Penghantar bimbingan dan kaunseling
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Penghantar bimbingan dan kaunseling

on

  • 739 views

 

Statistics

Views

Total Views
739
Views on SlideShare
739
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
14
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Penghantar bimbingan dan kaunseling Penghantar bimbingan dan kaunseling Presentation Transcript

  • PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING(KSL 3013) LACTURE: CIK FATIMAH BINTI NOOH
  •  Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). Digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah. Berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Beliau adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505
  •  Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.
  •  Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu. Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al- Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al- Ismail di Jorjan. Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya. Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam
  •  Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut- penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf. Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
  • Sbg… Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah:  Al-Munqiz Min ad-Dalal Ihya Ulumiddin.  Tahafut al-Falasifah Mizanul-amal.  Jawahir Al-Quran. Hidayah Al-Salikin  Asma Allah al-Husna Minhaj al-Abidin  Kimia as-Sa’adah. Ayyuha al-Walad
  • UNSUR- UNSURMA N U S I A
  •  Menurut Imam Ghazali konsep manusia dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri daripada qalb, roh, nafs dan ‘aql. Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya’ telah mengutarakan teori manusia berdasarkan ayat Al- Quran dalam surah Sad ayat 72 :“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya(manusia),serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku)…”. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks, kebendaan, sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia suka memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik. Manusia memang berkebolehan untuk mencapai taraf malaikat dengan suluhan ilmu dan boleh juga jatuh tersungkur lebih rendah dari taraf haiwan jika terpengaruh dengan kemewahan dan kemarahan. Di samping itu Al- Ghazali turut membicarakan tentang pelbagai sifat manusia di dalam kitab Ihya’ iaitu sifat jahat, sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat. Ke empat tempat sifat ini memang ada pada jiwa manusia. Tindakan yang mulia menyucikan serta membawa nur pada jiwa sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan jiwa sehingga hilang nurnya.
  •  Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh- tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh haiwan dan tumbuh- tumbuhan akan musnah. Roh bermaksud jisim lembut yang bersumber dari rongga hati jasmani. Roh kedua pula, bermaksud yang halus (latifah) dari manusia iaitu yang mengetahui dan merasa. Ia menggunakan seluruh daya sebagai alat kelengkapannya dan tidak tergolong dalam bentuk yang zahir melainkan halus dan ghaib.
  •  Dari segi fizikal, ia merupakan seketul darah beku (jantung) yang terletak di sebelah kiri dada yang menjadi pusat pertemuan saraf dari seluruh badan. Dari segi rohaninya, ia merupakan satu gejala yang lembut, halus (latifah) dan bersifat ketuhanan. Hati sebagai sesuatu yang lembut adalah hakikat manusia yang dapat memahami, berilmu dan mengenal penciptanya. Hati adalah pusat segala keinginan, cita-cita dan kemahuan. Imam al-Ghazali mensifatkan hati sebagai raja kepada seluruh anggota manusia di mana semua anggota telah bernaluri untuk tunduk kepada hati.
  • sbg… Hati manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam ghaib. Hati merupakan elemen yang mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Melalui hati manusia mampu mendekati Allah S.W.T. Perbuatan-perbuatan keji oleh hati dan anggota-anggota tubuh itu akan menentukan gelap atau hitamnya hati itu.
  •  Al- Nafs ialah sesuatu yang merangkumi daya marah dan nafsu syahwat pada manusia. Bagi ahli tasawwuf, al- Nafs merupakan sifat tercela sehingga mereka mengatakan bahawa nafsulah yang patut dilawan dan diperangi. Al- Nafs juga bersifat halus (latifah) iaitu hakiki pada manusia atau diri manusia pada zatnya. Secara Khusunya, al- Nafs telah dibahagikan beberapa peringkat: A. Nafs al- Ammarah B. Nafs al- Mulhamah C. Nafs al- Lawwamah D.Nafs al- MuthmainnaH
