Pbs ikhwan

2,515 views

Published on

bola

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,515
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
116
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pbs ikhwan

  1. 1. INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DATO‟ RAZALI ISMAIL PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DPLI-SR J-QAF AMBILAN DISEMBER 2012 PENDIDIKAN ISLAM 2 NAMA : MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ASHARI NO K/P : 900215-03-5141 NO MATRIX : 125091 OPSYEN : DPLI-SR J-QAF PENDIDIKAN ISLAM TARIKH PELAKSANAAN : TEMPAT PELAKSANAAN : SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) BUKIT SAGU 2, KUANTAN, PAHANG NAMA PENSYARAH : NAMA GURU PEMBIMBING : USTAZAH ROSNILAWATI BINTI MAMAT
  2. 2. PENGHARGAAN: Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya.Sepanjang tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah yang telah ditetapkan .Saya menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik.Sekolah yang akan saya melaksanakan PBS ini ialah Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit sagu 2, Kuantan, Pahang. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya kerana telah memberi bimbingan,tunjuk ajar,dan sokongan sebelum dan juga selepas menjalani program ini .Tanpa sokongan yang membangun daripada beliau,saya mungkin tidak dapat menjalani program ini dengan baik dan lancar. Panduan untuk melaksanakan PBS telah disediakan dan taklimatkan kepada kami. Seterusnya,saya juga ingin berterima kasih kepada guru pembimbing saya yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses menyiapkan laporan ini .Seterusnya tidak lupa juga kepada ibubapa saya yang memberi dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan.Tanpa bantuan dan dorongan kedua ibubapa saya,saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna .Selain itu,saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 2 kerana memberi kerjasama penuh dan bantuan sepanjang saya menjalani PBS di sana.Tanpa kerjasama pihak sekolah,saya tidak mungkin dapat mengumpul maklumat-maklumat serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini.
  3. 3. Pengenalan Saya Mohamad Khairul Ikhwan, pelajar DPLI-SR j-QAF pendidikan islam 2 telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Sagu 2, Kuantan. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi seorang guru pelatih agar kami mendapat pengalaman berada di sekolah. Ia perlu dijalankan selama 2 minggu dari 18 Ogos hingga 31 Ogos 2013. Perkara ini perlu dipatuhi semasa menjalankan program pengalaman berasaskan Sekolah. Antaranya seperti berikut :  Menghadiri taklimat  Memahami, menghayati dan berusaha mencapai obejektif PBS  Hadir ke sekolah dan melengkapkan boring kehadiran.  Membina hubungan professional dengan warga sekolah.  Menulis refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan.  Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan di dalam portfolio.  Berbincang dengan pihak sekolah bagi setiap aktiviti di sekolah.  Melaksanakan tugasan PBS yang telah ditentukan.  Hasil tugasan PBS dibincangkan bersama jabatan/pensyarah kursus major semasa sesi refleksi selepas PBS. Ini merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan, maka saya akan memberi komitmen dalam menyiapkan tugasan ini.
  4. 4. BIODATA
  5. 5. BIODATA GURU PELATIH NAMA : MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ASHARI ALAMAT 1 : ALAMAT 2 : NO K/P : 900215 03 5141 NO TEL : 014 5272213 OPSYEN : DPLI-SR J-QAF PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN : DISEMBER 2012 NAMA TUTOR :
  6. 6. Pernyataan profesional
  7. 7. 2.0 Penyataan Profesional Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program DPLI-SR j-QAF Pendidikan Islam. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai satu institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. 2.1 Penyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah lebih memfokuskan kepada pendedahan kepada guru pelatih tentang iklim sekolah dari perspektif seorang guru. Program ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, refleksi & interaksi dengan guru dan komuniti sekolah serta waris murid-murid. Secara ringkasnya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dirancang bagi membolehkan guru-guru pelatih memahami iklim sekolah, mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pengurusan serta pentadbiran secara sistematik pihak sekolah. OBJEKTIF - Membentuk sikap positif terhadap profesion keguruan - Memahami budaya sekolah - Membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah - Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid - Membina kemahiran berinteraksi denga komuniti sekolah - Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah. - Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif - Membuat refleksi mengenai tugas dan peranan guru.
  8. 8. - Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi. STRATEGI PERLAKSANAAN Taklimat pengenalan dan perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah telah diberikan oleh pensyarah. Taklimat awal ini menjelaskan bahawa tempoh perlaksanaan program adalah selama 2minggu iaitu bermula pada 18 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos 2013 bertempat di sekolah rendah kerajaan mengikut penempatan guru pelatih masingmasing. Di sekolah,guru pelatih akan dibantu oleh seorang mentor terdiri daripada guru yang telah berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi membantu guru pelatih mengumpul maklumat serta menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya sekolah tersebut. 2.2 Laporan Perlaksanaan Aktiviti yang difokus Ketika berada di sekolah, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan. Antara kawasan yang diperhati termasuklah kelas, taman permainan dan padang yang dapat membantu menyemai rasa cinta murid-murid terhadap alam sekitar. Pemerhatian juga dilakukan terhadap bangunan dan kemudahan di sekolah. Pusat sumber sekolah, makmal komputer, makmal sains dan bilik kemahiran hidup dapat menyumbang ke arah perkembangan intelektual murid. Sesi soal selidik dijalankan kepada pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Ko kurikulum untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang struktur pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kerjasama yang amat baik diberikan membolehkan saya mendapatkan maklumat tersebut dengan mudah. Antara maklumat yang diperoleh termasuklah struktur pengurusan dan organisasi sekolah, pelan fizikal sekolah, profil dan peraturan sekolah serta maklumat tentang kemudahan yang terdapat di persekitaran kawasan sekolah yang dapat membantu memperkembang aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid.
