Kod Etika KaunselorLembaga Kaunselor(Malaysia)
PRAKATASebagai   seorang   kaunselor   profesional,   seseorang   kaunselor   berdaftar   yangmengamalkan kaunseling bukan...
KOD ETIKA KAUNSELOR                   LEMBAGA KAUNSELOR (MALAYSIA)TUJUANKod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malay...
Bahagian H: Penyelesaian Isu-isu EtikaSetiap bahagian KEK dimulakan dengan suatu Pengenalan. Pengenalan bagisetiap    baha...
Bahagian A : Perhubungan menolongPengenalanKaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien mengikut cara-cara ya...
kesilapan-kesilapan tersebut dengan teratur mengikut dasar-dasar agensi atauinstitusi.A.1.c. Pelan-pelan kaunselingKaunsel...
A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunselingA.2.a. Persetujuan termaklumKlien mempunyai kebebasan memilih un...
bahasa yang jelas dan mudah difahami sewaktu berbincang mengenai isu yangberkaitan dengan persetujuan termaklum. Apabila k...
A.4. Menghindari kemudaratan dan memaksa terima nilai-nilaiA.4.a. Menghindari kemudaratanKaunselor hendaklah menghindari d...
A.5.c. Interaksi atau hubungan bukan profesional (selain daripada interaksidan hubungan seksual dan romantik)Hubungan buka...
1. bertukar daripada kaunseling individu kepada kaunseling keluarga atau      sebaliknya;   2. bertukar daripada peranan m...
bentuk hubungan yang akan kaunselor jalinkan dengan setiap individu yangterlibat. Jika ternyata yang kaunselor mungkin ter...
A.9.b. Kompetensi, pilihan dan rujukan kaunselorMenyedari tentang isu-isu peribadi, moral, dan kecekapan yang berkaitanden...
yang ditetapkan tidak sesuai bagi seseorang klien, kaunselor perlulah membantuklien mendapatkan perkhidmatan yang mampu di...
A.11. Penamatan dan rujukanA.11.a. Tingkah laku meninggalkan klien dilarang.Kaunselor tidak boleh meninggal atau mengabaik...
A.12. Aplikasi teknologiA.12.a. Faedah dan batasanKaunselor hendaklah memberitahu klien faedah dan batasan aplikasi teknol...
A.12.f. BantuanKaunselor perlu mendapatkan bantuan undang-undang, teknikal dan perniagaanapabila menggunakan teknologi yan...
9. memaklumkan klien mengenai prosedur kecemasan seperti menelefon   nombor-nombor kecemasan atau pusat krisis sekiranya k...
Bahagian B : Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan privasiPengenalanKaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepad...
B.2. KekecualianB.2.a. Bahaya dan keperluan undang-undangKeperluan umum di mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia ...
B.2.d. Pendedahan minimumSetakat yang boleh, klien hendaklah dimaklumkan sebelum maklumat rahsiadidedah dan mereka dilibat...
B.3.f. Klien yang meninggal duniaKaunselor hendaklah melindungi kerahsiaan klien yang telah meninggaldunia sejajar dengan ...
B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu-bapa dan penjaga yang sahKaunselor hendaklah memaklumkan kepada ibu-bapa dan penjaga yang ...
B.6.c. Kebenaran untuk memerhatiKaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran dari klien sebelum membuatpemerhatian ke atas se...
B.6.g. Penyimpanan dan pelupusan rekod selepas penamatanKaunselor    hendaklah       menyimpan   rekod-rekod    setelah   ...
penyelidikan dengan cara yang selamat. Mereka hendaklah menjelaskankepada peserta risiko-risiko yang berkaitan dengan pela...
konsultasi. Setiap usaha hendaklah dilakukan bagi melindungi identiti kliendan menghindari pencerobohan privasi yang tidak...
Bahagian C : Tanggungjawab ProfesionalPengenalanKaunselor perlu mempunyai hasrat untuk berkomunikasi secara terbuka, jujur...
peribadi, sensitiviti dan kemahiran, yang berkaitan dengan perkhidmatannyamelalui pelbagai klien.C.2.b Bidang kepakaran ba...
bidang mereka.      Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkankompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia m...
C.3.b. TestimonialKaunselor yang mahu menggunakan testimonial, dilarang memintanya daripadaklien semasa atau bekas klien a...
C.4. Kelayakan profesionalC.4.a. Representasi tepat dan benarKaunselor perlu mengakui secara langsung atau tidak langsung ...
C.4.f. Status profesionalSeseorang kaunselor mempunyai status profesional hanya apabila berdaftardengan Lembaga Kaunselor....
Gangguan seksual boleh terdiri daripada satu tindakan yang sangat teruk atauyang tidak menyenangkan atau tindakan yang diu...
C.7   Tanggungjawab kepada profesional lainC.7.a Kenyataan umum peribadiApabila membuat sebarang kenyataan peribadi dalam ...
Bahagian D : Hubungan dengan profesional lainPengenalanKaunselor profesional sedar bahawa kualiti interaksi mereka dengan ...
D.1.d. KerahsiaanApabila kaunselor dikehendaki oleh undang-undang, polisi institusi atau keadaanluar biasa untuk menjalank...
kesan   buruk atau     memudaratkan    klien   atau   membatasi   keberkesananperkhidmatan yang diberikan dan menyekat per...
D.2.d. Persetujuan termaklum dalam konsultasiApabila memberi perkhidmatan konsultasi, kaunselor mempunyai obligasi untukme...
Bahagian E : Penilaian, penaksiran, dan pentafsiranPengenalanApabila kaunselor mengguna instrumen penaksiran sebagai satu ...
E.2. Kompetensi mengguna dan mentafsir instrumen penaksiranE.2.a. Batasan kompetensiKaunselor hendaklah menggunakan hanya ...
E.3. Persetujuan termaklum dalam penaksiranE.3.a. Penjelasan kepada klienSebelum membuat penaksiran, kaunselor hendaklah m...
E.5. Diagnosis kecelaruan mentalE.5.a. Diagnosis yang betulKaunselor hendaklah berhati-hati apabila mendiagnosis kecelarua...
E.6.b. Maklumat rujukanSekiranya klien dirujuk kepada pihak ketiga untuk penaksiran, kaunselorhendaklah membekalkan soalan...
E.7.d. Pendedahan keadaan yang berfaedahSebelum    menjalankan    penaksiran,    keadaan    yang   dapat    menghasilkanke...
E.9.c. Perkhidmatan penaksiranKaunselor yang menyediakan perkhidmatan pengskoran dan pentafsiran bagimembantu proses penak...
E.13. Penilaian forensik: penilaian untuk prosiding undang-undangE.13.a. Obligasi primerDalam menyediakan penilaian forens...
E.13.d. Elakkan hubungan yang boleh menimbulkan kemudaratan.Kaunselor yang menjalankan penilaian forensik hendaklah mengel...
Bahagian F : Penyeliaan, latihan dan pengajaranPengenalan:Kaunselor berhasrat untuk memupuk hubungan profesional yang berm...
memastikan bahawa klien mengetahui pihak yang mempunyai akses kepadarekod perhubungan kaunseling dan bagaimana rekod terse...
F.3.b. Hubungan seksualPenyelia dilarang berinteraksi atau menjalin hubungan seksual atau romantikdengan individu yang sed...
F.4. Tanggungjawab penyeliaF.4.a. Persetujuan termaklum bagi penyeliaanPenyelia   hendaklah   menjelaskan    prinsip-prins...
Mereka juga hendaklah menjadualkan sesi penilaian formal berkala sepanjanghubungan penyeliaan.F.5.b. Kelemahan-kelemahanMe...
F.6. Tanggungjawab pendidik kaunselorF.6.a. Pendidik kaunselorPendidik kaunselor yang bertanggungjawab untuk membangun, me...
dan individu yang diselia faham bahawa mereka mempunyai obligasi etika yangsama seperti pendidik kaunselor, jurulatih dan ...
F.7. Kebajikan pelajarF.7.a. OrientasiPendidik kaunselor hendaklah sedar bahawa         orientasi adalah suatu prosesperke...
seting penempatan yang berkaitan. Pelajar mempunyai obligasi yang samakepada klien mereka seperti mana ditetapkan kepada k...
3.   memastikan yang pelajar mempunyai peluang membuat pilihan dalam     jangka masa yang secukupnya untuk memilih keputus...
atau gred yang diberi. Pendidik kaunselor juga tidak boleh menerima sebarangbentuk perkhidmatan profesional, fi, komisen, ...
F.11. Kompetensi multibudaya/kepelbagaian dalam program pendidikandan latihan kaunselorF.11.a. Kepelbagaian pensyarahPendi...
Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitanPengenalanKaunselor yang menjalankan penyelidikan digalakkan untuk menyumbangkepad...
G.1.d. Tanggungjawab ketua penyelidikKetua penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengikuti amalanetika penye...
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)

5,317

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
5,317
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
148
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)"

  1. 1. Kod Etika KaunselorLembaga Kaunselor(Malaysia)
  2. 2. PRAKATASebagai seorang kaunselor profesional, seseorang kaunselor berdaftar yangmengamalkan kaunseling bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahirankaunseling individu, kelompok, kaunseling perkahwinan dan keluarga, memiliki ciri-ciripersonaliti serta nilai-nilai tertentu, bahkan ia juga amat perlu dipandu dan dibimbingoleh suatu Kod Etika yang ditetapkan di dalam profesion kaunseling di Malaysia bagimelaksanakan tugasnya secara profesional dan beramanah.Lembaga Kaunselor berbangga kerana berjaya menghasilkan satu dokumen pentingyang dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan kaunselor dan juga kliennya dengansebaik-baiknya, kerana kedua-dua pihak mengetahui hak dan obligasi masing-masing.Lembaga Kaunselor berbangga kerana Kod Etika ini dibentuk, digubal dan diubahsuaiberasaskan Kod Etika Persatuan Kaunseling Amerika yang telah disemak buat kalikelimanya, bagi memastikan ianya kemas kini dan selengkap mungkin, walaupunLembaga sedar tidak ada Kod Etika yang dapat menyelesaikan semua soalan dan isudengan selengkap-lengkapnya. Kerana itu, seseorang kaunselor profesional masih perlumenggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy, beneficence, nonmaleficence,justice, fidelity dan veracity sepertimana yang digariskan di dalam Kod Etika PersatuanPsikologi Amerika, semasa membuat keputusan di luar skop Kod Etika ini.Usaha murni ini telah dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa Kod Etika yang telahdibentuk oleh Lembaga Kaunselor. Anggota-anggotanya terdiri daripada ProfesorEmeritus Dato’ Abdul Halim Othman, Profesor Suradi Salim, Profesor See Ching Mey,Profesor Madya Dr. Mohamad Fadzil Che Din, Profesor Madya Dr. Fatimah Yusooff, dansaya sendiri selaku Pengerusinya. Adalah menjadi harapan Lembaga Kaunselor yangsetiap pengguna Kod Etika ini bersedia memberikan maklum balas yang ikhlas dan jujurdari semasa ke semasa. Ini penting agar Kod Etika ini dapat ditambahbaikkan demimemartabatkan profesion dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia.Profesor Emeritus Dato’ Dr. Amir bin AwangPengerusi,Jawatankuasa Kod Etika KaunselorLembaga Kaunselor 2
  3. 3. KOD ETIKA KAUNSELOR LEMBAGA KAUNSELOR (MALAYSIA)TUJUANKod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malaysia) mempunyai limatujuan utama, iaitu untuk: 1. menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara terbaik; 2. mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan-amalan yang terbaik; 3. membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan tanggungjawab etika semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia); 4. memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia); dan untuk 5. menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor.KEK mempunyai lapan bahagian utama. Bahagian ini merangkumi perkara-perkara berikut:Bahagian A: Perhubungan MenolongBahagian B: Kerahsiaan, Komunikasi Privilej, dan PrivasiBahagian C: Tanggungjawab ProfesionalBahagian D: Hubungan dengan Profesional-profesional LainBahagian E: Penilaian, Penaksiran, dan PentafsiranBahagian F: Penyeliaan, Latihan, dan PengajaranBahagian G: Penyelidikan dan Penerbitan 3
  4. 4. Bahagian H: Penyelesaian Isu-isu EtikaSetiap bahagian KEK dimulakan dengan suatu Pengenalan. Pengenalan bagisetiap bahagian membincangkan tentang tingkah laku kaunselor dantanggungjawab etika mereka.Apabila kaunselor berdepan dengan dilema-dilema etika yang sukardiselesaikan, mereka diharap melibatkan diri di dalam suatu proses membuatkeputusan yang beretika setelah diberi pertimbangan yang sedalam-dalamnya.Sedikit sebanyak perbezaan pandangan di kalangan kaunselor boleh danmemang wujud berhubung dengan cara-cara bagaimana nilai, prinsip-prinsipetika dan piawaian-piawaian etika boleh diterapkan apabila wujud konflik.Sehingga kini, tidak terdapat suatu model membuat keputusan yang khususberkaitan etika yang paling berkesan. Kaunselor hendaklah mengguna sesuatumodel membuat keputusan yang mempunyai kredibiliti yang boleh diteliti olehawam serta telus tentang cara ia digunakan. Melalui proses membuat keputusansebegini, kita dapat membantu mengembangkan keupayaan dan potensimanusia untuk berkembang dan maju. 4
