Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

on

  • 5,771 views

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat buat semua.

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat buat semua.

Statistics

Views

Total Views
5,771
Views on SlideShare
5,767
Embed Views
4

Actions

Likes
2
Downloads
401
Comments
0

1 Embed 4

http://mystudysource.blogspot.com 4

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia Document Transcript

  • 1. BAHAGIAN 1MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMAAYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASAMALAYSIA.OlehKAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDINSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHORABSTRAKKajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapioleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknikmembina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia.Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibatdalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan,latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan muridtidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawabsoalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysiadikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluipenulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan merekamembina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru denganmenggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untukmeningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkangambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan inibertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah kemampuan para pelajar dalammenguasai kemahiran tersebut. Masalah ini tentunya akan menghalang kelancaran prosespengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid boleh berkomunikasi dan berinteraksibersama rakan-rakan atau guru dalam Bahasa Malaysia, namun penguasan muridterhadap kemahiran menulis masih tidak memberangsangkan. Murid telah didedahkankepada teknik ini selama 6 jam dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu.Melalui kaedah-kaedah yang telah dicadangkan dalam proses pelaksanaan kajiantindakan seperti temubual dan pemerhatian, saya kemudiannya telah menganalisis danmembuat rumusan. Berdasarkan rumusan itulah, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagimembantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penulisan BahasaMalaysia terutamanya dalam membina ayat berdasarkan gambar iaitu dibahagian A,kertas 2 Bahasa Malaysia.1
  • 2. BAHAGIAN 21.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUAnalisa keputusan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM1) tahun 2009 untuk kelasTahun 5 Merah tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, sedih, marah danseribu satu macam perasaan yang melingkari diri ini hanya Tuhan sahaja yangmengetahuinya. Dengan kertas soalan yang begitu senang untuk dijawab pun merekatidak dapat jawab dengan baik. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Saya memang tidak puashati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendendadan meminta pelajar menyatakan sebab-sebab mereka gagal ujian Bahasa Malaysia. Sayajuga meminta guru lain memberi pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaianpelajar Tahun 5 Merah. Kesemua guru menyatakan ada pelajar yang rendah motivasi diri,tidak serius terhadap pelajaran, suka membuang masa dan pencapaian mereka adalahagak rendah. Walaupun masih ada pelajar yang lebih berdisiplin dan rajin berusaha tetapipencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal BahasaMalaysia yang telah dinyatakan oleh pelajar Tahun 5 Merah ialah murid tidak membacabuku dan tidak membuat ulangkaji, tidak memahami soalan, kurang membaca bahanbacaan dalam Bahasa Malaysia serta kurang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysiayang betul.Saya yakin kegagalan ini berpunca daripada saya sendiri untuk memenuhi peruntukanmasa yang diberikan selain tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka.Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapaikelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan murid dalammembina ayat. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat membina ayat seperti yangdiinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan yang diberikan amat tidakmemuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuatlatihan membina ayat. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahamiteknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senarioini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran muriduntuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaanbahan Bahasa Malaysia dan kekurangan penguasaan pembendaharan kata BahasaMalaysia. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untukmengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelummembina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat.Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalamruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yangdiberikan oleh guru.Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,murid tidak berfikir secara kreatif untuk membina ayat yang menarik dan gramatis.2