  9. 9. Berikut merupakan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah kebangsaan LKTP Bukit Sagu 2 bermula dari 18 Ogos hingga 31 Ogos 2013. BIL. TARIKH TINDAKAN - 1 Memaklumkan kepada Guru Besar tentang perlaksanaan PBS. 18.8.2013 - Meninjau dan mengambil gambar persekitaran sekolah. - Memerhati dan mendokumentasikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. - Berinteraksi dengan guru-guru dan staf sokongan. - 2 Meninjau dan mengenalpasti kewujudan prasarana sekolah. 19.8.2013 - Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan sekolah. - Memerhati tingkah laku murid dan menemuduga murid tertentu dalam mengenal pasti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 3 21.8.2013 - Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai sekolah. - Mendapatkan bahan-bahan kurikulum seperti sukatan pelajaran,dan sumber pengajaran dan pembelajaran. - Mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan kokurikulum disekolah - Mendapatkan maklumat CACATAN
  10. 10. pengurusan dan organisasi sekolah seperti plan sekolah dan carta organisasi. 4. 20.8.2013 – - Kursus Motivasi & Klinik UPSR. 23.8.2013 - 5. Melibatkan diri dengan Program Menyemak dan mengumpul bahanbahan dan maklumat-maklumat 24.8.2013 yang diperolehi. - Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-guru dan staf sokongan. - Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian daripada guru besar. - Memulangka bahan-bahan yang dipinjam - 8. Memastikan kewujudan prasarana sekolah seperti kemudahan 25.8.2013 sekolah, mural sekolah, kata-kata hikmah,rukun Negara,Falsafah Pendidikan Kebangsaan paparan nilai-nilai murni dan bilik darjah. - Menemuduga Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. - Menemuduga setiap Ketua Penitia dan guru yang mengendalikan bahagian kokurikulum. - Menemuduga Guru Pra Sekolah dan staf sokongan sekolah. - 9. Mengadakan Interaksi dengan murid didalam kelas. 26.8.2013 - Memerhatikan Pengajaran dan
  11. 11. Pembelajaran oleh GPI - 10. Menyemak dan mengumpul bahanbahan dan maklumat-maklumat 27.8.2013 yang diperolehi. - Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-guru dan staf sokongan. - Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian daripada guru besar. - Memulangka bahan-bahan yang dipinjam. 11. 28.8.2013 - Memberikan penghargaan kepada semua warga guru dan warga sekolah atas kerjasama. 12. 2.3 29.8.2013 - Menyiapkan PBS. Penilaian dan Laporan Secara keseluruhannya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif yang ditetapkan merangkumi pendedahan awal kepada guru pelatih budaya dan iklim di sekolah bagi membiasakan diri sebelum menjadi guru kelak. Memang pelbagai maklumat dan perkara baru berjaya dikutip pada setiap hari berada di sekolah. Objektif Pengalaman Berasaskan sekolah pada semester ini juga menekankan kepada guru pelatih untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran di sekolah seperti struktur organisasi sekolah, kemudahan dan prasarana yang disediakan, aktiviti yang dirancang bagi memperkembang bakat dan potensi murid-
  12. 12. murid serta peluang untuk berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas. Memang suasana komuniti sekolah dapat dirasai perbezaannya jika mengenali melalui teori tanpa praktikal yang sebenarnya. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah memberi maklumat dengan lebih awal dan jelas kepada guru pelatih agar program penting sebegini dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan teratur. Penjelasan serta gambaran yang jelas kepada pihak sekolah juga penting untuk memudahkan pihak sekolah bekerjasama dan memberikan maklumat yang diperlukan oleh guru pelatih. Masa yang ditetapkan juga harus bersesuaian dengan tugas yang diterima kerana Pengalaman Berasaskan Sekolah banyak membantu persediaan guru pelatih dalam menghadapi dunia pendidikan kelak. 2.4 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS SEMASA PBS Bermula pada hari pertama, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan. Pemerhatian dilakukan terhadap infrastruktur sekolah, prasarana yang ada, pusat sumber sekolah, bilik darjah, makmal komputer dan pejabat yang secara tidak langsung menggambarkan budaya dan semangat yang ditunjukkan oleh pihak sekolah terhadap bidang sukan. Selepas melakukan pemerhatian, proses seterusnya adalah soal selidik terhadap warga sekolah dimulakan dengan pentadbir sekolah iaitu Guru Besar pada hari pertama lagi dan juga pada hari terakhir. Selain itu, soal selidik dijalankan terhadap Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwah Murid, Guru Penonong Kanan Ko-Kurikulum, Panitia Pendidikan Jasmani serta kepada Guru Pendidikan Jasmani Sendiri untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas lagi berkenaan dengan Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut Syukur Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang ditunjukkan dari pihak sekolah membolehkan saya serta rakan-rakan yang lain mendapatkan maklumat yang diingini dengan mudah seperti yang dirancangkan. Antara maklumat yang diperolehi termasuklah
  13. 13. peranan panitia, kewangan bagi panitia Pendidikan Islam, bilangan guru yang dan soalansoalan lain termasuklah berkenaan dengan prestasi pelajar-pelajar di sekolah ini dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Aspek masa amat kami titik beratkan ketika di sana. Kami mengambil setiap peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat termasuklah mengambil gambar, selain menjalankan temu ramah terhadap warga sekolah. Akhirnya kami berjaya memperoleh segal maklumat yang diingini. 2.5 PENILAIAN DAN LAPORAN Secara keseluruhannya, Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif yang ditetapkan merangkumi pendedahan awal kepada guru pelatih terhadap budaya dan iklim di sekolah bagi membiasakan diri sebelum menjadi guru kelak. Pelbagai maklumat dan perkara baru berjaya dikutip pada setiap hari berada di sekolah. Objektif Pengalaman Berasaskan sekolah pada semester ini juga menekankan kepada guru pelatih untuk mendapatkan maklumat berkenaan tentang mata pelajaran major yang diambil oleh guru pelatih di Institut. Sememangnya suasana komuniti sekolah dapat dirasai perbezaannya jika mengenali melalui teori tanpa praktikal yang sebenarnya dan program seperti ini telah banyak memberikan pendedahan kepada setiap guru pelatih.. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah memberi maklumat dengan lebih awal dan jelas kepada guru pelatih agar program penting sebegini dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan teratur selain pemilihan sekolah yang bakal dibuat adalah bertepatan dengan kehendak soalan agar guru pelatih mendapat faedahnya dengan optimum atas kerjasama dari pihak sekolah. Masa yang ditetapkan juga harus bersesuaian dengan tugas yang diterima kerana Pengalaman Berasaskan Sekolah banyak membantu persediaan guru pelatih dalam menghadapi dunia pendidikan kelak.
  14. 14. Ketika di sekolah, kami mendapati bahawa hanya pihak pentadbiran yang memberi penekanan tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya Guru Besar, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dan Guru Pendidikan Islam yang bersemangat di dalam melaksanakannya contohnya program bacaan yassin dan tahlil semasa program bagi pelajar UPSR 2013. Ianya juga dapat dilihat ketika pengajaran Pendidikan Islam dijalankan semasa di dalam kelas.
  15. 15. Intrumen pengumpulan data
  16. 16. PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH 1. Plan bilik darjah bilik agama/ j-Qaf Papan Hitam PAPAN KENYATAAN MEJA MEJA GURU PINTU MASUK ALMARI BUKU DAN AL-QURAN 2. Bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan? Daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamarkan di bilik darjah tersebut sangat menarik, teratur dan mudah untuk murid menggunakan.Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad perkataan dilekatkan di papan kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan samada dengan tanpa pengawasan guru.Selain daripada itu,penggunaan Kad nombor pula disimpan bersama guru kerana bilangan yang terhad supaya tidak hilang dan hanya digunakan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran.Tetapi jika murid ingin menggunakannya, murid boleh datang ke bilik j-QAF di bawah seliaan guru.Buku latihan dan aktiviti pelajar digalakkan tinggal di dalam kelas atau di bilik j-QAF bagi memudahkan guru untuk memeriksa dan tidak berlaku murid lupa bawa buku.
  17. 17. Manakala, kedudukan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran daridapa tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 berlainan. Kad nombor di simpan kepada guru kelas dan digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah seliaan guru. Carta diletakkan dipapan kenyataan dan murid-murid boleh menggunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala Kad huruf digantung di dalam kelas untuk memudahkan murid melihat dan membaca bila bila-bila masa sahaja. Gambar yang pelbagai dipamerkan disetiap sudut kelas. Buku aktiviti disimpan oleh murid dan digunkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Bahan bantu mengajar di dalam kelas BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN 1. Kad huruf Bersama guru Ketika sesi penerangan 2. Quran Di belakang kelas di atas meja Semasa proses P&P 3. Gambar Di setiap sudut kelas Selepas sesi penerangan guru 4. Buku Aktiviti & Di atas meja murid Buku Tulis Ketika pelajar memahami sesi pembelajaran BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN 1 Gambar/lukisan Di setiap sudut kelas Selepas sesi penerangan 2 Buku Aktiviti Di atas meja murid Ketika pelajar memahami sesi penerangan 4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT? Penggunaan ICT kepada murid amat digalakkan penggunaanya kekita sesi pengajaran dan pembelajaran,ini kerana penggunaan ICT dapat menambahkan pengetahuan baru dan murid boleh mengakses maklumat tambahan berkaitan pelajaran tersebut.Dan kemudahan tersebut saya ketika melihat sesi ada sesetengah pengajaran penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut. dan guru menggunakan pembelajaraan tetapi
  18. 18. 5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran? Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti bertanya, menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan menyurakan pendapat atau idea mereka. 6. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu. Melalui pemerhatian saya ketika sewaktu P&P dijalankan saya difahamkan kedudukan murid dialam kelas ditentukan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh guru kelas.Murid-murid yang lemah diletakkan dihadapan untuk memudahkan guru memantau pembelajaran mereka. Manakala untuk murid yang sederhana diletakkan di bahagian tengah dan murid yang pandai diletakan dibelakang.