  5. 5. Bahagian A : Perhubungan menolongPengenalanKaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien mengikut cara-cara yang memupuk kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan hubunganyang sihat. Kaunselor secara aktif cuba memahami latar belakang budaya yangberbeza di kalangan klien yang mereka kendalikan. Kaunselor juga hendaklahmeneroka identiti mereka sendiri dan mengenal pasti bagaimana identiti inimempengaruhi nilai dan kepercayaan mereka mengenai proses kaunseling.Kaunselor digalakkan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat denganmengagihkan sebahagian daripada aktiviti profesional mereka kepadaperkhidmatan yang membawa sedikit atau tiada pulangan kewangan langsung(pro bono publico).A.1. Kebajikan mereka yang diberi perkhidmatan oleh kaunselorA.1. a. Tanggungjawab utamaTanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan memupukkebajikan klien.A.1.b. RekodKaunselor menyimpan rekod-rekod yang penting semasa memberi perkhidmatanprofesional kepada klien-klien mereka mengikut apa yang diperlukan olehundang-undang, peraturan-peraturan, atau tatacara agensi atau institusi.Kaunselor memasukkan dokumentasi yang cukup dan pada ketika-ketikatertentu, di dalam rekod-rekod klien mereka bagi memudahkan penyampaiandan kesinambungan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan. Kaunselormengambil langkah yang bersesuaian bagi menjamin yang dokumentasi didalam rekod-rekod ini mencerminkan secara tepat kemajuan klien sertaperkhidmatan-perkhidmatan yang telah diberikan. Jika berlaku kesilapan didalam rekod-rekod klien, kaunselor akan mengambil langkah untuk membetulkan 5
  6. 6. kesilapan-kesilapan tersebut dengan teratur mengikut dasar-dasar agensi atauinstitusi.A.1.c. Pelan-pelan kaunselingKaunselor dan kliennya secara bersama berusaha untuk membentuk pelankaunseling bersepadu yang menjamin kejayaan serta tekal dengan kebolehandan keadaan klien. Kaunselor dan klien selalu menyemak secara berterusanpelan kaunseling ini bagi menaksir viabiliti dan keberkesanannya, sambilmenghormati kebebasan klien membuat pilihan.A.1.d. Penglibatan di dalam jaringan kerja yang memberi sokonganKaunselor hendaklah menyedari bahawa jaringan kerja yang memberi sokongankepada klien mempunyai pelbagai erti di dalam kehidupan klien dan kerana itubersedia untuk mendapat bantuan, tafsiran, dan penglibatan orang-orang lain(misalnya pemimpin agama/kerohanian/komuniti, ahli keluarga, kawan-kawan)sebagai sumber positif bila sesuai, dengan persetujuan klien.A.1.e. Keperluan-keperluan pekerjaanKaunselor hendaklah berusaha bersama-sama klien mereka untukmempertimbangkan pekerjaan yang tekal dengan kebolehan keseluruhan,batasan vokasional, batasan fizikal, perawakan umum, pola minat dan sikap,kemahiran sosial, pendidikan, kelayakan umum, dan keperluan klien. Di manasesuai, kaunselor yang mempunyai latihan yang sesuai di dalam bidangperkembangan kerjaya, hendaklah membantu dalam menempatkan klien dijawatan yang tekal dengan minat, budaya dan kebajikan klien, majikan, dan /atauorang awam. 6
  7. 7. A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunselingA.2.a. Persetujuan termaklumKlien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada didalam sesuatu perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yangcukup mengenai proses kaunseling dan kaunselor. Kaunselor mempunyaiobligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisan kepada kliennya mengenaihak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien. Persetujuan termaklummerupakan sesuatu yang berlaku terus menerus di dalam proses kaunseling,dan kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjangperhubungan kaunseling dengan cara yang sesuai.A.2.b. Jenis maklumat yang diperlukanKaunselor secara terbuka hendaklah menjelaskan kepada klien semua bentukperkhidmatan yang diberikan. Mereka memberitahu klien mengenai isu-isuseperti berikut (tetapi tidak terbatas kepada): tujuan, sasaran, teknik, tatacara,batasan, bakal risiko dan faedah perkhidmatan; kelayakan, sijil-sijil, danpengalaman kaunselor yang relevan; bagaimana perkhidmatan diteruskan jikaberlaku ketidakupayaan atau kematian kaunselor; dan maklumat lain yangberkaitan. Kaunselor hendaklah mengambil langkah bagi memastikan yang klienmemahami implikasi diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan, fi sertacara caj dikenakan. Klien mempunyai hak kepada kerahsiaan dan perlu diberipenjelasan tentang batasan kerahsiaan (termasuklah bagaimana penyeliadan/atau profesional pasukan rawatan terlibat); untuk mendapat maklumat yangjelas mengenai rekod-rekod mereka; untuk menyertai perancangan kaunselingsecara terus menerus; dan untuk menolak sebarang perkhidmatan atauperubahan modaliti. Mereka berhak mendapat maklumat tentang akibatpenolakan sedemikian.A.2.c. Kepekaan terhadap budaya dan perkembanganKaunselor hendaklah menyampaikan maklumat dengan cara yang sesuai darisegi tahap perkembangan dan budaya klien. Kaunselor hendaklah mengguna 7
  8. 8. bahasa yang jelas dan mudah difahami sewaktu berbincang mengenai isu yangberkaitan dengan persetujuan termaklum. Apabila klien menghadapi masalahmemahami bahasa yang digunakan oleh kaunselor, maka kaunselor hendaklahmenyediakan perkhidmatan yang perlu (misalnya mendapatkan seorangjurubahasa atau penterjemah yang terlatih) bagi memastikan klien benar–benarfaham. Kaunselor hendaklah mengambil kira implikasi dan tatacara persetujuantermaklum, dan di mana boleh, kaunselor hendaklah membuat penyesuaiankepada amalan mereka dengan sewajarnya.A.2.d. Ketidakupayaan memberi persetujuanApabila memberi kaunseling kepada kanak-kanak bawah umur ataupun kepadaindividu yang tidak boleh memberi persetujuan sukarela, kaunselor perlumendapatkan kebenaran klien berhubung dengan perkhidmatan yang akandiberikan daripada pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang dan melibatkanmereka di dalam membuat keputusan menurut kesesuaian keadaan. Kaunselorhendaklah sedar akan perlunya mengimbangi hak-hak etika klien membuatpilihan, keupayaan mereka untuk memberi persetujuan atau kebenaran bagimendapat perkhidmatan, dan hak-hak serta tanggungjawab ibu-bapa ataukeluarga mengikut undang-undang, untuk melindungi klien dan membuatkeputusan bagi pihak mereka.A.3. Klien yang diberi perkhidmatan oleh profesional lainApabila kaunselor mendapat tahu yang klien mereka memperoleh perkhidmatandaripada profesional kesihatan mental yang lain, mereka hendaklah memohonkebenaran klien untuk menghubungi profesional tersebut dan memaklumkankepada mereka mengenai penglibatannya serta berusaha untuk mewujudkanperhubungan dan kerjasama positif dengan profesional tersebut. 8
  9. 9. A.4. Menghindari kemudaratan dan memaksa terima nilai-nilaiA.4.a. Menghindari kemudaratanKaunselor hendaklah menghindari daripada memudaratkan klien, pelatih danpeserta penyelidikan mereka. Kaunselor juga hendaklah berusaha untukmeminimumkan atau memulihkan kemudaratan yang tidak dapat dielak atauyang tidak diduga.A.4.b Nilai-nilai peribadiKaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaan, dan tingkah lakumereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekal denganmatlamat kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati kepelbagaianklien, pelatih, dan peserta penyelidikan mereka.A.5. Peranan dan hubungan dengan klienA.5.a. Klien semasaInteraksi atau hubungan seksual atau romantik di antara kaunselor dengan kliensemasa, pasangan romantik klien atau ahli keluarga klien adalah dilarang.A.5.b. Bekas klienInteraksi atau hubungan seksual atau romantik di antara kaunselor denganbekas klien, pasangan romantik klien, atau ahli keluarga klien adalah dilarangselama dua tahun selepas kontak profesional yang terakhir. Sebelum melibatkandiri di dalam interaksi atau hubungan seksual atau romantik dengan klien,pasangan romantik klien atau ahli keluarga klien selepas dua tahun dari kontakprofesional tersebut, kaunselor hendaklah memikirkan terlebih dahulu akankesan-kesannya dan mendokumenkan (dalam bentuk bertulis) sama adainteraksi atau perhubungan tersebut dapat dianggap sebagai mengambilkesempatan dan/atau terdapat sebarang potensi yang memudaratkan bekasklien. Dalam kes di mana terdapat potensi akan berlaku eksploitasi dan/ataukemudaratan ke atas bekas klien, kaunselor hendaklah mengelak daripadamenjalinkan interaksi atau hubungan sedemikian. 9
  10. 10. A.5.c. Interaksi atau hubungan bukan profesional (selain daripada interaksidan hubungan seksual dan romantik)Hubungan bukan profesional di antara kaunselor dengan klien, bekas klien,pasangan romantik klien atau ahli keluarga klien hendaklah dielakkan, melainkanapabila interaksi ini berpotensi memberi manfaat kepada klien.A.5.d. Interaksi berpotensi memberi faedahApabila sesuatu interaksi bukan profesional di antara kaunselor denganseseorang klien atau bekas klien atau individu lain yang terlibat secara signifikandengan mereka berpotensi memberi faedah kepada mereka, kaunselor mestilahmendokumenkan (jika boleh) di dalam rekod-rekod kes sebelum terlibat di dalamsesuatu interaksi, rasional penglibatan di dalam interaksi sedemikian, faedah,dan akibat yang dijangkakan bagi klien atau bekas klien dan individu-individu lainyang terlibat secara signifikan dengan klien atau bekas klien. Interaksisedemikian hendaklah dimulakan dengan persetujuan yang sesuai daripadaklien. Sekiranya kemudaratan yang tidak dirancang berlaku kepada klien ataubekas klien atau individu yang terlibat secara signifikan dengan mereka, lantaraninteraksi bukan profesional, kaunselor hendaklah menunjukkan bukti usahamemulihkan kemudaratan tersebut. Contoh-contoh interaksi yang berpotensimemberi faedah termasuklah (tetapi tidak terbatas kepada) menghadiri sesuatumajlis formal (misalnya majlis perkahwinan/pertunangan atau konvokesyen),membeli sesuatu perkhidmatan atau produk yang dibekalkan oleh klien ataubekas klien, menziarahi seseorang ahli keluarga yang uzur, menjadi ahli secarabersama sesuatu persatuan, organisasi profesional atau komuniti.A.5.e. Perubahan peranan dalam hubungan profesionalApabila seseorang kaunselor menukar peranannya daripada apa yangterkandung di dalam kontrak asal atau yang terkini, ia hendaklah mendapatpersetujuan termaklum daripada kliennya dan menjelaskan hak klien untukmenolak perkhidmatan yang berkaitan dengan perubahan itu. Contoh-contohperubahan peranan termasuklah: 10
  11. 11. 1. bertukar daripada kaunseling individu kepada kaunseling keluarga atau sebaliknya; 2. bertukar daripada peranan menilai bukan forensik kepada peranan terapeutik, atau sebaliknya; 3. bertukar daripada peranan seorang kaunselor kepada peranan seorang penyelidik (iaitu mengajak klien menjadi peserta penyelidikan), atau sebaliknya; dan 4. bertukar daripada peranan seorang kaunselor kepada peranan sebagai orang tengah atau sebaliknya.Klien mestilah diberitahu sepenuhnya akan akibat yang dijangkakan (misalnyakewangan, undang-undang, peribadi, atau terapeutik) daripada perubahanperanan kaunselor.A.6. Peranan dan hubungan pada tahap individu, kelompok, institusi, danmasyarakatA.6.a. AdvokasiDi mana sesuai kaunselor advokat pada tahap individu, kelompok, institusi danmasyarakat untuk meneliti bakal rintangan dan halangan yang menyekat aksesdan/atau pertumbuhan dan perkembangan klien.A.6.b Kerahsiaan dan advokasi Kaunselor hendaklah mendapat persetujuan klien sebelum melibatkan diridalam usaha-usaha advokasi bagi pihak seseorang klien yang dikendalikannyauntuk membaiki mutu penawaran perkhidmatan dan ia hendaklah berusaha kearah menghapuskan rintangan atau halangan di dalam sesuatu sistem yangmenyekat akses, pertumbuhan, dan perkembangan klien.A.7. Pelbagai klienApabila seseorang kaunselor bersetuju untuk memberi perkhidmatan kaunselingkepada dua atau lebih orang individu yang mempunyai hubungan, kaunselorhendaklah menjelaskan di peringkat awal siapakah yang menjadi klien serta 11
