Etika penggunaan internet

7,006 views

Published on

2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
7,006
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
202
Actions
Shares
0
Downloads
168
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Etika penggunaan internet

  1. 1. JABATAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG
  2. 2. BBM 3105Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
  3. 3. ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  4. 4. ISI KANDUNGAN 1.OBJEKTIF 6.ISU ETIKA 2.PRINSIP 7.CIRI PROFISIONALISME 3.TATACARAPENGGUNAAN 8.KOD ETIKA INTERNET 4.ETIKA 9.KERANGKA KOD 5.RUKUN ETIKA 10.KOD ETIKA PROFESIONAL
  5. 5. OBJEKTIF1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer2. Memahami prinsip etika komputer3. Memahami etika profesional Teknologi Maklumat4. Mengetahui fungsi kod etika profesional5. Keperluan etika komputer
  6. 6. PRINSIP1. Keseimbangan Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.2. Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
  7. 7. 3. Keadilan Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.4. Meminimumkan risiko Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
  8. 8. TATACARA PENGGUNAAN INTERNET(a) Hak Akses Pengguna• Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.• Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
  9. 9. (b) Privasi Pengguna• Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran.
  10. 10. (c) Mengenal pasti Identiti Pengguna• Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet.• Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
  11. 11. (d) Memilih Laman• Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
  12. 12. (e) Pengesahan Maklumat• Bahan yang diperoleh dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya.• Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.
  13. 13. (f) Muat Naik Bahan (Upload)• Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.(g) Muat Turun Bahan (Download)• Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara.• Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.
  14. 14. (h) Perbincangan Awam• Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri• dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti• newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada• Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi• melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah• bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan• keutuhan maklumat berkenaan.
  15. 15. ETIKA• Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan)• Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat. Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah
  16. 16. RUKUN ETIKA1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  17. 17. 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  18. 18. 1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.
  19. 19. 3. Kurang arif tentang undang-undang siber.4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
  20. 20. 1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
  21. 21. 4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.
  22. 22. 1. Inspirasi dan panduan.2. Pencegahan dan disiplin.3. Memelihara maruah profesion.4. Memelihara keharmonian.5. Sokongan.
  23. 23. 1. Kebersendirian2. Ketepatan3. Hak milik4. Capaian
  24. 24. Kerangka Kod Etika: Kebersendirian1. Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.4. Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?
  25. 25. Kerangka Kod Etika: Ketepatan Maklumat1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.2. Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?
  26. 26. Kerangka Kod Etika: Hak Milik1. Siapa memiliki maklumat2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.
  27. 27. Kerangka Kod Etika:Capaian1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?
  28. 28. 1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.4. Bersikap adil dan tidak menindas.5. Menghormati hak cipta orang lain.6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

×