Proposal rbt 12koperatif

4,981 views

Published on

kajian tindakan

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,981
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
361
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proposal rbt 12koperatif

  1. 1. ABSTRAKPendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan danperkembangan individu dari semua aspek iaitu jasmani,emosi,sosial,seni danmoral.Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara kaedahpembelajaran koperatif dengan pencapaian murid sekolah rendah dalam mata pelajarankemahiran hidup.Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji persepsi murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup selepas pembelajaran koperatif diaplikasikan.Seramai 38orang murid tahun 6 terlibat dalam kajian ini iaitu terdiri daripada 23 murid lelaki dan 15murid perempuan dari SK. Simpangan,Beluran,Sabah. Dua jenis instrumen yangdigunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang soal selidik terbahagikepada dua bahagian iaitu A-Demografi dan bahagian B-Persepsi. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa semua murid mempunyai peningkatan dari segi pencapaianperatusan markah setelah kaedah PK didedahkan kepada mereka. Selain itu,persepsimereka terhadap PK dan matapelajaran kemahiran hidup juga positif. Kesimpulannya,PK boleh digunakan khususnya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup SekolahRendah.Cadangan untuk kajian yang akan dating,adalah diharapkan agar kajian inidijalankan mengambil saiz yang lebih besar .
  2. 2. 1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yangdikehendakki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan Negara memberikan penekanankepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu(WanZahid,2000). Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah(KHSR) adalah satusubjek yang membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuanberasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budayakerja yang baik. Terdapat pelbagai strategi,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yangboleh diaplikasikan bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Untuk kajian,saya telahmemilih atau memfokuskan kepada pembelajaran secara koperatif dalam meningkatkanprestasi murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Mengikut Skolnik,Langbort dan Day (1982), pembelajaran koperatif menyebabkanpelajar merasa senang untuk bertanyakan soalan kepada rakan sendiri berbanding orangdewasa. Keadaan ini wujud di Malaysia dimana pelajar-pelajar enggan bertanya kepadaguru walaupun mereka tidak faham akan pengajaran guru tersebut. Banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif boleh member faedahyang signifikan berbanding dengan pembelajaran secara individu. Pembelajaran individuboleh menjadi halangan kepada kejayaan pelajar,terutamanya pelajar yang cacat ataukeupayaan rendah ( Johnson & Johnson, 1986: Slavin, 1991).
  3. 3. 1.2 Refleksi Pengajaran Dan PembelajaranBerdasarkan pengalaman sepanjang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup sekolahrendah, saya dapati kaedah pembelajaran koperatif tidak didedahkan secara meluas olehguru-guru yang mengajar kemahiran hidup. Ini menyebabkan pengajaran danpembelajaran tidak mencapai objektif yang diharapkan. Selain itu, pencapaian murid-murid tahap dua yang belajar kemahiran hidup tidakbegitu memuaskan. Semasa saya menjalankan pengajaran di dalam kelas,murid-muridkurang memberi perhatian. Mereka lebih suka berbual-bual dengan kawan-kawandisebelah mereka.Apabila ditegur mereka akan ikut untuk sementara waktu dan akanmembuat perkara tersebut kembali. Apabila diberikan latihan pengukuhan,ramai muridyang tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Persoalan ini perlu diambil tindakan yang sewajarnya, agar pengajaran mata pelajaranmemberi kesan yang positif kepada diri murid-murid dan seterunya dapat mencapaiobjektif yang diingini pada akhir pengajaran dan pembelajaran.Masalah ini wujud disebabkan oleh tiadanya penglibatan murid dalam sesi pengajarandan pembelajaran atau dengan lain perkataan hanya berpusatkan guru sahaja.Untukmengatasi masalah ini saya dedahkan murid-murid dengan kaedah pembelajarankoperatif yang mana berpusatkan kepada murid-murid. Hal ini menyebabkan muriddirangsang untuk berfikir dan mencari penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Dr. Howard Gardner (1983), dalam teori kecerdasan pelbagainya menyatakan bahawaterdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai. Dua daripadanya sangat berkaitan denganpembelajaran koperatif iaitu kecerdasan kinestetik pergerakan( Bodily-kinestheticIntelligence) dan kecerdasan interpersonal ( Interpersonal Intelligence). Melalui
  4. 4. pembelajaran koperatif murid dapat mengasah kemahiran kinestetik pergerakan merekakerana masing-masing belajar dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Selainitu,mereka juga boleh mengasah kemahiran interpersonal mereka melalui hubungansosial yang terjalin semasa berhadapan dengan ahli kumpulan masing-masing. Setelah saya menerapkan kaedah pembelajaran secara koperatif,saya dapati ramaimurid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaranyang dijalankan. Murid-murid tidak lagi segan untuk bertanya berkaitan masalah yangdihadapi dalam pengajaran guru. Ini adalah kerana mereka mempunyai semangat yangtinggi dan ingin menjadi kumpulan yang terbaik semasa sesi pengajaran danpembelajaran yang dijalankan. Justru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaianmurid-murid dalam mata pelajaran kemahiran hidup.1.3 Refleksi Nilai PendidikanSebelum kajian dijalankan, masalah pembelajaran murid telah dikenalpasti terlebihdahulu. Dari pemerhatian yang dibuat,murid mengalami masalah dari segi fokuspembelajaran ,dimana murid kerap merayau-rayau ke meja kawan-kawan dan bercakap-cakap sesama kawan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kesandari masalah ini ,satu cara penyelesaian masalah yang sesuai untuk diintegrasikandengan permasalahan ini telah dipilih iaitu pembelajaran secara koperatif. Strategi iniboleh dilaksanakan dengan mudah kerana murid-murid di dalam satu kelas yang samadibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan terdiri darimurid yang berbeza dari segi kebolehan dan pencapaiannya. Kumpulan yang telahdibentuk kemudiannya diwajibkan duduk pada meja yang sama agar proses pembelajarankoperatif dapat dijalankan dengan lancar .
