Kod etika juru audit

  • 231 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
231
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
1
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. (1) KOD ETIKA JURUAUDIT JABATAN AUDIT NEGARA PENGENALAN Tujuan 1. Kod Etika Juruaudit digubal untuk menjadi panduan kepada semua anggota Jabatan Audit Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan profesionalisme Jabatan. Ini kerana fungsi utama Jabatan adalah untuk membantu meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam. Laporan audit merupakan satu nilai tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan awam. Sehubungan itu, Jabatan perlu memperolehi keyakinan daripada masyarakat umum bahawa hasil kerja Jabatan telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan berasaskan etika kerja yang tinggi. Definisi 2. Kod Etika Juruaudit adalah satu sistem atau kod tingkah laku berdasarkan kepada tanggungjawab moral dan kewajipan (obligasi) yang menerangkan bagaimana Juruaudit perlu berkelakuan. 3. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip utama yang terkandung dalam Guidelines on Ethics for Auditors, Manual Jabatan serta Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Akta Audit 1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling serta Arahan Kerajaan. Konsep 4. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas paksi Keutuhan, Kebebasan, Keadilan, Keyakinan dan Kecekapan. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.
  • 2. (2) TERAS KOD ETIKA Keutuhan 5. Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku yang mulia, bersih, amanah, berketerampilan serta beradab sopan dari segi perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini hendaklah sentiasa terkawal dan utuh. 6. Keutuhan memerlukan Juruaudit menghayati prinsip keadilan dan kebenaran. Ia juga menuntut Juruaudit berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa menjalankan tugas. Kebebasan, Adil Dan Saksama 7. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit mestilah bertindak secara bebas, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi pemikiran, niat atau perbuatan. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu. 8. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh parti politik atau lain-lain pertubuhan supaya dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama. 9. Pendapat Juruaudit adalah berasaskan bukti yang sahih yang diperolehi melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat Audit yang dikeluarkan hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak lain yang berkepentingan. 10. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Walau bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, adil dan saksama setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.
  • 3. (3) Profesionalisme 11. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa dan mengekalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan tugas dan melaporkan penemuan audit. 12. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard pengauditan dan perakaunan serta prosedur pengurusan wang awam. Juruaudit hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang, melaksana serta melapor hasil pengauditan. 13. Bagi meningkatkan profesionalisme, Juruaudit hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan terkini bidang pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat di Malaysia dan sejagat. Juruaudit hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi meninggikan lagi mutu perkhidmatan. Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance) 14. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan dengan efektif, Juruaudit perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko. Kerahsiaan 15. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan, sama ada secara lisan atau bertulis. Sekiranya wujud keperluan perundangan, Juruaudit boleh berbuat demikian. 16. Juruaudit bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang diperolehinya.
  • 4. (4) Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya (Due Professional Care) 17. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit hendaklah berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. Juruaudit hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan. 18. Juruaudit perlu mengamalkan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya semasa menjalankan tugas dan penyediaan laporan audit. Jaminan Kualiti 19. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima umum. 20. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif dan seimbang bagi memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Eksekutif, auditi dan umum bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan saksama. Disiplin Diri 21. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu patuh kepada arahan, peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu tampil dalam keadaan yang kemas dan bersih semasa menjalankan tugas. 22. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik profesion Juruaudit. 23. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas pengauditan.
