Your SlideShare is downloading. ×
Rotavirus k.kerja
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Rotavirus k.kerja

524
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
524
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1NAMA KURSUS:ZZZT2173 HUBUNGAN ETNIKTAJUK:PERKAHWINAN CAMPUR ANTARA ETNIKPENSYARAH:DR. AHMAD ZAMRI MANSORNAMA KUMPULAN:KUMPULAN ROTAVIRUSAHLI-AHLI KUMPULAN :A137017 Wan Farah Wahida bt Wan HamidA136892 Nur Natrah bt ZulkifliA136965 NurulAmiraRasyidahBintiAnuarA137041 Nurhanis Khairani bt JamilA137045 Nurnadiah bt OthmanA136891 Nor Azimah bt Abd RashidA137073 Fatin Farhana bt JubaidiA137007 Nor Zulaikha bt Zulkipli
  • 2. 2KANDUNGANAbstrak……………………………………………………………………………………….1Pengenalan…………………………………….……………………………………………..5Kaedah Kajian……………………………………………………………………………….7Dapatan Kajian………………………………………………………………………………9Perbincangan………………………………………………………………………………..14Kesimpulan………………………………………………………………………………….17Rujukan……………………………………………………………………………………..19Lampiran……………………………………………………………………………………20
  • 3. 3BAB IABSTRAKMenerusi era globalisasi kini kahwin campur adalah suatu perihal yang sudah sinonim dalamkalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikatbahawa kahwin campur kerana ia dapat memberi anjakan paradigma pada masyarakat serta dapatmengukuhkan hubungan antara kaum. Namun begitu, tidak kurang juga masyarakat yangberpendapat bahawa kahwin campur dari sudut negatif bahawa ia akan mengundang pelbagaimasalah pada masa akan datang sehingga sampai kepada tahap perceraian.Soal hati dan jodoh, memang sukar dimengerti kerana ia merupakan suatu ketetapan AllahS.W.T. kepada kita. Kalau sudah jodoh berkahwin dengan orang yang asalnya berlainan agamadan bangsa itu sudah suratan takdir.Perkahwinan dalam Islam merupakan salah satu perjanjiansuci dan mengikat pasangan. Surah An-Nisa pada ayat 21 yang bermaksud: ``Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.Sebenarnya tidak ada nas yang menggalakkan berkahwin dengan pasangan berlainanbangsa.Cuma sesetengah fuqaha menggalakkan agar berkahwin dengan pasangan yang tidak adahubungan kekeluargaan kerana melihat beberapa maslahah terutama dari aspek mengembangkanzuriat serta dari aspek kesihatan sekiranya perkahwinan melibatkan saudara terdekatdibenarkan.Justeru itu, walau tidak ada larangan daripada syarak berkaitan dengan perkahwinandengan sesama keluarga maka ianya menjadi suatu yang biasa pada masyarakat hari ini.Jika kitalihat kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad S.A.W pernah mengahwini sepupunya iaitu ZainabBinti Jahsy.Selain daripada itu Baginda sendiri pernah mengahwinkan anaknya Fatimah denganSyaidina Ali iaitu sepupu baginda.Isu kahwin campur ini juga tidak diperuntukkan secara khusus di dalam undang-undang. Namun,peruntukan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan),1984 sebagai misalnya, seksyen 7 memperuntukan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah-Wilayah Persekutuan haruslah mengikut peruntukan di dalam Akta dan diakadnikahkan menuruthukum syarak. Seksyen ini memberi Mahkamah bidangkuasa di dalam mana-mana perkahwinandi Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  • 4. 4Manakala merujuk kepada Seksyen 10 (1) Akta yang sama, peruntukan Seksyen tersebutmemperuntukan bahawa “Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukanIslam kecuali seorang `Kitabiyah.” Di dalam mentafsirkan `Kitabiyah Seksyen 2:A) Seorang perempuan dari keturunan Bani Yaqub; atauB) seorang perempuan nasrani dari keturunan orang-orang nasrani sebelum Nabi Muhammadmenjadi Rasul; atauC) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadiRasul.Manakala bagi Seksyen 10 (2) pula, ia menyatakan bahawa “ Tiada seseorang perempuan bolehberkahwin dengan seseorang bukan Islam.” Oleh kerana setiap perkahwinan di Kuala Lumpurharuslah menurut peruntukan perundangan syariah maka kedua-dua seksyen ini haruslahdipatuhi.Asasnya adalah agama Islam itu sendiri yang mana sesuatu perkahwinan itu tidakmenjadi masalah walaupun berlainan bangsa.Surah Al-Baqarah pada ayat 221 menyatakan bahawa;``Dan janganlah kamu berkahwin denganperempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dansesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafirmusyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu mengajak ke neraka, sedangAllah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah menjelaskanayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia supaya mereka dapatmengambil pelajaran (daripadanya).Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 5 juga Allah telah menegaskan ``Dan (dihalalkan kamuberkahwin) dengan wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman danwanita yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang yang diberikan kitab dahuludaripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzinadan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan simpanan. Dan sesiapa yangingkar sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah iapada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.