  5. 5. Semasa kajian, didapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatifsangat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupunsuasana di dalam kelas agak riuh sedikit semasa pembelajaran koperatif berjalan, namundapat dilihat dengan jelas proses pembelajaran sedang berlaku pada tahap yang amat baikdimana semua murid masing-masing menjalankan tanggungjawab terhadap diri merekasendiri. Pada awalnya, kaedah pembelajaran koperatif agak sukar diterima oleh muridkerana mereka tidak lagi serasi dengan ahli kumpulan mereka. Selepas beberapa sesidijalankan mereka semua dapat menyesuaikan diri disamping penegasan yang perludipatuhi dalam pembelajaran koperatif. Selepas kajian, dapat diperhatikan murid-murid menunjukkan sikap yang sangatketara dimana hubungan sosial dan minat untuk belajar secara bersama-sama semakinmenampakkan keserasian yang baik. Selain itu,penerimaan murid terhadappembelajaran koperatif juga amat memberangsangkan.
  6. 6. 6.0 CARA PENGUMPULAN DATAMenurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) muka surat 317,data bermaksud butiranatau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapatdijalankan asas untuk membuat kajian manakala untuk primer (muka surat 1231) ialahyang pertama,yangterpenting yang utama.Data primer merupakan data yang didapatkandari sumber asli atau pertama.Ia merupakan data yang didapati dari sumber pertama,baik daripada individu atau perseorangan.Contohnya hasil dari hasil pengisian penyoalan
  7. 7. yang biasa dilakukan oleh pengkaji atau data yang diperolehi secara langsung darijawapan responden melalui penyebaran soalan. Data primer merupakan data-data yangdiperoleh secara langsung daripada kejadian sosial sebenar.Dua strategi digunakan untuk mengumpul data bagi melaksanakan kajian ini iaitudata yang didapati daripada temubual tidak berstruktur,data yang didapati daripada soalselidik dan data yang didapati daripada ujian pra dan ujian pos.i) Borang Soal SelidikBorang soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapatkan data dan maklumatmengenai penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran.Soal selidik inimengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A dimintaresponden mengisi maklumat diri masing-masing. Manakala bahagian B pulamengandungi 10 soalan yang perlu dijawab oleh responden untuk mengetahui sejauhmana penerimaan responden terhadap PK dan minat mereka terhadap matapelajaran KHselepas diterapkan kepada mereka.Item yang digunakan ialah berbentuk skala likert5 mata. Bagi borang soal selidik bahgian A, kesahan soalan borang soal selidik tersebuttelah dikaji terlebih dahulu.Data bagi soal selidik ini kemudiannya dianalisismenggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5 untukmendapatkan nilai kebolehpercayaannya(Alpha) terhadap item yang dibuat. Nilai Alphayang dklasifikasi diantara 0.700 sehingga 0.900 adalah tahap kekuatan yang tinggi.
  8. 8. Nilai yang diperolehi untuk soal selidik adalah 0.8404. Oleh itu,nilai kebolehpercayaanmenunjukkan soalan soal selidik dianggap bagus dan boleh digunakan untuk kajian ini.Jadual 3 : Klasifikasi Kekuatan Korelasi Nilai Alpha Kekuatan
  9. 9. 2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Isu KajianKajian ini berfokuskan kepada penerapan kaedah pembelajaran secara koperatif dikalangan murid-murid,dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 di SekolahKebangsaan Simpangan,beluran,Sabah. Saya memilih masalah ini kerana murid-muridmasih tidak dapat menguasai dan memahami sesuatu topik yang disampaikan oleh guruterutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Ini disebabkan oleh kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru-guru tidak sesuai dengan minat murid,ataupuntidak membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid tidak melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran danpembelajaran, ataupun pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan pemikiran muridtidak dirangsang maka pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan hambar. sekiranyamasalah ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru, ianya akan mengakibatkankesan yang buruk kepada keberkesanan sesuatu pelaksanaan pengajaran danpembelajaran.Lantaran itu akan menjejaskan prestasi pencapaian murid-murid dalammata pelajaran Kemahiran Hidup.2.2 Tinjauan MasalahMatlamat Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 adalah membudayakan sainsdan teknologi serta memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Matapelajaran Kemahiaran Hidup(KH) adalah persediaan kepada pelajar-pelajar untukmendapatkan pengetahuan asas dalam bidang teknik dan vokasional. Guru-guru
  10. 10. disarankan untuk membina dan mengukuhkan minat terhadap pembelajaran sertamembimbing mereka agar bersedia menerima strategi pengajaran yang berkesan. Pengajaran dan pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran dalamkumpulan kecil yang terdiri dari 4 hingga 5 orang pelajar setiap kumpulan denganpenumpuan diberikan terhadap saling bergantungan di kalangan ahli-ahlinya denganmengekalkan tanggungjawab individu(Johnson,1994).Koperatif bermaksudkerjasama.Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secarakerjasama dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.Melalui pembelajarankoperatif,murid-murid saling berinteraksi dan bantu membantu dalam aktivitipembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang dalambidang akademik. Robert E.Mercer(1998) menyatakan antara kriteria kognitif adalahterdiri daripada pencapaian akademik yang rendah dan masalah penumpuan dalampelajaran,criteria afektif pula ialah kemahiran interaksi yang lemah dan bermotivasirendah manakala tingkahlaku merujuk kepada tidak dapat menyesuaikan diri danmenyisihkan diri. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana strategi pengajaran danpembelajaran koperatif dalam matapelajaran Kemahiran Hidup mampu menarik lebihminat murid-murid dalam mencapai pembelajaran yang bermakna. Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam melaksanakan kajianini,tinjauan terhadap masalah akan dikenalpasti terlebih dahulu. Ianya bertujuan untukmemahami dengan lebih terperinci mengenai masalah tersebut. Tinjauan masalah adalahuntuk mengesan latar belakang pencapaian,kaedah P&P yang digunakan dan juga minatmurid terhadap mata pelajaran KH tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Simpangan ,Beluran.
