Ceramah israk mikraj (1)

13,111 views
12,689 views

Published on

Published in: Education
11 Comments
31 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,111
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
239
Actions
Shares
0
Downloads
1,084
Comments
11
Likes
31
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ceramah israk mikraj (1)

  1. 1. PENGENALAN Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam sejarahIslam.Peristiwa ini disambut pada bulan Rejab setiap tahun untuk memperingati dan mengambil .pengajaran daripadanya
  2. 2. AYAT AL-QURAN “ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .”
  3. 3. DEFINISI ISRAK ialah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada waktu malam dari Masjid al- Haram di Mekah ke Masjid al- Aqsa di Baitul-Maqdis, Palestin.
  4. 4. MIKRAJ ialah perjalanan NabiMuhammad s.a.w. dariMasjid Al-Aqsa naik ke langit hingga keSidratul-Muntaha dan terus ke Hadziratul- Quds.
  5. 5. LATAR BELAKANG  Mengikut pendapat yang masyhur, peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 Kerasulan, bersamaan dengan tahun 612M,
  6. 6.  Peristiwa ini juga berlaku selepas “Tahun Dukacita” iaitu setelah kewafatan isterinya, SitiKhadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.  Sebelum peristiwa ini, Nabidihina, dicaci dan dicederakan di Taif ketika cubamenyebarkan dakwah Islamiah di sana.
  7. 7. MENGAPA ISRAK DAN ?MIKRAJ BERLAKU Salah satu mukjizat Nabi Muhammad. Salah satu cara Allah menunjukkan kekuasaanNya. Menghibur dan menenangkan hati Nabi Muhammad s.a.w. Nabi menerima perintah solat
  8. 8. PERISTIWA SEBELUM ISRAK Nabi Muhammad dibedah oleh Malaikat Jibril dan Mikail a.s. untuk menyucikan hati. Ketika itu Nabi sedang tidur di Masjid Al-Haram bersama Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib. Setelah dibedah, seekor Buroq membawa Nabi untuk di Israkkan.
  9. 9. TEMPAT-TEMPATPERSINGGAHAN NABI SEMASAISRAK1. Kota Toiyibah @ Yathrib (Madinah)- Tempat Nabi akan berhijrah dan menegakkan negara Islam.2. Madyan - Tempat Nabi Musa berteduh.3. Bukit Tursina - Tempat Nabi Musa bermunajat dengan Allah.
  10. 10. 4. Baitul-Laham- Tempat Nabi Isa dilahirkan.5. Baitul- Maqdis- Tempat yang menjadi kiblat yang pertama bagi umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. solat sunat 2 rakaat di semua tempat yang disinggahi.
  11. 11. BEBERAPAGAMBARAN YANGDIPERLIHATKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. KETIKA DIISRAKKAN
  12. 12. 1. Jin Afrit membawa obor dan mengejar Nabi dari belakang dengan tujuan untuk menghalang perjalanannya. Setiap usaha kebaikan pasti ada halangan, gangguan dan ujian. Musuh utama manusia ialah syaitan dan sekutunya. Manusia dilarang bersahabat dan mendekati syaitan dan sekutunya.
  13. 13. 2. Petani bercucuk tanam dan dapat memungut hasilnya dengan segera tanpa henti-henti. Allah kurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang berjihad pada jalanNya dan suka bersedekah. Orang yang buat kebaikan pasti akan menerima ganjaran dari Allah. Islam menggalakkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dan membuat kebajikan.
  14. 14. 3. Bau wangi kubur tukang sikat rambut anak Firaun (Masyitah) dan anaknya. Iman yang teguh perisai utama dari sebarang ujian dan dugaan Allah. Allah akan mengurniakan kepada orang yang berani mempertahankan keimanan. Kemuliaan seseorang terletak di atas keimanan.
  15. 15. 4. Manusia memecahkan kepalanya sendiri dengan batu. Balasan orang yang berat atau malas mengerjakan solat fardu. Solat fardu ibadah yang wajib diutamakan bagi setiap muslim. Setiap muslim mesti menjaga solatnya walau dalam keadaan apa sekalipun.
  16. 16. 5. Manusia makan duri daripada bara api. Orang yang tidak mengeluarkan zakat akan diazab di akhirat nanti. Zakat perlu dikeluarkan bagi orang yang telah cukup syarat untuk kepentingan orang Islam. Zakat juga merupakan perisai orang Islam di alam barzakh dan di akhirat.
  17. 17. 6. Manusia makan daging busuk. Perbuatan zina adalah dosa besar dan azab yang menanti di akhirat. Zina merosakkan institusi masyarakat. Zina, homoseks, lesbian dan seumpamanya boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti AIDS, Siplis dan sebagainya.
  18. 18. 7. Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu. Amalan riba adalah haram dan punca penindasan dan kezaliman dalam masyarakat. Orang yang mengamalkan riba termasuk pemberi, penerima, pencatat dan saksi akan menerima azab Allah. Islam menggalakkan sifat tolong- menolong, bermuafakat dan kasih- mengasihani dalam hidup bermasyarakat.