  12. 12. bentuk hubungan yang akan kaunselor jalinkan dengan setiap individu yangterlibat. Jika ternyata yang kaunselor mungkin terpaksa melakukan peranan yangmungkin berkonflik, kaunselor hendaklah memberi penjelasan, membuatpenyesuaian, atau menarik diri daripada peranan tersebut mengikut kesesuaian.A.8. Kerja kelompokA.8.a. SaringanKaunselor hendaklah menyaring bakal peserta kaunseling/terapi kelompok.Seboleh-bolehnya, kaunselor memilih peserta yang keperluan dan matlamatnyaselaras dengan matlamat kelompok bagi menghindari daripada tersekatnyaproses kelompok, dan kebajikannya tidak diancam oleh pengalaman kelompok.A.8.b. Melindungi klienDi dalam sesuatu seting kelompok, kaunselor hendaklah mengambil langkahberjaga-jaga yang berpatutan bagi melindungi klien daripada traumafizikal,emosi, atau psikologi.A.9. Penjagaan akhir hayat klien yang tiada harapan untuk pulihA.9.a. Kualiti PenjagaanKaunselor hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengambil langkah-langkahyangmembolehkan klien: 1. mendapat penjagaan akhir hayat yang berkualiti tinggi dari segi keperluan fizikal, emosi, sosial, dan kerohanian mereka; 2. mengamalkan penentuan kendiri setinggi yang mungkin; 3. diberi setiap peluang yang mungkin untuk terlibat di dalam membuat keputusan termaklum mengenai penjagaan akhir hayat mereka; dan 4. mendapat penaksiran yang lengkap dan mencukupi mengenai kebolehan mereka untuk membuat keputusan rasional dan kompeten bagi diri mereka daripada seorang profesional kesihatan mental yang berpengalaman di dalam amalan penjagaan akhir hayat. 12
  13. 13. A.9.b. Kompetensi, pilihan dan rujukan kaunselorMenyedari tentang isu-isu peribadi, moral, dan kecekapan yang berkaitandengan keputusan akhir hayat, kaunselor boleh memilih sama ada merawat atautidak klien yang tiada harapan untuk pulih yang ingin meneroka opsyen-opsyenakhir hayat mereka. Kaunselor memberikan maklumat rujukan yang sesuai bagimemastikan klien menerima pertolongan yang diperlukan.A.9.c. KerahsiaanKaunselor yang memberi perkhidmatan kepada individu yang tiada harapanuntuk pulih yang sedang memikirkan untuk mempercepatkan ajal merekamempunyai pilihan untuk memecahkan atau tidak memecahkan kerahsiaan. Iabergantung kepada undang-undang yang terpakai serta keadaan khusus situasidan setelah mendapatkan konsultasi atau penyeliaan dari pihak profesional danundang-undang yang sesuai.A.10. Fi dan pertukaran barangan/perkhidmatanA.10.a. Menerima fi daripada klien agensiKaunselor hendaklah menolak bayaran persendirian atau bayaran lain keranamemberi perkhidmatan daripada orang yang layak menerima perkhidmatansedemikian melalui skim perkhidmatannya. Skim sesuatu agensi tertentu itumungkin menyediakan peruntukan yang jelas bagi klien agensi untuk menerimaperkhidmatan kaunseling daripada kakitangannya di klinik swasta. Dalamkeadaan sedemikian klien mestilah diberitahu mengenai pilihan lain yang terbukakepada mereka seandainya mereka ingin mendapatkan perkhidmatankaunseling swasta.A.10.b. Penetapan fiDalam menetapkan fi bagi perkhidmatan kaunseling profesional, kaunselorhendaklah mengambil kira status kewangan klien dan lokasinya. Jika struktur fi 13
  14. 14. yang ditetapkan tidak sesuai bagi seseorang klien, kaunselor perlulah membantuklien mendapatkan perkhidmatan yang mampu dibayarnya.A.10.c. Fi yang tidak dibayarJika kaunselor bercadang untuk menggunakan agensi memungut fi ataumengambil tindakan undang-undang terhadap klien yang tidak membayar fiperkhidmatan seperti yang telah dipersetujui, mereka hendaklah pertama sekalimemberitahu klien mengenai tindakan yang kaunselor cadang akan lakukan danmenawarkan peluang kepada klien untuk membuat bayaran.A.10.d. Pertukaran barangan/perkhidmatanKaunselor boleh menukar barangan/perkhidmatan hanya jika perhubungan itutidak eksploitif atau menyebabkan kemudaratan kepada klien/kaunselor dantidak meletakkan kaunselor di dalam kedudukan yang menguntungkan, jika klienyang memintanya, dan jika cara sebegini adalah amalan yang diterima dikalangan profesional di dalam sesuatu komuniti itu. Kaunselor hendaklahmemberi pertimbangan kepada implikasi budaya yang berkaitan denganmenukar barangan/perkhidmatan dan membincangkan dengan klien perkaraberkaitan yang relevan dan mendokumenkan persetujuan tersebut di dalamkontrak bertulis yang jelas.A.10.e. Menerima hadiahKaunselor menyedari cabaran menerima hadiah daripada klien dan sedarbahawa di dalam sesetengah budaya, hadiah kecil adalah suatu tanda hormatdan cara untuk menyatakan rasa terima kasih. Apabila menentukan sama adauntuk menerima sesuatu hadiah daripada klien atau tidak, kaunselor hendaklahmengambil kira perhubungan terapeutik, nilai kewangan hadiah, motivasi klienuntuk memberi hadiah, dan motivasi kaunselor untuk menerima ataumenolaknya. 14
  15. 15. A.11. Penamatan dan rujukanA.11.a. Tingkah laku meninggalkan klien dilarang.Kaunselor tidak boleh meninggal atau mengabaikan kliennya di dalamperhubungan kaunseling. Kaunselor hendaklah membantu menguruskantindakan-tindakan yang sesuai bagi meneruskan rawatan, jika berlaku gangguanseperti bercuti, sakit, dan selepas tamatnya perkhidmatan/rawatan.A.11.b. Ketidakupayaan membantu klienJika kaunselor merasa tidak berupaya memberikan bantuan profesional kepadaklien, mereka hendaklah menghindari daripada memulakan atau meneruskanperhubungan kaunseling. Kaunselor hendaklah mengetahui sumber rujukanyang sesuai dari segi budaya dan klinikal serta mencadangkan alternatif ini. Jikaklien menolak cadangan rujukan, kaunselor sepatutnya tidak meneruskanperhubungan kaunseling dengan klien tersebut.A.11.c. Penamatan yang sesuaiKaunselor menamatkan sesuatu perhubungan menolong apabila ternyata klientidak memerlukan lagi bantuan, tidak akan mendapat manfaat, ataumemudaratkan jika kaunseling diteruskan. Kaunselor boleh menamatkankaunseling jika kaunselor di dalam bahaya tindakan oleh klien, atau orang lainyang mempunyai hubungan dengan klien, atau apabila klien tidak membayar fisepertimana yang dipersetujui. Kaunselor memberikan perkhidmatan kaunselingpra-penamatan dan membuat perakuan tentang pengamal kaunseling yang lainjika perlu.A.11.d. Pemindahan perkhidmatan yang sesuaiApabila kaunselor memindah atau merujuk klien kepada profesional lain, merekahendaklah memastikan proses klinikal dan pentadbiran dilengkapkan. Dalamkeadaan ini, komunikasi terbuka hendaklah dikekalkan dengan klien danprofesional tersebut. 15
  16. 16. A.12. Aplikasi teknologiA.12.a. Faedah dan batasanKaunselor hendaklah memberitahu klien faedah dan batasan aplikasi teknologimaklumat di dalam proses kaunseling dan tatacara mengenakan caj. Teknologitersebut merangkumi (tetapi tidak terbatas kepada) perkakasan komputer danperisian, telefon, laman web dunia, Internet, alat penaksiran dalam talian danperalatan komunikasi yang lain.A.12.b. Perkhidmatan bantuan teknologiApabila memberi perkhidmatan kaunseling jarak jauh berbantukan teknologi,kaunselor hendaklah menentukan klien berupaya menggunakan teknologi darisegi intelektual, emosi dan fizikal dan penggunaan teknologi ini sesuai dengankeperluan klien.A.12.c. Perkhidmatan tidak sesuaiJika perkhidmatan kaunseling jarak jauh berbantukan teknologi dianggap tidaksesuai oleh kaunselor atau klien, maka kaunselor hendaklah menimbangkansama ada untuk memberi perkhidmatannya secara bersemuka atau tidak.A.12.d. AksesKaunselor hendaklah menyediakan akses yang berpatutan dalam penggunaankomputer, apabila memberi perkhidmatan kaunseling jarak jauh yangberbantukan teknologi.A.12.e. Undang-undang dan statutKaunselor hendaklah memastikan bahawa penggunaan teknologi tidakmelanggar undang-undang negara atau antarabangsa dan mematuhi semuastatut yang relevan. 16
  17. 17. A.12.f. BantuanKaunselor perlu mendapatkan bantuan undang-undang, teknikal dan perniagaanapabila menggunakan teknologi yang merentasi sempadan negara.A.12.g. Teknologi dan persetujuan termaklumSebahagian daripada proses mewujudkan persetujuan termaklum, kaunselorhendaklah melakukan perkara-perkara berikut: 1. membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kesukaran untuk mengekalkan kerahsiaan komunikasi yang disalurkan secara elektronik; 2. memaklumkan klien akan semua rakan profesional, penyelia, dan pekerja seperti pentadbir IT, yang mungkin mempunyai akses yang diberi kuasa atau yang tidak diberi kuasa akses kepada transmisi elektronik; 3. mendorong klien supaya menyedari akan semua pengguna sama ada yang diberi kuasa atau tidak, termasuk ahli keluarga dan pekerja lain yang mempunyai akses kepada sebarang teknologi yang mungkin digunakan klien di dalam proses kaunselingnya; 4. memaklumkan klien hak dan batasan undang-undang yang berkaitan yang mengawal amalan sesuatu profesion dalam negara atau antarabangsa; 5. mengguna komunikasi laman web dan e-mel “encrypted” untuk menjamin kerahsiaan, apabila perlu; 6. apabila penggunaan laman web dan e-mel “encrypted” tidak boleh dilakukan, kaunselor hendaklah memberitahu klien perkara ini dan membatas transmisi elektronik kepada komunikasi umum yang bukan khusus tentang klien; 7. memaklumkan klien jika penyimpanan arkib akan rekod-rekod transaksi dibuat dan tempoh penyimpanannya; 8. membincang mengenai kemungkinan kegagalan teknologi dan kaedah- kaedah alternatif bagi menjamin penyampaian perkhidmatan; dan 17
  18. 18. 9. memaklumkan klien mengenai prosedur kecemasan seperti menelefon nombor-nombor kecemasan atau pusat krisis sekiranya kaunselor tidak dapat dihubungi.A.12.h. Laman web duniaKaunselor yang mempunyai laman web dunia (Internet) hendaklahmelakukan perkara berikut:1. sentiasa membuat pemeriksaan bagi menentukan hubungan elektronik berjalan dengan baik dan sesuai dari segi profesional.2. mewujudkan cara bagaimana klien dapat menghubungi kaunselor jika berlaku kegagalan teknologi.3. menyediakan hubungan elektronik dengan Lembaga Kaunselor bagi melindungi hak-hak pengguna dan memudahkan penyelesaian isu etika.4. mewujudkan kaedah bagi mengesahkan identiti klien.5. mendapat kebenaran bertulis penjaga yang sah ataupun wakil sah yang diberi kuasa sebelum memberi perkhidmatan andainya klien merupakan seorang kanak-kanak bawah umur, seorang dewasa yang tidak kompeten dari segi undang-undang, ataupun seorang dewasa yang tidak berupaya memberi persetujuan termaklum.6. berusaha membekalkan suatu laman web yang boleh diakses oleh orang kurang upaya.7. berusaha menyediakan terjemahan bagi klien yang mempunyai bahasa utama yang berbeza, dan pada masa yang sama memberi perhatian kepada ketidaksempurnaan terjemahan tersebut.8. membantu klien di dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang terdapat pada laman web dunia dan aplikasi teknologi yang lain. 18
  19. 19. Bahagian B : Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan privasiPengenalanKaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada perhubunganmenolong. Justeru, kaunselor hendaklah berusaha untuk mendapatkankepercayaan klien melalui jalinan perkongsian yang berterusan, denganmewujud dan mempertahankan sempadan yang sesuai, serta mengekalkankerahsiaan klien. Kaunselor perlu menjelaskan parameter kerahsiaan dengancara yang cekap dan beradab, mengikut budaya klien.B.1. Menghormati hak-hak klienB.1.a. Pertimbangan multibudaya dan kepelbagaianKaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna kerahsiaan dan privasimengikut budaya. Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yangberbeza mengenai pendedahan maklumat. Kaunselor juga perlumengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenaibagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi.B.1.b. Menghormati privasiKaunselor perlu menghormati hak klien untuk mendapat privasi klien.Kaunselor mendapatkan maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianyaberfaedah kepada proses kaunseling.B.1.c. Menghormati kerahsiaanKaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klienatau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang mantap.B.1.d. Penjelasan mengenai batasanDi peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlumemberitahu klien mengenai batasan kerahsiaan dan mengenal pastisituasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan mesti didedahkan 19
