Refleksi Proses Metakognitif

2,209 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,209
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi Proses Metakognitif

  1. 1. 1REFLEKSI METAKOGNITIFRefleksi metakognisi adalah proses yang melibatkan aktiviti memikirkan semula segalaperjalanan pemikiran yang telah berlaku dalam minda seseorang individu.Dalampendefinisian yang lain, iaitu berfikir tentang proses berfikir dan melibatkan aras pemikiranyang tinggi. Namun dalam menentukan proses berfikir ini,saya telah mengemukakanbeberapa kaedah untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan prosespemikiran saya melalui beberapa 5 fasa penting dalam kaedah carta aliran. 5 fasa tersebutadalah seperti berikut : FASA 1 Menerima arahan, memahami dan mengenalpasti masalah. FASA 2 Mencari artikel, mencirikan, mengkategorikan, membanding beza dan membuat pemilihan artikel. FASA 3 Menganalisa artikel, membuat Peta Konsep FASA 4 Membuat rumusan artikel FASA 5 Menghantar tugasan
  2. 2. 2 FASA 1 Pelajar dikehendaki mencari bahan daripada internet mengenai penilaian kemahiran berfikir dalam P&P a. Berdasarkan bahan yang diperoleh, pelajar dikehendaki membuat rumusan mengenai penilaian kemahiran berfikir pelajar dalam P&P b. Selepas itu pelajar dikehendaki membuat refleksi metakognitif mengenailangkah-langkah yang dijalankan oleh mereka ketika mencari bahan tersebut secara on-line dan bagaimana mereka mempelajari bahan-bahan tersebut untuk digunakan ketika membuat rumusan tentang kaedah penilaian kemahiran berfikir dalam P&P  Membaca dan memahami masalah yang diberikan oleh pensyarah.  Muncul kekeliruan mengenai artikel yang perlu dicari samada perlu mencari artikel yang bertajuk Kemahiran Berfikir atau apa-apa artikel yang boleh merangsang otak untuk berfikir.  Alternatif menyelesaikan kekeliruan : Yes..yes..yes!! Akhirnya faham juga..
  3. 3. 3 REFLEKSI METAKOGNITIF FASA 1Di awal tugasan, saya mengenalpasti masalah yang dikehendaki dengan membaca danmemahami soalan atau masalah itu secara berulang-ulang kali.Namun saya tidak memahamimasalah yang berkaitan dengan pemilihan artikel atau jurnal. Secara tidak langsung, sayamenggunakan Topi Merah bagi menyingkap perasaan dan gerak hati saya mengenai masalahtersebut. Apa yang tergambar dalam pemikiran saya ketika itu ialah, saya bebas memilih apa-apa artikel yang mana artikel tersebut mampu merangsang otak saya untuk berfikir. Bagi menyelesaikan kekeliruan itu, saya mengambil keputusan untuk berfikirmenggunakan Topi Hijau pula. Saya mendapat idea untuk bertanyakan hal ini kepada oranglain iaitu kepada rakan-rakan dan pensyarah. Bermula dengan perbincangan bersama rakan-rakan, saya masih tidak berjaya mendapat penjelasan yang betul lalu salah seorang daripadakami mencadangkan untuk bertanyakan hal ini kepada pensyarah sendiri pada hari tutorialyang akan datang. Setelah berbincang dengan pensyarah seperti yang dicadangkan oleh rakansaya, akhirnya saya memahami bahawa artikel yang perlu dicari itu adalah artikel yangberkenaan dengan Kemahiran Berfikir.