  19. 19. Kolaborasi
  20. 20. Kolaborasi Sepanjang pengalaman berasaskan sekolah ini, pelajar akan melakukan beberapa perbincangan bersama kakitangan sekolah kebangsaan Labang. Antara perbincangan yang dilaksanakan seperti berikut : 4.1 Perbincangan Dengan Pengurusan Sekolah. Perbincangan dilakukan bersama dengan Guru Hal Ehwal Murid Sk Labang iaitu En. Tawai AK Ankan. Perbincangan yang difokuskan adalah tentang pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Labang. Perbincangan yang pertama adalah mengenai bantuan yang akan diterima oleh pelajar. Menurut En. Tawai AK Ankan setiap pelajar yang dari keluarga yang kurang berkemampuan akan menerima bantuan daripada pihak kerajaan iaitu wang koam sejumlah RM 100. Ia bertujuan untuk membeli barangan sekolah seperti alat tulis, baju dan sebagainya. Selain itu juga, murid-murid akan menerima bantuan dari pihak sekolah sekiranya murid tersebut mempunyai masalah dari segi perbelanjaan sekolah. Masalah displin juga merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh kebanyakkan sekolah. Menurut beliau, sekolah akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang melakukan kesalahan. Pelajar yang melakukan kesalahan akan dihukum dan pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibubapa pelajar tersebut untuk tindakan lanjut. Pihak hal ehwal pelajar juga menguruskan pendaftaran kemasukan tahun 1 di sekolah kebangsaan Labang. Sebelum pendaftaran dibuka, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai pendaftaran baru supaya ibubapa bersedia untuk mempersiapkan anak mereka ke sekolah.
  21. 21. 4.2 Perbincangan Dengan Guru-Guru Perbincangan dilaksanakan bersama guru pendidikan islam SK Labang iaitu Ustaz Mohd Taufik bin Hussin. Perbincangan ini lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di kelas. Murid islam di sekolah ini berjumlah 58 orang. Kebanyakan dari mereka berbangsa Melanau. Selain itu juga, tempat pengajaran dilaksanakan di bilik agama dan J-qaf yang berada di bangunan asrama lelaki. Aktiviti yang dirancang oleh panatia pendidikan islam adalah budaya solat zuhur berjemaah, aktiviti solat hajat dan melatih murid-murid islam ke pertandingan majlis tadarus Al-quran. 4.3 Perbincangan Dengan Kakitangan Sekolah. Perbincangan bersama kakitangan sekolah bersama dengan pengawal keselamatan sekolah iaitu En. Bujang B. Hj. Michi. Perbincangan lebih tertumpu kepada keselamatan di sekolah. Sebagai pengawal keselamatan, beliau bertindak mengambil laporan keluar masuk pelawat yang membuat urusan di sekolah. Seterusnya keselamatan kediaman kuartes guru juga merupakan tanggungjawab beliau dalam memastikan barang-barang milik guru dapat dijaga dengan selamat. Pengawal keselamatan juga memastikan murid-murid tidak berada di kawasan sekolah semasa jam 9.00 malam dan akan memastikan murid-murid tidur awal.
  22. 22. 4,4 Interaksi Dengan Murid Interaksi merupakan Satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Manakala Bilik Darjah merupakan Tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Diantara contoh-contoh Interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah adalah seperti berikut; Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku,apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain seperti murid bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang dipelajari, seterusnya apabila murid membuat soalan daripada daripada buku kerja mereka. Menurut Flander (1970), terdapat tiga jenis interaksi dalam biik darjah iaitu; interaksi antara individu dan interaksi di antara alam sekitar.Interaksi antara individu dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu melalui percakapan guru, dalam percakapan guru ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu, pertama pengaruh langsung bermaksud guru memberi arahan atau mengkritik kelakuan murid di dalam kelas.Kedua,pengaruh tidak langsung iaitu secara menyoal bertujuan untuk membina suahsana interaksi yang positif di dalam bilik darjah. Seterusnya, Melalui percakapan murid yang mempunyai perbagai hala terdiri daripada tindak balas dan respon murid dimana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, terdapat juga perbincangan aktif antara murid dan guru & murid dengan murid. Akhir sekali, kesenyapan iaitu, secara senyap sama ada di sebabkan kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid atau untuk menghentikan gangguan komunikasi antara murid dan guru.
  23. 23. Ilmu/ pengetahuan baru
  24. 24. 5.0 Ilmu dan Pengetahuan Baru a) Pemerhatian b) Senarai Semak c) Temu Bual d) Soal Selidik 5.1 Pemerhatian Sejak hari pertama berada di sekolah ( 18 ogos 2013 ), pemerhatian mula dilakukan di sekitar kawasan persekitaran sekolah. Kamera dibawa bersama untuk mengambil gambar sebagai bukti pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh perlaksanaan Program Pengalaman Berasaskan sekolah pada kali ini. Antara kawasan yang dijadikan fokus utama adalah seperti taman-taman ilmiah, kantin dan sebagainya. . 5.2 Senarai Semak Senarai semak adalah instrumen yang penting bagi memastikan guru pelatih melengkapkan sepenuhnya tugasan yang telah diberikan. Senarai semak bermula dengan pengenalan diri diikuti penyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi pengalaman baru, refleksi dan akhirnya laporan. Setiap maklumat yang diperoleh akan ditandakan dalam senarai semak tugasan. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, pelbagai kaedah dilaksanakan seperti temu bual dengan komuniti sekolah dan soal selidik selain melakukan pemerhatian sendiri di kawasan sekitar sekolah. 5.3 Temu bual Bermula hari pertama lagi sesi temu bual pertama diadakan dengan guru besar. Pelbagai maklumat awal dan menyeluruh tentang latar belakang sekolah, perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran, peranan dan fungsi seorang guru dan perlaksanaan pengurusan serta pentadbiran yang baik. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehawal Murid dan Guru Penolong
  25. 25. Kanan Ko kurikulum. Temu bual juga dilakukan kepada guru kelas merangkap mentor tentang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas dan membantu dalam membiasakan diri dengan iklim sekolah serta komuniti dalamnya. Apabila ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas, kaedah soal selidik dilakukan iaitu bertanyakan soalan-soalan dengan lebih terperinci. 5.4 Soal Selidik Kaedah soal selidik dijalankan kepada semua pentadbir bermula dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan Ko Kurikulum bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam memperkembang potensi murid-murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka sepanjang berada di sekolah selama 6 hingga 7 tahun. Soal selidik juga dilakukan kepada Pembantu Am Rendah bagi mendapatkan maklumat tentang fungsi dan peranan kerani, pengurusan sistem fail dan surat-menyurat yang melibatkan hal-hal rasmi.
