Your SlideShare is downloading. ×
0
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tingkatan 2 - PSK

6,688

Published on

Published in: Education, News & Politics, Travel
3 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
6,688
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
165
Comments
3
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PILIHANRAYA DI MALAYSIA…
  • 2. SPR menetapkan Parti atau calon tarikh penamaan Penamaan calon menyiapkan calon dan tarikh dijalankan manifesto mengundi Pada Hari mengundi Pengundi mengundi ditempat SPR memberitahukan yang tetalh ditetapkanKempen pilihanraya tempat mengundi dan Pengundi diberikan kertas dijalankan tempat pengiraaan mengundi undi Pengundi memilih calon pada kertas mengundi Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi Pegawai pilihanraya Kertas undi dikira kawasanditempat pengiraaan mengumumkan undi keputusan pilihanraya
  • 3. NAMA DALAM BAHASA MALAYSIA ENGLISH VERSION1 BARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN) -2 PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)3 PARTI PERSATUAN CINA MALAYSIA MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)4 PARTI KONGRES INDIA MALAYSIA THE MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)5 PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA MALAYSIA PEOPLES MOVEMENT PARTY (GERAKAN)6 PARTI LIBERAL DEMOKRATIK THE LIBERAL DEMOCRATIC PARTY (LDP)7 PARTI PROGRESIF MALAYSIA PENDUDUK PEOPLES PROGRESSIVE PARTY OF MALAYSIA (PPP)8 PERTUBUHAN PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT UNITED PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT BERSATU ORGANIZATION (UPKO 9 PARTI PROGRESIF SABAH (PPS) SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP)10 PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU SARAWAK (PBBS) - PARTI-PARTI BERDAFTAR11 PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) -12 PARTI REFORMASI NEGERI SARAWAK STATE REFORM PARTY SARAWAK (STAR)13 PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA ALL MALAYSIAN INDIAN PROGRESSIVE FRONT (AMIPF)14 BARISAN JAMAAH ISLAMIAH SE-MALAYSIA (BERJASA) -15 PARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK SARAWAK UNITED PEOPLE;S PARTY (SUPP)16 KONGRESS INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA) -17 PARTI PUNJABI MALAYSIA MALAYSIAN PUNJABI PARTY (PPM)18 PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK SARAWAK PROGRESSIVE DEMOCRATIC PARTY (SPDP)19 PARTI KEADILAN RAKYAT -20 PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR(KITA) -21 PARTI SETIA RAKYAT SABAH (PSRS) SABAH PEOPLES PARTY (SPP)22 PARTI BARISAN RAKYAT SABAH BERSEKUTU FEDERATION SABAH PEOPLE FRONT PARTY (BERSEKUTU)23 PARTI KONGRES CEYCLONESE MALAYSIA MALAYSIAN CEYCLONESE CONGRESS (MCC)24 PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) -25 PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) -26 PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK DEMOCRATIC ACTION PARTY,MALAYSIA (DAP)27 PARTI BERSATU SABAH SABAH UNITED PARTY (PBS)28 PERTUBUHAN PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA WORKERS PARTY OF MALAYSIA29 PARTI KEBANGSAAN SARAWAK SARAWAK NATIONAL PARTY (SNAP)30 PARTI RAKYAT SARAWAK31 PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)
  • 4. ARNAB BAJU BEG BUKU BUNGA BURUNG CANGKUL CAWAN CEREK CERMIN MATA GAJAH SIMBOL CALON BEBAS GELAS IKAN JAM KAPAL TERBANG KERETA KERUSI KUDA KUNCI MEJAMOTOSIKAL PEN PERAHU POKOK RUMAHTALI LEHER TELEFON TV UDANG CINCIN
  • 5. SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)
  • 6. CARTA ORGANISASI
  • 7. SEJARAH Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli. Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh. Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.
  • 8.  Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958. Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.
  • 9.  Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:- 1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian- bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu; 2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan 3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.
  • 10. KOMPONEN PARLIMEN Yang di-Pertuan Agong Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
  • 11. YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Negeri: Selangor Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al- Marhum Syed Hassan Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
  • 12. YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim Negeri: Kelantan Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar RiAyatuddin Al-Muadzam Shah Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
  • 13. YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Negeri: Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH Al-Marhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
  • 14. YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Negeri: Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 - kini
  • 15.  DEWAN RAKYAT Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:- Warga negara Malaysia Tidak kurang dari 21 tahun Waras fikiran Bukan seorang muflis Tidak mempunyai rekod jenayah Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
  • 16.  DEWAN NEGARA Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:- 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:- * warganegara Malaysia * tidak kurang dari 30 tahun * waras fikiran * bukan seorang muflis * tidak mempunyai rekod jenayah Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
  • 17. LAMAN WEB http://www.parlimen.gov.my

×