  • 5. 5Jika kita lihat senario hari ini, perkahwinan campur merupakan satu tekanan besar terhadappasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yangterlibat, bukan hanya suami dan isteri berkenaan sahaja.Oleh yang demikian, kahwin campurmempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.Aspek agama misalnya mestilah mengatasi segala perkara. Bagi budaya, ia satu elemen yangmewarnakan kehidupan pasangan kahwin campur. Perbezaan dari segi budaya, tradisi danamalan keluarga pihak suami dan isteri sebenarnya akan menceriakan kehidupan danmengeratkan ikatan hubungan pasangan berkenaan serta anak-anak mereka.Walaupun terdapatbeberapa halangan serta tentangan terhadap kahwin campur, tetap ada satu keistimewaan bagisituasi itu. Pendedahan terhadap budaya dan amalan kaum lain akan membuatkan individuterbabit dapat memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi orang lain.Selain itu, anak-anak hasil daripada kahwin campur akan mendapat kebaikan daripadapendedahan terhadap budaya ini, mereka boleh mahir dalam sekurang-kurangnya tiga atau empatbahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga Bahasa Inggeris dan boleh menikmatipelbagai masakan kaum masing-masing. Selain itu, dari sudut saintifik dikatakan bahawa denganperkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang lebih genius.Kahwin campur sebenarnya memberikan satu sinar dan keceriaan bagi mereka yang bijakmengadaptasi kelebihan ini dalam rumahtangga dengan sentiasa cuba mempelajari danmengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga pasangan masing-masing. Pemikiran akan lebihterbuka dan positif selain dapat menerima dan memahami adab resam masing-masing. Namun,apa yang paling penting dan menjadi keutamaan adalah asas agama kerana a adalah merupakantiang seri kepada kerukunan sebuah rumahtangga. Allah menjadikan manusia dari pelbagaibangsa, rupa serta budaya yang berbeza namun pada hakikatnya agama sahaja yang bolehmenyatukan mereka.Kegagalan daripada kahwin campur pula dapat dilihat sekiranya pasangan tidak dapatmemahami dan bertolak ansur dalam semua perkara. Jurang perbezaan yang begitu ketaraterutamanya adat dan budaya menjadikan mereka tewas dalam melayari perkahwinan yangbahagia. Alam percintaan sebelum perkahwinan menjadikan pasangan dibuai mimpi-mimpi yang
  • 6. 6indah tanpa memikirkan realiti selepas perkahwinan yang lebih menuntut tanggungjawab yangbesar.Segala kekurangan mahupun kegagalan dalam perkahwinan campur ini dapat diatasi apabilapasangan tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu.Perkahwinan adalah satu perhubunganintim di antara dua individu (lelaki dan perempuan) yang bergelar suami dan isteri.Ia bukansetakat hanya untuk menikmati kepuasan seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti hariansecara bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan ini juga salingbekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna.Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu ikatan yang cukup indah ke arah membina sebuahinstitusi keluarga yang menuju matlamat mencapai rahmat dan redha Allah s.w.t.Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan kehangatan kasihsayang, di samping saling memenuhi keperluan peribadi masing-masing secarabersama.Pasangan yang berkahwin juga dapat merasakan satu suasana komunikasi yang lebihbebas serta jelas tentang semua perkara.Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasawujud rundingan atau perbincangan dalam segala hal.Di harap kita semua dapat memahami ertiperkahwinan yang sebenar tidak kira samada perkahwinan sesama bangsa atau perkahwinancampur.
  • 7. 7BAB IIPENGENALANPerkahwinan adalah suatu amalan yang menjadi kewajipan dalam setiap kaum di Malaysia.Perkahwinan merupakan penyatuan antara dua insan yang berlainan jantina iaitu lelaki danperempuan . Dalam Islam, perkahwinan adalah satu ibadah .Perkahwinan dalam Islammerupakan salah satu perjanjian.Dalam Surah An-Nisa, Allah bersabda, maksudnya “Danmereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”. Selain itu,perkahwinan amatlah digalakkan supaya dapat membendung fitnah dari berleluasa.Kebiasaannya kita dapat lihat bahawa kebanyakkan perkahwinan di Malaysia adalah antarakaum yang sama.Namun begitu, walaupun majoriti rakyat Malaysia mengamalkan perkahwinan sesama kaummasing-masing, namun perkahwinan campur bukanlah fenomena sosial yang baru. Perkahwinancampur ialah perkahwinan antara dua pasangan yang berbeza kaum seperti penyatuan jiwaantara kaum Melayu dan kaum Cina atau antara kaum Melayu dengan kaum India.Perkahwinan campur bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia kerana ianya telah lamadipraktikkan.Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsung memainkanperanan penting dikalangan hubungan etnik kerana ia merupakan salah satu cara untukmenyebarkan ajaran Islam. Di Malaysia, perkahwinan antara seorang Muslim dengan bukanMuslim mensyaratkan bukan Muslim tersebut perlulah memeluk agama Islam. Dengan itu,dapatlah ajaran Islam yang murni diajarkan kepada bukan Muslim tersebutdengan harapanbeliau akan mendapat hidayah dari Allah untuk mengikut ajaran Islam dalam kehidupan.Menerusi perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, secara tidak langsung dapatmemupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebihmendalam budaya dan adab bangsa yang lain.
  • 8. 8Sesebuah perkahwinan dari dua bangsa berbeza pasti memerlukan tolak ansur dan pemahamanserta penyesuaian diri dengan budaya asing.Anak- anak hasil perkahwinan campur antara duapihak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anakdengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahapkomunikasi dan semangat kemasyarakatandalam diri anak- anak. Selain itu, anak-anak jugadilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain.Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmukdapat diperkukuhkanKajian berkenaan perkahwinan campur ini adalah bertujuan untuk memahami lebih lanjut carakehidupan dan kepelbagaian dalam keluarga yang berlainan kaum ini. Selain itu, tujuan kajianini adalah untuk mengupas tentang pemasalahan dan kesan hasil daripada perkahwinan campurini.2.1 PERMASALAHAN KAJIAN1. Perkahwinan campur membantu mendekatkan etnik-etnik yang jauh.2. Masih terdapat segelintir masyarakat yang menganggap amalan perkahwinan campursebagai sesuatu yang tidak baik sehingga sanggup membuang keluarga.3. Kesan-kesan buruk amalan perkahwinan campur perlu diambil serius, dikaji dandiselesaikan.2.2 OBJEKTIF1. Untuk mengenal pasti peranan amalan perkahwinan campur dalam mengeratkanhubungan etnik.2. Untuk mendapatkan pandangan masyarakat pelbagai kaum terhadap amalan perkahwinancampur.3. Untuk mengenal pasti kesan-kesan amalan perkahwinan campur terhadap hubunganetnik.
  • 9. 9BAB IIIMETODOLOGI KAJIAN4.1 INSTRUMEN KAJIANKaedah temubual dipilih kerana kaedah ini adalah sangat jarang dilakukan dan sangat menarikuntuk dilakukan. Target responden kami terdiri daripada golongan yang mempunyai salasilahperkahwinan campur sama ada responden sendiri yang berkahwin campur, anak hasil daripadaperkahwinan campur atau cucu dan cicit hasil daripada perkahwinan campur. Jumlah respondensecara keseluruhannya seramai 8 orang dimana setiap ahli kumpulan akan melakukan temu bualdengan seorang responden.4.2 JENIS SOALAN TEMUBUALSoalan temubual adalah berdasarkan objektif kajian. Sebanyak 8 soalan yang sama telahdisediakan bagi setiap temu bual. Setiap soalan yang akan diajukan kepada responden secaralangsungnya bakal mengupas pandangan responden sendiri terhadap tajuk kajian. Selain itu,pencarian maklumat daripada artikel, buku-buku, internet, dan sebagainya akan digunakansebagai medium penambahan maklumat.4.3 PEMILIHAN RESPONDENResponden yang dipilah adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai salasilahperkahwinan campur. Responden-responden adalah mereka yang terdiri daripada campuran etnikIndia Malabari – Melayu, Melayu Bugis – Cina, Melayu – India Malayalam, Melayu – Cina,Melayu – Thailand, Melayu – Banjar – Cina, India – Cina – Melayu Brunei dan India Malayalam– Melayu Jawa. Responden yang dipilih terdiri daripada pelbagai institute pengajian tinggiseperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), UniverstiSains Islam Malaysia (USIM), MAHSA University College, Universiti Pertahanan NasionalMalaysia (UPNM) dan Universti Malaysia Sabah (UMS).
