Esaimen agama

  • 1,003 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,003
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
10
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Kepentingan akidah yang mantap dalam pembentukan sahsiah muslim yang berkualiti. Islam adalah agama yang telus dan suci yang telah disyariatkan oleh AllahS.W.T kepada manusia melalui pesuruh-Nya iaitu Rasullullah S.A.W. Islam telahmenekankan 3 asas utama iaitu, ibadah, akhlak dan akidah. Pendidikan Akidahmerupakan teras yang paling penting dalam mendidik umat manusia menanamkeyakinan kepada keesaan Allah S.W.T dan mengabdikan diri kepada-Nya. Tanpaakidah yang kukuh, maka rosaklah iman dan menimbulkan permasalahan sepertiajaran sesat dan murtad. Ini menunjukkan bahawa pembinaan akidah yang mantapamat penting untuk membentuk sahsiah yang berkualiti. Berdasarkan kitab faridatul al-faraid fill ilmu tauhid hasil karangan Ahmad binMohammad zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Fathoni, perkataan akidah diambildari kata dasar bahasa arab iaitu „aqoda‟ yang bererti ikatan atau simpulan.Perkataan ini juga membawa maksud sesuatu yang teguh, mantap dan tidak mudahdipengaruhi. Semua orang yang beragama Islam yang mana telah mencapai akilbaligh diwajibkan mempelajari ilmu akidah. “Aqidah artinya ketetapan yang tidak adakeraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalamagama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Sepertiaqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidahadalah aqa-id.” (Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari ,2008). Berdasarkan duapendapat diatas, kesimpulannya akidah merupakan kepercayaan dan keteguhandalam mengesakan Allah S.W.T. Sebagai umat Islam, wajib bagi kita mendalamiilmu ini bagi membentuk asas iman yang kuat. Seperti kata-kata Imam Al-Ghazaliyang menyatakan, manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya adalahakidah, batangnya simbolik kepada kefardhuan, manakala daun-daun itumelambangkan amalan-amalan sunat , maka buah dan bunga itu dianggap sebagaiakhlaknya. (Dr.Aminuddin Mansor,Harian Metro, 2012).Manusia boleh dianalogikanseperti sepohon pokok. Jika sepohon pokok yang dijaga,dibaja dan disiram setiaphari, sudah tentulah pokok itu akan tumbuh dan hidup dengan baik. Sama sepertimanusia, jika didik dan diajar dengan pendidikan agama yang betul serta mantapsejak kecil, maka mantaplah akidahnya. Kajian membuktikan, mendidik anak-anakpada usia muda lebih berkesan berbanding mendidik mereka pada usia yang lebihtua.Pepatah juga selalu menyebut, melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Buluh 1
  • 2. yang keras susah untuk dipatahkan, samalah seperti anak-anak yang sudahmeningkat dewasa, sukar untuk dinasihati dan mendengar nasihat. Terdapat pelbagai kepentingan akidah dalam Islam. Antaranya adalahmemelihara daripada penyelewengan akidah. Penyelewengan dalam akidah bolehberlaku dalam 3 aspek iaitu dari segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan.Penyelewengan dari segi percakapan akan terjadi apabila seseorang itu,mengucapkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam. Misalnya,dengan mengatakan Islam ini adalah satu cara hidup yang tidak sesuai diamalkansepanjang zaman. Melalui perbuatan pula, akan terbatalnya akidah jika individutersebut melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam, contohnya upacarapemujaan pokok dan sebagainya. Keraguan yang timbul didalam hati tentangkesahihan ajaran Islam dan terhadap al-Quran serta Assunnah adalah contoh bagipenyelewengan memalui pemikiran atau hati. Penyelewengan akidah ini akanterjadi jika seseorang itu lemah atau tiada kefahaman yang sahih dan benar tentangilmu