  19. 19. 8. Kayu berduri mengait orang yang lalu. Orang yang suka mengganggu atau menhalang orang lain membuat kebajikan akan dibalas dengan siksa yang pedih. Islam menggalakkan umatnya menjaga ketenteraman awam. Islam juga melarang umatnya membuang masa dan membuat kerja yang tidak berfaedah.
  20. 20. 9. Manusia yang tidak mampu mengangkat beban (kayu) yang dipikul tetapi terus ditambah. Siksaan yang pedih bagi orang yang menerima amanah tetapi tidak melaksanakannya. Amanah mesti ditunaikan kepada orang yang berhak. Sikap tamak, pentingkan diri sendiri gila kuasa (pangkat) adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
  21. 21. Manusia yang menggunting lidah. 10 10 dan bibirnya dengan gunting api .neraka Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan .apa yang dicakapnyaOrang Islam mestilah bercakap benar  .dan merialisasikannyaBercakap dusta adalah di antara ciri-  ciri orang munafik
  22. 22. 11.Manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga. Mengumpat adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Fitnah boleh merosakkan diri sendiri dan hubungan masyarakat. Siksaan yang pedih kepada orang yang suka mengumpat dan suka mendengarnya.
  23. 23. 12.Anak lembu yang keluar daripada lubang yang sempit dan bila besar ia bersusah payah hendak masuk semula ke dalam lubang yang sempit itu. Sikap angkuh dan menyombong diri adalah ditegah oleh Islam. Sifat sombong dan angkuh juga punca permusuhan dan menutuskan silatur rahim. Amalkan cara hidup Islam dengan sifat-sifat mahmudah.
  24. 24. 13.Mendengar panggilan daripada sebelah kanan (Yahudi) dan kiri (Nasrani). Yahudi dan Nasrani adalah musuh tradisi orang-orang Islam. Golongan ini akan sedaya-upaya cuba menghancurkan Islam dan umatnya. Setiap muslim mesti sentiasa berwaspada dengan tektik dan gerakan Yahudi dan Nasrani dengan memantapkan akidah dan perpaduan ummah.
  25. 25. 14.Suara panggilan wanita yang sangat cantik dengan penuh perhiasan di tubuhnya. Kemewahan dunia digambarkan dengan wanita yang cantik dan penuh dengan perhiasan yang boleh menggoda manusia menunaikan tanggugjawab sebagai khalifah Allah. Orang yang kurang mantap akidahnya akan diperalatkan untuk merosakkan masyarakat. Setiap Muslim mesti menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
  26. 26. 15. Orang tua yang menghalang di tengah jalan untuk mengemukakan pertanyaan kepada Nabi. Iblis sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal penat dan putus asa untuk menggoda manusia dengan pelbagai cara. Setiap muslim mesti sentiasa berwaspada dengan tipu muslihat syaitan. Sikap istiqomah dalam ibadah dapat menyekat godaan syaitan.
  27. 27. 16. Perempuan yang terlalu tua (bongkok) memanggil Nabi Muhammad untuk bertanya. Bumi telah terlalu tua, hampir berlaku kiamat. Setiap Muslim hendaklah memanfaatkan masa dengan kerja yang berfaedah di dunia dan akhirat. Membanyak dan menyegerakan taubat kepada Allah dan memohon maaf sesama manusia.
  28. 28. PERISTIWA- PERISTIWA YANGDIALAMI OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. KETIKA DIMIKRAJKAN.
  29. 29. 1. Menemui para Nabi dan malaikat yang menyambut kedatangannya dengan penuh penghormatan dan kemuliaan pada setiap pintu langit yang dilaluinya serta mendoakan untuknya. Di antara Nabi-nabi yang ditemui oleh Baginda ialah :
  30. 30.  Langit Pertama – Bertemu dengan Nabi Adam a.s. Langit Kedua – Bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s. Langit Ketiga – Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. Langit yang Keempat – Bertemu dengan Nabi Idris a.s. Langit yang Kelima – Bertemu dengan Nabi Harun a.s. Langit yang Keenam – Bertemu dengan Nabi Musa a.s. Langit yang Ketujuh – Bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
  31. 31.  Nabi Ibrahim a.s ada berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar umatnya memperbanyakkan tanaman syurga dengan membaca zikir seperti berikut :ُ َ ‫س ب حا ن ا وَ ال حم د‬ ِ َ َ ُْ‫ا و ل َ إله إل ا و‬ ُ َ ِ ‫ا اكب ر و ل َ حو ل‬ َ َ َ ُ َ ُ ِ ‫و ل َ ق و ة إل بالل ه‬ ِ َ َ ُ َ