  • 10. 104.4 KAEDAH TEMUBUALPelbagai kaedah digunakan dalam menjalankan soal-selidik.Antara kaedah yang dijalankanadalah temubual di alam maya Facebook terutama bagi responden yang berjauhan.Selain itukaedah rakaman suara dan visual turut dijalankan.4.5 ANALISIS DATA DAN HASIL PERBINCANGANData dianalisa dengan mengumpulkan semua dapatan kajian. Setiap ahli akan mengkajijawapan daripada responden masing-masing dan menganalisa kepada bentuk point. Kemudianahli kumpulan akan berbincang dan membandingkan jawapan responden masing-masing sertamerangka kesimpulan daripada maklumat yang diperolehi.
  • 11. 11BAB IVDAPATAN KAJIANJADUAL 1 :Sebanyak 8 orang informan yang terlibat. Jadual berikut menunjukkan ringkasan biodatainforman :Informan Jantina Umur Keturunan Hubungan UniversitiNur Radiza Perempuan 24 tahun India Malabari– MelayuAnak UKMMuhammadIkhsan MusaLelaki 22 tahun Melayu Bugis– CinaAnak UIANurul Afizahbt AliPerempuan 22 tahun Melayu – IndiaMalayalamAnak UMSNur Zuria btMohd MasdiPerempuan 21 tahun Melayu – Cina Anak UPMNurul Syuhadabt MohdYunusPerempuan 21 tahum Melayu –ThailandAnak USIMJafni Ong Lelaki 22 tahun Melayu –Banjar – CinaAnak UPNMNurnadiahAhmadPerempuan 21 tahun India – Cina –Melayu BruneiAnak UKMShamira btShukurPerempuan 21 tahun IndiaMalayalam –Melayu JawaAnak MAHSAUniversityCollegeBerdasarkan kajian, seramai 8 orang informan yang telah ditemubual.Sebanyak 6 orangadalah perempuan manakala 2 orang lelaki.Kesemua umur informan dalam lingkungan 21-24tahun. Informan memiliki kriteria yang sama iaitu sebagai anak hasil daripada perkahwinancampur namun begitu mereka menuntut di universiti yang berbeza. Sebanyak 3 orang informanberketurunan Melayu-Cina, 3 orang Melayu-India, dan masing-masing berasal daripada Melayu-Thailand serta India-Cina-Melayu.
  • 12. 12JADUAL 2 :Objektif 1 : Untuk mengenal pasti peranan amalan perkahwinan campur dalam mengeratkanhubungan etnik.Bil. Ringkasan Jawapan Informan Yang Berkaitan1. Bahasa: Melalui penggunaan bahasa yang dipelajaridaripada etnik berlainan dapat memberi peluangkepada informan untuk memahami dengan lebih baiketnik tersebut.Bahasa Thailand (Syuhada)Bahasa India-Malayalam (Afizah,Shamira, Nadiah)Bahasa Cina (Jafni, Nadiah)2. Pemakanan: Pengalaman makanan yang pelbagaidan tidak terhad kepada satu etnik sahaja.Makanan India (Afizah, Shamira,Nadiah)Makanan Cina (Jafni, Nadiah)3. Berfikiran terbuka:Perkahwinan campurmembuatkan mereka bebas daripada prejudis dansterotaip terhadap sesuatu bangsa.ShamiraTema pertama yang diutarakan ialah bahasa. Salah seorang informan kami iaitu Nadiahmenyatakan,“..Nadiah memang banyak belajar waktu kecil tapi waktu nak sampai UPSR ibubapa Nadiah nak Nadiah tumpukan dalam pelajaran. Waktu masuk sekolah Melayusemua, Nadiah bergaul dengan orang melayu sahaja..Nadiah cuma bercakapdengan saudara mara pada perayaan sahaja tapi nadiah masih boleh faham lagi...”Tema kedua yang timbul tentang peranan pemakanan dalam membantu mengeratkanhubungan etnik. Contohnya responden Shamira menyatakan,“...byk tau bahasa..eventho aku tau sikit2 je tamil at least aku tau...n food!!! Of cozla Indian food macam capatti, tosai, parpu tu semua dah macam makanan ruji akudah..”
