi untuk melantik beliau sebagai bendahari koperasisekolah. Pada tahun 2011, kejayaan beliau sehingga ke peringkat antarabangsa dalampenglibatannya dalam satu permainan cabaran menguji minda dalam bidang keusahawananmembuktikan kemampuannya dalam pengurusan wang.
  • 2. SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
  • 3. Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sijil Kokurikulum Dan Akademik
  • 4. 9.2 TINTA PENGURUS KEWANGANAlhamdulilllah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menjalankantanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dengan penuh komited dan teratur. Jutaanterima kasih kepada pengurus-pengurus syarikat dan ahli-ahli syarikat yang lain ataskerjasama yang diberikan dapat melicinkan segala pentadbiran kewangan. Komitmendaripada semua ahli-ahli syarikat ini juga telah membantu dalam peningkatan jualan danpulangan wang seterusnya meningkatkan penerimaan saham bagi setiap pemegang saham. Setiap syarikat yang ditubuhkan pasti ada halatuju dan sasaran syarikat masing-masing dalam memastikan kejayaan dan kemajuan syarikat berada di tahap yang tinggi.Sememangnya hasrat dan harapan ini juga adalah salah satu di bawah tugas PegurusKewangan untuk memastikan sasaran ini tercapai mahupun tidak. Alhamdulilllah, berkat usaha semua ahli syarikat, syarikat berjaya mencapai semuasasaran yang diinginkan. Ini dapat dibuktikan apabila keuntungan yang diperoleh syarikatmelebihi sasaran yang ditetapkan pada mesyuarat agung tahunan. Selain itu, tiada kerugianyang dicatatkan sepanjang perniagaaan dijalankan atas sebab pelaksanaan strategiperniagaan yang mantap. Saya ingin mengatakan bahawa penyertaan kami dalam Program Usahawan Muda(PUM) adalah satu perlaksanaan yang seiring dengan harapan pihak Perbadanan KemajuanNegeri Perak (PKNP) untuk melahirkan generasi usahawan bumiputera yang cemerlang.Oleh itu segala perhatian dan tunjuk ajar semua pihak kepada syarikat ini, amat saya hargai.
  • 5. Akhir bicara, kejayaan tidak datang bergolek. Setiap pekerjaan perlu bermula daribawah dan untuk mencapai ke tahap yang tinggi perlukan usaha yang berterusan untukmenggapai semua hasrat ini serta sikap berputus asa perlu dielak apabila menemuikegagalan. Seperti kata seorang wanita yang paling dikagumi ramai wanita, “ I am a woman in process. I’am just trying like everybody else. I try to take every conflict, every experience and learn from it”-Oprah WinfreySelain itu, saya juga berpegang kepada kata Jamie Vanderberg iaitu, “Before I create success, I must First visualize success”.Wassalam.Yang memegang amanah,…………………………….(Ili Fatini Suriati Jailani)Pengurus KewanganSyarikat I’ExCeL Sdn.Bhd
  • 6. 9.3 TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS Memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Kewangan bukanlah satu tugas yangmudah. Sebagai Pengurus Kewangan sikap jujur, amanah dan telus perlu diterap dalam dirisepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi mengelak masalah yang timbulsepanjang pentadbiran pengurusan kewangan. Selain itu, bagi memastikan tiada penipuan dan penyelewengan kewangan berlaku,ketelitian dan kepekaaan perlu diambil kira semasa mengemaskini maklumat kewangansyarikat agar prestasi syarikat meningkat dan sentiasa berada dalam keadaan stabil. Untukmemastikan syarikat dan perniagaan yang dijalankan berjaya, beberapa strategi telahdigunakan bagi memastikan keuntungan yang diperoleh melebihi daripada sasaran syarikat. Antaranya ialah mengggunakan modal yang minimum agar dapat menghasilkankeuntungan yang optimum. Selain itu, pembelian modal yang cekap di mana tiada hutangterkumpul semasa proses pembelian dan akhir sekali memastikan semua ahli lembagausahawan mendapat pembayaran gaji yang lumayan. Selain daripada tanggungjawab-tanggungjawab tersebut, terdapat beberapa tugas-tugas yang perlu dipukul sebagai Pengurus Kewangan. Antaranya ialah: Merancang perbelanjaan wang dan keperluan syarikat. Mengawal perbelanjaan syarikat dengan mencadangkan dan melaksanakan kaedah -kaedah yang dirasakan perlu. Merekod setiap wang keluar dan masuk bank. Menyimpan wang dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Memperoleh sumber kewangan melalui saham dan tajaan. Mengemaskinikan lejar dan menyediakan penyata untung rugi serta kunci kira-kira setiap bulan. Menyediakan laporan kewangan syarikat. Memegang kepercayaan yang diberi dengan amanah dan jujur. Menyediakan belanjawan tunai. Kesimpulannya, sebagai Pengurus Kewangan, tangguggungjawab dan kepercayaanyang diberikan perlulah dipegang dengan amanah dan jujur agar segala kewangan syarikatdapat berjalan dengan licin tanpa ada sebarang konflik yang boleh menggangu keutuhansyarikat.