  • 3. BAHAGIAN 32.0 PERNYATAAN MASALAHUntuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalahsupaya perkara tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan beberapa tinjauan awaltentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran,daerah kelemahan murid serta pandangan murid serta guru lain terhadap tanggungjawabyang diberikan kepada saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut;2.1 Tinjauan MasalahSaya mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran danpembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan2.2 Analisis Ujian Penilaian (UPPM 1)Saya juga telah menggunakan keputusan UPPM 1 kertas 2 Bahasa Malaysiasebagai asas kepada kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah sepertiberikut:Jadual 1: Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa MalaysiaBIL NAMAKERTAS 2A B C % GRED1.SIAK YAWJOE 1% 11% 1%22.0% D2.TYE ZHIYONG 1% 0% 1%3.0% E3. LING KAH YI 3% 11% 4% 30.0% D4.CHONG SHIQI 3% 10% 1%23.0% D5. LOOI ZI QING 3% 11% 8% 37.0% D6.NEO YONGTING 4% 5% 4%22.0% D7. POH WEN LI 3% 11% 1% 25.0% D8POON KAHYEE 2% 10% 1%22.0% D9.SAW CHINGCHUAN 2% 16% 4%37.0% D10.SOH QIAOSHI 1% 10% 1%20.0% D3
  • 4. 2.3 Ujian Pra (pre test)Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah muridyang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.Jadual 2: Keputusan Ujian PraBIL NAMAUjian PraMarkah1.SIAK YAWJOE 2%2.TYE ZHIYONG 1%3. LING KAH YI 2%4.CHONG SHIQI 2%5. LOOI ZI QING 3%6.NEO YONGTING 3%7. POH WEN LI 3%8POON KAHYEE 2%9.SAW CHINGCHUAN 3%10.SOH QIAOSHI 1%2.4 Teknik menjawabTeknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akanmenerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan dimintamembulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambartersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayatberdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akanmendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untukmenimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambartersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan atauberpasangan.4
  • 5. 2.5 Ujian (post test)Satu ujian atau peperiksaan sebenar telah dijalankan untuk menilai kefahaman danpenguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yangdicadangkan.Jadual 3: Keputusan Ujian PosBIL NAMAUjian PosMarkah1.SIAK YAWJOE 2%2.TYE ZHIYONG 2%3. LING KAH YI 8%4.CHONG SHIQI 1%5. LOOI ZI QING 4%6.NEO YONGTING 6%7. POH WEN LI 8%8POON KAHYEE 4%9.SAW CHINGCHUAN 2%10.SOH QIAOSHI 6%5
  • 6. BAHAGIAN 43.0 FOKUS KAJIANBerdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yangsewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akandijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting keranadapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yangmenarik dan bermutu.Masalah ini berlaku kerana mereka tidak dapat memahami konsep pembendaharaan katayang mana di dalam sesuatu ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Jika perkaraini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan akan menjejaskan prestasi pelajardalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan menjejaskan keputusan Bahasa Malaysiadalam kertas penulisan amnya.Jika dilihat, kebanyakkan kesalahan adalah berkenaan 3aspek sahaja. Kesilapan yang sering dilakukan dalam pembinaan ayat ini ialah:• Kesilapan ejaan• Kesilapan penggunaan perkataan• Kesilapan struktur ayat (Subjek dan Predikat)Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai limaayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukangambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya muridmenguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik dalam kertas 2adalah tinggi.Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P&P, Sikapnegatif dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah yang rendah akan dapat diperbaiki.Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profilkecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minatterhadap sesuatu subjek.6
