Pembudayaan ICT Di SK. Kabogan

626 views
345 views

Published on

Peribahasa Melayu

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
626
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pembudayaan ICT Di SK. Kabogan

  1. 1. PEMBUDAYAAN ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN, SEMPORNA~PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PERBUALAN SEHARIAN~ DISEDIAKAN OLEH, AMSINAH BINTI LISANI
  2. 2. PERIBAHASA~SEDIKIT PENGENALAN~ Orang Melayu amat terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat. Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melalui sikap perilaku seharian malahan dalam komunikasi juga. Peribahasa seperti yang yang didifinisikan oleh pendeta Za‟ba ialah segala susun cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama. Ayat yang sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran
  3. 3. FUNGSI PERIBAHASA DALAM MASYARAKATKITAMewujudkan keseronokan dalam pergaulanMemberi nasihatMenyindir dengan sopanMenyatakan pendirian yang tegas
  4. 4. MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAMPERGAULAN Peribahasa boleh mewujudkan kerseonokan dalam pergaulan bagi menmbulkan rasa gembira dan selesa semasa bergaul. Beberapa peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Ianya timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat.
  5. 5. MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAMPERGAULAN ~ CONTOH PENGGUNAAN “Amir suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan. “Walaupun kelihatan rendah, Hazwan tetap jadi ayam tambatan pasukan hoki sekolah”. Perumpamaan ini bermaksud pujian walaupun ayat dihadapan kelihatan agak sedikit kasar.
  6. 6. MEMBERI NASIHAT Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda. Peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
  7. 7. MEMBERI NASIHAT ~ CONTOH Perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula dari mereka kecil, bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”. Perbandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu „rebung‟ dengan „kanak-kanak‟ . Bermaksud memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah dinasihati pada waktu umur yang muda.
  8. 8. MENYINDIR DENGAN SOPAN Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
  9. 9. MENYINDIR DENGAN SOPAN ~ CONTOH Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. “Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan keinginannya.
  10. 10. MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Kadangkala kita mahu menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan.
  11. 11. MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS Perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula. Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh- sungguh dan tegas.
  12. 12. PERIBAHASA LAINPeribahasa MaksudSeperti anak muda jolong keghairahan seseorang untukberkeris menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinyaSeperti kacang lupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budiSeperti gendang kosong banyak bercakap dan berlagak pandai, tetapi sebenarnya pengetahuannya sedikit sahaja atau tiada langsungSeperti durian dengan timun, orang yang lemah dan tidakmenggolek binasa, kena berupaya hendak menentanggolekpun binasa orang yang kuat dan berkuasa
  13. 13. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan yang sangat jelas dalam mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman kerana perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharukhususnya pelajar perlu sedar bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan ketertinggian permikiran.baka kata pepatah Melentur buluh biar dari rebungnya .
  14. 14. RUJUKAN http://yunimaha5- lestaribestari.blogspot.com/2011/03/peranan- peribahasa.html http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa Mohd Yusod Mustafa, Mestika Bahasa, DBP (1965) Awang Sariyan (Pengantar), Titian Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, DBP (1992)
  15. 15. THANK YOU

×