• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
422
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
20
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE) Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT6044) TUGASAN 1 Analisis Jurnal M-pembelajaran Lecturer Name : Dr.Jessnor Elmy bt. Mat Jizat Student Name Matrix Number Email / Tel.No Date Submit Mohd Fazley Bin Salian M20122001459 Shah_fazley@yahoo.com/ 0136363586 24 Oktober 2013
  • 2. Pengenalan Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan ekonomi global.( YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak September 2012). Pelbagai pogram telah dirangka untuk memastikan pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Seiring dengan perkembangan global, sistem pendidikan juga telah mengalami evolusi yang drastik. Perubahan ini telah didorong oleh perkembangan teknologi. Teknologi mula diterapkan dalam pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin ketara terutamanya dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru pada hari ini, tidak hanya terhad dengan penggunaan buku, bahkan alat-alat teknologi telah membantu aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Isu mpembelajaran merupakan contoh penggunaan teknologi dalam pendidikan. M-pembelajaran ditafsirkan sebagai satu corak e-pembelajaran yang menyampaikan kandungan pendidikan dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat komunikasi tanpa wayar. Dengan wujudnya peranti-peranti mudah alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad, iPod, Tablet PC, dan alat Bantuan Digital Peribadi (PDA) yang digunakan oleh pelajar dan guru di dalam kelas. Isu m-pembelajaran ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik, terutamanya di institusi pengajian tinggi. Contoh yang jelas seperti di dalam jurnal m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia, Rossyahida binti Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) 2011
  • 3. Definisi m-pembelajaran Kajian m-pembelajaran dalam pendidikan teknik dan vokasional (ptv) di Malaysia oleh Rossyahida binti Abd Rahman dan Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim menyatakan beberapa definisi penting. Siraj & Kumaran (2006) menyatakan bahawa m-pembelajaran adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Parsons (2011) mengaitkan bahawa m-pembelajaran adalah sebahagian daripada e-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Definisi ini jelas menunjukan bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Konsep ini boleh disamakan dengan kaedah pengajian pendidikan jarak jauh. Alat untuk m-pembelajaran Merujuk kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam m-pembelajaran memerlukan alat-alat teknologi seperti PDA, Note Book, telefon selular,telefon pintar dan telefon3g. Namun hakikatnya m-pembelajaran tidak terhad hanya dengan menggunakan alat-alat teknologi tersebut. Sebaliknya pelajar juga boleh menggunakan beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma dengan menggunakan kompouter riba. Web 2.0 yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia, YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search, dan Whiteboard. Selain itu pelajar boleh menggunakan Blackboard Mobile Learn. Blackboard Mobile Learn adalah sejenis aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard yang menyokong persekitaran m-pembelajaran di mana aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi jurnal dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar dipaparkan menerusi peranti mudah alih pelajar
  • 4. Pedagogi M-Pembelajaran Dalam kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam mengemukakan satu kajian mengenai ciri-ciri amalan berkesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah dijalankan oleh Law, Lee, & Chow (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap lebih positif di mana mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan Internet, berupaya untuk berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan saling menghormati idea di antara satu sama lain. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan pelajar generasi Y sangat berminat dengan penggunaan teknologi. Jika diteliti, penggunaan teknologi bukan hanya terhad dengan pelajar sekolah menengah, malahan pelajar sekolah rendah sudah mula mempelajari penggunaan teknologi dalam pembelajaran contoh yang jelas apabila pelajar sekolah rendah sudah mahir mengunakan blog untuk kegunaan pembelajaran. Kelebihan m-Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Pelajar Berdasarkan kajian Rossyahida dan Mohamad Hisyam M-pembelajaran dapat membenarkan pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana sahaja berdasarkan keupayaan masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. pelajar dapat menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan m-pembelajara mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui. Hakikatnya mpembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai penggunaan teknologi. Contoh yang jelas mereka mahir muat turun bahan-bahan pembelajaran di blog atau di web 2.0. Kesimpulan
  • 5. Secara keseluruhannya kajian ini menekankan strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat pembelajaran. Kajian ini, lebih memberi perhatian terhadap pelaksanaan mpembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Pelaksanaan m-pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pelajar-pelajar aliran teknik dan vokasional sahaja . Sebaliknya pelajar aliran sains atau sastra juga boleh menggunakan pedagogi m-pembelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 6. Secara keseluruhannya kajian ini menekankan strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat pembelajaran. Kajian ini, lebih memberi perhatian terhadap pelaksanaan mpembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional. Pelaksanaan m-pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pelajar-pelajar aliran teknik dan vokasional sahaja . Sebaliknya pelajar aliran sains atau sastra juga boleh menggunakan pedagogi m-pembelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dan pembelajaran di dalam kelas.