  11. 11. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data awal secara terperinci adalah melaluikaedah pemerhatian,soal selidik dan juga kaedah analisis dokumen.Instrumen yangdigunakan dalam kajian ini adalah boring senarai semak,boring soal selidik,ujian pra danujian pos.Data-data yang diperolehi ini seterusnya akan dianlisis secar manual danmenggunakan perisian Statistic Package for the Social Sciences version 11.5(SPSS). Dalam mengajar mata pelajaran KHSR, saya menghadapi masalah dalammencapai objektif P&P secara bersendirian. Semasa saya menjalankan P&P kebanyakanmurid tidak menumpukan perhatian dan lebih suka untuk berinteraksi dengan rakanmereka yang lain. Kesan dari ini objektif P&P tidak dapat dicapai sepenuhnya danpencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak memuaskan. Selain dari itu, saya juga sempat bertanya kepada murid tentang persepsi merekaterhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Jawapan yang diberikan oleh murid adalahseperti berikut;Murid 1: “Saya suka kalau cikgu ajar buat projek…..”Murid 2: “Macam subjek lain juga.biasa-biasa saja…”Murid 3: “Saya langsung tidak faham apa yang cikgu ajar tiada alat yang cikgutunjukkan…”Murid 4: “Saya tidak minat belajar Kemahiran Hidup! tidak seronok…”Murid 5: “Saya minat kalau ada bertukang……”
  12. 12. Berdasarkan jawapan murid, dapat disimpulkan bahawa murid tidak begitu berminatdengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan PK untukdisesuaikan dengan sifat murid yang suka untuk berinteraksi dengan kawanmereka.Menurut andaian awal,PK sangat sesuai untuk diaplikasikan kerana PKmempunyai prinsip-prinsip saling bergantungan positif,interaksi bersemuka,akauntabilitiindividu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Justru ianya memberipeluang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan mereka tanpa dikawalsepenuhnya oleh guru. Selain itu, PK bukan sahaja untuk menggalakkan murid untuk berinteraksi,bahkanjuga mempunyai objektif-objektif yang akan ditetapkan oleh guru.Murid secaraberkumpulan akan berusaha untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan olehguru yang mana akan memberikan daya ingatan yang konkrit kepada murid-murid danseterusnya membawa kepada kesan yang positif dalam prestasi pencapaian mereka.2.3 Tinjauan LiteraturMenurut Kamus Dewan edisi keempat 2005 (halaman 821),koperatif bermaksud syarikatbekerjasama.Manakala koperasi pula bermaksud syarikat yang dianggotai dan diuruskanoleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi(perniagaan dansebagainya) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. oleh itu, koperatif dalampendidikan bermaksud tugasan yang dianggotai oleh sekumpulan orang untukmenjalankan kegiatan pembelajaran dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama.
  13. 13. pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakanreformasi pendidikan. Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi banyak jenisbentuk P&P. Asasnya ia menggalakkan pelajar untuk belajar bersama-sama denganberkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogenius seperti dalam pendidikaninklusif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai matapelajaran. Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajarandengan pelbagai kemahiran social. Secara dasarnya,pembelajaran koperatif melibatkanpelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran(Johnson &Johnson,(1991).Tokoh-tokoh telah banyak menjelaskan makna pembelajaran koperatif, secarapadat,pembelajaran koperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah pengajaranyang mana pelajar-pelajar dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalamkumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Sifat paling penting bagipembelajaran koperatif ialah kejayaan seseorang pelajar akan membantu rakan-rakan lainuntuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-masing.(Slavin,1982 sepertidinyatakan dalam Kagan,1992). Menurut Gagne(1985),semua model pembelajaran ditandai dengan adanyastruktur tugas,struktur tujuan dan struktur penghargaan.Struktur tugas,struktur tujuan danstruktur penghargaan pada model pembelajaran koperatif berbeza dengan modelpembelajaran yang lain. Dalam proses pembelajaran dengan model pembelajarankoperatif, pelajar didorong untuk bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan danmereka harus membahagikan tugas untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh
  14. 14. guru.Tujuan model pembelajaran koperatif adalah untuk meningkatkan pencapaianakademik pelajar dan mendidik pelajar untuk bekerjasama dengan rakansekumpulannya,serta meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah satu strategipengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antarasatu sama lain di dalam kumpulalan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalamkaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu,yangperlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang carabekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu,mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atausecara berkumpulan,iaitu mereka perlu membantu antara satu sama lain.Menurut Kagan (1998), pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai sau set prosesyang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamatkhusus atau mendapatkan hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isikandungan mata pelajaran berstruktur (structural approach) dalam pembelajarankoperatif oleh hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikanstruktur tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran secara sistematik termasuk caramempertingkatkan interaksi sosial dalam bilik darjah.2.4 Prinsip-Prinsip Pembelajaran koperatifMengikut Johnson et al., (19194) dan Sharan & Sharan (1994), melalui pembacaantentang pembelajaran koperatif, dapat disimpulkan bahawa prinsip-prinsip asas dalam
  15. 15. pembelajaran koperatif adalah saling bergantungan positif ( Positive interdependence),interaksi bersemuka ( Face-to-face interaction ), akauntabiliti individu (Individualaccountabaility), kemahiran koperatif ( Cooperative skills) dan pemprosesan kumpulan(Group processing). Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli kumpulanadalah serupa dan mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain untukmencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berattentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan kumpulan.Inibermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap berjaya. Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi bersemuka.Sebanyak mungkin masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksidalam kumpulan supaya mereka dapat membantu, menggalak dan seterusnyameningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yangmaksimum. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulankoperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapijuga bertujuan bagi memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individuyang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulansecara koperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yangserupa secara bersendirian. Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan denganorang lain ( Johnson, Johnson & Holubec, 1994). Justeru itu, kemahiran-kemahiran