  • 7. WAWASANPeranan sebagai Pengurus Kewangan bukanlah sekadar mengurus perbelanjaankewangan syarikat. Peranan tersebut juga meliputi tugas mentadbir dan memimpin pasukanmenjadi sebuah organisasi yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Penubuhansyarikat usahawan ini juga adalah untuk menghasilkan sebuah syarikat yang terkenal danmaju di mata dunia dari segi pengurusan kewangan dan bukan setakat di kawasan yangkecil. Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sebagai Pengurus Kewangan jugaingin membentuk model perkhidmatan tersendiri kepada ahli –ahli syarikat dalam kekayaandan kewangan peribadi berlandaskan prinsip syariah. Di samping menghasilkan sebuahsyarikat yang maju dan terkenal dalam masa yang singkat, menghasilkan individu yangamanah dan berilmu dari segi kewangan juga adalah wawasan sebagai PengurusKewangan. Antara wawasan beliau dalam memegang jawatan sebagai Pengurus Kewangandalam Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd ialah:  Menjadikan syarikat sebagai sebuah syarikat yang terkenal di iris dinia.  Membentuk pengaliran kewangan syarikat yang mantap.  Menghasilkan individu yang cemerlang dalam pengendalian wang.  Mewujudkan sebuah syarikat yang berpandukan syariat Islam.  Kewangan yang mantap dalam penjualan produk yang berinovatif.
  • 8. 9.4 Penilaian Prestasi SyarikatPENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Sebagai seorang Pengurus Kewangan yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhiroperasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkansasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Kewangan syarikatsebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai.Berikut adalah KPI yang ditetapkanhasil perbincangan dengan guru pengelola.  Purata jualan sepanjang tahun mencapai RM 5,000  Kawalan kos dan keuntungan yang maksimum  Nilai sesaham meningkatKEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Kewangan. Berikutmerupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATANPurata jualansepanjang tahun Tercapai Untung bersih yang diperoleh syarikat melebihi RM 5,000mencapai RM 5,000Kawalan kos dan Tiada sebarang kerugian yang dicatakan sepanjangkeuntungan yang Tercapai perniagaaan.maksimum Nilai sesaham yang berakhir pada 30 Oktober 2010Nilai sesaham Tercapai melebihi daripada nilai seunit saham pada 4 Februarimeningkat 2010
  • 9. 9.5 Laporan Kewangan Syarikat Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd. mempunyai ahli seramai 25 orang yang merupakan ahlipemegang saham. Dalam mesyuarat agung kali pertama syarikat, semua ahli pemegangsaham telah bersetuju untuk membeli saham syarikat sebanyak seunit seorang. Oleh yangdemikian semua ahli pemegang saham dikehendaki membeli saham yang berhargaRM12.00 seunit bagi ahli lembaga pengarah dan RM10.00 seunit bagi ahli syarikat yanglain. Ini bermakna, semua ahli perlu membayar RM12.00 dan RM10.00 setiap masing-masing dan wang ini dijadikan modal berbayar syarikat sebanyak RM260.00. Selain itu, I’ExCeL Sdn. Bhd. juga telah membuka akaun syarikat di Bank KoperasiSek. Men Sains Raja Tun Azlan Shah yang merupakan bank sekolah sendiri. Langkah inidiambil bagi melicinkan urusan pentadbiran serta mengelakkan sebarang masalah danpenyelewengan. Nombor akaun syarikat ialah 4237 dengan menggunakan tiga penama iaituPengurus Besar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurus Kewangan. Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd telah menjalankan berbagai jualan dan perkhidmatan bagimenambahkan keuntungan syarikat. Antaranya ialah jualan harian, jualan mingguan, jualansampingan, perkhidmatan dan komisen. Selain itu, wang syarikat juga telah digunakan untukmembeli barang-barang perniagaan, sumbangan dan lain-lain.Antara projek-projek lain yang telah dijalankan oleh syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd sepanjangtahun 2010 yang telah menyumbang kepada kewangan syarikat ialah:  Projek Jualan hujung minggu dan penghabisan stok  Projek I’ExCeL Excess  Projek Jualan Hari sukan  Projek I’ExCeL Sport  Projek I’ExCeL IQ Challenge  Projek Jualan Sempena Hari Kebudayaan Islam  Projek Jualan Pizza dan Kek  Projek Hari Terbuka Asrama  Projek Ex’Design T-shirt  Projek produk kreatif (GREEN PLATE TECHNOLOGY)Sudah menjadi lumrah tugas sebagai Pengurus Kewangan adalah untuk memastikanprestasi kewangan syarikat sentiasa berada dalam keadaan stabil dan terurus. Berdasarkan
  • 10. penilaian terhadap prestasi kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd hasil daripada titik peluhusahawan-usahawan muda ini, sistem kawalan kewangan syarikat sentiasa berada dalamkeadaan kukuh dan tiada sebarang penyelewengan sepanjang pelaksaan tugas. Kewangansyarikat juga sentiasa meningkat setiap kali aktiviti perniagaan dijalankan dan keuntunganjuga melebihi seperti yang disasarkan. Peningkatan kewangan juga dibantu daripada ahli-ahli syarikat dalam melakukanperkhidmatan yang memberikan hasil kepada syarikat. Walaupun sesetengah perniagaanjualan tidak mencapai sasaran keuntungan namun tiada sebarang kerugiaan yangdicatatkan sepanjang perniagaan syarikat.Pendapatan dan Pembayaran syarikat dalam setahunBerikut adalah pendapatan dan pembayaran syarikat setiap bulan sepanjang tahun2010. GRAF KOS DAN PENDAPATAN DALAM SETAHUN Pendapatan dan Pembayaran Syarikat Tahun 2010 5000 4500 4000 3500 3000 2500 2000 1500 1000 500 0 Pembayaran Pendapatan
  • 11. 9.6 Strategi KeuntunganDalam mendapatkan keuntungan yang tinggi bukan sahaja berdasarkan projek yangdijalankan malah strategi-stategi yang bijak perlu dirancang dan disusun agar keuntunganyang diperoleh melebihi daripada yang disasarkan. Modal permulaan yang minima telahmemastikan syarikat mendapat pulangan yang optimum. Selain itu, sasaran pelanggansyarikat ialah daripada golongan muda untuk meningkatkan kewangan syarikat. Antarastrategi lain ialah:
  • 12. 9.7 Pencapaian MatlamatBerdasarkan Mesyuarat Agung penubuhan kali pertama yang diadakan pada 4 Februari2010, ahli lembaga pengarah buat kali pertama pada 4 Februari telah bersepakat untukmenetapkan sasaran pendapatan serta aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.Dalam perbincangan ini, pihak syarikat telah bersetuju mensasarkan pendapatan tahunansyarikat sebanyak RM 5,000. Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd telah berjaya merealisasikan matlamat dan sasaransyarikat dengan memperoleh keuntungan yang memuaskan sebanyak RM 5,150.65 dalamtempoh 10 bulan. Selain itu, kerjasama jitu yang diberikan oleh semua ahli syarikat telahmembantu menjayakan segala perancangan syarikat serta menjalankan aktiviti-aktiviti jualandan perkhidmatan dengan lancar. Selain itu, saya selaku Pengurus Kewangan I’ExCeL Sdn. Bhd amat berbanggadengan pencapaian syarikat kami yang telah berjaya melepasi sasaran awal syarikat.Justeru itu, peratus hasil jualan telah menjangkau 1.03 % daripada sasaran awal iaitu RM 5000 dengan keuntungan bersih pada 30 Oktober 2010 ialah RM5,150.65.Ini dapat diringkaskan seperti berikut : Lebihan Peratus Perkara Target Pencapaian pendapatan pencapaian Jualan RM 5000.00 RM 5,150.65 RM 150.65 1.03% tahunan
  • 13. 9.8 Pencapaian Pendapatan Syarikat Mengikut Projek-Projek SyarikatPendapatan Syarikat: Jualan Hujung Minggu Pendapatan jualan dalam setahun: RM6481.20 Perbelanjaan jualan dalam setahun: RM4225.80 Keuntungan jualan dalam setahun RM2255.40Kawalan Kos dan KeuntunganDengan bermodalkan saham yang dibayar oleh setiap ahli syarikat, pihak syarikat hanyamenggunakannya untuk perbelanjaan kos pembelian barang-barang mentah untuk jualanhujung minggu. Di sini, syarikat telah dapat menjimatkan perbelanjaan kos kerana tiada kospenghantaran barang yang dikenakan terhadap syarikat selain syarikat dapat membelibarang-barang dengan pembelian harga yang berpatutan. Penggunaan kos yang minimumini telah menghasilkan kuntungan yang optimum kepada syarikat.Pendapatan Syarikat: I’ExCeL IQ CHALLENGE Pendapatan aktiviti RM 915.00 Perbelanjaan syarikat RM 595.00 Keuntungan aktiviti RM 320.00Kawalan Kos Dan KeuntunganPihak syarikat telah menggunakan kos yang agak tinggi dalam melaksanakan projek ini. Inikerana syarikat memerlukan kos untuk membali barang-barang untuk menganjurkanpertandingan ini. Walaubagaimanapun, sambutan yang hangat dari para pelanggan telahmenangani masalah kos yang tinggi malah mendapat keuntungan yang lebih daripada yangdisasarkan.
  • 14. Pendapatan Syarikat: Jualan HARI SUKAN Pendapatan syarikat RM 182.15 Perbelanjaan syarikat RM 155.30 Keuntungan syarikat RM 26.85Kawalan Kos dan keuntunganPihak syarikat telah mendapat bekalan barangan yang agak murah pada penjualan harisukan ini kerana mendapat bekalan barangan daripada syarikat-syarikat pemborong.Olehitu, harga kos yang dikenakan juga agak rendah dan berpatutan. Namun, keuntungan yangdiperoleh adalah tidak begitu memberangsangkan kerana terlalu banyak penjualan yangdiadakan oleh pihak sekolah semasa temasya hari sukan tersebut bagi memeriahkansuasana pada hari tersebut.Pendapatan Syarikat:I’ExCeL SPORT Pendapatan Syarikat RM585.10 Perbelanjaaan Syarikat Tiada kos Keuntungan Syarikat RM 585.10Kawalan Kos dan KeuntunganI’ExCeL SPORT yang dianjurkan oleh syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd ini, tidak memerlukansebarang kos dan perbelanjaan bagi mengadakan projek ini. Setiap alatan permainan sukansudah siap tersedia. Syarikat hanya memperoleh keuntungan daripada penyertaan olehpeserta. Oleh itu, keuntungan yang diperoleh adalah agak lumayan kerana mendapatsambutan yang hangat daripada setiap pelanggan.