  • 13. 13Tema ketiga mengenai sikap keterbukaan yang wujud hasil daripada perkahwinancampur dapat membantu membuka minda masyarakat berkenaan etnik lain. Contohnyaresponden Shamira menyatakan,“..aku support 100% yang kawin campur buat aku lebih open minded la..akusenang nak bergaul dengan semua jenis kaum bila senang nk gaul confidence levelpun tinggi..comunication pun better..”JADUAL 3 :Objektif 2 : Untuk mendapatkan pandangan masyarakat pelbagai kaum terhadap amalanperkahwinan campur.Bil. Ringkasan Jawapan Informan Yang Berkaitan1. Bagus Bertukar-tukar budaya (Zuria)Memberi kebaikan kepada etnik tersebut(Ikhsan, Shamira, Nadiah)2. Menyumbang kepada negara Politik (Nadiah)Ekonomi (Ikhsan, Zuria, Jafni, Shamira)Sosial (Zuria, Nadiah, Afizah, Radiza)3. Mewujudkan perasaan cintakan negara Zuria4. Menambahkan saudara baru SyuhadaTema satu menyatakan bahawa kebanyakan responden berpendapat amalan perkahwinancampur ini bagus kerana dapat bertukar-tukar budaya dan memberi kebaikan kepada etniktersebut. Responden Ikhsan menyatakan,“Aiyo..kawen campur?? Xde masalah..good for our race especially inMalaysia...at least offspring dpt warganegara”.Tema kedua mengutarakan bahawa perkahwinan campur menyumbang kepada negaradaripada aspek politik, ekonomi, dan sosial. Contohnya responden Zuria menyatakan,
  • 14. 14“..bagi aspek politik tidak pasti tapi dlm aspek ekonomi maybe boleh kot..I meanbukannya kaum cina je yg pegang ekonomi. Dari segi sosial sangatlahmenyumbang.Rakyat Malaysia dapat bergaul lebih senang tanpa batasan kaum”.Tema ketiga mengutarakan perkahwinan campur akan melahirkan perasaan cintaakan negara. Responden Zuria berpendapat,“Ya, rakyat Malaysia akan lebih cinta pada negara sebab ada nilai toleransi ygtinggi dan rasa bangga jadi rakyat Malaysia”.Tema keempat mengatakan tentang perkahwinan campur ini dapat menambahkan jumlahsaudara baru dari etnik yang lain. Menurut Syuhada,“...byk yg kita dapat bukan je dapat tahu benda baru, saudara baru pun dapatjgak..hahaha..i mean saudara baru yang daripada etnik lain masuk ke dalam tradisikita yang berlainan ni”.JADUAL 4 :Objektif 3 : Untuk mengenal pasti kesan-kesan amalan perkahwinan campur terhadap hubunganetnikBil. Ringkasan Jawapan Informan Yang Berkaitan1. Genetik yang unik Radiza, Shamira, Nadiah2. Boleh belajar amalan tradisi etnik lain - Meletakkan hantaran perempuan yangtinggi (Syuhada)- Pemberian angpau (Ikhsan)- Pemakaian (Nadiah, Shamira)3. Menyumbang kepada proses pembinaansatu bangsa MalaysiaNadiah, Syuhada, Jafni, Afizah,4. Mendapat reaksi yang positif daripadarakan-rakan yang lainSyuhada, Jafni, Nadiah, Zuria, Radiza5. Mendapat reaksi yang negatif daripadarakan-rakan yang lainAfizah, Ikhsan, Shamira
  • 15. 15Tema pertama membincangkan kesan daripada amalan perkahwinan campur dapatmelahirkan etnik yang unik. Menurut Radiza,“Mereka sering mendapat pujian kerana mendapat anak-anak yang cantik dan elokparas rupanya”.Tema kedua mengutarakan dimana responden dapat belajar mengenai amalan tradisietnik lain melalui perkahwinan campur ini. Responden Syuhada menyatakan,“..pihak pengantin perempuan akan meletakkan hantaran bg anak perempuan merekadgn harga yg tinggi jkalau pihak lelaki tak dapt penuhinya, perkahwinan tersebuttidak akan berlangsung”.Tema ketiga membincangkan bagaimana melalui perkahwinan campur dapatmenyumbang kepada proses pembinaan satu bangsa Malaysia. Responden Shamira menyatakan,“Of coz la perkahwinan menyumbang dalam proses pembinaan satu bangsa Malaysia,cause 2 or lebih adat dan budaya menjadi satu..”Tema keempat yang timbul ialah sesetengah responden mendapat reaksi positif daripadarakan-rakan. Menurut responden Nadiah,“Walaupun Nadiah rasa Nadiah ada percampuran daripada 3 bangsa ini, Nadiahrasa Nadiah tidak terpinggir sangat sebab Nadiah boleh adapt dengan bangsalain dengan cepat. Nadiah boleh faham dan bertutur dengan mereka dalambahasa mereka. Jadi Nadiah tidak pernah rasa terpinggir atau berlainan daripadaetnik lain”.Tema kelima yang timbul pula ialah sesetengah responden mendapat reaksi negatifdaripada rakan-rakan. Bak kata Ikhsan,“...de yg buat bahan ketawa, ada yang memerli kata untungla..tapi tu semua tak jdmasalah pada sy sebab tak pernah amik kisah pun.”
  • 16. 16BAB VPERBINCANGAN6.1 PERBINCANGAN OBJEKTIF 1: UNTUK MENGENAL PASTI PERANANAMALAN PERKAHWINAN CAMPUR DALAM MENGERATKAN HUBUNGANETNIKPerkahwinan campur di antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum,sebagai contoh seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Melayu sepertiibubapa informan Shamira. Felo Penyelidikan Utama Institut Kajian Etnik, Datuk Dr. DenisonJayasooria dalam ucapannya di Forum Perkahwinan Campur dan Pembinaan Bangsamenyatakan bahawa “..perkahwinan campur dapat menyumbang kepada pembinaan bangsa yangseterusnya dapat mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih harmoni.” Ucapan inimenyokong konsep amalgamasi yang dikaji di dalam modul Hubungan Etnik di mana pelbagaibudaya dan ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu melalui generasi baruyang mengamallan budaya baru. Walau bagaimanapun, daripada kajian yang dibuat, didapatibahawa perkahwinan campur lebih menjurus kepada konsep akulturasi di mana kebudayaantertentu diterima dan diolah dalam kebudayaan masing-masing, misalnya cara pengajaran orangCina terhadap anak dalam masih mengikut adat Melayu seperti yang diterang oleh informan NurZuria.Perkahwinan campur melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungandua budaya. campur. Informan Nur Zuria menyatakan bahawa agama dan keserasian amatpenting bagi pasangan dengan keluarga baru.Manakala informan Nurul menyatakan bahawaelemen-elemen penting yang dapat dilihat dalam keluarganya adalah dari segi bahasa,pemakanan, dan dari segi pantang larang antara kedua-dua belah keluarga.Dari sudut bahasa,kedua-dua jenis bahasa diamalkan dalam keluarga mereka.Pengambilan budaya turut diamalkanoleh kedua-dua pasangan dan anaknya.Hal ini dapat dilihat melalui sambutan perayaan yangdisambut oleh kedua-dua bangsa yang berlainan bangsa/kaum.Ini membuktikan identiti atau jatidiri sebuah bangsa atau kaum tidak terhapus walaupun telah berkahwin campur.Secara tidaklangsung, fenomena ini dapat mewujudkan perpaduan dalam pertembungan dua kaum berbeza