  16. 16. koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secaraautomatik apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan didorong untukmenggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulanyang proaktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi,mewujudkan kepercayaan,memperbaiki proses membuat keputusan dan melicinkanpengurusan konflik dalam kumpulan. Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yangdilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta ahli-ahlikumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamatnyadan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah dikekalkan kea rahmencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulanakan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yangtidak membantu kumpulan untuk mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka akanmembuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkahlaku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepadakumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli danjuga pencapaian kumpulan.2.5 Ciri-Ciri Pembelajaran koperatifTerdapat pelbagai pendapat mengenai cirri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990)berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga cirriberikut : ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untukBerjaya.
  17. 17. 2.5.1 Ganjaran KumpulanPelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteriatertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulanmenjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.2.5.2 Tanggungjawab IndividuTanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawabmenentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbingrakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggunjawab menguasai pelajaran.2.5.3 Peluang yang sama untuk berjayaPembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secarabersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, salingbantu membantu dan memberi galakan antara satu sama lain. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima cirri pembelajaran koperatif.Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiranberkumpulan dan penilaian kumpulan.
  18. 18. 2.5.4 Matlamat kumpulanPelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telahditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapaimatlamat tersebut.2.5.5 Peranan ahliIa merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulanbertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawabmember sumbangan kerja yang sepatutnya.2.5.6 InteraksiPembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secarabersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan,saling tolong-menolong dan member galakan antara satu sama lain.2.5.7 Kemahiran berkumpulanPelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerjasecara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuahkumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran mengaplikasikan sebarangkonflik yang timbul di dalam kumpulan.
  19. 19. 2.5.9 Penilaian kumpulanDalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat manakumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendakki. Pelajar mengenalpastitindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.2.6 Jenis-jenis Pembelajaran koperatifTerdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajarankoperatif. Di antaranya ialah :2.6.1 Penyiasatan Berkelompok ( Group Investigation)Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untukmendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yangdisiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang diperolehiakan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatifdan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasidalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.2.6.2 Student Team Achievement Division ( STAD)Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untukmenguasai suatu cabang pengetahuan . Mereka saling membantu di antara satu samalain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.
  20. 20. 2.6.3 JigsawSetiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahlidalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik( yang telahdisediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali kekumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakansekumpulan. Motif utama dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akanmenjadi pakar dalam topic tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepadarakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.2.6.4 Team-Accelerated Instruction (TAI)Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasanbertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogenius. Pelajar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenius. Ini bertujuanuntuk memberi peluang kepada pelaja yang rendah pencapaian supaya dapatmeningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyaipencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yangmenggantikan buku teks sepenuhnya.
  21. 21. 2.6.5 Team Games Tournament (TGT)Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitansama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajarberbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akanbekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep.Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahlidari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.2.7 Pembelajaran Koperatif dan PrestasiDalam menerangkan kesan pembelajaran koperatif terhadap prestasi sabagai salah satuhasil pembelajaran, Slavin (1996) telah mengkategorikan teori yang membincangkanperkaitan tersebut terhadap teori yang menerangkan kesan pembelajaran koperatifke atasmotivasi pelajar untuk belajar dan kesan ke atas proses kognitif pelajar yangmempengaruhi pembelajaran mereka.2.7.1 Kesan Ke atas motivasi untuk Belajar Secara BerkumpulanBerbeza dengan pengajaran tradisional, pembelajaran koperatif mendorong pelajarberinteraksi, berbincang, tolong-menolong, memberi sokongan dn dorongan kepadarakan sekumpulan dalam proses pembelajaran. Ciri pembelajaran koperatif yang dapatmelahirkan keadaan seperti ini adalah ciri saling bergantung (Slavin, 1996) dantanggungjawab individu ( Slavin, 1983).