  32. 32. 2. Setelah melalui lapisan langit yang ketujuh, Nabi Muhammad melihat pelbagai keajaiban sehingga Baginda dibawa ke Sidratul-Muntaha. Di sini Nabi dapat melihat rupa Malaikat Jibrail a.s. yang sebenar.3. Nabi Muhammad s.a.w. juga dibawa melihat syurga yang mempunyai 8 tingkat dan neraka 7 tingkat serta penghuni-penghuninya. Nabi melihat kebanyakan ahli syurga terdiri dari orang-orang miskin.Manakala neraka kebanyakan terdiri dari kaum wanita.
  33. 33. 4. Nabi terus diMikrajkan sehingga ke “Mustawa” hingga Nabi mendengar “Qalam” yang menulis di Luh- Mahfuz. Seterusnya naik hingga ke Arasy dan di sinilah Nabi bermunajat dengan Allah.5. Kemuncak dari Israk dan Mikraj ini adalah kefarduan ibadah solat. Pada mulanya sebanyak 50 waktu, tetapi atas nasihat Nabi Musa a.s. , Nabi berulang- alik menemui Allah, akhirnya solat fardu hanya tinggal 5 waktu sehari semalam sahaja yang difardukan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.
  34. 34. PENGAJARANDARIPADA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
  35. 35. 1. Peristiwa ini adalah bukti kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah yang boleh melakukan sesuatu dengan qudrat dan iradatNya yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umatnya.2. Solat ialah satu-satunya ibadah yang diwahyukan secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu solat merupakan tunggak segala ibadah dan sebagai penentu penerimaan amalan-amalan lain.
  36. 36. 3. Peristiwa ini juga menguji keimanan manusia sama ada menyakini tentang apa yang disampaikan oleh Nabi atau menolaknya.4. Gambaran-gambaran yang dipaparkan dalam peristiwa ini banyak yang boleh dijadikan pengajaran supaya manusia menjauhkan maksiat dan sifat-sifat mazmumah (terkeji) dan mengerjakan perintah Allah serta mengamalkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam kehidupan seharian. Ganjaran yang besar bagi orang yang beriman dan siksaan yang pedih bagi mereka yang ingkar.
  37. 37. 4. Setiap Muslim juga mesti berwaspada dari godaan-godaan syaitan di samping perancangan- perancangan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menghapus umat Islam di bumi ini hingga hari kiamat.5. Setiap Muslim hendaklah melakukan “Tazkiyatul-Nafs” iaitu penyucian jiwa dan hati dengan solat, zikrullah, membaca Al- Quran, infaq harta, muhasabah, mengingati mati dan sebagainya.
  38. 38. KESIMPULAN Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w. adalah suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Sebagai seorang Muslimyang ‘committed’ dengan ajaran Islam, kitamenyakini peristiwa ini dan menjadikannya sebagai suatu cara untuk membuat‘muhasabah’ diri dalam hidup kita. Semoga dengan cara ini kita tidak akan tergolong dalam golongan mereka yang lalai dan hanyut dengan keduniaan hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di dunia yang fana ini.
  39. 39. RINGKASAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ Sidratul- Muntaha, Bertemu Allah – Difardukan Solat 5 waktu Mustawa,Arasy Langit 7 Nabi Ibrahim Langit 6 Nabi Musa Langit 5 Nabi Harun Langit 4 Nabi Idris Langit 3 Nabi Yusuf Langit 2 Nabi Yahya & Isa Langit 1 Nabi Adam Masjid MasjidAl-Aqsa Al-Haram Baitullaham Bukit Tursina Madyan Madinah/ Yathrib Gambaran-gambaran Kehidupan di dunia
  40. 40. AKHIRKALAM
  41. 41. SOALAN KUIZ1. Sebutkan nama surah dari Al-Quran yang menceritakan tentang kisah Israk & Mikraj?2. Nabi apa yang telah di Israk dan Mikraj oleh Allah?3. Waktu bila Nabi Muhammad di Israkkan?4. Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad pada waktu malam dari Masjid Al-Haram ke ……?
  42. 42. 5. Bulan apa Nabi Muhammad di Israk dan Mikrajkan oleh Allah?6. Apakah kenderaan NabiMuhammd ketika Israk danMikraj?7. Sebutkan nama malaikatyang menemani Nabi semasaperistiwa Israk dan Mikraj?8. Apakah tujuan Allahmengisrak Nabi Muhammad?
  43. 43. Berapa jumlah rakaat mula-mula Allah. 9fardukan kepada Nabi dan umat Islam untuk?solat10. Apakah pengajaran dariperistiwa Israk dan Mikraj?11. Ada berapa tingkat syurga?12. Ada berapa tingkat neraka?13. Sebutkan nama Nabi yangditemui oleh Nabi Muhammads.a.w. ketika Mikraj?
  44. 44. 14. Siapakah musuh umatIslam?15. Sebutkan satu gambaranyang Nabi Muhammad lihatsemasa peristiwa Israk?16. Kenapa Nabi Muhammadbersedih sehinggakan tahun itudisebut ‘Tahun Dukacita’?17. Di manakah NabiMuhammad berjumpa denganAllah untuk menerima perintahsolat fardu ?
  45. 45. .SEKIAN. TERIMA KASIH SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPATPENGAJARAN DAN PENGIKTIBARAN DARI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ .TERSEBUT USTAZAH SITI JULIANA BINTI HJ. JAMIL

×