  • 15. Pendapatan Syarikat :I’ExCeL EXCESS Pendapatan Syarikat RM 759.50 Perbelanjaan Syarikat Tiada kos Keuntungan Syarikat RM 759.50Kawalan Kos dan KeuntunganPihak syarikat tidak mengeluarkan sebarang kos dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Inikerana semua peralatan IT bagi mengadakan perkhidmatan ini sudah disedidkan oleh pihaksekolah dan tiada sebarang cas yang dikenakan kerana kebanyakan ahli-ahli syarikatdaripada Kelab Multimedia. Secara tidak langsung, syarikat mendapat keuntungan terusdaripada perkhidmatan ini dan sambutan yang hangat daripada para pelanggan telahmeningkatkan keuntungan syarikat.
  • 16. Pendapatan Syarikat : Jualan Sempena Hari Kebudayaan Islam Pendapatan Syarikat RM 1006.00 Perbelanjaan Syarikat RM 670.00 Keuntungan Syarikat RM 336.00Kawalan Kos dan KeuntunganSyarikat telah menjalankan projek ini dengan menggunakan kos yang agak rendah. Denganbilangan kuantiti pembelian yang banyak menyebabkan syarikat telah mendapat harga yangmurah daripada pihak pembekal. Selain itu, pembelian yang diperoleh terus daripada kilangjuga mengurangkan kos pembelian barangan daripada pihak pembekal. Hal inimenyebabkan kos perbelanjaan tidak melebihi peruntukkan sebenar. Manakala dari segikeuntungan, syarikat memperoleh keuntungan yang agak memberangsangkan keranastrategi perniagaan yang berkesan bagi meningkatkan hasil jualan. Sambutan hangat daripada para pelanggan
  • 17. Pendapatan Syarikat : Jualan Delicious Pizza And Cakes Pendapatan Syarikat RM 820.80 Perbelanjaan Syarikat RM 513.00 Keuntungan Syarikat RM 307.80Kawalan Kos dan KeuntunganPihak syarikat mendapatkan bekalan makanan pizza dan kek dengan harga yang murahkerana syarikat menempah dengan bekalan yang banyak .Lantaran itu,kos untuk projek inidapat dikurangkan.Memandangkan pelanggan kami adalah daripada kalangan para pelajaryang tinggal di asrama maka ini adalah satu kelebihan kepada kami. Hasil sambutan yangmemberangsangkan daripada para pelajar memberikan keuntungan yang agak lumayan.
  • 18. Pendapatan Syarikat : Jualan Hostel Open Day Pendapatan syarikat RM750.00 Perbelanjaan syarikat RM 150.00 Keuntungan syarikat RM 600.00Kawalan Kos dan KeuntunganSyarikat telah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan pelbagai jualan. Olehitu,syarikat telah mengadakan pelbagai jualan dan permainan bagi mengeratkansitaturrahim.Setiap permainan juga dikenakan bayaran tetapi harga yang berpatutan. Jadi inidapat menarik ramai pelanggan untuk menyertainya. Sambutan yang hangat daripada parapelanggan telah membantu dalam pendapatan syarikat malah jualan yang dilakukan olehsyarikat juga memberangsangkan.Pendapatan Syarikat: Perkhidmatan I’ExCeL Ex_Design Pendapatan syarikat RM 3110.00 Perbelanjaan syarikat RM 2750.00 Keuntungan syarikat RM 360.00Kawalan Kos dan KeuntunganPihak syarikat telah mendapat bekalan baju T-shirt daripada pembekal T-shirt dengan hargayang murah kerana menempah dengan kuantiti yang banyak. Di samping itu, bekalan yangdiperoleh terus daripada kilang mengurangkan kos pembelian baju daripada pihakpembekal. Oleh itu, keuntungan yang diperoleh juga agak lumayan kerana sambutan hangatyang diberikan pelanggan dengan menggunakan strategi yang berkesan dalam menarikperhatian pelanggan untuk membeli T-shirt syarikat iaitu I’ExCeL sdn.bhd.