  22. 22. Pelajar bermotivasi untuk belajar secara berkumpulan kerana mereka merasa perlusaling bergantung antara sama lain dan timbul rasa bertanggungjawab sebagai ahlikumpulan. Ciri ini dibentuk sama ada melalui struktur matlamat, struktur ganjaran ,struktur tugas atau hubungan erat. Kesan pembelajaran koperatif ke atas motivasi pelajaruntuk belajar secara kumpulan dapat diterangkan berdasrkan teori saling bergantungsosial dan teori tingkah laku.2.7.2 Teori Saling BergantungStruktur matlamat merujuk kepada setakat mana pelajar bergantung kepada rakan-rakandalam mencatat pembelajaran. Johnson dan Johnson(1974) membezakan tiga strukturmatlamat iaitu berbentuk koperatif, persaingan dan individu. Struktur matlamat yangkoperatif bermaksud matlamat pembelajaran pelajar secara individu hanya akantercapai sekiranya matlamat rakan-rakan sekumpulan mereka juga tercapai. Matlamatberbentuk persaingan,wujud apabila seorang pelajar dapat mencapai matlamatnya danberusaha untuk menutup peluang pelajar lain untuk mencapai matlamat mereka.Manakala struktur matlamat individu bermaksud peluang seorang pelajar untukmencapai matlamatnya tidak dipengaruhi oleh peluang pelajar lain.2.8 Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Pembelajaran KoperatifWalaupun kajian mengenai PK dari berbagai aspek telah banyak mendapat perhatianpara penyelidik, namun kajian mengenai yang melibatkan persepsi pelajar dan guruterhadap PK agak kurang dilaporkan. McManus dan Gettinger (1996) telah mengkajitentang penilaian guru dan pelajar terhadap PK yang dilaksanakan di dalam kelasmereka.
  23. 23. Dapatan kajian mengenai persepsi guru terhadap PK menunjukkan bahawa merekabersetuju PK merupakan satu strategi yang berkesan terutama dalam aspek sosial iaituinteraksi dengan rakan dan kerjasama. Manakala menurut persepsi pelajar, PKmemberi kesan yang paling baik dalam aspek akademik, seperti mendapat gred yanglebih baik. Pelajar juga dilaporkan lebih suka menyiapkan kerja secara berkumpulanberbanding secara individu. Antara aspek positif tentang tentang PK yangdinyatakan oleh pelajar ialah dapat mendengar pendapat rakan,dapat menyiapkan kerjadengan lebih cepat,mendapat bantuan dan dapat bekerja dengan rakan. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pemerhatian pula menunjukkan bahawainteraksi sesame pelajar semasa aktiviti PK banyak melibatkan perkara yang berkaitandengan pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar dan melihat rakan memberitunjuk ajar cara menyiapkan tugasan. Jules (1992) membincangkan PK menurut persepsi seorang pelajar berkebolehanrendah. Berdasarkan temubual yang dibuat, Jules mengenalpasti beberapa aspek positifPK yang dinyatakan oleh pelajar tersebut. Antara aspek yang dimaksudkan adalahsaling bergantung positif, kemahiran sosial dan tanggungjawab individu. salingbergantung positif dilihat apabila pelajar tersebut menyatakan bahawa pengaruh rakandan keinginan ahli-ahli kumpulan untuk Berjaya digunakan untuk menggalakkan ahliyang pendiam supaya sama-sama merasa bertanggungjawab dan melibatkan diri dalamperbincangan kumpulan.
  24. 24. Pelajar tersebut menceritakan bagaimana ahli kumpulan beliau mempraktikkankemahiran sosial yang dijelaskan oleh guru seperti cara memberi pujian dan galakankepada rakan sekumpulan. Di dalam sesi temubual itu, pelajar tersebut juga menyatakanbagaimana beliau merasa bertanggungjawab untuk saling bantu membantu di dalammemahami isi pelajaran yang mana menggambarkan aspek tanggungjawab individu. Suhaia Abdul Kadir (2002) dalam kajiannya „Perbandingan PembelajaranKoperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep KendiriAkademik dan Hubungan Sosial dalam pendidikan Perakaunan‟ menyatakan bahawakebanyakan pelajar kumpulan PK memberitahu pandangan yang positif yang mana inimenggambarkan pelajar dapat menerima penggunaan PK dengan baik. Seterusnya,minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan meningkat setelah PK dijalankan.2.9 Kajian-Kajian Yang BerkaitanMimi Mohaffyza binti Mohamad dan rakan-rakannya telah menjalankan kajianmengenai strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka Bentuk danPenghasilan Projek ( Mata pelajaran Kemahiran Hidup). Dapatan kajian inimenunjukkan sebanarnya memberi implikasi yang amat baik terhadap perkembanganpendidikan masa kini. Ini kerana, kaedah pembelajaran koperatif menekankan aspekpenglibatan pelajar berbanding kaedah tradisional yang lebih berpusatkan guru. Melaluikaedah koperatif pelajar semakin berani melontarkan idea dan pandangan sertamelibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator dalam pembelajaran koperatif. Sebenarnya kaedah koperatif inimemberi banyak kebaikan dan keuntungan bukan sahaja kepada pelajar bahkan juga ia
  25. 25. boleh meningkatkan prestasi pencapaian sekolah. selain itu juga, kaedah koperatif inidapat mengubah diri pelajar dari pasif kepada aktif. Beberapa kajian mendapati bahawa pembelajaran melalui strategiPK ini dapatmeningkatkan pencapaian markah murid dalam sesuatu mata pelajaran, yang manamembolehkan mereka mengasah tahap kemahiran sosial, mengurangkan sikapindividualistic dan memahami isi kandungan pelajaran secara mendalam seperti yangdinyatakan oleh Johnson, Johnson & Holubec (1994), Slavin ( 1991) dan Stahl& VanSickle (1992). Menurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapatmeningkatkan pemahaman melalui pembacaan teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telahmembuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedahPencapaian-pasukan Pelajar(BPPP) adalah amat berkesan. Begitu juga hasil kajianAlmanza (1997) yang menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif lebih berkesanuntuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah tradisional dalam satu kelasbesar. Walau bagaimanapun, Eleanor dan Taylor (1995) menunjukkan bahawa tidal adaperbezaan yang signifikan antara BPPP berbanding dengan kaedah pembelajarantradisional dalam pemahaman teks dikalangan murid darjah enam.