akidah Islam itu sendiri. Seterusnya, golongan ini akan mudah terjerumus danterpedaya dengan ajaran sesat ataupun murtad.Buktinya boleh dilihat dengan jelaspada remaja zaman sekarang. Mereka yang kurang didikan agama mudahterpengaruh dengan budaya negatif. Pernah suatu ketika dahulu budaya Black Metalmenjadi kontroversi di negara kita dan yang menjadi mangsa adalah golonganmuda. Budaya ini menular di kalangan remaja yang mudah dipengaruhi oleh anasirbarat. Akibatnya, ramai remaja yang hilang pegangan agama. Betapa besarnyakesan yang dialami jika anak-anak tidak didik dengan ajaran Islam yang mantap.Oleh sebab itu, mempelajari ilmu akidah ini tidak boleh dipandang enteng keranaimpak yang bakal menimpa sangat buruk jika kita tidak menguasai ilmu akidahdengan betul. Persiapkanlah anak-anak dengan ilmu akidah yang kukuh agar imanmereka tidak akan mudah goyah dan runtuh. Sehubungan itu, akidah juga penting bagi membentuk keperibadianinsan. Bukanlah mudah untuk melahirkan manusia yang berperibadi unggul. Dalamkonteks ini, asas iman yang kuat diperlukan dalam diri seseorang itu. Denganberbekalkan akidah yang mantap,kita boleh membentuk keperibadian yangcemerlang dan menjadi contoh kepada orang lain. Berbalik kepada maksud akidah,menurut Mohd Sulaiman Yassin (1987) akidah Islam adalah akidah yangbersumberkan ketuhanan,dalam bahasa arab dipanggil akidah „Rabbaniyyah‟.Beliau 2
  • 3. menyatakan lagi bahawa akidah Islam bersifat syumul, tetap serta menyeluruh.Tabiat akidah seperti ini bersifat kukuh dan teguh. Jika akar pohon itu sihat, makasihatlah juga isinya. Begitu juga manusia, jika teguh dan kuat akidahnya makaunggullah peribadinya. Kemantapan dan kekukuhan akidah itu adalah berdasarkankemantapan dan keteguhan ilmu akidah Islam itu sendiri yang bersifat merangkumihakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilaikebenaran.Maka dengan ini,sumber kekuatan Islam adalah berdasarkan kekuatanakidah itu sendiri. Jasmani yang kuat, berpunca daripada jiwa dan rohani yang utuhpegangan akidahnya. Semuanya bermula dengan hati kecil manusia. Hati yangmemainkan peranan untuk meyakinkan diri dan hati jugalah yang dapat menguasaiakal fikiran waras manusia. Allah S.W.T menganugerahkan manusia dengan nikmatyang paling berharga iaitu akal. Walau bagaimanapun, hati yang mengawal mindakerana apa yang terdetik di hati pasti akan mempengaruhi pemikiran manusia. Olehitu, didiklah dari bermula dari hati. Tanamkanlah kepercayaan di dalam hati dengankeesaan dan kewujudan Allah S.W.T atau dalam erti kata lain ilmu mentauhidkanAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan kekuatan rohani iaitu kekuatan akidah yangbermula dari hati yang akan membuahkan jasmani yang kuat iaitu keperibadian yangmulia. Bukanlah mudah untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia. Setiapmanusia di atas muka bumi ini tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dalamkehidupan. Demi mencapai keperibadian insan yang mulia dan cemerlang, selalulahberibadah kepada-Nya untuk memohon petunjuk dan hidayah. Perkara yang palingmustahak sekali adalah niat kita dalam melakukan ibadah. Beribadahlah denganpenuh ikhlas dan tawadhuk bukan beribadah dengan niat untuk menunjuk-nunjukkepada orang lain. Allah itu Maha Mengetahui, insya-Allah jika ikhlas ibadah itu, kitaakan memperoleh keredhaan dari-Nya. Dalam setiap perkara yang dilakukan di atasbumi Allah ini, haruslah dilakukan semata- mata untuk mencari keredhaan Allah,barulah akan memperoleh keberkatan. Secara tidak langsung, akidah atau imandalam diri akan meningkat kerana keberkatan yang telah diperoleh daripada AllahS.W.T. Sejarah para rasul dan sahabat-sahabat mereka banyak yang menunjukkanteladan yang baik dan patut dicontohi. Kisah Abdul Rahman bin Auf bin Osman binAffan yang sanggup membelanjakan kesemua hartanya demi mempertahankanIslam, namun beliau tidak kisah kerana masih ada rasul dan Allah. Ali bin Abi Talib 3