  • 7. BAHAGIAN 54.0 OBJEKTIF KAJIAN4.1 OBJEKTIF AMKajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran danpembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah danpendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membinaayat. Hal ini bertujuan supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan muriddalam matapelajaran Bahasa Malaysia.4.2 OBJEKTIF KHUSUSSelain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;4.2.1 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran BahasaMalaysia4.2.2 Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat4.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat denganperkataan yang sesuai dan bermutu4.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam matapelajaranBahasa Malaysia4.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran4.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok.4.2.7 Memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru lain yangmengambil alih tugasan ketika ketiadaan saya.4.2.8 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berlakuketika ketiadaan guru di dalam kelas4.2.9 Memberi peluang kepada guru menumpukan perhatian kepadamurid lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.7
  • 8. BAHAGIAN 65.0 KUMPULAN SASARAN.Kajian ini melibatkan 10 daripada 27 borang murid tahun 5 Merah Sekolah JenisKebangsaan Cina Ban Foo, Ulu Tiram, Johor. Kelas ini mempunyai tiga kumpulan muridyang berbeza pencapaiannya. Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian ini adalah 8orang murid daripada kelas 4 Merah. Hal ini kerana murid ini menunjukkan potensi yangmemberangsangkan untuk lulus di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.Jadual 4: Bilangan Murid Mengikut Kumpulankumpulan Bilangan MuridCemerlang 1Sederhana 16Galus 10Jadual 5: Bilangan Murid Yang Disasarkan Berdasarkan GenderGender JumlahLelaki 2Perempuan 88
  • 9. BAHAGIAN 76.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN6.1 Menentukan FokusBerdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan saya telah memfokuskankajian tindakan ini kepada perkara berikut:6.1.1 Mengenal pasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan6.1.2 Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu sayajalankan6.1.3 Menentukan cara atau kaedah yang sesuai untu menjalankanaktivitiFokus ini saya susun saupaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran danpembelajaran yang berterusan sama ada saya ada atau tiada semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini penting kerana mereka sendiri kurangmendapat bantuan dari keluarga dan rakan-rakan, mereka hanya bergantungsepenuhnya kepada guru subjek (saya) di sekolah untuk menambahkan kemahirandalam bahagian ini.6.2 Langkah Melaksanakan TindakanBagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenalpasti, saya telah merangka Modul B5a-BM dalam satu bentuk yang mudah untukmembantu murid disamping mengatasi masalah kekangan masa selain dapatdijadikan rakan bantu untuk menguasai kemahiran membina ayat. Bentuk ModulB5a-BM tersebut ialah:6.2.1 Modul helaian lembaran berupa modul bercetak6.2.2 Bahan bergambarBentuk modul ini akan saya berikan kepada murid agar proses pengajaran danpembelajaran akan terus berlaku mengikut perancangan walaupun tanpa atauadanya guru ganti. Saya hanya perlu meninggalkan Modul B5a kepada guru yangterlibat untuk menggantikan saya atau ketua kelas. Untuk melicinkanperlaksanaan Modul B5a ini, beberapa langkah telah difikirkan supaya muridserta guru yang terlibat benar-benar faham serta mencapai objektif yang sayakehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah:langkah 1 : memahami dan meneliti gambar Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar9
  • 10.  Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar tentang aktiviti______________________ Guru meminta murid merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila /mengapa.Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan Guru akan meminta murid membaca keseluruhan soalan dan cari kuncisoalan sama ada aktiviti, situasi atau tentang Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah ’aktiviti’. Oleh itu, ayat yangdibina mestilah mengandungi kata kerja dan watak. Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebutLangkah 3 : Bina rangka ayat Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual dibawahJadual 6: Bina Rangka AyatBil subjek kata kerja kata nama am katahubungsituasi/tempat/keadaan1.2.3.4.5.6.7.8.9.Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkanrangka ayat Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor Jawapan: contohAyat tunggal :1] Ali sedang menggunting rumput.Ayat majmuk :2] Ali menggunakan gunting besar untuk mengguting rumputdipadang supaya kawasan menjadi bersih.10