  26. 26. Kajian Cheah Tong Tiat dan rakan-rakannya (2000), mengenai keberkesananKaedah Pembelajaran Koperatif Bacaan Pemahaman Teks Di kalangan Murid SJK(C)dan SJK (T) mendapati pencapaian min adalah lebih tinggi bagi kumpulan yang diajarmelalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP berbanding dengan peningkatanpencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran tradisioanl.Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif BPPPmerupakan kaedah pengajaran bacaan pemahaman teks yang lebih berkesan berbandingdengan kaedah pembelajaran tradisional. Peningkatan pencapaian min yang lebihmemihak kepada kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa kaedah pembelajarankoperatif BPPP penting untuk meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar. Selain itu, kajian Sin Chow Lai (2006) juga mendapati bahawa terdapatperbezaan peratusan pencapaian kelulusan Kumpulan Eksperimen berbanding denganKumpulan Kawalan selepas ujian pos dijalankan. Kajian beliau yang bertajuk„Pendekatan Koperatif Model STAD terhadap pelajar Tingkatan 1 dalam topik“Nombor Negatif” juga jelas memperlihatkan bahawa proses rawatan telah Berjayameningkatkan pencapaian Kumpulan Eksperimen dalam ujian pos berbanding ujian pra.Ini secara langsung membuktikan bahawa Pembelajaran koperatif model STAD telahmembantu meningkatkan pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kreatif dalamtopik penambahan dan penolakan nombor negatif. Justeru itu ia dapat memupuk minatterhadap mata pelajaran matematik. Di bawah PK, keupayaan pelajar yang heterogenius di dalam sesuatu kelas dapatdimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam perakaunan.Kajian-kajian di luar negara menunjukkan PK berupaya untuk meningkatkan
  27. 27. pencapaian pelajar untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson,Nelson dan Skon, 1981). Di dalam kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) di dalamkelas audit, didapati pencapaian pelajar meningkat apabila beliau menggunakan PK. Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas, dapat dijangkakan bahawa pembelajarankoperatif mampu memberi kesan yang positif dalam meningkatkan minat danpencapaian murid dalam mata pelajaran KHSR.
  28. 28. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIANTujuan utama kajian adalah untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaranKemahiran Hidup agar mereka mendapat peningkatan peratusan markah yang baiksemasa ujian dan peperiksaan , disamping menggalakkan penglibatan murid secaramenyeluruh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu juga,kajian ini dilakukan bagi menggalakkan guru-guru untuk menggunakan kaedahpengajaran secara koperatif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Objektif kajian adalah seperti berikut:i. Mengenalpasti kesan pendekatan pembelajaran koperatif keatas pencapaian murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. ii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif.iii. Mengenalpasti persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Manakala tiga aspek persoalan kajian yang berkaitan akan dikemukakan untukdijadikan panduan semasa pelaksanaan kajian. Berikut merupakan persoalan-persoalanyang akan difokuskan dalam kajian;i. Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaianmurid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?ii. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif?iii. Adakah kaedah pembelajaran koperatif memberi persepsi positif terhadapmata pelajaran Kemahiran Hidup?
  29. 29. 4.0 KUMPULAN SASARAN.Kumpulan sasaran murid tahun 6 di SK. Simpangan, adalah seramai 46 orang.Persampelan bertujuan telah diambil untuk kajian ini, dimana seramai 46 orang muriddari kelas tahun6 telah dipilih. Sampel kajian ini terdiri daripada 34 orang murid lelakidan 12 orang murid perempuan. Sasaran murid yang dijadikan sampel adalah berbezadari segi jantina, bangsa, status sosial dan pencapaian akademik dimana sampeldibahagikan kepada 5 kumpulan yang berbeza dari segi pencapaian akademik. Jadual 1menunjukkan dengan lebih jelas tentang latar belakang responden.Jadual 1 : Taburan RespondenItem Kategori Kekerapan Peratus(%)Jantina LelakiPerempuanMelayu Cina India Bumiputera Sabah Lain-lainIslam KristianKakitangan Kerajaan Kakitangan Swasta Bekerja sendiri kakitangan Kerajaan kakitangan Swasta Bekerja SendiriBandarLuar Bandar
  30. 30. 2.4 Prinsip-Prinsip Pembelajaran KoperatifMengikut Johnson et al., (1994), Slavin (1994) dan Sharan & Sharan (1994), melaluipembacaan tentang pembelajaran koperatif, dapat disimpulkan bahawa prinsip-prinsipasas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantungan positif(positiveinterdependence), interaksi bersemuka (face-to-face interaction),akauntabiliti individu(individual accountability),kemahiran koperatif (cooperative skills) dan pemprosesankumpulan (Group processing). Saling bergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalahserupa dan mereka saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatumatlamat yang sama. semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajarandiri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan. Ini bermakna semua ahlimesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap berjaya. Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi bersemuka. Sebanyakmungkin nasa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulansupaya mereka dapat membantu, mengalak dan seterusnya meningkatkan usaha di antarasatu sama lian untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatifbukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja,tetapi jugabertujuan bagi memastikan setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang lebihberkebolehan. Bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secarakoperatif,setiap ahli kumpulan juga mesti berupaya menyiapkan tugasan secara individu.
