Your SlideShare is downloading. ×
Ulasan Jurnal Pendidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Ulasan Jurnal Pendidikan

1,797
views

Published on

KPT6044

KPT6044


1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
1,797
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
49
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KPT 6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 ANALISIS JURNAL DISEDIAKAN OLEH: AMIR BIN MASUT M20111000146 SEMESTER III SESI 2012/2013 DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR ABD LATIF HJ. GAPOR
  • 2. Tajuk Jurnal• Pengenalan – Kajian mengenai Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah
  • 3.  Dalam kajian ini yang diterbitkan pada 2011, para pengkaji ingin melihat bagaimana untuk memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman sosial untuk meningkatkan teknik perbincangan secara berkumpulan untuk mata pelajaran Sejarah supaya kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. Pengkaji juga ingin memotivasikan pelajar dan mengatasi masalah prestasi kurang memuaskan yang dihadapi oleh mata pelajaran Sejarah. Melalui kaedah perbincangan menggunakan laman sosial, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik, mencabar, seronok dan juga meningkatkan motivasi pelajar.
  • 4. Objektif Kajian:• mengenalpasti samada pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah perbincangan dengan laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah• meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah• meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari dan mengatasi masalah atau kekangan masa dalam pengajaran Sejarah• meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari
  • 5. Kaedah Kajian:• Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal-selidik skala Likert 5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Pembolehubah bersandar ialah motivasi dan kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel telah dipilih daripada 60 pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di kawasan luar bandar di Pulau Pinang.
  • 6. Dapatan Kajian:• Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan laman sosial mampu dapat meningkatkan motivasi, teknik dan gaya pembelajaran, serta kefahaman pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 3.66.• Hal ini menggambarkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Melalui pendekatan interaksi dua hala, kerjasama dan pembelajaran kendiri kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik yang berkaitan akan meningkatkan.
  • 7. • Guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing untuk menggalakkan penglibatan individu dalam proses kolaboratif dan perbincangan. Dengan cara ini, hubungan interaksi antara pelajar dapat dibina supaya kemahiran berfikir para pelajar dan pemahaman tentang sesuatu konsep dapat dibina.• Untuk persoalan yang terakhir iaitu iaitu samada kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat mengatasi masalah atau halangan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, data menunjukkan purata min keseluruhan berada pada tahap yang sederhana.• Ini bermaksud bahawa sampel mempunyai pendapat yang berlainan terhadap masalah yang mungkin berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar yang merasakan bahawa pembaziran masa akan berlaku jika pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman sosial dilaksanakan.
  • 8. Kesimpulan• Kajian ini merumuskan bahawa teknik perbincangan menggunakan laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan juga kefahaman pelajar. Kaedah ini adalah berpusatkan kepada pelajar dan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.• Selain daripada itu, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk bebas bertanya mengenai sesuatu topik yang tidak difahami dengan lebih bebas. Secara tidak langsung, motivasi pelajar akan lebih tinggi apabila mereka seronok dengan proses pembelajaran dan juga memahami apa yang sedang dipelajari. Dengan ini, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah juga akan meningkat.