TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT
PERMUAFAKATAN PPKI SK PARIT BUNGA
18 Februari 2014
DEWAN SRI SEROJA
PENGUMUMAN K...
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari
ini.Pastinya pertemuan pada ha...
UCAPAN ALUAN
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersil...
CABUTAN BERTUAH
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan
bertuah. Untu...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga

465

Published on

Teks pengacara majlis

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
465
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Teks pengacara majlis perasmian mesyuarat permuafakatan ppki sk parit bunga"

  1. 1. TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI SK PARIT BUNGA 18 Februari 2014 DEWAN SRI SEROJA PENGUMUMAN KETIBAAN. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar , Tn Haji Masood bin Ideris diiringi oleh Penyelaras Program P.khas pn Manisah bt Saat dan Pengerusi Permuafakatan P Khas Parti Bunga Pn Salwa bt Omar. LAGU NEGARAKU Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Kebangsaan. Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Parit Bunga, Tn Haji Masood bin Ideris. Pengerusi Permuafakatan, Pn Salwa bt Omar. Yang Dihormati Pn Manisah bt Saat Penyelaras P.Khas Sk Parit Bunga, Guru-guru,PPM, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Mesyuarat Permuafakatan 2014Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Guru Besar ke Mesyuarat ini.
  2. 2. Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan poten si anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK Parit Bunga sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar . BACAAN DOA Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Amirrudin Amin Md Shah memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Amirrudin Amin Md Shah atas bacaan doa itu tadi. Hujan gerimis lebat di hulu Haba di muara terasa nyaman Bacaan doa sudah berlalu Menyusul kini arena persembahan PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Hadirin sekalian, Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh Panitia P. Khas sepanjang tahun 2014 hingga kini. Marilah kita sama-sama saksikan. Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Amirrudin dengan kerjasama semua warga PPKI SK Parit Bunga. Terima kasih dan tahniah diucapkan Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing itulah yang ibaratkan Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan. Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Jika kita bersatu hati.
  3. 3. UCAPAN ALUAN Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya. Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Dihormati Penyelaras Program Pendidikan Khas SK Parit Bunga, Pn Manisah bt Saat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Dihormati Pn Manisah bt Saat.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Pergi ke kedai membeli gula Gula di bawa berhati-hati Tuan Pengerusi kami mempersila Ucapan diberi kita hayati. UCAPAN Pengerusi Permuafakatan Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Pengerusi Permuafakatan , Yang Berusaha Pn Salwa bt Omar untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.. Demikian tadi ucapan oleh Pengerusi Permuafakatan , Pn Salwa bt Omar . Terima kasih diucapkan. UCAPAN Tuan Guru Besar, Ular lidi menyusur rotan, Menyusur jatuh ke dalam paya Banyak budi puan semaikan Semoga tumbuh menyinar dunia. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Tn Haji Masood bin Idris merangkap penasihat Permuafakatan P Khas SK Parit Bunga untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Permuafakatan 2014. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Guru Besar Tn Haji Masood bin Idris atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya PPKI SK Parit Bunga terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Tn Guru Besar.
  4. 4. CABUTAN BERTUAH Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara. Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis. Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku.. Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.

×