  • 17. 17yang disatukan melalui perkahwinan campur melalui penerimaan unsur budaya serta tahap sosialyang berbeza.Dua kaum ini dapat mempelajari unsur-unsur tolak ansur sesama mereka demimemberikan kesejahteraan kedua-dua belah pihak, justeru menjaga hubungan erat di antara kaumsecara tidak langsung.6.2 PERBINCANGAN OBJEKTIF 2: UNTUK MENDAPATKAN PANDANGANMASYARAKAT PELBAGAI KAUM TERHADAP AMALAN PERKAHWINANCAMPUR.Objektif 2 adalah untuk mendapatkan pandangan masyarakat pelbagai kaum terhadapamalan perkahwinan campur.Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbuktilah bahawaperkahwinan campur ini dapat memberi peluang kepada responden/masyarakat untuk bertukar-tukar budaya dan dapat memberi kebaikan kepada etnik tersebut.Hal ini kerana sesuatu etnik itudapat memahami lebih dalam budaya dan adat istiadat etnik lain.Selain itu, perkahwinan campurini dapat menyumbang kepada negara terutamanya dari segi sosial. Hal ini kerana, masyakatberlainan etnik dapat bergaul antara satu sama lain tanpa mengira batasan perkauman yangdahulu dan konsep akulturasi dapat dibuktikan.Pandangan lain adalah perkahwinan ini mampumelahirkan perasaan cinta akan negara di mana akan wujudnya sikap toleransi yang tinggi danrasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang etnik. Bukanitu sahaja, ia juga dapat menambah jumlah saudara baru di mana saudara dari etnik yang lainmasuk dan mempelajari tradisi yang berlainan apabila perkahwinan campur ini terjadi.6.3 PERBINCANGAN OBJEKTIF 3: UNTUK MENGENAL PASTI KESAN-KESANAMALAN PERKAHWINAN CAMPUR TERHADAP HUBUNGAN ETNIK.Objektif kajian ketiga ialah mengenal pasti kesan-kesan amalan perkahwinan campur terhadaphubungan etnik.Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbukti perkahwinan campur telahmembantu para responden untuk mempelajari dan mengasimilasikan adat-adat atau budaya darikedua belah etnik keluarga ke dalam kehidupan harian mereka.Hal ini sekaligus dapatmencerminkan bahawa perkahwinan campur menjadi akomodasi kepada pembentukan satu
  • 18. 18bangsa Malaysia.Selain itu, perkahwinan campur ini juga telah membebaskan mereka daripadapemikiran sesetengah masyarakat yang gemar melahirkan rasa prejudis mahupun diskriminasitehadap bangsa atau etnik lain. Di samping itu, perkahwinan campur juga membuatkan merekalebih berpemikiran terbuka dan bertimbang rasa.Kesan lain perkahwinan campur ialah dapatmelahirkan individu yang berpenampilan unik hasil percampuran gen dari 2 etnik yang berbezasekaligus menghapuskan stereotaip terhadap rupa paras sesuatu bangsa.
  • 19. 19BAB VIKESIMPULANKesimpulannya, ketiga-tiga objektif daripada kajian ini telah dapat dirungkaikan dan dijawabdaripada setiap responden yang pelbagai bangsa dan kaum. Daripada kajian ini juga, kita dapatmengetahui bahawa perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan etnik dan silaturrahimmelalui amalan-amalan tradisi setiap kaum yang berbeza dan pelbagai. Kita dapat lihat, Malaysiakaya dengan pelbagai kaum dan bangsa yang penuh dengan adat dan tradisi nenek moyangmereka, dan sesetengah daripada responden kami masih lagi mengamalkan adat dan tradisi kaummereka asalkan tidah bercanggah dengan hukum agama islam. Selain itu, pelbagai elemen yangtelah menjayakan perkahwinan campur telah dapat diketahui.Antaranya adalah agama,keserasian, kepercayaan, saling menerima, bahasa, budaya, pemakanan, pantang larang, jujur,setia serta kasih sayang, keharmonian, memahami tradisi, dan saling menghormati.Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar dalam kalangan masyarakatMalaysia. Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih terdapat lagi yang sangsi dengankeberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza ini sama ada dari segi bangsa atau agama. DiMalaysia setiap kaum masih mempunyai persepsi negatif dan prejudis terhadap kaum yang lainlantaran sikap dan pengetahuan yang tidak menyeluruh tentang budaya dan aspirasi kaum lainmenjadikan masyarakat sering dipisahkan oleh perbezaan pendapat, perbezaan perspektif,kepentingan ekonomi dan perbezaan kebudayaan yang mana akan menghalang proses penyatuanbangsa. Tekanan daripada pihak sekeliling juga menjadi penyumbang kepada saudara baruseagama ini kembali kepada kepercayaan lama sekali gus membawa kepada keruntuhanperkahwinan dan kemusnahan unit keluarga.Justeru itu, pelbagai langkah perlulah diambil agar masyarakat tidak memandang rendahterhadap perkahwinan campur ini sedangkan perkahwinan campur ini memberi banyakkebaikannya dari segi agama, ekonomi, politik dan juga dalam pembinaan negara bangsa. Makaperlunya digalakkan proses perkahwinan campur sebagai salah satu cara untuk melahirkansemangat dan kefahaman terhadap budaya serta adat sesuatu kaum itu.
  • 20. 20Sikap prejudis terhadap kaum lain sedikit demi sedikit akan pupus apabila mereka disatukandalam sebuah rumahtangga yang harmoni, kerana penyatuan dua insan boleh menyatukan puladua keluarga berlainan kaum, situasi ini mungkin agak sukar untuk dicapai seandainya semuapihak belum dapat menerima secaraterbuka tentang kebaikan perkahwinan campur.Harapan juga boleh dipertaruhkan kepada pihak kerajaan, agensi-agensi kekeluargaan, badanbadan persatuan dan NGO agar lebih banyak memberikan insentif serta galakan kepada mana-mana pasangan yang akan mendirikan rumahtangga dalam bentuk perkahwinan campur, usaha-usaha untuk memberikan pendidikan tentang budaya bangsa juga amat diperlukan kepadakeluarga masing-masing tentang bentuk perbezaan yang boleh mereka serap sebagai tandapemahaman terhadap budaya kaum lain. Dalam memupuk keharmonian antara semua kaum diMalaysia, usaha yang paling berkesan sekali adalah daripada individu tersebut, iaitumenanamkan sifat tidak mementingkan diri dan wujud sikap bertolak ansur.Kerjasama darisemua pihak diperlukan dalam menjayakan perpaduan di Malaysia melalui kahwin campursupaya negara dapat melahirkan masyarakat yang hidup bersatu-padu, harmoni dan aman.