  26. 26. Refleksi
  27. 27. 6.1 Refleksi tentang Aktiviti yang dilaksanakan: Reflaksi yang dapat saya simpulkan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan ialah berkaitan dengan kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan saya mendapati murid dapat mengikuti pembelajaran jika seorang guru itu menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar.Di antara isu yang saya pertengahkan ketika melaksanakan PBS ini berkaitan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Pengalaman (Experiential Learning) merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut:  Ujikaji (eksperimen)  Pemerhatian lapang  Lawatan  Gambaran berfokus  Permainan  Pembinaan model  Main peranan  Simulasi  Tinjauan Dan antara yang difokuskan mengenai Pengajaran Pembelajaran Melalui Pengalaman (Experiential Learning) ialah kekuatan dan kelemahan kaedah tersebut. Antara kekuatan kaedah ini ialah Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat dan sebagainya) serta muamalat. Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh
  28. 28. menyediakan pelajar supaya berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini. Seterusnya, mengenai kelemahan kaedah ini ialah; Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak.Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya.Walau bagaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru.Justeru itu,antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki perlaksanaan aktiviti tersebut ialah guru perlulah memperbanyakkan menggunakan strategi yang banyak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi,berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan sebaya serta guru .Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan mereka. Diantara faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambahbaik perlaksanaan aktiviti tersebut ialah disebabkan oleh sikap pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat murid.
  29. 29. 6.2 Refleksi mengenai Perbincangan/interaksi: Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perbincangan dengan kakitangan sekolah dan berinteraksi dengan murid berkaitan dengan kaedah pengajaran dan bagaimana murid dapat menerima isi pembelajaran yang disampaikan guru menggunakan kaedah tertuntu.Selain itu,melalui pemerhatian secara tidak langsung di bilik darjah. Malah, saya juga dapat mengetahui perubahan yang jelas kelihatan di dalam kelas; misalnya dari aspek emosi murid, ketegangan murid serta perubahan tingkahlaku.Semua ini menjadikan saya lebih memahami keadaan sebenar kerjaya seorang guru yang perlu saya lalui nanti. Justeru itu,Saya tidak menafikan lagi bahawa perbincangan/interaksi perlu untuk seseorang perkara.Selain itu itu memperolehi melalui maklumat perbincangan juga yang tepat saya tentang dapat sesuatu meningkatkan keberkesanan dan kreativiti sesuatu aktiviti yang dilaksanakan hasil dari cantuman buah fikiran yang diberikan.Bahkan saya tidak berkerja secara sendirian sebaliknya merujuk kepada kepada guru-guru yang lain untuk mendapatkan idea demi menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna. Menurut Bailey (1996 ), Kolaborasi diantara guru merupakan satu mekanisma yang kuat untuk meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pengajaran masingmasing.Oleh yang demikian itu,perbincangan harus dilakukan bagi meningkatkan kecermelangan.Keberkesananya memang tidak dapat dipertikaikan ia bukan sahaja membentuk kerjasama dikalangan kumpulan malah lebih memudahkan sesuatu perkara.
  30. 30. Laporan akhir
  31. 31. Laporan Akhir berkaitan Kajian Mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Hasi kajian menunjukkan bahawa Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dapat dijalankan dengan berkesan dan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman Berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid.Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat pelajar yang tinggi di kalangan pelajar.Apa yang penting adalah para guru,ibubapa dan pelajar haruslah berkerjasama dan menjayakan misi kerajaan yang meminta rakyatnya menambahkan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup pada masa akan datang.Kadah pengajarana melalui ditambahbaikkan lagi pengalaman mampu sememangnya menarik lebih minat memberikan murid dan kesan jika yang memuaskan.Disini peranan guru amat penting iaitu memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya pelajaran dan guru haruslah memperbanyakkan menggunakkan pelbagai teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti member peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan-rakan sebaya serta guru.Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan murid.
  32. 32. LAMPIRAN MENGENAI TUGASAN:
  33. 33. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PIM 2203 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM 1.0 PENGENALAN pengalaman berasaskan sekolah merupakan suatu cara untuk guru pelatih untuk melihat dan merasai pengalaman berada di sekolah. Ini juga bertujuan untuk guru pelatih memahami bagaimana caranya pengurusan pentadbiran sekolah, pembelajaran dan pengajaran di kelas dan suasana di sekolah. Melalui pengalaman berasaskan sekolah yang telah dijalankan ,saya telah melakukan pemerhatian terhadap teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran pendidikan islam di Sekolah Kebangsaan Labang. 1.1 Teknik Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam 1.1.1 Tunjuk Cara Semasa di dalam kelas, saya memerhatikan cara guru pendidikan islam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Pelbagai tunjuk cara yang dilakukan iaitu sebelum memulakan pengajaran Guru Pendidikan Islam akan meminta murid-murid membaca al-fatihah dan doa sebelum belajar. Selepas itu murid-murid akan mengucap dua kalimah shahadah sebagai tanda tauhid kita kepada Allah. Selain itu juga, guru pendidikan islam akan memastikan bacaan niat solat fardhu murid-murid lancar agar mereka mudah dalam membaca niat ketika melakukan solat.
  34. 34. a) Kekuatan Kekuatan yang dapat dilihat dalam proses pengajaran ini, murid-murid akan sentiasa ingat akan apa yang mereka lakukan seharian. Contohnya, niat solat fardhu merupakan perkara penting dalam melaksanakan solat. Ini akan menguatkan ingatan murid-murid terhadap cara melaksanakan solat dan bila ia perlu dilakukan. Selain itu juga, lafaz shahadah yang disebut oleh murid-murid akan menguatkan akidah mereka dan mengenali siapa tuhan dan utusan yang membawa ajaran islam sebagai agama yang dirahmati oleh Allah. a) Kelemahan Setiap kekuatan bagi sesuatu pasti ada kelemahannya. Terdapat juga segelintir murid yang kebiasaannya tidak melaksanakan apa yang diajar oleh guru. Ini kerana murid-murid tidak mendapat ajaran di rumah kerana mereka hanya mempelajari subjek agama di sekolah dan tidak dilakukan di sekolah. 1.1.2 Penerangan Penerangan merupakan kaedah pendidikan tradisional. Ia digunakan secara meluas oleh para guru dan pensyarah dan disampaikan secara lisan. Struktur kaedah penerangan merupakan pengucapan yang mengandungi semua bahagian ciri yang diikuti dengan hujjah dan pandangan (arguments) serta penyoalan retorikal (metaforikal, simbolik, tidak literal dan abstrak). Ia boleh dibina dalam bentuk menyatakan, kuliah, narration, mendedahkan, menjelaskan atau ucapan mudah
  35. 35. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, perkara yang paling utama adalah sesi penerangan yang diberi oleh guru. Penerangan yang dilaksanakan oleh guru pendidikan islam di sekolah ini jelas dan mudah difahami bagi pelajar yang menumpukan perhatian. Antara langkah-langkah yang digunapakai semasa sesi penerangan adalah guru pendidikan islam membaca teks dan menghurai isi kandungan teks tersebut. Bagi pengajaran tilawah Al-quran, guru akan menulis di papan hitam dan akan membaca serta diikuti oleh pelajarpelajar. Guru pendidikan islam juga akan penjelaskan isi kandungan ayat-ayat yang dibaca. a) Kekuatan Berdasarkan kaedah ini, terdapat murid-murid mampu untuk mengikutinya dan memahami segala penerangan dari guru pendidikan islam. Selain itu juga, cara penerangan yang disampaikan juga amat jelas dan mudah untuk difahami. b) Kelemahan Dari segi penerangan yang dilakukan oleh guru kepada pelajar jelas tetapi terdapat juga pelajar yang kurang memberi tumpuan dan membantutkan sesi penerangan di kelas. Ini kerana jika perkara ini berlaku, pelajar yang kurang memberi tumpuan akan cuba menganggu pelajar yang lain. Ini pasti akan melemahkan semangat pelajar lain dalam mendapatkan penerangan di kelas.