  • 5. (5) 24. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan. Percanggahan Kepentingan 25. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas pengauditan kepada auditi. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan peraturan kerajaan dan mengkompromi kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri daripada perbincangan yang mempersoal atau mengkritik polisi Kerajaan. 26. Juruaudit dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi kebebasan dan keutuhan tugasnya. 27. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan. 28. Juruaudit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi semasa menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi. Penglibatan Dalam Aktiviti Luar 29. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar peraturan kerajaan. Juruaudit juga tidak dibenarkan terlibat sebagai agen, penceramah atau Jawatankuasa dalam seminar/ceramah agensi pihak swasta yang memberi pulangan ekonomi kepada diri sendiri dan pihak penganjur. 30. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang bercanggah dengan peraturan kerajaan. 20 Disember 1999 18 November 2003 (Pindaan)
  • 6. (i) Penjelasan Bagi Perenggan yang Terdapat dalam Kod Etika Juruaudit (Pindaan 18 November 2003) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 5 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain. Contoh: i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas. ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia sebagai satu amanah. iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan mereka. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran (penampilan) dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri hati dan dendam. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat. ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur. iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun. iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal. v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan. vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang betul bukan melalui surat layang. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
  • 7. (ii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga dirinya daripada sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak menepati janji. Contoh: i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (al- Baqarah:282). ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin punch kad mengikut peraturan yang ditetapkan. iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan. iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak menyalahkan orang lain. v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Berketrampilan Seorang yang berketrampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas. Contoh: i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini. Beradap sopan Seorang yang beradap sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas. Contoh: i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. ii. Bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap auditi dan pihak luar. iii. Tidak meninggikan suara ketika sedang marah. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12
  • 8. (iii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 6 Keadilan Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing- masing atau meletakkan sesuatu ditempatnya. Seorang yang bertindak adil akan mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undang- undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan, orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil juga akan melibatkan pihak auditi. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihi diri sendiri. ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang seimbang. iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan pendapat dan ide. iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, tindakan dan perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan. Contoh: i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya. ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan. iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override their objectivity. i. MIA By-Law A-2
  • 9. (iv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid conflicts of interest. Contoh: i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta, berfikiran rasional dan tidak berat sebelah. ii. Institute of Internal Auditors 7 Bebas Manual Jabatan Audit Negara telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Juruaudit hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan objektif. Contoh: i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan Audit tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. ii. Juruaudit perlu mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan. Manual Jabatan Audit Negara 8 Pengaruh Parti Politik Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan tugasnya dan tidak melanggari larangan yang terkandung di bawah Peraturan 21 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas. Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 21
  • 10. (v) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 9 Bukti yang sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah dan boleh dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai punca. ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman. iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti lisan. iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih meyakinkan. v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada keberkesanan sistem kawalan dalamannya. vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti lisan semata-mata. vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan potostat. Manual Jabatan Audit Negara & Garis Panduan Pengauditan Prestasi 10 Pendapat Juruaudit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Juruaudit yang diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran dan kesaksamaan penyata kewangan; ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-aspek tertentu penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan skop; iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota- nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti; iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab tertentu termasuk kekangan ke atas skop. Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit. i. Manual Jabatan Audit Negara