  31. 31. Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berintraksi secara berkesan dengan oranglain (Johnson, Johnson & Holubec, 1994). Justeru itu, kemahiran-kemahiran koperatifuntuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak dapat wujud secara automaticapabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong untukmenggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulanyang proaktif. kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkankomunikasi,mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan danmelicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan. Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang dilakukanoleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakuakn dengan meminta ahli-ahli kumpulanberbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamat yangdiingini.Begitu juga sejauh manakah hubungan baik dapat dikekalkan bagi mencapaimatlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan akanmenghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang tidakmembantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya,mereka akan membuatkeputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah laku apa pulayang perlu diubah.
  32. 32. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN5.1 Perancangan Tindakan Reka Bentuk Kajian Kuantitatif Kualitatif Gabungan Kuantitatif 1. Eksprimen 1. Teori Grounded & Kualitatif 2. Kuasi-Eksprimen 2. Naratif 1. Kaedah Bercampur 3. korelasi 3. Etnografi 2. Kajian Tindakan 4. TinjauanRajah 1 : Reka Bentuk kajian (Oleh: Mook Soon Sang,2010)Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan. Reka bentuk ini dilakukan keranapengkaji ingin mengkaji keberkesanan sistem pengajaran dalam meningkatkanpencapaian murid. Dua jenis instrument yang digunakan dalam kajian ini iaitu soalselidik dan ujian pra dan ujian pos. Sebelum sebarang tindakan dijalankan, langkah pertama yang dilakukan adalahmengambil data latar belakang responden. Borang soal selidik diberikan kepadaresponden dan responden diminta untuk mengisi borang tersebut. Kemudian, pengkajiakan memanggil 5 orang murid untuk ditemu bual secara tidak berstruktur tentang
  33. 33. persepsi mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Segala jawapan murid akandisalin semula oleh guru tanpa mengubah walau sepatah kata. Semasa tindakan dijalankan pengkaji memilih subjek dengan pembahagiankumpulan sasaran kepada 5 kumpulan kecil dimana setiap kumpulan terdiri daripadamurid yang baik, sederhana dan lemah dari segi pencapaian akademik. Setelahpembahagian kumpulan selesai, ujian pra akan diberikan kepada mereka bagimendapatkan penilaian pencapaian awal mereka. seterusnya, kaedah pembelajaransecara koperatif akan didedahkan kepada mereka setiap kali sesi pengajaran danpembelajaran dijalankan iaitu selama 8 minggu (8jam). Pada minggu terakhir, ujian posakan dijalankan bagi mendapatkan hasil pencapaian murid setelah mengikuti kaedahsecara koperatif.5.2 Model Kajian (Kemmis dan Mc Taggart, 1988)Model kajian pada rajah 2 merupakan modelkajian Kemmis dan Mc Taggart dimanamodel ini merupakan hasil inovasi daripada model kajian Kurt Lewin. Ianya melibatkanperancangan (plan), tindakan (act),pemerhatian (observe) dan refleksi (reflect). modelkajian Kemmis dan Mc Taggart ini mempunyai dua lingkaran atau kitaran. Sekiranyalingkaran pertama menunjukkan hasil yang tidak signifikan, maka pengkaji bolehmembuat lingkaran kedua.5.2.3 Lingkaran PertamaPada peringkat perancangan (planning), pengkaji memilih strategi pembelajarankoperatif untuk didedahkan kepada kumpulan sasaran. Topik atau unit yang ingindiajar akan disesuaikan dengan strategi pembelajaran koperatif.
  34. 34. Rajah 2 : Model Kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1998)Murid haruslah dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan aktiviti yang bolehmembawa mereka kepada perkongsian penyelesaian masalah atau pembelajaran secarabersama. Kumpulan yang dibentuk haruslah terdiri daripada murid yang berbeza darisegi pencapaian. Murid pada tahap lemah, sederhana dan cemerlang bergabung didalamsatu kumpulan . Instrumen juga ditentukan pada peringkat ini kerana ianya sangatpenting dalam melancarkan lagi proses kajian. dua instrument yang digunakan pakaiadalah borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos.
  35. 35. Pada peringkat tindakan (act), pengkaji memberikan aktiviti atau isu masalahkepada kumpulan sasaran untuk diselesaikan secara bersama-sama. Namun,sebelum itu,murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Koordinat susunan meja murid adalahseperti dalam rajah di bawah. Setiap murid haruslah bekerjasama antara satu sama lainagar peluang untuk belajar adalah sama rata. Pengkaji menjadi pemerhati dan hanyasebagai pembimbing kepada setiap kumpulan yang dibentuk. Setiap jangkaan dicatatkanoleh pengkaji. Pada peringkat pemerhatian (observe) pula, pengkaji hanya membuat pemerhatiandalam setiap kumpulan sama ada mereka mampu bekerjasama atau tidak. Beberapaaspek yang penting untuk diberi perhatian oleh pengkaji ialah kerjasama murid,perubahan sikap dan juga hubungan social dikalangan ahli kumpulan. Setiap aspek iniharuslah diterapkan dalam setiap kumpulan agar pembelajaran koperatif diaplikasikansesuai dengan kehendak kajian. pada peringkat mereflek (reflect), pengkaji membuat refleksi tentang segalakelemahan dan kelebihan sepanjang kajian dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akanberfikir secara kritikal agar hasil kajian adalah signifikan dengan objektif dan segalakelemahan dapat dikesan untuk persediaan bagi penambahbaikkan seterusnya, manakalasegala kelebihan pula boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan kajian secara terperinci. Ianya mengandungi 4fasa berpandukan Model Kemmis & Mc Taggart (1998).