  20. 20. B.2. KekecualianB.2.a. Bahaya dan keperluan undang-undangKeperluan umum di mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidaklagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratan yang serius dan yangboleh diramalkan, atau apabila undang-undang menghendaki yang maklumatrahsia mesti didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding dengan profesionallain apabila mereka berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesahansesuatu kekecualian itu. Pertimbangan tambahan perlu digunakan apabilameneliti isu-isu akhir hayat.B.2.b. Penyakit berjangkit dan mengancam nyawaApabila klien memberitahu bahawa mereka mengidap penyakit yangdiketahui umum sebagai berjangkit dan mengancam nyawa, wajar bagikaunselor mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yangdikenali, sekiranya diketahui secara sah mereka itu menghadapi risiko yangtinggi dijangkiti penyakit tersebut. Sebelum membuat sesuatu pendedahan,kaunselor hendaklah mengesahkan bahawa ada diagnosis seperti itu danmenilai hasrat klien untuk memberitahu pihak ketiga mengenai penyakitmereka, atau melakukan sebarang tingkah laku yang mungkin memudaratkanpihak ketiga yang dikenali.B.2.c. Pendedahan atas perintah mahkamah.Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor mendedahkan maklumatrahsia atau privilej tanpa kebenaran klien, kaunselor hendaklah mendapatkanpersetujuan termaklum secara bertulis daripada klien, atau mengambillangkah untuk menghalang pendedahan itu, atau memastikan yangpendedahan itu sesedikit yang mungkin, kerana wujudnya potensikemudaratan kepada klien atau perhubungan kaunseling. 20
  21. 21. B.2.d. Pendedahan minimumSetakat yang boleh, klien hendaklah dimaklumkan sebelum maklumat rahsiadidedah dan mereka dilibatkan di dalam proses membuat keputusanmengenai pendedahan itu. Apabila keadaan memerlukan pendedahanmaklumat rahsia dibuat, hanya maklumat penting sahaja yang didedahkan.B.3. Maklumat yang dikongsi dengan orang-orang lainB.3.a. SubordinatKaunselor berusaha sedaya upaya untuk memastikan yang privasi dankerahsiaan klien dikekalkan oleh subordinat, termasuk pekerja, individu yangdiselia, pelajar, pembantu perkeranian, dan sukarelawan.B.3.b. Pasukan rawatanJika rawatan klien melibatkan semakan atau penyertaan berterusan olehpasukan rawatan, klien hendaklah dimaklumkan tentang kewujudan dankomposisi pasukan, maklumat yang dikongsi, dan tujuan perkongsianmaklumat sedemikian.B.3.c. Seting rahsiaKaunselor berbincang mengenai maklumat rahsia hanya di dalam seting dimana mereka dapat memastikan dengan sewajarnya privasi klien.B.3.d. Pembayar pihak ketigaMaklumat kepada pembayar pihak ketiga boleh diberikan oleh kaunselorhanya dengan keizinan klien.B.3.e. Penyaluran maklumat rahsiaKaunselor hendaklah mengambil langkah-langkah berhati-hati bagimemastikan kerahsiaan maklumat yang disalurkan melalui penggunaankomputer, mel elektronik, mesin faks, telefon, pesanan suara, mesinmenjawab panggilan, dan teknologi komputer atau elektronik yang lain. 21
  22. 22. B.3.f. Klien yang meninggal duniaKaunselor hendaklah melindungi kerahsiaan klien yang telah meninggaldunia sejajar dengan keperluan undang-undang dan dasar agensi atauinstitusi.B.4 Kelompok dan keluargaB.4.a. Kerja kelompokDalam kerja kelompok, kaunselor hendaklah menerangkan dengan jelas peripentingnya kerahsiaan dan parameter kerahsiaan kepada kelompok yangterlibat.B.4.b. Kaunseling keluarga dan pasanganDi dalam kaunseling keluarga dan pasangan, kaunselor hendaklahmendefinisikan dengan jelas siapa yang dianggap “klien” danmembincangkan jangkaan dan batasan kerahsiaan. Kaunselor hendaklahmendapat persetujuan dan mendokumenkan secara bertulis persetujuantersebut di kalangan semua pihak yang terlibat yang berkeupayaan untukmemberikan persetujuan mengenai hak setiap individu berhubung dengankerahsiaan dan sebarang obligasi untuk memelihara kerahsiaan maklumatyang diketahui.B.5. Klien yang kurang upaya memberi persetujuan termaklum.B.5.a. Tanggungjawab kepada klienApabila memberi kaunseling kepada klien di bawah umur atau klien dewasayang kurang upaya memberi persetujuan termaklum secara sukarela,kaunselor hendaklah melindungi kerahsiaan maklumat yang diperoleh didalam perhubungan menolong menurut undang-undang, peraturan bertulisdan piawaian etika yang berkaitan. 22
  23. 23. B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu-bapa dan penjaga yang sahKaunselor hendaklah memaklumkan kepada ibu-bapa dan penjaga yang sahtentang peranan kaunselor dan bentuk kerahsiaan perhubungan kaunseling.Kaunselor hendaklah peka kepada kepelbagaian budaya keluarga danmenghormati hak mutlak dan tanggungjawab ibu-bapa/penjaga ke ataskebajikan anak-anak/jagaan mereka mengikut undang-undang. Kaunselorhendaklah berusaha untuk menjalin kerjasama yang sesuai dengan ibu-bapa/penjaga bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.B.5.c. Pendedahan maklumat rahsiaApabila memberi kaunseling kepada klien di bawah umur atau klien dewasayang kurang upaya untuk memberi persetujuan sukarela bagi mendedahkanmaklumat rahsia, kaunselor hendaklah mendapat kebenaran daripada pihakketiga yang sesuai untuk berbuat demikian. Dalam keadaan sedemikian,kaunselor hendaklah memaklumkan kepada klien selaras dengan tahapkefahaman mereka dan mengambil langkah-langkah yang sesuai denganbudaya mereka untuk melindungi kerahsiaan klien.B.6. Rekod-rekodB.6.a. Kerahsiaan rekod-rekodKaunselor hendaklah memastikan yang rekod-rekod disimpan di lokasi yangselamat dan memastikan hanya orang-orang yang diberi kuasa sahajamempunyai akses kepada rekod-rekod itu.B.6.b. Kebenaran untuk merakamKaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran daripada klien sebelummembuat rakaman sesi melalui alat elektronik atau melalui cara-cara lain. 23
  24. 24. B.6.c. Kebenaran untuk memerhatiKaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran dari klien sebelum membuatpemerhatian ke atas sesi kaunseling, menyemak transkrip sesi, ataumenonton rakaman sesi bersama penyelia, pensyarah, rakan sebaya, atauorang lain di tempat latihan.B.6.d. Akses klienKaunselor hendaklah memberikan akses yang berpatutan kepada rekod-rekod dan salinan rekod apabila diminta oleh klien yang kompeten. Kaunselorhendaklah mengehadkan akses klien kepada rekod-rekod mereka atausebahagian daripada rekod-rekod mereka, hanya apabila terdapat bukti yangjelas bahawa akses sedemikian akan menyebabkan kemudaratan kepadaklien. Kaunselor hendaklah mendokumenkan permintaan klien dan rasionaltidak membenarkan akses kepada klien sebahagian atau semua rekod didalam fail klien. Di dalam situasi yang melibatkan beberapa klien, kaunselorhendaklah memberi kepada setiap klien hanya bahagian-bahagian rekodyang berkaitan secara langsung dengan mereka dan tidak memasukkanmaklumat rahsia yang berkaitan dengan klien lain.B.6.e. Bantuan mengenai rekod.Apabila klien memohon akses kepada rekod-rekod mereka, kaunselorhendaklah memberi bantuan dalam mentafsir rekod kaunseling berkenaan.B.6.f. Pendedahan atau pemindahanKaunselor hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada klien untukmendedahkan atau memindahkan rekod kepada pihak ketiga yang sahmelainkan terdapat kekecualian kepada kerahsiaan. Langkah-langkahhendaklah diambil bagi memastikan penerima rekod kaunseling peka kepadasifat kerahsiaan ini. 24
  25. 25. B.6.g. Penyimpanan dan pelupusan rekod selepas penamatanKaunselor hendaklah menyimpan rekod-rekod setelah tamatnyaperkhidmatan bagi memastikan akses di masa hadapan. Rekod-rekod inihendaklah disimpan mengikut kaedah pemeliharaan rekod. Rekod-rekodklien dan bahan sensitif yang lain hendaklah dilupuskan dengan cara yangdapat melindungi kerahsiaan klien. Untuk rekod-rekod yang bersifat artistik,kaunselor perlulah mendapat persetujuan klien (atau penjaganya) mengenaicara menyimpan dan melupuskan rekod-rekod atau dokumen tersebut.B.6.h. Penjagaan yang berpatutanKaunselor hendaklah mengambil langkah-langkah yang berpatutan bagimelindungi kerahsiaan klien sekiranya kaunselor menamatkan amalannya,hilang keupayaan atau meninggal dunia.B.7. Penyelidikan dan latihanB.7.a. Kelulusan institusiApabila kelulusan institusi diperlukan, kaunselor hendaklah memberikanmaklumat yang tepat mengenai cadangan penyelidikan mereka danhendaklah mendapat kelulusan sebelum menjalankan penyelidikan. Merekahendaklah menjalankan penyelidikan mengikut protokol penyelidikan yangdiiktiraf.B.7.b. Mematuhi garis panduanKaunselor hendaklah memahami dan mematuhi dasar-dasar negeri,persekutuan, agensi, atau institusi dan garis panduan yang berkaitan dengankerahsiaan dalam menjalankan penyelidikan mereka.B.7.c. Kerahsiaan maklumat yang diperoleh daripada penyelidikanPelanggaran garis panduan yang berkaitan dengan privasi dan kerahsiaanpeserta merupakan risiko-risiko penyertaan peserta dalam penyelidikan yangmelibatkan peserta insan. Penyelidik hendaklah menyimpan semua rekod 25
  26. 26. penyelidikan dengan cara yang selamat. Mereka hendaklah menjelaskankepada peserta risiko-risiko yang berkaitan dengan pelanggaran garispanduan mengenai privasi dan kerahsiaan serta memberitahu peserta had-had kerahsiaan yang dapat dijangkakan.B.7.d. Pendedahan maklumat penyelidikanKaunselor dilarang mendedahkan maklumat sulit yang boleh membawakepada identifikasi seseorang peserta penyelidikan, melainkan setelahmereka memperoleh persetujuan daripada orang berkenaan terlebih dahulu.Penggunaan data yang diperoleh menerusi perhubungan kaunseling bagitujuan latihan, penyelidikan atau penerbitan hendaklah terbatas kepada isikandungan yang dapat melindungi identiti individu yang terlibat.B.7.e. Persetujuan untuk identifikasi.Identifikasi klien, pelajar atau individu yang diselia bagi tujuan pembentanganatau penerbitan hanya dibenarkan setelah mereka meneliti bahanpembentangan atau penerbitan berkaitan dan bersetuju.B.8. KonsultasiB.8.a. PersetujuanApabila berperanan sebagai konsultan, kaunselor hendaklah mendapatpersetujuan daripada semua pihak yang terlibat mengenai hak setiap individuterhadap kerahsiaan, obligasi setiap individu untuk menjaga maklumat rahsia,dan batasan kerahsiaan maklumat yang dikongsi dengan orang lain.B.8.b. Menghormati privasiMaklumat yang diperoleh daripada perhubungan konsultasi hendaklahdibincangkan untuk tujuan profesional hanya dengan individu-individu yangterlibat secara langsung dengan kes itu sahaja. Laporan bertulis dan lisanhendaklah mengandungi hanya data yang berfaedah kepada tujuan 26
  27. 27. konsultasi. Setiap usaha hendaklah dilakukan bagi melindungi identiti kliendan menghindari pencerobohan privasi yang tidak sepatutnya.B.8.c. Pendedahan maklumat rahsiaApabila berkonsultasi dengan rakan sejawat, kaunselor dilarangmendedahkan maklumat rahsia yang boleh membawa kepada identifikasiklien atau individu lain, atau organisasi yang dengannya mereka mempunyaiperhubungan profesional yang perlu dirahsiakan melainkan mereka telahmemperoleh persetujuan terlebih dahulu daripada individu atau organisasitersebut atau sekiranya pendedahan itu tidak boleh dielakkan. Pendedahanmaklumat hendaklah hanya setakat yang diperlukan bagi mencapai tujuankonsultasi. 27
  28. 28. Bahagian C : Tanggungjawab ProfesionalPengenalanKaunselor perlu mempunyai hasrat untuk berkomunikasi secara terbuka, jujurdan tepat apabila berhadapan dengan orang awam dan profesional lain. Merekahendaklah menjalankan amalan mereka dalam suasana yang tidak diskriminatif,dalam lingkungan sempadan profesional dan kompetensi peribadi, danmematuhi Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor. Kaunselor hendaklahmelibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan profesional peringkat tempatan,negeri dan negara yang memupuk perkembangan dan kemajuan kaunseling.Kaunselor hendaklah advokat untuk memupuk perubahan pada peringkatindividu, kelompok, institusi dan masyarakat yang menambah baik kualitikehidupan individu dan kelompok, serta menghapuskan halangan yangmenyekat pemberian atau akses kepada perkhidmatan yang sesuai yangdisediakan. Kaunselor bertanggungjawab kepada orang awam untukmenjalankan amalan kaunseling yang berasaskan kepada penyelidikan yangtepat dan teliti. Seterusnya, kaunselor hendaklah melakukan aktiviti penjagaan-kendiri bagi mengekalkan dan memupuk kesejahteraan emosi, fizikal, mentaldan spiritual mereka supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawabprofesional secara terbaik.C.1. Pengetahuan tentang piawaianKaunselor bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan mematuhi KodEtika Lembaga Kaunselor serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.C.2. Kompetensi profesionalC.2.a. Sempadan kompetensiKaunselor hendaklah menjalankan kerja profesional mereka hanya dalamlingkungan sempadan kompetensi berdasarkan kepada pendidikan, latihan,pengalaman diselia, pentauliahan profesional serta pengalaman profesional yangbersesuaian. Kaunselor hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan, kesedaran 28
