PSIKOLOGI SUKAN Atribut
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

PSIKOLOGI SUKAN Atribut

on

  • 107 views

 

Statistics

Views

Total Views
107
Views on SlideShare
107
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
1
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

PSIKOLOGI SUKAN Atribut Presentation Transcript

  • 1. Definisi Proses memberi sebab tentang mengapa sesuatu berlaku satu cabang atau pendekatan motivasi berbentuk kognitif (Cox, 1998). andaian teori ini adalah manusia akan berusaha untuk memahami, menjelas serta meramalkan situasi yang akan berlaku berdasarkan kepada persepsi kognitif mereka.
  • 2. Menurut Heider (1944, 1958) manusia berkeinginan untuk menjelaskan mengenai apa yang berlaku berdasarkan kepada persepsi mereka tentang sebab ianya berlaku. Dengan memahami kategori atribut seseorang atlit maka kita akan dapat mengubah struktur motivasi atlit tersebut
  • 3. Contohnya, jika seseorang atlit menyatakan bahawa kekalahannya disebabkan pengadil perlawanan berat sebelah, ianya menyerlahkan sifat tidak mahu bertanggung jawab ke atas kekalahan tersebut oleh atlit berkenaan.
  • 4. Asas teori yang diutarakan oleh Fritz Heider (1944, 1958) adalah manusia berusaha untuk meramal dan memahami perjalanan hidup seharian untuk memudahkan jangkaan serta kestabilan hidup. model Heider menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang terhasil boleh diatributkan secara dalaman kepada individu (pengaruh individu) atau secara luaran kepada persekitaran (pengaruh persekitaran).
  • 5. Pengaruh individu yang efektif terdiri daripada faktor kebolehan dan faktor usaha, sementara pengaruh persekitaran yang efektif pula terdiri daripada faktor tahap kesukaran tugasan dan faktor nasib. interaksi di antara pengaruh individu dan pengaruh persekitaran akan berlaku dan menghasilkan satu dimensi baru yang dikenali sebagai boleh atau tidak boleh.
  • 6. Keempat-empat faktor ini, usaha, kebolehan, tahap kesukaran tugasan dan nasib, bergabung dan membentuk perlakuan yang boleh diatributkan sebabnya oleh seseorang individu. Justeru itu, Heider menjelaskan bahawa pengaruh individu dan pengaruh persekitaran bergabung lalu menghasilkan perlakuan yang diingin.
  • 7. Sumbangan Weiner: Dengan mengambil empat faktor atribut iaitu usaha, kebolehan, tahap kesukaran tugasan dan nasib, Weiner (1972) mengatur semula keempat- empat faktor tersebut menjadi dua dimensi penyebab yang utama iaitu kestabilan dan lokus kawalan .
  • 8. kestabilan terbentuk berdasarkan atribut yang stabil dan yang tidak stabil lokus kawalan terbentuk berdasarkan atribut lokus kawalan dalaman atau lokus kawalan luaran.
  • 9. Ringkasnya, atlit yang beranggapan bahawa setiap keputusan yang dicapai adalah kerana daya usaha sendiri, biasanya mempunyai lokus kawalan dalaman atlit yang beranggapan bahawa setiap keputusan yang berlaku adalah kerana faktor luaran seperti nasib, pengadil, cuaca dan orang lain, biasanya mempunyai lokus kawalan luaran.
  • 10. Weiner (1979) kemudiannya memasukkan satu lagi dimensi baru iaitu aspek kebolehkawalan (controllability) Dalam konteks ini, proses mengatribut dianggap sebagai berada di dalam kawalan atau di luar kawalan individu tersebut.
  • 11. Proses Mengatribut: Proses mengaplikasi teori atribut boleh dilihat dalam konteks situasi yang kompetitif: ~ situasi yang kompetitif menghasilkan pemenang dan mereka yang kalah ~ membuka peluang untuk kita melihat ke arah manakah atribut dibuat oleh atlit ~ mengetahui tentang sebab-sebab kejayaan atau kegagalannya itu.
  • 12. I. Lokus Kawalan & Situasi Kompetitif Lokus kawalan merujuk kepada tahap di mana seseorang individu percaya bahawa sesuatu yang berlaku itu kerana perbuatan atau tindakannya ~ Individu yang beroperasi menggunakan lokus kawalan dalaman percaya bahawa tindakan atau perlakuan mereka mempengaruhi keputusan ~ individu yang beroperasi menggunakan lokus kawalan luaran pula percaya bahawa faktor luaran seperti nasib, peluang dan orang lain merupakan faktor yang mempengaruhi sesuatu keputusan (Cox, 1998)
  • 13. Kajian dalam konteks sukan menyarankan: ~ atribut yang dibuat seeloknya menjurus kepada lokus kawalan dalaman ~ kerana kita dapat meningkatkan keyakinan diri sekiranya kejayaan yang kita capai diyakini berpunca dari diri kita sendiri dan bukannya kerana unsur luaran yang lain ~ dapat membina tanggapan positif bahawa kita berupaya menentukan kejayaan diri tanpa perlu bergantung atau mengharapkan nasib atau ihsan orang lain untuk berjaya
  • 14. Mengatribut kegagalan kepada lokus kawalan dalaman akan membantu: ~ menerima kegagalan tersebut dengan hati yang terbuka serta akan berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan yang wujud ~ paling baik kegagalan diatributkan kepada faktor dalaman yang tidak stabil atau yang boleh diubah seperti faktor usaha
  • 15. Sebaliknya, jika kegagalan diatributkan kepada (faktor luaran) ~ besar kemungkinan atlit tersebut tidak mahu melihat kekurangan yang wujud dalam diri sendiri serta tidak mahu berusaha untuk memperbaikinya ~ mungkin akan mengambil sikap menyalahkan orang lain.
  • 16. II. Faktor Afektif dan Atribut ~ atribut yang terhasil dari tindakan atau keputusan yang dicapai berkait rapat dengan emosi atau perasaan individu berkenaan ~ atribusi dalaman menghasilkan kesan afektif yang mendalam jika dibandingkan dengan atribusi luaran.
  • 17. ~ apabila seseorang atlit mengatributkan kejayaan kepada faktor dalaman (atribut dalaman), kesannya adalah wujudnya rasa bangga, yakin serta kepuasan dalam diri dengan apa yang telah dicapai. ~ sebaliknya, jika atlit tersebut mengatributkan kejayaannya kepada faktor luaran (atribut luaran), maka akan wujudlah perasaan berterima kasih/syukur atau rasa bernasib baik dalam diri atlit tersebut
  • 18. mengatributkan kegagalan kepada faktor dalaman (atribut dalaman) ~ atlit akan berasa bersalah serta malu khususnya kepada rakan sepasukan serta para penyokongnya jika kegagalan tersebut diatributkan secara luaran ~ atlit akan berasa marah, terkejut serta sukar untuk mempercayai keputusan tersebut