  • 11. 1. __________________________________________________________________________________________________________________________________2. __________________________________________________________________________________________________________________________________3. __________________________________________________________________________________________________________________________________4. __________________________________________________________________________________________________________________________________5. __________________________________________________________________________________________________________________________________Langkah 7 : Menyemak Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca,imbuhan dan ejaan Pastikan ayat yang dibina betrkaitan gambar dan gramatis Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepadamurid, mereka dibenarkan mewarnakan gambar tersebut.6.3 Perlaksanaan TindakanModul B5a yang telah disediakan ini telah banyak membantu untuk muridmemahami setiap kemahiran serta menjawab soalan di Bahagian A, Kertas 2Bahasa Malaysia. Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan.Ianya bermula dengan memahami konsep asas kemahiran seterusnya memahamisoalan yang dikemukakan, menyatakan maklumat yang terdapat dalam soalan dangambar. Dengan itu, murid secara amnya akan dapat membina ayat mudah dalamsemasa menjawab. Perkara ini sentiasa diberikan penekanan supaya sentiasamenjadi amalan mereka.Murid juga digalakkan memperbanyakkan bacaan bahan-bahan atau buku-bukudalam Bahasa Malaysia. Ini bertujuan untuk memperkayakan penguasaanpembendaharaan bahasa murid supaya murid senang dan mudah untuk menjawabsoalan di bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia seterusnya dalam memperolehikeputusan yang baik dalam peperiksaan.11
  • 12. BAHAGIAN 87.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIANAnalisis ini dibuat berdasarkan jumlah markah skor yang diperolehi oleh respoden dalammenjawab soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos dan diguna pakai dalam prosespengauditan prestasi murid-renpoden ini.7.1 Kaedah InterpretasiBagi tujuan memudahkan analisis dibuat, adalah dicadangkan interpretasi keputusandibuat seperti berikut:Jadual 8 : Kaedah Interpretasi Tahap Pencapaian Prestasi MuridMARKAH%TAHAP PENCAPAIAN PRETASI10 Cemerlang dan perlu dikekalkan7-9 Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan4-6 Perlu penambahbaikan dengan pemantauan0-3 Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan7.2 KeputusanSelepas 6 minggu murid saya dilatih menggunakan Modul B5a-BM, saya telahmenjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahuisejauh mana murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. Jadual 5menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telahsaya jalankan sebelum menggunakan Modul B5a-BM. Taburan markah / gred bagi ujianpra dan ujian pos tersebut adalah seperti berikut;Jadual 9: Perbandingan Pencapaian Prestasi MuridBIL NAMAMarkahUjian Pra Ujian Pos1. SIAK YAW JOE 2% 2%2. TYE ZHI YONG 1% 2%3. LING KAH YI 2% 8%4. CHONG SHI QI 2% 1%5. LOOI ZI QING 3% 4%6. NEO YONG TING 3% 6%7. POH WEN LI 3% 8%8 POON KAH YEE 2% 4%9. SAW CHING CHUAN 3% 2%10. SOH QIAO SHI 1% 6%Jumlah 22% 43%12
  • 13. Setelah berakhirnya kedua-dua ujian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat banyakperbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dibuat denganmelihat peratus markah, peningkatan dan juga penyediaan soalan ujian.7.3 PerbandinganJadual 9 menunjukkan keputusan dan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid dalamkajian ini. Keputusan ini terbahagi kepada 2 tahap ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos.Berdasarkan analisis di atas terdapat peningkatan pada Ujian Pos berbanding denganUjian Pra. Bagi Ujian Pra purata markah yang dikumpul oleh semua murid adalah 22%daripada markah keseluruhan iaitu 100%. Begitu juga dengan Ujian Pos di mana puratamarkah yang berjaya di perolehi kesemua murid adalah 43% berbanding markahkeseluruhan iaitu 100%.Berdasarkan keputusan Ujian Pra (rujuk jadual 9), kesemua murid mendapat markahyang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauandalam kemahiran membina lima ayat. Walaubagaimanapun, setelah Modul B5a-BMdiketengahkan dan diajar kepada murid, maka perubahan yang ketara dapat dilihat padakeputusan Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Hanya 4 murid sahaja yang mendapatmarkah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan denganpemantauan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid telah menunjukkan penurunanprestasi jika dibandingkan dapatan keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pos. Murid tersebutialah Chong Shi Qi, semasa Ujian Pra, murid telah mendapat markah 2% tetapi semasaUjian Pos dijalankan respoden telah mendapat markah 1%. Begitu juga kedaan yang telahbelaku kepada murid yang bernama Saw Ching Chuan, semasa Ujian Pra dijalankanmurid telah mendapat markah 3% tetapi telah mengalami penurunan semasa Ujian Posiaitu dengan mendapat markah 2%. Penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-duarespoden ini adalah sebanyak 1%. Berdasarkan pengamatan dan permerhatian saya,penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua murid dalam Ujian Pos adalahdisebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid semasa menjalani UjianPos. Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan yang telah kedua-dua murid perolehimaka mereka berdua terpaksa saya berikan perhatian yang khusus dalam meningkatkankemahiran dalam membina lima ayat.Berdasarkan jadual 9 juga, didapati 4 orang murid telah mendapat keputusan pada tahapperlu penambahbaikan dengan pemantauan iaitu memperolehi markah antara 4%-6%.Contohnya, markah Ujian Pra Looi Zi Qing sebanyak 3% sahaja tetapi bagi Ujian PosMurid berjaya meningkatkan jumlah markah menjadi 4%. Begitu juga dengan Neo YongTeng di mana murid hanya memperoleh markah 3% sahaja untuk Ujian Pra, namunmarkahnya meningkat pada Ujian Pos di mana markahnya meningkat kepada 6%.Manakala murid bernama Poon Kah Yee pula meningkat dari 2% kepada 4% dan muridSoh Qiao Shi pula meningkat dari 1% markah yang diperolehi semasa Ujian Pra kepada6% semasa Ujian Pos.Dua orang murid telah memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu berada padatahap pencapaian prestasi boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan ialah13
  • 14. Ling Kah Yi, murid telah mendapat markah 2% semasa Ujian Pra tetapi telah mengalamipeningkatan yang menggalakkan semasa Ujian Pos, iaitu 8%. Perbezaan markah yangdiperolehi ialah sebanyak 6%. Manakala seorang lagi murid yang berjaya memperolehipeningkatan yang tinggi ialah Poh Wen Li, murid hanya mendapat markah 3% semasaUjian Pra tetapi melonjak ke paras markah 8% semasa Ujian Pos. Perbezaan tersebutialah sebanyak 5%. Hasil dapatan ujian ini menunjukkan perubahan yang positif.Perbandingan dari segi penyediaan soalan juga adalah berbeza di antara Ujian Pra danUjian Pos. Soalan bagi Ujian Pos adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengansoalan Ujian Pra kerana bahan bergambar yang digunakan adalah lebih kompleks. Bagibentuk soalan Ujian Pra, murid telah diberi klu. Murid diminta membina ayatberdasarkan klu tersebut. Hal ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat denganmudah. Berlainan pula bagi soalan Ujian Pos di mana bentuk soalannya tidak mempunyaiklu dan murid diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan bergambar dansoalan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan peperiksaan sebenar.7.4 Rekod Maklum Balas MuridSetelah ujian pos selesai di analisis, saya belum berpuashati dan tidak bergantung semata-mata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauanringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat prestasi saya serta menilaikemahiran murid menguasai kemahiran menjawab soalan. Ianya bertujuan untukmendapat maklum balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian muridserta reaksi guru-guru lain terhadap diri saya sendiri. Jadual 7 menunjukkan keputusanringkas murid terhadap strategi pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan.Jadual 10 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa MalaysiaBil.KenyataanResponSetuju TidakSetujuTidakPasti1 Saya bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia 7 0 32 Guru memberi penjelasan yang tepat 2 2 63 Saya begitu seronok apabila dapat membuat latihan dengan betul 9 1 04 Saya tidak risau jika guru saya tidak ada di dalam kelas 3 4 35 Pencapaian Bahasa Malaysia saya semakin meningkat setelahbelajar menggunakan modul ini2 4 46 Saya senang membuat rujukan sekiranya saya tidak memahamisesuatu kemahiran1 2 77 Modul yang guru saya berikan cukup mudah dan menyenangkan 3 5 28 Guru berusaha untuk memudahkan pemahaman saya dalammata pelajaran Bahasa Malaysia4 3 39 Kerja rumah yang guru berikan kepada saya tidak mencukupi 1 7 210 Modul yang guru saya sediakan cukup menarik 0 6 414
  • 15. Analisis daripada jadual 11 di atas menunjukkan hampir keseluruhan murid saya begitugembira dengan program yang telah saya jalankan. Purata 9 orang murid telah cukupbersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia selain gembira dan seronokdengan pencapaian mereka.Modul B5a-BM akan saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pradan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan begitu juga hasil soalselidik terhadap sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan tambahan dan kaedah aktiviti serta perlaksanaan akan saya tambah,ubah suai danperbaharui agar murid saya memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan keseronokanbelajar secara berterusan.15