  • 11. (vi) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa pendapat Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai. ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarya. iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan. iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara berasingan. v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan. vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan. vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan pengauditan dijalankan. viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam menjalankan pengauditan. ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada pembaca dan pengguna. ii. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 11 Berkelakuan secara Profesional Standard Profesional yang tinggi Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik. Contoh: i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, neutraliti, akauntabiliti dan berkecuali. iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu mempunyai kemahiran dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang tinggi, pintar serta kreatif.
  • 12. (vii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 12 Pengetahuan Kemahiran Profesional Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT. Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah. ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan. Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menekankan mengenai kemahiran profesional yang perlu dimiliki oleh seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002. Contoh: i. Keupayaan untuk berfikir secara global dan menyeluruh di samping memahami keadaan auditi secara lebih mendalam serta mengambil tahu pergolakan dalaman dan luaran yang bakal memberi kesan kepada auditi. ii. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan. iii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 13 Meningkatkan Profesionalisme Kreatif dan Inovatif Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menekankan mengenai cara untuk meningkatkan profesionalime seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 seperti berikut: i. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan. ii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT. iii. Menghadiri kursus dan latihan bersesuaian dengan tugas. iv. Meningkatkan kemahiran dan ketelitian melalui penggunaan ICT serta menganggotai badan profesional. v. Meningkatkan pengetahuan melalui pekeliling dan standard pengauditan. Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Contoh: i. Juruaudit perlu sentiasa mencari ide dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Ii Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Bil. 1/2002 i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12
  • 13. (viii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 14 Urus Tadbir yang Baik (Good Governance) Urus tadbir yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila satu sistem kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Sistem kawalan dalaman yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Juruaudit perlu memastikan bahawa urus tadbir yang baik diwujudkan dengan: i. membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas ii. menyemak semula tugas yang telah dirancang iii. menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan iv. mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan ditandatangani atau dikeluarkan v. memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit. Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 15 Mendedahkan Maklumat Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit atau mana-mana orang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain. Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana- mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen. i. Seksyen 8 Akta Audit 1957 ii. Perintah Am Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Peraturan 19
  • 14. (ix) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 16 Keselamatan Maklumat Rahsia Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’, mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang telah dilantik. Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang diperolehi adalah terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan seperti berikut: Dokumen Terperingkat: Rahsia besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang. Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang. Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau. Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih. Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.Dokumen terperingkat Rahsia Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah. i. Akta Rahsia Rasmi 1972 Seksyen ii. Arahan Keselamatan
  • 15. (x) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 17 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT. Contoh: i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah-ubah. ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu terkini terutamanya dalam bidang pengauditan. 18 Ketelitian Profesional yang Sewajarnya Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit berdasarkan kepakaran, kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Jabatan Audit Negara. Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan telah diambil tindakan yang sewajarnya. Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan pembetulan diambil. Manual Jabatan Audit Negara 19 Proses Kawalan Kualiti Manual Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan prosedur kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu menerangkan mengenai polisi dan prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar boleh difahami oleh semua pihak. Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang munasabah bahawa kerja yang dilakukan oleh juruaudit atau pakar lain adalah memadai bagi memenuhi keperluannya. Pembelajaran dan latihan yang berterusan juga membantu untuk mencapai kehendak jaminan kualiti. Manual Jabatan Audit Negara & Garis Panduan Pengauditan Prestasi
  • 16. (xi) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Laporan Audit yang Berkualiti Juruaudit perlu peka terhadap proses penghasilan Laporan Audit yang berkualiti. a) Laporan yang disediakan hendaklah memenuhi standard pelaporan yang telah ditetapkan iaitu: i. Padat ii. Jelas iii. Konsisten iv. Lengkap v. Tepat vi. Tepat pada masa vii. Objektiviti b) Standard INTOSAI selanjutnya menyatakan format dan kandungan bagi semua laporan audit adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: i. Tajuk ii. Tandatangan dan tarikh iii. Objektif dan skop iv. Kesempurnaan v. Pengguna/Penerima vi. Perkara yang perlu yang dikenal pasti vii. Peruntukan Undang-undang viii. Pematuhan kepada standard ix. Ketepatan masa i. Manual Jabatan Audit Negara ii. Garis Panduan Pengauditan Prestasi 20 Laporan yang objektif Juruaudit hendaklah memastikan bahawa setiap laporan perlu: i. Mengandungi satu penjelasan yang tepat mengenai skop pemeriksaan ii. Padat, jelas, konsisten, lengkap, tepat dan tepat pada masa iii. Hanya membincangkan isu yang material dan signifikan iv. Membentangkan penemuan dan kesimpulan secara objektif dan membina dengan disokong oleh bukti yang mencukupi dan didokumenkan dengan sempurna dalam kertas kerja. Manual Jabatan Audit Negara