  36. 36. 1.1.3 Perbincangan dan Dialog Kaedah dialog Kaedah dialog dianggap sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang penting. Ia adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan , di kritik dan di bantah. Rasulullah s.a.w selalu menggunakan kaedah dialog dengan para sahabat dan juga dengan musuh-musuh Islam dari golongan musyrikin dan ahli kitab Kaedah Perbincangan Suatu kaedah yang melibatkan perbualan yang mengeluarkan pendapat bertukar fikiran berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip di dalam kaedah pembincangan  Tajuk yang sesuai  Maklumkan tujuan perbincangan  Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor  Pastikan pelajar tahu cara perbincangan  Guru sebagai fasilatator  Penglibatan pelajar perlu aktif  Pelajar digalakkan catat idea yang disarankan  Adakan rumusan akhir  Peruntukkan masa guru buat ulasan  Beri pujian dan galakan
  37. 37. a) Kekuatan Berdasarkan kenyataan ini, bahawa kekuatan perbincangan dan dialog yang boleh dibawa dalam pengajaran pendidikan islam addalah pelajar akan sentiasa diberi peluang untuk mengemukakan pendapat. Pelajar juga berpeluang untuk berbincang mengenai tajuk-tajuk yang sesuai dalam tahap mereka. Guru juga haruslah memberi kepercayaan kepada pelajar yang lemah agar mereka boleh melibatkan diri dalam sesi perbincangan bersama rakan-rakan mereka. b) Kelemahan Dalam melaksanakan kaedah perbincangan dan dialog ini, terdapat kelemahan yang akan berlaku seperti pelajar yang lemah akan tidak akan aktiv jika mereka bersama pelajar yang sama tahap dengan mereka. Ini kerana perbincangan tidak akan terjadi jika mereka tidak memulakan dialog sesama mereka. Justeru itu, guru harus berperanan memberi peluang kepada pelajar yang lemah ini untuk bercampur bersama pelajar yang cemerlang agar mereka boleh dibimbing dan berani untuk memberi pendapat dan idea. 1.1.4 Sokratik Dan Soal Jawab Telah diketahui bahawa kaedah soaljawab boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian, inferens, jangkaan dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat sesuatu fenomena secara lebih luas.
  38. 38. Penggunaan penyoalan Sokratik(pelbagai soalan pelbagai dimensi dikemukakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif dan mencari jawapannya) pelbagai aras domain kognitif Taksonomi Anderson dan Krathwohl (2000) {mengingat, memaham, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta}, akan dapat meningkatkan daya berfikir murid (pembelajaran berfikrah). Soalan-soalan yang baik (melibatkan kata tanya 5W1H) akan membuat murid meneroka maklumat baru (melalui perbincangan, perkongsian, pencarian maklumat, berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran soalan akan memantapkan lagi pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Pembelajaran kooperatif menyediakan peluang kepada murid untuk berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi dengan orang lain serta melakukan refleksi pembelajaran. Teknik Number-Head-Together (pembelajaran kooperatif) sebagai contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai empat orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru menentukan ahli-ahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan keupayaan). Setiap ahli dalam kumpulan akan ditandai dengan nombor 1 hingga 4. Guru akan mengemukakan soalan kepada kelas (pastikan soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan turutan yang betul).
  39. 39. Contoh Soalan Untuk Tajuk Aqidah Allah Maha Kuasa. Apakah maksud kuasa? Apakah yang kamu faham dengan maksud berkuasa? Soalan mencabar konsep (aras mengingat /memaham) lingkaran satu: perkara Apakah perbezaan mencabar antara konsep kuasa dan dan berkuasa? Soalan interpretasi (aras memaham / menganalisis) lingkaran satu: perkara Siapakah yang mempunyai kuasa? Soalan meminta penjelasan (aras mengingat) lingkaran tujuh: perkara dan luar Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Soalan meminta pandangan, penjelasan dan interpretasi tentang konsep (aras memaham) lingkaran lima: perkara dan luar Sejauh manakah manusia kuasanya? Soalan dapat mengenai menunjukkan pandangan (aras menilai) lingkaran lima: perkara dan luar Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada kuasa Allah? Soalan meminta alasan dan penjelasan (aras menganalisis) lingkaran lima: perkara dan luar Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas manusia dan alam semesta? Soalan meminta penjelasan (aras memaham) lingkaran lima: perkara, dan luar Apakah contoh-contoh kuasa Allah ke atas manusia dan alam semesta?.Soalan meminta alasan dan bukti (aras memaham) Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan Allah? Soalan meminta penjelasan (aras mengingat) Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi penting dalam kehidupan anda? Soalan implikasi dan akibat (aras menganalisis) lingkaran empat Apakah kemungkinan percaya dengan akibat (aras lingkaran akan berlaku kekuasaan sekiranya Allah? Soalan anda tidak implikasi dan menilai) empat
  40. 40. Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam kumpulan. Kemudian guru akan memanggil nombor secara rawak (antara nombor 1 hingga 4) dan murid dengan nombor yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya. Untuk menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan kemahiran mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga soalan sekaligus (bergantung kepada tahap murid) dan murid yang dipanggil nombornya akan menjawab soalan-soalan yang berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan yang sama. Harus diingat bahawa dengan berfikir dan berbincang untuk mencari jawapan secara aktif, proses ingatan akan dapat bertahan lebih lama berbanding sekadar mendengar fakta dan maklumat daripada guru secara pasif. Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan grafik banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, murid akan membuat rumusan sendiri tentang Allah Maha Berkuasa. a) Kekuatan Melalui soal jawab ini, terdapat kekuatan yang akan diterima oleh pelajar iaitu mereka akan lebih mengingati apa yang mereka belajar. Ini kerana setiap soalan yang dikemukan akan menguji minda pelajar dalam mendapatkan jawapan yang tepat. Melalui proses soal jawab ini mereka akan berbincang sesama sendiri dan berusaha menyampaikan jawapan. b) Kelemahan Kelemahan yang didapati melalui proses ini adalah pelajar yang lemah pasti akan mendiamkan diri dan tidak cuba untuk berusaha
  41. 41. dalam mencari jawapan. Jika mereka ditanya pasti mendiamkan diri kerana takut jika jawapan yang diberi salah. Guru haruslah membimbing mereka agar mereka tidak takut dalam menyampaikan jawapan jika mereka disoal oleh guru mereka. 1.1.5 Bercerita Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam mana-mana pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran. Bercerita dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan. Sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepada kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau mencatat butir-butir penting atas kad-kad kecil sebagai rujukan dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakan semasa bercerita. a) Kekuatan Kaedah bercerita pasti menarik minat pelajar kerana dengan kaedah ini pasti akan memudahkan guru untuk mengawal kelas. Guru yang baik pasti akan merancang dan bijak dalam menyusun plot cerita. Cerita yang menarik dan guru pandai mengawal
  42. 42. antonisasi suara pasti akan membuat pelajar di dalam kelas senyap dan memberi tumpuan kepada guru yang bercerita. b) Kelemahan Dalam melaksanakan kaedah ini, guru yang kurang dalam penceritaan pasti sukar dalam menyampaikannya. Jika guru tidak membuat persediaan dalam menyampaikan kisah-kisah tertentu pasti penceritaan itu tidak akan diminati dan pelajar-pelajar hanya akan mendengar tetapi tidak menghayati. 1.1.6 Penyelesaian Masalah Kemahiran Menyelesaikan Masalah Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat. Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai: “ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silannya” Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang tertentu.Menyelesaikan sesuatu dihadapi masalah berdasarkan tujuan boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.