  • 16. BAHAGIAN 98.0 REFLEKSI KAJIANBerdasarkan dapatan ini, bolehlah dikatakan bahawa saya berpuas hati kerana terdapatpeningkatan dari segi markah dan bilangan murid yang memperolehi gred tinggi. Namunbegitu, terdapat segelintir murid masih tidak mencapai objektif yang dikehendaki.Murid-murid ini boleh membina ayat yang betul sekiranya mereka diberikan perhatian yangsewajarnya bukan sahaja daripada pihak guru dan sekolah malahan juga pihak ibu bapadan penjaga. Mereka juga memerlukan masa yang mencukupi menguasai sesuatu aspekdalam Bahasa Malaysia. Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala-galanya dipikuloleh sebelah pihak sahaja. Selain daripada memberikan latihan tambahan, mungkinmurid-murid ini boleh diasuh minat mereka dengan memberikan ganjaran yang tidakbersifat kebendaan. Pujian dan dorongan adalah penting bagi menggalakkan mereka terusberminat dalam menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih ada ruang yang perlu diperbaiki sekiranyadiberikan masa yang lebih ketika menjalankan kajian ini. Ini kerana mengikutpeningkatan markah yang diperolehi, mereka mampu menulis ayat yang baik walaupunkerja tambahan yang dibuat adalah secara sukarela. Sebagai guru, saya perlu mencaripelbagai alternatif yang lebih merangsang minat murid untuk mempelajari BahasaMelayu. Masa yang diperuntukkan untuk saya ketika proses pengajaran dan pembelajarandi dalam kelas adalah tidak mencukupi. Saya mempunyai masa yang terhad untuk sayamemberi lebih tumpuan kepada setiap murid. Saya yakin jika guru diberi peluang untukmemberi tunjuk ajar kepada setiap murid, masalah-masalah ini mungkin dapat diatasisedikit demi sedikit.Saya berasa bertuah kerana telah dapat menuntut sesuatu yang baru sepanjang kursus ini.Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa ketika menjalankan kajian ini.16
  • 17. BAHAGIAN 109.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYASetelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk mengenalpasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Olehitu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masahadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam melengkapkan Modul B5a-BM saya ini. Antaranya ialah;i) Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebihmenarik serta pengajaran mereka yang bermakna kepada kumpulansasaran. Sebagi contoh ialah penggunaan bahan bantu mengajarterutamanya penggunaan LCD bagi menarik minat murid untuk mengikutiroses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam kumpulan.ii) Saya perlu memastikan diri dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pengkajijuga perlu memastikan keadaan kumpulan sasaran dalam keadaan bersediadan selesa, di mana keadaan persekitaran yang kondusif.iii) Masa yang mencukupi juga perlu diperuntukkan supaya kajian dapatberjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.iv) Melengkapkan modul ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebihmenarik, meyusun semula perjalanan modul dengan kaedah yangmencabar dan kreatif.17
  • 18. BAHAGIAN 1110.0 PENUTUPKeseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjayamencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa aktivitipenambahbaikan bina ayat yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulisayat yang lengkap. Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnyadilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagimeningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapatmemperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalamkelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiaporang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahuiteknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dankekurangan murid.Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah danguru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiapprogram yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendirbukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harusmempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan.18
  • 19. BIBLIOGRAFIAtan Bin Long (1976). Psikologi pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd.Kuala Lumpur__________, (2006). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Ee Ah Meng, (1992). Siri Pendidikan Fajar Bakti, Pedagogi, Satu Pengenalan .Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Kerajaan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5. PusatPerkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.Maktab Perguruan Perlis, (2004). Jurnal Kajian Tindakan Guru. Jabatan Penyelidikandan Pembangunan Profesional Perguruan. Maktab Perguruan Perlis, Perlis.Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM Skudai.Johor.Mohd Nasir Bin Yaacob. Modul Pembelajaran Kendiri Matematik (e-Math): LangkahMeningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Matematik UPSR.Sek.Keb.Penghulu Jusoh.Kedah19