  29. 29. peribadi, sensitiviti dan kemahiran, yang berkaitan dengan perkhidmatannyamelalui pelbagai klien.C.2.b Bidang kepakaran baruKaunselor boleh mengamalkan bidang kepakaran baru hanya setelahmemperoleh pendidikan, latihan dan pengalaman diselia yang sesuai. Semasamenguasai kemahiran dalam bidang kepakaran baru, kaunselor hendaklahmengambil langkah-langkah untuk memastikan kompetensi dalam kerjanya danmelindungi orang lain daripada kemudaratan yang mungkin timbul.C.2.c Layak untuk pekerjaanKaunselor menerima pekerjaan hanya bagi jawatan yang mereka layakberasaskan pendidikan, latihan, pengalaman diselia, pentauliahan profesionaldan pengalaman profesional yang berkaitan. Kaunselor hendaklah mengisijawatan kaunselor profesional hanya dengan individu yang layak dan kompetenbagi jawatan tersebut.C.2.d Memantau keberkesananKaunselor memantau keberkesanan mereka sebagai profesional secaraberterusan dan mengambil langkah tertentu untuk memperbaikinya apabila perlu.Kaunselor dalam sektor persendirian dan swasta perlu mengambil langkah untukmendapatkan penyeliaan rakan sejawatnya yang berdaftar dan bertauliah bagimenilai kebolehan dan keberkesanan mereka sebagai kaunselor.C.2.e Konsultasi mengenai obligasi etikaKaunselor perlu mengambil langkah berpatutan untuk berunding dengankaunselor lain atau profesional yang berkaitan apabila mereka berhadapandengan persoalan berkaitan obligasi etika atau amalan profesional.C.2.f Pendidikan berterusanKaunselor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan mengekalkanpendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik dan profesional terkini dalam 29
  30. 30. bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkankompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedurbaru, dan sentiasa kemas kini dengan maklumat mengenai populasi pelbagaidan khusus yang mereka kendali.C.2.g. KetidakupayaanKaunselor perlu peka terhadap tanda-tanda ketidakupayaan fizikal, mental ataumasalah emosi mereka. Mereka hendaklah tidak menawar, atau memberikanperkhidmatan profesional, jika ketidakupayaan sedemikian boleh memudaratkanklien atau individu lain. Mereka perlu mendapatkan bantuan bagi masalah yangboleh mencacatkan perkhidmatan profesionalnya. Jika perlu, mereka hendaklahmembatas, menggantung, atau menamatkan tanggungjawab profesional merekake satu masa mereka disahkan boleh meneruskan kerja mereka denganselamat. Kaunselor hendaklah membantu rakan sejawat atau penyelia menerimaketidakupayaan profesional mereka dan memberikan konsultasi serta bantuanapabila diperlukan. Mereka juga hendaklah melakukan intervensi yangbersesuaian sekiranya perlu bagi mencegah kemudaratan yang mungkinmenimpa klien.C.2.h. Ketidakmampuan kaunselor atau penamatan praktisApabila kaunselor menamatkan praktisnya, mereka perlu mengikuti proseduryang disediakan untuk memindahkan klien dan failnya. Kaunselor perlumenyedia dan menyampaikan kepada rakan sejawat yang dikenal pasti atau‘penyimpan rekod’ satu perancangan memindahkan klien dan failnya jikamereka tidak lagi berkemampuan, menamatkan praktis, atau meninggal dunia.C.3. Iklan dan mendapatkan klienC.3.a. Pengiklanan yang tepatApabila mengiklankan atau memperkenalkan perkhidmatan mereka kepadaorang awam, kaunselor hendaklah menyatakan kelayakan mereka dengan tepatdan benar, yakni tidak mengelirukan, tidak memperdayakan, atau menipu. 30
  31. 31. C.3.b. TestimonialKaunselor yang mahu menggunakan testimonial, dilarang memintanya daripadaklien semasa atau bekas klien atau mana-mana individu lain, sekiranya ia bolehmembawa kemudaratan kepada mereka.C.3.c. Kenyataan oleh pihak lainKaunselor perlu mengambil langkah memastikan kenyataan yang dibuat olehpihak lain berkenaan diri mereka atau profesion kaunseling itu adalah tepat danbenar.C.3.d. Pengambilan klien di tempat kerjaKaunselor tidak menggunakan tempat kerja atau institusi gabungan merekauntuk mendapatkan klien, individu yang diselia, atau konsulti untuk kepentinganamalan persendirian mereka.C.3.e. Iklan produk dan latihanKaunselor yang menghasilkan produk yang berkaitan dengan profesion mereka,atau mengendalikan bengkel, atau latihan, hendaklah memastikan bahawa iklanmengenai produk, atau acara tersebut adalah tepat dan benar. Merekahendaklah juga memberikan maklumat yang mencukupi kepada klien danpengguna supaya mereka dapat membuat pilihan bijak.C.3.f. Mempromosi kepada pelangganKaunselor dilarang menggunakan kaunseling, pengajaran, latihan, atauhubungan penyeliaan untuk mempromosi produk atau latihan mereka dengancara menipu, atau mempengaruhi secara tidak wajar terhadap golongan yangmungkin mudah dipengaruhi atau dimudaratkan. Walau bagaimanapun, pendidikkaunselor boleh mengguna pakai buku teks hasil karya mereka untuk tujuanpengajaran. 31
  32. 32. C.4. Kelayakan profesionalC.4.a. Representasi tepat dan benarKaunselor perlu mengakui secara langsung atau tidak langsung hanya kelayakanprofesional yang benar-benar diperolehnya dan membetulkan sebarangrepresentasi yang diketahui tidak tepat yang diberi oleh pihak lain. Kaunselorjuga hendaklah menyatakan secara jujur kelayakan rakan sejawat profesionalmereka. Kaunselor perlu membezakan dengan jelas di antara pengalaman kerjayang berbayar dengan pengalaman sukarela. Mereka juga hendaklahmenyatakan pengajian berterusan dan kepakaran.C.4.b. TauliahKaunselor hendaklah menyatakan dan memaparkan hanya Sijil Pendaftaran danSijil Perakuan Amalan semasa yang sah sahaja.C.4.c. Ijazah PengajianKaunselor hendaklah membezakan dengan jelas di antara ijazah pengajian yangdiperoleh dengan ijazah kehormat.C.4.d. Memberi gambaran kompetensi sebenarKaunselor hendaklah menyatakan dengan jelas ijazah tertinggi yang diperolehdalam bidang kaunseling atau bidang lain yang berkaitan. Kaunselor dilarangmemberi gambaran bahawa mereka mempunyai kompetensi kaunseling diperingkat ijazah kedoktoran, dan menggunakan gelaran ‘Dr.’ sedangkan merekahanya mempunyai ijazah asas atau sarjana dalam bidang kaunseling atauberkaitan.C.4.e. Status akreditasi programKaunselor hendaklah menyatakan dengan jelas status akreditasi ijazah merekapada masa ijazah tersebut diperoleh. 32
  33. 33. C.4.f. Status profesionalSeseorang kaunselor mempunyai status profesional hanya apabila berdaftardengan Lembaga Kaunselor. Kaunselor Berdaftar hendaklah membezakandengan jelas status pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor sama ada masihberdaftar dan aktif, atau telah luput pendaftarannya.C.5. DiskriminasiKaunselor dilarang terlibat di dalam atau membenarkan apa-apa bentukdiskriminasi berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, etnik, ras,agama/kepercayaan, jantina, status perkahwinan/pasangan, bahasa pilihan,status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkan oleh undang-undang.Mereka juga dilarang mengamalkan diskriminasi terhadap klien, pelajar, pekerja,individu yang diselia atau peserta yang terlibat dalam penyelidikan dengan carayang memberikan impak negatif kepada individu itu.C.6. Tanggungjawab awamC.6.a. Gangguan seksualKaunselor dilarang melibatkan diri dalam perbuatan gangguan seksual ataumembiarkannya berlaku. Gangguan seksual didefinisikan sebagai memintabalasan seks, menyentuh, perilaku verbal atau bukan verbal yang berunsurkanseks, yang berlaku dalam konteks aktiviti atau peranan profesional. Tingkah lakusedemikian sama ada 1. tidak disenangi, menghina atau mewujudkan suasana tempat kerja atau persekitaran belajar yang tidak menyenangkan, dan kaunselor tahu atau telah diberitahu tentang perkara tersebut; atau 2. cukup teruk atau tegang, yang dipersepsi oleh seseorang yang waras, sebagai perlakuan gangguan seksual dalam konteks di mana tingkah laku tersebut berlaku. 33
  34. 34. Gangguan seksual boleh terdiri daripada satu tindakan yang sangat teruk atauyang tidak menyenangkan atau tindakan yang diulang-ulang.C.6.b. Laporan kepada pihak ketigaKaunselor hendaklah melaporkan dengan tepat, jujur dan objektif, aktiviti danpertimbangan profesional mereka kepada pihak ketiga termasuk mahkamah,syarikat insurans kesihatan, penerima laporan penilaian dan lain-lain.C.6.c. Persembahan mediaApabila memberi nasihat atau komen menerusi ceramah umum, demonstrasi,program pra-rakaman radio atau televisyen, penggunaan peralatan berasaskanteknologi, bahan bercetak, bahan pos, atau media lain, kaunselor hendaklahmemastikan bahawa: 1. kenyataan itu adalah berdasarkan amalan dan literatur kaunseling profesional yang sesuai; 2. kenyataan tersebut selaras dengan Kod Etika Lembaga Kaunselor; dan 3. penerima maklumat tersebut tidak terdorong untuk membuat inferens bahawa suatu bentuk perhubungan kaunseling profesional telah berlaku.C.6.d. Eksploitasi ke atas orang lainKaunselor dilarang mengeksploitasi orang lain dalam perhubungan profesionalmereka.C.6.e. Asas saintifik untuk modaliti rawatanKaunselor hendaklah menggunakan teknik/prosedur/modaliti yang berteraskanteori dan / atau yang mempunyai asas saintifik atau empirikal. Sekiranya tidak,kaunselor hendaklah menyatakan teknik/prosedur/modaliti yang digunakannyasebagai “tidak terbukti” atau “sedang dibina”. Mereka perlu juga menjelaskanpotensi risiko dan pertimbangan etika apabila menggunakanteknik/prosedur/modaliti sedemikian, dan mengambil langkah tertentu untukmelindungi klien daripada kemudaratan yang mungkin berlaku. 34
  35. 35. C.7 Tanggungjawab kepada profesional lainC.7.a Kenyataan umum peribadiApabila membuat sebarang kenyataan peribadi dalam konteks awam, kaunselorhendaklah menjelaskan bahawa mereka bercakap dari perspektif peribadi, danbukannya bagi pihak semua kaunselor atau profesion kaunseling. 35
  36. 36. Bahagian D : Hubungan dengan profesional lainPengenalanKaunselor profesional sedar bahawa kualiti interaksi mereka dengan rakansejawat boleh mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang mereka berikan kepadaklien. Mereka berusaha untuk mengenali dan mengetahui rakan sejawat didalam dan di luar bidang kaunseling. Kaunselor menjalinkan hubungan kerja dansistem komunikasi yang positif dengan rakan sejawat bagi menambahbaikkanperkhidmatan mereka kepada klien.D.1 Hubungan dengan rakan sejawat, majikan dan pekerjaD.1.a Pendekatan berbezaKaunselor hendaklah menghormati pelbagai pendekatan perkhidmatankaunseling yang berbeza dengan pendekatan mereka sendiri. Kaunselor jugahendaklah menghormati tradisi dan amalan kumpulan profesional lain yangdengannya mereka bekerja.D.1.b Menjalin hubunganKaunselor hendaklah berusaha menjalin dan mengukuhkan hubungan antaradisiplin dengan rakan sejawat daripada disiplin yang lain, demi untukmemberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.D.1.c Kerja pasukan antara disiplinKaunselor yang menjadi ahli pasukan antara disiplin yang memberikanperkhidmatan pelbagai tahap dan jenis kepada klien hendaklah memberi fokuskepada cara bagaimana untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.Mereka juga hendaklah terlibat dalam, dan menyumbang kepada, prosesmembuat keputusan yang mempunyai kesan ke atas kesejahteraan klien denganberpandukan kepada perspektif, nilai dan pengalaman profesion kaunseling danjuga perspektif, nilai, dan pengalaman rakan sejawat dari disiplin-disiplin lain. 36