  • 4. yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan rasullullah S.A.W.Para sahabat ini telah mempamerkan akidah Islam yang kental dan semua iniadalah hasil daripada pendidikan akidah yang mantap. Selain itu, kemantapan akidah juga penting kerana akidah itu mendasariamalan manusia. Amalan seseorang itu bergantung kepada kekuatan akidahnya.Dalam erti kata yang lain, orang yang beriman itu lain amalannya berbandingdengan orang yang tidak beriman. Allah tidak akan menerima amalan seseorangmanusia jika mereka tidak berpegang kepada akidah yang benar dan sah.Maksudnya disini walau sebaik mana pun amalah seseorang itu, tidak akan diterimaoleh Allah kecuali orang yang berpegang kepada akidah yang sah lagi benar. Iniadalah disebabkan orang yang tiada pegangan akidah yang benar, melakukanperkara tanpa mengira sah atau tidak, halal atau haram. Pendek kata, mereka hanyamelakukannya tanpa tujuan yang jelas. Golongan ini, melakukan sesuatu tanpamengharapkan pahala dan tidak takut akan seksaan hari pembalasan. Merekamelakukan sesuatu tanpa mengharapkan redha Allah S.W.T. Iman ada turun naik parasnya. Pada ketika kita melakukan kebaikan,maka naiklah paras iman, jika kita melakukan kemungkaran maka, turunlah parasiman kita. Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya: ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluhcabang, maka yang sebaik baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan danmalu itu sebahagian dari cabang Iman.” (Muttafaqun Alaibah) Orang yang beriman amat peka dengan ibadahnya berbanding dengan orangyang tidak beriman. Sebagai contoh diambil ketika situasi kita sedang sibuk bekerja.Orang yang beriman sudah pasti tidak akan meninggalkan solat dan akan segeramenunaikannya walau sesibuk dan seletih mana pun mereka. Bagi orang yang tidakberiman pula, mereka akan menangguh-nangguhkan untuk bersolat demimenyiapkan kerja. Samalah seperti situasi ketika mengadakan kenduri kahwin.Pengantin akan berpakaian dan berhias cantik untuk meraikan hari yangberbahagia. Rata-rata kebanyakan pengantin tidak sanggup membasuh mekap 4
  • 5. dengan alasan sekali seumur hidup meraikan hari perkahwinan dan akhirnya tidakbersolat. Jelas menunjukkan di sini, betapa rapuhnya akidah masyarakat kita padamasa kini. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa betapa pentingya peranan akidahdalam diri umat Islam dan betapa kita perlu memantapkan akidah agar kita tidakmelakukan perkara yang tidak sepatutnya dan sentiasa takut akan Allah S.W.T Bagaimana ajaran sesat banyak menimbulkan masalah dalam agama, masyarakat dan negara Dewasa ini, jika dilihat rata-rata di seluruh negara mahupun dunia, unsurajaran sesat mula menular dan semakin bermaharajalela. Golongan remaja beliamasa kini, mudah tergelincir ke jalan yang salah. Mengapa hal sebegini bolehterjadi? Sudah pasti puncanya adalah asas ilmu akidah dalam diri yang rapuh dantidak kukuh. Fenomena sebegini amatlah berbahaya kerana dapat meruntuhkangenerasi Islam yang akan datang dan seterusnya menenggelamkan umat Islam. Ajaran sesat boleh ditafsirkan sebagai ajaran yang lari dari landasanIslam yang sebenar. Selain itu, ajaran sesat juga dikatakan berlandaskan agamaIslam walhal ajaran ini, bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Contoh-contoh ajaran sesat adalah ajaran Qadyani, Taslim, Bahai, Ahmad Laksamana,Hassan Anak Rimau dan lain-lain. Ajaran sesat memberi ancaman yang hebatkepada Islam kerana secara tdiak langsung ajaran ini telah menyeleweng