  43. 43. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak. 1.1.7 Permainan Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan Ciri-ciri Penting a) Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa b) Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak c) Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal. d) Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna e) Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain f) Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah
  44. 44. 1.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (KSSR) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1.2.1 BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN 1. Mata Pelajaran: Tilawah Al-quran 2. Kelas : Tahun 4 3. Tarikh : 27 Ogos 2013 4. Masa : 10.20 – 11.20 pagi 5. Bilangan Murid: 8 orang murid 6. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-3 7. Fokus :- I. Pemikiran : Memahami makna,isi penting dan pengajaran daripada surah al-maun. II. Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim,fakir miskin untuk bertakwa III. Penghayatan:Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan mensyukuri nikmatnya. 8. Hasil Pembelajaran: - Di akhir pembelajaran murid dapat: Aras 1: Memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara
  45. 45. keseluruhan. Aras 2: - Menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun surah al-Maun. - Menghuraikan isi kandungan surah al-Maun. Aras 3: Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun 9. Kaedah: 1. Penerangan 2. Perbincangan kumpulan 3. Sumbang saran 4. Kajian massa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu pengetahuan) 10. Sumber pengajaran dan pembelajaran: 1. LCD 2. Carta ayat dan terjemahan 3. Gambar berkaitan anak yatim 4. VCD surah dan pengertianya. 11. Pengetahuan sedia ada: - Murid boleh membaca ayat daripada surah al-maun yang telah dipelajarinya.
  46. 46. 12. Strategik pengajaran dan pembelajaran: Pendahuluan: (2minit) Kandungan: - Memberi salam dan bacaan doa. Aktiviti P&P: Guru A: 1) Guru masuk kedalam kelas dan member salam kepada murid. 2) Guru membimbing murid membaca doa. Guru B: 1) Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. 2) Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab Ketika membaca doa. Aktiviti murid: Murid menjawab salam guru dan murid membaca doa. SET INDUKSI: (3 minit) Kandungan; - Gambar anak yatim dan fakir miskin Aktiviti P&P:
  47. 47. Guru A: 1) Bersoal jawab berkaitan gambar. 2) Ini gambar apa? Guru B: 1) Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin. Aktiviti murid: Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. LANGKAH 1 (15minit) Aras 1 - Pengenalan surah : 1. Nama surah 2. Tempat surah diturunkan 3. Sebab diturunkan. - Memahami maksud ayat dari surah al-maun ayat 1-3. GURU (A) Aktiviti P&P: - Guru memberi penerangan pengenalan surah. - Maksud ayat dari surah al-maun 1-3 - Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-maun. - Contoh soalan : I. Siapakah orang yang mendustakan agama?
  48. 48. II. Nyatakan hukum orang yang tidak membantu anak yatim. III. Siapkah yang dikatakan anak yatim? GURU (B) - Guru B membantu guru A memaparkan perkara yang ditayangkan dl LCD berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah al-Maun. - Guru B membantu guru A membimbing murid menjawab soalan - Guru B membantu mencatat jawapan murid di papan hitam. Aktiviti Murid: 1. Murid mendengar penerangan penerangan guru dengan teliti 2. Murid mencatat jawapan. 3. Murid bertanya dan menjawab soalan mengikut arahan guru. Cacatan: LCD Guru sebagai fasilitator LANGKAH 2 (15minit) Aras 2 - Menyenaraikan perkara yang penting di dalam surah al-Maun. - Cara membuat baik terhadap anak yatim dan fakir miskin.
  49. 49. Guru (A): Aktiviti P&P 1. Menerangkan isi-isi penting berdasarkan kepada paparan LCD 2. Bersoal jawab 3. KBKK Contoh: I. Istilah anak ” yatim “ II. Maksud “miskin” III. Maksud “yang mendustakan agama” Penilaian: - Apakah maksud anak yatim dan fakir miskin. - Menyatakan contoh “orang yang mendustakan agama”.  Guru memperbaiki jawapan murid. Guru (B): 1. Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan. 2. Guru B mengawas murid-murid. 3. Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi pembelajaran. Aktiviti murid: 1. Murid menjawab soalan guru 2. Murid memaparkan kad imbasan (jawapan) 3. Murid menjawab soalan guru. Cacatan:
  50. 50. LCD Kad imbasan LANGKAH 3 (20minit) Aras 3 Kandungan: Huraikan isi kandungan surah al-maun ayat 1-3 1. Peranan kita kepada anak yatim dan fakir miskin 2. Golongan yang mendustakan agama. Aktiviti P&P Guru (A): 1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. 2. Guru mengarahkan murid membincang: I. Peranan terhadap anak yatim dan fakir miskin II. Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melengkapkan peta minda yang diedarkan. Isi kandungan surah Contoh: - Senaraikan orang yang mendustakan agama
  51. 51. 3. Guru mengarahkan setiap wakil murid untuk menampalkan peta minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di dalam kelas mereka. Penilaian: (Guru menyoal murid)  Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “yang mendustakan agama”?. Guru (B): 1. Guru membantu membimbing dalam sesi perbincangan 2. Guru mengedarkan kertas pada peta minda pada setiap murid 3. Guru mengawas dan membimbing murid melengkapkan minda 4. Guru mengawas muris semasa perbincangan 5. Guru mencatat jawapan murid di papan hitam 6. Guru membantu murid menampalkan peta minda mereka di dinding kelas mereka. 7. Guru juga memastikan murid mematuhit arahan 8. Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan. Aktiviti murid 1. Murid membincangkan isi surah al-maun ayat 1-2 2. Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda 3. Murid melengkapkan peta minda 4. Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka 5. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
  52. 52. Cacatan: - Lembaran kerja. PENUTUP: (5minit) Kandungan: - Rumusan dan penilaian Aktiviti P&P: Guru (A) 1. Guru mengigatkan murid murid supaya mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah 2. Guru juga menasihatkan murid mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3 surah al-Maun Guru (B) 1. Guru B bersama guru A menasihatkan murid supaya mengamalkan tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin. Aktiviti Murid: - Mendengar nasihat guru dengan teliti.