  36. 36. Jadual 2: Pelaksanaan TindakanBil FASA Aktiviti Tarikh Pelaksanaan1.Mengenalpasti masalah danmengumpul data awal.2. Merancang Menulis kertas cadangan /proposal kajian.3.Merancang Tindakan4.Mengadakan ujian pra5. Bertindak Mengadakan rawatan6. Mengadakan ujian pos7. Pemerhatian Memerhati perubahan tingkah laku dan pencapaian murid dalam satu-satu aktiviti.8. Refleksi Menganalisis dan membuat refleksi tentang hasil dapatan kajian.
  37. 37. Seterusnya, merangka jawapan bagi menetapkan bagaimana responden akan menjawabsoalan yang dibina. (Ya atau Tidak). Jika soalan terbuka, responden boleh menjawab diatas garisan yang disediakan. Jika soalan tertutup, responden bolehbulatkannpilihan jawapan atau tanda. atau .Jadual 4 : Nilai Skala Likert (Sumber : Uma Sekaran 1992)Nilai Skala Pernyataan1 Sangat Tidak Setuju(STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Kurang Setuju(KS) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS)Jadual 5 : Interpretasi Skor Min (Diadaptasi daripada Wiersma,1995) Skor Min Tahap Persepsi1.00 - 2.33 Tidak Baik 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 - 5.00 ke atas BaikJadual 5 menunjukkan jadual interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripadaWiersma (1995). Merujuk kepada jadual tersebut, tahap persepsi responden bolehdikategorikan kepada tiga bahagian iaitu tidak baik, sedrhana dan baik. Ianya bolehdikelaskan mengikut skor min yang didapati melalui analisis data boring soal selidik.
  38. 38. ii. ) Ujian Pra dan Ujian PosUjian Pra dan pos telah disediakan oleh pengkaji dengan merujuk kepada JadualPenentuan Ujian (JPU). Soalan telah dibuat kesahan kandungan dengan merujuk kepadaEn. Jaidy Duaneh, guru KH, SK Simpangan, Beluran. Murid dikehendakki menjawabsoalan seperti yang dijelaskan oleh pengkaji. Ujian pra merupakan ujian yangdijalankan sebelum rawatan diberikan kepada kumpulan sasaran. Hasil daripadakeputusan markah ujian pra akan difailkan kerana ia sangat penting dalam penilaianpeningkatan atau penurunan markah kumpulan sasaran pada akhir sesi rawatan.Ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan kepada kumpulan sasaran. Hasildaripada keputusan markah ujian pos juga akan difailkan bagi memastikan pengkajidapat melihat kesan perubahan daripada ujian pra. Sebarang perubahan markahkumpulan sasaran daripada ujian pra dan ujian pos akan diulas oleh pengkaji berdasarkankaedah rawatan yang telah diberikan kepada kumpulan sasaran. Melalui kedua-dua hasilujian pra dan ujian pos tersebut, maka keberkesanan sesuatu kaedah rawatan bolehdianggap sama ada berkesan ataupun tidak berkesan untuk diterapkan dikalangankumpulan sasaran..Jadual 6 : Skala Gred Pemarkahan (Piawaian SK Simpangan,Beluran)Skala Gred PemarkahanA 80 - 100B 60 -79C 40 - 59D 20 - 39E 0 - 19
  39. 39. 6.1 Perancangan Cara Menganalisis DataData- data yang telah diperolehi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakankedu-dua kaedah manual dan analisis statistik perihalan. Segala hasil dapatan kajianakan dipadatkan dalam bentuk jadual dan diukur dari segi main dan peningkatan ataupenurunan peratusan pencapaian murid. Melalui penilaian pada jadual yang dibuat,databoleh diinterpretasikan kepada bentuk ulasan. Selain itu, perisian SPSS 11.5 juga akandigunakan bagi memasukkan data-data latar belakang murid dan juga hasil daripada databoring pemerhatian yang dikumpul oleh pengkaji.7.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASISolan Kajian 1: Adaka pendekatan pembelajaran koperatif dalam P & P dapatmeningkatkan pencapaian murid?Jadual 7 menunjukkan taburan gred markah yang diperolehi oleh murid semasa ujianpra dan ujian pos. Semasa ujian pra, peratus murid mendapat gred A adalah
  40. 40. 8070605040 Pra Pos3020100 A B C D E F G H I J K L M N O P
  41. 41. Jadual 10 : Persepsi murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Bahagian B Kekerapan dan peratus (%) Minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup 1 2 3 4 5 MIN STS TS TP S SS6. Aktiviti berkumpulanmenarik minatbsaya untukpembelajaran seterusnya.7. Saya lebih berminat belajarsecara berkumpulan berbanding secara individu. 8. Saya semakin berminat untuk mengikuti kelas Kemahiran Hidup selepas guru mengajar menggunakan kaedah koperatif. 9. Pembelajaran secara berkumpulan dapat menarik minat saya untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup 10. Setiap hasil kerja kumpulan memotivasikan saya dan menambah minat saya untuk belajar.

×