  • 17. (xii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Laporan Seimbang Idea ini telah dicetuskan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara semasa Persidangan Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi. Laporan seimbang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. Melaporkan perkara yang baik mengenai auditi secara keseluruhan serta perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh pihak auditi. ii. Melaporkan perkara yang perlu diambil perhatian (tidak baik) oleh auditi dan menyatakan sebab serta tindakan yang perlu dilakukan oleh auditi. Laporan Persidangan Pegawai Kanan Tahun 2000 di Langkawi 21 Disiplin Diri yang Tinggi Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan dan undang-undang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan Jabatannya. Contoh: i. Juruaudit mesti datang ke pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan. ii. Memenuhi temujanji yang telah ditetapkan dengan pihak auditi dan lain-lain agensi. iii. Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. iv. Mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. v. Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran 22 Bersyukur Bertanggungjawab Bersyukur merupakan satu nilai yang amat dituntut oleh agama. Contoh: i. Mengguna dan menjaga segala kemudahan yang diberi dengan baik. ii. Tidak sombong dan bangga diri dengan pangkat dan kebolehan yang ada. iii. Bersedia memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Seorang yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan sempurna. Contoh: i. Melaksana dan menyelesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan. ii. Bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan yang dibuat. iii. Sentiasa mematuhi arahan dan perintah. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam
  • 18. (xiii) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan Bersabar Bersederhana Seorang yang bersabar akan sentiasa memastikan bahawa semua tindakan yang diambil tidak dibuat dengan terburu-buru dan gopoh-gapah. Individu tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan cekal terutamanya ketika berdepan dengan masalah. Contoh: i. Tidak mudah mengalah dan tenang apabila menghadapi tekanan. ii. Tidak cepat marah dan panas baran. iii. Tidak mudah kecewa apabila dimarahi. Sifat bersederhana amat dituntut terutamanya bagi mengelakkan pembaziran serta mengelakkan diri daripada bersikap riak terhadap orang lain. Contoh: i. Membuat perancangan yang teliti terutama ketika berbelanja. ii. Berbudi pekerti terutamanya ketika berkomunikasi. iii. Bersederhana dari segi berpakaian. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak Dua Belas i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Tonggak 12 23 Semangat kerja berpasukan Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Saling tolong-menolong antara satu sama lain dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Selain itu, idea yang bernas dapat dicetuskan apabila sesuatu perkara itu dibincangkan bersama-sama. Contoh: i. Kerap berbincang mengenai tugas yang dilaksanakan. ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam ii. Dasar Penerapan Nilai Islam dalam Pentadbiran 24 Berhemah dalam berkomunikasi Seseorang yang berhemah akan sentiasa memberikan layanan yang baik dan menuturkan kata yang sopan di hadapan ketua, rakan sekerja dan pihak auditi. Contoh: i. Menggunakan tutur kata yang sopan ketika bercakap. ii. Menegur dengan cara yang baik. i. Nilai & Etika Dalam Perkhidmtan Awam ii. Tonggak 12 25 Mengkompromi Kepentingan Mengkompromi kepentingan boleh didefinisikan sebagai bertolak ansur dalam memberi nasihat tanpa menjejaskan kebebasan seorang Juruaudit.
  • 19. (xiv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 26 Hadiah atau Ganjaran Peraturan 8 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi atau membenarkan ahli keluarga serta mana-mana orang menerima secara langsung atau tidak langsung apa-apa bentuk hadiah atau pemberian daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan jika penerimaan atau pemberian itu mempunyai kaitan dengan tugas rasminya. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 8 27 Kedudukan rasmi Juruaudit adalah dilarang daripada menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi. Contoh: i. Menggunakan kedudukan untuk membeli sesuatu seperti membeli tanah. ii. Meminta sumbangan peribadi daripada orang lain. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 4 29 Aktiviti Luar Anggota Jabatan Audit Negara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan luar yang boleh mencemarkan imej Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Anggota Jabatan Audit Negara juga tidak boleh memberi kurusus, ceramah atau seminar anjuran sektor swasta kecuali yang mendapat kebenaran bertulis daripada Y. Bhg. Ketua Audit Negara. Perkara ini telah dinyatakan di bawah Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta. Contoh: i. Juruaudit tidak boleh menyediakan akauan pihak auditi seperti Majlis Daerah dan sekolah. Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Arahan Ketua Audit Negara Bil. 5/2002 – Memberi Kursus/Ceramah/ Seminar Anjuran Sektor Swasta.
  • 20. (xv) Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan 30 Aktiviti Sosial Ekonomi Parti Politik Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa terlibat dalam apa jua yang menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan Negara atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah. Contoh: i. Terlibat dalam kegiatan perjudian. ii. Terlibat dalam aktiviti lumba haram. iii. Terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh menimbulkan fitnah. iv. Terlibat dalam pertubuhan haram dan ajaran sesat. Seseorang pegawai tidak boleh: i. Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian. ii. Mendapatkan upah kerja bagi mana-mana institusi, syarikat atau, firma atau individu persendirian. iii. Memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau mendapat upah. Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak melanggari larangan yang terkandung di dalam Perintah Am Bab D. Contoh: i. Terlibat dalam gerakan reformasi. ii. Mengedarkan risalah atau bahan berkaitan parti politik. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 4 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 5 Arahan Ketua Audit Negara Bil. 1/2002 – Penglibatan Dalam Pekerjaan Luar. Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – Peraturan 21