  • 19. Contoh Rekabentuk I’ExCeL EX_Design
  • 20. GRAF KEUNTUNGAN PROJEK SYARIKAT I’EXCEL SDN.BHDRM2,500.00 RM2,255.40 KeuntunganRM2,000.00RM1,500.00 RM600.00 RM759.50RM1,000.00 RM585.10 RM336.00 RM360.00 RM320.00 RM307.80 RM500.00 RM26.85 RM0.00 Graf menunjukkan keuntungan yang diperoleh bagi setiap projek
  • 21. GRAF KEUNTUNGAN JUALAN DALAM SETAHUN untung/rugi untung/rugi 1212.7 1204.8 1096.1 815.35 577.15 127.15 212.4 105 200 Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sept OktGraf menunjukkan keuntungan yang diperoleh dalam setiap bulan sepanjang tahun2010
  • 22. GRAF PENJUALAN PRODUK DALAM SETAHUN Pendapatan diperoleh dalam setiap perkhidmatanGraf menunjukkan projek-projek dan perkhidmatan yang telah menyumbang kepadapendapatan syarikat
  • 23. 9.9 Aliran Tunai Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd
  • 24. 9.10 Penyata Pendapatan Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 25. 9.11 Kunci Kira-kira Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.Diaudit oleh :EN.MOHD SAHARIZAL B. MOHD BAHARUDDIN EN. MD RADZI B. ABDULLAHJuruaudit Dalaman Juruaudit LuaranSyarikat I’ExCeL Sdn.Bhd Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd
  • 26. 9.12 Modal Dan Pulangan Atas ModalPihak syarikat telah memulakan operasi dengan bermodalkan permulaan sebanyak RM 260melalui 25 unit terbitan saham. Berbekalkan sejumlah modal ini, syarikat mampumenjalankan segala jenis perkhidmatan dan perniagaan bermula dari perniagaan yang kecilhingga yang besar dengan lancar dan terancang tanpa sebarang perumitan yang bolehmenjatuhkan syarikat. Segala masalah yang timbul dihadapi dengan cara yang positif tanpamengganggu kestabilan syarikat. Dengan perkhidmatan syarikat yang mantap dan hasilkerja ahli-ahli syarikat berkualiti, perjalanan syarikat berjalan dengan licin dan terurusdisamping mendapat kerjasama yang baik daripada para pelanggan.Bagi tahun akhir 30 Oktober 2010, pulangan atas modal bernilai: = RM 20.81/unitHal ini menunjukkan, Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd. telah memperoleh sebanyak RM20.81 bagisetiap unit yang dilaburkan sepanjang syarikat beroperasi.Bermula dari permulaan operasi sehingga ke akhir operasi syarikat, jumlah pendapatankeseluruhan yang diperoleh oleh syarikat sebanyak RM 14,609.75. Manakala perbelanjaansyarikat sebanyak RM 9,459.10. Dengan ini, untung bersih syarikat bagi tahun berakhir 30 Oktober 2010 adalah RM5,150.65. Seterusnya, nilai setiap unit saham yang dilaburkan adalah RM10.00 danRM12.00 . Nilai dividen setiap pemegang saham bernilai RM 20.81.