  53. 53. 1.2.2 BAHAGIAN SIRAH Mata Pelajaran: Sirah Kelas : Tahun 3 Tarikh : Masa : Bilangan Murid: 5 orang murid Tajuk : Wahyu pertama PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1. Murid-murid telah mengetahui tentang Peristiwa di Gua Hira‟ melalui media massa. 2. Murid-murid telah mengetahui tentang Peristiwa di Gua Hira‟melalui unit pelajaran sebelumnya. HASIL PEMBELAJARAN: - Pada akhir pembelajaran ini murid dapat : 1. Menerangkan kedudukan Gua Hira‟. 2. Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad S.A.W ke Gua Hira‟. 3. Menceritakan perisiwa wahyu pertama diturunkan. KEMAHIRAN BERFIKIR: 1. Menyusun atur 2. Membuat interans dan kesimpulan
  54. 54. 3. Membanding beza. PENERAPAN NILAI: 1. Menuntut ilmu satu kewajipan. 2. Mencontohi kesabaran Nabi Muhammad S.A.W. 3. Mengambil Ikhtibar daripada Peristiwa di Gua Hira‟. BAHAN BANTU MENGAJAR: 1. Tayangan video 2. Tayangan Slide 3. Buku Teks 4. Kad Manila 5. Kertas Mahjong PENDAHULUAN: (3 minit) - Bacaan doa pelajaran : 1. Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa pelajaran. 2. Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa. SET INDUKSI: (7 minit) - Menayangkan video berkaitan sejarah Gua Hira‟ yang terdapat di Mekkah. - Guru menyoal murid:
  55. 55. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? - Guru menayangkan video berkaitan Gua Hirai yang terdapat di Mekkah. - Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian. - Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan. - Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai. - Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini. Tayangan Video. Langkah 1: (12minit) 1. Guru membaca petikan tentang Gua Hira‟ di dalam buku teks. I. Guru pusatkan kepada kedudukan Gua Hira‟ dan kegigihan Nabi Muhammad S.A.W mendakinya untuk mencari kebenaran. 2. Guru menunjukan peta kedudukan Gua Hira‟ didalam saiz yang lebih besar. 3. Guru menerangkan tentang peristiwa penurunan wahyu yang Pertama dengan lebih terperinci 4. Guru menjelaskan dengan terperinci maksud surah al-Alaq Ayat 1-5 5. Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti 6. Guru menyoal kepada murid dimanakah terletaknya Gua Hira‟?
  56. 56. 7. Murid manjawab soalan guru. 8. Guru memintak seorang murid untuk menceritakan kembali peristiwa wahyu pertama diturunkan. 9. Guru memintak murid membaca secara beramai-ramai surah Al-alaq ayat 1-5 dengan kuat sambil melihat slide. Alatan Bantu Mengajar: - Tayangan slide - Buku teks Langkah 2: (10minit) 1. Guru menyenaraikan akibat daripada peristiwa di Gua Hira‟. 2. Guru mengaitkan surah al-alaq dengan kepentingan membaca dan menuntut ilmu. 3. Guru menerapkan pegajaran daripada peristiwa di Gua Hira‟ dalam kehidupan murid. 4. Guru memintak beberapa orang murid menyenaraikan akibat daripada peristiwa di Gua Hira‟. 5. Murid yang di pilih mengikut arahan guru. 6. Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah jawapan yang diberikan oleh pelajar. 7. Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.
  57. 57. 8. Guru merangkan sekali lagi wahyu pertama diturunkan dan mengaikatkan surah al-alaq dengan kewajipan menuntut ilmu. Alat Bantu Mengajar: - Buku Teks. Langkah 3: (13minit) Kronologi peristiwa wahyu pertama diturunkan  Peristiwa berlaku pada 17 Ramadhan, ketika Nabi Muhammad S.AW berumur 40 tahun.  Allah S.W.T mengutuskan malaikat Jibrail a.s bertemu baginda di Gua Hira‟.  Malaikat Jibril a.s meyuruh baginda membaca,tetapi baginda tidak tahu membaca.Malaikat Jibril a.s terus memeluk Nabi Muhammad S.A.W dengan kuat kemudian melepaskan baginda.  Selepas tiga kali Jibril a.s memeluk dan menyuruh Nabi Muhammad S.A.W membaca .Dan Jibril mengajar baginda membaca surah alalaq ayat 1-5.  Nabi Muhammad S.A.W bergegas pulang ke rumah dalam ketakutan dan isteri baginda Khadijah meyelimut dan menenagkan baginda.  Kemudia Nabi Muhammad S.A.W menceritakan peristiwa tersebut kepada isterinya Khadijah.
  58. 58.  Khadijah membawa Nabi Muhammad S.A.W bertemu sepupunya Warakah Bin Naufal merupakan pendeta Nasrani yang sangat berilmu.  Warakah berkata “jangan bimbang itulah malaikat yang datang kepada para rasul sebelum ini,Muhammad dilantik sebagai rasul utusan Allah.” - Guru memintak murid membentuk beberapa kumpulan - Murid-murid mendegar arahan guru. - Guru meminta murid melihat video tentang wahyu petama dan meminta murid menyatakan kedudukan Gua Hira‟,dan kenapakah Nabi Muhammad S.A.W pergi ke gua hira‟?,Apakah yang Khadijah lakukan setelah mendegar Nabi Muhammad S.A.W menceritakan peristiwa di Gua Hira‟? - Murid berbincang dalam kumpulan tentang soalan dan menyenaraikan jawapan tersebut. - Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan jawapan yang dibincangkan sebentar tadi. - Murid menjawab soalan guru. Alat bantu mengajar: -Tayangan video. Langkah 4: (10minit)
  59. 59. Iktibar daripada peristiwa di Gua Hira’  Nabi Muhammad tidak terpegaruh dengan masyarakat di sekelilingnya yang sesat.  Nabi Muhammad gigih beribadah.  Nabi seorang yang berani.  Membaca dan rajin bertanya adalah cara mendapatkan ilmu  Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu. - Guru menerangkan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa di Gua Hira‟. - Murid-murid dengar dengan teliti penerangan guru. - Guru memberi arahan kepada murid untuk mencari maklumat tambahan tentang peristiwa di Gua Hira‟ dan bersedia untuk menjawab soalan yang diberikan dalam kumpulan masing-masing. - Murid mendegar arahan daripada guru. - Setiap kumpulan wakil menghantar seorang wakil untuk berkongsi maklumat tambahan yang diperolehi. - Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan iktibar daripada peristiwa di gua hira‟ Alat bantu mengajar: - Kertas Mahjong - Buku rujukan
  60. 60. Penutup: (5minit) Kesimpulan dan rumusan: - Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. - Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari. - Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari. - Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah. Soalan penilaian: 1) Nyatakan kedudukan Gua Hira‟ 2) Kenapakah Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Gua Hira‟? 3) Apakah nama malaikat yang diutus oleh Allah untuk menyapaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W? 4) Siapakah pendeta Nasrani yang Khajidah bertemu selepas peristiwa tersebut? 5) Senaraikan iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa di Gua Hira‟.
  61. 61. 1.2.3 Rancangan Pengajaran Harian (Akhlak Tahun 3) Persediaan sebelum mengajar :  Guru pendidikan islam (GPI) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang yang akan diajar.  GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.  Guru j-QAF hendaklah menjediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar mengajar GPI Mata Pelajaran: Akhlak Kelas : Tahun 3 Tarikh : 30.9.2013 Masa : 10.20 -11.20 Bilangan Murid: 5 orang murid Tajuk : Adab Terhadap Al-quran. 1) Kemahiran: - Memahami dan mengamalkan adab terhadap al-quran. 2)Pengetahuan sedia ada: - Murid mengetahui dan memahami tentang pentingnya memuliakan al-quran. - Murid pernah melakukan adab memuliakan al-quran.