agamaIslam serta membawa amalan kearah kemungkaran yang mana bertentangan samasekali dengan Islam. Rata-rata pengikut ajaran sesat ini adalah umat Islam sendiridan segelintir daripada orang Islam. Ajaran sesat telah memulakan penyebarandengan menggunakan unsur-unsur Islam pada mulanya untuk menarik masukpenganut Islam ke dalam ajaran mereka. Walhal, ini semua hanyalah tipu dayamereka yang dijadikan sebagai umpan untuk menipu umat Islam. Jika dihayatiajaran yang mereka bawa sebenarnya sangat menyimpang dari al-Quran danAssunnah. Menurut Zahir Zainuddin(2009), terdapat satu kes yang telah dapat dikesaniaitu ajaran Haji Ghazali yang telah disebarkan oleh warganegara Indonesia yangmenetap di Kuala Langat, Selangor. Kes ini dapat dikesan oleh pihak Jabatan 5
  • 6. Agama Islam Selangor (JAIS). Ghazali kini sedang mendapatkan pemulihan di JAIS.Berikut adalah aspek penyelewengan yang telah dilakukan:1. Pengurusan jenazah- jenazah disembahyangkan oleh tiga orang sahaja berulangkali.2. Pengkebumian jenazah- dilarang membaca talkin dan tali pengikat kain di kepalatidak dibuka. Ghazali didakwa telah menyebarkan ajaran ini, setelah berpindah kekampung tersebut dengan tujuan untuk mencari rezeki di Malaysia. Pendudukkampung tersebut yang cetek ilmu agama telah mengikuti sesi pengajaran Ghazalibahkan telah membuka pusat pengajian khas untuk mempelajari ajaran itu. Inilahyang dikatakan menggunakan unsur-unsur Islam namun pada hakikatnyabercanggah sama sekali dengan peraturan sebenar dalam Islam. Dalam kes yangberbeza, “Di Selangor, Abdul Kahar Ahmad iaitu bekas buruh Zoo Negara telahmendakwa dirinya Rasul Melayu”(Utusan Online,2009). Betapa ceteknya pemikiransesiapa yang berani mengaku sebegini sedangkan bertemu nabi pun tidak pernahapatah lagi mengaku sebagai rasul yang seterusnya. Rasulullah SAW pernahbersabda yang bermaksud: "Maka tiada lagi nabi selepasku." Sudah jelas terbukti disini memang tidak akan muncul lagi rasul selepas Nabi MuhammadS.A.W.Penyelewengan yang dilakukan oleh pembawa ajaran sesat terhadap Islamtidak boleh dibiarkan. Ini adalah disebabkan hal ini berkaitan dengan maruah dankeharmonian Islam . Keadaan ini sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi Islam.Allah pasti murka dengan hamba-hambanya yang sudah menyeleweng danmengamalkan ajaran yang bukan dari Islam. Oleh itu, ajaran sesat ini haruslahdibasmi demi menjaga keharmonian dan kesucian agama Islam. Secara tidak langsung, ajaran sesat juga telah merosakkan akidahseseorang. Mengamalkan ajaran yang bercanggah dengan Islam bererti telah keluardari Islam, kufur, murtad serta sesat daripada landasan sebenar. Bagi parapengamal ajaran sesat, akidahnya automatik telah rosak kerana telah percayakepada akidah yang tidak benar sama sekali. Oleh itu, wajib mereka untuk bertaubatdan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Justeru, fenomena ini telah menyebabkan gejala murtad semakin menular.Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang membuat permohonan untuk menukar 6
  • 7. agama tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bahkan, apabila permohonan mereka tidakdiluluskan oleh pihak mahkamah mereka akan memberontak. Betapa tidakbersyukurnya manusia, telah dilahirkan dalam keadaan Islam, namun akibat rapuhpegangan agama atau terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan akhirnya murtad.Na„uzu billah min zalik. Apabila agama yang suci sudah terpalit dengan ajaran yangtidak relevan, secara automatiknya, tidak ada lagi ketulenan agama Islam keranatelah bercampur dengan ajaran sesat. Seseorang individu, tidak lagi dianggapberiman jika mempercayai ada kuasa ajaib lain yang lebih berkuasa selain AllahYang Esa. Maka, gejala murtad ini akan