• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih.banyak membantu saya sebagai bahan rujukan
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • YUPP..DESIGN DIA MENARIK :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • boleh sy tahu tahun bila hjh masriatol buat power point ni..untuk rujukan saya...terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
39,897
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
41

Actions

Shares
Downloads
1,356
Comments
4
Likes
7

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Matematik akan lebih berkesan. [PL 1225] Hjh Masriatol Farahiyah Hj Sajali 07B1218
    • This presentation will probably involve audience discussion, which will create action items. Use PowerPoint to keep track of these action items during your presentation
    • In Slide Show, click on the right mouse button
    • Select “Meeting Minder”
    • Select the “Action Items” tab
    • Type in action items as they come up
    • Click OK to dismiss this box
    • This will automatically create an Action Item slide at the end of your presentation with your points entered.
  • 2. Isi Kandungan
    • Kenapa Sillabus Matematik Diperbaharui?
    • Apa Dia Alat Bantu Mengajar (ABM)?
    • Mengapa ABM merupakan satu kaedah yang berkesan?
    • Kepentingan Penggunaan ABM
    • Jenis-Jenis ABM
    • Perkara yang perlu diambil perhatian apabila menggunakan ABM
    • Kesimpulan
    • Cadangan
  • 3. Kenapa Sillabus Matematik Diperbaharui?
    • Sebagai satu usaha bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
    • Memenuhi visi kementerian pendidikan iaitu 'Pendidikan Berkualiti Ke Arah Kemajuan dan Kemakmuran Negara' (Quality Education Towards A Developed, Peaceful and Prosperous Nation).
    • Mencapai hasrat pendidikan SPN21.
    • Sistem pendidikan di Brunei dapat menandingi dan selaras dengan pendidikan di luar negara.
    • Sumber matematik senang didapati secara ‘online’ dalam bahasa Inggeris masa kini.
  • 4. Apa Dia Alat Bantu Mengajar?
    • ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.
    • Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.
    • Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.
  • 5. Mengapa ABM Merupakan Satu Elemen Yang Berkesan?
    • Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.
    • Pelajar yang belajar dan  berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. 
  • 6. Mengapa ABM Merupakan Satu Elemen Yang Berkesan?
    • Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman.
    • Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.
  • 7. Kepentingan Penggunaan ABM
    • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
    • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
    • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
    • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
    • Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.
    • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
    • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
  • 8. Jenis-Jenis ABM
    • Alat bantu mengajar bukan elektronik
    • Alat bantu mengajar elektronik
    • Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar
  • 9. Alat bantu mengajar bukan elektronik
    • Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan   seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).
  • 10. Alat bantu mengajar elektronik
    • Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer.
  • 11. Alat-alat bercorak penglaman dan bahan sebenar
    • Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar iaitu seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.
  • 12. Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Apabila Menggunakan ABM
    • Guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.
    • Guru harus arif dan perpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.
    • Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
  • 13. Kesimpulan
    • Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan alat Bantu mengajar (ABM) adalah penting kerana dengan penggunaannya bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi berkesan , bererti objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian Pendidikan untuk memenuhi matlamat SPN-21.
  • 14. Cadangan
    • Pihak kurikulum perlu menganjurkan kursus-kursus pendek untuk mengendalikan bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada jenis bahan yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dari masa ke semasa.
    • Pusat sumber di sekolah harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran konsep matematik tertentu.
  • 15. Cadangan
    • Guru harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.
    • Guru mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
  • 16. Cadangan
    • Pihak pentadbir sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik.
    • SEKIAN