  •  Iaitu nafsu yang sedikit pun tidak mempunyai unsur-unsur kebaikan dan sentiasa cenderung kepada kejahatan. Nafsu ini tidak mengambil kira perhitungan akal dan bersifat mendesak untuk melepaskan kehendaknya. Bagi pemilik nafsu ini, mereka tidak akan dapat membezakan antara kejahatan dan kebaikan. Ini adalah tahap jiwa yang paling rendah malah kedudukannya adalah lebih rendah daripada binatang.
  •  Nafsu yang mengandungi unsur kejahatan dan kebaikan. Tetapi nafsu yang jahat itu lebih banyak daripada nafsu yang baik. Manusia yang memiliki nafsu ini akan mengalami peperangan perebutan antara kebaikan dan kejahatan.
  •  Nafsu yang mengandungi kebaikan dan kejahatan. Nafsu yang baik adalah lebih banyak daripada nafsu yang jahat. Di tahap ini, masih ada sifat-sifat yang terdapat dalam nafs al-Ammarah tetapi telah wujud kesedaran untuk berjuang memeranginya. Al-Ghazali menganggap nafsu ini sebagai diri yang tercela kerana kelalaiannya mengingati Allah s.w.t. Nafsu ini mempunyai kriteria menyesali kegiatan maksiatnya tetapi hatinya belum tetap dengan keimanan yang kukuh.
  •  Nafsu yang mengandungi kebaikan sahaja. Nafsu ini merupakan nafsu yang tenang dan selamat dari desakan nafsu syahwat serta mempunyai segala sifat kemuliaan. Diperingkat ini nafsu manusia yang sentiasa mendorong untuk melakukan kejahatan telah terbimbing ke jalan yang benar serta telah mendapat rahmat dari Tuhan. Mereka yang memiliki nafsu ini bermakna mereka adalah golongan yang dijamin akan terus masuk ke syurga tanpa melalui sebarang penyeksaan.
  • sbg… Jadi dapat disimpulkan bahawa nafsu mempunyai dua kekuatan yang amat bertentangan.  PEMURAH KEKUATAN 1  PENYAYANG (KEBAIKAN)  BELAS KASIHAN  JUJUR  PEMARAH  PENDENDAM  PENIPU KEKUATAN 2 (KEJAHATAN)  DLL…
  •  Selain hati dan nafsu, di dalam roh juga terdapat akal (al-‘Aql). Dari segi fizikalnya, ia merupakan otak. Struktur biologikalnya sama di antara manusia dengan haiwan tetapi kuantitinya sahaja berbeza. Dari segi kerohanian pula, akal merupakan satu keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal. Hati mempunyai daya kekuatan untuk menimbang sesuatu itu, sama ada kebaikan atau keburukan dan melaksanakan titah perintah hati (al-Qalb) sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan.
  • Sbg… Hati berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan mendekatkannya kepada Allah s.w.t. Al-Ghazali melihat akal sebagai salah satu entiti kerohanian yang memberikan kemampuan kepada manusia untuk berfikir dan membuat penaklukan bagi mengetahui segala hakikat tentang sesuatu. Kedudukan akal dalam kehidupan manusia menurut pandangan Islam adalah jelas sebagai bakat yang menjadikan manusia berupaya menerima tanggungjawab dari Allah s.w.t. Dengan akal manusia dapat memikirkan untuk melakukan sesuatu, membezakan sesuatu dan membezakan antara hidayah dan kesesatan.
  • ANDAIAN- ANDAIAN PADA MANUSIA TEKNK- TEKNIK KAUNSELING
  •  Oleh itu,Imam Al-Ghazali mengelaskan jiwa manusia kepada tiga peringkat :- Peringkat rendah Peringkat pertengahan Peringkat tertinggi Peringkat pertengahan transisi jiwa manusia dalam usaha memperbaiki diri daripada perinkat rendah kepada peringkat tinggi.
  • Tokoh - tokoh sufi lain telah membahagikan jiwa manusia kepada tujuhperingkat iaitu:- Ammarah - ia cenderung kepada sifat kehaiwanan. Lawwamah - ia mendengar bisikan hati yang mencela keburukan yang dilakukan. Mulhimah - ia menerima inspirasi daripad Allah bagi melakukan sesuatu perkara kerana sudah berusaha menyucikan hati. Mutmainnah - ia dapat melepaskan diri daripada nafsu syahwat dan tunduk serta patuh kepada peraturan Allah. Radhiah - ia meneriam segala perkara yang berlaku ke atas dirinya tanpa rasa marah,sakit ataupun kesal. Mardhiah - ia menuju kepada Allah dan meninggalkan alam benda.Orang yang sampai ke peringkat ini disebut sebagai wali. Saffiyah - ia mencapai tahap kesucian dan kesempurnaan
  •  Kaunselor islam perlu mempunyai ilmu islam walaupun tidak secara mendalam tetapi perlu mengetahui prinsip-prinsip asas. Dicadangkan juga kepada kaunselor yang ingin mengamalkan model ini perlu membaca IHYA ULUMIDDIN terlebih dahulu supaya kaunselor boleh memahami dan mendalami jenis-jenis penyakit serta kaedah merawatinya.
  •  Manusia diciptakan untuk dua tujuan iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah Tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan, kewajipan dan tanggungjawab. Tujuan pertama penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. Tujuan kedua penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam sekelilingnya.