  62. 62. 3)Hasil pembelajaran: - Pada akhir pembelajaran ini murid dapat: Aras1:Menyatakan hukum memuliakan al-quran. Aras2:Menyatakan adab memuliakan al-quran. Aras3:Menyenaraikan faedah beradab terhadap al-quran 4)Kemahiran Berfikir: - Menyusun atur - Membuat interens dan kesimpulan - Membamding beza. 5)Penerapan Nilai: - Sayangi al-quran dan pelihara adab-adabnya. - Selalu membaca al-quran. - Menghormati al-quran dan menghayati kandugannya. 6)Kaedah: - Penerangan - Sumbang saran - Perbincangan - Simulasi 7)Sumber pengajaran dan pembelajaran: - LCD - Lembaran kerja - Carta - gambar yang berkaitan
  63. 63. 8)Persedian guru j-QAF dan GPI: - LCD dalam Power Point / gambar. - Gambar-gambar yang berkaitan dengan adab memuliakan al-quran. 9)Strategi pengajaran dan pembelajaran: Mukadimah: (2minit) Kandungan: - Memberi salam - Membaca doa Aktiviti P&P: Guru (A) - Guru masuk kedalam kelas dan memberi salam kepada murid. - Guru membimbing bacaan doa. Guru (B) - Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. - Membantu murid-murid membaca doa dan memperbetulkan adab ketika membaca doa. Aktiviti murid: - Murid menjawab salam guru. - Murid membaca doa.
  64. 64. Langkah 1: (5minit) Kandungan: Aras 1: Pengertian Al-quran Aktiviti P&P Guru (A) - Guru memberi penerangan mengenai pengertian al-quran. - Guru memintak murid membaca pengertian al-quran berdasarkan carta secara kelas ,kumpulan,dan individu. - Membahagikan lembaran kerja pada semua murid. Guru (B) - Guru menampal carta berkaitan pengertian al-quran - Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan mendapat carta yang dipamirkan. - Membantu guru A mengedarkan lembaran kerja dan membuat penilaian berdasarkan lembaran kerjayang diberikan kepada murid dan mengklafikasikan murid mengikut aras. Aktiviti murid: - Murid melihat carta yang dipamirkan. - Murid membaca carta secara kelas,kumpulan dan individu. - Menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Cacatan: - Carta
  65. 65. - Lembaran kerja Langkah 2: (8minit) Kandungan: Aras 2: Adab memuliakan al-quran sebelum,semasa dan selepas membaca al-quran. - Contoh adab memuliakan al-quran dalam bentuk gambar: Sebelum membaca al-quran: - Menggosok gigi - Berwuduk - Berkeadaan bersih - Menuntup aurat - Membawa dengan sopan Semasa membaca al-quran: - Memulakan bacaan dengan membaca „ ‟ dan „ ‟ - Membaca dengan bertajwid - Meletakkan al-quran ditempat yang lebih tinggi daripada paras kaki. Selepas membaca al-quran; - Sudahi dengan bacaan - Membaca doa - Menyimpan ditempat yang sesuai. Aktiviti P&P: Guru (A) - Guru membahagikan murid kepada kumpulan mengikut aras. - Guru bersoal jawab mengenai adab-adab memuliakan al-quran.
  66. 66. - Guru mempamerkan adab-adab memuliakan al-quran dalam bentuk gambar. - Guru memintak murid megklafikasikan gambar-gambar adab-adab memuliakan al-quran. - Guru memintak murid menyebut semula adab-adab memuliakan al-quran. - Membuat penilaian murid pada aras 2. Guru (B) - Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut aras. - Membantu menampal gambar dipapan hitam. - Membantu murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. - Membantu murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru A. - Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada murid dalam melakukan aktiviti secara berkumpulan. - Bersama guru A dalam membuat penilaian pada aras 2. Aktiviti murid: - Murid bergerak kearah kumpulan masing-masing mengikut arahan guru. - Murid mendegar penerangan guru dengan teliti. - Murid berada di kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1. - Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru. - Wakil kumpulan membentang hasil kerja masing-masing. Cacatan: - LCD / carta. - Bahan mawjud. - Simulasi contoh:Menggosok gigi sebelum membaca al-quran. - Lembaran kerja. - Penyediaan alatan: gunting dan gam. untuk
  67. 67. - Guru-guru saling bertukar peranan.Guru B ambil alih peranan guru A sebagai fasilitator utama dan guru A menjadi pembantu kepada guru B pada peringkat ini dan seterusnya. Langkah 3 (5minit) Kandungan: - Faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran. Slide show. Aktiviti P&P: Guru (A) - Guru menerangkan tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran. - Guru bersoal jawab dengan murid mengenai faedah memuliakan alquran dan akibat tidak memuliakan al-quran. - Guru memintak murid menyebut semula tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran berdasarkan gambar. Guru (B) - Guru menampal flash card yang menjelaskan tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran. - Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia menjawab soalan. - Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan rangsangan interaksi di antara guru dan murid. Aktiviti murid: - Murid mendegar penerangan guru.
  68. 68. - Murid memberi tndak balas terhadap soalan guru. - Murid didalam kumpulan berbincang soalan dengan guru. Cacatan: - Power Point tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran. Penutup: (5minit) Penilaian: Guru (A) - Guru menasihatkan murid agar melaksanakan adab-adab memuliakan al-quran didalam kehidupan seharian. - Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja. Guru (B) - Bersama guru A mengedarkan lembaran kerja kepada murid. - Bersama guru A membimbing dan mengawas murid semasa menjawab lembaran kerja yang disediakan.
  69. 69. Laporan Reflaksi Penilaian melalui sistem peperiksaan masih menjadi pengukuran terhadap pencapaian bagi seseorang pelajar.Sebahagian guru seolah-olah telah ketandusan jalan penyelesaian apabila saban tahun ada sahaja muridnya tidak mencapai tahap yang membanggakan atau gagal dalam peperiksaan.Bagi guru yang memiliki semangat keguruan yang tinggi tidak mudah mengeluh dan berputus asa malah ianya disusuli dengan refelksi demi refleksi untuk mencari pendekatan yang terbaik agar berlaku peningkatan prestasi seperti yang tercatat dalam pelunjuran tahunan. Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pemudahcara, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama atau dikenali insan kamil. Pengalaman yang telah saya tempohi semasa menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah di Sekolah Kebangsaan yang ditempatkan terlalu berharga buat saya kerana banyak perkara yang perlu saya tempuhi untuk menyiapkan tugasan ini di samping aktiviti yang terlalu padat serta tugasan dari pensyarah lain serata kesukaran untuk mendapatkan buku-buku rujukan malah kemudahan internit tidak disediakan di sekolah ini.Saya terpaksa keluar ke Bandar Bintulu dua minggu sekali untuk mencari bahan rujukan dan juga mencari maklumat dari internet.Kesusahan ini membuat saya lebih menghargai masa yang terluang dan menjadikan saya lebih berdisiplin dalam menyiapkan tugasan ini. Kesimpulannya , kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh
  70. 70. pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid.Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran.Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan.Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan inovasi serta komitmen guru yang tinggi.Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. Insya‟ Allah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua.Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui dan tidak dinafikan lagi melalui pengalaman-pengalaman ini, saya dapat meningkatkan dan memperkembangan lagi profesion saya sebagai guru Pendidikan Islam di masa hadapan dan melahirkan insan-insan yang berilmu, beriman dan bertakwa serta seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berjasa kepada agama dan negara.
  71. 71. Rujukan 1). http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com –diambil pada 30.8.2013 2). Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 3). Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

×