  • 21. 21RUJUKAN1. Shamsul Amri Baharuddin. 2012.Hubungan Etnik Di Malaysia. Bangi: PenerbitUKM.2. http://www.hmetro.com.my/articles/Warisankahwincampur/Article3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm4. http://drnikrahim.wordpress.com/koleksi-artikel/permasalahan-kahwin-campur-wawancara/5. http://intim.wordpress.com/2007/07/09/isu-dua-budaya-satu-cinta/6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_PerkahwinancampurwadahsebarIslam/Article/index_html7. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0922&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
  • 22. 22LAMPIRANLAMPIRAN A: SOALAN TEMUBUALObjektif 1 :Untuk mengenal pasti peranan amalan perkahwinan campur dalammengeratkan hubungan etnik.1. Adakah anda merasa lebih memahami tentang tradisi pasangan anda selepas berkahwin?2. Apakah elemen yang penting dalam menjayakan perkahwinan anda?3. Adakah anda merasakan mempelajari adat istiadat dan budaya lain menyukarkan anda untukmenyesuaikan diri?Objektif 2 :Untuk mendapatkan pandangan masyarakat pelbagai kaum terhadap amalanperkahwinan campur.1. Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan campur?2. Adakah perkahwinan anda dipandang serong atau mendapat tentangan dari mana-mana pihak?3. Bagi pendapat anda, adakah perkahwinan campur ini dapat menyumbang kepada negara samaada dari aspek ekonomi, politik ataupun sosial.4. Adakah anda berasa bahawa perkahwinan di dalam satu etnik yg sama adalah lebih mudah?5. Apakah reaksi rakan-rakan atau masyarakat sekeliling mengenai keluarga campuran anda?Objektif 3 : Untuk mengenal pasti kesan-kesan amalan perkahwinan campur terhadaphubungan etnik.1. Apakah kelebihan yang anda rasakan selepas berkahwin?2. Andakah anda berasa lebih cinta pada negara?3.Apakah contoh amalan tradisi asing yang telah anda pelajari dari keluarga mertua?
  • 23. 234.Pada pendapat anda, adakah perkahwinan campur ini mampu untuk menyumbangmempercepatkan proses pembinaan satu bangsa Malaysia?5.Sebagai anak hasil percampuran etnik, adakah anda berasa berbeza daripada rakan-rakan yglain?
  • 24. 24LAMPIRAN BNur Radiza bt Ab. Rahman merupakan anak kepada pasangan. Datuknya dari sebelah ibuberketurunan India Malabari manakala neneknya pula berketurunan Melayu.Muhammad Ikhsan Musa, merupakan anak kepada pasangan Musa bin Daus dan Khatijah btKholid. Ayahnya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Melayu Bugis.Respondensekeluarga sebelumnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina tetapi selepas ayahnyamenunaikan haji mereka sudah tidak lagi menyambut perayaan tersebut.responden lebihmemahami tradisi keluarga kerana keluarganya sering membuat perjumpaan sesame keluargaserta silaturrahim dapat dieratkan.Nurul Afizah bt Ali, merupakan anak hasil perkahwinan campur Melayu dan IndiaMalayalam.bapa beliau dalah berketurunan India Malayalam yang berasal daripada Selangormanakala ibunya pula berketurunan Melayu yang berasal daripada negeri Kelantan. Namaresponden yang diberi oleh ibu bapanya hanyalah nama Melayu yang biasa dan tidak mengikuttradisi atau etnik keluarga.Nur Zuria bt Mohd Masdi, merupakan anak hasil perkahwinan campur daripada etnik Melayudan Cina. Datuk sebelah ibunya berketurunan Cina tetapi telah menganuti agama Islam.Disamping itu, beliau juga mempunyai saudara rapat lelaki yang telah berkahwin dengan Cinamualaf.Mereka sudah tidak mengamalakan budaya masyarakat Cina lagi.Nurul Syuhada bt Mohd Yunus, merupakan anak kepada hasil perkahwinan campur bagi kedua-dua ibu bapanya. Bapa responden merupakan suku kaum Melayu yang berasal dari Kedahmanakala ibunya pula daripada suku kaum Thailand. Menerusi perkahwinan ibu bapa responden,kepercayaan dan saling menerima antara satu sama lain walaupun berbeza kaum merupakanelemen yang penting dalam perkahwinan campur.Jafni Ong bin Jaafar Ong merupakan anak hasil perkahwinan campur Melayu Banjar dan Cina.Bapa beliau merupakan keturunan Melayu Banjar manakala ibunya pula berketurunanCina.Responden boleh bertutur dalam bahasa Cina dan Melayu Banjar.Nurnadiah Ahmad, merupakan anak hasil perkahwinan campur India muslim, Cina muslim, danMelayu Brunei. Bapanya berketurunan India yang berhijrah daripada India ke Sabah.Nenek dari
  • 25. 25sebelah ibunya pula berketurunan Cina kristian tetapi telah menganuti agama Islam setelahberkahwin dengan datuknya yang berketurunan Melayu Brunei.Responden boleh bertutur dalambahasa Cina dan Tamil.
  • 26. 26LAMPIRAN CMINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSPERBINCANGAN PEMILIHAN TAJUK UNTUK TUGASAN HUBUNGAN ETNIKBilangan : 1Tarikh : 20 Februari 2013Jam : 4.00 pm – 5.00 pmTempat: DewanKuliah 4,Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur.KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memeriksa kehadiran ahli.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Membincangkan pemilihan tajuk dan objektif untuk tugasan hubungan etnik.2.2 Memastikan tajuk dan objektif kajian bersesuaian dengan subjek hubungan etnik.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Semua ahli mengkemukan satu tajuk seorang dan kemudian undian dilakukan untukpemilihan tajuk terbaik.3.2 Membincangkan objeketif dan metodologi kajian setelah tajuk kajian dipilih.3.3 Pembahagian tugas secara adil dan saksama.