  37. 37. D.1.d. KerahsiaanApabila kaunselor dikehendaki oleh undang-undang, polisi institusi atau keadaanluar biasa untuk menjalankan lebih daripada satu peranan dalam prosidingperundangan atau pentadbiran, mereka hendaklah menjelaskan jangkaanperanan dan batasan kerahsiaan dengan rakan sejawat mereka.D.1.e. Menetapkan obligasi profesional dan etikaKaunselor yang menganggotai pasukan antara disiplin hendaklah menjelaskanobligasi profesional dan etika pasukan secara keseluruhan dan bagi setiap ahli.Apabila keputusan pasukan menimbulkan isu etika, tindakan pertama kaunselorialah cuba menyelesaikannya dalam pasukan tersebut. Sekiranya mereka tidakdapat mencapai penyelesaian sesama mereka, kaunselor hendaklah mencarijalan lain untuk menyelesaikan isu tersebut bersesuaian dengan kesejahteraanklien.D.1.f. Pemilihan personalia dan pengagihan tugasKaunselor hendaklah memilih personalia yang kompeten dan mengagihkantugas yang selaras dengan kemahiran dan pengalaman mereka.D.1.g. Polisi majikanApabila menerima sesuatu jawatan di dalam sesebuah agensi atau institusi,bermakna kaunselor bersetuju dengan polisi dan prinsip umum agensi/institusitersebut. Kaunselor hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencapaipersetujuan dengan majikan untuk membenarkan perubahan polisi institusisupaya ianya kondusif kepada pertumbuhan dan perkembangan klien.D.1.h. Polisi dan amalan negatifKaunselor hendaklah menarik perhatian majikan mereka tentang polisi danamalan yang tidak sesuai. Mereka hendaklah cuba membawa perubahanterhadap polisi atau prosedur tersebut melalui tindakan konstruktif dalamorganisasi berkenaan. Apabila polisi seperti itu berpotensi untuk membawa 37
  38. 38. kesan buruk atau memudaratkan klien atau membatasi keberkesananperkhidmatan yang diberikan dan menyekat perubahan, kaunselor hendaklahmengambil tindakan lanjut yang sesuai. Tindakan tersebut boleh merangkumirujukan kepada organisasi yang mengeluarkan tauliah, atau lesen, memberiakreditasi, atau secara sukarela kaunselor menamatkan perkhidmatannya.D.1.i. Perlindungan daripada tindakan punitifKaunselor tidak mengganggu atau membuang kerja seseorang pekerja yangtelah bertindak dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika untukmendedahkan dasar dan amalan majikan yang tidak sesuai.D.2. KonsultasiD.2.a. Kompetensi konsultanKaunselor hendaklah memastikan yang mereka mempunyai sumber dankompetensi yang bersesuaian apabila memberi perkhidmatan konsultasi.Kaunselor juga hendaklah memberikan sumber rujukan yang bersesuaianapabila diminta atau diperlukan.D.2.b. Memahami konsultiApabila memberikan perkhidmatan konsultasi, kaunselor hendaklah berusahauntuk mewujudkan suatu bentuk pemahaman yang jelas dengan konsulti tentangdefinisi masalah, matlamat perubahan, atau konsekuen yang dijangkakandaripada intervensi yang dipilih.D.2.c. Matlamat konsultanKonsultasi merupakan satu bentuk perhubungan di antara konsultan dan konsultidi mana keupayaan menyesuaikan diri dan perkembangan konsulti ke araharahan kendiri, dipupuk dan digalakkan secara konsisten. 38
  39. 39. D.2.d. Persetujuan termaklum dalam konsultasiApabila memberi perkhidmatan konsultasi, kaunselor mempunyai obligasi untukmenjelaskan secara lisan dan bertulis akan hak dan tanggungjawab kaunselordan konsulti. Kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang jelas dan mudahdifahami untuk memberitahu semua pihak yang terlibat mengenai tujuanperkhidmatan yang akan diberikan, kos, potensi risiko dan manfaat, sertabatasan kerahsiaan. Kaunselor bersama konsulti, perlu berusaha untukmendefinisikan masalah dengan jelas, menentukan matlamat untuk berubah,dan meramal konsekuen daripada intervensi yang dipilih, berdasarkan budayadan bersesuaian dengan keperluan konsulti. 39
  40. 40. Bahagian E : Penilaian, penaksiran, dan pentafsiranPengenalanApabila kaunselor mengguna instrumen penaksiran sebagai satu komponendalam proses kaunseling dengan mengambil kira konteks peribadi dan budayaklien. Kaunselor memupuk kesejahteraan seseorang klien atau kelompokdengan membangunkan dan mengguna instrumen penaksiran pendidikan,psikologi atau kerjaya yang sesuai.E.1 AmE.1.a PenaksiranTujuan utama penaksiran pendidikan, psikologi dan kerjaya adalah untukmenyediakan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai, sama ada secaramutlak atau perbandingan. Pengukuran ini merangkumi, tetapi tidak terbataskepada, pengukuran kebolehan, personaliti, minat, kecerdasan, pencapaian, danprestasi. Kaunselor hendaklah sedar yang pentafsiran kenyataan dalambahagian ini merujuk kepada penaksiran kuantitatif dan kualitatif.E.1.b. Kebajikan klienKaunselor tidak boleh menyalahgunakan keputusan penaksiran dan pentafsiran.Mereka hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu untuk mencegah oranglain daripada menyalahgunakan maklumat yang didapati daripada teknik-teknikini. Kaunselor menghormati hak klien untuk mengetahui keputusan, pentafsiranyang dibuat, dan asas yang kaunselor gunakan dalam proses membuatkesimpulan dan perakuan. 40
  41. 41. E.2. Kompetensi mengguna dan mentafsir instrumen penaksiranE.2.a. Batasan kompetensiKaunselor hendaklah menggunakan hanya perkhidmatan ujian dan penaksiranyang mereka terlatih dan kompeten di dalamnya. Kaunselor yang menggunakanpentafsiran ujian berbantukan teknologi hendaklah mempunyai latihan dalamgagasan yang diukur dan instrumen khusus yang digunakan sebelum cara inidigunakan. Kaunselor hendaklah juga mengambil langkah-langkah sepatutnyabagi memastikan teknik penaksiran psikologi dan kerjaya digunakan secara betuloleh individu di bawah penyeliaan mereka.E.2.b. Penggunaan yang sesuaiKaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan aplikasi, pengskoran,dan pentafsiran instrumen adalah sesuai. Penggunaan instrumen penaksiranberkenaan hendaklah relevan dengan keperluan klien, sama ada merekamembuat pengskoran dan tafsiran penaksiran tersebut sendiri ataupun denganmenggunakan teknologi atau perkhidmatan lain.E.2.c. Keputusan berasaskan hasil penaksiranKaunselor yang bertanggungjawab membuat keputusan mengenai individu ataupolisi yang berasaskan hasil penaksiran, hendaklah mempunyai kefahaman yangmendalam tentang aspek pengukuran pendidikan, psikologi dan kerjaya. Initermasuklah kriteria kesahan, penyelidikan tentang penaksiran serta garispanduan bagi membangun dan mengguna instrumen penaksiran. 41
  42. 42. E.3. Persetujuan termaklum dalam penaksiranE.3.a. Penjelasan kepada klienSebelum membuat penaksiran, kaunselor hendaklah menjelaskan sifat dantujuan penaksiran serta penggunaan khusus hasil penaksiran kepada pengambilujian. Penjelasan hendaklah diberikan dalam bahasa klien (atau bahasa pihaklain yang diberi kuasa oleh undang-undang), melainkan pengecualian eksplisittelah dipersetujui terlebih dahulu. Kaunselor hendaklah juga mengambil kirakonteks peribadi atau budaya klien, tahap keupayaan klien untuk memahamihasil penaksiran, dan impak hasil penaksiran ke atas klien.E.3.b. Penerima hasil penaksiranKaunselor hendaklah mengambil kira kebajikan, keupayaan memahami secaraeksplisit, dan persetujuan sebelumnya mengenai siapa yang akan menerimahasil penaksiran itu. Kaunselor hendaklah menyertakan pentafsiran yang tepatdan sesuai bagi setiap hasil penaksiran individu atau kelompok yangdikeluarkan.E.4. Penyerahan data kepada profesional yang berkelayakanKaunselor hendaklah menyerahkan data penaksiran yang mengandungi identitiklien hanya dengan kebenaran klien atau wakil klien yang sah dari segi undang-undang hanya kepada pihak yang diiktiraf oleh kaunselor sebagai berkelayakanuntuk mentafsir data tersebut. 42
  43. 43. E.5. Diagnosis kecelaruan mentalE.5.a. Diagnosis yang betulKaunselor hendaklah berhati-hati apabila mendiagnosis kecelaruan mental.Teknik penaksiran (termasuk temu duga individu) yang digunakan untukmenentukan penjagaan klien (misalnya: lokus rawatan, jenis rawatan, ataukhidmat susulan yang diperakukan), hendaklah dipilih dengan teliti dandigunakan dengan betul.E.5.b. Kepekaan budayaKaunselor hendaklah sedar bahawa budaya klien mempengaruhi pendefinisianmasalahnya. Pengalaman sosioekonomi dan budaya klien hendaklah diberipertimbangan semasa mendiagnosis kecelaruan mental.E.5.c. Prasangka sosial dan sejarah dalam diagnosis patologiKaunselor hendaklah sedar akan prasangka sosial dan sejarah ke atas salahdiagnosis dan penentuan patologi individu dan kelompok tertentu. Mereka jugahendaklah sedar akan peranan profesional kesihatan mental dalammenyumbang dan meneruskan prasangka tersebut melalui diagnosis danrawatan.E.5.d. Mengelak daripada membuat diagnosisKaunselor boleh mengelak daripada membuat dan/atau melaporkan diagnosisjika mereka yakin yang diagnosis tersebut akan mendatangkan kemudaratankepada klien atau pihak lain.E.6. Pemilihan InstrumenE.6.a. Kesesuaian instrumenKaunselor hendaklah menimbang dengan teliti kesahan, kebolehpercayaan,batasan psiko metrik, dan kesesuaian instrumen semasa memilih instrumenpenaksiran. 43
  44. 44. E.6.b. Maklumat rujukanSekiranya klien dirujuk kepada pihak ketiga untuk penaksiran, kaunselorhendaklah membekalkan soalan-soalan rujukan yang khusus dan data objektifyang mencukupi tentang klien untuk memastikan instrumen penaksiran yangsesuai digunakan.E.6.c. Populasi pelbagai budayaKaunselor hendaklah berhati-hati semasa memilih instrumen penaksiran bagipopulasi pelbagai budaya untuk mengelak daripada penggunaan instrumen yangkekurangan ciri-ciri psiko metrik yang sesuai bagi populasi klien yang berkenaan.E.7. Keadaan pentadbiran penaksiranE.7.a. Keadaan pentadbiranKaunselor hendaklah mentadbir penaksiran dalam keadaan yang sama sepertimana yang terdapat dalam proses piawaian instrumen tersebut. Apabilapenaksiran tidak ditadbir dalam keadaan yang piawai, seperti keadaan yangdiperlukan oleh klien yang kurang upaya, atau berlakunya tingkah laku luar biasaatau kejanggalan semasa mentadbir penaksiran, keadaan-keadaan ituhendaklah diambil kira semasa membuat pentafsiran. Hasil penaksiran mungkindianggap tidak sah atau mempunyai kesahannya yang diragui.E.7.b. Pentadbiran berasaskan teknologiKaunselor hendaklah memastikan bahawa prosedur pentadbiran penaksiranberjalan dengan sempurna dan menyediakan hasilnya yang tepat untuk klien,apabila kaedah teknologi atau elektronik lain digunakan dalam pentadbirantersebut.E.7.c. Penaksiran tanpa penyeliaanKaunselor dilarang mengguna instrumen penaksiran tanpa penyeliaan yangmencukupi, kecuali jika instrumen itu direka bentuk, bertujuan, dan disahkanuntuk pentadbiran dan pengskoran kendiri. 44
  45. 45. E.7.d. Pendedahan keadaan yang berfaedahSebelum menjalankan penaksiran, keadaan yang dapat menghasilkankeputusan penaksiran yang paling berfaedah hendaklah dimaklumkan kepadacalon yang ditaksir.E. 8. Isu multibudaya/kepelbagaian dalam penaksiranKaunselor hendaklah berhati-hati apabila mengguna teknik penaksiran yangdinormakan kepada populasi yang berbeza daripada populasi klien. Kaunselormenyedari tentang kesan umur, warna kulit, budaya, ketidakupayaan, kumpulanetnik, gender, ras, bahasa pilihan, agama, kerohanian, dan status sosioekonomike atas pentadbiran dan pentafsiran ujian. Kaunselor hendaklah mentafsir hasilujian tersebut dalam perspektif yang sesuai dengan faktor-faktor di atas.E.9. Pengskoran dan pentafsiran penaksiranE.9.a. PelaporanSemasa melaporkan hasil penaksiran, kaunselor hendaklah menyatakankeraguannya berkaitan dengan kesahan atau kebolehpercayaan ekorandaripada keadaan penaksiran atau ketidaksesuaian norma bagi orang yangdiuji.E.9.b. Instrumen penyelidikanKaunselor hendaklah berhati-hati bila mentafsir hasil penaksiran instrumenpenyelidikan yang tidak mempunyai data teknikal yang mencukupi untukmenyokong keputusan responden. Tujuan khusus penggunaan instrumentersebut hendaklah dinyatakan secara eksplisit kepada calon yang mengambilujian. 45
  46. 46. E.9.c. Perkhidmatan penaksiranKaunselor yang menyediakan perkhidmatan pengskoran dan pentafsiran bagimembantu proses penaksiran, hendaklah mengesahkan kesahan pentafsirantersebut. Mereka hendaklah menghuraikan dengan tepat akan tujuan, norma,kesahan, kebolehpercayaan, prosedur dan apa-apa syarat khas yang diperlukanbagi penggunaan instrumen tersebut. Pentafsiran ujian secara automasihendaklah dianggap sebagai konsultasi antara profesional dengan profesional.Tanggungjawab formal konsultan adalah kepada konsulti, tetapi tanggungjawabyang paling penting dan utama adalah kepada klien.E.10. Keselamatan penaksiranKaunselor hendaklah menjaga integriti dan keselamatan ujian dan teknik-teknikpenaksiran lain secara konsisten dengan obligasi undang-undang dan kontrak.Kaunselor tidak boleh mengubahsuai, menerbitkan semula atau membuatperubahan instrumen penaksiran atau sebahagian daripadanya yang telahditerbitkan tanpa pengetahuan dan kebenaran penerbit.E.11. Penaksiran usang dan hasil keputusan lapukKaunselor tidak boleh mengguna data atau hasil penaksiran yang usang ataulapuk bagi tujuan semasa. Mereka hendaklah juga berusaha sedaya upaya untukmenghalang penyalahgunaan pengukuran dan data penaksiran yang usang olehpihak lain.E.12. Pembinaan penaksiranKaunselor hendaklah mengguna prosedur saintifik yang mantap, piawaian yangrelevan, dan pengetahuan profesional semasa, dalam membina instrumenpenaksiran. 46
  47. 47. E.13. Penilaian forensik: penilaian untuk prosiding undang-undangE.13.a. Obligasi primerDalam menyediakan penilaian forensik, obligasi primer kaunselor adalah untukmengemukakan dapatan yang objektif yang boleh dibuktikan berasaskanmaklumat dan teknik yang sesuai dengan proses penilaian tersebut. Inimerangkumi penilaian ke atas individu dan/atau semakan rekod. Kaunselor jugalayak memberi pendapat profesional berasaskan pengetahuan dan kepakaranprofesional mereka yang boleh disokong oleh data yang dikumpulkan dalamproses penilaian. Kaunselor hendaklah menentukan batasan laporan atautestimoni mereka, terutama jika penilaian ke atas individu tersebut belumdijalankan.E.13.b. Persetujuan untuk dinilaiIndividu yang dinilai hendaklah diberitahu secara bertulis bahawa perhubungandengan kaunselor adalah untuk tujuan penilaian semata-mata dan bukan bersifatkaunseling. Mereka juga diberitahu akan entiti atau individu yang akan menerimalaporan penilaian tersebut. Persetujuan bertulis individu yang dinilai hendaklahdiperoleh kecuali mahkamah mengarahkan sebaliknya. Sekiranya penilaiandibuat ke atas kanak-kanak atau orang dewasa yang mudah dipengaruhi, makapersetujuan termaklum bertulis hendaklah diperoleh daripada ibu bapa ataupenjaga.E.13.c. Larangan ke atas penilaian klienKaunselor tidak boleh menilai individu yang sedang atau telah menerimaperkhidmatan kaunseling untuk tujuan penilaian forensik. Kaunselor juga tidakboleh menerima individu yang sedang atau telah mereka nilai untuk tujuanforensik sebagai klien. 47
  48. 48. E.13.d. Elakkan hubungan yang boleh menimbulkan kemudaratan.Kaunselor yang menjalankan penilaian forensik hendaklah mengelak daripadamenjalinkan hubungan profesional atau peribadi, yang boleh menimbulkankemudaratan, dengan ahli keluarga, pasangan romantik, dan teman rapatindividu yang sedang atau telah mereka nilai. 48
  49. 49. Bahagian F : Penyeliaan, latihan dan pengajaranPengenalan:Kaunselor berhasrat untuk memupuk hubungan profesional yang bermakna dandihormati, serta memelihara sempadan yang sewajarnya dengan individu yangdiselia dan juga pelajar. Kaunselor hendaklah mempunyai asas teori danpedagogi bagi kerja mereka dan berhasrat untuk berlaku adil, tepat dan jujurdalam penaksiran mereka terhadap kaunselor pelatih.F.1.Penyeliaan kaunselor dan kebajikan klienF.1.a. Kebajikan klienTanggungjawab primer penyeliaan kaunseling adalah untuk memantauperkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor lain atau kaunselor pelatih. Penyeliakaunseling memantau kebajikan klien dan juga prestasi klinikal sertaperkembangan profesional individu yang diselia. Untuk memenuhitanggungjawab ini, penyelia sentiasa berjumpa dengan individu yang diseliauntuk meneliti nota kes, sampel kerja klinikal, atau membuat pemerhatian keatas individu yang diselia secara langsung. Individu yang diselia juga perlumemahami dan mematuhi Kod Etika Lembaga Kaunselor.F.1.b. Kelayakan kaunselorPenyelia hendaklah memastikan bahawa klien mengetahui akan kelayakanindividu yang diselia, yang sedang memberikan perkhidmatan kaunseling kepadamereka.F.1.c. Persetujuan termaklum dan hak-hak klienPenyelia hendaklah memastikan bahawa individu yang diselia, mengetahui akanhak-hak klien, termasuk perlindungan terhadap privasi dan kerahsiaannya dalamperhubungan kaunseling. Individu yang diselia hendaklah memberitahu kliententang prosedur pendedahan maklumat dan bagaimana proses penyeliaanboleh menjejaskan batasan kerahsiaan. Individu yang diselia hendaklah juga 49
  50. 50. memastikan bahawa klien mengetahui pihak yang mempunyai akses kepadarekod perhubungan kaunseling dan bagaimana rekod tersebut akan digunakan.F.2. Kompetensi penyeliaan kaunselorF.2.a. Penyediaan penyeliaSebelum memberikan perkhidmatan penyeliaan klinikal, kaunselor hendaklahdilatih tentang kaedah dan teknik penyeliaan. Kaunselor yang menawarkanperkhidmatan penyeliaan klinikal, hendaklah sentiasa mengikuti aktivitipendidikan berterusan yang merangkumi topik-topik mengenai kemahirankaunseling dan penyeliaan.F.2.b. Isu-isu multibudaya/ kepelbagaian dalam penyeliaanPenyelia kaunseling hendaklah sedar akan peranan multibudaya/kepelbagaiandalam hubungan penyeliaan, dan hendaklah berbincang mengenainya denganindividu yang diselia.F.3. Hubungan penyeliaanF.3.a. Sempadan hubungan dengan individu yang diseliaPenyelia kaunseling hendaklah menetap dan mengekalkan dengan jelashubungan etika, profesional, peribadi, dan sosial dengan individu yang diselia.Penyelia hendaklah menghindari hubungan bukan profesional dengan individuyang diselia semasa. Jika penyelia perlu memainkan peranan profesional yanglain (misalnya: penyelia klinikal dan pentadbiran, pengajar) dengan individu yangdiselia, mereka hendaklah berusaha untuk meminimumkan potensi konflik, danjelaskan kepada individu yang diselia jangkaan dan tanggungjawab yangberkaitan dengan setiap peranan tambahan ini. Mereka tidak menjalinkansebarang bentuk interaksi bukan profesional yang mungkin mengkompromikanhubungan penyeliaan mereka. 50
  51. 51. F.3.b. Hubungan seksualPenyelia dilarang berinteraksi atau menjalin hubungan seksual atau romantikdengan individu yang sedang diselia.F.3.c. Gangguan seksualPenyelia tidak membiarkan gangguan seksual berlaku atau memaksa individuyang diselia terlibat dalam gangguan seksual.F.3.d. Saudara mara yang terdekat dan rakanPenyelia hendaklah mengelak daripada menerima saudara mara yang terdekat,pasangan romantik, atau rakan sebagai individu yang diselia.F.3.e. Hubungan yang berpotensi berfaedahPenyelia hendaklah sedar tentang perbezaan kuasa dalam hubungannyadengan individu yang diselia. Sekiranya mereka merasa bahawa hubunganbukan profesional dengan individu yang diselia mempunyai potensi yangberfaedah kepada individu yang diselia, mereka hendaklah mengambil langkah-langkah yang serupa dengan langkah – langkah yang diambil oleh kaunselor didalam hubungan mereka dengan klien. Contoh-contoh interaksi atau hubungansedemikian termasuklah menghadiri sesuatu upacara rasmi, menziarahi kehospital, memberi sokongan semasa individu yang diselia menghadapi sesuatutekanan, atau menjadi ahli bersama dalam persatuan, organisasi, atau komunitiprofesional. Penyelia hendaklah berbincang secara terbuka dengan individuyang diselia jika mereka bercadang untuk menjalinkan hubungan di luar perananmereka sebagai penyelia klinikal dan/atau penyelia pentadbiran. Sebelum terlibatdalam hubungan tersebut, mereka perlulah berbincang dengan individu yangdiselia dan mendokumenkan rasional bagi interaksi tersebut, bakal faedah ataukekurangan, serta konsekuen yang dijangkakan ke atas individu yang diselia.Penyelia menjelaskan keadaan dan batasan khusus rol tambahan merekadengan individu yang diselia. 51
  52. 52. F.4. Tanggungjawab penyeliaF.4.a. Persetujuan termaklum bagi penyeliaanPenyelia hendaklah menjelaskan prinsip-prinsip mengenai persetujuantermaklum yang wujud di dalam penyeliaan. Penyelia hendaklah juga memberitahu individu yang diselianya tentang dasar dan prosedur yang perlu merekapatuhi.F.4.b. Kecemasan dan ketidakhadiranPenyelia hendaklah menetapkan dan memberitahu individu yang diseliaprosedur untuk menghubungi mereka atau, semasa ketiadaan mereka, penyeliaon-call untuk membantu dalam menyelesaikan krisis.F.4.c. Piawaian untuk individu yang diseliaPenyelia hendaklah memastikan individu yang diselia mengetahui akan piawaianprofesional dan etika, serta tanggungjawab undang-undang. Penyelia kaunselorpasca-ijazah hendaklah menggalakkan kaunselor-kaunselor ini untuk mematuhipiawaian amalan profesional.F.4.d. Penamatan hubungan penyeliaanPenyelia atau individu yang diselia berhak untuk menamatkan hubunganpenyeliaan dengan memberi notis yang mencukupi. Sebab-sebab penarikan dirihendaklah diberikan kepada pihak yang terlibat. Sekiranya isu-isu budaya,klinikal, atau profesional menjadi kritikal kepada jaya-gagalnya hubunganpenyeliaan, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikanperbezaan itu. Jika penamatan tidak dapat dielakkan, penyelia hendaklahmembuat rujukan yang sesuai kepada penyelia alternatif yang lain.F.5. Penyeliaan, penilaian, pemulihan dan perakuan dalam kaunselingF.5.a. PenilaianPenyelia hendaklah mendokumenkan penaksiran prestasi secara berterusan danmaklum balas penilaian dan memberikannya kepada individu yang diselia. 52
  53. 53. Mereka juga hendaklah menjadualkan sesi penilaian formal berkala sepanjanghubungan penyeliaan.F.5.b. Kelemahan-kelemahanMelalui penilaian dan penaksiran yang berterusan, penyelia akan mengetahuikelemahan-kelemahan individu yang mungkin menjejas prestasi mereka.Penyelia hendaklah membantu individu yang diselia untuk mendapatkan bantuanpemulihan apabila diperlukan. Mereka hendaklah memperakukan supayaindividu berkenaan diberhentikan daripada program latihan, seting kaunselingterapan, atau proses pentauliahan profesional, apabila individu-individu yangdiselia ini tidak berupaya untuk memberikan perkhidmatan profesional yangkompeten. Penyelia hendaklah berunding dengan pihak berkenaan danmendokumenkan keputusan mereka untuk memberhentikan individu yang diseliaatau merujuknya kepada pihak lain bagi mendapat bantuan. Mereka hendaklahmemastikan bahawa individu yang diselia mengetahui akan opsyen yang adauntuk berhadapan dengan keputusan tersebut.F.5.c. Kaunseling untuk individu yang diseliaSekiranya individu yang diselia meminta perkhidmatan kaunseling, penyeliahendaklah memberikan mereka senarai rujukan yang sesuai. Penyelia tidakboleh memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang diselia danmenjelaskan sebab-sebab kenapa perkhidmatan ini tidak boleh diberikan.F.5.d. PerakuanPenyelia hendaklah memperakui individu yang diselia diberi sijil, lesen,pekerjaan, atau dibenarkan menamatkan sesuatu program akademik atau latihanhanya apabila mereka yakin bahawa individu yang diselia layak untukdiperakukan. Tanpa mengira apa jua kelayakan, penyelia tidak bolehmemperakui individu yang diselia, jika mereka ketahui yang ia mempunyaikelemahan tertentu, yang akan menjejaskan perlaksanaan tugas, yang berkaitandengan perakuan itu. 53
  54. 54. F.6. Tanggungjawab pendidik kaunselorF.6.a. Pendidik kaunselorPendidik kaunselor yang bertanggungjawab untuk membangun, melaksana danmenyelia program pendidikan kaunselor hendaklah mahir sebagai guru danpengamal. Mereka hendaklah berpengetahuan mengenai aspek etika,perundangan dan peraturan profesion itu, berkemahiran dalam menerapkanpengetahuan itu dan seterusnya berupaya membuatkan pelajar dan yang diseliasedar akan tanggungjawab mereka. Pendidik kaunselor hendaklah menjalankanprogram latihan dan pendidikan kaunselor secara beretika dan selanjutnyamereka hendaklah menjadi contoh tingkah laku profesional.F.6.b. Penyerapan isu multibudaya/kepelbagaianPendidik kaunselor hendaklah menyerapkan bahan berkaitan denganmultibudaya/kepelbagaian ke dalam semua kursus dan bengkel pembangunankaunselor profesional.F.6.c. Pengintegrasian kajian dan amalanPendidik kaunselor hendaklah membangunkan program pendidikan dan latihanyang mengintegrasikan kajian akademik dan amalan penyeliaan.F.6.d. Etika pengajaranPendidik kaunselor hendaklah membuatkan pelajar dan individu yang diseliasedar akan tanggungjawab etika dan piawaian profesion dan tanggungjawabetika mereka kepada profesion. Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkanaspek etika ke dalam keseluruhan kurikulum.F.6.e. Etika hubungan antara pelajar dan pelatihPendidik kaunselor hendaklah memastikan bahawa hak etika sesama pelajardipatuhi apabila mereka mengetuai kerja kelompok ataupun memberikanpenyeliaan klinikal. Pendidik kaunselor hendaklah juga memastikan yang pelajar 54
  55. 55. dan individu yang diselia faham bahawa mereka mempunyai obligasi etika yangsama seperti pendidik kaunselor, jurulatih dan penyelia.F.6.f. Pengajaran teori dan teknik inovatifApabila pendidik kaunselor mengajar teknik/prosedur kaunseling yang inovatif,tanpa asas empirikal, atau asas teori yang mantap, mereka hendaklahmenjelaskan bahawa teknik/prosedur kaunseling itu “belum lagi terbukti” atau“sedang dibangunkan” dan menjelaskan kepada pelajar akan risiko yangmungkin dihadapi serta implikasi etika dalam mengguna teknik dan prosedurtersebut.F.6.g. Penempatan lapanganPendidik kaunselor hendaklah menggubal dasar yang jelas berhubung denganpenempatan lapangan dan pengalaman klinikal lain di dalam program latihan.Mereka hendaklah menggariskan dengan jelas peranan dan tanggungjawabpelajar atau individu yang diselia, penyelia lapangan dan penyelia akademik.Mereka juga hendaklah mengesahkan yang penyelia lapangan adalahberkelayakan untuk membuat penyeliaan dan seterusnya memaklumkan kepadapenyelia lapangan tersebut tanggungjawab profesional dan etika mereka.F.6.h. Pendedahan profesionalSebelum memulakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor pelatih hendaklahmenjelaskan status mereka sebagai pelajar dan menerangkan bagaimana ianyaboleh mempengaruhi batasan kerahsiaan. Pendidik kaunselor hendaklahmemastikan yang pelajar dan individu yang diselia menyedarkan klien dilapangan akan perkhidmatan yang diberikan serta kelayakan mereka. Pelajardan individu yang diselia hendaklah mendapat kebenaran klien sebelummenggunakan sebarang maklumat yang berkaitan dengan perhubungankaunseling di dalam proses latihan mereka. 55
  56. 56. F.7. Kebajikan pelajarF.7.a. OrientasiPendidik kaunselor hendaklah sedar bahawa orientasi adalah suatu prosesperkembangan yang berterusan sepanjang latihan klinikal dan pendidikanpelajar. Pendidik kaunselor hendaklah memberikan maklumat berikut tentangjangkaan program pendidikan kaunselor kepada bakal pelajar: 1. jenis dan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melengkapkan latihan dengan jayanya; 2. matlamat, objektif, dan misi program latihan, serta isi kandungan pelajaran yang perlu diliputi; 3. asas penilaian; 4. komponen latihan yang menggalakkan perkembangan kendiri atau pendedahan kendiri sebagai sebahagian daripada proses latihan; 5. jenis seting penyeliaan dan keperluan di lapangan bagi mendapat pengalaman klinikal yang diperlukan; 6. penilaian pelajar dan individu yang diselia, dasar serta prosedur pemberhentian; dan 7. prospek pekerjaan terkini untuk siswazah.F.8. Tanggungjawab pelajarF.8.a. Piawai bagi pelajarKaunselor pelatih hendaklah memahami dan mematuhi Kod Etika KaunselorLembaga Kaunselor dan undang-undang yang berkaitan, dasar institusi danperaturan-peraturan yang mengawal tingkah laku staf profesional di agensi atau 56
  57. 57. seting penempatan yang berkaitan. Pelajar mempunyai obligasi yang samakepada klien mereka seperti mana ditetapkan kepada kaunselor profesional.F.8.b. KetidakupayaanKaunselor pelatih hendaklah mengelak daripada menawar atau memberiperkhidmatan kaunseling jika masalah fizikal, mental atau emosi merekamungkin memudaratkan klien atau orang lain. Mereka hendaklah peka kepadatanda-tanda ketidakupayaan, mendapatkan bantuan bagi masalah mereka, danmemberitahu penyelia program mereka apabila mereka sedar yang mereka tidakdapat memberikan perkhidmatan dengan berkesan. Mereka seterusnyahendaklah mendapatkan perkhidmatan profesional yang sesuai bagi mengatasimasalah yang menghalang mereka daripada memberi perkhidmatan kepadaorang lain.F.9. Penilaian dan pemulihan pelajarF.9.a. PenilaianPendidik kaunselor hendaklah menyatakan dengan jelas kepada pelajar,sebelum dan sepanjang program latihan, tahap kompetensi yang dikehendaki,kaedah penilaian dan jadual penilaian bagi kompetensi didaktik dan klinikal.Mereka juga hendaklah memberikan maklum balas mengenai penilaian danpenaksiran prestasi yang sedang berjalan sepanjang program latihan.F.9.b. BatasanSepanjang tempoh penilaian dan penaksiran dijalankan, pendidik kaunselorhendaklah menyedari akan adanya ketidakupayaan sesetengah pelajar untukmencapai tahap kompetensi kaunseling yang mungkin menghalang prestasimereka. Mereka seterusnya hendaklah menanganinya dengan:1. membantu pelajar mendapatkan bantuan pemulihan apabila diperlukan;2. mendapatkan konsultasi profesional dan mendokumenkankan keputusan mereka bagi tujuan memberhentikan pelajar itu atau merujuknya untuk mendapatkan bantuan; dan 57
  58. 58. 3. memastikan yang pelajar mempunyai peluang membuat pilihan dalam jangka masa yang secukupnya untuk memilih keputusan yang memerlukan mereka mendapatkan bantuan atau diberhentikan. Pelajar hendaklah diberi peluang yang sewajarnya mengikut dasar dan prosedur institusi.F.9.c. Kaunseling untuk pelajarJika pelajar memohon untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau jikaperkhidmatan kaunseling diperlukan sebagai sebahagian daripada prosespemulihan, kaunselor hendaklah memberikan senarai rujukan.F.10. Peranan dan hubungan antara pendidik kaunselor dan pelajarF.10.a. Hubungan seksual atau romantikInteraksi/ hubungan seksual atau romantik dengan pelajar semasa adalahdilarang.F.10.b. Gangguan seksualPendidik kaunselor tidak boleh membiarkan gangguan seksual berlaku ataumelakukan gangguan seksual terhadap pelajar.F.10.c. Hubungan dengan bekas pelajarPendidik kaunselor menyedari perbezaan kuasa, status dan kedudukan dalamhubungan antara mereka dan pelajar. Mereka hendaklah berbincang secaraterbuka dengan bekas pelajar jika mereka bercadang untuk terlibat di dalamhubungan sosial dan hubungan intim yang lain. Mereka hendaklahmembincangkan bagaimana hubungan mereka yang lalu (sebagai pendidikkaunselor dan pelajar) mungkin mempengaruhi hubungan baru mereka.F.10.d. Hubungan bukan profesionalPendidik kaunselor hendaklah menghindari hubungan bukan profesional atauhubungan profesional yang sedang berjalan dengan pelajar di mana terdapatrisiko kemudaratan kepada pelajar atau mengkompromikan pengalaman latihan 58
  59. 59. atau gred yang diberi. Pendidik kaunselor juga tidak boleh menerima sebarangbentuk perkhidmatan profesional, fi, komisen, pembayaran balik atau ganjarandaripada lapangan kerana menempatkan pelajar atau individu yang diselia.F.10.e. Perkhidmatan kaunselingPendidik kaunselor tidak boleh menjadi kaunselor kepada pelajar semasakecuali ini merupakan peranan ringkas yang berkaitan dengan pengalamanlatihan.F.10.f. Hubungan berpotensi memberi faedahPendidik kaunselor menyedari perbezaan kuasa, status dan kedudukan dalamhubungan antara mereka dan pelajar. Jika mereka yakin bahawa hubunganbukan profesional dengan pelajar berpotensi memberi faedah kepada pelajar,mereka hendaklah mengambil langkah-langkah yang sama seperti langkah-langkah yang diambil oleh kaunselor semasa memberi perkhidmatan kaunselingkepada klien. Contoh-contoh interaksi atau hubungan yang berpotensi memberifaedah termasuklah (tetapi tidak terbatas kepada) menghadiri upacara rasmi,menziarahi pelajar di hospital, memberi sokongan dalam sesuatu peristiwa yangmenimbulkan stres atau sama-sama menjadi ahli dalam pertubuhan profesional,organisasi atau komuniti. Pendidik kaunselor hendaklah berbincang secaraterbuka dengan pelajar jika mereka bercadang untuk menjalinkan hubungan diluar peranan mereka sebagai guru atau penyelia. Mereka hendaklah berbincangtentang rasional interaksi sedemikian, potensi faedah dan kekurangan, sertaakibat yang dijangkakan kepada pelajar. Mereka menjelaskan bentuk danbatasan khusus peranan tambahan mereka sebelum menjalinkan hubunganbukan profesional. Hubungan bukan profesional dengan pelajar hendaklahterbatas pada masa yang bersesuaian dan dimulakan hanya dengan persetujuanpelajar. 59
  60. 60. F.11. Kompetensi multibudaya/kepelbagaian dalam program pendidikandan latihan kaunselorF.11.a. Kepelbagaian pensyarahPendidik kaunselor hendaklah komited untuk mengambil dan mengekalkanpensyarah yang kompeten dalam multi budaya/kepelbagaianF.11.b. Kepelbagaian pelajarPendidik kaunselor hendaklah mencuba bersungguh-sungguh untuk mengambildan mengekalkan kumpulan pelajar dari pelbagai budaya. Pendidik kaunselormenunjukkan komitmen terhadap kompetensi multibudaya/kepelbagaian denganmengiktiraf dan menghargai pelbagai budaya dan jenis-jenis kebolehan yangdibawa oleh pelajar ke dalam pengalaman latihan. Pendidik kaunselor hendaklahmenyediakan kemudahan penginapan yang sesuai bagi menambah baik sertamenyokong prestasi akademik dan kebajikan pelajar yang pelbagai.F.11.c. Kompetensi multibudaya/kepelbagaianPendidik kaunselor hendaklah menyerapkan secara aktif kompetensimultibudaya/kepelbagaian ke dalam latihan dan amalan penyeliaan mereka.Mereka hendaklah melatih pelajar secara bersungguh-sungguh untukmemperoleh kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dalam kompetensi amalanmultibudaya. Pendidik kaunselor hendaklah memasukkan contoh-contoh kes,permainan peranan, soalan perbincangan dan aktiviti bilik darjah lain yang bolehmemupuk serta mewakili berbagai perspektif budaya. 60
  61. 61. Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitanPengenalanKaunselor yang menjalankan penyelidikan digalakkan untuk menyumbangkepada pangkalan pengetahuan berkaitan kaunseling dan memupuk kefahamanyang lebih jelas tentang keadaan yang boleh mewujudkan masyarakat yang sihatdan lebih adil. Kaunselor hendaklah menyokong usaha penyelidik denganmenyertai sepenuhnya secara rela hati, bila-bila mungkin. Kaunselormeminimumkan bias dan menghormati kepelbagaian semasa mereka-bentukdan melaksanakan program penyelidikan.G.1. Tanggungjawab penyelidikanG.1.a. Penglibatan manusia sebagai peserta penyelidikanKaunselor hendaklah merancang, mereka-bentuk, menjalan dan melaporkanpenyelidikan secara tekal dengan prinsip etika, undang-undang negeri danpersekutuan, peraturan institusi di mana penyelidikan dijalankan, dan piawaiansaintifik yang melibatkan manusia sebagai peserta dalam penyelidikan.G.1.b. Pelencongan daripada amalan piawaiKaunselor hendaklah melakukan konsultasi dan mematuhi garis panduan yangketat bagi melindungi hak peserta penyelidikan apabila sesuatu penyelidikan itumelencong daripada piawaian atau amalan yang diterima.G.1.c. Langkah waspada untuk mengelakkan kemudaratanKaunselor yang melibatkan manusia sebagai peserta penyelidikan hendaklahbertanggungjawab menjaga kebajikan peserta sepanjang proses penyelidikandan hendaklah mengambil langkah waspada untuk mengelak berlakunyakemudaratan psikologi, emosi, fizikal, atau kesan sosial ke atas peserta. 61
  62. 62. G.1.d. Tanggungjawab ketua penyelidikKetua penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengikuti amalanetika penyelidikan. Walau bagaimanapun penyelidik lain yang terlibat juga perlumemikul obligasi dan tanggungjawab etika bagi tindakan masing-masing.G.1.e. Gangguan minimaKaunselor hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakdaripada berlakunya gangguan terhadap kehidupan peserta yang terlibat dalampenyelidikan.G.1.f. Pertimbangan multibudaya/ kepelbagaian dalam penyelidikanDi mana sesuai dengan matlamat penyelidikan, kaunselor hendaklahmemasukkan prosedur penyelidikan yang mengambil kira aspek-aspek budaya.Mereka hendaklah melakukan konsultasi jika perlu.G.2. Hak-hak peserta penyelidikanG.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikanIndividu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta penyelidikan.Dalam mendapatkan persetujuan itu kaunselor hendaklah mengguna bahasayang: 1. menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat; 2. mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau yang belum dicuba dengan meluas; 3. menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat; 4. menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau organisasi yang dijangkakan; 5. mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi kebaikan kepada peserta; 6. sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur; 7. menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan; 62

×