  4. 4. 4 FASA 2 Tapi..nak cari kat mana ek??? “Banyak sangat pulak artikelnya.. Nak pilih yang mana satu ek.. Yang mana paling best?? Emmm…..”Membaca satu demi satu… Inilah yang terbaik.. ”BAHASA MELAYU: PENYUMBANG KE ARAH PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI”
  5. 5. 5 REFLEKSI METAKOGNITIF FASA 2Setelah memahami kehendak soalan dan menyelesaikan kekeliruan, maka proses mencaribahan atau artikel pun bermula. Namun, ada lagi persoalan yang menerjah fikiran sayaiaitu, di manakah bahan tersebut mudah untuk saya dapati tanpa perlu membazirkan masadan tenaga. Oleh itu saya menggunakan alat berfikir : “CoRT I iaitu CAF (Consider All Factors)”Apa yang saya lakukan ialah, saya meninjau dengan lengkap aspek-aspek yang sayakehendaki dalam proses pencarian artikel ini iaitu mudah dan cepat. Saya menyenaraikansumber-sumber pencarian artikel seperti majalah, surat khabar, internet dan PerpustakaanTun Sri Lanang.Untuk menilai keempat-empat sumber ini, saya telah menggunakan Topi Kuning bagimembantu membuat keputusan.Dalam membuat keputusan tersebut, saya turutmenggunakan khidmat Topi Hitam bagi menyenaraikan kelemahan atau risiko yang bakalsaya hadapi jika menggunakan sumber-sumber pencarian tersebut.Setelah itu, sayamembuat banding beza dengan menggunakan Rajah Venn. Rajah Venn
  6. 6. 6Hasil ogligasi ketiga-tigaalat berfikir tadi iaitu Topi Kuning, Topi Hitam dan Rajah Venntersebut, saya telah membuat keputusan untuk mencari artikel di internet.Pencarianmelalui laman sesawang lebih praktikal dan mudah.Saya pun mula mengakses capaianinternet daripada computer riba milik saya.Melalui enjin pencarian www.google.com.my/, saya menaip “Jurnal Kemahiran Berfikir”.Beberapa saat kemudia, skrin computer memaparkan banyak tajuk yang berkaitan denganKemahiran Berfikir.Saya mengambil alternative untuk memilih dan mengumpulkanbeberapa tajuk yang saya rasakan menarik untuk disaring bagi mendapatkan yang terbaik.Proses ini saya lakukan dengan membaca setiap satu daripada tajuk-tajuk yang telah sayakumpulkan tadi. Melaluinya, saya telah membuat keputusan untuk salah satu tajukdaripadanya iaitu, Bahasa Melayu: Penyumbang Kepada Penguasaan Kemahiran BerfikirAras Tinggi.
  7. 7. 7 FASA 3Baca dengan teliti dan fahami artikel Menganalisa artikel dan membuat Peta Konsep
  8. 8. 8 REFLEKSI METAKOGNITIF FASA 3Dalam fasa ini, saya menggunakan Topi Putih untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakahyang ingin disampaikan oleh penulis berkenaan melalui perkaitan antara subjek BahasaMelayu dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui pembacaan dan pemahaman.Berfikir dengan menggunakan Topi Putih ini membolehkan saya mengenalpasti isi-isipenting yang merangkumi fakta, konsep dan teori yang terdapat dalam artikel ini. Selepasmengeluarkan isi-isi penting tersebut, saya menganalisa maklumat yang saya dapat denganmemecahkannya lagi kepada beberapa bahagian yang lain melalui penerangan berpandukanPeta Konsep. Antara isi-isi penting yang dapat saya keluarkan daripada perbincangan iniialah guru boleh menerapkan Kemahiran Berfikir ini dalam proses pengajaran : 1. Mendengar dan bertutur Memberi KIU Menyoal 2. Membaca Menggunakan Teknik Reciprocal Teaching 3. Menulis Menulis (Mengubah dan mengolah) 4. Tatabahasa Menilai Memahami Membuat keputusan
  9. 9. 9 5. Kesusasteraan Aplikasi Analisis Sintesis MenilaiOleh itu, berdasarkan pemikiran Topi Merah, saya merasakan bahawa denganmengemukakan isi-isi penting itu dalam bentuk Peta Konsep mampu memberi peneranganyang jelas tentang kupasan perbincangan ini.