  • 27. 273.4 Memastikan setiap pembahagian tugas menepati format kertas cadangan yang telahdiberikan.3.5 Menetapkan tarikh untuk menghantar tugasan masing-masing.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap setiap ahli dapat memberikan kerjasama dan komitmensepenuhnya. Setiap tugasan diharakapkan dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telahditetapkan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi melapangkanmasa hadir kemesyuarat.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NURHANIS KHAIRANI BT JAMIL,A137041,AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGA ETNIK..MINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSMEMBINCANGKAN DAN MEREKA SOALAN TEMUBUAL BERDASARKANOBJEKTIFBilangan : 2Tarikh : 6 Mac 2013Jam : 9.00 am – 10.00 amTempat: Dewan Kuliah 4, UKM Kampus KL
  • 28. 28KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memulakan perbincangan dengan salam.1.2 Ketua kumpulan akan memeriksa kehadiran ahli kumpulan seterusnya memberitahutujuan perbincangan diadakan.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Untuk mereka soalan-soalan temubual berdasarkan objektif.2.2 Memutuskan kaedah kajian yang akan dilaksanakan.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Soalan-soalan dibentuk daripada objektif-objektif kajian.3.2 Setiap ahli mengemukakan cadangan dan mengolah soalan supaya bertepatan denganobjektif kajian.3.4 Setiap ahli bersetuju untuk memilih kaedah temubual sebagai kaedah kajian.3.5 Penetapan tarikh akhir mengemukakan calon temubual dan latarbelakangnya pada 26
  • 29. 29Mac 2013.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap agar setiap ahli dapat memberikan kerjasama denganmenghantar tugasan yang telah diberikan dalam masa yang ditetapkan agar tidak berlakupenangguhan dalam menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, beliau juga mengucapkanribuan terima kasih kepada ahli yang hadir.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)FATIN FARHANA BINTI JUBAIDIA137073AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGAN ETNIK.MINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSMEMBINCANGKAN PROGRESS KERTAS KERJA DAN TARIKH PENGHANTARANBilangan : 3Tarikh : 17-20/3/2013Jam : 10.00 am – 11.00 amTempat: Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir
  • 30. 30KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memulakan perbincangan dengan salam.1.2 Ketua kumpulan akan memeriksa kehadiran ahli kumpulan seterusnya memberitahutujuan perbincangan diadakan.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Untuk membincangkan progress gerak kerja ahli kumpulan berkenaan dengan kertascadangan2.2 Memaklumkan tarikh penghantaran kertas cadangan3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Setiap ahli memberitahu perkembangan kerja masing-masing.3.2 Memeriksa dengan teliti kertas cadangan agar tiada sebarang kesalahan ejaan.3.3 Membincangkan tarikh yang sesuai untuk menghantar kertas cadangan.3.5 Menetapkan tarikh 20 Mac 2013 sebagai tarih penghantaran kertas cadangan.
  • 31. 314.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap agar setiap ahli dapat memberikan kerjasama denganmenghantar tugasan yang telah diberikan dalam masa yang ditetapkan agar tidak berlakupenangguhan dalam menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, beliau juga mengucapkanribuan terima kasih kepada ahli yang hadir.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)WAN FARAH WAHIDA BT WAN HAMIDA137017,AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGAN ETNIK.MINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSPENGUMPULAN MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN UNTUKTUGASAN HUBUNGAN ETNIKBilangan : 4Tarikh : 27 Mac 2013Jam : 4.00 pm – 5.00 pmTempat: Dewan Kuliah 4,
  • 32. 32Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur.KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.3 Ketua kumpulan memulakan dengan salam dan berterima kasih kepada ahli yanghadir.1.4 Ketua kumpulan memeriksa kedatangan ahli kumpulan dan memberitahu tujuanperbincangan diadakan.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Untuk mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai responden bagi setiap ahlikumpulan.2.2 Memastikan responden-responden yang telah dipilih menepati objektif kajian ini.3.0 Aktiviti Mesyuarat:
  • 33. 333.1 Setiap ahli kumpulan yang hadir telah mempunyai maklumat latar belakang pelbagairesponden yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.3.2 Perbincangan mengenai maklumat latar belakang responden dilakukan denganmemilih responden yang sesuai latarbelakangnya yang mempunyai unsur perkahwinancampur dalam keluarganya.3.4 Kami juga membincangkan mengenai penukaran responden lain yang disebabkansesetengah maklumat latar belakang responden tidak bersesuaian dengan tajuk kajiankami.3.5 Menetapkan tarikh unutk perbincangan yang seterusnya bagi mengetahuiperkembangan tugasan ini.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap setiap ahli dapat memberikan kerjasama yang padu dalammelaksanakan kajian kami ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepadaahli yang hadir.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NURNADIAH BT. OTHMANA137045,AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGAN ETNIK.MINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSMEMBINCANGKAN TEMPOH MASA TEMUBUAL DILAKUKAN DANPENGHANTARAN DAPATAN KAJIAN KEPADA AHLI YANGBERTANGGUNGJAWABBilangan : 5Tarikh : 5 April 2013Jam : 10.00 am – 11.00 amTempat: Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir
  • 34. 34KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memulakan perbincangan dengan salam.1.2 Ketua kumpulan akan memeriksa kehadiran ahli kumpulan seterusnya memberitahutujuan perbincangan diadakan.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Untuk menetapkan tempoh masa temubual tersebut perlu dilakukan.2.2 Memaklumkan tarikh penghantaran dapatan kajian daripada temubual yang telahdijalankan kepada ahli yang bertanggungjawab.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Setiap ahli memberitahu tarikh yang telah ditetapkan dengan responden untukmenjalankan temubual.3.2 Meneliti semula soalan-soalan yang ingin ditanya kepada responden agar menepati
  • 35. 35objektif-objektif yang telah ditetapkan dan bersesuaian dengan responden tersebut.3.4 Pemilihan ahli yang akan bertugas sebagai pengumpul data (dapatan kajian) bagitugasan Hubungan Etnik ini.3.5 Menetapkan tempoh masa temubual itu boleh dijalankan iaitu antara 6 April – 16April 2013.3.6 Penetapan tarikh dapatan kajian dihantar kepada ahli yang bertanggungjawab iaitusebelum 18 April 2013.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap agar setiap ahli dapat memberikan kerjasama denganmenghantar tugasan yang telah diberikan dalam masa yang ditetapkan agar tidak berlakupenangguhan dalam menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, beliau juga mengucapkanribuan terima kasih kepada ahli yang hadir.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NOR AZIMAH BT ABD RASHIDA136891,AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGAN ETNIK.MINIT MESYUARAT ROTAVIRUS DALAM PENGUMPULAN DANPERBINCANGAN HASIL TEMUBUALBilangan : 6Tarikh : 24 APRIL 2013Jam : 9.00 pm – 12.00 amTempat: KTSN, Kolej Tun Syed Nasir
  • 36. 36KEHADIRAN:WAN FARAH WAHIDA BINTI WAN HAMID A137017NOR AZIMAH BINTI ABD RASHID A136891FATIN FARHANA BINTI JUBAIDI A137073NURHANIS KHAIRANI BINTI JAMIL A137041NURNADIAH BINTI OTHMAN A137045NURUL AMIRA RASHIDAH BINTI ANUAR A136965NUR NATRAH BINTI ZULKIFLI A136892NOR ZULAIKHA BT ZULKIPLI A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan doa.1.2 Kertas kehadiran diedarkan untuk memeriksa kehadiran ahli.2.0Tujuan Mesyuarat:2.1 Mesyuarat ini bertujuan untuk mengumpul hasil temubual bersama respondendanberbincang dapatan dan tema hasil daripada temubual tersebut.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Pengumpulan hasil dan perbincangan diketuai oleh Wan Farah Wahida Wan Hamid,Nor Zulaikha Zulkipli dan Fatin Farhana Jubaidi untuk setiap objektif.3.2 Setiap ahli dibahagi mengikut objektif dan perbincangan dapatan dimulakan.3.3 Semua ahli dikehendaki menghantar power point berserta rakaman suara kepadaNurul Amira untuk disatukan semua sekali.
