• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Buku pertanian pendidikan khas
 

Buku pertanian pendidikan khas

on

  • 2,732 views

disusun abdul murad abd hamid

disusun abdul murad abd hamid
smk layang-layang
smk sri rahmat

Statistics

Views

Total Views
2,732
Views on SlideShare
2,659
Embed Views
73

Actions

Likes
1
Downloads
111
Comments
0

3 Embeds 73

http://pendidikankhassktb.blogspot.com 66
http://bea5068.1bestarinet.net 4
http://www.slashdocs.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Buku pertanian pendidikan khas Buku pertanian pendidikan khas Document Transcript

    • SMK SRI RAHMATKELAS PENDIDIKAN KHAS
    • MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERTANIAN BAHAGIAN 1 PENANAMAN SAYURANintisari1.0 PENANAMAN SAYURAN 1.1 Jenis sayuran 1.2 Pemilihan tapak 1.3 Penyediaan tapak 1.4 Pembinaan batas 1.5 Pemilihan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran 1.6.1 Menyemai benih besar 1.6.2 Menyemai benih kecil 1.6.3 Semaian terus 1.6.4 Mengubah/memindah semaian 1.6.5 Mengekalkan kesegaran 1.6.6 Perlindungan semaian 1.6.7 Sungkupan
    • 1.6.8 Penjarangan 1.6.9 Memancang 1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga 1.6.10.1 Jenis racun 1.6.10.2 Teknik Meracun 1.6.11 Membaja 1.6.11.1 Jenis baja 1.6.11.2 Teknik membaja1.1 JENIS SAYURANSayuran daun Sayuran kekacang Sawi Kacang panjang Kailan Kacang botor Bayam Kacang buncis Kangkung Kacang sepatSayuran berubi / akar Sayuran BerbuahBendi PetolaKeledek BendiUbi kayu CiliSengkuang PeriaLobak putih TimunLobak merah Tomato
    • Latihan 11. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun • Kubis _____________ petola ______________ • Timun _____________ kangkung ______________ • Bayam _____________ buah naga ______________ • Peria _____________ kalian ______________2. Gariskan sayuran buah • Cili bendi • Peria keledek • Ubi kayu kacang tanah • Kacang buncis kacang sepat3. BULATKAN sayuran berubi • Keledek labu • Labu air kentang • Keladi rozel • Lobak merah sengkuang4. Sayuran ______________ memerlukan junjunguntuk menjalar.A. daun B. berbuahC. kekacang D. berubi BATAS
    • 1.2 Pemilihan Tapak Batas o Tanah sebaik-baiknya rata o Kawasan yang lapang o Dekat jalan raya o Dekat bekalan air o Dekat dengan rumah o Saliran yang baik 1.3 Penyediaan Batas o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai o Gemburkan tanah dengan penggembur o Buat parit saliran o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan o Bina batas dengan ukuran yang sama 1.4 Pembinaan batas o Terdapat 2 jenis batas iaitu :  Batas tunggal  Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,  Batas rata  Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih o Cukup matang/tua o Besar dan berisi penuh
    • o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat o Simpan benih di bekas kedap udara o Labelkan bekas simpan benih1.6 Kaedah menanam sayuran Terdapat 3 cara menanam sayuran: o Penanaman 4 segi o Penanaman 3 segi o Penanaman silang/ kuinkuk1.6.1 Menyemai benih besar o Semaian terusMenyemai benih kecil o Semaian terus ( seperti langkah di atas)1.6.2 Semaian terus  Langkah –langkah semaian:  Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan  Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang  Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja. • Terdapat 2 kaedah semai tabur: o 1. Kaedah Jalur  Bina jalur  Tabur benih dan timbus tanah
    •  Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu o 2. Semai Tabur  Tabur benih  Timbuskan dengan tanah nipis  Siram  Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu1.6.3 Semaian di Tapak Semaian• Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu : • 1. Mengguna Polibeg o Sesuai untuk cili, tomato dan terung o Pindahkan ke tanah setelah matang • 2. Kotak Percambahan o Menggunakan kotak kayu yang berlubang o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus o Pindahkan ke tanah selepas percambahan • 3. Batas semaian o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian o Semai kaedah jalur / tabor o Siram dan ubah benih selepas bercambah1.6.4 Mengubah/memindah semaian
    • • Semai di tapak semaian • Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak • Ubah/pindah setelah cukup matang • Tanam ikut jarak yang sesuai1.6.5 Mengekalkan kesegaran Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu: • 1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air • 2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa1.6.6 Perlindungan semaian Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih. Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya
    • 1.6.7 Penjarangan • Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu. • Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan1.6.8 Memancang Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat. Terdapat 3 jenis pancangan iaitu : • 1. Pancang 3 segi • 2. Pancang jenis jarring • 3. Pancang jenis pagar1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih. Haiwan perosak • Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih) Jenis racun
    • • Racun serangga • Racun rumput Penyakit Sayuran • Melecur - akibat kulat • Reput akar – akibat kulat dan bacteria • Bintik daun – akibat kulat • Kulapuk – akibat kulat • Karat batang- akibat kulat • Pokok terbantut- akibat virus1.6.9.1 Langkah Mengawal • Sembur racun serangga • Buang siput/ulat bulu • Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus • Tanaman giliran • Menjaga kebun dengan bersih1.6.10 Tanaman giliran• Pusingan Giliran: • I – Tanaman Kekacang • II- Sayuran daun • III- Tanaman berubi • IV- Sayuran berbuah Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang.
    • 1.6.11 Membaja 1.6.11.1 Tujuan Membaja • Membekalkan zat makanan • Membaiki struktur tanah 1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K) • N – Nitrogen ( tumbesaran) • P – Phosforus (akar) • K – Kalium ( bunga dan buah) 1.6.11.3 Jenis Baja Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja organan Baja organan • Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar Baja kimia Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian • Baja tunggal o Baja Nitrogen ( urea 46%, ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33% o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super)
    • o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%) • Baja Campuran/sebatian o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium) o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2% Teknik Membaja • Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam  5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian  Baja fosforus CIRP 50 gram  Kapur 0.5 kg • Pembajaan permukaan o Tabur sekeliling pokok o Tabur setiap 2 minggu o Elak baja terkena pokok o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur Pemungutan SayuranSayuran Cara Tanam Jarak Jarak Mula Kutip tanam Tanam hasil (minggu) Antara Antara tumbuhan barisanPeria Semaian terus 45 cm 60 cm 10 -12 minggu Perlu junjunganPetola Semaian terus 45 cm 60cm 8-10 minggu
    • Perlu junjunganSawi Semai dan 25 cm 30cm 4-6 minggu pindah ke batasTerung Semai di 45 cm 60 cm 10-12 polibeg minggu Dan ubah ke batasTimun Semain terus 45 cm 60 cm 6-8 minggu ke batas Perlu junjuunganTomato Semai terus 45 cm 50 cm 12-14 ke batas atau minggu polibeg MAKLUMA T
    • TANAMANPENANAMAN BENDI1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)2. Pendahuluan: Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi3. Tanah:
    • Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik A. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar B. MenanamTanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 smantara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yangkurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuksatu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang(Rajah 1).C. MembajaTabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di kelilingpokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tanbaja.D. Menyiram
    • Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman pentingdi peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukanbuahE. MerumputCabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikutarahan pada label racun herba tersebut.F. SungkupanBuat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun keringatau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai danuntuk mengekalkan kelembapan.G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perludipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanahuntuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga limatunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosakseperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkanbuah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga sepertiDiazinon.Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yangterdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun inikelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakitini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.5. Penuaian:Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm daripangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akankeluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.Penuaian mula dilakukan ketika:
    • i. 50 - 55 hari selepas menanam.ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlakupendebugaan.iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahanmasih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan danbelum berpulur.Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadarpertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituaisupaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buahyang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali danberterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan10,000 - 15,000 kg sehektar.6. Pengendalian Lepas TuaiBuah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduhdan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yangtelah dialas dengan kertas atau plastik cerah yangberlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahajatanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkansupaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yangdibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjahCelcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.|
    • PENANAMAN KACANG PANJANG1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)
    • 2. Penanaman: • Penyediaan Tanah: Di LadangBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batasberukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi danpanjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batasialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput kedalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainGunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasudengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm daripermukaan permukaan pasu. • Menanam:Di Ladang
    • Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antarapokok.Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukanuntuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kakipersegi).Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainTanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satupasu. • Menyedia Junjung:Di LadangSokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu denganmenggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki).Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan danikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiapsudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayusokongan.Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainGunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikananak pokok meliliti kayu sokongan.
    • 3. Penjagaan: • Menyiram air:Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagidan petang setiap hari kecuali hari hujan • Membaja: Di LadangGunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagikepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7selepas menanam.Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainTabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2)sepasu setiap minggu. • Merumput:
    • Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untukmengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perludengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a.Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb,0.1% b.a.5. Memungut Hasil:Di LadangPungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepasmenanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 harisekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan hargapurata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainAnggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
    • PENANAMAN KACANG BOTOR1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa(Psophocarpus tetragonolobus D.C. )2. Pendahuluan:Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuranberbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak sertavitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guineadan Asia Tenggara.Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukanpancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanamsebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalammasakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
    • 3. Tanah:Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitudaripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempongserta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yangbertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannyadan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.4. Penanaman:A. Menyedia KawasanBajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untukmemudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batasberukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 matau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30sm.B. MenanamKacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnyaboleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yangberwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racunkulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm bijibenih sebelum menanam.Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokokdan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiapbatas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benihke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 smdalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari.Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat padasetiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7kg biji benih diperlukan.
    • C. Menyedia JunjungUntuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perludiberi junjung. Sokong anak-anak tanaman denganmenggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 mpanjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yangbertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atastempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat.Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempatpersilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayusokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yangkecil. (Rajah 1)Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistemtrellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yangberukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 -10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas.Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2).Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antarakedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafiauntuk membantu anak pokok memanjat junjung.
    • PENANAMAN CILIPENANAMANPenyediaan Tanah1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm.
    • • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm daripermukaan pasu. •Menyedia Anak Benih1. Di ladang • Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. • Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.Menanam1. Di Ladang
    • • Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris2. Dalam Pasu atau bekas lain • Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.PENJAGAANSungkupan1. Diladang • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan rumput-rumput kering.Merumput • Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKPenyakit KawalanBintik daun Sembur racun kulat BenomylAntraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb
    • Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau ImidachlopridHamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathionKerekot daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Olehdan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting. (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.MEMUNGUT HASIL1. Di Ladang • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
    • PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)PENANAMANPenyediaan Tanah • Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. • Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. • Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas.PENJAGAANMembaja
    • • Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas. • Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. • Program pembajaan Masa Pembajaan Kadar Baja Cara Membaja (kg/0.4 ha)3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokokMenyiram • Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok • Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah. • Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar. • Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para. • Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.Membalut buah • Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. • Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.MEMUNGUT HASIL • Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik
    • buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut.Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.PENANAMAN TERUNG
    • PENYEDIAAN TANAH1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan.2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.MENYEDIA ANAK BENIH • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.
    • • Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah. • Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih. • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.MENANAM1. Di Ladang • Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas. • Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali. • Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm2. Dalam Pasu atau bekas lain • Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.PENJAGAANMenyiram
    • Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap harikecuali hujan.Membaja1. Di Ladang • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.2. Dalam Pasu dan bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.Sungkupan1. Di LadangGunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagaisungkupan.2. Dalam Pasu dan bekas lainGunakan rumput-rumput kering.MerumputBersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan,cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.Menyedia Sokongan1. Di Ladang • Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.2. Dalam Pasu dan bekas lain
    • • Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT • Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.MEMUNGUT HASIL1. Di Ladang • Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75.2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
    • PENANAMAN TIMUNPENANAMANPenyediaan Tanah1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 30cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan.2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.Menanam1. Di ladang • Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.
    • • Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm • 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi • Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok selubang.2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain • Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.PENJAGAANSungkupan1. Di Ladang • Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.2. Dalam Pasu atau bekas lain • Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.Menyedia Junjung1. Di Ladang • Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas. • Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.MenyiramSiram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.
    • Membaja1. Di Ladang • Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi • Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.2. Dalam Pasu dan Bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.Merumput • Kawal rumput sepanjang masa.KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKITPenyakit / Perosak KawalanKumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif (b.a)Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0.1% bahan aktifKulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025%Kulapok downy b.a.MEMUNGUT HASIL1. Di Ladang • Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang. • Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm. • Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
    • • Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan.• Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.
    • | Atas |Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan PertanianSemenanjung Malaysia
    • TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
    • ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistandengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yangberkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yangdicadangkan untuk penanaman.Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh pendudukMalaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang.Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjangberwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungugelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyaibiji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utamadalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepadapenyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagimembantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan PertanianSemongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji danmencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan.Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.Terung Varieti ARC-BJ-105>> ARC-BJ-105 yang menarikCiri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:Ciri-ciri tanaman:Ketinggian 133 cm
    • PENANAMAN KACANG BUNCIS1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris ) 2. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat. 3.Jenis: Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4.Tanah: Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya. 3.Penanaman:
    • A. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 smMenyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batasKawasan berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m.B. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan denganMenanam jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.C. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncisMenyedia perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yangJunjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu- kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
    • Rajahmenunjukk an rupa bentuk junjung untuk pokok kacang buncis 4.Penjagaan:
    • A. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali Menyiram hari hujan. B. Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan Membaja untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam. C. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 5.Memungut Hasil: Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.