terus berleluasa. Dengan mendekatkan diri dengan Allah, kita dapat memperoleh ketenangandan melupakan sebentar segala masalah yang dihadapi di dunia.Perkara yangsebaliknya dilakukan oleh para pengamal ajaran sesat. Mereka menyibukkkan diridengan menyertai aktiviti pemujaan yang tidak memberi manfaat sedikit pun. Merekatidak merasa bersalah malah berbangga kerana dapat melaksanakan suruhan gurumereka walaupun bertentangan dengan agama Allah. Perbuatan mereka inihanyalah membuang masa dan sesungguhnya mereka berada dalam golonganyang rugi. Sedangkan dalam al-Quran ada menyatakan bahawa kita perlumenggunakan masa dengan sebaiknya. Firman-.Nya:Maksudnya:“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orangyang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengankebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara danmasyarakat. Penganut ajaran sesat dikatakan sangat patuh dan taksub denganketua mereka. Mereka dianggap tidak rasional kerana terlalu fanatik dengan ketuamereka. Mereka akan melakukan segala suruhan oleh ketua mereka tanpamempedulikan diri mereka sendiri. Hal ini menunjukkan mereka dikongkongsepenuhnya oleh ajaran yang kononnya memberi ketenangan dan mereka tidakdapat berfikir menggunakan akal yang waras kerana telah dikawal sepenuhnya olehketua mereka. Minda mereka benar-benar tertutup sehinggakan mereka tidak pedulilagi tentang pekerjaan mahupun keluarga mereka. Disamping itu, golongan yang 7
  • 8. menganuti ajaran sesat ini akan mengalami ketidak stabilan dalam kehidupan.Mereka akan berada dalam keadaan yang terumbang ambing dan dilemma dalammemilih haluan hidup yang sebenar. Fikiran mereka bercelaru dan buntu keranatelah mencampuradukkan yang benar dengan yang tidak benar dan apa yang lebihmalang lagi mereka tidak dapat lagi membezakan antara yang benar atau tidak.Golongan ini juga tidak akan dapat merasai nikmat beragama serta jiwa merekaakan terasa kosong kerana tiada pengisian rohani yang betul. Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara danmasyarakat. Penganut ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara.Menurut fakta, pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahditelah mencederakan Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia,Ipoh, Perak. Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesatpimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuhsetelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di Balai PolisBatu Pahat, Johor. ( Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari,2008). Kejadian yang jelasmenunjukkan ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara. Oleh itu,pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnyabagi mengelakkan kejadian sebegini terjadi lagi. Ekonomi negara juga akan terjejassedikit sebanyak disebabkan aktiviti ajaran sesat yang makin meluas ini. Jika kitaleka membanteras ajaran sesat ini dan ramai pula yang di pihak sebaliknya,keadaan akan menjadi rumit dan impaknya, aktiviti ekonomi akan terus diabaikan.Sesebuah negara yang dalam keadaan kacau bilau, tidak mungkin akanmenjalankan kegiatan ekonomi dengan lancar. Di samping itu, dana yang besarakan diperlukan dalam usaha menghapuskan ajaran sesat. Keadaan ini sebenarnyamenyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara dan rakyat yang akan menderita. Sesungguhnya, akidah dan iman itu merupakan asas kepada keteguhanIslam yang kuat. Sebagai umat Islam yang sejati kita haruslah menghayati ilmutauhid dan ilmu akidah agar tidak meyumbang kepada gejala kemungkaran yangtidak diingini. Akibatnya, sangatlah buruk kepada masyarakat, negara dan yangutama agama kita sendiri. Akhir sekali,mantapkanlah akidah demi memelihara Islamyang tercinta. 8