  • 27. 9.13 Notis Penutupan Akaun dan Bayaran Balik Saham NOTIS PENUTUPAN AKAUN DAN BAYARAN BALIK SAHAM Merujuk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham pada mesyuarat Penajaan, pembayaran balik saham dibuat pada 30 Oktober 2010 pada kesemua 25 orang pemegang saham berdaftar dengan syarikat pada 04 Februari 2010. Seperti mana semua pemegang saham maklum bahawa 25 unit saham telah dijual pada awal penubuhan syarikat, maka syarikat tidak akan melayan sebarang penambahan atau pengeluaran saham bagi kemudahan pengurusan syarikat KECUALI mereka yang terlibat dalam kes-kes displin sepanjang tempoh pengurusan Syarikat. Sekian Harap Maklum. Yang benar, ……………………………….. (DANIAL B TARMIZI) Pengurus Besar, Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 28. 9.14 Pengisytiharaan Harga SahamBerikut dinyatakan harga nilai saham bagi Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd NILAI SEUNIT SAHAM PADA 20 unit bernilai RM10.00 4 Februari 2010 5 unit bernilai RM12.00 MODAL BERBAYAR 25 unit saham ditawarkan RM 260.00 UNTUNG BERSIH PADA 30 Oktober 2010 RM 5,150.65 NILAI SAHAM PADA 30 Oktober 2010 RM 20.81SENARAI PEMEGANG-PEMEGANG SAHAM SYARIKAT I’ExCeL Sdn.Bhd Danial b Tarmizi RM 12.00 Ashraf b Che Mansor Muzakkir Ihsan b Yang Razali RM 12.00 RM 12.00 Nurulhuda bt Hashim Ili Fatini Suriati bt Jailani RM12.00 RM 12.00 20 Ahli syarikat RM 10.00
  • 29. LAPORAN JURUAUDITSaya selaku juruaudit luaran telah mengaudit semua akaun-akaun yang telahdibentangkan mengikut kadar perakaunan yang diselaraskan. Hasil pemerhatiandaripada rekod-rekod kewangan syarikat yang telah diaudit, tiada sebarangkesilapan ketara yang dicatatkan. Kesilapan yang berlaku telah diperbetulkanmengikut kadar yang ditetapkan.Kami secara keseluruhannya bersepakat dan bersetuju mengatakan bahawa :1. Akaun tersebut memberi gambaran yang benar dan saksama mengenaikeuntungan syarikat serta aliran tunai bagi tahun berakhir 20102. Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain serta daftar-daftar yangdikehendaki oleh akta untuk disimpan dengan wajar menurut peruntukan-peruntukan akta tersebut.Yang Menjalankan Tugas,………………………………(MD RADZI BIN ABDULLAH )Juruaudit Luaran.Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd.
  • 30. PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN AKUAN PENGURUS-PENGURUSBahawasanya kami pengarah-pengarah Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd yangbertandatangan di bawah memperakukan bahawa pada pandangan kami segalalejar dan penyata kewangan telah dinyatakan dengan tepat seperti yang tercatat dandisahkan benar.......................................... .........................................................................(DANIAL B TARMIZI) (MUHAMAD ASHRAF B CHE MANSOR)Pengurus Besar, Pengurus PentadbiranSyarikat I’ExCeL Sdn. Bhd Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.Disediakan oleh,……………………………………(ILI FATINI SURIATI JAILANI )Pengurus KewanganSyarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 31. 9.15 PENUTUPSyukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikandengan jayanya. Dengan sempurnanya Laporan Kewangan Syarikat I’ExCeL Sdn.Bhd inimaka berakhirlah tugas saya sebagai Pengurus Kewangan syarikat ini bagi tahun 2010.Dengan pembabitan saya dalam Program Usahawan Muda ini, banyak ilmu-ilmu yang telahdiperoleh dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Malah tugas sebagai PengurusKewangan ini juga, melahirkan sikap berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yangdiberikan. Pengurusan kewangan syarikat ini juga telah melatih diri untuk menjadi seorangyang jujur dan telus dalam melaksanakan sesuatu tugasan.PENGHARGAANDengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetuasekolah , Pn Rahimah bt Mohd Sura atas sokongan beliau selama ini dan tidak lupa kepadaguru pengelola , En. Mohd Saharizal b.Mohd Baharuddin dan pengurus-pengurus yang lainatas kerjasama yang diberikan kepada pihak pengurusan kewangan. Terima kasih jugakepada ahli-ahli syarikat yang lain dalam memastikan pengurusan wang berjalan lancar.Dan juga tidak terlupa kepada rakan-rakan kongsi niaga yang lain kerana telah bekerjasamadengan kami.Disediakan oleh,…………………………….(ILI FATINI SURIATI JAILANI)Pengurus Kewangan,Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd