Your SlideShare is downloading. ×
Panduan.penubuhan.tadika
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Panduan.penubuhan.tadika

2,953

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,953
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
72
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PANDUAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN TADIKA HAKCIPTA TERPELIHARA Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Penerbitan Oleh INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI ©
  • 2. KANDUNGAN 1. Pengenalan 1 2. Proses Penubuhan Tadika 3 3. Kajian Pasaran 7 4. Pendaftaran Tadika 14 5. Strategi Operasi Perniagaan Tadika 25 6. Strategi Pemasaran Perniagaan Tadika 30 7. Strategi Pentadbiran Perniagaan Tadika 37 8. Implikasi Kewangan Perniagaan Tadika 39 9. Faktor-Faktor Kejayaan 47
  • 3. 1 1 PENGENALAN INDUSTRI 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk memastikan perkembangan murid yang menyeluruh, bersepaduan seimbang. Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan terhadap dua pertimbangan utama dalam menggubal kurikulum prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun, iaitu: • Melengkapkan golongan kanak-kanak dengan pengalaman kehidupan harian yang selaras dengan tahap sperkembangan mereka. • Membekalkan asas persediaan untuk menjalani pendidikan formal kelak. 1.2 Senario Pendidikan Pra Sekolah Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan tidak formal serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak. 1.3 Definisi Pendidikan Pra Sekolah Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara, iaitu:
  • 4. 2 1.3.1 Pengurusan TASKA Taska merupakan singkatan daripada “Taman Asuhan Kanak-Kanak”. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak- Kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebih dari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKArumah yang menerima kurang dari 10 orang kanak-kanak dan TASKAinstitusi pula menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka. 1.3.2 Pengurusan Tadika Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalamAkta Pendidikan 1961. Bagaimana pun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5hingga6tahununtuktujuanmenerimapendidikandengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. 1.4 Kandungan Program Prasekolah Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, bilangan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sehingga Jun 1999 ialah 2,380 buah dengan seramai 286,900 murid-murid. Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk mewajibkan pendidikan prasekolah di kalangan kanak- kanak berumur lima tahun untuk membolehkan mereka menamatkan alam persekolahan pada usia 18 tahun berasaskan kepada sistem pendidikan yang diamalkan di Amerika Syarikat (Berita Harian, 2 Januari 2000).
  • 5. Ada pasaran Tidak Lulus Tidak Lulus Lulus Lulus Bab 5 - 8 Bab 4 Bab 3 3 2 PROSES PENUBUHAN TADIKA 2.1 PROSES PENUBUHAN Proses penubuhan perkhidmatan tadika adalah seperti berikut: Usahawan Melakukan Kajian Pasaran Penetapan Premis/Lokasi (Sewa/Beli/Dirikan) Pendaftaran Perniagaan (ROB/ROC) Memohon Lesen Perniagaan (Kerajaan Tempatan) Memohon Kelulusan (Pendaftaran Dengan Jabatan Pendidikan) Pelaksanaan
  • 6. 4 Terdapat lima langkah dalam proses penubuhan sebuah tadika. Langkah pertama, setiap usahawan perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan perkhidmatan tadika. Sila rujuk kepada faktor-faktor kejayaan bagi sesebuah perniagaan tadika dalam bab 8. Langkah kedua ialah melakukan kajian pasaran di kawasan sasaran yang telah ditentukan. Kajian pasaran dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapatnya permintaan terhadap perkhidmatan tadika di kawasan sasaran pasaran. Penerangan lanjut mengenai kajian pasaran di nyatakan dalam bab 3. Kajian pasaran menerangkan tentang aspek-aspek penting yang perlu diambil kira semasa melakukan kajian pasaran. Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya pasaran bagi perkhidmatan tadika, maka usahawan perlulah menetapkan premis atau lokasi perniagaan. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyewa atau membeli bangunan premis yang sesuai untuk dijadikan tadika. Jika usahawan memilih untuk menyewa bangunan tersebut, satu ikatan perjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hak penyewaan dalam tempoh yang dipersetujui bersama di antara penyewa dan pemilik bangunan. Jika usahawan mengambil keputusan untuk membeli bangunan berkaitan, mereka boleh sama ada menggunakan sumber kewangan sendiri atau mendapatkan pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan berdekatan. Usahawan juga boleh mempertimbangkan untuk mendirikan sendiri bangunan premis tadika. Bagi tujuan ini mereka perlu memastikan bahawa mereka telah mempunyai tapak bangunan yang sesuai.
  • 7. 5 Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada pasaran terhadap perniagaan perkhidmatan tadika maka usahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yang lain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi kawasan berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan bahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan perkhidmatan tadika. Langkah ketiga ialah memajukan permohonan pendaftaran perniagaan/syarikat kepada Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. Jika usahawan memilih untuk menubuhkan sebuah entiti perniagaan perseorangan atau perkongsian, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pendaftar perniagaan. Jika mereka memilih untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad maka permohonan tersebut perlu dimajukan kepada Pendaftar Syarikat. Proses pendaftaran perniagaan diterangkan dalam Bab 4. Langkah keempat ialah memohon lesen perniagaan dengan pihak kerajaan tempatan (majlis perbandaran/daerah). Lesen perniagaan diperlukan bagi membolehkan sesebuah perkhidmatan dapat dijalankan secara sah di tapak premis yang ditetapkan. Langkah ke lima ialah memohon surat kelulusan menjalankan perkhidmatan tadika. Permohonan tersebut hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jika usahawan bercadang untuk menjalankan perkhidmatan tadika berasaskan konsep pengurusan agama, maka permohonan tambahan hendaklah dimajukan kepada pihak JabatanAgama Islam Negeri. Setiap pengurusan tadika adalah tertakluk kepada garis panduan pengendalian tadika yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran (sila lihat Lampiran I).
  • 8. 6 Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi, barulah sesebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankan secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasi penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarang pembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihak pembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasi perniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja. Dalam aspek pelaksanaan operasi perkhidmatan tadika, setiap usahawan perlu mengamalkan kaedah pengurusan yang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk bab 5 hingga bab 8 mengenai strategi operasi, pentadbiran, pemasaran dan kewangan.
  • 9. 7 3 KAJIAN PASARAN 3.1 PENGENALAN Sebelum usahawan menceburi perniagaan perkhidmatan tadika, kajian tentang kewujudan pasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akan dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai pasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu, usahawan juga dapat membuat keputusan sama ada perniagaan perkhidmata tadika boleh dijalankan di lokasi berkenaan. 3.2 Metodologi Kajian 3.2.1 Fasa Pertama : Data Asas Dalam fasa pertama ini, usahawan perlu meneliti beberapa faktor asas yang kritikal bagi menjamin kedudukan perniagaan/syarikat pada jangka masa panjang. Sumber data yang dikaji boleh diperolehi melalui data sekunder (secondary data) yang disimpan di Jabatan Statistik, pejabat perbandaran dan majlis daerah. Sekiranya data tidak dapat diperolehi, usahawan mestilah mengadakan kajian sendiri di lokasi yang dipilih Contoh format keperluan data dinyatakan pada muka surat 11. Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertama ialah: • Profil isi rumah dalam lingkungan 10 kilometer Antara data yang mesti diperolehi ialah jumlah famili, pecahan mengikut bangsa dan data penduduk mengikut umur.
  • 10. 8 • Profil Persaingan Di samping itu, usahawan perlu juga mengkaji tentang kemungkinan wujudnya tadika yang sedia ada. Data yang dikaji mesti meliputi jumlah persaingan (disenaraikan semuanya mengikut alamat), konsep pembelajaran setiap tadika yang ada dan jumlah pelajar. Kelebihan dan kekurangan pesaing boleh dikaji dengan menemuduga pelanggan-pelanggan kepada perkhidmatan tadika yang sedang beroperasi. 3.2.2 Fasa Kedua : Perincian Profil Pasaran Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawa usahawan boleh membuka satu lagi perniagaan perkhidmatan tadika di lokasi berkenaan, maka kajian lebih terperinci hendaklah dibuat tentang profil pasaran yang ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya memberi maklumat kepada usahawan untuk membuat keputusan tentang strategi perniagaan yang akan dijalankan. Contoh, pendapatan isi rumah atau ketua keluarga akan memberi input kepada usahawan tentang harga perkhidmatan yang hendak ditawarkan. Contoh format dan soalan bagi kajian profil pasaran fasa kedua dinyatakan pada muka surat 14. Dalam fasa kedua ini, usahawan harus mengkaji sendiri data yang diperlukan di lokasi yang telah dipilih, kerana data yang berkenaan amat sukar diperolehi melalui data sekunder. Sekiranya mampu, usahawan juga boleh mengupah syarikat perunding untuk menjalankan kajian berkenaan.
  • 11. 9 3.3 ANTARA FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN TADIKA • Populasi yang ramai berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun. • Tiada persaingan langsung (belum ada perniagaan tadika). • Ada persaingan tetapi masih belum dapat memenuhi permintaan sepenuhnya. • Terdapat persaingan, tetapi hanya menawarkan konsep pembelajaran yang t erhad. Misalnya, masih ada ruang untuk menawarkan konsep pembelajaran Montessori yang belum diperkenalkan lagi. • Ada persaingan, tetapi khusus untuk satu bangsa sahaja.
  • 12. 10 FORMAT KAJIAN PASARAN FASA I A. PROFIL PASARAN 1 Jumlah Kampung/Seksyen di Kawasan Lingkungan 10 km. Nama Kampung/Seksyen Bilangan Isi Rumah 1 2 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah 2. Data Penduduk Mengikut Bangsa Bangsa Jumlah 1. 2. 3. 4. 5. Jumlah
  • 13. 11 3. Data Penduduk Mengikut Umur Umur Bilangan Itahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun 7 - 12 tahun 13 - 17 tahun 18 tahun ke atas 4. Data Persaingan Nama dan Alamat Tadika Konsep Bilangan Pelajar 1. 2. 3.
  • 14. 5. Data Persaingan (Samb.) Nama danlamat Tadika Kekuatan Kelemahan 1. 2. 3. 12
  • 15. 13 FORMAT KAJIAN PASARAN FASA 2 1 Pendapatan isi rumah Kurang RM 1000 RM 1001 - RM 1500 RM 1501 - RM 2500 RM 2501 - RM 5000 Melebihi RM 5000 2. Kenderaan yang dimiliki Tiada kenderaan sendiri Motosikal Kereta Lain-lain : Nyata 3. Adakah anda suami-isteri bekerja ? Ya Tidak 4. Sektor pekerjaan ketua keluarga Kerajaan Swasta Berniaga 5. Adakah anda merancang untuk menghantar anak anda ke Sekolah Tadika ? Ya Tidak 6. Nyatakan jenis atau konsep pembelajaran yang anda lebih minat untuk anak anda pelajar : Konsep agama Montenssori KBSR Konsep 3M Lain-lain, nyatakan
  • 16. 4. PENDAFTARAN TADIKA 4.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran Perniagaan Syarikat Terdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan bagi mengendalikan perkhidmatan tadika, iaitu perniagaan perseorangan (sole proprietorship), perkongsian (partnership) dan syarikat sendirian berhad (private limited company). Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, semua bentuk perniagaan perseorangan dan perkongsian dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registrar of Business - ROB) sebelum memulakan perniagaan. Kaedah pendaftaran bagi setiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut: Perniagaan Perseorangan Sebelum memulakan pendaftaran perniagaan, pengusaha dikehendaki mengisi borang carian nama yang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikan tiada pertindihan terhadap nama yang dipilih. Jika nama tersebut diluluskan, pengusaha boleh meneruskan langkah-langkah berikut: Dapatkan Borang A dari ROB Lengkapkan Borang A Borang Yang Telah Dipenuhi Hendaklah Disahkan Oleh Pesuruhjaya Sumpah Serahkan Borang A Dengan Menyertakan Kad Pengenalan 14
  • 17. 15 Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat, rakan kongsi baru, cawangan baru dan sebagainya, pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusaha ingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlu memenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB. Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaran asal (Borang D). Perkongsian Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupa dengan pendaftaran perniagaan perseorangan. Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisi borang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secara berasingan. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC) berpandukan kepada langkah-langkah berikut : Pilih Nama Syarikat Dapatkan Kelulusan ROC Bagi Nama Yang Dipilih Penuhkan Borang-Borang Yang Berkaitan Penuhkan Lampiran A
  • 18. 16 Pemilihan Nama Syarikat Serahkan Borang 13 A bagi mendapatkan kebenaran menggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan nama hendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayu atau seratus peratus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. Borang-Borang Yang Perlu Dikemukakan Borang-borang berikut perlu dikemukakan semasa menubuhkan syarikat : • Borang 6 : Surat akuan berkanun mengenai pematuhan segala peraturan. • Borang 48 A : Akuan berkanun sebelum perlantikan menjadI pengasas atau pengarah. • Memorandum danArtikel Persatuan. • Salinan surat kelulusan. Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yang telah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkan dan syarikat boleh memulakan beroperasi menggunakan nama yang didaftarkan. Lampiran A Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dan dikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumen syarikat. LampiranA memuatkan nama syarikat, objek pertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang didaftarkan dan butir-butir pengarah. 4.2 PENDAFTARAN DENGAN JABATAN PENDIDIKAN Pendaftaran tadika adalah melalui proses-proses berikut
  • 19. 17 Mengemukakan Permohonan Penubuhan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Negeri Mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Mendapatkan Pandangan dan Sokongan Daripada Agensi-Agensi Berkaitan Surat Kelulusan Dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Dengan Syarat-Syarat Tertentu Jabatan Pendidikan Mengeluarkan Sijil Pendaftaran Sekolah Permohonan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada Unit Pendidikan Swasta, Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri masng-masing. Pemohon hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penubuhan, kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih. Permohonan hendaklah disertakan : • Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling. • Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).
  • 20. 18 • Nama tadika beralamat penuh 3 km sekeliling/300 buah rumah (bagi kawasan taman perumahan). • Surat persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan penghuni/tuan punya rumah tidak kurang daripada sepuluh buah rumah jiran. • Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement). • Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF). • Kertas Kerja. Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Satu surat jawapan penerimaan kertas kerja secara bertulis akan dikeluarkan dan meminta pemohon menghubungi pihak jabatan untuk menentukan tarikh lawatan.. Mengisi Borang Pendaftaran Semua borang rasmi permohonan pendaftaran akan diberikan kepada pemohon selepas lawatan. Mendapatkan Sokongan Dari Agensi Berkaitan Setelah borang permohonan disemak, bagi mendapatkan pandangan dan sokongan, Jabatan akan mengeluarkan surat kepada : • Pihak Berkuasa Tempatan • Jabatan Bomba dan Penyelamat • Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC) Surat Kelulusan dan Tawaran Syarat Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para 5, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengan syarat-syarat tertentu. Sijil Pendaftaran Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon bersetuju dengan syarat yang dikenakan.
  • 21. 19 Format kertas kerja permohonan penubuhan tadika dengan Jabatan Pelajaran dan permohonan pinjaman dari institusi kewangan. 4.3 PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN Perancangan • Mengemukakan pelan-pelan clan clokumen-clokumen. • Pelan-pelan : - Pelan tapak - Pelan lantai - Lukisan keratan - Lukisan tampak • Urusan tanah/percukaian : - Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah Daerah. - Salinan cukai taksiran - Salinan cukai tanah • Dokumen-dokumen lain : - Gambar-gambar tapak - Surat perjanjian/kebenaran dari pemilik bangunan (jika disewa) - Surat sokongan dari pemilik/penghuni bangunan/ lot bersebelahan Kesesuaian Tapak • Jenis bangunan yang sesuai. • Rumah sebuah (banglo). • Rumah berkembar. • Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan lalulintas). • Rumah pangsa (tingkat bawah). • Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba). • Bangunan komersil (mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba). • Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja).
  • 22. 20 Kesesuaian Tanah • Tidak terletak di hadapan jalan utama. Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama. • Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar bangunan pusat. Kehendak Pengiklanan • Ditulis dalam Bahasa Melayu. • Kedudukan di tempat yang sesuai. Kehendak Bangunan • Kehendak tangga (sekiranya bangunan bertingkat) : - Mempunyai dua tangga (laluan) bagi masa kecemasan. - Tangga kayu dan konkrit hendaklah di atas permaidani atau bahan lembut. - Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings) dengan ketinggian sesuai denganketinggian kanak- kanak. Kehendak Pengudaraan dan Pencahayaan • Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai. • Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan lega lantai. • Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada keluasan lega lantai. Kehendak Tingkap dan Pintu • Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian dalam. • Tingkap jenis bebilah (louvres) tidak dibenarkan. • Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang boleh dibuka. • Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta boleh dibuka. • Menyediakan dua pintu yang berasingan (1 hadapan dan1 belakang).
  • 23. 21 Kehendak Kegunaan Ruang • Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan bermain. • Menyediakan ruang berasingan (sick bay). • Menyediakan ruang dapur. • Menyediakan ruang penyediaan makanan. • Mempunyai ruang penyimpanan makanan. • Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain. 4.4 PERATURAN JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA DAN PENYELAMAT Bangunan Keadaan Bangunan Yang Dibenarkan • Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan bertingkat). • Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya. • Kedudukan tadika tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba (bandaraya 40 meter, bandar kecil 10 meter). • Bukan bangunan tingkat basement. Ciri Keselamatan Bangunan • Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi tadika yang terletak dalam bangunan bertingkat. • Mematuhi jarak perjalanan maksimum (tiada sistem sprinkler 30 meter, mempunyai sistem sprinkler 43 meter, had jalan mati 9 meter, jarak minimum antara dua pintu 5 meter). • Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar. Kehendak Teknikal Dinding • Antara tadika dengan bahagian lain (dinaikkan ke paras tingkat) - tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam. • Bilik penyediaan dengan tadika (dinaikkan ke paras lantai tingkat) - TKA 2 jam. • Dinding pejabat (TKA 1/2 jam).
  • 24. 22 Kehendak Kemudahan Keluar dan Pengosongan Premis. • Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri. • Mengadakan trolley nisbah 1:6. • Mewujudkan refuge area: - Ruang lobi. - Koridor. - Kawasan terlindung dalam tadika. • Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan: - 2 unit 4.5 kg. alat pemadam api mudah alih jenis debu kering. - Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri. Operasi Kehendak Langkah Keselamatan • Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita. • Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk. • Tidak dibenarkan merokok dalam premis. • Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak. Jika ada aktiviti, hendaklah dijalankan di kawasan berasingan yang mempunyai ketahanan api yang dibenarkan. • Tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak ke dalam ruang penyediaan. • Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas. • Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar. 4.5 PERATURAN JABATAN KESIHATAN Persekitaran (Operasi) Premis dan Kawasan Sekeliling Perlu Dalam Keadaan Kemas dan Bersih. • Rumput dipotong dari semasa ke semasa. • Tiada bahan buangan serta botol/tin yang menakung air.
  • 25. 23 Bangunan Kehendak Kemudahan Kebersihan • Menyediakan elbow tap. • Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak- kanak yang kurang upaya. • Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6") tinggi dari paras lantai. • Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi 600mm (2") hendaklah disediakan secukupnya. Bangunan (Operasi) Komponen Bangunan • Dinding di dalam dan di luar bangunan, siling dan lantai hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan memuaskan setiap masa. • Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil serta parit hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih, tidak licin dan air tidak bertakung. • Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai dan memuaskan serta bersih pada setiap masa. • Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan membasuh yang lengkap. • Mempunyai tempat membuang sampah atau menggunakan tong sampah dan karung plastik seperti yang ditetapkan. • Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter persegi. • Longkang di dalam kawasan tadika hendaklah ditutup dengan papan tetulang konkrit untuk keselamatan. Peralatan/Perabot/Kemudahan Dalam Bangunan • Semua perabot, alat-alat elektrik dan sebagainya hendaklah berada dalam keadaan bersih dan memuaskan. • Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan mencukupi.
  • 26. 24 • Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan tidak berbentuk tajam. • Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan selamat. • Mengadakan telefon di bangunan pusat. • Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir-butir ibu/bapa/penjaga. • Mengadakan buku pelawat. Kehendak Perubatan dan Kesihatan • Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai. • Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan. • Mengadakan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak. • Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan (X-Ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja. • Orang yang menghidap sebarang penyakit dilarang masuk ke dalam bangunan pusat. • Binatang-binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalam bangunan. Penyediaan Makanan • Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak. • Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak- • Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman. • Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak yang beragama Islam. • Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih. • Keadaan tempat menyediakan makanan hendaklah bersih. • Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih clan selamat. Kehendak Umum • Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
  • 27. 25 5. STRATEGI OPERASI PERNIAGAAN TADIKA 5.1 PENGENALAN Aspek ini merumuskan penemuan tentang perkara- perkara seperti sumber pembekalan perkhidmatan, aspek pekerjaan, kelayakan tenaga kerja, keluasan ruang perniagaan dan maklumat pelajar. 5.2 Keperluan Bahan dan Suber Bagi membolehkan perkhidmatan tadika dijalankan dengan berkesan, setiap usahawan perlu mempertimbangkan untuk memiliki sumber bahan bagi keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Di antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : Bahan Sumber Perbekalan Pembelajaran Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd. (Buku/nota) No. 8, Ground Floor, JalanAUIA/4F Tmn. Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur. Tel :03-4575139/140 Fax : 03-4575132 Mahir Publications Sdn. Bhd. No. 39, Jalan Nilam 1/2 Subang Square FTTS Subang Hi-Tech Industrial Park Batu Tiga, 40000 Shah Alam Selangor Tel : 03-7379044 Fax : 03-7379043 Bookman Sdn. Bhd. No. 25, Jalan Maju 2/1 Taman Lembah Maju 68000 Ampang, Selangor Tel : 03-4910200/012-3918715
  • 28. 26 Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing Pembelajaran (Meja/ No. 17/1, Jalan Tiara 3 kerusi/ papan putih dll.) Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor Tel : 03-3432909/012-2511324 Fax : 03-3432909 Peralatan/Kemudahan Power Price Marketing Riadah (Play House/ No. 17/1, Jalan Tiara 3 play side dll.) Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor Tel : 03-3432909/012-2511324 Fax : 03-3432909 Pengangkutan Syarikat pengangkutan berhampiran 5.3 BILANGAN PEKERJA Secara purata bilangan pekerja sektor perkhidmatan tadika ialah 7 orang. Bilangan pekerja terendah ialah 2 orang dan tertinggi ialah 21 orang. Pecahan bilangan pekerja mengikut kategori sepenuh masa dan separuh masa adalah seperti berikut : Tertinggi Purata Terendah Sepenuh Masa (orang) 15 6 2 Separuh Masa (orang) 6 1 0 5.4 KATEGORI PEKERJA Secara purata, setiap perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai 7 orang pekerja. Pecahannya mengikut kategori adalah lima orang guru atau jurulatih, seorang pekerja pentadbiran clan seorang pekerja am.
  • 29. 27 5.5 KELAYAKAN GURU Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai guru atau tenaga pengajar yang kelayakan minima di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi seperti ijazah, diploma atau sijil tadika dapat membantu kecemerlangan mutu perkhidmatan. 5.6 INSTITUSI LATIHAN PENGURUSAN TADIKA Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam memberikan latihan pengurusan tadika kepada mereka yang berminat dalam bidang ini. Latihan tersebut terbuka kepada pemilik perniagaan atau bakal pengusaha tadika dan tenaga pengajar/pendidik perniagaan perkhidmatan tadika. Di antara institusi latihan yang ada ialah : 1. Persatuan Tadika Malaysia No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya Tel : 03-79574610 Fax : 03-79544610 2. Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd. No. 8, Tingkat Bawah, Jalan AU 1A/4F Taman Keramat Permai 54200 Kuala Lumpur Tel : 03-42575132 Fax : 03-42575132 3. Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Tel : 03-89265853 Fax : 03-89263213 u/p : Tn. Hj. Kamaruddin Musa 4. Tadika Sri Montessori Sdn. Bhd. No. 91, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor Tel : 03-79575755 Fax : 03-79563580 e-mail : admin@montessori.edu.my 5. Persatuan Taska Negeri Selangor No.1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya 47500 Selangor Tel/Fax : 03-7382735 u/p : Pn. Ismaliza Ismail
  • 30. 28 5.7 RUANG Dari segi keluasan ruang, ia boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu keluasan keseluruhan tapak perniagaan dan keluasan ruang perniagaan. Keluasan keseluruhan tapak perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor, ruang dapur dan kawasan riadah. Manakala ruang perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat, bilik darjah, ruang stor dan ruang dapur sahaja. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai keluasan purata tapak perniagaan sekitar 1,020 meter persegi atau 10,979 kaki persegi. Keluasan terendah adalah 500 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah 2,000 meter persegi. Dari segi keluasan ruang perniagaan pula, kebanyakan perniagaa perkhidmatan tadika mempunyai keluasan purata sekitar 285 meter persegi atau 3,068 kaki persegi. Keluasan terendah ialah 200 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah 800 meter persegi. 5.8 BILANGAN BILIK DARJAH Dari segi keperluan bilangan bilik darjah, didapati kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai purata lima (5) buah. Bilangan bilik darjah terendah ialah satu dan yang tertinggi ialah sepuluh buah. 5.9 PELAJAR Bilangan purata pelajar bagi sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika ialah 88 orang. Jumlah ini secara umumya bermaksud bahawa setiap bilik darjah diisi dengan 16 orang pelajar untuk tujuan memberi keselesaan dan perhatian kepada pelajar.Angka ini juga menunjukkan
  • 31. 29 bahawa purata 5 kelas adalah kadar minima jika tadika ini dibuat secara komersil. 5.10 MASA OPERASI Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika menawarkan perkhidmatan pada hari-hari berkerja sahaja. Masa beroperasi ialah dari jam 7.45 pagi hingga 5.30 petang. Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja (Tiada kelas pada cuti umum dan cutimingguan) Masa :Sesi Pagi 7.45 pagi hingga 10.30 pagi Petang 2.45 petang hingga 5.30 petang
  • 32. 30 6. STRATEGI PEMASARAn PERNIAGAAN TADIKA 6.1 PENGENALAN Aspek ini menerangkan tentang rangkaian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, peratus keuntungan yang diperolehi oleh industri, isu tentang segmen pasaran, konsep perkhidmatan, penetapan harga produk, strategi edaran lan promosi. 6.2 Rangkaian Produk atau Perkhidmatan Senarai rangkaian produk atau perkhidmatan yang melengkapi keperluan pasaran adalah antara isu penting dalam menentukan keuntungan dan kesinambungan sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyai senarai produk atau perkhidmatan tadika meliputi perkhidmatan tadika, penjagaan kanak- kanak, kelas bahasa, senilukis,muzik, agama dan perkhidmatan pengangkutan. Dalam industri ini, terdapat usahawan yang hanya menawarkan produk tadika sepenuhnya. Sebahagian kecil pula menawarkan produk tadika dan produk lain secara serentak. Produk-produk lain meliputi penjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, kelas senilukis, kelas muzik, kelas agama dan pengangkutan. Antara sebab utama ialah, di bawah produk perkhidmatan tadika, pembelajaran tentang kelas bahasa, senilukis, muzik, agama telah pun diberi penekanan. Kebanyakan pengusaha tadika tidak menawarkan perkhidmatan pengangkutan sebagai sebahagian dari rantaian produk mereka. Usahawan bidang ini lebih cenderung menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh pengusaha pengangkutan sedia ada di kawasan berdekatan. Bagaimana pun jika usahawan yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan tadika dapat menawarkan
  • 33. 31 perkhidmatan pengangkutan sebagai satu produk tambahan, mereka mempunyai kelebihan bersaing dengan pengusaha tadika yang lain. 6.3 Kadar Keuntungan Dari segi peratus untung kasar, didapati di kalangan perniagaan perkhidmatan tadika mencatat kadar yang berbeza. Secara purata, kadar keuntungan kasar yang diperolehi ialah 15% hingga 50% sahaja. Manakala kadar keuntungan bersih pula ialah sekitar 5 hingga 30% sahaja. Bagaimana pun kebanyakan pengusaha tadika memperolehi kadar untung bersih sekitar 10% sahaja. Kadar keuntungan (kasar dan bersih) yang diperolehi memberi implikasi kepada pulangan pelaburan dan kelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan. Keuntungan yang diperolehi membolehkan perniagaan diteruskan dan dikembangkan. 6.4 Segmen Pasaran Bahagian ini menerangkan tentang aspek segmen pasaran dari segi agihan segmen mengikut bangsa dan umur. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tadika yang menawarkan pembelajaran melalui bahasa melayu dan bahasa inggeris. Namun demikian, bagi kaum Cina, mereka mempunyai tadika yang dijalankan melalui bahasa mereka sendiri. Manakala dari segi umur pula, kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pelanggan dalam kategori berumur 6 tahun dan 5 tahun. Segmen umur di bawah 5 tahun adalah kecil. Begitu juga dengan peringkat umur 3 tahun. Ini bermakna segmen pasaran berumur di bawah 5 tahun sewajarnya diberi perhatian oleh pengusaha tadika di masa-masa hadapan (jika kumpulan sasaran adalah kanak-kanak 5 tahun ke bawah - perniagaan yang terlibat ialah Taska).
  • 34. 32 6.5 Konsep Perniagaan Tadika Pengurusan tadika sebagai sebuah entiti komersil diurus berasaskan beberapa konsep yang tertentu. Di antara konsep pengurusan tadika yang diamalkan ialah berasaskan konsep agama, Montenssori, KBSR dan Konsep 3M atau kombinasi di antara konsep-konsep tersebut. Pengurusan berasaskan konsep agama bermakna operasi tadika tersebut dijalankan dengan menekankan kepada pendidikan agama kepada pelajar-pelajar. Kurikulum pendidikan yang digunapakai adalah sebagaimana yang dikeluarkan oleh JabatanAgama Islam Selangor (JAIS) atau lain-lain persatuan agama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau JIM (Jemaah Islam Malaysia). Kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep agama meliputi : • Mengenal Diri dan Kesihatan. • Akhlak (Tauhid, Ibadat dan Sirah). • Bacaan asasAl-Quran melalui kaedah Qiraati atau Iqra. • Penekanan latihan dan bacaan jawi. • Asas tulisan dan membaca. • Asas mengira (Matematik). • Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. • Sains • Latihan sembahyang secara amali setiap hari. • Riadah. Manakala konsep pengurusan Montessori pula adalah satu pendekatan berasaskan falsafah pendidikan yang diasaskan oleh Dr. Maria Montessori (1870 -1952) di mana penekanan diberikan kepada persediaan pelajar untuk memasuki sekolah rendah dan pembentukan keterampilan diri. Pengurusan tadika Montessori disyaratkan perlu mendapat didikan dan seliaan oleh Pusat Montessori
  • 35. 33 di London, di mana kurikulum yang digunakan adalah berasaskan kepada kurikulum yang dikeluarkan oleh Pusat Montessori di London. Bahasa pengantar utama ialah Bahasa Inggeris kecuali pengajaran tentang Bahasa Malaysia/Cina dan kelas agama. Di antara kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep Montessori meliputi : • English Language (Thematic Approach) • English Reading Program • Phonics • Writing Skill • Mathematics • Art and Craft • Music And Movement • Computer • Health And Fitness • Cultural Studies • Bahasa Malaysia/Cina • Bahasa Malaysia/Chinese Reading Program • Islamic Studies/Moral Pengurusan tadika berasaskan Konsep KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) memberi penekanan kepada persediaan pelajar untuk memasuki persekolahan darjah satu. Kurikulum yang digunakan ialah berasaskan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri. Di antara kandungan kurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep KBSR ialah: • Asas Bacaan - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris • Asas Mengira (Matematik) • Asas Kemahiran Hidup Dan Reka Cipta • Asas Pendidikan Islam/Moral • Asas Pendidikan Seni • Asas Pendidikan Muzik • Asas Sains • Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan • Kelas Agama dan Fardu Ain
  • 36. Konsep Pengurusan 3M (Menulis, Mengira dan Membaca) pula memberi penekanan kepada pelajar- pelajar tentang kemahiran menulis, mengira dan membaca. Dari segi kandungan kurikulum pengurusan berasaskan 3M tidak banyak bezanya dengan konsep KBSR, cuma penekanan dalam konsep 3M diberikan kepada meningkatkan kemahiran menulis, mengira dan membaca di kalangan pelajar berbanding pengurusan berasaskan KBSR - lebih kepada persediaan untuk memasuki sekolah rendah. Setiap pengusaha perkhidmatan tadika perlu mempertimbangkan untuk mengadaptasikan mana-mana konsep pengurusan tadika yang sesuai. Keputusan untuk memilih konsep pengurusan tadika tertakluk kepada faktor-faktor berikut : • Pengetahuan dan asas pendidikan pengusaha • Keperluan pekerja yang berkelayakan • Faktor pasaran - wujudnya pasaran bagi konsep berkenaan di sekitar jejari 10KM dari premis yang dicadangkan. 6.6 Penetapan Harga Perkhidmatan Pada dasarnya penetapan kadar harga produk/ perkhidmatan tadika adalah berbeza di kalangan pengusaha tadika. Harga yang ditetapkan kebiasaannya berdasarkan pakej produk, jangka masa pelajar berada di premis dan daerah lokasi perkhidmatan ditawarkan. Yuran bulanan dan tahunan dikenakan kepada setiap pelajar. Yuran tahunan dikenakan sekali sahaja (sila lihat perkara 6.3 untuk perincian). 6.7 Edaran Produk Aspek edaran meliputi keluasan pasaran sasaran serta perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan. Kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pasaran pada jarak keluasan pasaran sekitar 10KM dari lokasi premis. 34
  • 37. 35 Hanya sedikit sahaja perkhidmatan tadika mensasari pasaran melebihi 10KM. Ini bermakna pemilihan lokasi sangatlah penting dalam menentukan dayamaju perniagaan perkhidmatan tadika. Dari segi kedudukan lokasi premis pula didapati kebanyakan lokasi perkhidmatan tadika ialah di lot premis/ perniagaan tepi (corner lot unit). Walaupun tiada syarat khusus yang mewajibkan sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika dijalankan pada lot tepi, tetapi kecenderungan memilih lot tepi memberi kelebihan bagi membolehkan keluasan mencukupi untuk ruangan bilik darjah, padang permainan dan ruang pejabat. 6.8 Media Promosi Aktiviti promosi sangat penting dalam usaha memperkenalkan produk dan seterusnya mempengaruhi penggunaan produk tersebut. Walaupun pada dasarnya perniagaan perkhidmatan tadika bukan berorientasikan keuntungan bahkan lebih kepada memberi perkhidmatan. Kebanyakan perkhidmatan tadika yang ada menekankan kepada falsafah memberi perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat setempat berbanding kepentingan keuntungan semata. Ini menyebabkan matlamat utama aktiviti promosi dalam perniagaan tidak diberi penekanan ketara. Di antara media utama aktiviti promosi meliputi pengedaran brosur, sepanduk, aktiviti tahunan, kad perniagaan dan “word of mouth”. Penggunaan media moden seperti laman web dan elektronik tidak begitu ketara. Penggunaan media moden dalam aktiviti promosi perkhidmatan tadika wajar dipertimbangkan kerana skop edarannya yang luas, kos efektif yang rendah dan tanda keprihatinan kepada perubahan teknologi pendidikan.
  • 38. 6.9 BELANJAWAN PROMOSI Peruntukan tahunan untuk aktiviti promosi adalah kecil jika dibuat secara perbandingan. Ini menyebabkan aktiviti promosi melibatkan penggunaan media dan kekerapan aktiviti promosi yang terhad. Keadaan ini tidak sesuai kerana aktiviti promosi sewajarnya dianggap sebagai satu bentuk pelaburan untuk memperkenalkan produk dan seterusnya menyakinkan pengguna tentang kepentingan dan kebaikan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika memperuntukkan perbelanjaan kurang daripada RM3,000 setahun untuk aktiviti-aktiviti promosi mereka. 36
  • 39. 37 7 STRATEGI PENTADBIRAN PERNIAGAAN TADIKA 7.1 Pejabat Pentadbiran Dari segi keperluan pejabat pentadbiran, didapati bahawa hampir kesemua perniagaan tadika di Lembah Kelang memperuntukxkan sebuah ruang pejabat dalam premis perniagaan mereka. Keluasan ruang pejabat ini tidak penting kerana ia digunakan hanya untuk menempatkan rak fail dan peralatan pejabat. 7.2 KEPERLUAN PERABOT DAN PERALATAN Peralatan yang diperlukan untuk mentadbir perniagaan tadika terdiri daripada perkara-perkara yang berikut : • Satu set perabot meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani • Sebuah komputer • Sebuah pencetak • Alat tulis dan rak-rak fail 7.3 TENAGA KERJA PENTADBIRAN Tidak ramai tenaga kerja pentadbiran yang diperlukan oleh perniagaan tadika. Kebanyakan perniagaan yang ditemui mempunyai seorang pengurus dan seorang kerani sahaja. 7.4 PERSATUAN TADIKA/TASKA Sebagai pengusaha perkhidmatan tadika sewajarnya setiap pengusaha menganggotai mana-mana persatuan yang berkaitan. Dengan menyertai mana-mana persatuan berkaitan, mereka dapat menyalurkan pandangan serta mengemukakan masalah dengan cara yang lebih berkesan.
  • 40. 1. Persatuan Tadika Malaysia No. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya. Tel :03-79574610 Fax : 03-79544610 2. Persatuan Taska Negeri Selangor No. 1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya 47500 Selangor Tel/Fax : 03-568382735 u/p: Pn. Ismaliza Ismail 38
  • 41. 39 8 IMPLIKASI KEWANGAN PERNIAGAAN TADIKA 8.1 PENGENALAN Aspek ini menerangkan tentang aspek kos pelaburan dan pendapatan bagi perniagaan tadika. Di samping itu, aspek ini juga menganalisis pulangan modal bagi perniagaan tersebut. 8.2 KOS PELAKSANAAN PROJEK Kos pelaksanaan projek ialah segala kos yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu projek perniagaan. Kos ini meliputi kos pelaburan aset tetap, pelaburan modal pusingan dan kos pra-operasi. Jadual 8.1, 8.2 dan 8.3 menunjukkan purata kos pelaksanaan projek dan perinciannya bagi perkhidmatan tadika. Purata kos pelaksanaan projek bagi menjalankan perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak adalah sebanyak RM71,290. Manakala kos pelaksanaan projek bagi perkhidmatan tadika sahaja ialah RM69,028. Jadual 8.2 Purata Kos Pelaksanaan Projek Jenis Pelaburan Tadika & Penjagaan Tadika Kanak-Kanak Pelaburan Aset Tetap RM 60,980 RM 57,850 Pelaburan Modal Kerja RM 8,540 RM 9,153 Kos Pra-Operasi RM 1,770 RM 2,025 Jumlah RM 71,290 RM 69,028
  • 42. Jadual 8.2 Perincian Kos Pelaksanaan Projek (Tadika & Penjagaan Kanak-Kanak) (n = 26) Kategori Kos purata minimum tertinggi (RM) (RM) (RM) KosAsetTetap 60,980 5,000 250,000 Modal Kerja (bulanan): KosPentadbiran 4,947 1,300 13,300 KosPemasaran 450 0 5,000 Kos Operasi 3,143 0 14,000 Pra-0perasi 1,770 0 11,500 Bilangan Kanak-Kanak (purata) 88 orang Jadual 8.3 Perincian Kos Pelaksanaan Projek (Tadika Sahaja) (n = 20) Kategori Kos purata minimum tertinggi (RM) (RM) (RM) Kos Aset Tetap 57,850 5,000 250,000 Modal Kerja (bulanan): Kos Pentadbiran 5,096 1,300 13,300 Kos Pemasaran 563 0 5,000 Kos Operasi 3,494 0 3,530 Pra-Operasi 2,025 0 11,500 Bilangan Kanak-Kanak (purata) 87 orang 40
  • 43. 41 8.3 KOS PELABURAN Kos Aset Tetap Aset-aset tetap yang dimiliki terdiri daripada tanah, bangunan, perabot dan kelengkapan dan kenderaan. Bagi keseluruhan perniagaan (tadika clan penjagaan kanak- kanak), pelaburan terhadap aset tetap, secara purata bernilai RM 60,980. Bagi pengusaha yang menjalankan perkhidmatan tadika sahaja, purata pemilikan aset tetap bernilai RM 57,850. Modal Kerja Modal kerja (atau modal pusingan) merangkumi kos pentadbiran, kos pemasaran dan kos operasi. Terdapat juga sebilangan tadika yang menanggung kos pra-operasi. Kos Pentadbiran. Kos ini merangkumi pembayaran gaji kakitangan, sewa tanah dan bangunan, utiliti dan sebagainya. Secara purata, kos pentadbiran yang terlibat bagi mengendalikan perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak ialah RM 4,947 sebulan dan bagi tadika sahaja ialah RIM 5,096. Kos Pemasaran. Kos pemasaran ialah segala kos yang diperuntukkan bagi membiayai segala aktiviti pemasaran perniagaan. Di antara contoh perbelanjaan pemasaran ialah kos promosi. Secara purata, kos pemasaran ialah sebanyak RM450 sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM563 bagi tadika sahaja. Kos Operasi. Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagi membiayai ssegala perbelanjaan operasi. Di antara contoh kos operasi ialah pembelian bahan makanan, bahan pengajaran dan utiliti.
  • 44. Secara purata kos operasi ialah RM3,143 sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM3,494 bagi tadika sahaja. Pada keseluruhannya, secara purata jumlah modal kerja ialah RM8,540 sebulan bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM9,153 sebulan bagi tadika sahaja (lihat Jadual 8.4). Jadual 8.4 Jumlah Pelaburan Modal Kerja Bulanan Jenis Kos Tadika & Penjagaan Tadika Kanak-Kanak KosPentadbiran RM 4,947 RM 5,096 KosPemasaran RM 450 RM 563 Kos Operasi RM 3,143 RM 3,494 Jumlah RM 8,540 RM 9,153 Kos Pra-Operasi Kos ini membabitkan perbelanjaan yang ditanggung sebelum memulakan operasi seperti pendaftaran, ubahsuaian, pembayaran deposit dan sebagainya. Secara purata, belanja pra-operasi yang ditanggung ialah RM 1,770 bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak- kanak dan sebanyak RM 2,025 bagi tadika. 8.4PENDAPATAN Pendapatan utama perniagaan merangkumi yuran pendaftaran, yuran pendidikan prasekolah dan yuran penjagaan kanak-kanak. Yuran Pendaftaran Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00. Yuran terendah ialah sebanyak RM10.00 dan tertinggi berjumlah RM200. 42
  • 45. 43 Secara purata yuran yang dikenakan ialah RM60 setahun setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5). Yuran Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika) Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran bulanan di antara RM101 hingga RM150. Yuran terendah ialah sebanyak RM80 sebulan dan tertinggi RM200 sebulan. Secara purata, yuran bulanan dikenakan sebanyak RM149 bagi setiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5). Yuran Penjagaan Kanak-Kanak Di samping pendidikan pra-sekolah, terdapat juga perniagaan tadika mengendalikan penjagaan kanak- kanak. Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuran di antara RM51 hingga RM100. Bagi kes tertentu, ada juga perniagaan yang mengenakan yuran penjagaan melebihi RM200 sebulan. Secara purata, jumlah yuran ialah RM218 sebulan bagi setiap kanak-kanak. Pendapatan dan Kos Terdapatduafaktorutamayangmempengaruhiuntung,iaitu jumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan kanak- kanak atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kos berubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah: Jualan - Jumlah Kos = Untung atau Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = Untung Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetap dan kos berubah. Kos tetap merupakan belanja perniagaan yang tidak berubah walaupun bilangan kanak-kanak berubah, manakala kos berubah pula merupakan belanja yang berubah secara langsung dengan kadar yang sama dengan perubahan terhadap bilangan kanak-kanak.
  • 46. Bagi tujuan analisis, kos bagi mengendalikan tadika boleh diklasifikasikan seperti berikut: Kos Tetap : susunilai aset tetap kos pentadbiran kos pemasaran Kos Berubah : kos operasi Titik Pulangan Modal Analisis ini hanya membabitkan pengendalian tadika (pra sekolah). Pengiraan titik pulangan modal membabitkan pendapatan dan kos. Bagi membolehkan pengiraan dibuat secara munasabah, pengusaha tadika dibahagikan kepada dua kumpulan: (1) pengusaha yang memiliki bangunan sendiri, dan (2) pengusaha yang menyewa bangunan. Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal, maklumat berikut perlu diketahui: (i) pendapatan yang diperolehi daripada seorang kanak- kanak, (ii) Kos Tetap dan (iii) kos berubah bagi seorang kanak-kanak. Bagi tujuan analisis, hanya pengendalian pendidikan pra- sekolah (tadika) sahaja diambil kira. Ini kerana pendidikan tadika merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan. Pendapatan dan kos bulanan secara purata bagi dua kumpulan pengusaha ditunjukkan seperti di Jadual 8.5. 44
  • 47. 45 Jadual 8.5 Pendapatan dan Kos Bulanan Bangunan Menyewa Sendiri Bangunan Pen dapatan dari seorang kanak-kanak RM 154 RM 154 Jumlahpemilikanasettetap RM 180,000 RM 15,931 Kadar purata susutnilai tahunan 8% 10% bangunan, kenderaan, perabot, peralatan) Kos: Kos Tetap Susutnilai aset tetap RM 1,200 RM 133 Kos pentadbiran RM 3,795 RM 5,257 Kospemasaran RM 750 RM 500 Jumlahkostetap RM 5,745 RM 5,890 -Kos Berubah Kos operasi RM 5,525 RM 2,677 Kos berubah bagi setiap kanak-kanak , RM 63 RM 31 Kos pra-operasi tidak diambil kira dalam analisis ini kerana kos ini merupakan kos permulaan yang dibelanjakan sebelum perniagaan beroperasi. Oleh yang demikian, kos tersebut bukan merupakan perbelanjaan dalam operasi harian tetapi merupakan perbelanjaan modal yang dianggap aset kepada perniagaan. Titik pulangan modal (x) merupakan titik di mana untung bersamaan dengan kosong, iaitu : Jualan - Jumlah Kos = RM0 atau Jualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0
  • 48. 46 Jadual 8.6 Pengiraan Titik Pulangan Modal Memiliki Banpunan Sendiri Menyewa Bangunan Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] =RM0 Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0 RM154 (x)- [RM5,745 + RM63(x)] =RM0 RM154(x)- [RM5,890 + RM31(x)] = RM0 RM154 (x)- RM63 (x) =RM5,745 RM154 (x)- RM31 (x) = RM5,890 91 (x) =RM5,745 RM123 (x) = RM5,890 Bilangan Kanak-Kanak (x) =63 Bilangan Kanak-Kanak (x) = 48 Jumlah jualan (63 x RM154) =RM9,702 Jumlah jualan (48 x RM154) = RM7,392 Bilangan kanak-kanak yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialah seramai 84 orang (jika memiliki bangunan sendiri) dan 48 orang (jika menyewa bangunan), manakala jumlah jualan yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialah RM 12,936 sebulan (jika memiliki bangunan sendiri) dan RM 7,392 (jika menyewa bangunan).
  • 49. 47 9 FAKTOR FAKTOR KEJAYAAN 9.1 PENGENALAN Aspek ini merumuskan penemuan tentang faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah perniagaan perkhidmatan tadika. Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri. 9.2 Ciri-ciri Keusahawanan Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Perlaku atau keperibadian seseorang memainkan peranan penting sama ada menyumbang atau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan. Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga (3) komponen penting. Komponen tersebut ialah aspek pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan tingkahlaku (attitude). Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan mereka mengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya. Manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan atau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang usahawan dan sangat berguna dalam membantu kebolehan mereka mengurus sesebuah perniagaan. Tingkahlaku pula merujuk kepada aspek dalaman diri atau perlakuan seseorang usahawan semasa mengurus perniagaan.
  • 50. Jadual 9.1 menunjukkan tentang ciri-ciri penting yang perlu ada pada seseorang usahawan dalam bidang perkhidmatan tadika. Ciri-ciri tersebut menjadi Penyumbang utama kepada kejayaan mengurus sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika Dalam aspek pengetahuan - elemen ini meliputi pengetahuan dalam bidang pendidikan tadika, tentang perilaku kanak-kanak dan berpengetahuan dalam perniagaan. Manakala elemen kemahiran meliputi kemahiran dalam bidang komunikasi interpersonal dan kemahiran komunikasi hubungan atau business networking. Dalam aspek tingkahlaku pula ciri-ciri seperti ketegasan, keberanian, minat atau sukakan kanak-kanak, kecekalan/kesabaran, kerja kuat, dedikasi dan peramah menjadi resipi utama kejayaan pengurusan perkhidmatan tadika. Jadual 9.1 : Ciri-ciri Keusahawanan Ciri Perincian Tingkahlaku Minat atau Sukakan Kanak-kanak Kerja Kuat Dedikasi Kecekalan/Kesabaran Peramah Ketegasan Keberanian Kemahiran Komunikasi Perhubungan Awam/Business Networking Pengetahuan Dalam Bidang Pendidikan Kanak-Kanak/Tadika Tentang Perilaku Kanak-kanak Berpengalaman Dalam Perniagaan 48
  • 51. 9.3CIRI PERNIAGAAN Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlu mengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada pada sesebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iaitu program atau produk, premis, tenaga kerja dan citra perniagaan(Business image). seperti di Jadual 9.2. Program atau produk merujuk kepada sebarang bentuk perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Manakala premis pula merujuk kepada lokasi dalaman dan luaran premis perniagaan. Kumpulan tenaga kerja meliputi tenaga kerja di bahagian pendidikan, pekeranian dan sokongan. Manakala citra perniagaan adalah merujuk kepada “good will” atau nama baik perniagaan itu sendiri. 49
  • 52. Dalam aspek program atau produk yang ditawarkan, faktorkejayaan adalah terdiri daripada kurikulum terkini, aktiviti tahunan, pemakanan dan kaedah pengajaran. Manakala aspek premis pula merujuk kepada lokasi yang strategik, hiasan dalaman perniagaan yang menarik, keluasan kawasan premis dan kebersihan kawasan perniagaan. Dalam aspek tenaga kerja pula tuntutan kepada keperluan mempunyai kumpulan tenaga kerja terlatih, mereka sukakan kanak-kanak dan semangat kerja berpasukan menjadi faktor terpenting. Dari segi citra perniagaan faktor kejayaan yang dikesan ialah orientasi pencapaian dalam perkhidmatan, rangkaian perniagaan, mempunyai cawangan tambahan, reputasi sedia ada dan perkhidmatan yang mesra. Jadual 9.2 : Ciri-ciri Perniagaan Ciri Perincian Program KurikulumPendidikan AktivitiTahunan Pemakanan (Halal & Bersih) Kaedah Pengajaran Premis LokasiStrategik HiasanDalaman KeluasanKawasanPremis Kebersihan Persekitaran (dalam dan luar premis) Tenaga Kerja Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih) Sukakan Kanak-Kanak Semangat Kerja Berkumpulan Citra Perniagaan OrientasiPencapaianDalamPerkhidmatan Rangkaian Perniagaan (Business Networking) CawanganTambahan Reputasi Perniagaan SediaAda PerkhidmatanMesra 50

×