  10. 10. 10 FASA 4 MENILAIDAN MERUMUSKAN ARTIKEL
  11. 11. 11 REFLEKSI METAKOGNITIF FASA 4Fasa ini adalah kesinambungan daripada Fasa 3 yanag mana pada fasa tersebut, saya telahmenganalisis maklumat-maklumat yang terdapat dalam artikel seterusnya membahagikannyake dalam bentuk Peta Konsep. Setelah meneliti semua maklumat dan perbincangan yangingin disampaikan oleh penulis, saya mengambil keputusan untuk mengsintesiskan datatersebut menjadi sebuah rumusan artikel yang ringkas tetapi padat seperti berikut : RUMUSAN ARTIKEL BAHASA MELAYU : PENYUMBANG KE ARAH PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI RAGENDRAN NAGAPPANSememangnya, kebolehan berbahasa dan berfikir seseorang individu adalah saling membantu(Block. 1993). Kedua-duanya menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yangbermakna. Kualiti dan kuantiti pemikiran pelajar boleh dipertingkatkan dengan membolehkanpelajar menggunakan bahasa dengan berkesan. Implikasi yang dibawa hasil daripada hal ini ialah mampu melahirkan para pelajaryang dapat memahami, mengkaji, menganalisis, dan mencari penyelesaian bagi cabaran baruyang dihadapi, membuat pertimbangan atas pelbagai alternatif yang wujud dan membuatkeputusan seterusnya mencadangkan alternatif lain. Kemampuan Bahasa Melayu dapat memberikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) kepada penuturnya. Perbincangan ini akan menyentuh komponen-komponen bahasaiaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis,kesusasteraan dan tatabahasa. Artikel atau kertas kerja ini juga mengkaji ciri-ciri istimewaBahasa Melayu termasuklah pantun, simpulan bahasa dan peribahasa dalam membantupelajar membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.Artikel ini juga mencadangkan beberapastrategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengajar KemahiranBerfikir Aras Tinggi dengan berkesan kepada pelajar.
  12. 12. 12 Di awal perbincangan, penulis memberikan sedikit sebanyakulasan berkenaan dengan Taksonomi Bloom.Rajah Taksonomi Bloomini secara tidak langsung telah menyebabkan saya berfikirmenggunakan Topi Biru iaitu mengingat kembali kuliah terakhir bersama Dr. Sharifah padaminggu terakhir perkuliahan.Pada akhir perbincangan, penulis telah merancang strategi untuk meningkatkan penguasaanKemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui penguasaan Bahasa Melayu. Antara strategi tersebutialah :  Kaedah Penyelesaian Masalah  Kaedah Membuat Keputusan  Soalan Terbuka (Open-Ended Questions)  Soalan Aras Tinggi  Perbincangan Dalam Kumpulan  Metakognisi  Mengalih semula/ Menyiasat/ Memperkukuhkan  Masa Menunggu Yang Secukupnya Selepas Menyoal
  13. 13. 13Kesimpulannya, penulis menegaskan sekali lagi bahawa perkembangan bahasa dankebolehan berfikir seseorang mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan salingmembantu.Sesungguhnya, komponen, struktur dan keistimewaan yang terdapat dalam BahasaMelayu mampu menyumbang ke arah penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi olehpenuturnya.Untuk memastikan hal ini berlaku, penulis menyatakan bahawa terdapat usaha yang perludiambil secara eksplisit, sistematik dan berterusan. Penulis menggunakan Topi Hijau untukmenterjemahkan saranannya bahawa setiap guru Bahasa Melayu harus lebih teliti dalammerancang dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya penggunaan Topi Kuning penulis telah membantunya menerangkan bahawaperkara ini adalah untuk memastikan pengguna Bahasa Melayu mendapat manfaatsepenuhnya daripada bahasa ini dan ia tidak menjadi suatu yang sia-sia dalammempelajarinya.
  14. 14. 14 FASA 5 Refleksi Metakognitif Siap!!!Menghantar Assignment
  15. 15. 15 REFLEKSI METAKOGNITIF FASA 5Fasa yang terakhir ini merupakan kerja saya yang terakhir iaitu saya perlu terjemahkansalinan tugasan ke dalam bentuk hardcopy.Tugasan yang siap dicetak tersebut sayakumpulkan menjadi satu buku lengkap dan dibindingkan mengikut urutan muka surat yangtelah ditetapkan. Jurnal atau artikel yang telah dicetak juga saya lampirkan di bahagianbelakang tugasan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan bukti penulisan tugasan ini.Kemudian saya menghantar tugasan yang telah siap dikumpulkan ini kepada pensyarahsubjek Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan yang juga merangkap sebagai tutor saya iaituDr. Sharifah Nor Puteh.Rujukanhttp://nsrajendran.tripod.com/Papers/beijing2002.pdfSekalung Apresiasi,  Pensyarah Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan Dr. Sharifah Nor Puteh Prof. Madya Dr. Saemah Rahman  Sahabat-sahabat PIBA

×