  • 37. 374.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap setiap ahli dapat bekerjasama untuk menjalankan tugasmasing-masing supaya kajian ini dapat disempurnakan dengan baik. Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua ahli yang sudi melapangkan masa hadir ke mesyuarat.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NOR ZULAIKHA BINTI ZULKIPLIA137007UKM,KAMPUS KL.MINIT MESYUARAT ROTAVIRUS MENGANALISIS DAPATAN KAJIAN KEDALAM BENTUK YANG RINGKAS, MEMBUAT POWER POINT DAN POSTERBilangan : 7Tarikh : 11-13 Mei 2013Jam : 9.00 pm – 1.00 amTempat: KTSN, Kolej Tun Syed NasirKEHADIRAN:
  • 38. 38WAN FARAH WAHIDA BINTI WAN HAMID A137017NOR AZIMAH BINTI ABD RASHID A136891FATIN FARHANA BINTI JUBAIDI A137073NURHANIS KHAIRANI BINTI JAMIL A137041NURNADIAH BINTI OTHMAN A137045NURUL AMIRA RASHIDAH BINTI ANUAR A136965NUR NATRAH BINTI ZULKIFLI A136892NOR ZULAIKHA BT ZULKIPLI A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan selamat sejahtera.1.2 Kertas kehadiran diedarkan untuk memeriksa kehadiran ahli.2.0Tujuan Mesyuarat:2.1 Mesyuarat ini bertujuan untuk mengumpul segala maklumat yang melibatkan tugasanmasing-masing serta penyediaan kemdiri untuk pembentangan.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1Menganalisis dapatan kajian yang dilakukan oleh Nur Azimah dan Nur Natrah yangmenjadi ketua dalam bahagian ini serta menganalisis bersama ahli yang lain.3.2 Semua ahli dikehendaki menghantar power point berserta rakaman suara kepada NurulAmira untuk disatukan semua sekali.3.3 Poster telah diolah serta diubah suai oleh Hanis Khairani Jamil,Fatin Farhana,NurulAmira
  • 39. 393.4 Memastikan brochure yang direka oleh NurNadiah mengandungi kesemua input yangpenting.3.5 Memastikan pembentangan poster berjalan lancar beserta idea oleh Wan Farah danZulaikha.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap setiap ahli dapat bekerjasama untuk menjalankan tugasmasing-masing supaya kajian ini dapat disempurnakan dengan baik. Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua ahli yang sudi melapangkan masa hadir ke mesyuarat.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NUR NATRAH BINTI ZULKIFLIA136892UKM,KAMPUS KL.MINIT MESYUARAT AHLI KUMPULAN ROTAVIRUSMEMBINCANGKAN BERKENAAN PENGUMPULAN DATA DAN TARIKHPENGHANTARAN KERJA .Bilangan : 8Tarikh : 20 MEI 2013Jam : 3.00PM- 4.00PMTempat: Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir
  • 40. 40KEHADIRAN:NurulAmiraRasyidahBintiAnuar A136965Nurhanis Khairani bt Jamil A137041Nur Natrah bt Zulkifli A136892Nurnadiah bt Othman A137045Nor Azimah bt Abd Rashid A136891Fatin Farhana bt Jubaidi A137073Wan Farah Wahida bt Wan Hamid A137017Nor Zulaikha bt Zulkipli A1370071.0 Pendahuluan:1.1 Ketua kumpulan memulakan perbincangan dengan salam.1.2 Ketua kumpulan akan memeriksa kehadiran ahli kumpulan seterusnya memberitahutujuan perbincangan diadakan.2.0 Tujuan Mesyuarat:2.1 Untuk menetapkan tarikh penghantaran kerja bagi bahagian masing-masing.2.2 Untuk mengetahui gerak kerja dan perkembangan tugasaa.3.0 Aktiviti Mesyuarat:3.1 Ahli kumpulan menunjukkan gerak kerja masing-masing dalam bentuk laporandan power point.3.2 Ahli kumpulan juga menyatakan bahawa bersetuju untuk menghantarkanbahagian kerja masing2 selewat-lewatnya pada 22 mei 2013.3.3 Kami juga memastikan bahawa bahagian kerja yang terdapat di dalam laporanadalah selari dengan maklumat yang terdapat di dalam power point.
  • 41. 413.4 Sekali lagi diingatkan kepada ahli kumpulan bahawa power point mertidisertakan dengan rekod narration.4.0 Penutup:4.1 Ketua kumpulan berharap agar setiap ahli dapat memberikan kerjasama denganmenghantar tugasan yang telah diberikan dalam masa yang ditetapkan agar tidak berlakupenangguhan dalam menyelesaikan tugasan ini. Disamping itu, beliau juga mengucapkanribuan terima kasih kepada ahli yang hadir.DISEDIAKAN OLEH,(……………………………………………)NURUL AMIRA RASYIDAH BT ANUAR,A136965,AHLI KUMPULAN ROTAVIRUS,TUGASAN HUBUNGAN ETNIK.LAMPIRAN DInforman Pertama: Ikhsan Musa
  • 42. 42Informan Kedua : Shamira ShukurGambar ibu bapa Shamira ketika muda:
  • 43. 43Shamira bersama adik-beradik,anak buah dan ibunya:Gambar ibu bapanya sebelum meninggal:Informan Ketiga: Jafni Ong
  • 44. 44Informan Keempat: Nur Afizah Ali
  • 45. 45Gambar responden bersama ahli keluarga:Informan kelima: Nurnadiah Ahmad
  • 46. 46Informan keenam: Nur Zuria Mohd Mazdi

×